Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

10,906 views

Published on

Published in: Business, Technology

Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

  1. 1. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JABATAN KERJA RAYA HULU SELANGOR 44000 HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN (SESI APRIL 2005 – JUN 2005) YUSNITA BINTI RAMLI 4 SAW LAPORAN DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA I
  2. 2. Ruj. Tuan : Ruj. Kami : ( ) dlm.JKR.HS.1/1 DEKAN, Tarikh : 11 Jun 2005 Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor. Tuan, PER. : PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Merujuk perkara di atas, adalah dengan ini telah disahkan bahawa Cik Yusnita Binti Ramli bernombor kad pengenalan 830117-01-5170 telah menamatkan latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. Butiran Latihan Industri : Tempoh : 4 April sehingga 11 Jun 2005 ( 10 minggu ). Bahagian : Bahagian Jalan Bidang Tugas : - Melawat tapak projek pembinaan jejantas Kalumpang - mengawasi kerja-kerja konkrit - mengawasi ‘launching beam’ - menghadiri taklimat bancian trafik - melawat projek pembaikpulihan jambatan besi - membuat ‘surveying’ jalan - memplot dan membuat kiraan (membuka sebutharga) - menghadiri taklimat penggunaan ‘Microsoft Project’ untuk CPM (Critical Path Method) 2. Sepanjang menjalani latihan industri ini, Cik Yusnita Binti Ramli didapati berkebolehan dalam menjalankan bidang tugas yang diberi dan patuh pada setiap arahan yang diberikan tanpa sebarang masalah. Sekian, terima kasih. Disahkan oleh, (ENCIK SUHAINI BIN NORDIN) Jurutera Awam (Jalan) JKR Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. II
  3. 3. PERAKUAN ‘Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.’ ............................................. Tarikh : (YUSNITA BINTI RAMLI) Disahkan oleh, .................................................. Tarikh : (EN. SUHAINI BIN NORDIN) Jurutera Awam (Jalan) JKR Hulu Selangor III
  4. 4. PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor (JKR/ HS) selama sepuluh minggu yang bermula daripada 4 April sehingga 12 Jun 2005 seperti yang telah diwajibkan oleh pihak fakulti bagi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam sesi 2004/2005. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di jabatan ini. Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan kelak. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En. Suhaini bin Nordin selaku Jurutera Awam (Jalan) yang telah menjaga, mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini. Tidak lupa juga kepada kakitangan yang lain seperti En. Zainal bin Saman (Pembantu Juruteknik), En. Suhairi bin Ahmad, Pn. Norzieana binti Roslan dan Pn. Rohaizainy binti Zainudin di atas kesudian memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugas dan membantu saya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sepanjang sesi latihan industri ini. Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat ayah dan ibu serta pelajar-pelajar Politeknik yang juga membuat latihan praktikal di jabatan yang sama kerana sering menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang bernas kepada saya. Sekian, terima kasih. IV
  5. 5. ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. JUDUL I 2. PENGESAHAN II 3. PERAKUAN III 4. PENGHARGAAN IV 4. ISI KANDUNGAN V - VIII 5. SENARAI LAMPIRAN DAN FOTO IX – X 6. BAB 1 – PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1 1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI 1 1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 1–2 7. BAB 2 – LATAR BELAKANG JABATAN 2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA 3 2.2 STRUKTUR ORGANISASI 3 – 12 8. BAB 3 – PERATURAN KONTRAK DI JKR 3.1 KONTRAK 13 3.2 TENDER 13 – 15 3.3 BAYARAN PENDAHULUAN 15 – 16 3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK 17 – 18 3.5 BAYARAN KEMAJUAN 18 – 19 3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK 20 3.7 POTONGAN 20 3.8 KERJA – KERJA PAKAR 20 – 21 3.9 MESYUARAT TAPAK BINA 21 3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP 21 3.11 TUNTUTAN KONTRAK KIRA-KIRA AKHIR 22 3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER 22 – 24 3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA 24 – 29 3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN 29 – 34 9. BAB 4 – ACUAN KONKRIT 4.1 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN ACUAN 35 – 36 4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN 36 4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN ACUAN 37 V
  6. 6. 10. BAB 5 – ASAS DAN CERUCUK 5.1 PENGENALAN 38 5.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS 39 5.3 KATEGORI ASAS 39 5.4 JENIS-JENIS ASAS 39 5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN 39 5.6 PEMILIHAN ASAS 40 – 41 5.7 ASAS CERUCUK 42 5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK 42 – 45 5.9 CARA MENGAMBIL SET 45 5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAK BINA 45 – 47 5.11 MUTU CERUCUK 47 – 48 5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK 48 – 50 5.13 UJIAN CERUCUK 50 – 55 5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG 55 5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK 56 – 58 5.17 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK 58 11. BAB 6 – KONKRIT 6.1 PENGENALAN 59 6.2 BAHAN-BAHAN KONKRIT 59 – 62 6.3 MEMBANCUH KONKRIT 62 6.4 JENIS-JENIS GRED KONKRIT 63 6.5 UJIAN KE ATAS BANCUHAN KONKRIT 64 6.6 UJIAN KIUB 64 – 68 6.7 UJIAN RUNTUH 68 – 69 6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT 69 – 70 12. BAB 7 – KERJA-KERJA BAR DAN TETULANG 7.1 PENGENALAN 71 7.2 JENIS BAR DAN TETULANG 71 7.3 PENYIMPANAN BESI DAN TETULANG 71 – 72 7.4 PEMBENGKOKKAN BESI DAN TETULANG 72 – 73 7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI 73 – 74 7.6 SEMAKAN BESI TETULANG 74 13. BAB 8 – PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 8.1 PENDAHULUAN 75 8.2 KERJA TANAH 75 8.3 PEMBERSIHAN TAPAK 76 – 77 VI
  7. 7. 8.4 SISTEM PERPARITAN 77 – 78 8.5 KERJA PENGGALIAN 78 – 79 8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT 79 8.6 TAKUNGAN 79 8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG 80 8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN 81 – 83 8.9 PENYIASATAN TAPAK 83 – 85 8.10 SILING 85 – 86 8.11 BUMBUNG 86 – 88 8.12 BAHAN-BAHAN PENEBAT 88 8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING MENGIRAT 88 – 90 8.14 TINGKAP 90 8.15 PINTU 91 8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU 91 8.17 KERJA BATA 91 – 94 14. BAB 9 – JAMBATAN 9.1 PENGENALAN 95 9.2 KOMPONEN JAMBATAN 95 – 96 9.3 SETTING OUT 96 – 98 9.4 KERJA – KERJA TANAH 98 – 100 9.5 KERJA - KERJA PENCERUCUKAN 100 - 106 9.6 ABUTMENT DAN PIER 106 – 108 9.7 PENYELIAAN KERJA KONKRIT 108 – 110 9.8 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 110 – 117 9.9 EXPANSION JOINT 118 – 119 9.10 PERALATAN JAMBATAN 119 – 120 9.11 PENGENDALIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM 120 – 124 15. BAB 10 – CERUN 10.1 PENGENALAN 125 10.2 PENGARUH GEOLOGI TERHADAP KESTABILAN CERUN 125 – 126 10.3 GAMBARAN TENTANG MASALAH KESTABILAN CERUN 127 – 128 10.4 PERLINDUNGAN / KESTABILAN CERUN 128 – 138 10.5 LONGKANG CERUN 138 16. BAB 11 – JALANRAYA 11.1 PENGENALAN 139 11.2 PENYEDIAAN SUB-GRED 139 11.3 BAHAN PENUTUP 139 VII
  8. 8. 11.4 SUB – TAPAK 140 11.5 LAPISAN SALUT 140 – 141 11.6 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH LEMBUT 141 – 142 11.7 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH BERBUKIT YANG SEMULAJADI 142 – 143 11.8 KAEDAH PENYIASATAN TAPAK 143 17. BAB 12 – TEKNOLOGI BARU 12.1 PENGENALAN 144 12.2 KENAPA POWERMESH 144 – 145 12.3 KELEMAHAN SISTEM SEMASA 146 – 147 12.4 KONSEP 148 – 150 12.5 IMPLIKASI SISTEM SEMASA 150 – 150 18. KESIMPULAN 157 19. CADANGAN 158 20. RUJUKAN 159 21. LAMPIRAN 160 VIII
  9. 9. SENARAI LAMPIRAN BIL PERKARA LAMPIRAN 1. STRUKTUR ORGANISASI (PENTADBIRAN) 1.0 2. STRUKTUR ORGANISASI (BANGUNAN) 2.0 3. STRUKTUR ORGANISASI (JALAN) 3.0 (a) & (b) 4. BORANG TENDER 4.0 (a) & (b) 5. CONTOH SURAT SETUJU TERIMA TENDER 5.0 (a),(b),(c) & (d) 6. PERJANJIAN KONTRAK 6.0 7. - LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJA 7.0 (a) - CATATAN MESYUARAT TAPAK 7.0 (b) - CONTOH RINGKASAN LAORAN KERJA 7.0 (c) 8. BORANG SEBUTHARGA 8.0 9. BUTIR-BUTIR SPESIFIKASI 9.0 10. CARTA : - PROSEDUR PEROLEHAN DAN BEKALAN 10.0 (a) - PEROLEHAN KONTRAK PUSAT 10.0(b) - PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS 10.0(c) - PEROLEHAN SEBUTHARGA 10.0(d) - PEROLEHAN TENDER 10.0(e) - PENERIMAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN 10.0(f) - PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING PENYIASATAN TANAH 10.0(g) - PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING 10.0(h) 11. - REKOD PENANAMAN CERUCUK 11.0(a) - KIRAAN 11.0(b) - LAYOUT CERUCUK 11.0(c) 12. CONTOH LAPORAN UJIAN KIUB 12.0 (a), (b) & (c) 13. CONTOH LAPORAN UJIAN BAR TETULANG 13.0 14. JENIS GELINCIRAN DALAM CERUN BAKI 14.0 IX
  10. 10. 15. GAMBARAJAH KESTABILAN CERUN 15.0 & 16.0 16. PELAN KAEDAH GABION, HYDROSEEDING, 17.0 RUBBLE PITCHING 17. PELAN KAEDAH GABION 18.0 18. GAMBARAJAH KAEDAH GABION 19.0 19. - GAMBARAJAH KAEDAH SOIL NAILS & LONGKANG 20.0(a) & (b) - GAMBARAJAH SOIL NAILS HEAD 20.0(c) 20. PELAN SOIL NAILS HEAD 21.0 21. GAMBARAJAH SISTEM LONGKANG 22.0 (a) & (b) 22. PELAN JALANRAYA 23.0 23. JADUAL KRITERIA REKABENTUK JALAN 24.0 24. PAPAN TANDA KERJA-KERJA PEMBINAAN 25.0 25. BARRIER JALAN 26.0 26. SURAT TAKLIMAT BANCIAN 27.0 SENARAI FOTO BIL. PERKARA LAMPIRAN 1. KONKRIT BEAM 28.0 2. UJIAN BEARING PAD 29.0 3. TURAPAN JALAN 30.0 X
  11. 11. BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam sebagai syarat penganugerahan ijazah. Latihan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang kerjuruteraan awam dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2004/2005, latihan ini berjalan selama 10 minggu iaiatu bermula pada 4 April sehingga 12 Jun 2005. Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor. Di dalam jabatan ini, saya telah ditempatkan di bahagian Jalan. Sepanjang latihan ini saya diberi peluang untuk mengikuti juruteknik-juruteknik yang terlibat ke tapak-tapak projek yang berkaitan. Perisian yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik yang lebih jelas serta meluas dalam selok-belok bidang kejuruteraan awam. 1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam Kerjuruteraan Awam dan peranannya dalam masyarakat. 1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Di antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk : a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar b) Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar c) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di universiti XI
  12. 12. d) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori dengan praktikal yang dilalui e) Mengetahui dan dapat membiasakan diri dengan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri f) Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab g) Menanam sikap ingin sentiasa mengetahui perkara-perkara yang baru h) Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri dalam bidang yang diceburi Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan. XII
  13. 13. BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN 2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA Jabatan Kerja Raya telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. Jabatan Kerja Raya Malaysia berperanan melaksanakan projek- projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti bagi memenuhi keperluan negara. 2.2 STRUKTUR ORGANISASI Kerja Raya (Public Work) adalah bertanggungjawab di dua peringkat pentadbiran iaitu persekutuan dan negeri, oleh yang demikian terdapat JKR Persekutuan dan JKR Negeri. Walau bagaimanapun organisasi JKR Sabah dan Sarawak adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Peringkat organisasi JKR adalah seperti berikut : a) JKR Malaysia Terdiri dari Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan Pejabat- pejabat Pengarah Cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia di Kuala Lumpur. b) JKR Negeri, Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri dan Unit Khas JKR Terdiri dari Pejabat-pejabat Pengarah JKR Negeri, Pejabat-pejabat Pengarah JKR Wilayah Persekutuan, Pejabat-pejabat Pengarah JBA Negeri dan Pejabat-pejabat Pengarah Unit Khas. c) JKR Daerah dan JBA Daerah XIII
  14. 14. Terdiri dari Pejabat-pejabat Jurutera JKR Daerah dan Jurutera Daerah. 2.2.1 Latarbelakang Organisasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor terletak di pekan Kuala Kubu Bharu. Ianya terletak di dalam kawasan bangunan kerajaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Pejabat Daerah dan Tanah serta Mahkamah Majistret, Kuala Kubu Bharu. JKR Hulu Selangor terbahagi kepada 3 unit. Bahagian pertama adalah unit kontrak, ukur bahan dan kewangan. Bahagian unit kedua adalah unit bangunan. Unit ini hanya diketuai oleh pembantu teknik iaitu En. Amir Zaki bin Elham selaku pemangku di bahagian bangunan. Di bahagian bangunan ini masih tidak mempunyai ketua setelah jurutera yang terdahulu telah bersara. Untuk unit ketiga adalah unit jalan yang diketuai oleh Jurutera Awam (Jalan) iaitu En. Suhaini bin Nordin serta dibantu oleh seorang pembantu teknik iaitu En. Zainal bin Saman. JKR Hulu Selangor sentiasa menjalankan segala kerja pembinaan dengan baik dan memberikan komitmen yang tinggi serta sentiasa memberi penekanan kepada masa, kos dan rekabentuk yang terbaik di samping mutu yang membanggakan. 2.2.2 Objektif dan misi JKR Objektif JKR Hulu Selangor adalah untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bangunan, lapangan terbang, sekolah, pelabuhan dan pengkalan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada : J – Jangka masa secepat mungkin K - Kos yang ekonomi R - Rupabentuk dan mutu yang terbaik XIV
  15. 15. Manakala misi korporat JKR adalah memberi nasihat dan perkhidmatan kepada kerajaan, kementerian dan jabatan dalam perancangan rupabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, yang meliputi kemudahan jalanraya, bangunan, kerajaan dan lain-lain. JKR juga mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan jalanraya, bangunan tertentu kerajaan. 2.2.3 Organisasi JKR JKR Hulu Selangor diketuai oleh seorang jurutera daerah iaitu Tuan Mohd Zein bin Mohd Noor. JKR Hulu Selangor terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut: - Pentadbiran dan Kewangan - Bangunan - Kontrak dan Ukur Bahan - Elektrik - Jalan JKR Hulu Selangor juga dibantu oleh cawangan JKR Stor yang dilengkapi perkhidmatan sokongan kepada fungsi-fungsi JKR. Bahagian tersebut diketuai oleh Ketua Penyelenggara. 2.2.4 Tujuan JKR Merancang, membina, memperbaiki dan menyelenggara jalanraya dan jambatan, bangunan pejabat kerajaan, bangunan khas dan sekolah- sekolah untuk menentukan infrastruktur dan kemudahan awam adalah sentiasa dalam keadaan baik. Selain itu, untuk menjamin pembangunan sosio-ekonomi dan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan selaras dengan dasar ekonomi baru. XV
  16. 16. Memberi nasihat teknik dalam bidang kejuruteraan dan menjadi agensi perlaksanaan projek-projek jabatan dan agensi kerajaan dan sentiasa memberi penekanan keapda: Jangka masa yang pendek Kos yang ekonomi Rupabentuk dan mutu yang terbaik 2.2.5 Dasar dan Matlamat Yang Strategi Selaras dengan dasar ekonomi baru strategi jabatan dalam mencapai objektif kerajaan adalah seperti berikut: a) Pembinaan lebih banyak jalan besar dan kecil untuk mukim atau kampung yang kurang maju untuk membangunkan kawasan itu dengan memudahkan pengangkutan. b) Memperbaiki serta melebarkan jalan-jalan untuk mengatasi masalah lalulintas dan menjimatkan masa perjalanan dan juga untuk menjamin keselamatan pengguna jalanraya. c) Memberi, katakan di dalam perlaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan kurang maju. d) Membina jalan baru dalam kawasan pedalaman untuk menjadi jalan keselamatan. e) Merancang dan melaksanakan infrastruktur selaras dengan cadangan-cadangan pelan struktur. f) Menjadi agensi pelaksanaan bagi projek jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. 2.2.6 Piagam Pelanggan JKR Bahagian Jalan a) Komitmen kami ialah memberi perkhidmatan yang menyerluruh kepada pengguna menerusi perlaksanaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. XVI
  17. 17. b) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 3 hari setelah aduan diterima untuk memperbaiki lubang-lubang yang membahayakan lalulintas di atas turapan jalan. c) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam untuk membersihkan pokok-pokok tumbang dipermukaan jalan atau tanah runtuh setelah aduan diterima. d) Bagi projek-projek yang menggunakan pelan piawai kami adalah komited untuk menyiapkan projek dari tarikh penerimaan surat kuasa pelaksanaan seperti berikut: Kos projek kurang daripada RM 1 juta-2 tahun Kos projek antara RM 1-RM 10 juta-3 tahun Kos projek antara RM 5-RM 10 juta-4 tahun e) Bagi projek-projek yang menggunakan rekabentuk baru tempoh siap kerja mengikut jadual yang dipersetujui dalam kontrak. f) Membaiki kerosakan hawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan dalam masa 3 hari setelah aduan diterima. 2.2.7 Piagam Pelanggan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan a) Melayan semua pemborong dengan mesra, bertanggungjawab dan selengkap yang boleh. b) Pemilihan kontraktor yang berjaya akan dibuat dalam tempoh 3 minggu dari tarikh sebutharga ditutup. c) Dokumen kontrak akan disediakan dalam masa 1 minggu selepas dokumen insurans, perkeso, bon pelaksanaan dan surat setuju terima dikembalikan oleh kontraktor dengan lengkap. d) Setiap penjualan borang sebutharga dan borang tawaran tender akan dikeluarkan resit dengan serta-merta pada hari yang sama. XVII
  18. 18. 2.2.8 Bahagian Pembinaan Dan Penyelenggaraan Bangunan Bahagian ini bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina dan menyelenggara bangunan-bangunan kerajaan serta mengurus dan mentadbir kontrak-kontrak kerajaan. Untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan, aktiviti ini dibahagikan kepada 3 unit. Arkitek yang bertanggungjawab atas aspek rekaan dan penyediaan lukisan serta mengawasi projek bangunan yang dilaksanakan oleh JKR Hulu Selangor. 2.2.9 Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan Aktivitinya ialah mengendalikan dan menguruskan segala urusan kerjaraya dan kemudahan yang melibatkan jalanraya, jambatan dan bangunan-bangunan untuk kegunaan awam dan bangunan-bangunan pejabat dan rumah kerajaan diperingkat negeri. Merancang, mengurus dan mengawal kumpulan wang di bawah belanja mengurus dan pembangunan bagi program-program pembinaan, memperbaiki jalanraya dan jambatan serta bangunan kerajaan dan jabatan- jabataan persekutuan, mengenai pelaksanaan projek-projek di bawah naungannya. 2.2.10 Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan a) Bahagian Pentadbiran i. Melayan pertanyaan aduan orang awam dan kakitangan jabatan dengan mesra serta memberi maklumat selengkapnya. ii. Menyampaikan pertanyaan / aduan yang diterima kepada bahagian berkenaan (jalan, bangunan atau elektrik) pada hari yang sama. iii. Menguruskan pelbagai urusan perkhidmatan berhubung dengan jawatan untuk kakitangan dengan mesra dan secepat mungkin. XVIII
  19. 19. b) Bahagian Kewangan i. Melayan semua pertanyaan daripada pemborong, kakitangan jabatan, pengawal-pengawal dari jabatan luar dan orang awam dengan ramah mesra serta dengan selengkap yang boleh. ii. Menghantar baucer gaji ke bendahari negeri sebelum 15 raribulan setiap bulan. iii. Menghantar baucer tuntutan elaun perjalanan kakitangan sebelum 10 haribulan setiap bulan. iv. Memasukkan pungutan hasil jabatan ke dalam bank setiap hari. v. Menyediakan baucer bayaran dan bilangan-bilangan yang diterima dari pelanggan ke bendahari dalam tempoh 4 hari. vi. Menyediakan baucer bayaran untuk projek dalam tempoh 4 hari selepas bayaran diperakukan. vii. Setiap penerimaan wang akan dikeluarkan resit dengan serta merta untuk cek resit dalam masa sebulan. 2.2.11 Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan Objektif utama bahagian ini ialah untuk menentukan kos pembinaan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh JKR adalah sepadan dengan nilai-nilai yang diperolehi dan memastikan segala perbelanjaan ke atas sesuatu projek adalah adil dan memenuhi ciri-ciri ‘public accountability’. (Rujuk lampiran 1.0) Perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian ini ialah : a) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan kos ekonomi pembinaan, menyediakan kos pelan dan menjalankan semakan kos terhadap kerja yang direkabentuk. b) Menyediakan senarai kuantiti dan dokumen-dokumen tender yang lain. XIX
  20. 20. c) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender dan pengurusan kontrak. d) Mempelawa, menilai dan membuat laporan ke atas tender-tender. e) Mengurus atau melibatkan diri dengan perundingan pra-kontrak. f) Menyedia dan mengedarkan dokumen kontrak. g) Menyediakan penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran interim. h) Menyediakan dokumen tender, mempelawa, menilai dan membuat laopran tender untuk kerja / bekalan bahan-bahan yang terkandung dalam kontrak sebagai Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara. i) Menyediakan penilaian kerja perubahan dan perakuan perubahan kerja dan menyelesaikan akaun. j) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan pengeluaran perakuan-perakuan dan notis-notis yang diperlukan dalam pentadbiran kontrak seperti perakuan kelambatan dan lanjutan masa, perakuan kerja tak siap, notis-notis bagi penamatan pengambilan kerja kontraktor dan sebagainya. k) Memberikan khidmat nasihat ke atas masalah am yang berkaitan dengan pentadbiran kontrak. l) Menilai, merunding dan menyelesaikan tuntutan dan membantu di dalam kes timbang tara. 2.2.12 Bahagian Bangunan a) Fungsi Bahagian Bangunan Bahagian bangunan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut : i. Melaksanakan projek-projek pembinaan Bangunan Khas dan Rumah Kediaman Jabatan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri/ Persekutuan. ii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan dalam sector sosio-ekonomi bagi pihak jabatan Menteri Besar di XX
  21. 21. mana perbelanjaan projek-projek ini dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan negeri. iii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan agensi dan jabatan persekutuan di mana perbelanjaan dibayar melalui peruntukan persekutuan. iv. Menyelenggara bangunan-bangunan kegunaan am untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan. (Rujuk lampiran 2.0) b) Piagam Pelanggan Bahagian Bangunan i. Sedia memberi khidmat nasihat teknikal dengan cepat, tepat dan professional. ii. Merancang dan melaksana projek-projek bangunan mengikut keperluan pelanggan dengan menekankan mutu, jangkamasa yang sesuai dan kos yang berkesan. iii. Aduan kerosakan bangunan yang segera akan ditangani dalam tempoh 1 hari manakala kerosakan biasa dalam tempoh 1 minggu dari tarikh aduan diterima. iv. Aduan kerosakan sistem pendawaian elektrik akan diatasi dalam tempoh 1 hari bagi kerosakan segera dan 1 minggu bagi kerosakan biasa. v. Penyenggaraan berkala bagi rumah kediaman, pejabat, masjid dan institusi akan dirancang bagi menghasilkan keberkesanan kos dengan katakan kepada bangunan yang uzur dan penyenggaraan terakhir tidak kurang dari 5 tahun. vi. Pengukuran bagi tujuan pembayaran untuk kerja pembangunan / penyenggaraan akan dibuat dalam tempoh 1 minggu dari tarikh permohonan dibuat oleh kontraktor. vii. Baucer bayaran yang segala jenis pembayaran / penyenggara akan dihantar kepada agensi pembayaran dalam masa 1 minggu dari tarikh pengukuran. XXI
  22. 22. 2.2.13 Bahagian Pembinaan Dan Penyelengaraan Jalan Dan Jambatan Menyelaras pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan semua jalanraya dan jambatan Negeri dan Persekutuan untuk menentukan infrastruktur utama adalah dalam keadaan baik untuk menyenangkan pengangkutan pengeluaran pertanian dan hutan dari kawasan-kawasan pedalaman untuk meninggikan taraf sekitar luar Bandar. Menjalankan kerja-kerja rekabentuk jalanraya dan jambatan serta menentukan kualiti ke atas projek-projek jalan serta bahan-bahan yang digunakan dalam projek-projek ini. (Rujuk lampiran 3.0(a) & (b)) a) Fungsi Bahagian Jalan i. merancang sistem rangkaian jalan-jalan utama yang melibatkan jalan dibawah jagaan JKR. ii. Mengawal pembangunan tepi jalan terutama menentukan jalan keluar / masuk supaya mengikut piawaian yang telah ditetapkan. iii. Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan yang melibatkan pembangunan di tepi jalan bawah jagaan JKR. iv. Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan. v. Menyelenggara jalanraya dan jambatan sentiasa berada didalam keadaan baik dan selamat kepada pengguna- pengguna. Menjalankan ujian-ujian ke atas struktur jalan dan pengguna bahan binaan. b) Penyelenggaraan Jalan Dan Jambatan Penyelenggaraan jalan dan jambatan adalah juga dijalankan mengikut program-program yang ditetapkan dan juga secara ad- hoc yang merangkumi perkara-perkara berikut : i. Membaharui muka jalan dan menampal lopak-lopak permukaan jalan. ii. Menyelenggara bahu jalan dan pemotongan rumput. XXII
  23. 23. iii. Membaiki dan mengukuhkan tebing jalan. iv. Membersih, membaiki dan membina semula jambatan, pembetong dan longkang-longkang di tepi jalan. v. Membersih, membaiki dan mengganti perabot jalan. vi. Mengecat garisan jalan. BAB 3 : PERATURAN KONTRAK DI JKR 3.1 KONTRAK 3.1.1 Jenis Kontrak Jenis-jenis kontrak yang terdapat dalam JKR adalah seperti berikut : a) Kontrak Kerja iaitu kontrak untuk membina dan menyiapkan kerja seperti bangunan dan sebagainya. b) Kontrak Bekalan iaitu kontrak untuk membekal dan menghantar barang-barang (Kontrak Bekalan diuruskan oleh Setor Persekutuan atau Setor Negeri) 3.1.2 Borang-Borang Kontrak Borang-borang kontrak yang digunakan dalam JKR adalah borang piawai (Standard Forms). XXIII
  24. 24. 3.2 TENDER Tender adalah tawaran yang dibuat untuk melakukan sesuatu (seperti mengadakan bekalan, membina bangunan dan sebagainya) dengan syarat-syarat dan harga yang tertentu. Mengikut Arahan Perbendaharaan 180, tender mestilah dipelawa bagi semua kerja yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM 50,000 bagi tiap-tiap satu kerja. ( Rujuk lampiran 4.0(a) & (b)) 3.2.1 Anggaran Awal Anggaran Awal disediakan daripada lukisan-lukisan awal yang disediakan oleh Arkitek untuk dikemukakan kepada Jabatan/Kementerian Gunawan dalam bentuk borang iaitu “Preliminery Detailed Abstract”. Tujuannya ialah bagi Jabatan/Kementerian Gunawan mendapatkan peruntukan kewangan bagi projek yang ingin dilaksanakan. 3.2.2 Jenis Tender Jenis tender yang biasa diamalkan oleh JKR adalah seperti berikut : a) Tender Terbuka (Open Tender) b) Tender Terhad (Restricted Tender) c) Tender Terpilih (Selective Tender) 3.2.3 Panggilan Tender Cara memanggil tender adalah melalui surat khabar tempatan. Tawaran JKR selalunya dipanggil dengan menyiarkan iklan di dalam suratkhabar tempatan. Sekurang-kurangnya satu minggu sebelum sesuatu iklan itu akan disiarkan, sepucuk surat Kenyataan Tender hendaklah dihantar kepada ‘Pengurus Suratkhabar’ memohon supaya disiarkan ‘Kenyataan Tender’ pada tarikh yang ditentukan. Semua iklan tender hanya boleh dibuat dalam suratkhabar yang dicetak dalam Bahasa Malaysia sahaja. XXIV
  25. 25. 3.2.4 Mempamerkan Kenyataan Tender Tender-tender negeri dipamerkan di Pejabat Pengarah JKR Negeri atau di Pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan. Tender-tender Persekutuan dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian Kerjaraya. Tender-tender Persekutuan yang dikelolakan oleh JKR Negeri dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian Kerjaraya dan juga di Pejabat Pengarah JKR Negeri yang berkenaan. 3.2.5 Peti Tender Peti berkunci di mana tender dimasukkan dan bertanda dengan tarikh dan masa tender dibuka. Dua kunci disediakan dan disimpan oleh dua orang Pegawai Kanan Jabatan. Peti tender, jika boleh dipindah tempat hendaklah disimpan selamat di pejabat pegawai yang bertanggungjawab. 3.2.6 Membuka Tender Tender hendaklah dibuka oleh ‘Ahli Jawatankuasa Membuka Tender’ atau disimpan selamat jika kelewatan tidak dapat dielakkan. Peti Tender hendaklah dikunci. Tiap-tiap tender hendaklah dibuka dan diberi nombor siri serta tandatangan ringkas oleh tiap-tiap ahli jawatankuasa membuka tender. Nama Pentender dan harga tender hendaklah dicatit dalam jadual tender. Ahli Jawatankuasa hendaklah merekod di borang/jadual tender masa tender dibuka dan menandatangani borang tersebut kemudiannya. 3.2.7 Penerimaan Tender Penerimaan Tender dibuat dengan mengemukakan ‘Surat Setuju Terima’ kepada pentender yang berjaya dengan menyatakan, antaranya harga kontrak dan tarikh mengambil alih tapakbina. Pemborong juga dikehendaki mengemukakan gerenti perlaksanaan, polisi insurans kebakaran, polisi pampas an awam dan polisi pampasan pekerja atau XXV
  26. 26. PERKESO. Ikatan kontrak antara JKR/Kerajaan dan pemborong wujud sebaik sahaja ‘Surat Setuju Terima’ diposkan kepada pentender yang berjaya. Pentender ini kemudiannya digelar ‘Pemborong atau Kontraktor’. (Rujuk lampiran 5.0 (a), (b), (c) & (d)) 3.3 BAYARAN PENDAHULUAN Kelayakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak kerajaan telah diumumkan melalui Surat Pekeliling Pebendaharaan Bilangan 11/1979 dan dikuatkuasakan oleh JKR melalui Surat Pekeliling KPKR Bilangan 4/1979 bertarikh 16hb. Februari, 1979. 3.3.1 Amaun Wang Pendahuluan Syarat terdahulu sebelum memulakan sesuatu kerja haruslah mendepositkan kepada Kerajaan, yang mana terkandung dalam Kontrak; suatu Bon Perlaksanaan atau Wang Pendahuluan yang berupa wang tunai atau dalam bentuk Deposit Perbendaharaan, Draf Bank atau suatu Gerenti Bank atau Gerenti Insurans yang diluluskan bernilai sebanyak 5% dari Jumlah Harga Kontrak sebagai mematuhi perlaksanaan yang sewajar dengan kontrak ini. Kontraktor-kontraktor boleh diberi wang pendahuluan sebanyak 15% nilai kontrak tertakluk kepada had maksima sebanyak RM 1.5 juta. 3.3.2 Nilai Kontrak Nilai kontrak bagi maksud sekim wang pendahuluan ini ialah jumlah penuh ‘Builder’s Work’, iaitu nilai kontrak setelah ditolak jumlah Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara. 3.3.3 Kelayakan Menerima Wang Pendahuluan Semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak kerja layak menerima wang pendahuluan. Pembekal-pembekal yang XXVI
  27. 27. sebenarnya pembuat sendiri dan bukan pengedar juga layak menerima wang pendahuluan ini. Kontraktor-kontraktor yang membuat permohonan dan layak menerima wang pendahuluan hendaklah memenuhi syarat- syarat berikut : a) Mengembalikan Surat Setuju Terima setelah ditandatangani. b) Bagi kontrak-kontrak kerja, kontraktor-kontraktor hendaklah mengemukakan polisi-polisi insurans serta resit-resit bayaran premium. c) Mengemukakan jaminan bank sebagai Gerenti Perlaksanaan bagi kontrak melebihi RM 25,000. d) Mengemukakan Gerenti Bank mengikut borang PWD.Q4/79 sebagai cagaran untuk wang pendahuluan yang dikehendaki. 3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK ‘Dokumen Kontrak’ adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. kontraktor hendaklah mengadakan segala keperluan untuk melaksanakan Kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut jadual dan mengikut maksud sebenar Dokumen Kontrak. Sebarang ‘Percanggahan’ atau ‘Pemesongan’ antara mana-mana dua atau lebih dari apa yang terkandung dalam Dokumen Kontrak ini, hendaklah dengan kadar seberapa segera memberi kepada Pegawai Penguasa secara bertulis tentang bahagian percanggahan tersebut dan meminta Pegawai Penguasa mengeluarkan arahan-arahan berkenaan. Dengan syarat bahawa, ‘Percanggahan’ atau ‘Pemesongan’ tersebut tidak akan membatalkan kontrak ini. 3.4.1 Penyediaan Dokumen Kontrak Asal XXVII
  28. 28. Dokumen Kontrak Asal hanya boleh disediakan setelah Kontraktor yang berjaya mengemukakan Gerenti Perlaksanaan, Polisi-polisi Insurans yang berkenaan dan teratur dan Nombor Kod PERKESO. Semua pindaan kepada kontrak hendaklah terlebih dahulu ditandatangani ringkas oleh Juruukur Bahan/Jurutera/Arkitek dan Kontraktor. Pegawai-pegawai JKR telah diberi kuasa oleh Menteri Kerja Raya untuk menandatangani kontrak bagi pihak kerajaan mengikut nilai satu-satu kontrak. Dokumen Kontrak Asal yang telah ditandatangani hendaklah disimpan di tempat yang selamat. (Rujuk lampiran 6.0) 3.4.2 Penyediaan Salinan Dokumen Kontrak Sebelum menandatangani Kontrak ini, Kontraktor hendaklah bersetuju dengan Pegawai Penguasa tentang kemunasabahan kadar harga atau harga-harga yang dinyatakan dalam ‘Jadual Kadar Harga’. ‘Dokumen Kontrak’ ini, hendaklah terus berada dalam jagaan Pegawai Penguasa dan hanya akan dikemukakan apabila dikehendaki oleh kontraktor sahaja. Setelah Dokumen Kontrak Asal ditandatangani, tindakan segera hendaklah diambil untuk menyediakan bilangan salinan dokumen kontrak yang mencukupi. Semua salinan dokumen kontrak hendaklah diakui sah oleh Ketua Bahagian/Cawangan/Unit yang berkenaan dan diedarkan kepada pihak-pihak yang terlibat. Pegawai Penguasa, hendaklah memberi dengan percuma kepada kontraktor : a) Satu salinan Dokumen-dokumen Kontrak yang diakui benar. b) Dua salinan Pelan-pelan Kontrak. c) Dua salinan Spesifikasi dan satu salinan ‘Jadual Kadar Harga’. d) Lazimnya sepuluh salinan Dokumen Kontrak hendaklah disediakan, enam salinan dengan lukisan dan empat salinan tanpa lukisan. 3.5 BAYARAN KEMAJUAN XXVIII
  29. 29. Penilaian di tapakbina untuk bayaran kemajuan hendaklah dibuat pada tiap-tiap bulan pada tarikh yang sama tanpa menghiraukan sama ada nilai kemajuan kerja mencukupi atau tidak untuk bayaran kemajuan diberi kepada kontraktor. Borang yang digunakan bagi penyediaan bayaran kemajuan ialah ‘Borang PWD 66’ @ ‘JKR 66’. (rujuk lampiran….) Penilaian kerja-kerja boleh dibahagikan kepada tiga induk iaitu : a) Preliminaries b) Kerja-kerja yang telah dijalankan c) Bahan-bahan di tapakbina 3.5.1 Prelimineries ‘Prelimineries’ bermaksud kerja-kerja awalan, bayaran ke atas preliminaries hendaklah dibuat mengikut nilai item-item yang tertentu yang telah diisi harga oleh kontraktor. Kerja mengira untuk membuat penilaian Prelimineries boleh dirujuk pada ‘Jadual Kadar Harga’ yang terkandung dalam ‘Dokumen Kontrak’ bagi projek tersebut. 3.5.2 Kerja-kerja Yang Telah Dijalankan Jumlah nilai kerja yang telah dijalankan sehingga tarikh penilaian itu dijalankan. Bagi kontrak berdasarkan Senarai Bahan, adalah lebih mudah dan tepat untuk mentaksirkan nilai kemajuan oleh sebab tiap-tiap butir kerja telah diisi harga dalam Senarai Bahan kontrak berdasarkan Penentuan dan Lukisan, penilaian kemajuan kerja adalah dibuat berdasarkan kepada peratusan yang berpatutan, nilai tiap-tiap satu bangunan yang tercatit dalam Ringkasan Tender. Nilai kemajuan bagi kerja-kerja kontrak kecil akan dikira berasingan dan dibayar kepada Kontraktor Kecil yang dinamakan melalui Kontraktor Induk. XXIX
  30. 30. 3.5.3 Bahan Di Tapakbina Bahan-bahan binaan yang dibawa masuk ke tapakbina untuk digunakan dalam kerja-kerja itu adalah dinamakan ‘Bahan di Tapakbina’ @ ‘Materials On Site’. Semua bahan-bahan itu hendaklah diambilkira dan ditaksir dengan harga yang berpatutan untuk menyediakan ‘Bayaran Kemajuan’. Hanya 75% nilai bahan-bahan yang ada di tapakbina akan dimasukkan ke dalam ‘Sijil Bayaran Kemajuan’. ‘Sijil Bayaran Kemajuan’ hendaklah disediakan oleh Juruukur Bahan atau pegawai berkenaan yang mengawasi sesuatu projek. Sijil ini kemudiannya diperakui dan ditandatangani oleh Pegawai Penguasa/Pengarah Negeri/Cawangan. Penilaian terhadap kemajuan kerja-kerja elektrik dan mekanikal akan dibuat oleh Jurutera Jentera Mekanikal dan Jurutera Elektrik. Nilai- nilai ini pula dikemukakan kepada Juruukur Bahan atau pegawai berkenaan untuk dimasukkan ke dalam Sijil Pembayaran. 3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK Syarat perubahan harga untuk kontrak hendaklah dimasukkan ke dalam semua kontrak binaan JKR. Dalam menyediakan bayaran kemajuan bulanan, nilai perubahan harga hendaklah diambilkira. Nilai perubahan harga boleh menjadi sebagai tambahan atau kurangan mengikut keadaan. 3.7 POTONGAN Bagi tiap-tiap bayaran kemajuan, nilai perkara-perkara berikut hendaklah ditolak : XXX
  31. 31. a) Bahan-bahan yang dibekalkan oleh Kerajaan atau Agensi Kerajaan seperti Pernas Trading untuk bekalan keluli. b) Buruh yang dibekalkan oleh Jabatan. c) Bayaran yang dibuat bagi pihak Kontraktor. d) Bayaran balik wang pendahuluan. e) Bayaran denda sekiranya dikuatkuasakan. f) Semua bayaran kemajuan yang telah dibuat kepada Kontraktor sebelumnya. 3.8 KERJA-KERJA PAKAR Semua pakar, saudagar, tukang dan orang-orang yang melaksanakan apa- apa kerja atau perkhidmatan, atau membekalkan bahan atau barang yang akan dibayar melalui Wang Kos Prima dan terkandung dalam Dokumen Kontrak Tiap- tiap kontrak biasanya mempunyai kerja-kerja pakar yang dikehendaki dijalankan kontraktor-kontraktor lain yang pakar dalam bidang masing-masing. Contoh kerja-kerja pakar ini adalah seperti pemasangan elektrik, pemasangan Jentera Hawa Dingin, pemasangan alat pencegah kebakaran dan sebagainya. Pegawai Penguasa atau Kontraktor jika diarahkan, hendaklah secara bertulus mendapatkan tender-tender bagi kerja atau perkhidmatan yang dinamakan ‘Sub-kontraktor Dinamakan’ atau ‘Pembekal Dinamakan’ ini. Pada peringkat kerja-kerja pembinaan yang sesuai, tender-tender akan dipelawa untuk kerja-kerja pakar dengan menggunakan Borang Q4 iaitu ‘Borang Tawaran’ untuk ‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’. Kontraktor Induk akan diarahkan supaya menerima kontraktor kecil itu sebagai ‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’. Sebuah Kontrak Kecil, dengan menggunakan ‘Borang Kontrak PWD 203N’, akan disediakan oleh JKR untuk ditandatangani diantara ‘Kontraktor Induk’ sebagai satu pihak dan ‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’ sebagai pihak yang lain. bayaran kemajuan untuk kerja-kerja kontrak kecil adalah dimasukkan dalam Sijil Bayaran Kemajuan Kontraktor Induk dan dibayarkan melaluinya kepada kontraktor kecil. XXXI
  32. 32. 3.9 MESYUARAT TAPAK BINA Dalam melaksanakan projek-projek JKR, adalah menjadi kebiasaan wakil Pegawai Penguasa di tapakbina mengadakan mesyuarat tapakbina yang diadakan di pejabat tapakbina tiap-tiap bulan. Wakil-wakil pihak yang terlibat dalam JKR dan Kontraktor Induk serta semua Kontraktor-kontraktor Kecil dikehendaki hadir di mesyuuarat ini. dalam mesyuarat ini, pihak-pihak JKR akan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh pihak Jabatan dengan Kontraktor dan pihak kontraktor pula akan berpeluang menyuarakan masalah yang dihadapinya. Dimana yang sesuai, penyelesaian dapat dicapai dalam mesyuarat. (rujuk lampiran 7. (a), (b) & (c)). 3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP Di mana Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang ditetapkan atau dalam ‘Tempoh Lanjutan Masa’ yang telah dibenarkan, pihak kontraktor akan dikehendaki memberi sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan denda. Sekiranya alasan yang diberikan tidak boleh diterima, maka ‘Sijil Mengenai Kerja-kerja Yang Tidak Siap’ akan dikeluarkan. Kontraktor dikehendaki membayar denda bagi tempoh kerja-kerja itu tidak siap. Bayaran denda ini akan dipotong dari Bayaran Kemajuan kepada Kontraktor. 3.11 TUNTUTAN KONTRAKTOR DAN KIRA-KIRA AKHIR Sudah menjadi kebiasaan pemborong akan membuat tuntutan kepada JKR mengenai semua kerja-kerja tambahan yang telah diarahkan oleh Pegawai Penguasa Projek. Oleh itu setiap tuntutan itu perlu dikaji dengan teliti kerana tidak semua tuntutan yang dibuat munasabah dan perlu dibayar oleh JKR/Kerajaan. Perlu diingatkan di sini, sebarang kerja yang dibuat atas kehendak pemborong sendiri atau sebagai memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya, tidak boleh dituntut. Tuntutan yang munasabah mestilah diselesaikan dengan XXXII
  33. 33. menyediakan Arahan Pinda Kerja. Kerja-kerja mengukur mestilah dibuat dan kadar harga digunakan adalah seperti yang diterangkan di bawah tajuk ‘Arahan Pinda Kerja’. 3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER 3.12.1 Hak Kerajaan Untuk Menerima / Menolak Sebutharga Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab diatas penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad. 3.12.2 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga 3.12.2.1 Penyediaan Sebutharga Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya. a) Harga dan tandatangan Kontraktor di ringkasan Sebutharga. b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebutharga. (Rujuk lampiran 8.0) c) Senarai Kerja Dalam Tangan. d) Jadual Kadar Harga (jika ada). e) Butir-butir Spesifikasi (Rujuk lampiran 9.0). Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, Kontraktor dikehendaki menandatangani ringkas semua pembetulan. 3.12.2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga XXXIII
  34. 34. a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang dicatatkan dengan bilangan Sebutharga JKR/SEL/D/..../200... serta tajuk Sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga. b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan Pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan ditempat yang ditetapkan. c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebaranga sebab, tidak akan dipertimbangkan. d) Kegagalan Kontraktor mengembalikan Dokumen Sebutharga pada tarikh tutup Sebutharga akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan tatatertib. 3.1.2.3 Penjelasan Lanjut Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi pejabat ini untuk penjelasan lanjut. 3.12.3 Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh Pentadbir sendiri. XXXIV
  35. 35. 3.12.4 Tempoh Sah Sebutharga Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup Sebutharga. Kontraktor tidak boleh menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh sah Sebutharga. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Kontraktor menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh sah Sebutharga. 3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA 3.13.1 Pemeriksaan Tapakbina Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekiranya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapakbina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan. 3.13.2 Bon Perlaksanaan / Insurans a) Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada jumlah Harga Kontrak dalam bentukan Jaminan Bank atau Jaminan Insurans atau memilih Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak 10% daripada setiap bayaran Interim sehingga mencapai jumlah 5% harga kontrak. b) Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil insurans seperti berikut: XXXV
  36. 36. i. Insurans pampasan pekerja (Workmen Compensation) dan atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya. ii. Insurans Liabiliti Awam dan / atau Insurans Kerja (Sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan Sebutharga). Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimana untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden hendak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 10(d). 3.13.3 Peraturan Pelaksanaan Kerja Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya. 3.13.4 Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor. 3.13.5 Sub-Sewa Dan Menyerah Hak Kerja XXXVI
  37. 37. Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah inden kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan perlindungan bertulis daripada Pegawai Inden. 3.13.6 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai / Inden Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi, Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri oleh Kontraktor. 3.13.7 Ringkasan Sebutharga a) Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga. b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos-kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran-bayaran caj lain yang perlu bagi menyiapkan kerja dengan sempurnanya. c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebutharga atau dalam tempoh kerja. d) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa- apa pelaras kemudiannya kepada harga-harga dalam XXXVII
  38. 38. Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan. e) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut perenggan (iv) tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaras dn diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah pukal dalam borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam borang Sebutharga hendaklah tetap dan tidak berubah. 3.13.8 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga Jika Kontraktor mendapat apa-apa percanggahan dalam dokumen Sebutharga maka dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan. 3.13.9 Kegagalan Kontraktor Menyiapkan Kerja Dan Penamatan Perlantikan Kontraktor Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden. a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. b) Kemajuan kerja terlalu tanpa apa-apa sebab munasabah. c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah. d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan munasabah. e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah. XXXVIII
  39. 39. 3.13.10 Kerja Perubahan a) Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini. b) Semua kerja perubahan dan /atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti / Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah digunakan. 3.13.11 Tempoh Liability Kecacatan Kontraktor hendaklah membaiki apa-apa kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain dalam tempoh Liability Kecacatan, iaitu 6 bulan tarikh penyiapan kerja. 3.13.12 Pematuhan Undang-Undang Oleh Kontraktor Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang- undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini. XXXIX
  40. 40. 3.13.13 Peraturan Membayar Selepas Siap Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan mengambilkira Inden Kerja Asal. 3.13.14 Tempoh Kecacatan Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja-kerja tersebut adalah selama 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. 3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN 3.14.1 Objektif Prosedur ini adalagh untuk memastikan perolehan bekalan dan perkhidmatan memenuhi peraturan yang ditetapkan supaya dapat menzahirkan produk sebagaimana dasar dan objektif kualiti. 3.14.2 Skop Prosedur perolehan ini digunapakai oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut telah diterima. Prosedur ini digunapakai oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut telah diterima. (Rujuk lampiran 10.0 (a)). Bekalan dan perkhidmatan diperolehi daripada pembekal yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut: XL
  41. 41. a) Perolehan daripada Kontrak Pusat: pembekal hendaklah berdaftar dan mempunyai kontrak yang masih berkuatkuasa dan barangan yang memenuhi kehendak. (Rujuk lampiran 10.0 (b)). b) Perolehan secara Pembelian Terus: criteria sebagaimana yang diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/2002 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran 10.0 (c)). c) Perolehan secara Sebutharga: criteria sebagaimana yang diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1999 dan 2./2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran 10.0 (d)). d) Perolehan secara Tender: criteria sebagaimana yang diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/1995 dan 15/2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran 10.0 (e)). 3.14.3 Untuk Kaedah Perlaksanaan Secara Perkhidmatan Bukan Perunding a) Perolehan Secara Sebutharga i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Sebutharga akan menyediakan dokumen sebutharga serta anggarannya. ii. Setelah siap anggaran dibuat, sebutharga tersebut akan dipelawa / dibuka. iii. Sebutharga yang diterima akan diuruskan oleh Jawatankuasa Membuka Sebutharga. XLI
  42. 42. iv. Sebutharga tersebut akan dinilai Pegawai Penilai dan kemudian pembekal-pembekal akan dipilih oleh Jawatankuasa Sebutharga. v. Sekiranya bilangan pembekal melebihi daripada nilai hadnya, Lembaga Perolehan yang akan membuat pemilihan pembekal. Ketua unit yang berkenaan akan menyediakan Surat Setuju Terima dan diserahkan kepada pembekal tersebut. vi. Sekiranya tidak melebihi hadnya, Pesanan Tempatan akan disediakan dan diserahkan kepada pembekal. Pesanan ini diuruskan oleh Pengurus Tapak Projek. b) Perolehan Secara Tender i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Tender akan menyediakan dokumen tender serta akan disemak dan dicetak. ii. Selain itu, pegawai tersebut akan tentukan bidang bekalan/barangan perkhidmatan pentender. iii. Langkah seterusnya, Notis Iklan Tender dan dalam masa yang sama anggaran akan disediakan dan Dokumen Tender akan dijual kepada pentender oleh Pegawai Mengurus Tender. iv. Jawatankuasa mengurus tender akan menerima dan membuka tender. v. Pegawai Penilai / Jawatankuasa Penilai Tender / Urusetia tender akan menilai dan memperakukan tender. vi. Pada akhir prosedur, lembaga perolehan akan membuat pemilihan pembekal dan pengarah yang berkenaan ( Pengarah Cawangan Ibu pejabat JKR Malaysia, Pengarah XLII
  43. 43. JKR Negeri / Pengarah JKR Wilayah Persekutuan / Pengarah JKR Pembangunan Persekutuan / Pengarah Unit Khas JKR ) akan menyediakan Surat Setuju Terima Tender dan akan diserahkan kepada pembekal yang telah dilantik. c) Penerimaan Barangan & Perkhidmatan Dan Memproses Bayaran i. pegawai pengurus perolehan akan menguruskan terima barangan dan perkhidmatan serta pesanan penghantaran / perlaksanaan kerja (DO) akan disemak. Jika kualitinya tidak baik, maka barangan tersebut akan diminta ganti atau kerja tersebut akan diperbaiki. Tetapi sekiranya kualitinya baik, dari segi : a) Manual - Pegawai mengurus perolehan akan mengesahkan penerimaan barangan . b) E-P - Nota penerimaan barangan / nota perlaksanaan perkhidmatan akan disediakan secara online. ii. Setelah diterima, invois akan dikeluarkan oleh pembekal untuk Pegawai Mengurus Perolehan. Invois tersebut boleh melalui sistem manual atau sistem E-P. iii. Jika invois tersebut melalui manual, invois dan pesanan tempatan / surat setuju terima tender akan disemak serta pesanan penghantaran dan bayaran akan diperakukan oleh pegawai tadbir kewangan. XLIII
  44. 44. iv. Sebaliknya, jika prosedur adalah melalui system E-P, padanan bayaran akan dibuat secara online. 3.14.4 Untuk Kaedah Perlaksanaan Perkhidmatan Secara Perunding. a) Perolehan Perkhidmatan Perunding Penyiasatan Tanah & Rekabentuk Geoteknik i. Apabila memerlukan rekabentuk, HODT (Head Of Design Team) akan menyediakan skop kerja dan arahan akan dikeluarkan terus kepada KISB (Kump. Ikram Sdn Bhd) ii. Tindakan seterusnya, HODT akan menerima laporan daripada KISB dan laporan tersebut akan disemak dan ianya merangkumi laporan penyiasatan tanah dan perakuan rekabentuk geoteknik. iii. HODT akan menyediakan laporan prestasi KISB dan akan diedarkan kepada Kementerian Kerja Raya. Selepas itu, ia akan dikemukakan kepada HODT bagi syor bayaran untuk KISB. iv. HODT akan memperakukan bayaran kepada Bahagian Kewangan. b) Perolehan Perkhidmatan Perunding i. Setelah mempunyai cadangan outsource rekabentuk / perlaksanaan projek, HODT / Pegawai Mengurus Tender akan menyediakan permohonan dan Terma Rujukan Perkhidmatan Perunding. ii. kemudian Urusetia Cawangan / Negeri akan menyemak permohonan tersebut dan menentukan pihak berkuasa meluluskan permohonan. XLIV
  45. 45. iii. Urusetia Cawangan juga akan mendapatkan kelulusan daripada JPPPPA / LP / PKewN / Perbendaharaan. iv. Sekiranya bayaran perunding melalui input masa, surat niat akan dikeluarkan kepada perunding tersebut. Rundingan fee akan dibuat dengan pihak perunding dan sekali lagi kelulusan akan diperolehi daripada LP / Perbendaharaan / PKewN. Surat lantikan perunding akan dikeluarkan dan perjanjian serta Terma Rujukan Perunding yang perlu ditanda tangani akan disediakan oleh HODT / Pegawa Mengurus Tender. Kemudian HODT / PMT / Pegawai Mentadbir Kontrak akan memantau prestasi perunding dan laporan akan dihantar kepada Perbendaharaan melalui CPK JKR (Cawangan Pengurusan Korporat). Setelah itu, HODT / PMT / PMK akan menyediakan bayaran kepada peunding. v. Sekiranya bayaran perunding adalah melalui skala bayaran yang diluluskan oleh lembaga yang berkaitan, surat lantikan perunding akan terus dikeluarkan kepada perunding tanpa perlu melalui pengeluaran surat niat, rundingan fee dan kelulusan LP. XLV
  46. 46. BAB 4 : ACUAN KONKRIT (FORMWORK) 4.1 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN ACUAN Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibuat itu cukup kuat. Antara bahagian yang digunakan untuk menghasilkan acuan ialah : a) Lapik papan (sheathing) terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan lurah. b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong berlebas pada jarak yang sama. c) Belabas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah. d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkannya. e) Tupang menentukan jarak diantara kedua-dua lappik papan dalam acuan. f) Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan. XLVI
  47. 47. g) Pancang pula digunakan untuk mengekalkan rembat. gambarajah 4.1 : Pekerja sedang memasukkan konkrit ke dalam acuan. 4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN Acuan harus menetap sehingga konkrit mancapai kekuatan yang cukup untuk menanggung beban sendiri dan beban yang disokong. Jangka masa untuk menanggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah seperti berikut : Bil. Bahagian Acuan Jangka masa 1 Tepi rasuk, tiang dan tembok 2 – 6 hari 2 Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan) 7 – 14 hari 3 Papan tepi (yang dibebankan) Tidak kurang 7 hari 4 Papan bawah (yang dibebankan) 28 hari Jadual 4.0: Jangka masa minimum untuk menanggalkan acuan XLVII
  48. 48. 4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN ACUAN Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam pembinaan acuan adalah seperti berikut : a) Memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina acuan mengikut peraturan. Bahan-bahan yang mempunyai kecacatan tidak boleh digunakan. b) Pemasangan mestilah kukuh dengan melakukan sokongan menggunakan papan pengalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah dipasakkan dengan rembat atau tupang. c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum penempatan konkrit. d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi memudahkan penanggalannya. XLVIII
  49. 49. BAB 5 : ASAS DAN CERUCUK 5.1 PENGENALAN Asas ialah sebahagian daripada struktur yag menyentuhi terus kepadaa tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan menyebarkan ke tanah dengan selamatnya. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan perhatian khusus supaya ia cukup kukuh dan kekal. Oleh kerana paras tanah kukuh yang tersebut adalah berbeza-beza, maka asas pada umumnya dibahagi kepada 2 iaitu : i. Asas Cetek : contohnya ‘pad footing’,’strip footing’. ii. Asas Dalam : contohnya cerucuk, kaison, selinder. gambarajah 5.1 : Salah satu contoh asas. XLIX
  50. 50. 5.2 FUNGSI- FUNGSI ASAS a) Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamatnya. b) Untuk mengelak berlakunya enapan. c) Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja- kerja pembinaan. d) Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam di dalam tanah. 5.3 KATEGORI ASAS Terdapat dua jenis kategori asas iaitu :- a) Asas cetek b) Asas dalam 5.4 JENIS- JENIS ASAS a) Asas pad b) Asas jalur c) Asas rakit d) Asas cerucuk 5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN Pemilihan asas bengunan bergantung kepada beberapa faktor seperti :- a) Keadaan dan kekuatan tanah. b) Jenis asas yang dipilih dengan megambil kira dari segi ekonomi asas dan struktur bangunan keseluruhannya. c) Sifat dan jenis bangunan d) Agihan beban daripada superstruktur L
  51. 51. e) Jumlah beban bangunan termasuk keseluruhan bahagiannya. 5.6 PEMILIHAN ASAS Sebelum projek bermula, pihak makmal JKR akan membuat penyelidikan tapak dengan rapinya untuk menentukan jenis tanah yang terdapat di situ, dalamnya lapisan-lapisan tanah, kedudukan tanah keras dan paras air bawah tanah dan lain-lain lagi. Setelah diambilkira saiz dan beratnya struktur yang akan dibina diatasnya serta faktor-faktor lain seperti ekonomi, maka jenis asas akan dipilih. Secara amnya, jika lapisan tanah keras terletak tidak jauh dari permukaan tanah, maka asas cetek seperti ‘pad footing’ akan dipilih. Tetapi jika sekiranya saiz asas tersebut adalah besar dan tidak ekonomik serta lapisan tanah keras berada jauh di dalam, maka asas dalam seperti asas cerucuk akan dipilih. 5.6.1 Cerucuk a) Definisi Cerucuk adalah elemen yang berbentuk tiang yang berfungsi mengagihkan beban ‘superstruktur’ melalui strata yang kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang labih mampat dan kuat. b) Jenis-jenis cerucuk i. Cerucuk Tanggung Hujung (End-Bearing Pile) iaitu cerucuk ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu. ii. Cerucuk Geseran Kulit (Skin Frictional Pile) iaitu beban struktur ditanggung oleh geseran kulit diseluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah. Oleh kerana banyak faktor-faktor yang disebut ini seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relative, maka kebanyakan LI
  52. 52. cerucuk mempunyai kedua-dua sifat ‘tanggung hujung’ dan ‘geseran kulit’ tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti berikut : i. Cerucuk Bakau, Saiz 3” atau 5” bulat, Beban yang dibenarkan ½ - 1tan mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima. ii. Cerucuk Kayu Berubat (Tanalised Timber Pile) Saiz 5”x5”, 6”x6”, Jenis kayu; kempas,keruing. Beban yang dibenarkan 8-15 tan. iii. Cerucuk Konkrit Bertetulang (R.C Pile) Saiz 12”x12”, 14”x14”, 15”x15”, Beban yang dibenarkan 42-65 iv. Cerucuk Konkrit Tegas Dahulu Saiz 10”x10”, 12”x12”, 14”x14”, 16”x16”, Beban yang dibenarkan 45-110 tan. v. Cerucuk Keluli ‘H’ Saiz 8”x8”, 10”x10”, 12”x12”, Beban yang dibenarkan 50-150 tan. vi. Cerucuk Gerek Tuang Dimampat LII
  53. 53. gambarajah 5.6.1 : Cerucuk konkrit bertetulang (R.C Pile) 5.7 ASAS CERUCUK 5.7.1 Definisi Asas cerucuk merupakan satu anggota struktur yang memindahkan beban- beban yang dipikul ke lapisan yang keras, beban- beban ini dipindah melalui geseran, tanggung hujung atau gabungan kedua- duanya. Jika beban ditahan oleh geseran kulit disepanjang permukaan cerucuk, cerucuk itu dinamakan cerucuk geseran (Frictional pile), dan jika cerucuk- cerucuk itu ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu, ia dinamakan cerucuk tanggung hujung (end bearing pile). 5.7.2 Jenis- jenis cerucuk Pada umumnya jenis cerucuk- cerucuk berikut digunakan untuk pembinaan JKR. a) Cerucuk kayu terubat / bakau b) Cerucuk konkrit tuang dahulu c) Cerucuk keluli d) Cerucuk gerek tuang di tempat 5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK (Cerucuk konkrit tuang dulu) LIII
  54. 54. Sebelum pekerjaan cerucuk selanjutnya, ada beberapa perkara penting perlu diambil perhatian oleh pegawai penyelia projek. a) cerucuk yang dibuat dengan menggunakan Ordinary Portland Cement hendaklah berada dalam keadaan lembab sekurang- kurangnya 10 hari selepas ianya dibuat. b) Selepas 21 hari cerucuk boleh diangkat dan dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai tetapi ia belum boleh dipacakkan sehingga umurnya 4 minggu. c) Setiap cerucuk hendaklah ditulis dengan jelas bilagan rujukan, panjang dan tarikh ia dibuat dan ia hendaklah diangkat dengan cara yang betul, melalui lubang- lubang yang telah disediakan dan kemudian diletakkan dengan susunan yang betul. 5.8.1 Peralatan Untuk Cerucuk Pacak a) Terdiri daripada kerangka cerucuk (piling frame) dan penukul (hammer). Kerangka cerucuk ada yang besar dan ada yang kecil bergantung kepada pada kegunaannya. b) Penukul cerucuk (piling hammer) yang paling sederhana sekali adalah penukul terjun (drop hammer). Berat penukul adalah antara 2 – 4 tan dan tinggi terjun tidak lebih dari 5 – 6 kaki. CP 2004 mengesyorkan untuk mendapatkan kecekapan tukul pelantak dengan menggunakan penukul terjun ini, maka berat penukul hendaklah tidak lebih kurang dari setengah berat cerucuk (berat penukul ½ berat cerucuk) c) Penukul cerucuk yang lain adalah penukul diesel (diesel hammer). Jenis yang biasa digunakan adalah Kobe series K13 (1.3 tonne ram weight) K25 dan K35 dengan terjun tinggi maksimum adlah 3 meter. d) Sewaktu melantak cerucuk samada kayu, konkrit mahupun keluli, kepala cerucuk hendaklah disarungkan dengan topi cerucuk LIV
  55. 55. (helmet) bersama- sama dengan lapisan kusyen kayu untuk menahan hentaman, dan diatas topi cerucuk yang akan menerima penukul adalah lapik (dolly) yag terdiri daripada kepingan besi dan kayu keras. gambarajah 5.8.1 (a) : Kren sedang mengangkat cerucuk untuk didirikan pada titk yang hendak dilantak. gambarajah 5.8.2 (b) : Cerucuk sedang dilantak. 5.8.2 Data Pelantak Cerucuk LV
  56. 56. a) Sebelum cerucuk di angkat ke kerangka cerucuk, cerucuk hendaklah ditandakan dengan ukuran kaki/ meter. b) Setelah cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk, pastikan cerucuk barada pada kedudukan yang betul sebelum dipacu. c) Apabila cerucuk sudah siap untuk dipukul, jumlah pukulan untuk setiap kaki hendaklah dicatit di dalam borang data yang disediakan. d) Pukulan hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan / kaki sedah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh jurutera Projek dan bersedia mengambil ‘set’. 5.9 CARA MENGAMBIL ‘SET’ ‘Set’ adalah jarak terakhir penetrasi cerucuk kedalam tanah bagi setiap pukulan penukul, biasanya diambil 10 pukulan terakhir. Tujuan ‘set’ diambil adalah untuk menentukan keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing capacity) cerucuk. Perlu diambil perhatian jenis cerucuk yang diambil ‘set’ adalah jenis cerucuk tanggung hujung saja dan tidak perlu pada cerucuk geseran. a) ‘Set’ diambil dengan meletakkan kertas graf pada cerucuk dan pensel diletakkan secara melintang pada kayu lurus dan rata yang disokong oleh dua penahan. b) Setiap pukulan pada cerucuk, pensel dialihkan dan digesekkan dari kiri ke kanan sehingga 10 pukulan. c) Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkod samada pada kadar ketelusan dalam unit mm bagi setiap 10 hentakan yang diperlukan umtuk menghasilkan ketelusan setakat 25mm. 5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAKBINA Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas LVI
  57. 57. ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didirikan. Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan cerucuk yang perlu ditanam disesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti. Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di tapakbina sebelum, sewaktu dan sesudah penanaman perlu diperkemaskan. 5.10.1 Kawalan Mutu Cerucuk a) Cerucuk Konkrit Bertetulang Pastikan bagaimana cerucuk diacu. Jika di tapakbina, kawalan mutu konkrit perlu dibuat seperti biasa. Pemborong hanya boleh mengacu cerucuk ditempat lain jika kawasan tapakbina terlalu sempit dan perkara ini mendapat persetujuan Pegawai Penguasa. gambarajah 5.10.1 : Cerucuk konkrit bertetulang b) Cerucuk Pendahuluan Cerucuk pendahuluan adalah cerucuk yang dibenam sebelum menjalankan kerja cerucuk keseluruhannya, untuk LVII
  58. 58. menentukan criteria melantak untuk cerucuk-cerucuk kerja berikutnya dan untuk mengesahkan kecukupan rekabentuk, dimensi-dimensi dan keupayaan galas. Cerucuk ini hendaklah diambil kira sebagai sebahagian dari kerja asas yang tetap. c) Cerucuk Acu Siap Jika pemborong bercadang menggunakan cerucuk yang sudah siap, pastikan yang sebabnya boleh diterima. Ini adalah kerana bagi cerucuk ini pihak JKR tidak dapat mengawal mutu dengan sepenuhnya. Oleh itu adalah digalakkan membuat lawatan ke pembekal-pembekal yang berkenaan. Perlu juga dipastikan yang sifat dan keupayaan cerucuk tersebut adalah tidak kurang daripada yang dikehendaki dan juga bayaran lebih tidak akan dibuat oleh pemborong. 5.11 MUTU CERUCUK Simen yang digunakan mestilah Ordinary Portland Cement (OPC). Pengacuan mestilah dibuat di dalam satu proses sahaja. Ujian-ujian penurunan, factor mampatan dan juga ujian kiub perlu dibuat seperti biasa. Cerucuk boleh dikeluarkan dari kotak acuan selepas 3 hari. Pengacuan boleh diteruskan sehingga 10 hari dan selepas 14 hari, cerucuk bolehlah diangkat dengan menggunakan ‘liftingholes’ atau ‘togglees’ yang disediakan dan disusun dengan cara betul agar cerucuk tidak mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan ke tapakbina. Cerucuk hanya boleh ditanam selepas sebulan dengan tujuan untuk menjaga kematangannya. 5.11.1 Saiz dan Geometri. Pastikan yang saiz dan geometri adalah baik. Cerucuk mestilah tegak dan segala potongan mestilah tepat 90 darjah. LVIII
  59. 59. 5.11.2 Pancangan Tanda Pancangan Tanda hendaklah dijalankan dari garis grid utama struktur yang dicadangakan. Sejurus sebelum memacak cerucuk, kedudukan cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan pin, pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh dikesan. 5.11.3 Kedudukan Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong paras tanah atau lebih tinggi daripada paras tanah, penyimpangan maksimum yang dibenarkan diantara pusat cerucuk dengan titik pusat sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan yang dilampirkan dan hendaklah tidak melebihi 75mm dalam semua arah. 5.11.4 Kepugakan Penyimpangan maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi cerucuk yang telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75. Cerucuk yang sudah sendeng dengan berlebihan tidak seharusnya ditegakkan dengan paksaan kerana ini hanya akan merosakkannya. 5.11.5 Kecondongan Jejunjung cerucuk hendaklah dipasang dan disenggarakan untuk mengekalkan kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang telah ditentukan atau kecondongan yang ditunjukkan dalam pelan-pelan hendaklah mengikut nisbah 1:25. 5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK 5.12.1 Carta Program Kerja Penanaman LIX
  60. 60. Pemborong mestilah menyebabkan program sebelum memulakan kerja terutama sekali jika skopnya besar dan terdapat beberapa jenis cerucuk digunakan. Ini adalah penting supaya Pegawai Penguasa boleh merancang tenaga penyeliaannya memandangkan kerja ini adalah intensif. Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan hendaklah dikemukakan 7 hari sebelum kerja tersebut dimulakan. Selain dari itu, kontraktor hendaklah memberitahu Pegawai Penguasa, program kerja cerucuk untuk hari berikutnya dan memberi secukupnya notis mengenai cadangannya untuk bekerja diluar waktu pejabat. 5.12.2 Rekod Penanaman Setiap butir mestilah dimasukkan ke dalam rekod penanaman supaya ianya boleh digunakan oleh Pegawai Penguasa dan pihak Ukur Bahan untuk proses ‘Arahan Pinda Kerja’. Setiap cerucuk yang dipasang hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa dua salinan rekod- rekod yang telah ditandatangani tidak lewat dari tengahari hari berikutnya, selepas cerucuk dibenam. Rekod yang ditandatangan akan menjadi sebahagian dari rekod kerja. (Rujuk lampiran (a), (b) & (c)). 5.12.3 Gangguan dan Kerosakan Bunyi bising dan gangguan hendaklah diambil kira oleh kontraktor dan langkah-langkah dilakukan bagi mengurangkan bunyi bising dan gangguan semasa melantak dapat diatasi. 5.12.4 Kerosakan Kontraktor hendaklah mengambil perhatian kepada ‘Kerosakan Kepada Harta Benda’ dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor adalah disifatkan telah mengetahui sendiri risiko-risiko yang akan dialami oleh struktur yang bersebelahan dan sesuatu kemudahan akibat dari cara kerja- kerja cerucuk yang dicadangkan. LX
  61. 61. Sebelum menjalankan sebarang kerja cerucuk, Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan tapak bersama Pegawai Penguasa untuk menentukan sebarang keadaan yang boleh menunjukkan terdapatnya sesalur utama dan sesalur bekalan bawah tanah di tapak binaan atau sekelilingnya. Jika semasa menjalankan kerja, kerosakana berkemungkinan berlaku terhadap sesalur utama, sesalur bekalan atau struktur-struktur bersebelahan, Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa cadangannya untuk membaiki atau mengelakkan kerosakan tersebut. 5.12.5 Kerosakan kepada Cerucuk Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja dengan sebegitu cara yang boleh mengurangkan kerosakan kepada cerucuk. Semua cerucuk yang rosak semasa kendalian sama ada semasa pengangkutan, penegakan, pemacakan, pelantakan atau pada bila-bila masa yang lain hendaklah digantikan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri. 5.12.6 Langkah Keselamatan Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan di sepanjang perlaksanaan kerja cerucuk mengikut kehendak-kehendak undang-undang dan undang-undang kecil yang berkenaan. 5.13 UJIAN CERUCUK 5.13.1 Tujuan : a) Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk (ultimate bearing capacity of pile). b) Memeriksa ciri-ciri lengkungan ‘Load – Settlement’ cerucuk pada beban kerja (working load). c) Memeriksa ketahanan struktur asas, umpamanya kecekapan sambungan cerucuk. LXI
  62. 62. Adalah disyorkan bahawa : a) Untuk jenis tanah liat lembut, ujian cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 4 minggu cerucuk dipacak. b) Untuk tanah liat dari kukuh ke keras (stiff to hard clay) ujian cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 2 minggu dipacak. c) Untuk tanah pasir, ujian beban dilaksanakan selepas 1 minggu dipacak. 5.13.2 Kaedah Ada dua cara ujian yang biasa dilaksanakan : a) Maintained Load (biasa dilaksanakan JKR) Ujian beban ini merupakan salah satu ujian yang terpenting dalam bidang pembinaan. Ia menggunakan ‘jack’ untuk mendapatkan reaksi dari beban lawan (knetledge) yang lebih berat dari beban ujian yang diperlukan. Beban lawan diletak atas platform dan disokong oleh beberapa blok konkrti. Pihak kontraktor yang perlu menjalankan kerja-kerja ujian beban ini dan pihak JKR bertanggungjawab mengawasi dan memastikan bahawa kerja ujian beban dijalankan dengan betul dan mematuhi spesifikasi yang ditentukan oleh JKR. b) Alatan untuk ujian beban a) Jek Hidraulik b) Tolok Dial (Dial Gauge) c) Tentu ukur 5.13.3 Langkah- langkah Ujian Beban Tetap Ada beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian : a) Sewaktu ujian beban, permukaan kepala cerucuk hendaklah diratakan. LXII

×