Restoran Thumbkin House (THR) yang terletak di Kuala Lumpur mula beroperasi beberapa tahun yang lalu. Restoran ini menyediakan pelbagai masakan dan minuman timur dan barat. Bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik, restoran ini telah menggunakan sistem maklumat (IS) dalam mengendalikan data untuk operasi harian mereka.
Walaupun penggunaan IS menyediakan tindak balas yang lebih cepat dan membolehkan pelayan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, pengurusan THR mengambil perhatian bahawa restoran ini hanya menggunakan IS mereka dalam pemprosesan pesanan makanan sahaja. Pihak pengurusan merasakan bahawa fungsi semasa IS boleh diperluaskan lagi untuk mengesan tahap stok item makanan supaya tidak terjadi masalah "tiada-dalam-stok" dan juga untuk mengguna pakai pemesanan dalam talian untuk mencapai lebih ramai pelanggan melalui perkhidmatan penghantaran makanan. Dalam usaha untuk melaksanakan matlamat ini, Perancangan Sistem Maklumat yang sesuai (dari segi Perancangan Strategik) perlu dijalankan.
Andaikan yang anda bekerja sebagai Pengurus IT di THR, dan anda diarahkan oleh pihak pengurusan untuk menulis cadangan mengenai bagaimana IS boleh digunakan untuk menyokong kedua-dua fungsi di atas (termasuk gambar rajah aliran input-transformasi-output) dan Perancangan Strategik IS yang terlibat.
1. C B S M 4 3 0 3 | 1
FACULTY SCHOOL OF BUSINESS
SEMESTER SEPTEMBER/2015
CBMS4303
MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM
Soalan: Restoran Thumbkin House (THR) yang terletak di Kuala Lumpur mula beroperasi beberapa
tahun yang lalu. Restoran ini menyediakan pelbagai masakan dan minuman timur dan barat. Bagi
memastikan perkhidmatan yang terbaik, restoran ini telah menggunakan sistem maklumat (IS) dalam
mengendalikan data untuk operasi harian mereka.
Walaupun penggunaan IS menyediakan tindak balas yang lebih cepat dan membolehkan pelayan untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, pengurusan THR mengambil perhatian
bahawa restoran ini hanya menggunakan IS mereka dalam pemprosesan pesanan makanan sahaja.
Pihak pengurusan merasakan bahawa fungsi semasa IS boleh diperluaskan lagi untuk mengesan tahap
stok item makanan supaya tidak terjadi masalah "tiada-dalam-stok" dan juga untuk mengguna pakai
pemesanan dalam talian untuk mencapai lebih ramai pelanggan melalui perkhidmatan penghantaran
makanan. Dalam usaha untuk melaksanakan matlamat ini, Perancangan Sistem Maklumat yang sesuai
(dari segi Perancangan Strategik) perlu dijalankan.
Andaikan yang anda bekerja sebagai Pengurus IT di THR, dan anda diarahkan oleh pihak pengurusan
untuk menulis cadangan mengenai bagaimana IS boleh digunakan untuk menyokong kedua-dua fungsi
di atas (termasuk gambar rajah aliran input-transformasi-output) dan Perancangan Strategik IS yang
terlibat.
2. C B S M 4 3 0 3 | 2
ISI KANDUNGAN M/S
1.0 PENGENALAN THR 3
1ai) Kegunaan Is Untuk Mengesan Tahap Stok Item Makanan 5
1aii) Ilustrasi Rajah Aliran Input - Transformasi - Output Is 8
1bi) Kegunaan Is Untuk Pemesanan & Penghantaran Makanan 9
1bii) Ilustrasi Rajah Aliran Input - Transformasi - Output Is 12
2.0 STRATEGI IS 15
3.0 KESIMPULAN 19
4.0 RUJUKAN 20
3. C B S M 4 3 0 3 | 3
1.0 PENGENALAN THR
Tugasan ini adalah untuk memperlihatkan kepada umum kelebihan penggunaan IT yang
mampu memberikan pulangan dan hasil yang baik kepada organisasi. Di era perkembangan pesat
pada masa sekarang, organisasi perlu peka terhadap perkembangan IT sebagi satu peluang untuk
bersaing secara sihat. Penggunan IT dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai kayu pengukur
kekuatan sesebuah organisasi untuk bersaing atau sebaliknya juga dikenali sebagai kelebihan
bersaing (competitive advantages). Kelebihan penggunaan IT dalam perniagaan adalah:
1. Maklumat produk, pelanggan dan pasaran dapat dikemaskini dengan lebih
berkesan apabila pihak pengurusan memerlukan untuk tujuan analisis.
2. Pesanan daripada pelanggan, pengeluaran seterusnya penghantaran merupakan
kunci utama dalam kitaran perniagaan. Ianya dapat dicapai dengan melihat
keseluruhan system IT.
Restoran Thumbkin House (THR) yang terletak di Kuala Lumpur telah mula
menjalankan operasi seawal tahun 2010. THR yang terkenal sebagai sebuah restoran masakan
dan minuman campuran resipi dari Timur dan Barat yang mempersembahkan setiap masakan
dimasak oleh chef yang pernah berkkhidmat dengan hotel terkemuka di Malaysia. Selain
daripada konsep restoran terbuka kepada pelanggan, THR menyediakan perkhidmatan pesanan
makanan secara talian internet atau secara “online”. THR beroperasi tujuh (7) hari seminggu,
memulakan perniagaan seawal jam 9 pagi dan tutup pada jam 11 malam. Selain daripada
restoran utama di Kuala Lumpur yang merupakan Ibu Pejabat (THR HQ), THR mempunyai lebih
daripada 20 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia di setiap negeri
termasuk Sabah dan Sarawak.
Jika sebelum ini, THR hanya menyediakan perkhidmatan pesanan makanan secara
“online”, THR telah menyedari bahawa, fungsi IS boleh diperluaskan lagi dalam operasi harian
mereka. Pihak pengurusan pemasaran THR telah membaca dan menganalisis kewujudan
persekitaran serta persaingan perniagaan pada setiap masa. Berdasarkan kepada faktor tersebut,
semasa perjumpaan bulanan pihak pengurusan telah membangkitkan dua (2) cadangan dalam
memperluaskan fungsi dan mempergunakan kelebihan IS di THR iaitu:
4. C B S M 4 3 0 3 | 4
i. IS digunakan dalam mengesan tahap stok item makanan (stok level) bagi mengelakkan
masalah “tiada-dalam-stok”.
ii. IS digunakan dalam perkhidmatan penghantaran makanan bagi mencapai lebih ramai
pelanggan.
Cik Sadiyana selaku Pengurus IT di THR telah diarahkan oleh pihak pengurusan untuk
menyediakan dan membentangkan satu kertas kerja dua (2) cadangan yang dibangkitkan di atas
dan Perancangan Strategik IS yang terlibat dalam perkhidmatan THR sebagai restoran
terkemuka.
5. C B S M 4 3 0 3 | 5
1ai) BAGAIMANA SISTEM MAKLUMAT BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MENGESAN PARAS STOK MAKANAN DI RESTORAN THUMBKIN HOUSE
Sebagai sebuah restoran yang terkenal dan menjadi pilihan pelanggan di seluruh
Malaysia, masakan dan minuman yang dijual oleh THR adalah dari bahan yang berkualiti,
berkhasiat dan segar. Terdiri daripada barang basah dan kering. Barang basah biasanya bahan-
bahan yang tersedia dalam bungkusan/ paket seperti rempah ratus dan perencah masakan segera,
manakala bahan-bahan basah adalah seperti sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, daging , udang,
sotong dan ketam.
THR boleh menggunakan sistem maklumat di atas talian bagi mengesan paras stok di
restoran ini mengikut kepada tempahan pelanggan mereka seperti menggunakan produk jalur
lebar seperti Streamyx dan Unifi yang mampu merentasi di seluruh Malaysia. Sistem di atas
talian merupakan satu pakej perisian bersepadu yang kebanyakannya digunakan dalam
pengoperasian seperti di gudang dan tempat lain. Sistem ini digunakan untuk menyemak kuantiti,
lokasi, status inventori dan penghataran, dan penerimaan secara dalam talian. Penghantaran
produk kepada pelanggan dipastikan dan dikendalikan oleh sistem-sistem inventori. Diantara
fungsi-fungsi yang dijalankan oleh subsistem merangkumi:
i. Jualan
ii. Pembuatan
iii. Pergudangan
6. C B S M 4 3 0 3 | 6
iv. Pesanan dan;
v. Terimaan
Sistem inventori berperanan penting dalam memacu kejayaan dan kegagalan dalam
sesuatu perniagaan yang pesat dan kompetitif pada masa kini. Sistem pengurusan yang bersifat
mesra pengguna dan tersusun membantu restoran untuk mengelolakan maklumat inventori dan
maklumat dapat disimpan dengan mudah dan selamat.
Maklumat seperti di bawah dapat diselenggara dan direkod secara dalam talian dengan
adanya sistem inventori dalam talian seperti:
i. Pengawasan dan pengiraan bagi barang-barang di dalam inventori
ii. Pembelian barang-barang
iii. Pemprosesan dan penghantaran pesanan
iv. Pengeluaran inventori barang-barang ke kawasan yang ditetapkan
v. Penjanaan inbois
vi. Rekod barang-barang yang dipulangkan
vii. Pelarasan barang-barang di dalam inventori
viii. Maklumat pelanggan
ix. Mendapatkan laporan
i. Pengawasan Dan Pengiraan Bagi Barang-Barang Di Dalam Inventori
Jumlah dan jenis barang-barang yang terdapat di dalam inventori dapat dilihat dengan
cepat. Jenis-jenis barang dan kuantiti yang terdapat di dalam restoran dapat diketahui oleh
pengguna melalui sistem inventori dalam talian ini. Barang-barang yang perlu dibeli atau
dihantar dapat dipantau melalui sistem ini. Apabila kaedah ini digunakan, stok barang-barang
yang tidak mengalami kehabisan kerana ianya dipantau dengan tepat dan senang.
ii. Pembelian Barang-Barang
7. C B S M 4 3 0 3 | 7
Proses pembelian barang-barang akan dilakukan apabila stok didapati telah rendah dan
terdapat bilangan item yang diperlukan. Maklumat berkenaan item-item yang telah dibeli
disimpan ke dalam sistem berserta maklumat pembekal berkenaan. Kaedah ini bertujuan bagi
memastikan pengurusan inventori dapat item-item yang telah dibeli berkenaan dan data item
tersebut.
iii. Pemprosesan Dan Penghantaran Pesanan
Di dalam satu pesanan terdapat jenis item, kuantiti, lokasi, dan jenis pengangkutan yang
dipilih untuk menghantar sesuatu item. Penyelia inventori akan memproses pesanan-pesanan
yang diterima dan menyediakan barang-barang berkenaan sebelun proses penghantaran dibuat.
Status pesanan sama ada ianya telah dihantar, masih dalam proses ataupun ianya dibatalkan
adalah penting dan ianya perlu dikenal pasti.
iv. Pemindahan Item Dalam Inventori Dan Inbois
Pemindahan item dalam Inventori dan Inbois digunakan sebagai modul untk memantau
kawasan sesuatu item berserta maklumat lengkapnya. Pelanggan akan menerima inbois daripada
THR, manakala sesalinan inbois berserta laporan tersebut disimpan di dalam sistem dan ianya
boleh dicapai sekiranya diperlukan pada masa akan datang sebagai rujukan dan bukti.
v. Pelarasan Item Di Dalam Inventori
Pelarasan ini dibuat bagi memudahkan kiraan berpandukan kepada keluar dan masuk
item bagi mengurangkan kesalahan manusia.
vi. Laporan
Berpandukan kepada item di dalam inventori, pengguna dapat mencapai laporan-laporan
sekiranya diperlukan. Contoh laporan adalah laporan pembelian, laporan ringkasan bulanan,
laporan transaksi stok dan laporan item yang dipulangkan.
vii. Antaramuka (Interface)
Merupakan sistem yang yang memerlukan latihan yang minima untuk digunakan ianya
8. C B S M 4 3 0 3 | 8
adalah mesra pengguna.
viii. Keselamatan
Bagi menjamin keselamatan, setiap pengguna mempunyai identiti pengguna dan kata
laluan yang berbeza setiap orang sebagai langkah menghadkan sistem dikalangan pengguna. Had
untuk setiap pengguna untuk mengakses sistem ini boleh diset melalui Had Pengguna.
ix. Kebolehcapaian
Dengan adanya sambungan internet sistem ini boleh dicapai oleh pengguna dan tidak
perlu lagi berada di ruang inventori untuk memantau item.
1aii) ILUSTRASI RAJAH ALIRAN INPUT - TRANSFORMASI - OUTPUT IS
BAGAIMANA SISTEM MAKLUMAT BOLEH DIGUNAKAN
UNTUK MENGESAN PARAS STOK MAKANAN DI
RESTORAN THUMBKIN HOUSE
OUTPUT
Laporan
DATA
Jualan
Pembuatan
Pergudangan
Pesanan
Terimaan
PERANCANGAN
Pengawasan dan pengiraan bagi
barang-barang di dalam inventori
Pembelian barang-barang
Pemprosesan dan penghantaran
pesanan
Pengeluaran inventori barang-barang
ke kawasan yang ditetapkan
Penjanaan inbois
Rekod barang-barang yang
dipulangkan
Pelarasan barang-barang di dalam
inventori
Maklumat pelanggan
ix. Mendapatkan laporan
9. C B S M 4 3 0 3 | 9
1bi) KEGUNAAN IS UNTUK PEMESANAN & PENGHANTARAN MAKANAN
THR boleh menggunakan sistem maklumat dalam pemesanan di atas talian. Pesanan
melalui talian mampu dilakukan secara langsung di dalam THR mahupun secara tidak langsung
dimana sahaja pelanggan berada. Penerimaan pesanan pelanggan secara langsung di kawasan
restoran dilakukan dengan menggunakan komputer. Pesanan telefon menggunakan telefon
adalah kaedah umum yang dilakukan untuk mengatasi pesanan pelanggan yang berada jauh dari
restoran. Kos penggunan telefon dalam membuat pesanan merupakan masalah yang dihadapi
kerana pelanggan perlu menyebut pesanan satu persatu dan mengambil masa percakapan yang
lama dan kadang-kala butir bicara sukar untuk difahami. Terdapat juga masalah gangguan signal
dalam sistem komunikasi prabayar.
SMS (Short Message System) dan WAP (Wireless Application Protocol)
Kemajuan dan peredaran teknologi pasa masa kini, pelanggan yang berada jauh dari THR
boleh membuat pesanan tempahan melalui teknologi sistem pesanan ringkas (SMS) dan protokol
aplikasi tanpa wayar (WAP). Kaeadah lain adalah dengan memanfaatkan teknologi Java 2nd
Micro Edition (J2ME), selanjutnya aplikasi pemesanan makanan dapat dipasang pada telefon
bimbit pelanggan. Pelanggan hanya perlu membuka telefon bimbit mereka untuk melihat menu
dan seterusnya membuat pesanan. Secara langsung, aplikasi ini terus berhubung dengan internet .
Memori yang terdapat dalam telefon bimbit akan menyimpan semua data makanan. Ketika
pelanggan ingin memesan makanan atau memperbaharui menu makanan mereka, secara
automatik aplikasi dan internet akan terhubung.
J2ME (Java 2nd
Micro Edition)
Merupakan sebuah kombinasi yang terbentuk antara sekumpulan interface Java atau
dikenali sebagai Java API (Application Interface Protocol) dengan JVM (Java Virtual Machine)
10. C B S M 4 3 0 3 | 10
yang direka khas untuk runag yang terbatas. Kemudian, ianya digunakan untuk menjalankan
pembuatan aplikasi-aplikasi yang dapat berjalan di atas peranti telefon. (Raharjo, 2010:3)
RMS (Record Management System)
RMS merupakan sebuah API yang memberikan kemampuan untuk menyimpan data di
dalam peranti seluler. Hampir kesemua peringkat MIDP pada masa ini hanya mendukung RMS
sebagai satu-satunya media penyimpanan data. Oleh yang demikian, RMS penting untuk
difahami bagi mengembangkan aplikasi pada peranti seluler. (Johanes, 2010:45)
Pengguna dapat menyimpan data-data seperti data pelanggan dan data pesanan pada
peranti seluler seperti menyimpan data menggunakan basis data konvensional.
PHP
Dokumen rasmi PHP menjelaskan bahawa PHP adalah singkatan kepada PHP Hypertext
Preprocessor. Ia ditempatkan dan diproses di server, merupakan bahasa berbentuk skrip. Secara
khususnya ia dirancang untuk membentuk aplikasi web dinamis. Contohnya, pengguna dapat
menampilkan isi suatu database pada halaman web. Secara prinsipnya PHP mempunyai fungsi
yang sama dengan skrip-skrip seperti ASP (Active Server Page), Cold Fusion ataupun Perl.
Untuk pengetahuan juga, PHP sebenarnya dapat dipakai secara barisan atasan iaitu skrip PHP
dapat dijalankan tanpa melibatan web server mahupun web browser. (Kadir,2008:2)
UML (Unified Modelling Language)
UML (Unified Modelling Language) merupakan keluarga notasi grafis yang didukung
oleh meta-model tunggal, yang membantu pendeskripsian dan desain sistem perangkat lunak,
khususnya sistem yang dibangun menggunakan pemrograman berorientasi objek. UML
merupakan standard yang relatif terbuka yang diawasi oleh OMG (Object Management Group),
sebuah konsortium terbuka yang terdiri dari pelbagai perusahaan. OMG dibentuk untuk
membuat standar-standar yang mendukung interoperabilitas, khususnya interoperabilitas
11. C B S M 4 3 0 3 | 11
sistem berorientasi objek. OMG mungkin lebih dikenal dengan standard- standard CORBA
(Common Object Request Broker Architecture), (Fowler, 2004).
Terdapat dua buah aplikasi yang boleh digunakan iaitu mobile application untuk
pelanggan restoran, dan web application untuk pihak restoran. Pada web application, terdapat
tiga fungsi utama iaitu fungsi pemeliharaan data-data master, pemeliharaan data-data
transaksi, dan menampilkan laporan. Web application dapat terhubung dengan web server
melalui jaringan internet. Mobile application terus terhubung dengan web server melalui
jaringan internet (GPRS, EDGE, 3G, HSDPA, maupun EVDO). Aplikasi tidak serta merta
terpasang pada telefon bimbit pelanggan, pelanggan harus terlebih dahulu melakukan proses
memuat turun (download) aplikasi pada link atau pautan yang telah ditentukan sebelumnya.
Daftar menu makanan tidak ditampilkan pada saat aplikasi dijalankan untuk pertama kalinya,
pelanggan harus memilih refresh menu makanan terlebih dahulu. Setelah aplikasi
menjalankan proses refresh, data menu makanan yang didapatkan dari web server akan
disimpan pada local resource atau pada pemprograman java dikenal dengan istilah
RecordStore.
12. C B S M 4 3 0 3 | 12
1bii) ILUSTRASI RAJAH ALIRAN INPUT - TRANSFORMASI - OUTPUT IS
PelangganTHR
Mendaftarka
n
Pelangganan
Memeriksa
Rekod Pesanan
Melihat
Menu
Makanan
Menukar
Maklumat
Login
Applikasi
Menghantar
Pesanan &
Menghubungi
Refresh
Menu
Memesan
Makanan
Melihat
Senarai
Membeli
Belah
Sah
Tempahan
Batal
Tempahan
13. C B S M 4 3 0 3 | 13
Nama Kenyataaan
Mendaftar Pelanggan Fungsi adalah untuk menyimpan data
pelanggan baru.
Proses registrasi terlebih dahulu dilakukan oleh
pengguna baru yang ingin memesan makanan
Melihat Sejarah Menu Riwayat pesanan yang
dilakukan oleh pelanggan ditunukkan oleh
proses ini.
Pelanggan harus terlebih dahulu melakukan
login untuk membuka riwayat pesanan,
Melihat Lebih Lanjut Sejarah Menu Proses ini digunakan untuk menampilkan
rincian dari riwayat pesanan.
Sah Tempahan Fungsi proses ini adalah untuk menyetujui
pesanan, dan daftar pesanan akan dikirimkan
ke web server melalui jaringan internet.
Pelanggan diminta untuk melakukan proses
login terlebih dahulu sebelum mengirimkan
data kepada web server.
Login Permohonan Proses yang dijalankan ketika pelanggan
melakukan pemesanan online, mengubah
informasi kontak dan melihat riwayat pesanan.
Menukar Maklumat Proses ini digunakan untuk mengubah
informasi kontak pelanggan seperti data
alamat, bandar, dan no telepon
Perniagaan dalam sesebuah organisasi yang besar menjadi lebih berdaya saing dan lebih
cekap apabila mengaplikasi IS dan menjalankan perniagaan secara elektronik. Produk perniagaan
diperluas dengan adanya sistem maklumat. Proses penyimpanan data yang merangkumi segala
data perniagaan bertambah mudah, mempercepatkan proses pengumpulan data bagi
mempercepatkan pengumpulan data-data yang diperlukan. Kerja kerja penyimpanan dan
penggunaan data lebih efisen dan lebih teratur serta menjimatkan masa untuk mencari data juga
menjadi lebih singkat.
Perkembangan teknologi pada hari ini semakin meningkat, dengan hanya menggunakan
hujung jari sahaja, apa yang dikehendaki mudah didapati, tidak ketinggalan juga sistem
Memeriksa
Rekod Pesanan
Lebih Terperinci
Pesanan
14. C B S M 4 3 0 3 | 14
maklumat yang mengumpulkan pelbagai maklumat tentang organisasi. Contohnya kepada
maklumat yang dihantar data peribadi pekerja, jadual gaji pekerja. Segala permohonan
hanya dibuat melalui sistem. Meminimumkan kesalahan dalam membuat dan menyimpan
maklumat.. Proses menjadikan maklumat mentah kepada maklumat yang boleh digunakan
menjadi lebih mudah dan memercepatkan urusan kerja pengguna. Hasilnya ia akan membantu
meningkatkan prestasi syarikat tersebut.
15. C B S M 4 3 0 3 | 15
2.0 PERANCANGAN STRATEGIK
Rancangan strategik adalah satu garis panduan kepada sebarang tindakan yang perlu
dilaksanakan. Ianya merupakan hala tuju umum organisasi, dibentuk dengan mengambil kira
matlamat organisasi, keupayaan organisasi dan juga persekitaran dimana organisasi beroperasi.
Sebagai satu tanggungjawab pengurus dalam menentukan matlamat dan memutuskan apakah
tindakan yang paling sesuai perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
FUNGSI DAN TANGGUNG JAWAB
Thumbin House Restaurant perlu menyusun fungsi dan tanggungjawab bagi melincinkan
lagi pengurusan perkhidmatan pengusaha.
Pengurus Besar
Pengurus Besar (pemilik) merancang dan menyediakan kertas projek , menyusun pentadbiran
organisasi, menjadi pemimpin dan mengawalselia atau membuat pemantauan perjalanan
organisasi dan akhir sekali membuat pentaksiran serta penilaian ke atas syarikat.
Pengurus Pentadbiran & Kewangan
Pengurus Pentadbiran & Kewangan bertanggung jawab dalam segala aspek pengurusan dan
pentadbiran perniagaan agar berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang. Ia juga
merancang peruntukan perbelanjaan perniagaan dan memastikan pekerja – pekerja membuat
kerja mengikut standard (SOP ) untuk mempastikan mutu bahan memuaskan. Di samping itu
kebajikan pekerja agar mengujudkan persekitaran yang sihat dan meningkatkan prestasi kerja
dikalangan pekerja. Pengurus Kewangan bertanggung jawab dalam segala aspek kewangan
seperti melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi, menyediakan bajet dan
keperluan kewangan dan kenal pasti sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan
menganalisa dan melaporkan prestasi kewangan.
Pengurus Pemasaran
16. C B S M 4 3 0 3 | 16
Pengurus Pemasaran ini hendaklah mempastikan setiap pelanggan berpuas hati,
bertanggungjawab dan berusaha mencari pelanggan untuk menjalankan perniagaan secara
rangkainiaga.
Pengurus Pengeluaran
Pengurus pengeluaran akan mengawal bahan pengeluaran suapaya mencapai mutu yang
dikehehndaki saperti yang telah ditetapkan.Merancang dan membuat penyelidikan tentang bahan
yang disediakan supaya tahan untuk dihantar kepada pelanggan. Mempastikan alat-alat dan
mesin sentiasa baik supaya tidak mennganggu pengeluaran.
Pekerja Am
Pekerja Am hendaklah menjalankan tugas –tugas sebagaimana yang telah ditentukan
membasuh, menyediakan bahan-bahan untuk memasak, mencuci, membungkus mengikut
peraturan dan permintaan pelanggan , ia juga bertanggung jawab memastikan kebersihan dan
keselamatan premis. Menerima arahan dari Pengurus pengeluaran dari semasa ke semasa.
PERANCANGAN STRATEGIK
1. Selaras dengan perancangan strategik di restoran
Pengurus pertengahan akan membincang dan merancang program dan aktiviti
bersama pihak atasan bagi merangka program serta aktiviti yang sesuai seperti apa yang
perlu dimasukkan dalam program tersebut, siapa yang perlu mengendalikan,
bagaimanana program tersebut dijalankan dan sebagainya. Dua (2) perancangan yang
yang telah diaplikasi oleh THR pada masa kini adalah berasaskan system teknologi
maklumat iaitu i. Mengesan Paras Stok Makanan Di Restoran Thumbkin House. Sistem
ini digunakan untuk menyemak kuantiti, lokasi, status inventori dan penghataran, dan
penerimaan secara dalam talian. Penghantaran produk kepada pelanggan dipastikan dan
dikendalikan oleh sistem-sistem inventori. dan; ii. Pemesanan & Penghantaran Makanan
yang menggunakan sistem maklumat dalam pemesanan di atas talian. Pihak pengurusan
juga boleh mengatur lebih luas penggunaan IS diperingkat Cawangan dimana pesanan ari
setiap cawangan adalah terus ke cawangan tanpa melalui HQ bagi tindakan lebih pantas
dan segera.
17. C B S M 4 3 0 3 | 17
2. Menyediakan seni bina teknologi maklumat untuk membolehkan pengguna,
aplikasi dan pengkalan data untuk menjadi rangkaian bersepadu.
Perancangan sistem maklumat mestilah dilakukan seiring dengan usaha mereka
bentuk semula organisasi untuk menggunakan sistem maklumat seperti
i. Mempertingkatkan lagi sistem-sistem aplikasi yang bersesuaian untuk memudahcara
urusan harian THR.
ii. Menyediakan perkhidmatan sistem rangkaian yang berprestasi tinggi
iii. Menyediakan kajian awal keperluan sistem dan mengemaskini semua dokumentasi
berkaitan
iv. Menyediakan pegawai ICT yang terlatih di setiap Cawangan Restoran
18. C B S M 4 3 0 3 | 18
3. Menyediakan projek pada masa dalam bajet yang ditetapkan dan bahawa ia
berfungsi dengan betul
Pada setiap tahun, setiap organisasi telah diperuntukan bajet belanjawan syarikat untuk
pebelanjaan tahunan mereka. Setiap bahagian termasuk bahagian teknologi maklumat
diperuntukkan perbelanjaan untuk tujuan pembangunan ke atas system perkomputeran. Pengurus
perlu mengenalpasti aktiviti yang perlu diutamakan.berdasarkan kepada kejayaan dua (2)
aplikasi yang menggunakan IT iaitu mengesan stok tahap makanan dan pesanan makanan serta
penghantaran terus. Pengurus IT boleh menjadikan ianya sebagai sumber untuk permohonan
bajet seterusnya iaitu mengesyorkan cadangan baru penambahbaikan projek sedia ada atau
permulaan kepada projek yang baru.
19. C B S M 4 3 0 3 | 19
3.0 KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas, secara ringkasnya bahawa penggunaan IS di dalam sesebuah
perniagaan adalah memberi sesuatu kesan yang positif. IS digunakan untuk mengesan stok
makanan yang terdapat di inventori. Ia dapat mengkelaskan setiap bahan-bahan basah dan kering
di dalam sistem. Dari input seperti i. Jualan ii. Pembuatan iii. Pergudangan iv. Pesanan dan; iv.
Terimaan dimasukkan ke dalam IS kemudian ditransformasikan sebagai perancangan dan akhir
sekali dietrima sebagai laporan.
Begitu juga dengan aplikasi IS dalam pemesanan dan penghantaran makanan kepada
pelanggan. Ianya bermula dengan apabila pelanggan membuat pesanan melalui system
perkomputeran atau telefon pintar. THR menerima pesanan dan memproses, kemudian inbois
dijana dan penghantaran dibuat dalam masa yang segera.
Kejayaan penggunaan IS dalam dua projek yang ditugaskan memberi kelebihan kepada
Pengurus Projek untuk merangka perancangan-perancangan pada masa mendatang. Tiga (3)
perancangan telah dikenalpasti oleh Pengurus IT di THR ini Selaras dengan perancangan
strategik di restoran, menyediakan seni bina teknologi maklumat untk membolehkan pengguna,
aplikasi dan pengkalan data untuk menjadi rangkaian bersepadu dan menyediakan projek pada
masa dalam bajet yang ditetapkan dan bahawa ia berfungsi dengan betul dan member manfaat
kepada perniagaan.
(2,815 patah perkataan)
20. C B S M 4 3 0 3 | 20
4.0 RUJUKAN
1. (Mohd Yusof, et al., 2011)