SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
http://lubokkawah.blogspot.com/2010/11/hak-keistimewaan-orang-melayu.html
HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah suatu topik yang banyak dibincangkan,
namun tidak merojok kepada peruntukan-peruntukan yang ada didalam
Perlembagaan Malaysia. Justeru, perbincangan-perbincangan itu lebih berkisar
kepada emosi dan lari dari landasan undang-undang serta menimbulkan
kontrobesi yang boleh menggugat perpaduan kaum.
Politikus-politikus Melayu khususnya dari UMNO menjadikan peruntukan-
peruntukan yang tidak jelas didalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu
"ransom" untuk membuat dan mendapatkan sesuatu seperti lesen-lesen, permit-
permit dan peluang-peluang.
Orang-orang bukan Melayu pula beranggapan bahawa orang-orang Melayu
sudah diberikan keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mereka dan
menganggap "keistimewaan" ini sebagai diskriminasi terhadap mereka.
Melayu dan bukan Melayu berbalah diatas perkara yang tidak ada, yang jelasnya
Melayu atasan bersekongkol dengan bukan Melayu atasan mengaut harta
kekayaan Negara untuk kepentingan mereka.
Sebenarnya, apa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Malaysia
mengenai "Hak Keistimewaan Orang Melayu" itu adalah peruntukan umum dan
tidak berbentuk khusus, dan tidak mutlak.
Mendiang Tun Tan Siew Sin, didalam Majlis Permesyuaratan pada tahun 1956
menyatakan seperti berikut:
"Pertamanya, prinsip berhubung dengan kedudukan istimewa orang-orang
Melayu telah pun diperuntukkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Orang-Orang Melayutidak perlu dikehendakii melepaskan apa yang telah mereka
ada seperti juga mereka tidak mengharapkan masyarakat lain itu melepaskan
hak-hak yang ada pada mereka..."
Kedudukan untuk Orang Melayu yang tidak perlu dilepaskan oleh Orang-Orang
Melayu adalah seperti berikut:
1. Tanah Rezab Orang Melayu
Perkara 89 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa jika mana-mana
tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum Hari
Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-
menerus menjadi rezab orang Melayu......dengan proviso bahawa tanah seluas
itu perlu diganti jika tanah rezab Melayu itu digunakan untuk lain-lain tujuan, dan
tanah-tanah yang direzabkan ini tidak boleh melebihi tanah-tanah yang diberikan
kepada umum.
Tanah untuk Rezab Melayu ini sesungguhnya adalah terlalu kecil jika
dibandingkan dengan tanah-tanah yang diberikan kepada umum, sebagai contoh
tanah-tanah yang diberikan kepada Guthrie, Sime Darby, Harrison & Crossfield
sahaja sudah jauh...jauh lebih besar dari tanah Rezab Melayu.
Di Semenanjung Malaysia, tanah orang-orang Melayu hanyalah ada 37% sahaja
berbanding dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang bukan
Melayu/bukan warga Negara sejumlah 63%.
Tanah-tanah Rezab Melayu ini sebahagian besarnya berada di luar bandar dan
nilai ekonominya tersangatlah rendah jika dibandingkan dengan tanah-tanah
yang dimiliki secara "geran putih" (suatu deskripsi untuk pemilikan bebas).
Jika untuk tujuan mendapatkan modal dari institusi-institusi kewangan, tanah-
tanah ini diberikan nilai yang sangat kecil dan tidak semua bank yang boleh
menerimanya sebagai kolatoral. Begitu juga jika didirikan bangunan-bangunan
diatas tanah-tanah itu, nilai bangunan itu jauh lebih rendah dari tanah-tanah yang
lain.
Ini membawa erti bahawa Tanah Rezab Melayu ini hanyalah memberikan
pemilikan kepada orang-0rang Melayu namun nilainya amatlah rendah.
Tetapi telah berlaku penyelewengan bahawa Tanah Rezab Melayu ini telah
dilepaskan Rezabnya tetapi tidak digantikan oleh pihak Kerajaan dengan
keluasan tanah yang sama untuk direzabkan.
2. Perkara 153 - Perbezaan Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit, dsb untuk
Orang Melayu
Perkara inilah yang disibukkan oleh pemuka-pemuka Melayu mengatakan
bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Hak Keistimewaan Orang-
Orang Melayu. Mari kita tengok Artikel 153 ini samada ia memperuntukkan Hak
Keistimewan Orang Melayu atau hanya sekadar memberikan sedikit kelebihan
didalam perkara-perkara yang diperuntukkan.
Perkara ini menghendakki Yang Di Pertuan Agong menentukan perezaban bagi
Orang Melayu mengenai jawatan didalam perkhidmatan awam, mengenai
biasiswa, permit-permit perniagaan dan lesen-lesen dan pengrezaban untuk
kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Perkara 153 membawa maksud bahawa orang-orang Melayu diberikan
perlindungan dengan perezaban berhubung dengan perjawatan didalam
perkhidmatan awam (tidak termasuk swasta), biasiswa, bantuan dan lain-lain
berkaitan pelajaran dan latihan, dan permit dan lesen tetapi tidak sekali-kali
bertujuan mengurangkan hak, kepentingan, kedudukan dan perjawatan kaum-
kaum lain.
Perkara 153 ini telah digunakan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang
Melayu sehingga menjadi bahan ugutan kepada orang Melayu bahawa supaya
memberikan sokongan kepada UMNO/BN seolah-olahnya jika orang Melayu itu
tidak bersetuju dengan UMNO/BN hak-hak ini lucut dari orang Melayu itu, walhal,
peruntukan ini telah disalahgunakan oleh UMNO/BN semata-mata untuk
memperkayakan segelintir manusia Melayu; namun disalah tafsirkan oleh orang-
orang bukan Melayu kononnya orang Melayu (kesemuanya) dilindungi oleh
Artikel 153 ini dan menyebabkan hubungan kaum retak kerana ini.
Sebenarnya, hak keistimewaan Orang Melayu yang dilindungi oleh Perkara 153
ini tidak membawa erti besar kepada golongan terbesar orang Melayu, dan
apabila dipergiatkan Dasar Ekonomi Baru selepas 13 Mei, penyelewengan yang
paling besar telah berlaku apabila segelintir manusia Melayu merompak
kekayaan Negara atas nama Hak Istimewa Orang Melayu.
Melalui Dasar Ekonomi Baru segelintir Orang Melayu berjaya menjadi jutawan
dan korporat, dan kejayaan mereka itu hanyalah boleh dijadikan lambang
kononnya Orang Melayu juga boleh berjaya dan boleh menjadi jutawan, walhal
golongan Melayu yang ramai masih berada ditahap yang sukar dibidang
ekonomi.
Hak Keistimewaan Orang Melayu telah berjaya menjadikan pemimpin-pemimpin
UMNO sebagai golongan kapitalis dan korporat untuk dibanggakan kononnya
itulah pencapaian bagi orang-orang Melayu.
3. Perkara 3 didalam Perlembagaan Malaysia
Perkara ini memperuntukkan kedudukan Ugama Islam sebagai Ugama
Persekutuan yang tidak membawa erti bahawa Islam itu menjadi ideologi atau
pegangan Negara.
Dengan peruntukan Artikel 3 ini tidak membawa erti bahawa Malaysia menjadi
sebuah Negara Islam yang berpandu kepada Quran dan Hadith, tetapi kekal
sebagai Negara sekular seperti yang dinyatakan oleh Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Hajj seperti berikut:
"Saya suka menjelaskan bahawa Negara ini bukanlah sebuah Negara Islam
sebagaimana difahamkan secara umumnya, kita cuma memperuntukkan Islam
hendaklah menjadi agama rasmi bagi Negara".
Dan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 menerima memorandum dari Parti
Perikatan (UMNO, MCA, MIC) berbuynyi:
"Agama bagi Malaya adalah Islam, kepatuhan kepada prinsip ini tidaklah
menjadikan halangan kepada orang-orang bukan Islam bagi menyibar dan
mengamalkan Agama mereka dan tidak boleh ditakrifkan bahawa Negara ini
sebagai Negara bukan sekular".
Bahawa Negara ini adalah Negara sekular adalah jelas dan tidak perlu
diperjelaskan, maka jika UMNO mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara
Islam dan bukan Negara sekular, UMNO hanya bermaksud memperbodohkan
Orang Melayu untuk meraih sokongan politik semata-mata.
4. Perkara 152 - Kedudukan Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) adalah
diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan dan tiada sesiapapun boleh
dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa-
apa bahasa yang lain. Artikel ini adalah jelas mengenai kedudukan Bahasa
Melayu.
5. Perkara 32, 33, 38 - Kedudukan Raja-Raja Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong diperuntukkan
didalam beberapa Peruntukan termasuk sabitan kuasa-kuasa didalam pelbagai
bidang, Perkara 32 memperuntukkan kedudukan Kepala Utama Negara Bergelar
Yang di Pertuan Agong, Perkara 33 jawatan Timbalan Yang Di Pertuan Agong,
Perkara 38 peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja, peruntukan-peruntukan ini
dikatakan "entrenched" dan tidak boleh dipersoalkan.
Maka, apakah yang riuh-rendah "keriau" mengenai "Hak Istimewa Orang-Orang
Melayu itu" seolah-olah boleh menggugat kestabilan Negara dan perpecahan
kaum?
Tiada siapa di Negara ini yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan
mengenai kedudukan Orang-Orang Melayu; Parti Keadilan Rakyat bersama
sekutunya PAS dan DAP telah menandatangani suatu Memorandum Bersama
bahawa parti-parti itu mempertahankan semua peruntukan bersabit kedudukan
Orang-Orang Melayu khususnya mempertahankan peruntukan-peruntukan
mengenai Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang-
Orang Melayu.
Hanya UMNO yang pernah menggugat Peruntukan Perlembagaan mengenai
Raja-Raja Melayu apabila parti itu berjaya mengurangkan Kuasa-Kuasa Raja
dan menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu didalam episod Pindaan
Perlembagaan yang menggoncangkan kesetabilan Negara.
Parti-parti Pembangkang khususnya PAS pada waktu itu mempertahankan
kuasa-kuasa Raja dan kekebalan Raja-Raja.
UMNO sudah ada sejarah menggugat Kuasa Raja, adakah parti itu bersedia
memberikan jaminan bahawa parti itu akan mempertahankan kuasa-kuasa Raja
dimasa-masa yang akan datang?
Posted 30th November 2010 by Suhaimi Said
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&
pg=re_01.htm
ARKIB : 05/09/2010
Keistimewaan Melayu adalah hak
Oleh DR. SHAMRAHAYU ABD. AZIZ
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia
hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana
peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca
yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan
masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah
Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu
menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah
kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.
Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153
sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan
sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang
Melayu.
Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan
istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan
kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara
perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai
kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan
Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan
jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat
jelas wujud di dalam Akta Hasutan.
Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu
utama dalam pembentukan asal negara ini.
Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika
pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran
British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja
Melayu.
Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan
berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat
tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut
mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)
Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip
kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya
berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga
kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi
menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah
prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat
Perenggan 165). Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini
ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil
masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara
pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan
atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan
Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai
tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.
Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi
agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi
isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak
rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak
melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.
Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang
cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa
seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai
sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak
dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-
batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya
terputus.
Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu,
Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15
tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial?
Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.
Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat
Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid
ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan
integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam
masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi
mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini. Pengajarannya ialah
jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam
realiti.
Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini,
Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan
yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan
tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa
semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).
Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak
bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai
kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk
kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya
kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu
bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang
Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus
dikekalkan di dalam Perlembagaan.
Perlembagaan
Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi
kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153.
Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain
daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah
kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan
tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul
Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa
kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh
menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa
mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.
Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153
adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.
Saya perlu nyatakan bahawa Pekara. 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan
sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara
untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat
dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai
pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga
dikenali sebagai affirmative action.
Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam
Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan
Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa"
berbanding amalan di Amerika Syarikat.
Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu
sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu. Ia merupakan
pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini
adalah "Tanah Melayu". Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada
dan menyumbang kepada negara ini.
Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di
negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di
dalam Perlembagaan.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu
dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak
fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia
adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.
Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi
perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara
153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak
menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud
sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan
Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153
tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu. Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk
dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan
Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita
saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang
kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh
Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat
pelbagai kaum di negara ini.

More Related Content

What's hot

Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaAsraf Rahmat
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikKhairiyah Sulaiman
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikAre Matt
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Konsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayuKonsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayu2011611966
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Hubungan Etnik: Tiang Seri Etnik
Hubungan Etnik: Tiang Seri EtnikHubungan Etnik: Tiang Seri Etnik
Hubungan Etnik: Tiang Seri EtnikFarah Ezzanie
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia NoorEfendi Ril
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIANajihah Wahdaniah
 

What's hot (20)

Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
Bab 3 ctu
Bab 3 ctuBab 3 ctu
Bab 3 ctu
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
 
Konsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayuKonsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayu
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Hubungan Etnik: Tiang Seri Etnik
Hubungan Etnik: Tiang Seri EtnikHubungan Etnik: Tiang Seri Etnik
Hubungan Etnik: Tiang Seri Etnik
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 

Similar to Hak ISTIMEWA org melayu NEW

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysiaross
 
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2Hannes Chan
 
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONTHE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONKesuma Wahida
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxeowyy
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiafaizah12
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...
Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...
Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...MohamadAzrinHassan1
 
Pm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuanPm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuanazah narowi
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 

Similar to Hak ISTIMEWA org melayu NEW (20)

TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Kuliah 7
Kuliah 7Kuliah 7
Kuliah 7
 
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2
 
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATIONTHE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
THE EVOLUTION OF THE MALAYSIAN MONARCHY AND THE BONDING OF THE NATION
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Tajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaanTajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaan
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...
Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...
Kontrak Sosial Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka - Shamrahayu Ab Azi...
 
Pm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuanPm bab 7 perlembagaan persekutuan
Pm bab 7 perlembagaan persekutuan
 
Bab 3 a
Bab 3 aBab 3 a
Bab 3 a
 
Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Ctu553
Ctu553Ctu553
Ctu553
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 

Recently uploaded (13)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 

Hak ISTIMEWA org melayu NEW

  • 1. http://lubokkawah.blogspot.com/2010/11/hak-keistimewaan-orang-melayu.html HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah suatu topik yang banyak dibincangkan, namun tidak merojok kepada peruntukan-peruntukan yang ada didalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, perbincangan-perbincangan itu lebih berkisar kepada emosi dan lari dari landasan undang-undang serta menimbulkan kontrobesi yang boleh menggugat perpaduan kaum. Politikus-politikus Melayu khususnya dari UMNO menjadikan peruntukan- peruntukan yang tidak jelas didalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu "ransom" untuk membuat dan mendapatkan sesuatu seperti lesen-lesen, permit- permit dan peluang-peluang. Orang-orang bukan Melayu pula beranggapan bahawa orang-orang Melayu sudah diberikan keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mereka dan menganggap "keistimewaan" ini sebagai diskriminasi terhadap mereka. Melayu dan bukan Melayu berbalah diatas perkara yang tidak ada, yang jelasnya Melayu atasan bersekongkol dengan bukan Melayu atasan mengaut harta kekayaan Negara untuk kepentingan mereka. Sebenarnya, apa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Malaysia mengenai "Hak Keistimewaan Orang Melayu" itu adalah peruntukan umum dan tidak berbentuk khusus, dan tidak mutlak. Mendiang Tun Tan Siew Sin, didalam Majlis Permesyuaratan pada tahun 1956 menyatakan seperti berikut: "Pertamanya, prinsip berhubung dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu telah pun diperuntukkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Orang-Orang Melayutidak perlu dikehendakii melepaskan apa yang telah mereka ada seperti juga mereka tidak mengharapkan masyarakat lain itu melepaskan hak-hak yang ada pada mereka..." Kedudukan untuk Orang Melayu yang tidak perlu dilepaskan oleh Orang-Orang Melayu adalah seperti berikut: 1. Tanah Rezab Orang Melayu Perkara 89 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa jika mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus- menerus menjadi rezab orang Melayu......dengan proviso bahawa tanah seluas itu perlu diganti jika tanah rezab Melayu itu digunakan untuk lain-lain tujuan, dan tanah-tanah yang direzabkan ini tidak boleh melebihi tanah-tanah yang diberikan kepada umum.
  • 2. Tanah untuk Rezab Melayu ini sesungguhnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang diberikan kepada umum, sebagai contoh tanah-tanah yang diberikan kepada Guthrie, Sime Darby, Harrison & Crossfield sahaja sudah jauh...jauh lebih besar dari tanah Rezab Melayu. Di Semenanjung Malaysia, tanah orang-orang Melayu hanyalah ada 37% sahaja berbanding dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang bukan Melayu/bukan warga Negara sejumlah 63%. Tanah-tanah Rezab Melayu ini sebahagian besarnya berada di luar bandar dan nilai ekonominya tersangatlah rendah jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang dimiliki secara "geran putih" (suatu deskripsi untuk pemilikan bebas). Jika untuk tujuan mendapatkan modal dari institusi-institusi kewangan, tanah- tanah ini diberikan nilai yang sangat kecil dan tidak semua bank yang boleh menerimanya sebagai kolatoral. Begitu juga jika didirikan bangunan-bangunan diatas tanah-tanah itu, nilai bangunan itu jauh lebih rendah dari tanah-tanah yang lain. Ini membawa erti bahawa Tanah Rezab Melayu ini hanyalah memberikan pemilikan kepada orang-0rang Melayu namun nilainya amatlah rendah. Tetapi telah berlaku penyelewengan bahawa Tanah Rezab Melayu ini telah dilepaskan Rezabnya tetapi tidak digantikan oleh pihak Kerajaan dengan keluasan tanah yang sama untuk direzabkan. 2. Perkara 153 - Perbezaan Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit, dsb untuk Orang Melayu Perkara inilah yang disibukkan oleh pemuka-pemuka Melayu mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Hak Keistimewaan Orang- Orang Melayu. Mari kita tengok Artikel 153 ini samada ia memperuntukkan Hak Keistimewan Orang Melayu atau hanya sekadar memberikan sedikit kelebihan didalam perkara-perkara yang diperuntukkan. Perkara ini menghendakki Yang Di Pertuan Agong menentukan perezaban bagi Orang Melayu mengenai jawatan didalam perkhidmatan awam, mengenai biasiswa, permit-permit perniagaan dan lesen-lesen dan pengrezaban untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Perkara 153 membawa maksud bahawa orang-orang Melayu diberikan perlindungan dengan perezaban berhubung dengan perjawatan didalam perkhidmatan awam (tidak termasuk swasta), biasiswa, bantuan dan lain-lain berkaitan pelajaran dan latihan, dan permit dan lesen tetapi tidak sekali-kali bertujuan mengurangkan hak, kepentingan, kedudukan dan perjawatan kaum- kaum lain.
  • 3. Perkara 153 ini telah digunakan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang Melayu sehingga menjadi bahan ugutan kepada orang Melayu bahawa supaya memberikan sokongan kepada UMNO/BN seolah-olahnya jika orang Melayu itu tidak bersetuju dengan UMNO/BN hak-hak ini lucut dari orang Melayu itu, walhal, peruntukan ini telah disalahgunakan oleh UMNO/BN semata-mata untuk memperkayakan segelintir manusia Melayu; namun disalah tafsirkan oleh orang- orang bukan Melayu kononnya orang Melayu (kesemuanya) dilindungi oleh Artikel 153 ini dan menyebabkan hubungan kaum retak kerana ini. Sebenarnya, hak keistimewaan Orang Melayu yang dilindungi oleh Perkara 153 ini tidak membawa erti besar kepada golongan terbesar orang Melayu, dan apabila dipergiatkan Dasar Ekonomi Baru selepas 13 Mei, penyelewengan yang paling besar telah berlaku apabila segelintir manusia Melayu merompak kekayaan Negara atas nama Hak Istimewa Orang Melayu. Melalui Dasar Ekonomi Baru segelintir Orang Melayu berjaya menjadi jutawan dan korporat, dan kejayaan mereka itu hanyalah boleh dijadikan lambang kononnya Orang Melayu juga boleh berjaya dan boleh menjadi jutawan, walhal golongan Melayu yang ramai masih berada ditahap yang sukar dibidang ekonomi. Hak Keistimewaan Orang Melayu telah berjaya menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai golongan kapitalis dan korporat untuk dibanggakan kononnya itulah pencapaian bagi orang-orang Melayu. 3. Perkara 3 didalam Perlembagaan Malaysia Perkara ini memperuntukkan kedudukan Ugama Islam sebagai Ugama Persekutuan yang tidak membawa erti bahawa Islam itu menjadi ideologi atau pegangan Negara. Dengan peruntukan Artikel 3 ini tidak membawa erti bahawa Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang berpandu kepada Quran dan Hadith, tetapi kekal sebagai Negara sekular seperti yang dinyatakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj seperti berikut: "Saya suka menjelaskan bahawa Negara ini bukanlah sebuah Negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya, kita cuma memperuntukkan Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi Negara". Dan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 menerima memorandum dari Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) berbuynyi: "Agama bagi Malaya adalah Islam, kepatuhan kepada prinsip ini tidaklah menjadikan halangan kepada orang-orang bukan Islam bagi menyibar dan
  • 4. mengamalkan Agama mereka dan tidak boleh ditakrifkan bahawa Negara ini sebagai Negara bukan sekular". Bahawa Negara ini adalah Negara sekular adalah jelas dan tidak perlu diperjelaskan, maka jika UMNO mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara Islam dan bukan Negara sekular, UMNO hanya bermaksud memperbodohkan Orang Melayu untuk meraih sokongan politik semata-mata. 4. Perkara 152 - Kedudukan Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) adalah diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan dan tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa- apa bahasa yang lain. Artikel ini adalah jelas mengenai kedudukan Bahasa Melayu. 5. Perkara 32, 33, 38 - Kedudukan Raja-Raja Melayu Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong diperuntukkan didalam beberapa Peruntukan termasuk sabitan kuasa-kuasa didalam pelbagai bidang, Perkara 32 memperuntukkan kedudukan Kepala Utama Negara Bergelar Yang di Pertuan Agong, Perkara 33 jawatan Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Perkara 38 peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja, peruntukan-peruntukan ini dikatakan "entrenched" dan tidak boleh dipersoalkan. Maka, apakah yang riuh-rendah "keriau" mengenai "Hak Istimewa Orang-Orang Melayu itu" seolah-olah boleh menggugat kestabilan Negara dan perpecahan kaum? Tiada siapa di Negara ini yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan mengenai kedudukan Orang-Orang Melayu; Parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya PAS dan DAP telah menandatangani suatu Memorandum Bersama bahawa parti-parti itu mempertahankan semua peruntukan bersabit kedudukan Orang-Orang Melayu khususnya mempertahankan peruntukan-peruntukan mengenai Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang- Orang Melayu. Hanya UMNO yang pernah menggugat Peruntukan Perlembagaan mengenai Raja-Raja Melayu apabila parti itu berjaya mengurangkan Kuasa-Kuasa Raja dan menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu didalam episod Pindaan Perlembagaan yang menggoncangkan kesetabilan Negara. Parti-parti Pembangkang khususnya PAS pada waktu itu mempertahankan kuasa-kuasa Raja dan kekebalan Raja-Raja.
  • 5. UMNO sudah ada sejarah menggugat Kuasa Raja, adakah parti itu bersedia memberikan jaminan bahawa parti itu akan mempertahankan kuasa-kuasa Raja dimasa-masa yang akan datang? Posted 30th November 2010 by Suhaimi Said --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana& pg=re_01.htm ARKIB : 05/09/2010 Keistimewaan Melayu adalah hak Oleh DR. SHAMRAHAYU ABD. AZIZ Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya. Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu. Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan
  • 6. jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan. Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini. Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu. Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165) Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat Perenggan 165). Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan. Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.
  • 7. Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang- batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus. Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial? Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid. Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini. Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam realiti. Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167). Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang
  • 8. Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan. Perlembagaan Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri. Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya. Saya perlu nyatakan bahawa Pekara. 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action. Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat. Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu. Ia merupakan
  • 9. pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu". Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini. Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan. Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini. Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan. Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu. Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.