Bahan 1

1,879 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,879
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
52
Actions
Shares
0
Downloads
97
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bahan 1

  1. 1. PENGENALAN KERTAS1. Nama kertas : Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman)2. Kod Kertas : 011 (S.K) / 021 (S.J.K (C)3. Bilangan Soalan : 40 soalan sahaja - 30 soalan tatabahasa (soalan 1 hingga 30) - 10 soalan pemahaman (soalan 31 hingga 40) - (2 petikan / jadual / iklan) - 5 soalan setiap petikan4. Jenis Soalan : Aneka Pilihan - 3 pilihan jawapan (A, B, dan C ) atau - 4 pilihan jawapan (A, B, C dan D)5. Masa Menjawab : 50 minit6. Cara Menjawab : Menghitamkan ruangan pada kertas jawapan aneka pilihan (OMR) menggunakan pensel 2B (kandungan OMR, semuanya A hingga D)7. Markah : 1 soalan 1 markahPECAHAN TAJUK (KONTEKS)1. Pengetahuan Sistem Bahasa – (soalan 1 hingga 30) a. Tatabahasa I. Morfologi (kata) Contohnya : - Kata Hubung - Imbuhan - Kata Ganda - Adjektif - Kata Nama - Kata Ganti Nama - Penanda Wacana
  2. 2. II. Sintaksis (Ayat) Contohnya : - Menentukan ayat yang sama maksud - Membina soalan berdasarkan jawapan - Menentukan ayat yang betul b. Kosa Kata - Penggunaan Kata (Kata Tepat) - Kata banyak Makna c. Peribahasa - Simpulan Bahasa - Bidalan d. Penjodoh Bilangan2. Pemahaman (Sastera / Bukan Sastera) – Soalan 31 hingga 40 - Kemahiran Membaca dan Memahami (pemahaman) - Mentafsir / Memahami Maklumat - Memahami Maksud Frasa / Kata a. Bahan Sastera - Cerita / Cerpen - Puisi (pantun, sajak, syair) b. Bukan Sastera - Rencana - Ucapan / Syarahan - Laporan - Berita - Dialog (perbualan / telefon / temu ramah) - Surat (rasmi / tidak rasmi) - Iklan - Jadual - Carta - Peta3. Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas I a. Baca semua arahan yang diberi dalam soalan. b. Teliti dan fahami kehendak gambar (jika soalan bergambar).
  3. 3. c. Setelah itu, kesan kehendak soalan dan bandingkan jawapan yang diberi.d. Bagi soalan tertentu, kemahiran berfikir diperlukan.e. Setelah berfikir, buatlah keputusan yang bijak untuk memilih jawapan.f. Setiap petikan hendaklah dibaca sekurang-kurangnya dua kali. Bacaan kali pertama untuk memahami persoalan / isi / mesej yang hendak disampaikan. Bacaan kali kedua perlu dilakukan secara teliti. Garisi dan fahami maklumat, data, jadual dan perangkaan yang diberikan.g. Terdapat juga soalan yang mempunyai pilihan jawapannya lebih daripada satu. Contohnya : I .................................................... II .................................................... III .................................................... IV .................................................... A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja Bagi soalan begini tandakan (  ) pada ayat yang betul dan ( ) pada ayat yang salah. Kemudian, barulah menghitamkan pada pilihan jawapan sama ada A, B, C atau D. Murid mesti menyemak jawapan yang telah dipilih. Jika ada pembetulan padamkan betul-betul sebelum menghitamkan jawapan yang baru.
  4. 4. Contoh Soalan Kertas 1 Penggunaan KataIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan I berdasarkan Gambar 1 PengimbuhanIsi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan 2 berdasarkan Gambar 2
  5. 5.  Kata HubungSoalan 3 berdasarkan Gambar 3 Simpulan BahasaSoalan 4 berdasarkan Gambar 4
  6. 6.  Kata Ganti Nama5. Cikgu Suhaimi mengarahkan murid-murid yang akan mengikuti lawatan sambil belajar ke Muzium Kuching itu berkumpul di hadapan dewan. _________ akan memberikan taklimat ringkas kepada ________ sebelum bertolak dengan menaiki bas sekolah. A Dia ... kita B Dia ... kalian C Beliau ... awak D Beliau ... merekaKomen‘Beliau’ kata ganti diri ketiga (untuk merujuk seseorang yang terhormat atauberkedudukan). ‘Mereka’ kata ganti diri ketiga (digunakan untuk merujuk sekumpulanorang yang diperkatakan). ‘Awak’ kata ganti diri kedua (untuk membahasakan diri orangkedua yang rapat dengan kita). ‘Dia’ kata ganti diri ketiga (untuk merujuk seseorangyang diperkatakan). ‘Kita’ kata ganti diri pertama (bagi diri orang yang bercakap sertasekalian yang hadir). ‘Kalian’ kata ganti diri kedua (digunakan ketika bercakap dengansekumpulan orang) Kata Ganda
  7. 7.  Penjodoh BilanganSoalan 7 berdasarkan Gambar 5
  8. 8.  Penanda WacanaSoalan 8 berdasarkan Gambar 6
  9. 9.  Perkataan SeertiPilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. Perkataan LawanPilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.
  10. 10.  PeribahasaPilih peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan berikut. Lupakan pergaduhan dan kembali bersatu.11 “Buat kerja tu biarlah berhati-hati supaya sempurna”, kata Cikgu Chong kepada kami. A buang yang keruh ambil yang jernih B sediakan payung sebelum hujan C biar lambat asalkan selamat D ringan tulang berat perut Melakukan sesuatu pekerjaan perlu berhati-hati agar sempurna. Beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan. Orang yang rajin akan mendapat rezeki yang banyak. Pilih ayat yang betulAntara pernyataan berikut yang manakah ayat majmuk?12 A Gajah liar itu sudah ditangkap. B Marsha sedang menyiram pokok bunga. C Harga kereta Mercedes itu mahal sangat. D Mawi bersiar-siar di pantai sambil menyanyi. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina denganKomen mencantumkan dua ayatAyat A, B, dan C merupakan ayat tunggal yang terdiri tunggal atau Iebih dengan menggunakan kata hubung.
  11. 11. daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat D adapenggunaan kata hubung iaitu ‘sambil’. Ayat TanyaPilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan?13. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital. A Sejak bilakah dia terlantar di hospital? B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu? C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu? D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu? merujuk masa merujuk tempat merujuk orang merujuk jawapanya atau tidak Aneka PilihanPilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.14. I Penjenayah itu telah ditangkap oleh ahli polis. II Bapanya ahli sains terkenal di negara kita. III Kalau fasal menyanyi, dia memang ahli. IV Felix ahli Persatuan Bahasa Melayu. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja
  12. 12. C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahajaKomen Ayat I Penggunaan kata ahli tidak tepat dan sepatutnya anggota polis. Ayat II Membawa maksud pakar sains Ayat III Memang mahir Ayat IV Anggota persatuan Aneka PilihanPilih ayat-ayat yang betuI.15. I Ahmad merasa kuah sup itu. II Cikgu Yazer mengajar Sains. III Ibu menjahiti abang sehelai baju. IV Dia memukul dengan kuatnya bola itu. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D III dan IV sahajaKomen Ayat I Merasa menggunakan lidah Ayat II Sebetulnya mengajarkan Sains Ayat III Bermaksud menjahitkan untuk abang Ayat IV Sebetulnya memukul bola itu dengan kuatnya.
  13. 13. Laporan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Patriotik 2006 Baru-baru ini, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Semerah Paditelah menganjurkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Patriotik 2006.Kempen itu telah disertai seratus orang ahli persatuan yang dipilih oleh dua orang gurupenasihat. Objektif utama kempen itu diadakan adalah untuk menyemai semangat cintaakan negara, memupuk kesedaran tentang sejarah, serta menghargai peranan dansumbangan tokoh silam dalam memerdekakan negara. Selain mengibarkan Jalur Gemilang, kegiatan lain yang turut diadakan ialahpertandingan mencipta lagu patriotik, mendeklamasikan sajak, mewarnakan gambarberunsur patriotik, kuiz kemerdekaan, dan pertandingan bercerita. Semua kegiatan inibertemakan kemerdekaan untuk menyemai semangat cinta akan negara di kalangangenerasi muda. Kempen Kibarkan Jalur Gemilang itu menerima sumbangan 150 benderadaripada Stesen Minyak Petronas Sendirian Berhad. Pengurus Pemasarannya EncikSuhaimi telah menyerahkan bendera tersebut kepada guru penasihat persatuan, PuanIntan Noorafzan dalam suatu majlis yang diadakan. Turut hadir di majlis tersebut ialahPenolong Kanan I, Puan Izzy Nooratiqah Yacob dan Eksekutif Pemasaran danPerhubungan Awam Stesen Minyak Petronas, Encik Izzat Nasrul Azrin. Secara keseluruhannya, kempen Kibarkan Jalur Gemilang itu telah berjayamencapai matlamatnya. Selain melibatkan penyertaan murid dalam kempen itu, merekajuga berasa seronok kerana turut diberi hadiah sebagai perangsang.Laporan disediakan oleh, 5 SEPTEMBER 2006(EYAD NAZIRUL HAKIM)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Semerah Padi.
  14. 14. 31. Berapakah bilangan ahli persatuan yang terlibat dalam Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sekolah Kebangsaan Semerah Padi ? A 50 orang B 100 orang C 150 orang D 200 orang32. Semua aktiviti yang diadakan dalam kempen itu adalah bertemakan kemerdekaan untuk A membolehkan pelajar melukis gambar tokoh kemerdekaan. B membolehkan murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik. C menggalakkan murid-murid menyertai pertandingan kemerdekaan. D menyemai semangat cinta akan negara di kalangan generasi muda.33. Siapakah yang menulis laporan tersebut? A Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia B Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semerah Padi C Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Semerah Padi34. Aktiviti yang berikut turut diadakan dalam kempen itu, kecuali A kuiz kemerdekaan. B mendeklamasi sajak. C pertandingan bercerita. D pertandingan memancing.35. Pihak manakah yang menyumbang bendera kepada Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Semerah Padi? A Pihak perseorangan B Pihak Stesen Petronas C Kementerian Pelajaran Malaysia
  15. 15. D Guru-guru Sekolah Kebangsaan Semerah Padi

×