Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
TUGASAN 1: ANALISIS JURNALNama: Rubiaatu Adawiah Binti Che HarunNo. Matrik: M20111000215       Tajuk Jurnal: “Keberkesanan...
Persoalan kajian       Kajian ini dilakukan adalah kerana pengkaji ingin mengenal pasti dan menjelaskanbeberapa persoalan ...
Rajah 1: Perisian tatabahasa penjodoh bilanganDapatan kajian       Skor Ujian penilaian penggal pertama Bahasa melayu bagi...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tugasan 1

1,163 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tugasan 1

  1. 1. TUGASAN 1: ANALISIS JURNALNama: Rubiaatu Adawiah Binti Che HarunNo. Matrik: M20111000215 Tajuk Jurnal: “Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan PembelajaranTatabahasa” Jurnal ini dihasilkan adalah untuk melihat perkaitan keberkesanan penggunaankomputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk penjodoh bilangandalam kalangan murid tahun tiga. Pengkaji tertarik untuk melakukan kajian ini kerana beliaumelihat penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayubelum digunakan secara meluas seumpama subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Sains danMatematik. Pengkaji menekankan dari konteks tatabahasa kerana ia merupakan unsur asasyang perlu dipupuk kerana ia merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca danmenulis. Oleh sebab itu, ia menjadi cabaran kepada guru sekiranya terdapat murid yang tidakdapat menguasainya dengan baik. Jadi, penggunaan komputer dengan perisian tatabahasapenjodoh bilangan yang efektif dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Keupaayaan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer ternyatatidak dapat dipertikaikan lagi kerana benyak kajian-kajian lepas menggunakan komputer danmelihat penguasaan dan pencapaian muridnya menjadi bertambah baik. Misalnya kajiankeberkesanan pembelajaran menggunakan komputer bagi bahasa Perancis sebagai bahasakedua di mana kajian yang dijalankan oleh Chenu, Gayraud, Martinie dan Tong (2007)menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor dalam ujian pasca dengan kumpulan yangbelajar secara manual (buku teks dan kuliah). Lebih jelas lagi apabila kajian eksperimen yangdilakukan oleh Abu Seileek dan Rabab’ah (2007) ke atas 128 orang pelajar di King SaudUniversity dalam membandingkan pembelajaran Grammar berasaskan komputer (ComputerBased Grammar Instruction) dengan pengajaran Grammar berasaskan guru (Teacher BasedGrammer Instruction) mendapati pembelajaran Grammar berasaskan komputer adalah lebihefektif. Oleh itu, pengkaji yakin bahawa kajiannya juga memberi keputusan yang hampirsama dengan pengkaji lepas di mana penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajarmampu memberi kesan positif terhadap pencapaian murid-murid dalam tatabahasa penjodohbilanagan.
  2. 2. Persoalan kajian Kajian ini dilakukan adalah kerana pengkaji ingin mengenal pasti dan menjelaskanbeberapa persoalan kajian yang berikut:Mengapa penggunaan komputer penting dalam membantu proses pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu tatabahasa?Adakah murid-murid dapat menguasai topik penjodoh bilangan selepas menggunakankomputer dalam pembelajaran?Bagaimana hubungan penggunaan komputer dalam pengajaran tatabahasa dengan pencapaianmurid?Kaedah kajian Kajian ini menggunakan murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Kuala Lumpur sebagaisampel kajian. Hanya 2 kelas sahaja dipilih untuk dijadikaan sampel dan pemilihan dilakukansecara rawak. Kelas-kelas tersebut dikenali sebagai kumpulan kawalan dan kumpulanrawatan. Kajian ini dijalankan selama sebulan dengan sepuluh kali pertemuan bagi setiapkumpulan tersebut. Instrumen kajian adalah set ujian pasca yang mengandungi 32 soalan berkaitanpenjodoh bilangan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh KementerianPelajaran. Soalan-soalan dalam ujian tersebut telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu teksdan bergambar. Untuk itu, pengkaji telah menggunakan perisian “Lecture Maker” dalampengajaran. Rajah 1 menunjukkan aplikasi perisian tersebut:
  3. 3. Rajah 1: Perisian tatabahasa penjodoh bilanganDapatan kajian Skor Ujian penilaian penggal pertama Bahasa melayu bagi kedua-dua kumpulantersebut telah dianalisis bagi memperoleh dapatan kajian. Melalui ujian t-tak bersandarmenunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan skor ujian penilaian penggal pertamabahasa melayu antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Ini menunjukkan muriddari kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang seimbangdalam subjek bahasa melayu. Seterusnya analisis bagi skor markah ujian pasca iaitu daripada soalan berbentukgambar dan teks juga dilakukan bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikanantara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hasil daripada ujian t-tak bersandarmendapati terdapat perbezaan signifikan skor. Ini bermakna, murid yang mengikutipengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian “Lecture Maker” bagi tajuk penjodohbilangan adalah lebih baik berbanding murid yang didedahkan dengan kaedah kawalan guru.KesimpulanKamajuan teknologi ternyata banyak memberi manfaat, khasnya dalam bidang pendidikan.Hari ini, pembelajaran berasaskan kumputer banyak membantu proses pengajaran danpembelajaran. Ini kerana, keadah ini mampu menarik minat pelajar kerana pembelajaranmenjadi lebih menyeronokkan di mana mereka telah keluar dari kaedah tradisional yangmembosankan sebaliknya mereka menjadi berani mencuba. Selain itu, situasi ini juga dapatmenggalakkan pelajar menjadi lebih aktif di dalam kelas. Oleh sebab itu, penggunaankomputer menjadi semakin penting digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

×