Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

1,395 views

Published on

for common information

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

  1. 1. Isu-isu Trenda Terkini dalam Teknologi Pendidikan TMK DALAM PJ PN. SALMI BINTI HJ LILEK JABATAN PJK KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
  2. 2. SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI • Teknologi maklumat merupakan suatu alat utama dalam era maklumat. Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital.Teknologi maklumat merujuk kepada pengunaan pelbagai item dan keupayaan dlam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Pada masa kini, istilah teknologi maklimat telah diperluaskan kepada Teknologi maklumat dan komunikasi atau dikenali sebabagi TMK
  3. 3. -Menurut Senn(1998) teknologi maklumat mengandungi tiga kompenen iaitu komputer, komunikasi dan tahu- guna.Gabungan ketiga-tiga kompenen ini memberi peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Ketiga-tiga komponen ini tidak terpisah.Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika tidak pandai menggunakannya. Pengetahuan tentang komputer sama penting dengan pengetahuan bagaimana menggunakannya.
  4. 4. Komponen Teknologi Maklumat Komponen Takrifan Komputer Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah data dan maklumat Rangkaian komunikasi Digunakan untuk penghantaran penerimaan data dan maklumat Tahu-guna Apa?, bila? Dan bagaimana/ Teknologi maklumat digunakan secara untuk menyelesaikan masalah dengan merujuk kepada; -kebiasaan dengan alat teknologi maklumat Kemahiran yang diperlukan -memahami masa hendak menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan mengekplotasi peluang yang terbuka luas dan
  5. 5. Impak TMK kepada Komuniti dan Sosio -ekonomi a. Kepentingan Literasi Komputer Kepada Masyarakat. b. Sumbangan TMK dalam Pembangunan negara. c. Pengaruh TMK kepada kemajuan negara. d. Kesan Sosio-ekonomi kepada Masyarakat dan Negara
  6. 6. Kepentingan Literasi Komputer Kepada Masyarakat • Memberi pengetahuan mengenai perkara-perkara yang menjadi asas kepada pendidikan komputer bagi membolehkan mereka mempertingkatkan dan mengoptiumkan kemahiran dalam bidang perkomputeran melalui pengajaran berasaskan teknologi komputer • Mengetahui isu-isu terkini berkenaan program pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah-sekolah dan institusiinstitusi pendidikan. • Melaksanakan kajian yang dapat menjustifikasikan kepentingan pengaplikasian konsep-konsep pendidikan komputer, teori-teori, strategi-strategi dan kaedah p&p dalam usaha untuk mengemas kini kurikulum pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah dan institusi pendidikan yang lain.
  7. 7. Sambungan…. • Memberi galakan bahawa penggunaan teknologi komputer didapati boleh meningkatkan harga diri dan keyakinan masyarakat. • Teknologi komputer adalah sebagai sumber maklumat terbesar yang dapat membantu masyarakat mengambangkan kemahiran penyoalan dan penyelidikan. • Teknologi dapat menghubungkan antara komuniti yang pelbagai budaya. • Memudahkan segala urusan seharian termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan kesihatan, pengangkutan, perindustrian, pembuatan, kewangan dan sebagainya.
  8. 8. Sumbangan TMK Dalam Pembangunan Negara. • Penggunaan yang melusa terhadap teknologi maklumat akan mengubah cara hidup, cara berkerja, cara belajar dan corak pemikiran seseorang itu. • Penggunaan teknologi maklumat juga mempunyai pontensi yang besar dalam meluaskan aktivti ekonomi, amalan prinsipprinsip demokrasi, pembahagian kekayaan, dan faeadh sosial merentasi sempadan negara.
  9. 9. Sambungan… • Penggunaan teknologi maklumat berkemampuan mengurangkan pencemaran dan masalah lalu lintas. • Penggunaan teknologi maklumat oleh kerajaan sebagai sokongan kepada pelbagai dasar negara dan program pembangunannya, terutama dalam pembahagian kekayaan dan peluang kepada masyarakat desa. • Menjadikan Malaysia sebagai hub ICT dan multimedia di peringkat global.
  10. 10. Sambungan… • Meningkatkan taraf dan menambahkan infrastruktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian di seluruh negara dengan tujuan merapatkan jurang digital. • Meningkatkan pembangunan sumber manusai dalam bidang ICT bagi menambahkan bekalan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan. • Menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.
  11. 11. Pengaruh TMK kepada kemajuan Negara • Penggunaan internet dan komputer multimedia telah mencetuskan perpindahan teknologi konvensional kepada era digital yang menakjubkan. Cth; pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekan kata kata kunci pada papan kekunci. Secara ringkasnya kecanggihan dan keupayaan teknologi maklumat telah memudahkan komunikasi dua hala sesama manusia dan negara.
  12. 12. Sambungan… • Perdagangan menerusi talian atau lebih dikenali sebagai e-dagang menerusi perdagangan elektronik ini tidak lagi menjadi halangan bahkan pontensi pasaran semakin meningkat dan lebih berbentuk global. • Perkhidmatan e-banking pada dasarnya adalah satu daripada sistem ekonomi yang penting kepada negara.
  13. 13. Sambungan.. • Pendidikan sedunia mara setapak ke hadapan dengan membolehkan pendidikan jarak jauh di laksanakan.(pelajar hanya berhubung mllui internet) Kesimpulannya, masyarakat yang buta teknologi maklumat pada hari ini boleh disamakan seperti buta huruf pada zaman lalu.
  14. 14. Kesan sosio-ekonomi kepada masyarakat dan negara • Perubahan daripada ekonomi yang berinsentif buruh kepada yang berintensif modal. • Perubahan daripada semangat kedaerahan kepada semangat kebangsaan dan sejagat. • Perubahan daripada pekerja buruh kepada pekerja maklumat. • Perubahan daripada monopoli kepada persaingan.
  15. 15. Sambungan.. • Dasar pendidikan negara yang bersepadu • Perubahan daripada perancangan jangka masa panjang kepada perancangan jangka masa pendek. • Perubahan daripada pekerjaan tetap kepada tidak tetap.

×