BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penerbitan CD-ROM buku teks adalah selaras dengan Program Pengajaran dan
Pembelajaran Bah...
MyCD mengandungi objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan
interaktif, galeri multimedia, e-ujian, e-g...
multimedia tambahan seperti animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan
sebagainya yang menarik, mesra penggu...
information but also involves organizing and imaginative restructuring of the
conceptions and frameworks which learners al...
1.5 Persoalan Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan
jawapan kepada soalan-soalan kaj...
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut:
a) Terbatas terhadap persoalan kaji...
1.9 Definisi Istilah
Definisi berikut kerap digunakan dalam laporan:
1.9.1 Persepsi
Menurut Atkinson dan Hilgard (1983), m...
maklumat oleh guru dengan menggunakan MyCD di dalam makmal komputer atau bilik
darjah.
1.9.4 Pembelajaran
Menurut Mok (199...
sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Selain untuk menyahut
seruan kerajaan bagi meningkatkan pengg...
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini meninjau lebih lanjut kajian literatur dan beberapa hasil kajian yang
berkaita...
pendidikan dan latihan, peningkatan keberkesanan dapat diperhatikan dari manifestasi
berikut (Ellington, Percival and Race...
peranan teknologi pendidikan yang melibatkan pendekatan sistem berputar kepada
merekabentuk situasi atau proses pengajaran...
komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang
lain, sumbangan komputer adalah berkait rapa...
Pembelajaran berasaskan teori ini menyediakan pelajar terlebih dahulu daripada segi
keupayaan, kematangan dan melibatkan m...
mereka belajar sangatlah penting di samping dilaksanakan oleh pengajar yang
profesional (Schuman, 1996).
2.4.4 Teori e-Pem...
pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum
mereka dapat menghasilkan kaedah pengajar...
bertindak secara berbeza dari apa yang mereka lalui pada masa ini. Mereka bukan
sahaja menerima dan mengumpul maklumat, te...
disamping dikehendaki mengajar literasi komputer mulai tahun 1986. Manakala konsep
pengajaran dan pembelajaran berasaskan ...
dapatan kajian, persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran
pembelajaran adalah penting untuk menentukan k...
penggunaan mikrokomputer di dalam bilik kelas dan di dalam kurikulum. Manakala
kajian yang dijalankan terhadap guru-guru p...
2.9 Penutup
Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap penggunaan komputer,
ICT, CD-ROM atau CD interaktif dan i...
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi atau Pengkaedahan Kajian adalah penting untuk mendapatkan hasil
kajian y...
Kajian tentang persepsi pelajar tahun lima terhadap penggunaan MyCD dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu yang a...
dan terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu. Kajian ini difokuskan kepada 30 orang
pelajar tahun lima di dalam sebuah ke...
Bahagian A adalah bertujuan mendapatkan maklumat dan latar belakang Responden.
Antaranya termasuklah jantina, pekerjaan da...
Kaedah soal selidik dipilih dan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
responden kerana ianya lebih mudah untuk mem...
Setelah item-item dalam borang soal selidik siap dibina, borang soal selidik dihantar
untuk pengesahan item. Item-item dal...
dalam soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah sesuai. Ini secara tidak
langsung, menunjukkan bahawa set soal s...
Jadual 3.4 : Jumlah mata skor setiap item
Skor Kiraan skor Jumlah mata skor
1 1 X 1 1
2 2 X 1 2
3 3 X 1 3
Dengan terterany...
Analisis persepsi pelajar terhadap ciri-ciri perisian MyCD adalah hanya berkisar
kepada item bernombor 18 hingga 30. Soala...
Proposal azmy
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Proposal azmy

2,706 views

Published on

  • Be the first to comment

Proposal azmy

  1. 1. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Penerbitan CD-ROM buku teks adalah selaras dengan Program Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Penerbitan CD-ROM buku teks juga adalah untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, buku teks baru telah diterbitkan bersama CD-ROM buku teks secara pakej. CD-ROM buku teks terbahagi kepada dua jenis iaitu CD-ROM Murid atau MyCD untuk kegunaan murid dan CD-ROM Guru untuk kegunaan guru-guru. Penyediaan MyCD untuk empat mata pelajaran teras sekolah rendah (KBSR) bermula pada tahun 2003 dan berakhir pada tahun 2008 (Tahun 1 hingga Tahun 6). MyCD ialah CD-ROM multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. MyCD berfungsi membantu murid memahami dan mengukuhkan kandungan pelajaran yang disampaikan melalui buku teks. MyCD tidak menggantikan buku teks bercetak yang dibekalkan kepada murid tetapi merupakan perisian sumber. Oleh itu, murid perlu merujuk ikon MyCD dalam buku teks sebelum mengaksesnya.
  2. 2. MyCD mengandungi objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan interaktif, galeri multimedia, e-ujian, e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan/capaian internet. Ciri istimewa MyCD adalah data dan rekod murid boleh disimpan dalam cakera keras komputer atau disket murid. Rekod ini juga boleh dihantar melalui kemudahan e-mel kepada rakan dan guru. Pembangunan MyCD mengambil kira ciri-ciri kepenggunaannya iaitu mesra pengguna seperti auto-jalan dan mudah digunakan oleh murid dengan pengetahuan yang asas tentang penggunaan komputer. Perisian sokongan yang diperlukan untuk MyCD berfungsi seperti Quicktime, Acrobat Reader, Java Run-Time dan sebagainya disediakan di dalam MyCD dan pemasangannya adalah secara automatik. MyCD merupakan bahan sokongan kepada buku teks maka penggunaan MyCD ini berkait rapat dengan penggunaan buku teks. Ikon MyCD yang terpapar pada halaman tertentu dalam buku teks memberi petunjuk bahawa tajuk/unit dalam buku teks tersebut dijelaskan lagi secara interaktif dalam MyCD. Bahan dalam MyCD boleh di akses dengan menggunakan menu, kemudahan carian pantas atau peta laman. Menu adalah cara utama kerana kandungan MyCD disusun berasaskan menu. Kemudahan carian pantas pula memerlukan murid menaip halaman muka surat buku teks yang memaparkan ikon MyCD. Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer sekolah. MyCD sesuai digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama sekolah yang telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah disarankan agar meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dalam makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD setelah pengetahuan/kemahiran berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah dipelajarinya. Penerbitan MyCD ini sebenarnya bukan saja dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dapat menjadikan kandungan buku teks lebih bermakna. Seterusnya meluaskan keupayaan buku teks daripada hanya mengandungi teks dan grafik statik sahaja kepada bahan
  3. 3. multimedia tambahan seperti animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan sebagainya yang menarik, mesra pengguna dan akses kendiri. Konsep yang khusus dan abstrak dalam buku teks dapat disampaikan secara konkrit kepada murid melalui elemen multimedia dalam CD-ROM. Ciri authentics multimedia ini membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini penting untuk melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 1.2 Latar Belakang Masalah Pendekatan penggunaan perisian ICT, contohnya MyCD dalam persembahan pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Dick dan Reiser (1990) mentakrifkan pembelajaran berkesan sebagai pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan ini membawa implikasi di mana pelajar lebih tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap orang mempunyai kefahaman yang berlainan tentang sesuatu konsep. Pelajar-pelajar menjejaki langkah ke sekolah dengan idea-idea tersendiri mengenai alam sekelilingnya. Mereka telah pun cuba memahami dan membentuk pengetahuan sendiri tentang alam sekeliling berdasarkan pengalaman mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan idea mereka tidaklah sama dengan idea-idea yang diterima oleh masyarakat sekeliling. Setiap guru haruslah menyedari akan keadaan ini dan membuat pertimbangan yang sewajarnya semasa memilih kaedah dan strategi pengajaran. Pemilihan dan penggunaan MyCD ini adalah penting kerana ianya membolehkan pelajar dapat memahami konsep yang baru dan berupaya membuat perkaitan antara konsep lama dan baru. Dick dan Reiser (1990), menyatakan : “ Learning takes places not only through taking in new
  4. 4. information but also involves organizing and imaginative restructuring of the conceptions and frameworks which learners already have ”. 1.3 Pernyataan Masalah Walaupun begitu, wujud beberapa masalah terhadap segelintir pelajar yang tidak dapat menguasai dan memahami secara jelas pengunaan MyCD ini di dalam makmal komputer/bilik darjah. Antara halangan utama ialah kurang kerap menggunakan MyCD di sekolah. Bekalan MyCD di sekolah yang tidak boleh digunakan (tidak berfungsi/rosak), kekurangan perkakasan komputer terkini, perkakasan berteknologi lama, berkualiti rendah dan bilangan yang dibekalkan pula kadang kala tidak mencukupi. Generasi pelajar yang ingin memperkayakan maklumat tidak seharusnya bergantung kepada buku teks yang dibekalkan dan bahan-bahan yang disediakan oleh guru semata- mata, tetapi kemahiran mencari maklumat dengan sendiri daripada penggunaan MyCD adalah perlu dititikberatkan. Penguasaan sepenuhnya kemahiran menggunakan MyCD adalah asas dalam usaha menguasai kemahiran bahasa melayu yang diajar. Ramai yang menganggap kemunculan MyCD dalam ICT akan merumitkan, menyusahkan dan membebankan para pelajar dalam menguasai kemahiran berbahasa . Ini memandangkan tahap penguasaan mereka masih belum cukup untuk membolehkan mereka menggunakan MyCD dengan cekap. Sehubungan itu, kajian ini dibuat untuk menentukan tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berdasarkan minat dan ciri-ciri perisian yang sedia ada. 1.4 Objektif Kajian i) Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti minat pelajar terhadap penggunaan MyCD. ii) Kajian ini juga untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap ciri-ciri perisian MyCD dalam proses pembelajaran dan pembelajaran.
  5. 5. 1.5 Persoalan Kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut; i) Apakah tahap minat pelajar terhadap penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu? ii) Apakah tahap persepsi pelajar terhadap ciri-ciri perisian MyCD ? 1.6 Kepentingan Kajian Pembelajaran berpusatkan guru yang telah lama digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah meninggalkan implikasi yang besar terutama dari segi perkembangan mental dan kognitif pelajar. Selalunya pelajar hanya diberi peluang untuk mendengar segala input tetapi tidak diberikan peluang untuk menunjukkan kemahiran kendiri dalam menyelesaikan masalah. Mereka hanya diberikan peluang untuk bersoal jawab dan menjawab secara bertulis sedangkan pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi merangsang minat, menghuraikan permasalahan dan memperkembangkan kemahiran pelajar. Oleh itu, daripada hasil kajian ini nanti diharapkan pembelajaran dengan menggunakan MyCD dapat mengubah perspektif dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Melalui kaedah MYCD, diharap dapat menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk menguasai kemahiran dan seterusnya menimbulkan rasa seronok di kalangan pelajar untuk belajar. Aktiviti yang terdapat dalam MYCD juga ditagih agar dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka terhadap pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini adalah penting kerana hasil dapatan penyelidikan akan dapat menjadi rujukan kepada kementerian pelajaran khususnya Bahagian Buku Teks (BBT) dalam menambahbaikan penerbitan MyCD . Ini secara tidak langsung boleh membantu guru untuk menarik minat dan sikap pelajar dalam penggunaan MyCD pada masa akan datang.
  6. 6. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini adalah terbatas kepada beberapa perkara seperti berikut: a) Terbatas terhadap persoalan kajian sahaja. b) Terbatas kepada pelajar-pelajar tahun lima seramai 30 orang dan terhad kepada sebuah sekolah rendah sahaja. c) Terbatas kepada sukatan pelajaran bahasa melayu tahun lima sahaja. d) Kejituan kajian bergantung kepada kejujuran responded menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan ikhlas. 1.8 Andaian Kajian Menurut Mohd Majid (2000), dapatan daripada kajian dianggap mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dengan membuat andaian. Dalam kajian ini, penyelidikan mengandaikan bahawa: a) Responden memberikan respon kajian dengan ikhlas dan jujur. b) Subjek mengambil bahagian dalam kajian ini dengan sukarela. c) Emosi subjek adalah stabil semasa menjawab soalan daripada soal selidik kajian. d) Soal selidik yang dibina dianggap mencukupi dan memadai untuk menjawab persoalan kajian.
  7. 7. 1.9 Definisi Istilah Definisi berikut kerap digunakan dalam laporan: 1.9.1 Persepsi Menurut Atkinson dan Hilgard (1983), mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan mentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan dan membentuk imej mengenai persekitaran. Persepsi juga sebagai satu proses bagaimana manusia memproses dan mengendalikan berbagai-bagai maklumat yang didapati daripada persekitarannya dengan menggunakan pancainderanya. Dalam kajian ini persepsi ialah pengalaman, pandangan, pendapat dan persediaan pelajar untuk bertindak balas terhadap penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. 1.9.2 MyCD Menurut Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), MyCD ialah CD-ROM multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. MyCD berfungsi membantu murid memaham dan mengukuhkan kandungan pelajaran yang di sampaikan melalui buku teks. MyCD tidak menggantikan buku teks bercetak yang dibekalkan kepada murid atau bahan alternatif kepada buku teks. MyCD bukannya satu perisian kursus tetapi merupakan perisian sumber. 1.9.3 Pengajaran Suatu sistem tindakan yang bertujuan untuk menggerakkan pembelajaran. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi sesuatu keadaan yang mana terdapat halangan yang perlu diatasi oleh individu (Meor Ibrahim, 2001). Menurut Mok (1996), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ini meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Dalam kajian ini, pengajaran ialah proses penyampaian
  8. 8. maklumat oleh guru dengan menggunakan MyCD di dalam makmal komputer atau bilik darjah. 1.9.4 Pembelajaran Menurut Mok (1996), Pembelajaran merupakan proses yang boleh menghasilkan perubahan pada tingkah laku sebagai tindakbalas terhadap keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkahlaku itu bukanlah disebabkan oleh kematangan, keletihan, penyakit, dadah atau sebagainya. Pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima sesuatu yang baru atau mengubah pola tingkahlaku yang mempunyai pengaruh terhadap sikap atau pencapaian akan datang (Meor Ibrahim, 2001). Menurut Mok (1996), ramai ahli psikologi mentafsirkan pembelajaran sebagai proses melalui latihan atau pengalaman organisma dapat menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Dalam kajian ini, pembelajaran ialah proses pelajar menerima pengajaran dengan menggunakan MyCD di dalam makmal komputer atau bilik darjah. 1.9.5 Pelajar Menurut kajian ini, pelajar merujuk kepada pelajar-pelajar tahun lima seramai 30 orang yang mempelajari subjek bahasa melayu di sebuah sekolah rendah di daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari yang mana pelajarnya terdiri daripada rumpun bangsa Melayu. 1.9.6 Bahasa Melayu Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi 4 (2007), bahasa merujuk satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. 1.10 Penutup Pendekatan penggunaan MyCD dalam persembahan pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan
  9. 9. sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Selain untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga dengan kajian ini dapat memberi sedikit gambaran kepada pihak-pihak tertentu untuk menambahbaikan dalam memantapkan lagi penerbitan MyCD di masa akan datang.
  10. 10. BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan Bab ini meninjau lebih lanjut kajian literatur dan beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan konsep teknologi pendidikan, beberapa teori sikap dan teori pembelajaran yang menjadi landasan penggunaan ICT dalam pendidikan, penggunaan komputer dan perisiannya di dalam pendidikan serta kajian sikap terhadap penggunaan ICT. Walaupun kajian-kajian lepas belum lagi membuat kajian terperinci mengenai penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu, namun penggunaan e-pembelajaran seperti ICT, CD-ROM, CD interaktif dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu telah banyak dan meluas kajian mengenainya. Oleh itu, kajian penggunaan MyCD adalah berkait rapat dengan kajian- kajian tersebut. 2.2 Konsep Teknologi Pendidikan Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan secara langsung dengan konsep penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Penggunaan teknologi seperti komputer memainkan peranan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks
  11. 11. pendidikan dan latihan, peningkatan keberkesanan dapat diperhatikan dari manifestasi berikut (Ellington, Percival and Race, 1993): 1. Peningkatan kualiti pembelajaran dan tahap penguasaan pelajar . 2. Mengurangkan waktu yang digunakan oleh pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan. 3. Meningkatkan keberkesanan guru dari segi jumlah penuntut yang diajar tanpa mengurangkan kualiti pembelajaran. 4. Mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti. Ellington, Percival dan Race (1993) juga ada memetik beberapa definisi teknologi pendidikan seperti berikut: 1. Teknologi pendidikan adalah perkembangan, aplikasi dan penilaian terhadap sistem, teknik dan alat bantuan bagi meningkatkan proses pembelajaran manusia (National Council for Educational Technology, United Kingdom). 2. Teknologi pendidikan adalah aplikasi bagi pengetahuan saintifik tentang pembelajaran dan keadaan pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan. Dalam ketiadaan prinsip-prinsip saintifik yang telah diketahui, teknologi pendidikan mengamalkan teknik-teknik berdasarkan ujian pengalaman bagi meningkatkan suasana pembelajaran" (National Centre for Programmed Learning, United Kingdom). 3. Teknologi pendidikan adalah satu cara yang sistematik bagi merekabentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus berdasarkan penyelidikan dalam pembelajaran manusia dan komunikasi serta menggabungkan sumber manusia dan sumber bukan manusia ke arah pengajaran yang lebih berkesan (Commission on Instructional Technology, USA) Ketiga-tiga definisi tersebut memberi penekanan terhadap peranan utama ICT dalam teknologi pendidikan iaitu untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian terhadap kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang diperolehi dalam penyelidikan terhadap proses pembelajaran. Setiap definisi di atas cuba menghuraikan
  12. 12. peranan teknologi pendidikan yang melibatkan pendekatan sistem berputar kepada merekabentuk situasi atau proses pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan apa sahaja kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencapai objektif yang diingini. Definisi- definisi berkenaan juga memberi penekanan kepada pengujian dan penilaian. Bagi menentukan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih berasaskan peranan individu, penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan juga kelemahan yang tersendiri. Di antara kekuatan dan kebaikan pembelajaran berasaskan komputer ini ialah (Ellington, Percival dan Race, 1993): 1. Dapat merangkumi objektif pembelajaran yang luas. 2. Penuntut dapat melakukan kerja mengikut tahap kebolehan masing-masing. 3. Pendekatan interaktif dalam pembelajaran membolehkan pembelajaran dilakukan dengan melakukannya sendiri serta mendapat maklumbalas segera. 4. Membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran secara terus dilakukan 2.3 Kepentingan komputer Dalam Pendidikan Menurut Raja Maznah (1994), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. 1. Banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. 2. Kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. 3. Maklumat yang dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri. Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar, memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
  13. 13. komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain, sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu sendiri. Sehubungan itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Becker (1991), antara halangan utama penggunaan komputer di sekolah ialah kekurangan perkakasan yang terkini. Kebanyakan sekolah telah dibekalkan dengan perkakasan berteknologi lama, berkualiti rendah dan berkuasa rendah. Tetapi, bilangan yang dibekalkan adalah tidak mencukupi Hasselbrig, 1990 (dalam Becker, 1991). 2.4 Teori Pembelajaran Berlandaskan Komputer Sebagai satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan negara pada masa depan, penggunaan komputer dalam pendidikan haruslah disandarkan kepada beberapa teori asas pembelajaran. Di antara teori asas pembelajaran yang dikaitkan dengan penggunaan teknologi komputer dalam pembelajaran ialah teori behaviorisme, teori kognitivisme, teori konstruktivisme dan teori e-pembelajaran. 2.4.1 Teori Behaviorisme Teori behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila pelajar memperlihatkan tingkahlaku secara konsisten seperti yang diingini iaitu pelajar memberi maklumbalas terhadap peristiwa-peristiwa yang dirangkakan. (Newby et al.,1996). Teori ini juga menggalakkan pembelajaran melalui galakan dan rangsangan. Rangsangan boleh berbentuk pujian dan penghargaan. Dalam sesi pembelajaran, galakan dan rangsangan akan mendorong pelajar mempelajari sesuatu bidang dengan lebih tekun. Di sini rangsangan pelajar ialah komputer, ICT atau penggunaan MyCD. Ulangan sesuatu rangsangan dan tindak balas yang bermakna dapat mengukuhkan pembelajaran terutamanya di dalam akitiviti membina kemahiran.
  14. 14. Pembelajaran berasaskan teori ini menyediakan pelajar terlebih dahulu daripada segi keupayaan, kematangan dan melibatkan mereka secara sukarela dalam aktiviti. Pendekatan ini memberi kepuasan kepada pelajar. Dalam pembelajaran ini, kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang baik adalah perlu kerana ia memberi kesan kepada latihan dan peneguhan perubahan tingkah laku (Schuman, 1996). 2.4.2 Teori Kognitivisme Teori pembelajaran kognitivisme menerangkan pembelajaran sebagai perubahan dalam pengetahuan yang disimpan dalam memori. Ini akan membawa pelajar melakukan penemuan dan kefahaman tentang perkara yang dipelajari. Pengajar memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar sendiri dengan dipandu oleh pengajar. Di sini penggunaan MyCD penting untuk pelajar melakukan penemuan dan kefahaman tentang sesuatu perkara yang telah dipelajari. Oleh itu, susunan yang baik dan sistematik akan membawa kesan kepada proses pembelajaran yang baik kepada pelajar (Schuman, 1996). 2.4.3 Teori Konstruktivisme Teori ini pula menerangkan pembelajaran sebagai perubahan yang berlaku akibat daripada pengalaman individu itu sendiri iaitu pengalaman lepas digunakan dalam pembelajaran. Kaedah ini sangat baik bagi pelajar untuk meneroka sesuatu yang baru berdasarkan pengalaman menggunakan komputer dengan mengaplikasikan perisian MyCD. Pengalaman yang luas akan membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, pengalaman mereka hendaklah diambil kira dan disepadukan dengan kandungan program pembelajaran. Teori pembelajaran apabila dijadikan asas kepada reka bentuk program pembelajaran berupaya mendorong pelajar untuk belajar dan berubah. Pemahaman tentang teori pembelajaran akan membantu kejayaan program pembelajaran. Dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, keupayaan menggabungjalinkan pelbagai teori dapat memberi impak kepada setiap individu yang melalui proses tersebut.Oleh itu, pemilihan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelbagai karenah pelajar dan cara
  15. 15. mereka belajar sangatlah penting di samping dilaksanakan oleh pengajar yang profesional (Schuman, 1996). 2.4.4 Teori e-Pembelajaran Rangka kerja konseptual dan beberapa teori e-pembelajaran telah dibincangkan untuk menyediakan kefahaman yang lebih mendalam mengenai e-pembelajaran termasuklah pembelajaran jarak jauh. Inovasi sering merupakan hasil daripada interaksi pelbagai subjek, teknologi, manusia serta organisasi dan ia adalah pembelajaran yang terhasil daripada interaksi sedemikian yang menguatkan aktiviti inovasi. Daniel, 1996 dan Johnstone, 1992 (dalam Schuman, 1996) percaya bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran akan menyediakan sekurang-kurangnya sebahagian daripada penyelesaian kepada banyak isu. Mereka menegaskan bahawa teknologi menyediakan banyak asas yang paling baik untuk meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan pelajaran di samping kos lebih rendah dan tarikan yang unik. E-pembelajaran perlu mendapat perhatian golongan sasarannya, menawarkan pelajar sumber yang dilihat sebagai daya penarik dan bernilai produktif kepada matlamat dan falsafah pendidikan Negara. Institut Amerika Syarikat mencadangkan siri-siri benchmark untuk memastikan kualiti e-pembelajaran dan keberkesanan penilaian program untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Ini termasuklah perancangan teknologi yang berdokumen dengan perlindungan kata laluan, enkripsi, sistem back-up dan penghantaran yang boleh dipercayai, memantapkan piawai untuk pembangunan kursus, rekabentuk dan penghantaran, fasilitasi interaksi dan maklumbalas yang baik serta aplikasi piawai spesifik untuk penilaian. 2.5 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Beliau menekan tentang kepentingan seseorang guru itu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya
  16. 16. pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Beliau berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz, 1992 (dalam Heinich, 1993) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Simonson dan Thomson, 1990 (dalam Heinich, 1993). Latarbelakang penggunaan komputer dalam pendidikan kembali kepada penyelidikan yang telah dilakukan terhadap mesin pengajaran terprogram. Kaedah pengajaran terprogram adalah berasaskan teori behaviorisme dan beberapa kajian telah dilaksanakan terhadapnya bagi menentukan keberkesanannya. Beberapa dapatan kajian yang berkaitan mendapati bahawa pengajaran terprogram hanya dianggap sebagai salah satu alat bantuan mengajar guru dan tidak memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar. Ia dianggap sebagai sesuatu yang membosankan dan terlalu simplistik. Penggunaan teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat memupuk nilai dan budaya kasih sayang di kalangan guru-guru dan pelajar disebalik kebimbangan yang mengatakan bahawa pembelajaran menggunakan komputer akan meningkatkan persaingan antara individu dan perasaan individualistik (Raja Maznah,1994). Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih banyak peluang untuk memberi tumpuan kepada memupuk dan membina insan disamping sama-sama berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ledakan maklumat yang sedang kita alami memerlukan para pelajar berfikir, belajar dan
  17. 17. bertindak secara berbeza dari apa yang mereka lalui pada masa ini. Mereka bukan sahaja menerima dan mengumpul maklumat, tetapi juga harus mampu menganalisis segala maklumat yang diterima secara lebih kritis, kreatif dan membuat penilaian yang matang beradasarkan prinsip-prinsip nilai yang diperolehi dari pendidikan yang diterima melalui pendidikan secara bersepadu (Wan Mohd Zahid, 1993). Secara umumnya, penggunaan komputer di sekolah dapat dikategorikan kepada tiga bahagian utama iaitu; pembelajaran tentang komputer, penggunaan komputer untuk menyenggara dan memproses data dan penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala penggunaan komputer untuk membantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada tiga aspek berikut iaitu: pengaturcaraan, proses pengajaran dan pembelajaran dan utiliti guru (Nik Azis, 1996). Melalui pengaturcaraan, pelajar didedahkan dengan beberapa bahasa pengaturcaraan yang biasa digunakan untuk menulis aturcara bagi menyelesaikan sesuatu masalah seperti LOGO, FOTRAN, COBOL dan PASCAL. Manakala aktiviti pengajaran dan pembelajaran pula dilaksanakan berpandukan program atau perisian yang dibangunkan oleh penulis perisian dikenali sebagai mod CAI (Computer-assisted Instruction) atau CAL (Computer-assisted Learning) di mana pelajar akan berinteraksi dengan perisian kursus menggunakan terminal. Jenis perisian kursus yang digunakan akan menentukan corak interaksi tersebut sama ada tutorial, latihtubi, penyampaian maklumat, permainan pendidikan, demonstrasi, pengujian, penilaian dan pengurusan pengajaran. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan di Malaysia adalah suatu yang masih baru di mana ia telah bermula pada tahun 1980an. Pada peringkat awal, penggunaan komputer di negara ini lebih merupakan aktiviti- aktiviti Kelab Komputer di sekolah-sekolah. Hanya pada tahun 1986 sahaja Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan projek perintis celik komputer di 20 buah sekolah menengah seluruh Negara. Di antara objektif projek ini ialah untuk memberi pengenalan kepada komputer, pengaturcaraan dan aplikasi komputer untuk pemprosesan perkataan dan maklumat, pangkalan data dan hamparan elektronik. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran pula telah menjalankan kursus- kursus komputer kepada guru-guru yang terlibat dengan matlamat untuk membekalkan guru-guru yang terlatih bagi menguruskan kelab-kelab komputer di seluruh negara
  18. 18. disamping dikehendaki mengajar literasi komputer mulai tahun 1986. Manakala konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (PPBK) pula dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan disamping mendedahkan para pelajar kepada penggunaan komputer . Manakala langkah pertama untuk melaksanakan penggunaan komputer secara besar- besaran di dalam bilik darjah telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian. Projek perisian yang digelar Computer Integrated Learning System (ComIL) telah dijalankan secara percubaan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara mulai 1992 (Raja Maznah, 1994). 2.6 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Menurut Bliss (1988), mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan guru. Antara isu yang penting ialah perubahan peranan guru. Melalui kajiannya, terdapat guru yang mempunyai sikap bimbang dan tidak yakin terhadap diri sendiri untuk menguasai teknologi baru. Dalam aspek keyakinan dan keselesaan menggunakan teknologi komputer, Norman, 1986 dan Cohen, 1987 (dalam Bliss, 1988) mempunyai dapatan yang sama. Menurut dapatan mereka, apa yang dititikberatkan oleh guru adalah keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer. Somekh, 1988 (dalam Bliss, 1988) juga mempunyai dapatan yang hampir sama. Somekh mendapati bahawa pengalaman guru yang negatif atau tidak berkesan semasa mencuba menggunakan komputer akan mendorong guru untuk menolak inovasi komputer. Menurut Rhodes dan Cox, 1988 (dalam Bliss, 1988), mendapati peningkatan beban kerja telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru. Di samping itu, kekurangan perisian yang berkualiti juga menyebabkan guru menganggap bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran tidak berkesan. Berdasarkan
  19. 19. dapatan kajian, persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran adalah penting untuk menentukan kajayaan atau kegagalan penggunaan komputer dalam alam pendidikan. 2.7 Peranan Guru Dalam Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Menurut Woodrow, 1992 (dalam Bliss, 1993), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru. Selain itu, sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Keberkesanan penggunaan teknologi moden banyak bergantung kepada guru yang rela menukar dan mencuba kaedah pengajaran yang baru dan moden. Dupagne dan Krendl, 1992 (dalam Bliss, 1993), semasa membuat ulasan karya tentang sikap guru terhadap komputer, mendapati bahawa pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap positif terhadap teknologi komputer. Guru memerlukan masa dan kefahaman tentang bagaimana teknologi dapat menolong mereka. Setelah itu, guru hanya akan menggunakan komputer bila sudah biasa dan berasa selesa dengan penggunaannya. 2.8 Kajian Mengenai Sikap Terhadap Komputer Beberapa kajian telah dijalankan sejak lebih sedekad yang lalu terhadap sikap di kalangan guru-guru terhadap penggunaan ICT di dalam pendidikan berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain seperti pelajar (Laurillard, 1992), Sikap terhadap komputer di kalangan guru-guru pelatih siswazah (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994). Kajian-kajian yang dijalankan telah meninjau beberapa hubungan angkubah seperti perbezaan jantina (Simonson dan Thomson, 1990), pengalaman dengan komputer (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994) yang menyebabkan pembentukan sikap ini dan bagaimana perubahan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berlaku. Kajian yang telah dijalankan oleh Simonson dan Thomson (1990), mendapati perubahan sikap yang begitu ketara dan positif di kalangan guru-guru terhadap
  20. 20. penggunaan mikrokomputer di dalam bilik kelas dan di dalam kurikulum. Manakala kajian yang dijalankan terhadap guru-guru pelatih oleh Heinich (1993) pula mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa kepada sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Tahap pendedahan guru dengan kursus- kursus literasi komputer juga mempunyai kaitan yang signifikan terhadap pembentukan sikap guru-guru terhadap komputer. Kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994) di kalangan guru- guru pelatih siswazah di Universiti Malaya yang mendapati bahawa hanya 12.1% dari sampel yang mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala selebihnya (87.9 %) mengatakan bahawa mereka mempunyai pengalaman. Sebanyak 49.0 % dari sampel yang mempunyai pengalaman telah memperolehinya semasa pengajian di peringkat ijazah pertama atau di bangku sekolah. Kajian tersebut seterusnya merumuskan bahawa guru-guru pelatih yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di universiti cenderung untuk lebih mahir dari mereka yang tidak berpengalaman. Kajian itu juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Walaubagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa kebimbangan terhadap komputer tidak mempunyai hubungan dengan sikap terhadap komputer ( Zulkifli dan Raja Maznah, 1994). Begitu juga dengan tahap kebimbangan didapati tidak ada kaitan dengan pengalaman dengan komputer (Sandholtz, 1997). Sebaliknya, dapatan-dapatan kajian oleh Holzberg (1994) mengenai kebimbangan terhadap komputer di kalangan guru-guru pelatih di Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia itu mendapati bahawa guru pelatih lelaki menunjukkan kadar kebimbangan yang lebih rendah berbanding dengan guru pelatih perempuan. Begitu juga dengan peluang menggunakan komputer dimana kajian-kajian mendapati bahawa pelajar lelaki lebih berpeluang untuk menggunakan komputer daripada pelajar perempuan. Sekaligus, perkara ini boleh dikaitkan dengan faktor pengalaman menggunakan komputer sebagai penyumbang kepada sikap positif terhadap komputer (Becker, 1991).
  21. 21. 2.9 Penutup Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap penggunaan komputer, ICT, CD-ROM atau CD interaktif dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan ternyata ianya berkesan dan memberikan impak yang positif terhadap para pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi maklumat memainkan peranan penting dan sesuai untuk diaplikasikan terutamanya dalam proses melahirkan pelajar celik IT. Selain daripada pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran yang cekap dalam penggunaan komputer agar proses pembelajaran menggunakan MyCD dapat berjalan dengan lancar dan dapat perolehi manfaat daripadanya. Selain itu, guru juga perlu mempunyai minat untuk melaksanakan kaedah penggunaan MyCD ini. Nilai, sikap serta sahsiah yang positif hendaklah dijadikan teras atau tunggak kepada keperibadian seseorang guru dan pelajar bagi memastikan matlamat pendidikan negara menerusi ICT tercapai.
  22. 22. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Metodologi atau Pengkaedahan Kajian adalah penting untuk mendapatkan hasil kajian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Penyelidikan adalah satu usaha menganalisis data melalui kaedah saintifik yang bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan atau masalah. Bab ini akan membincangkan kaedah serta tatacara yang digunakan dalam kajian. Antara aspek-aspek yang diberikan penekanan dalam bab ini adalah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, kajian rintis dan kaedah menganalisis data. Menurut Mohd. Najib (1998), kaedah penyelidikan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Cara maklumat itu diperolehi haruslah dengan cara yang paling berkesan di samping menggunakan perbelanjaan yang paling ekonomik. Menurut beliau lagi, bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu yang sedang berlaku, kaedah penyelidikan berbentuk deskriptif adalah sangat sesuai digunakan. 3.2 Reka Bentuk Kajian
  23. 23. Kajian tentang persepsi pelajar tahun lima terhadap penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu yang akan dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Mohd Najib (1998), kajian deskriptif merujuk kepada kaedah menggunakan statistik untuk menerangkan ciri-ciri satu kumpulan sampel. Kaedah deskriptif merupakan satu kajian tentang fenomena semasa yang bertujuan untuk memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang sesuatu persoalan yang dikaji. Menurut Mohd. Majid (1990), kajian deskriptif dilakukan bagi menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dengan menganalisis data yang diperolehi melalui instrument yang tertentu seperti soal selidik atau media-media lain. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Kaedah ini digunakan kerana ia merupakan satu kaedah saintifik sifatnya dan logik kerana pelajar dipilih secara rawak. Dalam kajian ini satu set soal selidik akan digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian daripada responden. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai persepsi pelajar tahun lima terhadap penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berdasarkan perisian yang ada di dalam MyCD serta minat pelajar terhadap MyCD itu sendiri. 3.3 Sampel Kajian Di dalam sesuatu penyelidikan pendidikan, mengenal pasti populasi merupakan perkara penting kerana ini menentukan bidang masalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Di samping itu, populasi juga menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akan digunakan untuk melaksanakan penyelidikan. Populasi mestilah ditentukan dan dikaji dengan teliti agar keputusan kajian yang dipilih berkesan (Mohd. Najib, 1998). Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tahun lima yang mempelajari subjek bahasa melayu di sebuah sekolah di dalam daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Sekolah ini terletak dalam sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Melayu Majidee yang berada di pinggir Bandar Johor Bahru. Pelajar-pelajar di sekolah ini terdiri daripada latar belakang keluarga yang berbeza-beza
  24. 24. dan terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu. Kajian ini difokuskan kepada 30 orang pelajar tahun lima di dalam sebuah kelas yang sama. Pelajar-pelajar tersebut diberi masa selama sehari untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik tersebut. Menurut Azizi (2003), populasi kajian yang luas akan membantu penyelidik untuk mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi. Sementara itu, Mohd. Najib (1998) pula menyatakan bahawa cara ini amat baik kerana lebih baik besar sampel yang digunakan oleh penyelidik, lebih mantap kajian yang dijalankan. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengurangkan kesilapan keputusan atau masalah kebarangkalian. Kenyataan ini turut disokong oleh Mohd. Majid (2000) di mana populasi kajian merupakan satu set ciri yang menunjukkan tanggapan atau ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. 3.4 Tempat Kajian Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di dalam daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Sekolah ini terletak di dalam sebuah kampung yang dikenali Kampung Melayu Majidee. 3.5 Skop Kajian Skop kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar tahun lima yang mempelajari subjek bahasa melayu pada sesi tahun 2009. 3.6 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan untuk mengumpulkan data dalam kajian ini adalah berbentuk satu set borang soal selidik mengenai Persepsi Pelajar Tahun Lima Terhadap Penggunaan MyCD dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Rujuk Lampiran A). Soal selidik ini direka bentuk berdasarkan objektif-objektif kajian dan persoalan-persoalan kajian. Kandungan borang soal selidik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
  25. 25. Bahagian A adalah bertujuan mendapatkan maklumat dan latar belakang Responden. Antaranya termasuklah jantina, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga; jarak kediaman ke sekolah, kenderaan ke sekolah, tugas di sekolah dan tahap penguasaan penggunaan MyCD. Responden dikehendaki menandakan pilihan yang sesuai pada ruangan yang disediakan. Dapatan yang dikemukakan hanya sebagai rekod sahaja. Bahagian B pula, analisis kajian tertumpu pada item-item yang berkaitan dengan objektif kajian. Bahagian ini terdiri dua kategori iaitu minat pelajar terhadap penggunaan MyCD dan persepsi pelajar terhadap ciri-ciri perisian MyCD dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Skala Likert yang digunakan dalam set soal selidik Bahagian B adalah seperti dalam Jadual 3.1 di bawah. Jadual 3.1 : Skala Likert Aras Skor Tidak setuju 1 Setuju 2 Sangat setuju 3 Set soal selidik ini mengandungi 30 item dan berkisar kepada minat pelajar terhadap penggunaan MyCD dan persepsi pelajar terhadap ciri-ciri perisian MyCD. Bagi setiap item, pelajar dikehendaki memilih satu pilihan jawapan yang sesuai dengan diri pelajar. Bagi memperincikan kategori tersebut, bilangan item dan jumlah item adalah seperti dalam Jadual 3.2 di bawah. Jadual 3.2 : Kategori dan nombor bilangan item dalam soal selidik Kategori Nombor Item Bilangan Item Minat pelajar terhadap penggunaan MyCD 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17 17 Persepsi pelajar terhadap ciri-ciri perisian MyCD 18,19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 13
  26. 26. Kaedah soal selidik dipilih dan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden kerana ianya lebih mudah untuk memberikan tindak balas terhadap aspek- aspek yang dikaji. Selain itu, kaedah ini juga lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden kerana responden bebas untuk memilih dan menjawab soalan tanpa rasa segan dan malu. Sehubungan dengan itu, penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga manusia. Semua respon yang diberikan oleh responden dikodkan dan direkodkan dalam data piawai. Menurut Azizi (2003), terdapat beberapa kelebihan penggunaan soal selidik sebagai kaedah untuk mendapatkan data kajian. Antaranya ialah : a) Soal selidik merupakan satu cara ringkas untuk mendapatkan maklumat. b) Soal selidik membolehkan liputan kajian secara meluas iaitu boleh diuruskan walaupun pada jarak yang jauh. c) Soal selidik memberikan jawapan sebenar daripada responden dan bukan daripada penyelidik. d) Soal selidik memberikan kebebasan kepada responden untuk menjawab. Di samping itu, penggunaan soal selidik dapat memudahkan responden memilih jawapan yang disediakan mengikut kesesuaian. Kesahan maklumat yang diperolehi adalah lebih tinggi berbanding dengan kaedah yang lain. 3.7 Prosedur Kajian Responden dalam kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tahun lima yang mempelajari subjek bahasa melayu. Oleh itu, perlu berlandaskan kepada prosedur yang telah ditetapkan supaya objektif kajian tercapai. Antara prosedur kajian termasuklah berbincang dengan penyelia tentang masalah yang ingin dikaji dengan mengenalpasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Seterusnya, maklumat yang berkaitan dengan masalah kajian dicari dan dikumpul. Langkah yang seterusnya adalah mengenalpasti responden dan bilangannya. Selepas itu, kaedah yang digunakan untuk menganalisis data dan dokumenkan semua maklumat yang berkaitan dirancang.
  27. 27. Setelah item-item dalam borang soal selidik siap dibina, borang soal selidik dihantar untuk pengesahan item. Item-item dalam soal selidik disahkan oleh pakar. Kajian rintis dijalani sebelum kajian sebenar dijalankan. Ini bertujuan untuk melihat kemungkinan masalah yang timbul, misalnya kesukaran atau kekeliruan dalam memahami dan menjawab soalan-soalan dalam soal selidik. Dengan itu, langkah pembaikan dapat dijalankan untuk meningkatkan kualiti soal selidik dan seterusnya mendapat hasil dapatan yang lebih jitu. Kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia (Rujuk Lampiran B) akan dibuat untuk menjalankan kajian ini. Kajian sebenar akan dijalankan selepas ujian rintis diadakan. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada setiap responden. Sebelum responden menjawab soal selidik tersebut, penjelasan dan penerangan secara ringkas diberi terlebih dahulu tentang tujuan kajian dan panduan menjawab soalan. Responden diberi masa menjawab semua soalan dalam set soal selidik. Borang soal selidik yang lengkap dikumpulkan untuk tujuan penyemakan dan penganalisisan. Kerjasama daripada responden adalah sangat diharapkan dan dihargai untuk membantu kelancaran kerja kajian agar tidak menjejaskan hasil dapatan kajian. 3.8 Kajian Rintis Sebelum menjalankan kajian yang sebenar, satu kajian rintis dengan menggunakan set borang soal selidik telah dijalankan ke atas 10 orang pelajar tahun lima yang mempelajari subjek bahasa melayu di sebuah sekolah di daerah Johor Bahru. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas responden dalam memahami setiap pernyataan dan item yang digunakan dalam soal selidik yang diedarkan melalui komen yang diberikan. Hasil kajian rintis ini digunakan untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian keseluruhan penggunaan istilah, struktur dan penyusunan ayat serta gubahan pada item
  28. 28. dalam soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah sesuai. Ini secara tidak langsung, menunjukkan bahawa set soal selidik yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam menjalankan kajian ini. 3.9 Analisis Data Menurut Mohd Majid (2000), matlamat pemprosesan data adalah untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna daripada data. Analisis data ini berkaitan dengan item-item yang terdapat dalam soal selidik. Semua data dalam Bahagian A dan Bahagian B yang diperolehi disemak terlebih dahulu untuk memastikan semua soalan telah dijawab. Setelah semua data yang diperlukan dapat dikumpulkan, data diolah dan dianalisis dengan menggunakan kaedah pengaturcaraan Statistical Packages For The Social Science (SPSS 11.5 for Windows). Taburan kekerapan dan peratusan digunakan untuk Bahagian A, manakala jumlah skor, peratusan dan tahap persepsi digunakan untuk data dalam Bahagian B. Bagi memudahkan proses analisis data, terutamanya Bahagian B setiap jawapan yang dipilih telah diberi skor tertentu seperti dalam Jadual 3.3 di sebelah. Jadual 3.3 : Skor yang diberi untuk setiap jawapan Skor Aras Keterangan 1 Tidak setuju Berkualiti rendah, tidak menarik minat, tidak membantu dalam pembelajaran. 2 Setuju Boleh diterima, menarik minat, membantu pembelajaran. 3 Sangat setuju Berkualiti tinggi, sangat menarik minat, sangat membantu pembelajaran. Data yang diperolehi berdasarkan daripada Jadual 3.3 dianalisis dan kemudiannya dikira jumlah mata skor berdasarkan pilihan skor yang dibuat oleh responden seperti dalam Jadual 3.4 di bawah bagi mendapatkan hasil keputusannya.
  29. 29. Jadual 3.4 : Jumlah mata skor setiap item Skor Kiraan skor Jumlah mata skor 1 1 X 1 1 2 2 X 1 2 3 3 X 1 3 Dengan terteranya jumlah mata skor seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4 di atas, dapatlah diketahui sejauh mana minat dan tahap persepsi setiap responden terhadap penggunaan MyCD dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Pengiraan selanjutnya adalah berdasarkan kepada analisis seterusnya. 3.9.1 Analisis Minat Pelajar Terhadap MyCD Analisis minat pelajar terhadap MyCD adalah hanya berkisar kepada item bernombor 1 hingga 17 sahaja. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah tertumpu kepada minat pelajar terhadap MyCD yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jumlah mata skor setiap responden dikira berdasarkan pilihan skor yang dibuat dan hasil keputusannya boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.5 di bawah. Jadual 3.5: Tahap minat responden terhadap MyCD Jumlah Mata Skor Peratusan (%) Tahap 17 – 28 33 – 55 Rendah 29 – 39 56 – 77 Sederhana 40 – 51 78 – 100 Tinggi 3.9.2 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Ciri-ciri Perisian MyCD
  30. 30. Analisis persepsi pelajar terhadap ciri-ciri perisian MyCD adalah hanya berkisar kepada item bernombor 18 hingga 30. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap kandungan ciri-ciri perisian MyCD yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jumlah mata skor setiap responden dikira berdasarkan pilihan skor yang dibuat dan hasil keputusannya boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu negatif, sederhana dan positif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6 di bawah. Jadual 3.6: Tahap persepsi responden terhadap ciri-ciri perisian MyCD Jumlah Mata Skor Peratusan (%) Tahap 13 – 21 33 – 55 Negatif 22 – 30 56 – 77 Sederhana 31 – 39 78 – 100 Positif 3.10 Penutup Proses penganalisaan adalah dibuat berdasarkan kepada setiap item dan juga secara keseluruhan bagi setiap aspek yang dikaji. Keputusan dan kesimpulan yang diperolehi dari analisis data dinyatakan secara terperinci dalam bab yang seterusnya.

×