Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
ULASAN BUKU:
TEACHING AS LEARNING : AN ACTION RESEARCH APPROACH
by JEAN MCNIFF
Buku ini mengandungi 5 bahag...
Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya.
Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin (tradisional)

Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan ...
Memikirkan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Melaksanakan penyelesaian
Menilai penyelesaian yang telah dibuat
Mengubahsuai pendapat dan amalan untuk mendapat penyelesaian yang baik.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
Model <b...
Ulasan Buku
Upcoming SlideShare
Loading in …5

Ulasan Buku

7,030 views

Published on

Published in: Business, Technology
• Be the first to comment

Ulasan Buku

1. 1. ULASAN BUKU:
TEACHING AS LEARNING : AN ACTION RESEARCH APPROACH
by JEAN MCNIFF
Buku ini mengandungi 5 bahagian utama, iaitu sebagai pengenalan kepada buku ini, pengkaji memnghuraikan secara umum permasalah yang timbul dalam sistem pendidikan kini dan dihuraikan dalam bab satu, iaitu pengkaji menceritakan mengalami masalah yang dihadapinya pendidikan, jenis-jenis kajian tindakan, dan kesan dalam pendidikan guru. Kemudian bahagian kedua melihat bagaimana pengkaji memikirkan penyelesaian bagi masalah yang timbul, bahagian ketiga bertindak dalam penyelesaian yang telah difikirkan, menilai kembali penyelesaian yang telah diambil, dan bahagian terakhir adalah mengesuaikan pendapat dan amalan pengkaji sesuai dengan penyelesaian. Namun begitu, ulasan yang akan dibuat tidak secara dilakukan berdasarkan bab-bab yang terdapat dalam buku ini. Sebaliknya melihat tumpuan-tumpuan penting dalam kajian tindakan, seperti konsep kajian tindakan, sebab perlunya kajian tindakan dibuat, reka bentuk kajian tindakan, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data, dan etika dalam kajian tindakan. Hal ini kerana buku ini adalah bersifat penceritaan secara umum dan tidak menumpukan satu persatu kompenan dalam kajian tindakan.
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan buku TEACHING AS LEARNING : AN ACTION RESEARCH APPROACH, penulisnya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri (sifat ingin tahu) yang mana melalui kajian tindakan, seseorang (atau sekumpulan orang) itu akan menyelidik serta menilai kerja/kajian mereka. Menurut Jean McNiff juga kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri, iaitu pada diri pengkaji itu sendiri. Buku ini bersifat penceritaan, iaitu pengkaji membincangkan pengalamannya dalam sistem pendidikan. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain walaupun kajian-kajian tersebut juga berbentuk kualitatif. Kajian tindakan bersifat kolobratif dan melibatkan pengkaji itu sendiri dalam kajian tindakan yang dilakukannya. Pengkaji berada di dalam kajian itu sendiri (insider researcher) dan bukan sebagai pengkaji luaran sahaja yang melihat kajian dari perspektif luar (spectator researcher). Pengkaji tindakan melihat diri merupakan salah satu daripada komponen dalam kajian. Mereka akan menyatakan soalan-soalan permasalahan seperti " Adakah saya melakukan kerja saya seperti yang dikehendaki?" atau " Bagaimana kita memperbaiki aspek-aspek yang perlu diperbaiki dalam hal ini" ataupun " Bagaimana saya ingin menghasilkan yang terbaik?" . Kajian tindakan juga merupakan
Namun, adalah lebih tepat lagi untuk mengatakan bahawa konsep yang ditekankan penulis adalah konsep tindakan-refleksi (action-reflection). Ini kerana proses dalam kajian tindakan yang melalui kitar demi kitar itu, pasti akan melalui tahap di mana pengkaji mengambil tindakan (bertindak atau implementasi rancangannya) dan kemudian merefleksi daripada apa yang diperhatikan berlaku terhadap perkara kajian (hasil tindakan).
JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN
1. Secara individu
Kajian tindakan jenis ini hanya menumpukan kepada isu-isu di dalam kelas sahaja. Ini termasuk susun atur kelas, penglibatan pelajar di dalam kelas dan penggunaan alat bantu mengajar.2. Secara kolaboratif
Kajian jenis ini pula memfokuskan kepada isu-isu dalam beberapa kelas yang menghadapi masalah dan situasi yang sama.
3. Kajian dalam sekolah
Kajian jenis ini agak luas sedikit kerana merangkumi isu-isu luar bilik darjah iaitu melibatkan isu-isu yang berlaku di sekolah.
4. Secara Institusi
Kajian ini melibatkan isu-isu seperti pencapaian akademik sekolah dan pengurusan organisasi beberapa buah sekolah yang berada dalam satu daerah. Kajian ini lebih kompleks berbanding ketiga-tiga kajian di atas.
MENGAPA GURU PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Menurut Jean MCNiff dan rakan-rakan guru melakukan kajian tindakan adalah untuk:

Untuk melihat kelemahan diri sendiri dan mengubah kelemahan tersebut.
2. 2. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya.
3. 3. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin (tradisional)

Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan.
Mengetahui masalah dan kelemahan diri dan perlu berubah.
Tindakan yang dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.
Bagi penulis, kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru membolehkan seseorang itu melihat kelemahan diri sendiri dan mengubah kelemahan tersebut. Terutama sekali jika kelemahan guru itu mempengaruhi pelajar. Contohnya, bagi penulis, proses pengajaran dan pembelajaran guru kini lebih bersifdat tradisional dan menggunakan teknik pengajaran yang sama. Keadaan ini menyebabkan pelajar bosan dan tidak memberi perhatian. Maka guru perlu membuat kajian tindakan untuk mecari penyesaian bagi permasalah yang wujud, contohnya mempelbagaikan teknik mengajar ketika berada di dalam kelas.
BILA KAJIAN TINDAKAN PERLU DILAKUKAN?
Penulis buku menyatakan bahawa kajian tindakan perlu dilakukan secara berterusan. Namun, beliau juga turut menyatakan bahawa terdapat beberapa situasi di mana perlunya kajian tindakan dilakukan, iaitu :
Ketika menghadapi situasi atau masalah yang perlu diatasi
Untuk membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Untuk melihat amalan atau menambah amalan yang perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN KAJIAN TINDAKAN
Penulis telah menyatakan lima langkah yang perlu dilakukan dalam kajian tindakan iaitu seperti;

Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan penambahbaikan.
4. 4. Memikirkan penyelesaian bagi masalah tersebut.
5. 5. Melaksanakan penyelesaian
6. 6. Menilai penyelesaian yang telah dibuat
7. 7. Mengubahsuai pendapat dan amalan untuk mendapat penyelesaian yang baik.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
Model
Reka bentuk kajian tindakan merangkumi keseluruhan proses. Ia merupakan perancangan bagaimana kajian akan dilakukan dan berdasarkan kepada langkah-langkah tindakan. Penulis buku in telah menggunakan Model McNiff, iaitu model yang dipanggil Tindakan-Refleksi (action-reflection) di mana melibatkan kitaran proses seperti 'memerhati - mereflek - bertindak - menilai – mengubahsuai. Proses ini berlaku secara berterusan. Namun begitu, walaupun kita mencapai satu tahap di mana kita berasa apa yang lakukan itu satu kepuasan, tahap itu akan membentuk satu masalah atau persoalan lain pula, dan seterusnya kitaran tersebut akan bermula lagi.
Sampel Kajian
Umumnya, sampel yang dijadikan responden dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan guru, iaitu pengkaji itu sendiri.
Seting Kajian
Tempat kajian di sekolah rendah atau menengah.
PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan model yang digunakan dalam buku ini, iaitu model salah seorang penulis (Jean McNiff) yang diubahsuai daripada model sebelum itu, iaitu hasil pemikiran beliau dan rakan-rakan (Jean McNiff et al. 2003). Model yang dipaparkan adalah suatu kitar tindakan-refleksi (Action-Reflection Cycle) yang berbentuk bulatan atau nombor 6 seperti yang berikut dalam buku ini. Buku ini bersifat penceritaan, iaitu kajian tindakan dihuraikan dalam bentuk cerita (pengalaman penulis). Kajian tindakan ialah satu cara apabila seseorang penyelidik ingin mencari sesuatu yang pada asalnya kita tidak tahu apakah ia (masalah). Apa yang penting penyelidik perlu tahu aturan atau strategi yang perlu ada untuk melakukan kajian tindakan. Kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik akan memberi kesan kepada dirinya. Penemuan baru yang diperoleh akan menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah diketahui sebelumnya.
Langkah pertama sebelum kajian tindakan dilakukan adalah pengkaji akan mendalami isu yang akan diselidiki dan menentukan apa dan kenapa matlamat itu perlu dicapai. Kebiasaannya kajian tindakan ini akan menimbulkan satu isu yang berbentuk persoalan dan penyelidik akan mencari jawapan terhadap persoalan tersebut. Contohnya 'Bagaimana saya boleh meningkatkan prestasi kerja saya?'. Ini bermaksud, penyelidik menjadi peneraju utama dalam kajian tindakan serta memfokuskan kepada peningkatan diri sendiri. Setelah mengenal pasti permasalahan, pengkaji akan menentukan penyelesaian yang boleh diambil bagi mengatasi permasalah yang timbul. Contohnya menggunakan kaedah kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah tradisional yang terlalu berpusatkan guru.
Pengkaji seterusnya bertindak sesuai dengan penyelesaian yang telah dirancang terlebih dahulu. Misalnya, sekiranya kaedah kontekstual yang telah dipilih bagi membantu pelajar lebih memahami pengajaran. Maka pengkaji akan bertindak menggunakan kaedah itu dalam proses pengajaran dan membuat pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian tersebut, pengkaji seterusnya akan menilai hasil daripada pemerhatian tersebut. Sekiranya pengkaji mendapati kaedah yang telah dipilih tersebut membawa hasil yang positif, maka pengkaji akan mengubah suai kaedah pengajaranya sesuai dengan hasil yang telah diperolehi daripada kajian tindakan tersebut. Proses tersebut akan berterusan untuk menghasilkan kaedah yang terbaik buat para pelajar.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Berdasarkan buku ini, pengumpulan dan penganalisisan data tidak dihuraikan secara menyeluruh. Pengumpulan dan penganalisisan data boleh dilihat secara ringkas dalam contoh kajian yang terdapat dalam kajian ini. Contohnya, dalam buku ini data dikumpul melalui pemerhatian dan temu ramah tidak berstruktur dengan responden. Penulis turut meletakkan sumber-sumber dapatan data seperti amalan kehidupan dan peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Data yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh dianalisis melalui pemerhatian. Melalui kajian tindakan pengkaji atau guru boleh melihat atau memerhatikan diri sendiri sebagai subjek utama dan juga orang lain untuk mengenal pasti bagaimana guru boleh mempengaruhi mereka melalui cara pendidikan. Menurut Jean, pengkaji atau guru boleh melakukan pemerhatian melalui video atau meminta orang lain membuat pemerhatian ke atasnya untuk dijadikan data dalam kajian yang akan dilakukan. Data yang diperolehi daripada temu ramah merupakan kesinambungan bagi pemerhatian bagi data yang lebih memerlukan jawapan yang cepat. Temu ramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan perakam video, perakam audio, mencatat secara tulisan, dan orang yang ditemu ramah perlu tahu apakah matlamat pengkaji melakukan temu ramah tersebut. Pengkaji juga perlu jelas dengan etika temu ramah dan sentiasa peka dengan perkataan yang dituturkan oleh responden. Ia bertujuan untuk menjaga kesahan data. Pengkaji perlu aktif semasa mendengar dan ia menjadi perkara utama dalam teknik temu ramah.
ETIKA KAJIAN TINDAKAN
Disebabkan buku ini bersifat penceritaan pengalaman penulis, maka etika dalam sesbuah kajian hanya dibincangkan secara umum, dimana seorang pengkaji perlu bersedia dengan surat-surat kebenaran untuk menjalankan kajian, berunding dengan pihak atasan, ibu bapa, responden atau individu yang terlibat dalam kajian tersebut terlebih dahulu. Pengkaji perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada mereka untuk menjadikan mereka sebahagian daripada kajian yang akan dijalankan. Ini kerana kajian tindakan melibatkan individu luar, iaitu walaupun kajian tentang diri sendiri, tetapi juga terdapat penglibatan pelajar sekolah dan penilai luar. Kajian tindakan yang dilaksanakan secara besar-besaran dan memerlukan penglibatan pelajar, kebenaran daripada penjaga perlu diperoleh. Bukan itu sahaja, kebenaran daripada pihak sekolah dan jabatan tertentu juga perlu diperoleh sebelum membuat kajian.
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN
Aspek penting dalam mewujudkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam kajian tindakan adalah mencari maklumat yang bermakna. Terdapat beberapa peringkat dalam keboleh percayaan, iaitu kesahan sendiri, rakan sebaya, berperingkat, dan berperingkat. Mencari maklumat yang bermakna menerangkan bahawa guru atau pun pengkaji perlu mencari maklumat yang mempunyai kaitan dengan kajian yang hendak dilakukan. Sekiranya kajian yang dilakukan memerlukan kerjasama dengan orang lain, maka ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap apa yang akan dilakukan. Hal Ini kerana maklumat yang diperolehi akan dibincangkan bersama. Hasil daripada penelitian terhadap pandangan orang lain, penyelidik akan membina maknanya sendiri. Selain itu, guru juga perlu melakukan penilaian formatif dan sumatif.
PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI
Berdasarkan buku yang telah dibaca,walaupun buku ini bersifat penceritaan daripada pengalaman penulis buku, namun maksud kajian tindakan dan proses-proses dalam kajian tindakan boleh difahami. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan kepada pengkaji baru yang ingin membuat kajian tindakan terutamanya kepada guru. Melalui pembacaan ini juga mampu memberikan saya sedikit sebanyak ilmu dan pengenalan berkenaan dengan kajian tindakan yang mana sebelum ini tidak diketahui oleh saya secara khususnya.