Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PENGENALAN      Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan(perisian) media yang telah dikenalpasti, di...
REKABENTUK VISUALPENGENALAN      Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapatdilihat, atau berdasa...
mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dal...
Projektor slaid adalah satu lagi jenis media yang biasa digunakan bagitujuan menyampaikan pengajaran. Kepingan slaid boleh...
sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja tentu tidak memuaskan dan kurangdaya tarikan.      Carta yang dianggap efekti...
Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupabentuk danmenjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin) berjal...
Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu denganhanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci da...
Contoh penggunaan peta minda      Melalui peta minda, pelajar dapat mengetahui dan mahir dengan isi-isipenting berkaitan d...
mengandungi konsep yang konkrit serta memerlukan huraian terperincicontohnya biologi dan kajian tempatan.                 ...
Imej bergerak (dynamic visual) adalah inovasi daripada imej pegun. Imejbergerak, selain mempunyai ciri yang sama dengan im...
menggunakan perkataan. Sebaliknya, adalah lebih sesuai jika menggunakananimasi kerana pelajar lebih mudah memahamai perjal...
Dengan kata lain, grafik adalah bahan – bahan pengajaran. Idea danpenerangannya dipermudahkan menerusi penggunaan beberapa...
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancardan berkesan.      Persembahan visual juga digun...
APLIKASI       VISUAL      DALAM           PROSES    PENGAJARAN          DANPEMBELAJARANMERANCANG KERJA–KERJA SENI UNTUK V...
‘Penyatuan’ bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual BBMmempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung k...
juga berperanan bagi perhubungan dan dapat menunjukkan arah pandanganseseorang terhadap apa yang dilihat mengikut susunan....
Noryusri Shaari, Fatina Anha Haikal, Nor Alia Azri          ‘Huruf’ dan angka sering digunakan dalam satu–satu hasil visua...
Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunandan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain se...
Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunandan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain se...
Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunandan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain se...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

6

Share

Download to read offline

Rekabentuk Visual

Download to read offline

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Rekabentuk Visual

  1. 1. PENGENALAN Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan(perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untukmenyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran danpembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukancetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskanteknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah,suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebihmerujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model,diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual. Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yangtertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidikamat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran danpembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaanpersekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain padapersekitaran yang berbeza. 1
  2. 2. REKABENTUK VISUALPENGENALAN Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapatdilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalampengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkanproses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan.Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehanpengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawavisual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan. Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan samada pelajartadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar).Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah diberipendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai haiwan dan habitatnya,manakala kumpulan kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan keduaterpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawakumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi mengaitkan 9haiwan dengan habitatnya. Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjayamengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan.Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk 2
  3. 3. mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajianmenunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebihberjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.JENIS-JENIS VISUAL Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukantayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid,kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayanganadalah seperti carta, poster, papan tulis dan model. Visual atau media tayangan seperti transperensi dan projektor overheadadalah alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yangefektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengardan melakukannya. Ini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan OHP dantransperensi yang rapi dan sistematik oleh pihak guru. Menurut Kemp (1980),penggunaan transperensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yangmengandungi konsep, langkah–langkah pengajaran dan fakta–fakta rumusankepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich (1996)sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkantopik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensibertindih overlays. 3
  4. 4. Projektor slaid adalah satu lagi jenis media yang biasa digunakan bagitujuan menyampaikan pengajaran. Kepingan slaid boleh dihasilkan sendiri olehguru. Kemudahan ini telah berjaya membawa pengukuhan dalam bentuk realitidi layar perak. Gambar–gambar seperti planet, lautan, bahagian dalam jenteradan objek–objek lain yang sukar untuk diperlihatkan, dapat ditayangkan dalambilik darjah. Terdapat beberapa jenis projektor slaid seperti jenis manual,separuh automatik dan automatik sepenuhnya. Video dan televisyen adalah satu–satunya bahan teknologi moden yangtelah berjaya mempengaruhi sistem pengajaran dan pembelajaran. Ramaipenyelidik telah menjalankan kajian mengenai penggunaan televisyen untukpengajaran dan pembelajaran. Menurut schramun (1962), murid – murid dapatbelajar dengan cekap menerusi televisyen pendidikan. Menurut Wittich danSchuller (1973), televisyen banyak pendidikan telah banyak mengatasi masalahpengalaman pembelajaran murid. Bercakap mengenai video, ia bermaksud menggunakan pita video danperakam video ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perakam video pulamerupakan alat menjanakan pita video. Kelebihan menggunakan perakam videountuk pengajaran ialah gambar dan bunyi atau suara boleh disiarkan serentak. Media visual bukan tayangan seperti carta telah digunakan untukmenunjukkan sesuatu idea atau konsep dengan cara visual. Carta didapati amatpenting, terutama dalam menerangkan sesuatu konsep atau idea. Penerangan 4
  5. 5. sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja tentu tidak memuaskan dan kurangdaya tarikan. Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya menggabungkanpelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambar rajah danbentuk – bentuk garisan. Ada pelbagai jenis carta, diantaranya ialah carta aliran,carta pohon, carta jadual, carta masa dan lain – lain. Dalam membuat pemilihanjenis – jenis carta, guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran.Carta – carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, cartaaliran, carta jadual dan carta pengalaman. Poster digunakan untuk menyampaikan maklumat, penerangan danpengetahuan. Penerangan menggunakan poster adalah mudah dan cepat. Posteryang tertampal di bangunan dan tepi jalan raya nampak cantik dan menarikkerana ia dibuat mengikut elemen – elemen grafik yang baik dan sistematik.Poster juga digunakan oleh syarikat pengeluaran barangan untuk tujuanmempromosi produk dan digunakan oleh kementerian pendidikan untuk tujuanmenyampaikan penerangan, tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar – pelajar. Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara yang betuldan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yangberkualiti. Ia digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira perananyang dapat dimainkan oleh papan tulis sebelum memulakan sebarangpengajaran. Bagi Brown (1969), guru yang berkebolehan dan cekap selalunyamengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia benar – benar efektif. 5
  6. 6. Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupabentuk danmenjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin) berjalan. Terdapat tiga jenismodel, antaranya ialah model berskala, model potongan dan model olok – olok.Kebaikan menggunakan model adalah kerana ia mempunyai bentuk tigadimensi yang boleh dilihat, ia boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikutkesesuaian penglihatan, ia boleh menunjukkan objek yang tersembunyi atautertutup malah ia boleh menunjukkan ciri – ciri yang penting. Disamping itujuga, model boleh memuatkan objek sebenar yang kompleks dan boleh dibukadan dipasang semula. Model akan membantu pengajaran dan pembelajarandidalam kelas lebih baik, menarik dan fleksibel. Imej pegun dan imej bergerak adalah sebahagian daripada visual.Contoh-contoh ilustrasi adalah seperti gambar, carta, graf dan gambarajah.Penggunaan imej pegun dan imej bergerak adalah lebih mudah difahami selaindapat memberikan arahan yang membolehkan seseorang berfikir dengan lebihberkesan. Imej pegun (static visual) adalah seperti gambar atau ilustrasi yangmenyampaikan sesuatu maklumat atau informasi. Imej pegun digunakanapabila maklumat yang ingin disampaikan sukar untuk dijelaskan dengan hanyamenggunakan perkataan. Contohnya seperti carta, peta minda dan graf. Graf,carta dan visual lain boleh menerangkan banyak perkara dalam masa yangsingkat. 6
  7. 7. Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu denganhanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci daripada guru. Iniadalah kerana, graf mengandungi hanya maklumat penting yang perlu diketahuioleh pelajar. Graf amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran berkaitan statistikdan matematik. Ini kerana, graf tidak memerlukan huraian dengan ayat yangbanyak. Hanya isi-is penting sahaja yang ditulis di dalam graf. Contoh penggunaan graf Selain daripada graf, penggunaan peta minda juga dapat menghasilkanpembelajaran yang berkesan. Dalam mengaplikasikan penggunaan peta minda,beberapa syarat perlu di ambil berat. Letakkan tajuk yang penting (main point)di tengah-tengah dan huraikan isi-isi dengan lebih terperinci dengan membuatbeberapa cabang yang menghubungkan isi-isi dengan tajuk. Contohnya sepertigambarajah di bawah. 7
  8. 8. Contoh penggunaan peta minda Melalui peta minda, pelajar dapat mengetahui dan mahir dengan isi-isipenting berkaitan dengan tajuk. Ini dapat membantu pelajar dalam mengingat.Maklumat yang terlalu banyak mungkin akan mengelirukan pelajar. Denganmenggunakan peta minda, isi-isi dapat dihuraikan dengan lebih tersusun danpemikiran pelajar tidak hanya terkongkong dengan ayat-ayat tertentu. Pelajardiberi kebebasan untuk menghuraikan sesuatu isi tanpa lari dari topik yangsebenar. Penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakansalah satu kaedah yang berkesan. Carta mengandungi gambar berserta label.Carta sesuai digunakan untuk pelajar di peringkat rendah kerana pelajarmendapat visual atau gambaran tentang sesuatu perkara berserta huraian dalammasa yang sama. Penggunaan carta dapat meningkatkan kefahaman pelajar.Selain itu, penggunaan carta amat sesuai untuk mata pelajaran yang 8
  9. 9. mengandungi konsep yang konkrit serta memerlukan huraian terperincicontohnya biologi dan kajian tempatan. Contoh penggunaan carta Dalam penggunaan imej pegun, penggunaan warna, saiz objek danbentuk perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana, penggunaan warna yangbersesuaian dapat mempengaruhi serta menarik minat pelajar. Contoh-contohlain imej pegun ialah seperti berikut. Menarik perhatian pendengar Membantu dalam mengingat 9
  10. 10. Imej bergerak (dynamic visual) adalah inovasi daripada imej pegun. Imejbergerak, selain mempunyai ciri yang sama dengan imej pegun, imej bergerakdapat memaparkan gerakan sesuatu imej contohnya animasi. Imej bergeraksukar untuk dihasilkan kerana ia memerlukan pengetahuan tambahan dankreativiti pencipta. Walaubagaimanapun, imej bergerak mampu menarik lebihperhatian berbanding imej pegun. Penggunaan imej bergerak dalam proses pengajaran dan pembelajaranmemerlukan syarat-syarat tertentu. Ini adalah kerana, penggunaan imej bergerakyang tidak sesuai dengan situasi akan mengganggu proses pengajaran danpembelajaran. Contohnya dalam persembahan power point, rekabentuk slaidhendaklah diambil kira. Animasi tidak sesuai digunakan untuk slaid yangmengandungi huraian yang banyak kerana pelajar akan lebih tertarik untukmelihat kepada animasi berbanding huraian yang ditulis. Jadi ini secara tidaklangsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Imej bergerak adalah sesuai digunakan untuk pelajaran yang memerlukanpergerakan supaya topik yang hendak diajar mudah difahami contohnyamengenai kelajuan. Dengan cara ini pelajar dapat melihat proses gerakan yangberlaku. Maklumat akan lebih mudah untuk disampaikan kepada pelajar. Selainitu, imej bergerak sesuai digunakan untuk menerangkan sesuatu proses berlakucontohnya proses penapisan air. Imej bergerak adalah lebih sesuai digunakankerana proses yang berlaku adalah sukar untuk diterangkan dengan hanya 10
  11. 11. menggunakan perkataan. Sebaliknya, adalah lebih sesuai jika menggunakananimasi kerana pelajar lebih mudah memahamai perjalanan sesuatu proses. Seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas ‘grafik’ untukmembuat persediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) asas. Pemahaman asas‘grafik’ membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif.Menurut Kemp (1980), seseorang itu tidak semestinya mempunyai pengetahuandan latarbelakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu BBM; memadailahjika mempunyai pengetahuan asas grafik. Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang menyampaikaninformasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan efektif. Ia juga digunakanbagi mendapatkan kesesuaian idea yang tepat serta menjimatkan masa. Sebagaicontoh, ‘kartun’ adalah satu daripada bahan grafik. Ia digunakan sebagai satudaya tarikan kepada pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dantepat. Wittich dan schuller (1973) menerangkan bahawa grafik adalah terdiridaripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentumenerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar–gambar. Kanak–kanak biasanya tertarik kepada bahan grafik yang ditunjukkan.Mereka sentiasa ingin tahu mengenai keadaan dunia sekeliling. Dengan adabantuan grafik moden, pendidikan yang mereka terima dapat membantumemenuhi naluri ingin tahu. 11
  12. 12. Dengan kata lain, grafik adalah bahan – bahan pengajaran. Idea danpenerangannya dipermudahkan menerusi penggunaan beberapa lukisan,perkataan, lambang dan foto. Perkataan dan angka juga digunakan padakebanyakan grafik bagi menjelaskan penyampaian penerangan seperti yangterdapat pada graf, jadual, rajah dan carta. Grafik banyak sekali melibatkanbentuk – bentuk visual yang mengandungi penerangan singkat dan padat.FUNGSI DAN PENGGUNAAN VISUAL Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan visual adalahsesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu. Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objekkonkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikankonsep atau melakukan sesuatu kerja. Dengan penggunaan visual, topik-topikdapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah. Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan modpembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini adalah kerana setiappelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudahmemahami sesuatu dengan hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya,terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual atau gambar.Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan mediapengajaran yang sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran danpembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh besar 12
  13. 13. dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancardan berkesan. Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitansimbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta,gambar 3D dan sebagainya diperlukan. Contoh-contoh simbol yangmengaplikasikan penggunaan visual adalah seperti Simbol menunjukkan ilustrasi kejutan elektrik. Dengan hanya melihat kepada simbol, pelajar dapat meramalkan maksud yang ingin disampaikan. Surat memberi simbol email atau laman web. Selain dari itu, ikon sampul surat juga memberi maksud yang sama: Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara yangsusah untuk diterangkan dengan penulisan. Contohnya seperti gambar dibawah. Larger pictures give the reader a sense of being there. For example, thepicture shows more detail, capturing the readers attention. 13
  14. 14. APLIKASI VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN DANPEMBELAJARANMERANCANG KERJA–KERJA SENI UNTUK VISUAL Dalam perkara ini, ukuran hasil kerja haruslah dipastikan sama ada besaratau kecil kerana ia akan melibatkan aspek–aspek seperti perseimbangan,susunan dan kemudahan idea yang boleh diperolehi. Prinsip–prinsip seni rekaseperti mudah, penyatuan, penumpuan dan perseimbangan harus diberiperhatian utama. ‘Mudah’ di sini bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikansepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaik–baiknya tumpuan kepada satu atau duaisi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dikalanganpelajar. Sebaik–baiknya berpegang kepada prinsip ‘mudah dilihat dan mudahdibaca’. Segala bahan lukisan yang digunakan sepatutnya kelihatan besar, jelas,ringkas dan mengandungi bahan utama sahaja. 14
  15. 15. ‘Penyatuan’ bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual BBMmempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung kait diantarasatu sama lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan elemen garis, bentuk,warna atau ruang. ‘Penumpuan’ bermaksud hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalamsatu–satu grafik, iaitu dengan menjadikannya satu pusat perhatian. Elemenpenumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan–garisan kasar ;warna–warna paras dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula darikiri ke kanan kerana pergerakan mata manusia bermula dari kiri ke kanan. ‘Perseimbangan’ bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk ‘formal’dan yang ‘bukan formal’. Perseimbangan formal adalah susunan reka bentukyang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan samaberat di antara susunan kiri dan kanan atau sebaliknya. Ini berbeza denganperseimbangan tidak formal. Perseimbangan ini memerlukan lebih dayagubahan dan kreativiti. Cara yang sedemikian adalah lebih menarik. ‘Ruang’ yang digunakan dengan sistematik dan betul sangatmempengaruhi satu–satu hasil reka bentuk BBM. Sebelum memuatkan sesuatu,ruang itu, haruslah dirancang terlebih awal isi yang ingin diketarakan supayatidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau terlalu padat dan sesak. ‘Garisan’ adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana iaboleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan seumpamanya. Garisan 15
  16. 16. juga berperanan bagi perhubungan dan dapat menunjukkan arah pandanganseseorang terhadap apa yang dilihat mengikut susunan. ‘Warna’ juga merupakan elemen yang amat penting dalam satu – satuvisual dan ia digunakan bagi tujuan menarik perhatian. Warna dapatmemainkan peranan penyatuan, penumpuan dan perseimbangan dalam visualBBM. Seseorang itu harus memahami konsep warna terlebih dahulu untukmenggunakannya. Ini melibatkan pengetahuan ketagori – ketagori warna, samaada sejuk atau panas.WARNA BIRU DAN HIJAU TERGOLONG DALAM KETAGORI SEJUKWARNA MERAH DAN KUNING TERGOLONG DALAM KETAGORIPANAS Pemilihan warna dapat menghasilkan daya tarikan kepada pelajar.Contohnya dalam pemilihan warna yang digunakan bagi menghasilkan ‘poster’,warna bagi tujuan latar belakang haruslah disesuaikan dengan warna–warnaobjek atau huruf yang digunakan. Jika warna latarbelakang adalah ketagoriwarna cerah seperti kuning, merah muda, biru laut dan hijau muda amatlahsesuai digunakan warna–warna yang lebih kontras seperti hitam, merah tua,biru tua, hijau tua dan sebagainya untuk objek atau huruf. 16
  17. 17. Noryusri Shaari, Fatina Anha Haikal, Nor Alia Azri ‘Huruf’ dan angka sering digunakan dalam satu–satu hasil visual BBM. Iaberfungsi untuk menyampaikan penerangan dan informasi penting. Oleh itu,penggunaan sebarang huruf dan angka haruslah diberi perhatian dari segi‘kejelasannya’. Ini akan melibatkan kaedah–kaedah menggunakan huruf, saizhuruf dan jenis huruf. Dalam elemen huruf, seseorang itu harus menghadkanpenerangan, idea atau isi pelajaran yang ingin dimuatkan dalam satu–satuvisual. Dalam pemilihan huruf bagi sesuatu visual BBM, seseorang itu harusmenentukan jenis huruf; seeloknya huruf ‘bold’ yang tidak mengelirukan. Visual: salah satu bahan bantu mengajar. Terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang itu menghasilkanpenghurufan yang baik bagi sesuatu visual BBM seperti menggunakan stensilhuruf, penekan huruf, pita huruf, sistem penghurufan, komputer dansebagainya. COOPER BLACK FONT 12 STENCIL FONT 14 GEORGIA FONT 16 17
  18. 18. Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunandan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satuperkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebihmenarik, jelas dipandang dan mudah dibaca. SAYA SAYA Baik Kurang baik 18
  19. 19. Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunandan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satuperkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebihmenarik, jelas dipandang dan mudah dibaca. SAYA SAYA Baik Kurang baik 18
  20. 20. Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunandan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satuperkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebihmenarik, jelas dipandang dan mudah dibaca. SAYA SAYA Baik Kurang baik 18
  • mdshafri1

    Jul. 23, 2018
  • deanlist1

    Jan. 23, 2018
  • 125584

    Nov. 3, 2016
  • izuryanihafizah2

    Nov. 2, 2016
  • vivian9594

    Nov. 1, 2016
  • SmilingShit

    Nov. 1, 2016

Views

Total views

9,662

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

904

Actions

Downloads

501

Shares

0

Comments

0

Likes

6

×