Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
0
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
( Lampiran kepada Surat Siaran
Kementerian Pelajaran M...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
1
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
1.0 PENGENALAN
1.1 Bersesuaian dengan prinsip Perkemba...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
2
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
3.4.2 Menyediakan analisis latihan yang boleh dicapai ...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
3
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
4.5 Fungsi SPLG bertepatan dengan peranan BPG sebagai ...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
4
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
5.2 Peranan Pelaksana
5.2.1 Penyelaras Latihan di Baha...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
5
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan ole...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
6
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
6.0 CARTA ALIR PROSES SPLG
6.1 Modul SULDP
6.1.1 Dafta...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
7
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
6.1.2 Tawaran kursus oleh Bahagian/JPN/PPD dan permoho...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
8
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
6.1.3 Daftar Kursus Berkumpulan (Schoolbased) di sekol...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
9
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
6.1.4 Tawaran kursus oleh PPD dan pencalonan peserta d...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
10
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
6.1.5 Tawaran kursus oleh PPD dan permohonan kursus o...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
11
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
6.2 Modul Individu
6.2.1 Daftar ‘Book Review’ (BR) da...
Bahagian Pendidikan Guru, KPM
12
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
6.2.2 Instrumen TNA (Analisis Keperluan Kursus)
7.0 P...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Garis panduan splg

4,674 views

Published on

Published in: Entertainment & Humor
  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Garis panduan splg

  1. 1. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 0 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 ( Lampiran kepada Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 20 Tahun 2012 ) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia Lampiran A
  2. 2. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 1 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 1.0 PENGENALAN 1.1 Bersesuaian dengan prinsip Perkembangan Profesional Berterusan (CPD), usaha lebih berkesan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu digembleng bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada warga pendidik secara berterusan untuk membina diri menghadapi perubahan dalam pendidikan. Sehubungan itu, adalah wajar penyelarasan dan pelaksanaan LDP di semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dimantapkan melalui aplikasi SPLG. Aplikasi ini sebagai kayu pengukur menilai keberkesanan ‘output’ dan ‘outcomes’ pelaksanaan latihan. 2.0 TUJUAN 2.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) di semua sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan bahagian-bahagian di KPM bagi menguruskan semua pentadbiran latihan dalam perkhidmatan. 3.0 LATAR BELAKANG 3.1 SPLG dibangunkan bagi mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dilaksanakan di peringkat pelaksana di samping merekod kursus-kursus, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh guru-guru melalui modul Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul ‘Book Review’ (BR). 3.2 SPLG merupakan satu aplikasi utama bagi mengumpul dan melaporkan maklumat/data latihan di Kementerian Pelajaran Malaysia. 3.3 SPLG dibangunkan bagi mengatasi masalah pertindihan data latihan guru yang telah dilaporkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) oleh JPN, PPD dan sekolah seperti amalan biasa. 3.4 Dalam menguruskan latihan dalam perkhidmatan, SPLG ini dapat memenuhi keperluan BPG dari segi : 3.4.1 Pengurusan rekod latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan di peringkat penyedia latihan.
  3. 3. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 2 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 3.4.2 Menyediakan analisis latihan yang boleh dicapai oleh peringkat Pengurusan Tertinggi KPM, JPN dan PPD selari dengan kehendak Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 / 2005. 4.0 PUNCA KUASA 4.1 Mesyuarat yang telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KPM pada 17 Januari 2010 telah membuat ketetapan bahawa fungsi utama BPG sekarang adalah melaksanakan latihan kepada guru dalam perkhidmatan dan pengambilan guru. Keputusan tersebut telah dipersetujui melalui satu mesyuarat bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Oleh itu, satu memo daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Februari 2010 memaklumkan mengenai keputusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia. Hal ini, selari dengan Majlis Mesyuarat Profesional Khas KPM bertarikh 22 Ogos 2007 yang memutuskan BPG sebagai penyelaras pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KPM. 4.2 Urus setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) telah mengambil maklum tentang pembangunan SPLG melalui memo KP.BPM(S) 1/07/011/01/Jilid 8 (14) bertarikh 22 April 2011 bahawa SPLG dibangunkan secara dalaman. 4.3 Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) BPG Bil.2/2011 pada 11 Julai 2011 telah memutuskan bahawa SPLG akan diwajibkan penggunaannya kepada semua guru di sekolah. 4.4 Penggunaan SPLG telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus KPM Bil. 2/2011 pada 01 Ogos 2011 untuk makluman dan persetujuan bagi mewajibkan penggunaannya kepada semua guru. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus KPM Bil. 3/2011 pada 15 November 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa hanya satu sistem sahaja digunakan untuk pengurusan latihan guru iaitu Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.
  4. 4. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 3 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 4.5 Fungsi SPLG bertepatan dengan peranan BPG sebagai peneraju Latihan Bina Upaya KPM. Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) Bil. 3/2011 pada 21 Disember 2011, ahli-ahli mesyuarat telah memutuskan dua perkara mengenai program latihan dalam perkhidmatan iaitu BPG mengkaji semula program latihan keguruan KPM dengan berfokuskan bina upaya warga pendidikan dan BPG sebagai peneraju utama program latihan KPM. 5.0 PELAKSANAAN 5.1 Peringkat Pelaksana 5.1.1 Bahagian KPM Peringkat KPM, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat Bahagian masing-masing. 5.1.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Peringkat JPN, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat JPN, PPD dan sekolah. 5.1.3 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Peringkat PPD, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat PPD dan sekolah. 5.1.4 Sekolah Peringkat sekolah, Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) dipertanggungjawabkan mengurus dan menyelaras pelaksanaan SPLG. 5.1.5 Individu Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bertanggungjawab memastikan rekod latihan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  5. 5. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 4 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 5.2 Peranan Pelaksana 5.2.1 Penyelaras Latihan di Bahagian KPM Memastikan semua maklumat PPP dalam pangkalan data SPLG sentiasa dikemaskini. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat Bahagian melalui Modul SULDP. Menawarkan latihan kepada semua PPP di Bahagian secara atas talian. Menganalisis keperluan latihan di Bahagian masing-masing melalui Modul TNA (Analisis Keperluan Kursus). Merangka dan merancang takwim latihan tahunan. Membuat analisis dan laporan latihan di Bahagian masing-masing. 5.2.2 Pegawai Latihan di JPN Memastikan semua maklumat PPP dari data EMIS ke dalam SPLG. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat JPN melalui Modul SULDP. Melaksanakan taklimat / bengkel aplikasi SPLG kepada semua PPP JPN dan Penyelaras Latihan PPD Menawarkan latihan kepada semua PPP di JPN , PPD dan guru secara atas talian. Menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan menerusi modul individu secara atas talian. Memastikan semua PPP mengisi instrumen TNA melalui Modul Individu. Merangka dan merancang takwim latihan tahunan peringkat jabatan. Memantau pelaksanaan latihan peringkat PPD dan sekolah. Menganalisis keperluan kursus di JPN, PPD dan sekolah melalui Modul TNA Membuat analisis dan laporan latihan di Jabatan, PPD dan sekolah. 5.2.3 Penyelaras Latihan di PPD Memastikan semua maklumat PPP dalam data SPLG yang diperoleh dari data EMIS adalah betul. Menawar dan mendaftar semua latihan yang akan dijalankan di peringkat PPD dan sekolah secara atas talian melalui Modul SULDP. Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLG kepada semua pegawai PPD dan SULDP sekolah.
  6. 6. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 5 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 Menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan oleh PPP di PPD menerusi Modul Individu secara atas talian. Menguruskan maklumat berkaitan latihan yang melibatkan PPP di PPD dan guru-guru di dalam daerah. Menyokong dan meluluskan permohonan latihan oleh pihak sekolah secara atas talian. Menganalisis keperluan latihan di PPD dan sekolah melalui Modul TNA Merangka dan merancang takwim latihan tahunan peringkat PPD. Memantau pelaksanaan latihan peringkat PPD dan sekolah. Membuat analisis dan laporan latihan di PPD dan sekolah. 5.2.4 Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) di sekolah Memastikan semua maklumat guru dalam SPLG yang diperoleh dari data EMIS adalah betul. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat sekolah dalam SPLG melalui Modul SULDP. Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLG kepada semua guru. Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat PPD. Mengurus, menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan oleh guru menerusi Modul Individu secara atas talian. Memastikan semua guru mengisi instrumen TNA melalui Modul Individu. Membuat analisis dan pelaporan latihan di sekolah. 5.2.5 Individu Mengisi instrumen TNA mengikut kategori masing-masing setiap awal tahun. Mendaftar KKL dan BR melalui Modul Indivudi secara atas talian. Menyerahkan ulasan buku yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan kepada Pegawai Latihan/Penyelaras Latihan/SULDP. Mencetak Pelaporan Individu dan Sijil Kehadiran Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia secara digital dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing untuk direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) pada berakhir tahun berkenaan.
  7. 7. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 6 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 6.0 CARTA ALIR PROSES SPLG 6.1 Modul SULDP 6.1.1 Daftar dan tawaran latihan secara berkumpulan di Bahagian KPM, JPN dan PPD Login INDIVIDU ( PPP ) PEGAWAI/PENYELARAS LATIHAN Daftar Kursus Berkumpulan Analisis Laksana kursusPelaporan Digital Kemaskini kehadiran peserta Daftar peserta
  8. 8. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 7 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 6.1.2 Tawaran kursus oleh Bahagian/JPN/PPD dan permohonan kursus oleh individu di Bahagian/JPN/PPD Login INDIVIDU (PPP) SU LDP BAHAGIAN/JPN/PPD Daftar Kursus Dalaman Analisis Mohon Kursus Laksana kursus Pelaporan Digital Terima permohonan kursus Kemas kini kehadiran peserta Tidak Ya
  9. 9. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 8 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 6.1.3 Daftar Kursus Berkumpulan (Schoolbased) di sekolah dan pengesahan serta sokongan oleh PPD Login INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH Daftar Kursus Berkumpulan Analisis Analisis Analisis Laksana kursusPelaporan digital Kemas kini kehadiran peserta Daftar peserta Pengesahan
  10. 10. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 9 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 6.1.4 Tawaran kursus oleh PPD dan pencalonan peserta dari sekolah Login INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH Daftar Kursus Analisis Analisis Analisis Calon peserta Laksana kursus Pelaporan digital Kemas kini kehadiran peserta Daftar peserta Sokongan pencalonan peserta
  11. 11. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 10 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 6.1.5 Tawaran kursus oleh PPD dan permohonan kursus oleh individu di sekolah Login INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN PENGESAH Daftar Kursus Terbuka Analisis Analisis Analisis Mohon kursus Laksana kursus Pelaporan digital Terima permohonan kursus Kemas kini kehadiran peserta Tidak Ya
  12. 12. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 11 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 6.2 Modul Individu 6.2.1 Daftar ‘Book Review’ (BR) dan Kehadiran Kursus Luar (KKL) Login INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH Daftar BR Analisis Analisis Analisis Daftar KKL Pengesah Pelaporan digital
  13. 13. Bahagian Pendidikan Guru, KPM 12 Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012 6.2.2 Instrumen TNA (Analisis Keperluan Kursus) 7.0 PENUTUP 7.1 Semua Bahagian/JPN/PPD/sekolah hendaklah menggunakan SPLG bagi mengurus dan merekod pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan pegawai, guru dan warga pendidik menerusi modul SULDP aplikasi SPLG. 7.2 Semua guru dan warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengisi kehadiran kursus luar (KKL), book review dan soal selidik Analisis Keperluan Kursus ‘TNA’ menerusi modul individu aplikasi SPLG. 7.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG), sila hubungi : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2- 6, Blok E13, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, No. Tel:03-8884 6000 (TALIAN UMUM) 03-8884 1052 / 1055 / 1069 / 1053 / 1066 / 1214 No.Fax:03-8889 3570 Login INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH TNA Analisis Analisis Analisis

×