Inkuri baru

1,337 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,337
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Inkuri baru

  1. 1. KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MARSILA BTE MINHAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  2. 2. PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010 SAYA MARSILA BTE MINHAT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : T 217 BT. 14 KG. PANCHOR, 76100 DURIAN TUNGGAL, PM. Dr. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD MELAKA. Nama Penyelia Tarikh: Tarikh:CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.  Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
  3. 3. “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )” Tandatangan : …………………………………............. Nama Penyelia : PM.Dr. MOHAMMAD YUSOF B.ARSHAD Tarikh : ………………………………….............
  4. 4. KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MARSILA BTE MINHATLaporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2010
  5. 5. ii PENGAKUAN“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : …………………………………… Nama Penulis : MARSILA BTE MINHAT Tarikh :
  6. 6. iii DEDIKASI Alhamdulillah…. Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi memberi aku kekuatan hingga ke penghujung. Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ku.. Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas ilmu yang diberikan..Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasadiingati..Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..
  7. 7. iv PENGHARGAAN Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat danhidayah-Nya penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dirancang. Sekalung penghargaan kepada penyelia penyelidikan, PM. Dr. MohammadYusof bin Hj. Arshad yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar,panduan dan nasihat tanpa kenal erti jemu. Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada guru dan pelajarsekolah menengah teknik yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini.Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasamemberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman hanyaTuhan yang mampu membalas jasamu itu. Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Maimunah bte Janiyang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham Minhat binOmar, ayahanda yang dihormati, semoga ayahanda bersemadi dengan aman di duniasana. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dankasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.
  8. 8. v ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kefahaman guru, status pelaksanaanserta masalah dalam pendekatan inkuiri di sekolah menengah teknik. Sampel terdiridaripada 115 orang pelajar dan 30 orang guru sains daripada empat buah sekolahmenengah teknik di Negeri Johor dan Melaka. Dua set soal selidik digunakansebagai instrumen kajian. Set soal selidik pertama dijalankan ke atas guru sainsuntuk menguji kefahaman guru sains terhadap pendekatan inkuiri. Set soal selidikkedua dijalankan ke atas pelajar untuk menguji pelaksanaan guru sains terhadappendekatan inkuiri. Data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel2007. Dapatan kajian mendapati guru kurang memahami dan kurang melaksanakanpendekatan inkuri. Pelaksanaan pendekatan inkuiri ini adalah hasil respon pelajaryang lemah dalam menjalankan penyiasatan. Selain itu, terdapat juga beberapamasalah yang menjadi penghalang untuk melaksanakan pendekatan inkuiri ini.Implikasinya, guru sains dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadappendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran
  9. 9. vi ABSTRACT The purposes of this study are to investigate teacher understanding,implementation status and problems aroused from using inquiry approach attechnical school. As sample, 115 students and 30 teachers from 4 technical schoolsin Malacca and Johor are participating. Two sets of questionnaire were prepared asthe research instrument. The set of first questionnaire was given to teachers toinvestigate teacher understanding in inquiry approach. The second set ofquestionnaire was given to students to investigate the implementation status ofinquiry approach. The data were analyzed by using Microsoft Office Excel 2007.Based on research finding teachers’ understanding and implementation on inquiryapproach are poor. The implementations of inquiry approach among students arealso poor. Furthermore, there are some weaknesses in inquiry approach at schools.So, teachers should improve their understanding on inquiry approach to improveinquiry teaching implementation at school.
  10. 10. vii KANDUNGANBAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI LAMPIRAN xiv SENARAI SINGKATAN xv1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri 4 1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam Pendekatan Inkuiri 5 1.3 Pernyataan Masalah 10 1.4 Objektif Kajian 10 1.5 Persoalan Kajian 11 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Skop kajian 12
  11. 11. viii 1.8 Definisi Istilah 13 1.8.1 Masalah 13 1.8.2 Inkuiri. 13 1.9 Penutup 132 SOROTAN KAJIAN 14 2.1 Pengenalan 14 2.2 Definisi Inkuiri 14 2.3 Model pembelajaran inkuiri 15 2.4 Strategi Pendekatan Inkuiri 17 2.4.1 Penyoalan 17 2.4.2 Perbincangan 18 2.4.3 Tunjuk cara 19 2.4.4 Mengeksperimen 19 2.5 Matlamat Pendekatan Inkuiri 19 2.6 Ciri-ciri Pelajar yang Mengamalkan Pendekatan Inkuiri 20 2.7 Kebaikan Pendekatan Inkuiri 21 2.8 Keburukan Pendekatan Inkuiri. 22 2.9 Kefahaman terhadap Pendekatan Inkuiri 23 2.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 24 2.11 Masalah Pelaksanaan Inkuiri dalam Pengajaran Sains 26 2.12 Penutup 273 METODOLOGI KAJIAN 28 3.1 Pengenalan 28 3.2 Rekabentuk Kajian 28 3.3 Lokasi Kajian 29 3.4 Persampelan Kajian 30 3.4.1 Guru Sains 30
  12. 12. ix 3.4.2 Pelajar 30 3.5 Instrumen Kajian 31 3.5.1 Soal Selidik 31 3.5.1.1 Set Soal Selidik Guru Sains 31 3.5.1.2 Set Soal Selidik Pelajar 32 3.6 Analisis Data 34 3.6.1 Soal Selidik Guru Sains 34 3.6.2 Soal Selidik Pelajar 34 3.7 Kajian Rintis 35 3.8 Prosedur Kajian 35 3.9 Penutup 364 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 37 4.1 Pengenalan 37 4.2 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri 37 4.2.1 Definisi Pendekatan Inkuiri 38 4.2.2 Konsep Pendekatan Inkuiri 39 4.2.3 Strategi Pembelajaran Inkuiri 39 4.2.3.1 Penyoalan 40 4.2.3.2 Perbincangan 40 4.2.3.3 Tunjuk Cara 41 4.2.3.4 Mengeksperimen 41 4.2.4 Ciri-Ciri Pendekatan Inkuiri 42 4.2.5 Kemahiran Guru dalam Pembelajaran Inkuiri 42 4.2.6 Langkah-Langkah dalam Pembelajaran Inkuiri 43 4.3 Analisa Keseluruhan Kefahaman Guru Sains dalam Pendekatan Inkuiri 43 4.4 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 44 4.4.1 Item Objektif 44
  13. 13. x 4.4.2 Item Penyataan Masalah 45 4.4.3 Item Menghipotesis 47 4.4.4 Item Mengenalpasti Pembolehubah 49 4.4.4.1 Dimanipulasi 49 4.4.4.2 Bergerak balas 50 4.4.4.3 Dimalarkan 51 4.4.5 Item Bahan dan Alat Radas 52 4.4.6 Item Susun Alat Radas 54 4.4.7 Item Merangka Langkah kerja 55 4.4.8 Item Merangka Keputusan 56 4.4.9 Item Membuat Kesimpulan 58 4.4.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 4.5 Masalah Pendekatan Inkuiri 60 4.6 Penutup 63 5 KESIMPULAN 64 5.1 Pengenalan 64 5.2 Kefahaman Guru Sains Terhadap Pendekatan Inkuiri. 65 5.3 Pelaksanaan Pendekatan Inkuri 65 5.4 Masalah Pendekatan Inkuiri 66 5.5 Implikasi Kajian 68 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 69 5.7 Penutup 70RUJUKAN 71-77LAMPIRAN A-D 78-92
  14. 14. xi SENARAI JADUALNO JADUAL TAJUK HALAMAN3.1 Nama sekolah yang terlibat dalam kajian 293.2 Nama sekolah dan bilangan guru sains 303.3 Nama sekolah dan bilangan pelajar 313.4 Jadual item kefahaman guru dalam pendekatan inkuiri 323.5 Kemahiran merangka eksperimen 333.6 Tahap penilaian responden berdasarkan Peratusan 344.1 Kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri 384.2 Julat peratusan guru sains tentang kefahaman dalam pendekatan inkuiri 434.3 Respon pelajar tentang kemahiran membuat objektif 454.4 Respon pelajar dalam kemahiran membuat pernyataan masalah 464.5 Respon pelajar dalam membuat hipotesis 484.6 Respon pelajar terhadap pembolehubah dimanipulasi 49
  15. 15. xii4.7 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah bergerak balas 504.8 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah dimalarkan 514.9 Respon Pelajar dalam menyatakan bahan dan alat radas 534.10 Respon pelajar dalam merangka susunan alat radas 544.11 Respon pelajar merangka langkah kerja 554.12 Respon pelajar dalam merangka keputusan 574.13 Respon pelajar dalam membuat kesimpulan 584.14 Keseluruhan peratusan jawapan pelajar terhadap item dalam merangka eksperimen. 60
  16. 16. xiii SENARAI GRAFNO GRAF TAJUK HALAMAN4.1 Jenis masalah dalam pendekatan inkuiri 61
  17. 17. xiv SENARAI LAMPIRANLAMPIRAN TAJUK HALAMANA Set soal selidik guru sains 78B Set soal selidik pelajar 87C Surat kebenaran daripada pihak Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 90D Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia 91E Surat kebenaran daripada Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia 92
  18. 18. xv SENARAI SINGKATANP&P - Pengajaran dan PembelajaranPPK - Pusat Perkembangan KurikulumSMT - Sekolah Menengah TeknikDBP - Dewan Bahasa dan PustakaAAAS - American Association for the Advancement of ScienceKPM - Kementerian Pelajaran MalaysiaKBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah
  19. 19. BAB 1 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan Dewasa kini sains dan teknologi adalah satu bidang yang tidak asing lagi diNegara kita. Meskipun perkataan sains digunakan secara meluas dalam kehidupanseharian tetapi persepsi sains yang dimaksudkan seringkali berbeza antara satu samalain. Ada yang menganggap bahawa sains seperti matematik, ada yang mengaitkansains dengan jubah putih dan makmal, ada yang terkeliru dengan teknologi, malahanterdapat juga yang mengaitkan sains dengan kursus yang diikuti di sekolah atau diinstitusi pengajian tinggi. Sebenarnya, sains bukan hanya terbatas kepada perkara inisahaja. Adalah sukar untuk menyatakan dengan jelas maksud sebenarnya sains Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, (PPK) (2001), sains adalah satubidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.Integrasi antara 3 elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains.Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yangmembolehkan para pelajar memahami alam sekeliling mereka. Menurut Sulaiman(2000), sains merupakan suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagaiinovasi dan penemuan- penemuan baru yang berlaku hampir setiap hari melaluipembangunan dan penyelidikan.
  20. 20. 2 Apabila memperkatakan tentang sains kita sering mengaitkan situasi bagaimanasesuatu pengajaran ataupun proses pengajaran sains itu berlangsung. Proses pengajaranadalah satu perkara yang sangat penting untuk memudahkan para pelajar memahamikehendak guru dalam menyampaikan mata pelajaran sains tersebut. Pelajar berpendapatsains merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits danAnderson, 1992). Sebagai mata pelajaran yang penting, guru sains sewajarnya bijakmemilih kaedah dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat pelajar. Pelajarakan berminat untuk belajar sains sekiranya guru dapat menggunakan pendekatan yangmelibatkan pelajar dalam pembelajaran serta guru menggunakan aktiviti yang menarikbagi mengelakkan pelajar merasa bosan dengan kaedah yang sama setiap kalipengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Dalam kajian Sufiah (2006), menyatakan bahawa salah satu objektif perubahan-perubahan untuk memperbaiki mutu pendidikan sains di sekolah menengah adalahmenggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan inkuiri penemuan iaituberpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti. Aktiviti P&P yang berpusatkan pelajarmembawa kesan yang lebih positif seterusnya dapat melahirkan pelajar yang memenuhikehendak Kurikulum Bersatu Sekolah Menenngah (KBSM). Ini kerana dalam konteksKBSM, pelajar dilihat sebagai seorang yang aktif membina konsep yang berteraskankepada kemahiran saintifik dan keupayaan berfikir. Antara pendekatan P&P serta pembelajaran yang berpusatkan pelajar ialahpendekatan inkuiri penemuan. Pendekatan ini berjaya menarik semangat pelajar untukmemajukan diri dan ingin meneroka ilmu sebanyak yang mungkin. Petikan yang dibuatoleh De Beor (1991) menunjukkan betapa pentingnya pendekatan inkuiri penemuandalam pengajaran dan pembelajaran sains iaitu: “If single word had to be chosen to describe the goal of science educatorsduring the 30-years period that began in the late 1950s, it would have to be INQUIRY.” (De Beor, 1991:206 )
  21. 21. 3 Seperti yang kita sedia maklum, sekolah di Malaysia lebih cenderungmenggunakan kaedah P&P berpusatkan guru serta bergantung penuh pada buku teksiaitu lebih dikenali sebagai kaedah tradisional. Guru kebiasaanya menggunakan kaedahlatih tubi yang mana guru hanya menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar tanpapenerangan konsep yang mencukupi. Implikasinya, melahirkan pelajar yang pasif,pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pembelajaran sains. Seterusnya, pencapaiansains pelajar tidak menggalakkan dan tiada peningkatan. Pusat Perkembangan Kurikulum, (KPM, 2001) telah memilih pendekatan inkuirisebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah dinegara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dankeupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberimaklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, „prescriber ofappropriate activities‟, „stimulator of curiosity‟, pencabar idea murid dan sumberrujukan. Pembelajaran sains secara inkuiri memerlukan guru sains yang mampumerancang soalan secara sistematik dan berfokus serta boleh mencipta sesuatu situasiyang mendorong pelajar menimbulkan pelbagai soalan daripada situasi yang dibinanya.Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan danpengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai peransang pembentukanidea, penguji idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanismamencapai tujuan tersebut. Pelajar berperanan penting bagi melaksanakan kurikulumsains yang telah dibentuk supaya mencapai hasrat kerajaan melahirkan pelajar yangberketerampilan dalam sains dan teknologi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.1.2 Latar Belakang Masalah Secara ringkasnya latar belakang masalah membincangkan kefahaman gurusains, status pelaksanaan serta masalah dalam pendekatan inkuiri di SMT.
  22. 22. 41.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri Dalam menuju ke zaman era globalisasi dan maju dalam pendidikan, guru disekolah seharusnya berlumba-lumba untuk mengejar matlamat pengajaran sains iaitumelahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahun dan berkemahiran dalammelaksanakan kurikulum sains dengan berkesan. Oleh itu guru haruslah mempunyaisemangat yang tinggi bagi mencapai matlamat ini dengan jayanya. Dalam pembelajaran sains yang menggunakan pendekatan inkuiri, guru haruslahmemperolehi kefahaman yang tinggi tentang pendekatan inkuiri dan melaksanakannya.Ini akan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan keranapelajar akan terlibat aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru sendiri kurang memahami konseppembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini, maka pelaksanaanya di sekolah akanmenimbulkan pelbagai masalah. Contohnya, pelajar berasa bosan dengan aktiviti yangdijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar berasa kurang yakindengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru sehingga menyebabkan pelajarkurang berminat dengan subjek yang diajar. Implikasinya, pelajar menganggap sainsmerupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits danAnderson, 1992). Ini akan menyebabkan pencapaian sains pelajar masih tidakmemuaskan. Menurut kajian Nadzamuddin (2005), tahap pengetahuan guru terhadappendekatan inkuiri dalam pembelajaran adalah tinggi tetapi dari segi kemahiran adalahsederhana. Seperti yang kita sedia maklum bahawa pendekatan inkuiri ini adalah sesuaidan guru digalakkan menggunakannya dalam proses pembelajaran sains di sekolahterutamanya SMT. Kebanyakkan pelajar aliran teknik terdiri daripada golongan pelajaryang aktif dalam melakukan aktiviti. Ia akan lebih mudah untuk mendapatkankerjasama daripada pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang aktif. Apabila
  23. 23. 5pendekatan inkuiri tidak digunakan, maka kemahiran guru dalam pendekatan inkuiri initidak akan meningkat dan sukar untuk melaksanakannya di masa akan datang. Guru sains yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran denganminat dan keperluan pelajar, mengetahui bila dan bagaimana membimbing, masamemberi maklumat, menyediakan peralatan yang diperlukan, serta menghubungkanpelajar dengan sumber rujukan yang releven. Guru sains yang berpengalaman danberpengetahuan tinggi akan menunjukkan prestasi pelajar meningkat dan akanmenanamkan minat terhadap mata pelajaran sains. Berdasarkan hasil kajian SitiMusitah (2007) yang dilakukan di sekolah menunjukkan para pelajar tidak didedahkandengan kaedah pembelajaran inkuiri yang sebenar. Antara faktor kaedah ini tidakdijalankan ialah guru yang kurang mahir dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri. Menurut kajian Subahan dan Roof (1998), pihak KPM menyatakan bahawa gurutidak mampu melaksanakan pendekatan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuandan pengalaman perlaksanaan kecuali mereka telah mengalami atau melihat strategi itudilaksanakan dalam situasi yang sebenar. Guru akan mempunyai idea untukmelaksanakan pendekatan inkuiri di sekolah. Oleh itu, guru perlu diberi kursus orientasikurikulum bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang pendekatan pembelajaraninkuiri dan meningkatkan lagi kefahaman terhadap pendekatan inkuiri.1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam Pendekatan Inkuiri Masa kini, guru lebih suka menggunakan pendekatan pembelajaran secaratradisional berbanding menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaransains. Guru di seluruh dunia telah pun diberi pendedahan mengenai kebaikanpendekatan inkuiri penemuan itu sendiri sejak mereka di maktab perguruan, Universitidan sebagainya, (De Boer, 1991). Guru pelatih juga digalakkan menggunakanpendekatan inkuiri semasa latihan mengajar. Inikan pula guru yang telah lamamengajar. Pada pendapat saya, guru lama lebih berpengalaman dalam melaksanakan
  24. 24. 6pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Mereka lebih mengetahui bahawapendekatan inkuiri lebih baik daripada kaedah tradisional. Seharusya mereka lebihcekap menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru di SMT juga tidak terkecuali untuk melaksanakan pendekatan inkuiripenemuan ini. Seperti yang kita sedia maklum pelajar di sekolah menengah teknik lebihberminat dalam kerja atau aktiviti yang lebih kepada praktikal atau latih tubi.Seharusnya guru di sekolah menengah teknik lebih mudah untuk melibatkan pelajardalam pelaksanaan pendekatan inkuiri di dalam proses pengajran dan pembelajaran.Seharusnya guru mempraktikkan pendekatan ini semasa mengajar, tetapi apa yang kitalihat kini, kebanyakkan guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri ini. Perkara inidibuktikan oleh pihak KPM (1994), guru sains lebih cenderung menggunakanpendekatan secara tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbandingmenggunakan pengajaran berbentuk inkuiri. Guru berpendapat kaedah pembelajaransecara inkuiri akan menambahkan lagi beban pelajar. Ramai dalam kalangan guru tidak berminat menggunakan pengajaran berbentukinkuri. Pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini akan merangsang pelajarberfikir justeru akan meningkatkan lagi daya intelek dikalangan pelajar. Contohnyaaktiviti amali di dalam makmal, pelajar akan mampu menguasai teknik merancang danmenjalankan penyiasatan dengan menggunakan kaedah mereka sendiri denganbimbingan guru. Di SMT terdapat pelbagai jenis makmal untuk mempraktikkan pendekataninkuiri ini seperti makmal awam, makmal jentera, makmal elektronik dan sebagainya.Guru di sekolah teknik seharusnya lebih mudah untuk menjalankan pendekatan inkuirikerana pelajar di sekolah menengah teknik aktif dari segi melibatkan diri dalam aktivitidi dalam kelas. Namun, apa yang kita dapat lihat fenomena semasa melakukan aktivitiamali pembelajaran guru adalah lebih berbentuk mengikut „buku resepi‟ bagimengesahkan teori atau menerangkan sesuatu konsep. Dalam kajian Deter (2005),
  25. 25. 7terhadap guru kimia di 571 sekolah menengah di United State dan mendapati 45.5%guru tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti amali dengankaedah mereka tersendiri. Di Australia, Hackling et al. (2001) dalam kajiannya ke atas 2,802 orang pelajarmendapati 33% pelajar tidak merancang aktiviti amali mereka sendiri ketika membuatamali. Walaupun negara itu sebuah negara yang pesat membangun seperti United Statedan Australia, pembelajaran berbentuk inkuiri masih lagi tidak di gemari oleh guru. Inimenunjukkan pelaksanaan pendekatan inkuiri ini juga tidak dipraktikkan di Negara majuwalaupun guru menyedari kebaikan pendekatan inkuiri ini. Kajian TIMMS ( Trend in International Mathematics and Science Study) (1999)melaporkan bahawa di dalam kelas sains aktiviti yang kerap dilakukan adalah gurumenunjukkan cara menyelesaikan masalah sains (89% Malaysia dan 80% antarabangsa),membuat sendiri kerja dari lembaran kerja atau buku teks (56% Malaysia danAntarabangsa). Ini menunjukkan guru lebih cenderung menggunakan kaedahpembelajaran berpusatkan guru daripada pengajaran berpusatkan pelajar. Ini adalahtidak sejajar dengan matlamat utama pengajaran sains KBSM di sekolah iaitu untukmendidik pelajar menggunakan minda secara efektif. Implikasinya, prestasi pelajar disekolah teknik merundum kerana guru lebih mementingkan pembelajaran teoriberbanding dengan konsep dalam sesuatu topik. Pada masa kini, silibus yang ditetapkan oleh kurikulum terlalu padat untukdisampaikan kepada pelajar dalam jangka masa yang singkat. Seperti yang kita maklumguru di sekolah bukanlah semata-semata mengajar sahaja, tetapi banyak tanggungjawabyang perlu mereka laksanakan seperti menghadiri pelbagai kursus yang diberikan olehKementerian Pendidikan seperti kursus semakan semula sukatan pelajaran, kursuspembengkelan untuk aktiviti-aktiviti dalam P&P, kursus pemantapan sukatanmatapelajaran, kursus profesional guru untuk P&P dan sebagainya. Ini menyebabkanperancangan pembelajaran guru menjadi tertangguh dan guru kurang bersedia dengan
  26. 26. 8aktiviti pembelajaran yang ingin disampaikan. Justeru itu, akan menyebabkan gurukurang yakin menyampaikan sesuatu pembelajaran tersebut. Pembelajaran pendekatan inkuiri memerlukan guru tersebut merancang awal danmemerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakannya dengan lebih berkesan.Kejadian yang berlaku di sekolah sekarang, guru sains terlalu mengejar masa untukmenghabiskan silibus yang di tetapkan oleh kementerian. Ini menyebakan pelajar-pelajar menjadi tertekan dengan cara penyampaian guru yang kurang efektif. Disebabkan kesuntukan masa ini, pelajar tidak berpeluang terlibat secaralangsung untuk merancang sesuatu aktiviti terutamanya ketika membuat amali. Merekahanya perlu mencatat hasil akhir yang diperolehi dalam sesuatu eksperimen ke dalamruang kosong yang tersedia dalam buku kerja amali, tanpa diberi penekanan terhadapproses sains dan inkuiri (Abu Hassan, 1998). Pelajar juga tidak berupaya untuk terlibatdalam proses penyoalan, membina hipotesis, meramal, dan mengeksperimen keranaguru terikat dengan sukatan pelajaran yang disediakan. Di sekolah teknik juga terdapat pelbagai jenis projek yang seperti projekrekacipta, projek autocad, projek membina replika ataupun model perlu diselia oleh gurudan memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar dan guru. Hal ini menyebabkanpelajar dan guru mempunyai masa yang suntuk untuk melaksanakan pendekatan inkuiriini kerana memerlukan masa yang mencukupi dalam melaksanakannya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang dipilih oleh guru untuk disampaikan olehguru di sekolah perlulah mempunyai keberkesanan yang efektif terhadap pelajar. Antarakaedah ataupun pendekatan pembelajaran yang sangat efektif digunakan di sekolahadalah pendekatan pembelajaran berbentuk inkuiri. Pembelajaran berbentuk inkuiridigalakkan semasa proses P&P. Masalah yang dihadapi oleh guru sekarang ialah, gurusendiri tidak megetahui bagaimana pendekatan inkuiri ini dijalankan. Guru tidakmengetahui maksud pembelajaran berbentuk inkuiri. Kurangnya pendedahan dan
  27. 27. 9kefahaman oleh guru terhadap pendekatan inkuiri menyebabkan guru tidakmenggunakan pendekatan inkuiri dalam proses P&P. Menurut Costenson & Lawson (1986); Welch et al. (1981), sesetengah gurukurang percaya terhadap kemampuan pelajarnya sendiri. Mereka beranggapan bahawapelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi sahaja boleh menerimapembelajaran berbentuk inkuiri dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, guruhanya berpendapat tanggungjawab mereka hanyalah sekadar menyampaikan ilmu secarateori sahaja kerana sukar mendapat pelajar yang ramai yang mempunyai pemikirantinggi dalam sesebuah kelas.(Welch et al., 1981). Guru perlulah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pelajarnya supayapelajar yakin terhadap diri mereka sendiri dalam melaksanakan pembelajaran berbentukinkuiri. Dengan adanya keyakinan yang diberikan oleh guru terhadap pelajar, ia akanmeningkatkan semangat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti penyoalan danperbincangan terutamanya di dalam aktiviti amali yang melibatkan penglibatan pelajaryang maksimum. Dalam pembelajaran sains contohnya mata pelajaran kimia, waktu pembelajarandidalam kelas selama seminggu adalah empat waktu pembelajaran iaitu satu waktubersamaan 40 minit. Menurut kajian yang dilakukan di Hong Kong (Cheung, 2006a)pembelajaran inkuiri tidak dapat dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam sebuahkelas terlalu ramai iaitu 40 orang. Masa yang diperlukan untuk melibatkan semuapelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran berbentuk inkuiri tidak mencukupi.Bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas akan menyebabkan kelengkapanataupun alat bantu mengajar kurang mencukupi dalam satu masa yang sama terutamanyadalam menjalankan aktiviti amali di sekolah. Di United States, (Reeve et al., 2004),mendapati bilangan pelajar yang ramai menghalang pendekatan inkuiri dijalankan disekolah kerana kekurangan kemudahan di dalam bilik darjah terutamanya ketikamembuat aktiviti amali di makmal.
  28. 28. 101.3 Pernyataan Masalah Guru kurang menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran danpembelajaran di sekolah. Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaraninkuiri di setiap sekolah di Malaysia tetapi guru di Malaysia masih menggunakankaedah tradisional iaitu berpusatkan kepada guru. Cheung (2006b), mendapati faktor-faktor guru tidak menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran danpembelajaran adalah kurang efektif untuk mengajar pelajar yang ramai. Selain itu,pembelajaran inkuiri memerlukan kemudahan yang lengkap seperti alat bantu mengajar,makmal yang lengkap dan suasana pembelajaran yang baik. Masa yang diperlukanuntuk melaksanakan pembelajaran inkuiri juga perlulah optimum. Secara teorinya pendekatan inkuiri dapat merangsang pelajar dalam prosespembelajaran dan pengajaran. Ini bergantung kepada guru, iaitu guru perlu memberikomitmen sepenuhnya untuk memahami dan melaksanakan pendekatan ini dengan yakinsupaya pelajar yakin dan memberi tindak balas yang positif dalam bilik darjah. Kajianyang melibatkan perlaksanaan inkuiri penemuan dan masalah perlaksanan inkuiri telahdijalankan di luar negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalahperlaksanaan inkuiri di Malaysia. Memandangkan kaedah inkuiri penting bagimeningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk melahirkan pelajar yang aktif dan kreatifmaka kajian ini juga mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadappendekatan inkuiri penemuan, mengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah menengahteknik mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalahpelaksanaannya.1.4 Objektif KajianObjektif kajian adalah seperti berikut:
  29. 29. 11 (i) Mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri. (ii) Mengkaji status perlaksanaan dan permasalahan pendekatan inkuiri di sekolah menengah teknik.1.5 Persoalan KajianBerdasarkan kepada ojektif kajian, beberapa persoalan kajian boleh dikaji iaitu: (i) Sejauh manakah kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri? (ii) Adakah guru melaksanakan pendekatan inkuiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pelaksanaanya?1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan dan permasalahanguru dalam pembelajaran secara inkuiri di sekolah menengah teknik. Selain daripada itukajian ini juga dilakukan terhadap pelajar mengenai faktor yang mempengaruhipenerimaan pelajar di sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri. Kajian iniakan membantu pengkaji untuk mengetahui sejauhmana penggunaan pembelajaransecara inkuiri ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah teknik dan juga tindakbalaspelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah teknik terhadap pendekatan secara inkuiri.Selain itu, secara tidak langsung pengkaji sendiri mendapat kelebihan iaitu mengetahuidengan lebih mendalam tentang pengajaran pendekatan inkuiri ini supaya dapatmengamalkannya apabila menjadi guru kelak.

×