SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Soalan B : Bagaimanakah anda boleh memberikan penjelasan bahawa teori evolusi tidak
bercanggah dengan mana-mana kepercayaan manusia.
Jawapan :
Menurut pendapat saya yang agak terhad ini, teori evolusi masih boleh diterima dalam perkara –
perkara tertentu khususnya dalam penciptaan bumi dan langit namun sangat bercanggah dengan
mana – mana kepercayaan kewujudan manusia dan hidupan. Ini berdasarkan beberapa kajian
ilmiah dari pembacaan saya dari pelbagai sumber, juga berteraskan kepercayaan saya kepada
wahyu Ilahi (Al-Quran). Berikut beberapa dalil yang dapat saya ketengahkan bagi menyokong
pendapat saya ini.
Dalil saya tentang “Dasar penerimaan”
A) Teori evolusi terdapat di dalam Kitab Suci Agama Islam (Al-Quran) hanya untuk
penciptaan bumi dan langit.
Bagi kalangan Islam yang menolak teori evolusi, dasarnya ialah keterangan dalam Kitab
Suci Al-Quran bahawa jika Allah menghendaki sesuatu Ia hanya berfirman, “Jadilah!”,
maka sesuatu itupun terjadi. Bererti tidak ada evolusi atau proses menjadi yang lama,
melainkan semuanya terjadi secara “mendadak”. Tetapi seorang ulama Indonesia yang
terkenal, iaitu Ustaz Said Hilabi (tokoh Al-Irsyad, tinggal di Jakarta), berpendapat bahawa
hal itu tidaklah demikian. Tinjauan beliau adalah dari sudut bahasa Arab. Ungkapan Al-
Quran yang berkaitan berbunyi “kun fa-yakun?” yang lebih tepat bermaksud,
“‘Jadilah,’ maka sesuatukejadian itu berlaku mengikut proses dalam jangkamasa
waktu tertentu ,”. Namun kebanyakkan orang memahami maksud firman Allah
tersebut ialah “Jadilah” maka sesuatukejadian itu berlaku serta merta tanpa melalui
proses ketika saat Allah berfirman dan seharusnya lafaz berbunyi “kun yakun”
bukannya “kun fa-yakun?”.Kenyataan ini membuktikan bahawa “kun fa-yakun?”
dalam ayat 82 dalam Surah Yassin secara tersiratnya bermaksud “sesuatu kejadian
itu berlaku mengikut proses dalam jangkamasa waktu tertentu”. Berdasarkan argumen
ketatabahasaan Arab itu Ustadz Hilabi membenarkan teori evolusi. Selain itu, teori evolusi
juga ada dijelaskan di dalam Al-Quran berdasarkan firman berikut :
Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam
enam hari...(Al-A'raaf 7;54, Yunus 10;3)
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (huud 11;7)
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari...
(Al-Furqaan 25;59)
Jika ungkapan “enam hari” tersebut di atas difahami sebagai majaz atau perumpamaan
(parable), kemudian keterangan Al-Quran sendiri bahawa “sehari” di sisi Allah sama
dengan “seribu tahun” di sisi manusia atau malah “lima puluh ribu tahun” juga difahami
sebagai perumpamaan, maka tafsiran ilmu pengetahuan menjadi terbuka. Sebab ilmu
pengetahuan itu sendiri, dari sudut pandangan Al-Quran, tidak lain ialah dari hasil
pemahaman manusia dan penyimpulannya dari kegiatan memperhatikan alam semesta dan
lingkungan sekitarnya sebagaimana diperintahkan.
Dalil saya tentang “Dasar penolakan”
A) Penemuan Para Intelektual Sains
Dalam konteks sains, sememangnya telah wujud beberapa penolakan yang mutlak dimana
terdapat beberapa hujah lain yang telah dikemukakan para saintis sehingga menolak konsep
evolusi Darwin. Di antaranya adalah dipersoalkan apakah variasi boleh terkumpul sebagaimana
yang dikatakan Darwin. Jangankan di alam, sedangkan pada kacukan tiruan, yang merupakan
dasar dari hujah Darwin, ada batasan darjat perubahan yang mungkin berlaku. Selanjutnya
banyak yang meragukan apakah usia bumi cukup lama untuk membolehkan pilihan semula
berlaku sehingga menghasilkan demikian beranekanya makhluk hidup. Selain itu beberapa ahli
geologi mempersoalkan kerana bukti-bukti fosil tidak menyokong gambaran evolusi yang
berperingkat (gradual). Sebenarnya Darwin sendiri menyedari bahawa teori evolusi itu sukar
untuk dibuktikan. Dalam bab Difficulties of the theory Darwin menulis: "jika suatu spesies
memang berasal dari spesies lain melalui perubahan sedikit demi sedikit, mengapa kita
tidak melihat sejumlah besar bentuk peralihan di mana-mana ceruk bumi? Mengapa alam
tidak berada dalam keadaan kacau bilau, tetapi justeru seperti kita lihat, spesies-spesies
hidup dengan bentuk sebaik-baiknya? Menurut teori ini harus ada bentuk-bentuk
peralihan dalam jumlah yang besar, tetapi mengapa kita tidak menemui mereka terkubur
di kerak bumi dalam jumlah tidak terkira? Dan pada daerah peralihan, yang mempunyai
keadaan hidup peralihan, mengapa sekarang tidak kita dapati jenis-jenis peralihan dengan
kekeluargaan yang erat? Telah lama kesulitan ini sangat membingungkan saya "
Contoh popular evolusi kuda, yang mengemukakan perubahan berperingkat dari
makhluk bersaiz rubah dengan kaki berjari empat yang hidup 50 juta tahun lalu menjadi
kuda masa kini yang lebih besar dengan kaki berjari satu, telah lama diketahui keliru.
Bertentangan dengan perubahan secara beransur-ansur, fosil setiap spesies peralihan
nampak sama sekali berbeza, tidak berubah dan kemudian menjadi pupus. Catatan fosil
juga menyatakan fakta lain, yang menjadi kekalahan teruk bagi teori evolusi. Dari seluruh
fosil yang telah ditemui selama ini, tidak ada satu pun bentuk antara (bentuk peralihan)
yang dijumpai, yang seharusnya ada jika makhluk hidup berevolusi tahap demi tahap dari
spesies yang sederhana menjadi spesies yang lebih kompleks, seperti yang dinyatakan oleh
teori evolusi. Jika makhluk seperti itu ada, seharusnya jumlahnya banyak sekali, berjuta-
juta, bahkan berbilion. Lebih dari itu, sisa dan kerangka makhluk seperti itu haruslah ada
dalam rekod-rekod fosil. Jika bentuk-bentuk antara ini benar - benar wujud, jumlahnya
akan melebihi jumlah spesies binatang yang kita kenal di masa kini. Seluruh dunia akan
penuh dengan fosil makhluk tersebut. Para penyokong evolusi mencari bentuk-bentuk antara
ini di semua kajian fosil yang ditemui, yang telah dilangsungkan sejak abad kesembilan belas.
Akan tetapi, sama sekali tidak dijumpai jejak-jejak makhluk perantara ini, walaupun carian telah
dilakukan dengan penuh semangat selama 150 tahun.
Dirumuskan, rekod-rekod fosil menunjukkan bahawa makhluk hidup muncul
secara tiba-tiba dan dalam wujud sempurna, bukan melalui sebuah proses dari bentuk
primitif menuju tahap yang lebih maju, seperti yang dinyatakan teori evolusi.Kaum
evolusionis telah berusaha keras untuk membuktikan kebenaran teori mereka. Namun
nyatanya, dengan tangannya sendiri, mereka secara tidak sedar telah membuktikan
bahawa proses evolusi adalah mustahil. Begitu juga teori ini digunapakai untuk asal
kejadian manusia yang ternyata gagal dibuktikan secara saintifik akan kronologi
kejadiaannya.
Selanjutnya pada tahun 1981 The British Muzium menukar penggambaran hubungan
kekeluargaan antara makhluk hidup (filogeni) menjadi kladogram yang tidak memberikan
petunjuk tentang pola evolusi sama sekali. Pengarah Muzium tersebut, Colin Patterson berkata:
"As it turns out, all one can learn about the history of life is learned from systematics, from the
groupings one finds in nature. The rest is storytelling of one sort and another ". Baginya cerita
tentang asal usul makhluk hidup yang satu dari yang lain (evolusi) adalah dongeng belaka.
(Vernon Blackmore dan Andrew Page. 1989. Evolution the great debate). Bagi membuktikan
kewujudan spesies pertengahan ini, pernipuan demi pernipuan dilakukan oleh ahli – ahli
sains tertentu. Sebagai contoh pada tahun 1912 diisytiharkan penemuan tulang rahang dan
tempurung otak makhluk yang digelar Piltdown Man. Tulang – tulang ini ditemui di
Piltdown, England oleh seorang ahli sains yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan
makhluk daripada spesies pertengahan antara binatang dengan manusia. Selepas
beberapa ujian dilakukan akhirnya pada tahun 1953didedahkan bahawa tulang rahang itu
diambil daripada seekororang utan yang baru mati dan otaknya adalah tempurung otak
manusia yang sebenar. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Smith Woodward’s Folly
oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April 1979.
Sebenarnya untuk teori Darwin menjadi kenyataan, benda hidup perlu berubah secara
berperingkat – peringkat melalui proses mutasi (perubahan yang rawak dan spontan). Mutasi
ialah proses perubahan yang berlaku ke atas sesuatu sel disebabkan perubahan yang berlaku ke
atas sistem genetiknya. Justeru, andai kata teori ini digunapakai, evolusi atau perubahan seekor
ikan di zaman dahulu kepada manusia bermula dengan proses mutasi yang berlaku ke atas gen
ikan berkurun – kurun lamanya sehingga akhirnya ia bertukar menjadi gen manusia yang
melahirkan manusia. Adakah pandangan ini dianggap logik? Pada hari ini pakar –pakar sains
mula mempertikaikan pandangan ini, sebagai contoh Dr Lee Spetner. Beliau yang mengajar di
Universiti Johns Hopkins dan Institut Weizman, mengkaji proses mutasi di peringkat
molekul selama bertahun – tahun lamanya. Di dalam buku beliau yang bertajuk Not by
Chance : Shattering the Modern Theory of Evolution (Judaica, ISBN: 1880582244,1998),
beliau menegaskan”
“Proses mutasi mengurang dan bukan menambah maklumat genetik.”
Dalam bahasa mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan dan bukannya
kemantapan. Justeru, ikan tidak mungkin dapat bertukar menjadi makhluk yang lebih mantap
bernama manusia. Maka dengan itu, terbuktilah teori evolusi adalah satu teori jahil yang tidak
dapat diterima oleh sains. Dari dapatan yang saya perolehi, berdasarkan kajian ilmiah saya
mengenai teori evolusi ini, terdapat suatu perbezaan idealogi yang ketara antara para
cendiakawan mahupun sainstis dengan pendukung Teori Evolusi Darwinismedimasa kini.
Pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti paleontologi (cabang geologi yang mengkaji
kehidupan pra-sejarah melalui fosil ), Genetik, biokimia dan biologi molekul telah membuktikan
bahawa tidak mungkin makhluk hidup tercipta dengan kebetulan atau muncul dengan sendirinya
dari keadaan semula jadi.Sel hidup, demikian dunia ilmiah sepakat, adalah struktur yang
paling kompleks yang pernah ditemui manusia. Ilmu pengetahuan moden membuktikan
bahawa satu sel hidup sahaja mempunyai struktur dan pelbagai sistemkompleks dan
saling berkaitan, yang jauh lebih kompleks daripada sebuah bandar besar. Struktur
kompleks seperti ini hanya dapat berfungsi apabila masing-masing bahagian penyusunnya
muncul secara serentak dan dalam keadaan sudah berfungsi sepenuhnya. Jika tidak,
struktur tersebut tidak akan berguna, dan semakin lama akan rosak dan musnah. Tidak
mungkin semua bahagian penyusun sel itu berkembang secara kebetulan dalam jutaan tahun,
seperti pernyataan teori evolusi. Sebenarnya telah dibuktikan bahawa adalah mustahil apabila sel
hidup yang pertama atau bahkan satu saja daripada berjuta-juta molekul protein dalam sel itu
boleh muncul atas faktor kebetulan. Ini bukan sahaja ditunjukkan melalui pelbagai percubaan
dan pengamatan, melainkan juga melalui pengiraan kebarangkalian secara matematik. Dengan
kata lain, evolusi gugur di langkah pertama: iaitu dalam menjelaskan kemunculan sel hidup yang
pertama. Sel, unit terkecil makhluk hidup, tidak mungkin muncul secara kebetulan di dalam
keadaan primitif tanpa kawalan di saat Bumi masih muda seperti yang dipaksakan oleh
evolusionis kepada kita agar mempercayainya. Jangankan dalam keadaan demikian, dalam
makmal tercanggih di abad ini sekali pun, hal itu mustahil berlaku. Asid-asid amino, iaitu
unit pembentuk pelbagai protein penyusun sel hidup, tidak mampu dengan sendirinya
membentuk organ-organ di dalam sel seperti mitokondrion, ribosom, membran sel,
ataupun retikulum endoplasma. Apa lagi membentuk sebuah sel yang utuh. Oleh sebab itu,
kenyataan bahawa sel pertama terbentuk secara kebetulan melalui proses evolusi, hanyalah hasil
rekaan yang sepenuhnya berdasarkan pada daya khayal yang melampau. Sel hidup, yang hingga
kini masih mengandung banyak rahsia yang belum dapat dibongkarkan secara saintifik, adalah
merupakan satu di antara banyak kesulitan utama yang dihadapi teori evolusi ini.
Kepincangan membimbangkan yang lain (dari sudut pandang evolusi) adalah molekul
DNA yang terdapat di dalam nukleus sel hidup, sebuah sistem kod yang terdiri daripada 3.5
bilion unit mengandungi semua butiran makhluk hidup. DNA pertama kali ditemui melalui
kristalografi sinar-X pada akhir tahun 1940-an dan awal 1950-an, dan merupakan sebuah
molekul gergasi dengan rancangan yang luar biasa. Selama bertahun-tahun, Sir Francis Crick,
pemenang hadiah Nobel, meyakini molekul teori evolusi. Namun pada akhirnya, ia sendiri
pun harus mengakui bahawa molekul yang begitu rumit tidak mungkin muncul dengan
sendirinya secara tiba-tiba kerana kebetulan, sebagai hasil dari sebuah proses evolusi:
Seseorang yang jujur, dengan pemahaman keilmuan yang ada sekarang, saat ini hanya
boleh menyatakan bahawa asal mula kehidupan nampak bagaikan sebuah keajaiban.1
Evolusionis berbangsa Turki, Profesor Ali Demirsoy, terpaksa memberikan pengakuan
sebagai berikut:
Sebenarnya, kemungkinan terbentuknya sebuah protein dan asid nuklid (DNA-RNA)
adalah di luar batas perhitungan. Lebih jauh lagi, peluang munculnya suatu rantai protein
adalah sedemikian kecilnya sehingga boleh disebut astronomi (tidak mungkin). 2
Homer Jacobson, Profesor Emeritus di bidang Ilmu Kimia, menyatakan pengakuan
tentang kemustahilan munculnya kehidupan akibat faktor kebetulan, sebagai berikut:
Petunjuk untuk pembiakan rencana, untuk tenaga dan untuk turun bahagian-bahagian
dari lingkungan sekitar, untuk urutan pertumbuhan, dan untuk mekanisme efektoryang
menterjemahkan arahan menjadi pertumbuhan - semua itu harus berlaku secara serentak
pada saat tersebut [saat awal munculnya kehidupan]. Kemungkinan kombinasi semua
peristiwa itu secara kebetulan kelihatan sungguh luar biasa... 3
Oleh sebab itulah, rancangan yang begitu kompleks dari sebuah sel saja, sudah jelas
menunjukkan bahawa kejadian sesuatu struktur sel hidup yang indah dan kompleks itu
datangnya dari Pencipta yang MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA dan yang
MAHA ESA iaitu Allah Subahanawataalla yang menciptakan segala makhluk hidup dan
sekelianAlam Semesta.
Akan tetapi, para pembela falsafah materialis (Pendukung Teori Evolusi Darwinisme)
tidak bersedia menerima fakta penciptaan Tuhan yang Maha Esa kerana pelbagai alasan ideologi.
Hal ini disebabkan kemunculan dan perkembangan masyarakat yang hidup dengan berpandukan
akidah suci yang diajarkan agama yang sejati kepada umat manusia melalui perintah dan
larangan Tuhan bukanlah menjadi harapan kaum materialis ini. Masyarakat yang hidup tanpa
nilai murni dan spiritual lebih disukai golongan ini sebab, mereka dapat memanipulasi
masyarakat yang demikian demi keuntungan duniawi mereka sendiri. Itulah sebabnya, kaum
materialis mencuba terus memaksa teori evolusi yang mengandungi fitnah dan tipu daya ini
diterima oleh masyarakat dunia yang menyatakan bahawa manusia tidak diciptakan, tetapi
muncul atas faktor kebetulan dan berevolusi dari jenis binatang yang dikenali kera serta, dengan
segala usaha dan cara mempertahankan teori evolusi ciptaan Darwin agar tetap reliven
disepanjang zaman. Kaum materialis yang merupakan pendukung setia idealogi Darwin ini
sanggup mengetepikan pemikiran akal yang sihat dengan terus menerus mempertahankan
idealogi Teori Revolusi Darwin ini di setiap sudut, walaupun bukti saintifik dengan jelas telah
menghancurkan teori evolusi dan menegaskan fakta penciptaan yang MAHA ESA.
Menurut pendapat saya yang agak terbatas ini, jika benarlah Teori Revolusi
Darwin ini berlaku pada kewujudan asal manusia mahupun benda hidup yang lain di
muka bumi ini. Seharusnya sesuaturevolusi itu berlaku secara berterusan dan
menghasilkan sesuatu yang lebih hebat lagi, bukannya terhenti dengan begitu sahaja
seperti yang kita lihat sekarang, mungkin keadaan manusia dan hidupan lain turut
berevolusi membentuk generasi yang baru dimana perbezaannya sangat ketara . Namun,
kita menyedari tiada satu pun proses evolusi berlaku dari mana-mana bangsa manusia
mahupun hidupan didunia ini. Manusia dan hidupan yang ada sekarang tetap dalam
keadaan asal walaupun generasinya telah berpuluh ribu tahun mendiami bumi. Di situ
kita boleh melihat kesesatandan kekalahan Teori Revolusi Darwin mengenai kewujudan
manusia hanyalah imaginasi sesat dan jahiliah dimana nafsu mengatasi akal yang telah
dijajah Iblis laknatullah dalam membuat keputusan yang disangka ilmiah oleh kerana
menolak wahyu dari Ilahi yang Maha Esa. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan moden
mendedahkan fakta yang tidak mungkin disangkal kerana “Kemunculan makhluk hidup
bukanlah akibat faktor kebetulan yang buta, tetapi hasil ciptaan Tuhan yang Maha Esa
dan Maha Berkuasa”.
B) Sudut Kepercayaan Manusia
1. Agama Kristian
Dalam konteks sudut kepercayaan manusia, debat mengenai benar atau tidaknya teori ini
memang sangat berkait dengan keyakinan agama bahawa Tuhan adalah pencipta semua makhluk
hidup di dunia ini, sementara teori evolusi menafikan berlakunya fenomena kejadian tersebut dan
menggantikannya dengan suatu konsep evolusi. Perdebatan antara Bishop Wilberforce dengan
Thomas Huxley (yang menamakan dirinya sebagai "bulldog" nya Darwin) tahun 1860 di Oxford
merupakan perdebatan sengit yang pertama mengenai teori ini.
Tahun 1860 terjadi perdebatan antara Louis Agassiz (saintis yang dianggap banyak
berjasa dalam membangun ilmu pengetahuan Amerika) yang menentang kesahihan dari hujah
Darwin dengan Asa Gray yang cuba mencari perdamaian antara Darwinisme dengan ajaran
agama Kristian. Agassiz meyakini bahawa makhluk hidup (spesies) dicipta oleh Tuhan dan tidak
berubah menjadi spesies lain. Menurutnya teori Darwin hanya merupakan suatu conjecture atau
hipotesis, tanpa sokongan fakta, dan adanya tingkatan kemajuan bentuk hidup dari pengamatan
fosil dari suatu peringkat ke peringkat berikutnya menunjukkan adanya perancangan dalam
penciptaan makhluk hidup dan bukan merupakan perubahan alami akibat adanya tekanan dari
persekitaran. Sementara itu Asa Gray berpandangan bahawa teori seleksi alam yang diajukan
Darwin merupakan instrumen Tuhan dalam penciptaan. Pandangan Gray ini sendiri sebenarnya
bertentangan dengan pandangan Darwin yang tidak mempercayai adanya peranan Tuhan dalam
pembentukan makhluk hidup. Pandangan cabaran terakhir untuk membicarakan teori evolusi dari
sudut pandangan agama muncul kerana pernyataan Paus Yohannes Paulus II baru-baru ini
menyatakan bahawa gereja Katolik dapat menerima dan membenarkan teori evolusi yang telah
dirintis oleh Charles Darwin. Pernyataan Paus itu serentak mengejutkan dan melegakan.
Mengejutkan, kerana selama ini gereja Katolik dikenal menentang teori evolusi kerana
dipandang tidak sejalan dengan ajaran Alkitab. Melegakan, kerana impak dari pernyataan itu
tentu membebaskan banyak ilmuwan dari stigma sebagai anti agama, padahal banyak dari
mereka yang cukup soleh. Di Amerika Syarikat, misalnya, mungkin impak positif bagi para
ilmuwan itu lebih-lebih lagi terasa, kerana kaum ilmuwan “evolusionis” sekarang punya
“amunisi” menghadapi kaum agamawan “kreasionis”.
Konon di dunia Kristian Barat ada empat buku yang dinilai paling banyak
menggoncangkan iman. Selain buku Charles Darwin, The Origin of Species and the Survival of
the Fittest by Means of Natural Selection, tiga lainnya ialah, berturut-turut buku Adams Smith,
The Wealth of Nations, buku Karel Marx, Das Kapital, dan buku Sigmund Freud. Adams Smith
dikatakan telah mendorong umat manusia menuju kapitalisme yang zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Karel Marx melahirkan komunisme yang anti Tuhan. Sigmund Freud
merendahkan martabat manusia sehingga menjadi tidak lebih daripada binatang yang dikuasai
hawa nafsu. Dan Charles Darwin menafikan peranan Tuhan selaku Pencipta manusia
(sebagaimana dituturkan dalam Kitab Kejadian). Kesemuanya itu, di mata Julian Huxley
(seorang humanis sekular), merupakan pendukung bagi idea tentang “agama tanpa wahyu”
seperti ia cuba dikembangkan.
Bagi mereka yang mendukung, teori evolusi adalah suatu jenis ilmu pengetahuan yang
“objektif” dan “bebas nilai”. Tapi bagi mereka yang menentang, teori itu adalah ideologi yang
subjektif dan tertutup, paling-paling hanyalah sebuah “ilmu palsu” (pseudo science, ersatz
science). Kerana itu penolakan mereka juga bersifat tertutup, dengan pelaknatannya sebagai anti
agama. Tapi dengan adanya pernyataan Paus tersebut, maka kini menjadi jelas bahawa teori
evolusi bagi gereja Katolik adalah ilmu pengetahuan. Oleh kerana itu teori evolusi dapat
bermanfaat untuk iman, sama dengan cabang-cabang ilmu pengetahuan lainnya yang sekarang
sudah dianggap biasa-biasa saja. Meskipun kenyataannya teori evolusi itu memang ilmu
pengetahuan yang relatif saja kebenarannya, namun sejarah mencatat adanya perlawanan kaum
agamawan kepadanya, sama dengan catatan sejarah tentang perlawanan agama kepada jenis-
jenis ilmu pengetahuan yang lain. Tapi sebenarnya tidak semua agama menentang ilmu
pengetahuan. Menurut Karen Armstrong, sebenarnya ilmu pengetahuan dipandang mengganggu
iman hanya di kalangan tertentu Kristian Barat saja. Ini tentu mengesankan keanehan, kerana
ilmu pengetahuan moden berkembang pesat di sana, kemudian menyebar ke seluruh dunia.
Mereka sering merasa terancam oleh ilmu pengetahuan, kerana mereka punya kecenderungan
kuat untuk menafsirkan kitab suci secara harfiah. Tapi sebagian besar kaum Kristian juga
mampu menyesuaikan diri dengan ilmu pengetahuan dan memberi tindak balas yang baik.
Di kalangan Kristian Timur (Ortodoks Yunani), Yahudi dan Islam, yang kesemuanya
tidak mentafsirkan bunyi kitab suci mereka secara harfiah melainkan memberi tafsiran metaforis
atau alegoris, ilmu pengetahuan dan falsafah lebih dapat diakomodasi, sekalipun akhirnya
banyak yang ditinggalkan juga. Kerana itu di kalangan mereka ilmu pengetahuan sedikit saja
dipandang sebagai ancaman terhadap iman. Kata Armstrong, ilmu pengetahuan telah dirasakan
mengancam hanya oleh mereka dari kalangan kaum Kristian Barat yang telah terbiasa membaca
kitab suci secara harfiah dan menafsirkan doktrin-doktrin seolah-olah semuanya itu merupakan
fakta objektif. Para ilmuwan dan ahli falsafah yang tidak menemukan ruang untuk Tuhan dalam
sistem mereka biasanya merujuk kepada idea tentang Tuhan sebagai Penyebab Pertama, suatu
faham yang nantinya ditinggalkan oleh kaum Yahudi, Muslim dan Kristian Ortodoks Yunani di
waktu Abad Tengah.
Walaupun begitu, ada sejumlah penting orang-orang Kristian yang segera melihat
bahawa penemuan teori Darwin sama sekali tidak logik kepada idea tentang Tuhan. Pada
dasarnya, agama Kristian telah mampu menyesuaikan diri kepada teori evolusi dan kaum Yahudi
dan Muslim tidak pernah secara serius terganggu oleh temuan-temuan ilmiah tentang asal usul
kehidupan. Doktrin penciptaan dari tiada (“ex nihilo”) sudah lama mengandung masalah dan
masuk ke dalam agama Yahudi dan Kristian agak baru dalam Islam penciptaan alam semesta
oleh Allah dianggap benar tetapi tidak ada pembahasan terperinci mengenai bagaimana hal itu
terjadi dan berlangsung.
2) Agama Islam
Bagaimana asal usul manusia terbentuk memang menjadi permasalahan sampai saat ini. Apakah,
seperti teori evolusi manusia oleh Charles Darwin, yang menyebutkan bahawa kera adalah nenek
moyang manusia, atau boleh dikatakan bahawa manusia adalah hasil evolusi dari kera. Atau
mungkin manusia itu bukan dari evolusi makhluk apapun, tetapi memang manusia itu diciptakan
oleh Allah sebagai makhluk tersendiri dan Nabi Adam a.s. lah yang menjadi manusia pertama.
Itu memang masih menjadi pertanyaan besar di berbagai kalangan manusia sampai saat ini.
Akan tetapi menurut pemahaman saya yang terbatas ini, berlandaskan
kepercayaan Tauhid dan wahyu Ilahi dari Al-Quran yang merupakan mukjizat Nabi
Muhammad S.A.W yang teragung dimana telah banyak ilmu sains telah berjaya ditemui
dari Al –Quran. Seperti contoh tentang proses kejadian manusia didalam rahim wanita telah
dijelaskan secara terperinci semenjak 1400 tahun lalu. Seperti yang kita sedia maklum Nabi
Muhammad adalah seorang yang tidak tahu membaca malah tidak mempunyai latar belakang
pendidikan asas untuk membolehkan baginda membuat sesuatu kajian ilmiah ataupun
menghasilkan sesuatu karya ilmiah. Baginda hanya memperolehi sesuatu ilmu itu apabila
diwahyukan oleh Allah S.W.T. Maka sudah terbukti, Al-Quran itu adalah ciptaan dari wahyu
Ilahi dan bukannya hasil karya Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu saya amat menyakini dengan
sebenar - benarnya bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah sebagai makhluk ciptaan yang
teragung atau sebaik – baik kejadian untuk menjadi khalifah dimuka bumi dan yang mendapat
predikat manusia pertama adalah Nabi Adam a.s. Alasannya bukan hanya kerana saya seorang
muslim, tetapi ada beberapa perkara yang “ganjil” atau aneh yang tidak logik akal pada teori
evolusi manusia mahupun hidupan oleh ciptaan Charles Darwin yang telah saya kemukakan
pada awal Dasar Penolakan saya tentang aspek “Penemuan Para Intelektual Sains” disamping
keyakinan yang tinggi akan Kitab Suci Al – Quran yang merupakan Mukjizat Nabi Muhammad
S.A.W yg diturunkan Allah S.W.T melalui Malaikat Jibrial yang nyata membuktikan kebenaran
wahyu Ilahi yang terkandung didalamnya, dimana segala ilmu pengetahuan atau maklumatnya
sesuai mengikut zaman dan mendahului masa merangkumi sama ada dalam bidang sains,
matematik, sejarah ,masa depan dan lain - lain.
Di segi kepercayaan penganut ISLAM yang berpegang teguh kepada dua sumber
utamanya iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.W.T. Allah S.W.T telah memperjelaskan
secara terperinci bahawa manusia itu diciptakan dari saripati tanah yang dibentuk dan diberi roh.
Hal ini dapat kita fahami dari firman Allah berikut yang telah diabadikan dalam Al – Qur’an
Surah AL – HIJR ayat 26 – 30, yang berbunyi sebagai berikut :
Ertinya :
“Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang
berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum
(Adam) dari api yang sangat panas. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada Para
Malaikat: "Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang
berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk, Maka apabila aku telah menyempurnakan
kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, Maka tunduklah kamu
kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah Para Malaikat itu semuanya bersama-sama,
kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu.” (Q.S. Al- Hijr ayat 26-31)
Jadi sudah cukup jelas bahawa Manusia itu diciptakan oleh Allah dari tanah yang diambil
dari bumi kemudian dibentuk dan diberi roh. Maka terciptalah manusia pertama iaitu Adam a.s,
kemudian Allah menciptakan manusia kedua sebagai teman Adam iaitu Hawa. Pada awalnya
mereka berdua hidup di syurga, akan tetapi kerana melanggar perintah Allah iaitu berupa
larangan memakan Buah Khuldi yang berada di Syurga, akibat terpedaya dengan godaan Iblis
yang sebelum itu Azazil (Penghulu Malaikat) maka Adam dan Hawa dihukum oleh Allah
dengan dijatuhkan Adam dan Hawa ke Bumi. Dari peristiwa itu, maka terbentuknya generasi
manusia sehingga hari ini yang ada di muka Bumi. Berikut merupakan beberapa dalil Al – Quran
yang menjadi inspirasi saya tentang “Dasar Penolakkan tentang Teori Evolusi khususnya asal
usul kejadian manusia”:
Dalil – dalil yang membuktikan penciptaan manusia menurut Al- Quran
a) Penciptaan makhluk hidup sebagai sebuah mu’jizat (miracle)
Penciptaan makhluk hidup oleh Tuhan (sebagai Al-Khaliq), dalam pandangan pada
umumnya umat Islam, merupakan suatu mukjizat (miracle), kerana proses yang terjadi
merupakan suatu yang luar biasa, sesuatu yang mustahil dilakukan oleh manusia, makhluk
yang dikurnia akal, dalam zaman moden dan kemajuan sains dan teknologi tercanggih
sekalipun, apa lagi oleh makhluk lainnya atau oleh alam yang relatif “tidak berakal”. Selain
itu, disebut sebuah keajaiban kerana ketika menciptakan berbagai hal, termasuk makhluk
hidup, Allah S.W.T hanya cukup berfirman “Kun fa yakun”, jadi maka jadilah. Pengertian
“fa” memang oleh beberapa pandangan di ertikan sebagai melalui suatu proses yang boleh
jadi memakan waktu panjang, ertinya tidak mesti terjadi seketika. Tetapi, kalaupun itu
sesuatu yang terjadi dengan langsung, bukankah Allah maha Kuasa atas segala sesuatu ?
Tidak terbatas atau dibatasi oleh ruang dan waktu. Fenomena kehidupan itu sendiri
merupakan suatu mu’jizat, mengingat begitu kompleksnya fenomena kehidupan bahkan
yang terjadi dalam satu sel sekalipun. Alam, manusia adalah makhluk yang tidak memiliki
kemampuan untuk menciptakan sesuatu dari tidak ada menjadi ada.
b) Hak mencipta hanya pada Allah yang Maha Esa
Hak menciptakan sesuatu dari tidak ada menjadi ada, hak menghidupkan dan mematikan
sesungguhnya hanya pada Allah S.W.T. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia
menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya
pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya.
Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan
semesta alam” (Q.S.7:54). Manusia tidak memiliki hak untuk menciptakan itu, kecuali atas
izin Allah S.W.T. Mu’jizat yang pernah diberikan Allah S.W.T kepada Nabi Musa as untuk
membuat atau menciptakan seekor burung dari tanah liat (3:49, 5:110) hanyalah boleh
terjadi atas izin dan kehendak Allah S.W.T. Tidak ada satu makhlukpun dimuka bumi ini,
termasuk manuisa dan sesembahannya selain Allah, yang mampu menciptakan senipis kulit
ari sekalipun atau seekor lalat. Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan
siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan
menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nya
lah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-
apa walaupun setipis kulit ari. (Q.S.35:13). Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka
dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah
sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk
menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat
merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah
(pulalah) yang disembah (Q.S.22:73). Katakanlah: “Apakah di antara sekutu-sekutumu ada
yang dapat memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya (menghidupkannya)
kembali?” katakanlah: “Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian
mengulanginya (menghidupkannya) kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan
(kepada menyembah yang selain Allah)?” (Q.S.10:34). Ketika seorang mengatakan bahawa
makhluk hidup terbentuk secara alamiah melalui mekanisme evolusi, sebenarnya hal
tersebut, saya khuatirkan boleh jatuh ke dalam domain menjadikan alam memiliki kuasa,
mempunyai kemampuan untuk membentuk, menyusun, mereka bentuk, membangunkan
dengan suatu darjat kecanggihan yang luar biasa. Bagi sains, alam nampaknya menjadi
semacam Tuhan yang mampu mengatur segalanya melalui mekanisme seleksi alam,
kehendak alam, hukum alam, ketentuan alam dan sebagainya.
c) Manusia diciptakan dalam beberapa tingkat kejadian
Ayat-ayat yang kerap diinterpretasikan sebagai menyokong faham adanya pentahapan dalam
penciptaan makhluk hidup adalah ayat-ayat berikut yang menunjukkan adanya "tingkatan"
dalam penciptaan. Mufassir pada umumnya mengertikan kata "tingkatan" sebagai sebagai
peringkat dari dalam rahim hingga dilahirkan, dan dari peringkat bayi hingga dewasa / tua.
Sebahagian lagi mentafsirkan ayat-ayat ini untuk menunjukkan tahap yang panjang (evolusi)
dalam penciptaan manusia dan makhluk hidup pada umumnya, untuk menunjukkan bahawa
Al-Quran sesua dengan sains moden. 71:14. Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan
kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. 84:19. sesungguhnya kamu melalui tingkat demi
tingkat (dalam kehidupan) 22:5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang
kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu
dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari
segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan
kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu
yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan
beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang
diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk,
supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu
lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi
itu dan suburlah dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. 23:14.
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan
segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang
belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang
(berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. 5:11. Dan Allah
menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu
berpasangan (laki-laki dan perempuan).
d) Manusia dibentuk dalam rahim
Proses pembentukan manusia (growth and development) berlangsung dalam rahim, dari
semula zigot lalu mengalami proses embryogenesis hingga menjadi bayi dengan sel-sel dan
jaringan yang terdiferensiasi dengan fungsi-fungsi yang tertentu. Sebahagian mengertikan
ayat-ayat ini sebagai menjelaskan adanya perubahan bentuk morfologi manusia dalam
perjalanan masa yang panjang secara evolusi, dari bentukan yang primitif hingga terbentuk
wujud yang "sempurna" (ahsani taqwiem) seperti saat ini. 3:6. Dialah yang membentuk
kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 13:8. Allah mengetahui apa yang
dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang
bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. 23:13. Kemudian Kami
jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). 75:37.
Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), 77:21. Kemudian
Kami letakkan dia dalam tempat yang kukuh (rahim), 20:64. Allah-lah yang menjadikan
bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu
membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang
demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. 59:24.
Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang
Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit
dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 64:3. Dia menciptakan
langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia membentuk rupa kamu, dan dibaguskan-
Nya rupamu itu, dan hanya kepada-Nya-lah kembali (mu). 77:23. lalu Kami tentukan
(bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan. 7:23. lalu Kami tentukan
(bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan. 82:8. dalam bentuk apa saja
yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuh-mu. 95:4. sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. 39:6. Dia menciptakan kamu dari seorang diri
kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor
yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian
demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan
kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain
Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?
e) Menciptakan manusia dan makhluk hidup lainnya adalah hal yang mudah bagi Allah.
Manusia, sebagaimana juga makhluk lainnya, mempunyai morfologi, struktur, anatomi,
fisiologi, genetik yang sangat mengagumkan. Walaupun demikian bagi Allah penciptaan
manusia dan makhluk hiudp yang lain adalah suatu hal yang mudah. Allah yang
menciptakan manusia pada kali pertama, akan menciptakan manusia, membangkitkan
manusia dari kuburnya pada hari kiamat nanti dengan sangat mudahnya, tanpa perlu sebuah
peristiwa evolusi yang rumit dan panjang. 29:19. Dan apakah mereka tidak memperhatikan
bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya
(kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 29:20. Katakanlah:
"Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia)
dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu. 32:7. Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-
baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia dari tanah. Bila dibandingkan dengan
penciptaan langit dan bumi, kerumitan penciptaan manusia jauh lebih sederhana. Allah SWT
sendiri yang menegaskan hal tersebut dalam firman-Nya: 40:57. Sesungguhnya penciptaan
langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui. Kerana itu dapat difahami bahawa penciptaan langit dan
bumi memerlukan masa yang sangat panjang, berperingkat, yang membina jika mahu
disebut demikian, tetapi penciptaan manusia dan makhluk hidup lainnya (organik)
yang menghuni planet bumi ini adalah hal yang jauh lebih mudah bagi Allah, dan
kerana itu sepatutnya tidak memerlukan proses pentahapan yang panjang (umur
geologi). Dalam konteks ini dapat difahami apabila teori evolusi itu lebih sesuai untuk
digunapakai kepada proses pembentukan langit dan bumi, tetapi tidak perlu bagi
proses penciptaan manusia dan makhluk hidup lainnya. Proses pentahapan dalam
penciptaan manusia, saya lebih cenderung mengertikannya sebagai proses embriologi
dan dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan (growth and development) secara
biologi bukannya evolusi. Faham bahawa ontogeny mengulang filogeni lebih merupakan
sebuah anggaran yang tidak disokong oleh bukti-bukti yang kuat.
f) Penciptaan dan pembentukan Adam as.
Antara firman Allah dalam Al-Quran yang menceritakan kisah penciptaan dan pembentukan
Adam as iaitu :
7:11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu,
kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka
mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.
15:26. Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering
(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. 15:28. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia
dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. 15:33. Berkata
Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya
dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk“. 3:59.
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah
menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang
manusia), maka jadilah dia. 6:2. Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu
ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit)
yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-
ragu (tentang berbangkit itu). 7:11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam),
lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah
kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka
yang bersujud. 7:12. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud
(kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik
daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari
tanah”. Penciptaan Isterinya Adam Siti Hawa, demikian disebut namanya dalam beberapa
riwayat (hadits) adalah pasangan (jauzah) Adam as yang secara ringkas disebut dalam
AlQur’an sebagai berasal dari (bagian tubuh) Adam. Sebuah hadis sahih menyebutnya
sebagai berasal dari tulang rusuk Adam. Dari satu-satunya isterinya inilah kemudian Adam
memiliki beberapa pasang anak yang selanjutnya menurut riwayat, terjadi perkawinan
diantara anak-anak Adam itu dengan anak-keturunannya semua manusia yang ada di muka
bumi hingga saat ini dan sampai akhir zaman. 4:1. Hai sekalian manusia, bertakwalah
kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah
menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan
perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. 7:189. Dialah Yang
menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia
merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung
kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala
dia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata:
“Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk
orang-orang yang bersyukur”.
g) Penciptaan Isa
Fenomena penciptaan nabi Isa as yang tidak memiliki bapa biologi jelas merupakan
fenomena yang diluar kebiasaan, dan itu merupakan bukti yang menunjukkan kekuasaan
Allah S.W.T. Allah S.W.T yang telah menciptakan Adam tanpa bapa dan ibu biologi, akan
sangat mudah bagi-Nya untuk menciptakan manusia lain tanpa bapa biologi saja. 3:47.
Maryam berkata: “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, sedangkan aku
belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun.” Allah berfirman (dengan perantaraan
Jibril): “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah
berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: “Jadilah”,
lalu jadilah dia. 3:59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti
(penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman
kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. 3:47. Maryam berkata: “Ya
Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, sedangkan aku belum pernah disentuh oleh
seorang laki-laki pun.” Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): “Demikianlah Allah
menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu,
maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: “Jadilah”, lalu jadilah dia. 3:59. Sesungguhnya
misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan
Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka
jadilah dia.
3) Pemikiran Penulis Cendiakawan
Gerakan Harun Yahya
Harun Yahya
Ensiklopedia beliau berjaya menghuraikan kewujudan makhluk di dunia dengan Al-
Quran serta bukti arkeologi yang menunjukkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah
mengalami evolusi kerana tiada fosil haiwan yang mengalami evolusi pertengahan
dijumpai, sebagai contoh fosil ikan naik hidup didarat tidak pernah dijumpai. Contoh bukti
lain seperti dibawah.
Pokok Gingko yang tidak berubah selama 65 juta tahun
Rangka badak sumbu yang tidak berubah sejak 33 juta tahun
Rangka kelawar yang tidak berubah sejak 54 juta tahun
Dan pernah ada persoalan dari golongan pendukung Teori Drawin berkata "kenapa
tengkorak manusia zaman dahulu lain dari yang sekarang?" Harun Yahya berkata tengkorak
manusia berbeza kerana keturunan dan kaum manusia yang berbeza dan juga dipengaruhi
oleh cara hidup dan keadaan geografi tempat tinggal manusia itu sendiri seperti ikan yang
mempunyai pelbagai spesis namun masih dipanggil ikan.
Bentuk tengkorak manusia zaman sekarang yang berbeza kerana kaum, keturunan, cara hidup serta
keadaan geografi tempat tinggal
Beliau juga menolak yang rupa tengkorak manusia yang lebih menyerupai monyet
atau homo erectus sebagai tidak maju atau primitif berbanding tengkorak manusia yang lebih
moden. Ia seperti membandingkan rangka manusia rakyat Amerika yang setinggi 1.9 meter
dengan rangka rakyat Jepun yang setinggi 1.6 meter dan mengharapkan rangka lebih tinggi
adalah lebih maju dan hebat. Kajian ahli sains juga membuktikan rangka-rangka manusia zaman
dahulu oleh Darwin serta penyokong teori Darwin menggabungkan rangka manusia dengan
beruk untuk membuktikan hujah manusia merasal dari kera. Namun ianya ditentang oleh Harun
Yahya berdasarkan hasil penelitian kajian fosil secara saintifik yang pernah dilakukan oleh
beberapa pakar arkeologi diseluruh dunia dimana beliau telah membuat suatu kesimpulan
menyatakan “Dari seluruh fosil yang telah ditemui selama ini, tiada satu pun bentuk antara
(bentuk peralihan) yang dijumpai, yang seharusnya ada jika makhluk hidup berevolusi
tahap demi tahap dari spesies yang sederhana menjadi spesies yang lebih kompleks, seperti
yang dinyatakan oleh teori evolusi. Jika makhluk seperti itu ada, seharusnya jumlahnya
sangat banyak, berjuta-juta, bahkan berbilion. Lebih dari itu, sisa dan kerangka makhluk
seperti itu haruslah ada dalam rekod-rekod fosil. Jika bentuk-bentuk antara ini benar -
benar wujud, jumlahnya akan melebihi jumlah spesies binatang yang kita kenal di masa
kini. Dan sekali lagi Harun Yahya memperkuatkan dalilnya dengan mengetengahkan ayat suci
dalam Al-Quran dengan meneliti maksud ayat Al-Quran tersebut:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Malaikat berkata: “Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dan memuji Engkau dan mensucikan
Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(QS. Al Baqarah, 2: 30)
Menurut pemahaman saya yang terbatas ini, “Khalifah” merujuk pemimpin yang
secara tersiratnya mestilah sejenis makhluk yang mempunyai akal yang cerdas serta tubuh
badan yang sempurna dalam erti kata lain kuat dan cantik. Oleh itu, sewajarnya ada
hidupan lain yang dipimpin olehnya (Adam as). Hidupan yang dipimpin ini adalah haiwan,
tumbuhan atau mahupun makhluk homo erectus yang dikatakan oleh Darwin sebagai
moyang manusia dari susur galur haiwan iaitu kera.Ini menunjukkan bahawa telah ada
ciptaan makhluk lain dimuka bumi sebelum Nabi Adam as diturunkan dari syurga,
namun oleh kerana makhluk homo erectus itu tidak mempunyai akal yang sempurna
seperti Nabi Adam as yang sememangnya telah diperakui Allah S.W.T seperti mana
terkandung dalam Al-Quran adalah sebaik – baik ciptaan atau kejadian, dengan
kelemahan yang dimiliki makhluk homo erectus itu menyebabkan makhluk tersebut
mengalami kepupusan mutlak.
Penolakan terhadap teori evolusi dari kalangan muslim mencapai tahap yang cukup luar
biasa hari ini dengan tidak berhenti-henti terbitan karya-karya Harun Yahya (Adnan Oktar) yang
berasal dari Turki. Lewati ini berbagai buku-buku dan cakra padat (VCD) yang bersifat sains
popular, diantaranya “Evolution deceit” yang diterjemahkan ”Keruntuhan teori evolusi” (2001),
Harun Yahya menyuarakan penolakan terhadap teori evolusi Darwin yang dipandangnya
menyokong fahaman materialisme, sekularisme dan atheisme. Harun Yahya menggunakan data-
data sains mutakhir untuk menunjukkan bahawa sesungguhnya secara ilmiah dengan temuan
sains moden, teori evolusi sudah berlaku penolakan. Teori evolusi nampaknya sudah menjadi
seperti kepercayaan, bahkan “agama” bagi kalangan ilmuwan kerana dianggap satu-satunya
teori yang memberi penjelasan mengapa begitu banyak dan begitu bervariasi makhluk hidup di
dunia ini sejak zaman dahulu hingga sekarang, sehingga fakta-fakta ilmiah apapun yang muncul
bagi mereka tidak akan menggoncangkan keyakinan mereka akan teori evolusi. Ketika ini sudah
meresap kedalam domain keyakinan dan dogma, rasanya sulit untuk bersifat objektif. Kritikan
kerap dilontarkan terhadap Harun Yahya terutama berkaitan dengan metodologinya. Harun
Yahya memang bukan seorang Biologi atau ahli Paleontologi, dan karya-karyanya memang
bukan karya ilmiah untuk pengambilan jurnal ilmiah atau buku teks di perguruan tinggi. Harun
Yahya hanya mengemukakan berbagai fakta penemuan sains moden saat ini dan mengemasnya
dalam perspektif non-evolusionis dan mengaitkan keyakinan beliau kepada wahyu Ilahi (Al-
Quran) yang memang telah terbukti banyak menyumbang kepada pengetahuan ilmu sains
didalam hidup manusia.
Dua orang ahli Paleontologi Amerika, Stephen Jay Gould (Professor Harvard University)
dan Niles Eldredge membuat suatu model atau teori punctuated equilibrium. Model ini menolak
gagasan evolusi secara kumulatif dan sedikit demi sedikit, sebaliknya menawarkan konsep yang
diskontinu dan tiba-tiba. Penolakan lebih lanjut di masyarakat. Di dalam masyarakat Amerika
sendiri sejak awal abad ke-20 terjadi perlawanan sengit terhadap pengajaran evolusi di sekolah-
sekolah. Tahun 1924 Suruhanjaya pendidikan Carolina utara mengumumkan bahawa mereka
tidak akan menggunakan buku-buku pelajaran Biologi yang bertentangan dengan Genesis. Di
Tennessee tahun 1925 legislatif, atas usaha para ibu bapa murid, melarang diajarkannya teori
yang menolak penciptaan makhluk hidup oleh Tuhan sebagaimana yang diajarkan oleh Bible. Di
Oklahoma juga telah dibuat peraturan mengenai buku teks (text book bill) yang melarang setiap
'konsep materialistik dari sejarah, iaitu teori evolusi Darwin'. Tahun 1981 Gabenor Arkansas
menandatangani Akta 590 yang membolehkan pengajaran 'creation science' sebagai alternatif
dari evolusi, namun Akta tersebut digugat oleh "The American Civil Liberties Union" yang
menganggap bahawa 'creation science' bukan sains, tetapi agama. Tuntutan tersebut dikabulkan
dalam persidangan.
Saya menaruh harapan tinggi bahawa penyampaian mengenai teori evolusi dalam
kurikulum di sekolah dari sekolah dasar hingga pengajian tinggi berkenaan dengan pengajaran
mengenai teori evolusi perlu dikaji semula. Hal ini tidak bererti bahawa teori evolusi Darwin itu
dihapuskan sama sekali, akan tetapi pengajarannya tidak boleh dogmatik bahawa itu sebagai
sesuatu yang dianggap benar. Perlu dijanakan sikap kritis pelajar dalam membincangkan asal-
usul makhluk hidup. Pandangan alternatif yang memberi penjelasan tentang hal tersebut yakni
kreasionisme atau adanya "Supreme" atau "Creative Designer" untuk menjelaskan fenomena
beraneka ragamnya makhluk hidup di dunia ini mestilah juga disampaikan. kepada pelajar secara
profesional.
Kesudahan barangkali tidak akan pernah ada penjelasan ”ilmiah” secara jelas dan
memuaskan tentang bagaimana Tuhan menciptakan beraneka macam makhluk hidup di dunia ini
dari zaman dahulu hingga yang akan datang. Manusia memiliki keterbatasan dalam mengkaji
informasi masa lalu ketika tidak ada dari kita satupun yang menjadi saksi. Penemuan-penemuan
fosil yang dianggap sebagai bukti paling konkrit dari proses evolusi juga masing begitu banyak
kekurangannya. Apa yang telah didemonstrasikan oleh Tuhan ketika memberikan mu’jizat
kepada nabi Isa as dan Musa as pun tidak boleh digeneralisasi bahawa mungkin begitulah semua
makhluk hidup diciptakan Tuhan. Demikian juga dengan perubahan dari wujud manusia menjadi
wujud kera yang terjadi pada sekelompok kaum Bani Israel mungkin tidak boleh digeneralisasi
bahawa perubahan makhluk hidup dari satu spesies ke spesies lainnya terjadi seperti itu di alam.
Begitu banyak misteri kehidupan di alam ini yang belum terungkap, mungkin sebagian besar
tidak akan pernah terungkap. Apa yang telah diberitakan Allah S.W.T dalam Al Qur’an
menunjukkan kemahakuasaan Allah S.W.T.
Satu atau sekelompok makhluk dapat tercipta langsung dari tanah yang merupakan benda
mati, jika itu dikehendaki-Nya, sementara sekelompok makhluk lainnya mungkin berasal dari
makhluk sebelumnya. Proses evolusi ataupun proses non-evolusi mungkin saja terjadi jika Allah
menghendaki, dan hal itu merupakan sesuatu yang mudah bagi Allah, jauh lebih mudah
terjadinya dibandingkan proses penciptaan langit dan bumi yang memerlukan tahapan panjang.
Kekhuatiran pada umat Islam muncul ketika teori evolusi ini dirasuki faham ideologi dan
paradiagma ateistik yang menegasikan kehadiran Zat Yang Maha Pencipta. Selain itu sains
Biologi khususnya juga nampaknya secara berlebihan menjadikan teori evolusi semacam perkara
yang tidak dibantahkan, padahal begitu banyak hal-hal yang masih merupakan misteri untuk
menyatakan bahawa proses evolusi adalah sebuah realiti. Begitu banyak juga penemuan modern
mutakhir yang menunjukkan senario evolusi Darwinisme merupakan sebuah penyederhanaan
atas fenomena kehidupan yang begitu kompleks. Dunia memerlukan kejujuran para ilmuwan
yang dapat berbicara secara objektif tentang fakta fenomena alam. Sayangnya berbagai peristiwa
dalam perkembangan teori evolusi menunjukkan begitu banyak interpretasi subjektif, dugaan-
dugaan bahkan kebohongan mewarnai dunia ”ilmiah” tersebut.
Tradisi Islam menekankan pentingnya imaginasi: failasuf Sufi yang besar Muhy al-Dîn
al-‘Arabî (w. 1240) bicara tentang imaginasi sebagai kemampuan anugerah Tuhan untuk
mewujudkan penyingkapan Ketuhanan secara peribadi, atau manifestasi dari Tuhan, dalam dunia
sekeliling kita. Kemampuan manusia yang luar biasa ini membuat orang mampu bertahan
terhadap kejutan dan tragedi yang jasmani rawan kepadanya. Tetapi Al-Quran tidak menuntut
kaum Muslim untuk meninggalkan akal mereka. Pertanda (ayat) adalah “untuk orang yang
memiliki pengertian”, “untuk orang yang tahu”: kaum Muslim didorong untuk “menelaah”
pertanda-pertanda dalam dunia alam dan menelitinya dengan penuh perhatian. Sikap ini juga
membantu menumbuhkan kebiasaan rasa ingin tahu yang cerdas yang membuat kaum Muslim
mampu mengembangkan tradisi yang cemerlang dalam ilmu alam dan matematik. Tidak ada
penentangan antara penyelidikan ilmiah dan agama dalam tradisi Islam, seperti halnya menjadi
ketara dalam abad kesembilan belas ketika kaum Kristian berasa bahawa penemuan Lyell dan
Darwin telah menyongsang iman tanpa dapat dinafikan. Wallahualam bissawab.

More Related Content

What's hot

Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)Rosdi Ramli
 
Teori evolusi individu
Teori evolusi individuTeori evolusi individu
Teori evolusi individuizardiismail
 
teori evolus dn rekayasa genetika
teori evolus dn rekayasa genetikateori evolus dn rekayasa genetika
teori evolus dn rekayasa genetikaRetno Nindia
 
Asal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan Sains
Asal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan SainsAsal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan Sains
Asal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan Sainszarkashie
 
Teori asal usul kehidupan menurut sains dan agama
Teori asal usul kehidupan menurut sains dan agamaTeori asal usul kehidupan menurut sains dan agama
Teori asal usul kehidupan menurut sains dan agamaginanurulazhar
 
Teori evolusi Power Point
Teori evolusi Power PointTeori evolusi Power Point
Teori evolusi Power PointHusain Anker
 
Syarifudin, teknologi mata dan telinga
Syarifudin, teknologi mata dan telingaSyarifudin, teknologi mata dan telinga
Syarifudin, teknologi mata dan telingaSyarifudin Amq
 
Pertanyaan 4
Pertanyaan 4Pertanyaan 4
Pertanyaan 4Delsaade
 
Perkembangan teori evolusi
Perkembangan teori evolusiPerkembangan teori evolusi
Perkembangan teori evolusiZahrazz2
 

What's hot (19)

Asal usul manusia
Asal usul manusiaAsal usul manusia
Asal usul manusia
 
Amali 3 teori evolusi
Amali 3   teori evolusiAmali 3   teori evolusi
Amali 3 teori evolusi
 
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu a)
 
Teori evolusi individu
Teori evolusi individuTeori evolusi individu
Teori evolusi individu
 
Makalah Teori evolusi
 Makalah Teori evolusi Makalah Teori evolusi
Makalah Teori evolusi
 
teori evolus dn rekayasa genetika
teori evolus dn rekayasa genetikateori evolus dn rekayasa genetika
teori evolus dn rekayasa genetika
 
Kelompok 1 ; teori evolusi
Kelompok 1 ; teori evolusiKelompok 1 ; teori evolusi
Kelompok 1 ; teori evolusi
 
Asal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan Sains
Asal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan SainsAsal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan Sains
Asal-usul makluk hidup berdasarkan Islam dan Sains
 
Sejarah Perkembangan Manusia
Sejarah Perkembangan ManusiaSejarah Perkembangan Manusia
Sejarah Perkembangan Manusia
 
Teori asal usul kehidupan menurut sains dan agama
Teori asal usul kehidupan menurut sains dan agamaTeori asal usul kehidupan menurut sains dan agama
Teori asal usul kehidupan menurut sains dan agama
 
Teori evolusi Power Point
Teori evolusi Power PointTeori evolusi Power Point
Teori evolusi Power Point
 
Petunjuk Evolusi
Petunjuk EvolusiPetunjuk Evolusi
Petunjuk Evolusi
 
Teori Evolusi
Teori EvolusiTeori Evolusi
Teori Evolusi
 
Evolusi
EvolusiEvolusi
Evolusi
 
Syarifudin, teknologi mata dan telinga
Syarifudin, teknologi mata dan telingaSyarifudin, teknologi mata dan telinga
Syarifudin, teknologi mata dan telinga
 
Pertanyaan 4
Pertanyaan 4Pertanyaan 4
Pertanyaan 4
 
Hole of fire book(1)(1)
Hole of fire book(1)(1)Hole of fire book(1)(1)
Hole of fire book(1)(1)
 
faham evolusi mahluk hidup pra darwin
faham evolusi mahluk hidup pra darwinfaham evolusi mahluk hidup pra darwin
faham evolusi mahluk hidup pra darwin
 
Perkembangan teori evolusi
Perkembangan teori evolusiPerkembangan teori evolusi
Perkembangan teori evolusi
 

Viewers also liked

HAIWAN DAN BUNYI
HAIWAN DAN BUNYIHAIWAN DAN BUNYI
HAIWAN DAN BUNYIkelisa ria
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatifSemut Hitam
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKPM
 

Viewers also liked (6)

HAIWAN DAN BUNYI
HAIWAN DAN BUNYIHAIWAN DAN BUNYI
HAIWAN DAN BUNYI
 
Kepimpinan situasi
Kepimpinan situasiKepimpinan situasi
Kepimpinan situasi
 
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
20140414111230 topik 6 pemikiran kritikal dan kreatif
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
 
PENGENALAN KEPIMPINAN
PENGENALAN KEPIMPINANPENGENALAN KEPIMPINAN
PENGENALAN KEPIMPINAN
 

Similar to EvolusiManusia

makalah asal usul manusia.docx
makalah asal usul manusia.docxmakalah asal usul manusia.docx
makalah asal usul manusia.docxseuramoefoto
 
Keruntuhan teorievolusi harunyahya
Keruntuhan teorievolusi harunyahyaKeruntuhan teorievolusi harunyahya
Keruntuhan teorievolusi harunyahyaAdi Utami
 
ambon Syarifudin, teknologi mata dan telinga
ambon Syarifudin, teknologi mata dan telingaambon Syarifudin, teknologi mata dan telinga
ambon Syarifudin, teknologi mata dan telingaSyarifudin Amq
 
Artikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi Manusia
Artikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi ManusiaArtikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi Manusia
Artikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi ManusiaFayyazAkmal123
 
teori evolusi dan rekayasa reproduksi
teori evolusi dan rekayasa reproduksiteori evolusi dan rekayasa reproduksi
teori evolusi dan rekayasa reproduksiRetno Nindia
 
teori evolusi dan petunjuk adanya evolusi
teori evolusi dan petunjuk adanya evolusiteori evolusi dan petunjuk adanya evolusi
teori evolusi dan petunjuk adanya evolusiFarida Aryanti
 
Kehidupan awal di bumi
Kehidupan awal di bumiKehidupan awal di bumi
Kehidupan awal di bumiPotpotya Fitri
 
Asal mula kehidupan (burhan 2 d)
Asal mula kehidupan (burhan 2 d)Asal mula kehidupan (burhan 2 d)
Asal mula kehidupan (burhan 2 d)burhanrizky2000
 
Tugas evolusi hikmah
Tugas evolusi hikmahTugas evolusi hikmah
Tugas evolusi hikmahghufron03
 
teori manusia.docx
teori manusia.docxteori manusia.docx
teori manusia.docxHendriIka
 
SEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptx
SEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptxSEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptx
SEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptxHeriadi22
 

Similar to EvolusiManusia (20)

makalah asal usul manusia.docx
makalah asal usul manusia.docxmakalah asal usul manusia.docx
makalah asal usul manusia.docx
 
Makalah evolusi kehidupan & evolusi manusia
Makalah evolusi kehidupan & evolusi manusiaMakalah evolusi kehidupan & evolusi manusia
Makalah evolusi kehidupan & evolusi manusia
 
Keruntuhan Teori Evolusi
Keruntuhan Teori EvolusiKeruntuhan Teori Evolusi
Keruntuhan Teori Evolusi
 
evolusi
evolusievolusi
evolusi
 
Keruntuhan teorievolusi harunyahya
Keruntuhan teorievolusi harunyahyaKeruntuhan teorievolusi harunyahya
Keruntuhan teorievolusi harunyahya
 
ambon Syarifudin, teknologi mata dan telinga
ambon Syarifudin, teknologi mata dan telingaambon Syarifudin, teknologi mata dan telinga
ambon Syarifudin, teknologi mata dan telinga
 
Artikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi Manusia
Artikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi ManusiaArtikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi Manusia
Artikel Biologi: Perkembangan Teori Evolusi Manusia
 
PPT KELOMPOK 3_EVOLUSI.pdf
PPT KELOMPOK 3_EVOLUSI.pdfPPT KELOMPOK 3_EVOLUSI.pdf
PPT KELOMPOK 3_EVOLUSI.pdf
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
teori evolusi dan rekayasa reproduksi
teori evolusi dan rekayasa reproduksiteori evolusi dan rekayasa reproduksi
teori evolusi dan rekayasa reproduksi
 
teori evolusi dan petunjuk adanya evolusi
teori evolusi dan petunjuk adanya evolusiteori evolusi dan petunjuk adanya evolusi
teori evolusi dan petunjuk adanya evolusi
 
Kehidupan awal di bumi
Kehidupan awal di bumiKehidupan awal di bumi
Kehidupan awal di bumi
 
Biologi evolusi
Biologi evolusiBiologi evolusi
Biologi evolusi
 
Asal mula kehidupan (burhan 2 d)
Asal mula kehidupan (burhan 2 d)Asal mula kehidupan (burhan 2 d)
Asal mula kehidupan (burhan 2 d)
 
Tugas evolusi hikmah
Tugas evolusi hikmahTugas evolusi hikmah
Tugas evolusi hikmah
 
teori manusia.docx
teori manusia.docxteori manusia.docx
teori manusia.docx
 
Ketidakabsahan Punctuated Equilibrium
Ketidakabsahan Punctuated EquilibriumKetidakabsahan Punctuated Equilibrium
Ketidakabsahan Punctuated Equilibrium
 
Teori Darwin Bertentangan Dengan Al Quran
Teori Darwin Bertentangan Dengan Al QuranTeori Darwin Bertentangan Dengan Al Quran
Teori Darwin Bertentangan Dengan Al Quran
 
Evolusi kehidupan
Evolusi kehidupanEvolusi kehidupan
Evolusi kehidupan
 
SEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptx
SEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptxSEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptx
SEJARAH RUANG LINGKUP EVOLUSI-1.pptx
 

More from Rosdi Ramli

Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016Rosdi Ramli
 
Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga
Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal seranggaTugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga
Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal seranggaRosdi Ramli
 
Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)
Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)
Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)Rosdi Ramli
 
Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)
Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)
Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)Rosdi Ramli
 
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)Rosdi Ramli
 
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)Rosdi Ramli
 

More from Rosdi Ramli (7)

Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
Kertas kerja & Lampiran surat latihan kebakaran bersama bomba SKST 2016
 
Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga
Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal seranggaTugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga
Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)
Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)
Kekunci dikotomi (kumpulan kiew and ong)
 
Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)
Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)
Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)
 
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan Individu d)
 
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)
Biodiversiti & Adaptasi (Tugasan individu c)
 

EvolusiManusia

  • 1. Soalan B : Bagaimanakah anda boleh memberikan penjelasan bahawa teori evolusi tidak bercanggah dengan mana-mana kepercayaan manusia. Jawapan : Menurut pendapat saya yang agak terhad ini, teori evolusi masih boleh diterima dalam perkara – perkara tertentu khususnya dalam penciptaan bumi dan langit namun sangat bercanggah dengan mana – mana kepercayaan kewujudan manusia dan hidupan. Ini berdasarkan beberapa kajian ilmiah dari pembacaan saya dari pelbagai sumber, juga berteraskan kepercayaan saya kepada wahyu Ilahi (Al-Quran). Berikut beberapa dalil yang dapat saya ketengahkan bagi menyokong pendapat saya ini. Dalil saya tentang “Dasar penerimaan” A) Teori evolusi terdapat di dalam Kitab Suci Agama Islam (Al-Quran) hanya untuk penciptaan bumi dan langit. Bagi kalangan Islam yang menolak teori evolusi, dasarnya ialah keterangan dalam Kitab Suci Al-Quran bahawa jika Allah menghendaki sesuatu Ia hanya berfirman, “Jadilah!”, maka sesuatu itupun terjadi. Bererti tidak ada evolusi atau proses menjadi yang lama, melainkan semuanya terjadi secara “mendadak”. Tetapi seorang ulama Indonesia yang terkenal, iaitu Ustaz Said Hilabi (tokoh Al-Irsyad, tinggal di Jakarta), berpendapat bahawa hal itu tidaklah demikian. Tinjauan beliau adalah dari sudut bahasa Arab. Ungkapan Al- Quran yang berkaitan berbunyi “kun fa-yakun?” yang lebih tepat bermaksud, “‘Jadilah,’ maka sesuatukejadian itu berlaku mengikut proses dalam jangkamasa waktu tertentu ,”. Namun kebanyakkan orang memahami maksud firman Allah tersebut ialah “Jadilah” maka sesuatukejadian itu berlaku serta merta tanpa melalui proses ketika saat Allah berfirman dan seharusnya lafaz berbunyi “kun yakun” bukannya “kun fa-yakun?”.Kenyataan ini membuktikan bahawa “kun fa-yakun?” dalam ayat 82 dalam Surah Yassin secara tersiratnya bermaksud “sesuatu kejadian itu berlaku mengikut proses dalam jangkamasa waktu tertentu”. Berdasarkan argumen ketatabahasaan Arab itu Ustadz Hilabi membenarkan teori evolusi. Selain itu, teori evolusi juga ada dijelaskan di dalam Al-Quran berdasarkan firman berikut : Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari...(Al-A'raaf 7;54, Yunus 10;3) Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (huud 11;7)
  • 2. Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari... (Al-Furqaan 25;59) Jika ungkapan “enam hari” tersebut di atas difahami sebagai majaz atau perumpamaan (parable), kemudian keterangan Al-Quran sendiri bahawa “sehari” di sisi Allah sama dengan “seribu tahun” di sisi manusia atau malah “lima puluh ribu tahun” juga difahami sebagai perumpamaan, maka tafsiran ilmu pengetahuan menjadi terbuka. Sebab ilmu pengetahuan itu sendiri, dari sudut pandangan Al-Quran, tidak lain ialah dari hasil pemahaman manusia dan penyimpulannya dari kegiatan memperhatikan alam semesta dan lingkungan sekitarnya sebagaimana diperintahkan. Dalil saya tentang “Dasar penolakan” A) Penemuan Para Intelektual Sains Dalam konteks sains, sememangnya telah wujud beberapa penolakan yang mutlak dimana terdapat beberapa hujah lain yang telah dikemukakan para saintis sehingga menolak konsep evolusi Darwin. Di antaranya adalah dipersoalkan apakah variasi boleh terkumpul sebagaimana yang dikatakan Darwin. Jangankan di alam, sedangkan pada kacukan tiruan, yang merupakan dasar dari hujah Darwin, ada batasan darjat perubahan yang mungkin berlaku. Selanjutnya banyak yang meragukan apakah usia bumi cukup lama untuk membolehkan pilihan semula berlaku sehingga menghasilkan demikian beranekanya makhluk hidup. Selain itu beberapa ahli geologi mempersoalkan kerana bukti-bukti fosil tidak menyokong gambaran evolusi yang berperingkat (gradual). Sebenarnya Darwin sendiri menyedari bahawa teori evolusi itu sukar untuk dibuktikan. Dalam bab Difficulties of the theory Darwin menulis: "jika suatu spesies memang berasal dari spesies lain melalui perubahan sedikit demi sedikit, mengapa kita tidak melihat sejumlah besar bentuk peralihan di mana-mana ceruk bumi? Mengapa alam tidak berada dalam keadaan kacau bilau, tetapi justeru seperti kita lihat, spesies-spesies hidup dengan bentuk sebaik-baiknya? Menurut teori ini harus ada bentuk-bentuk peralihan dalam jumlah yang besar, tetapi mengapa kita tidak menemui mereka terkubur di kerak bumi dalam jumlah tidak terkira? Dan pada daerah peralihan, yang mempunyai keadaan hidup peralihan, mengapa sekarang tidak kita dapati jenis-jenis peralihan dengan kekeluargaan yang erat? Telah lama kesulitan ini sangat membingungkan saya "
  • 3. Contoh popular evolusi kuda, yang mengemukakan perubahan berperingkat dari makhluk bersaiz rubah dengan kaki berjari empat yang hidup 50 juta tahun lalu menjadi kuda masa kini yang lebih besar dengan kaki berjari satu, telah lama diketahui keliru. Bertentangan dengan perubahan secara beransur-ansur, fosil setiap spesies peralihan nampak sama sekali berbeza, tidak berubah dan kemudian menjadi pupus. Catatan fosil juga menyatakan fakta lain, yang menjadi kekalahan teruk bagi teori evolusi. Dari seluruh fosil yang telah ditemui selama ini, tidak ada satu pun bentuk antara (bentuk peralihan) yang dijumpai, yang seharusnya ada jika makhluk hidup berevolusi tahap demi tahap dari spesies yang sederhana menjadi spesies yang lebih kompleks, seperti yang dinyatakan oleh teori evolusi. Jika makhluk seperti itu ada, seharusnya jumlahnya banyak sekali, berjuta- juta, bahkan berbilion. Lebih dari itu, sisa dan kerangka makhluk seperti itu haruslah ada dalam rekod-rekod fosil. Jika bentuk-bentuk antara ini benar - benar wujud, jumlahnya akan melebihi jumlah spesies binatang yang kita kenal di masa kini. Seluruh dunia akan penuh dengan fosil makhluk tersebut. Para penyokong evolusi mencari bentuk-bentuk antara ini di semua kajian fosil yang ditemui, yang telah dilangsungkan sejak abad kesembilan belas. Akan tetapi, sama sekali tidak dijumpai jejak-jejak makhluk perantara ini, walaupun carian telah dilakukan dengan penuh semangat selama 150 tahun. Dirumuskan, rekod-rekod fosil menunjukkan bahawa makhluk hidup muncul secara tiba-tiba dan dalam wujud sempurna, bukan melalui sebuah proses dari bentuk primitif menuju tahap yang lebih maju, seperti yang dinyatakan teori evolusi.Kaum evolusionis telah berusaha keras untuk membuktikan kebenaran teori mereka. Namun nyatanya, dengan tangannya sendiri, mereka secara tidak sedar telah membuktikan bahawa proses evolusi adalah mustahil. Begitu juga teori ini digunapakai untuk asal kejadian manusia yang ternyata gagal dibuktikan secara saintifik akan kronologi kejadiaannya. Selanjutnya pada tahun 1981 The British Muzium menukar penggambaran hubungan kekeluargaan antara makhluk hidup (filogeni) menjadi kladogram yang tidak memberikan petunjuk tentang pola evolusi sama sekali. Pengarah Muzium tersebut, Colin Patterson berkata: "As it turns out, all one can learn about the history of life is learned from systematics, from the groupings one finds in nature. The rest is storytelling of one sort and another ". Baginya cerita tentang asal usul makhluk hidup yang satu dari yang lain (evolusi) adalah dongeng belaka. (Vernon Blackmore dan Andrew Page. 1989. Evolution the great debate). Bagi membuktikan
  • 4. kewujudan spesies pertengahan ini, pernipuan demi pernipuan dilakukan oleh ahli – ahli sains tertentu. Sebagai contoh pada tahun 1912 diisytiharkan penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar Piltdown Man. Tulang – tulang ini ditemui di Piltdown, England oleh seorang ahli sains yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan makhluk daripada spesies pertengahan antara binatang dengan manusia. Selepas beberapa ujian dilakukan akhirnya pada tahun 1953didedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekororang utan yang baru mati dan otaknya adalah tempurung otak manusia yang sebenar. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Smith Woodward’s Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April 1979. Sebenarnya untuk teori Darwin menjadi kenyataan, benda hidup perlu berubah secara berperingkat – peringkat melalui proses mutasi (perubahan yang rawak dan spontan). Mutasi ialah proses perubahan yang berlaku ke atas sesuatu sel disebabkan perubahan yang berlaku ke atas sistem genetiknya. Justeru, andai kata teori ini digunapakai, evolusi atau perubahan seekor ikan di zaman dahulu kepada manusia bermula dengan proses mutasi yang berlaku ke atas gen ikan berkurun – kurun lamanya sehingga akhirnya ia bertukar menjadi gen manusia yang melahirkan manusia. Adakah pandangan ini dianggap logik? Pada hari ini pakar –pakar sains mula mempertikaikan pandangan ini, sebagai contoh Dr Lee Spetner. Beliau yang mengajar di Universiti Johns Hopkins dan Institut Weizman, mengkaji proses mutasi di peringkat molekul selama bertahun – tahun lamanya. Di dalam buku beliau yang bertajuk Not by Chance : Shattering the Modern Theory of Evolution (Judaica, ISBN: 1880582244,1998), beliau menegaskan” “Proses mutasi mengurang dan bukan menambah maklumat genetik.” Dalam bahasa mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan dan bukannya kemantapan. Justeru, ikan tidak mungkin dapat bertukar menjadi makhluk yang lebih mantap bernama manusia. Maka dengan itu, terbuktilah teori evolusi adalah satu teori jahil yang tidak dapat diterima oleh sains. Dari dapatan yang saya perolehi, berdasarkan kajian ilmiah saya mengenai teori evolusi ini, terdapat suatu perbezaan idealogi yang ketara antara para cendiakawan mahupun sainstis dengan pendukung Teori Evolusi Darwinismedimasa kini. Pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti paleontologi (cabang geologi yang mengkaji kehidupan pra-sejarah melalui fosil ), Genetik, biokimia dan biologi molekul telah membuktikan bahawa tidak mungkin makhluk hidup tercipta dengan kebetulan atau muncul dengan sendirinya
  • 5. dari keadaan semula jadi.Sel hidup, demikian dunia ilmiah sepakat, adalah struktur yang paling kompleks yang pernah ditemui manusia. Ilmu pengetahuan moden membuktikan bahawa satu sel hidup sahaja mempunyai struktur dan pelbagai sistemkompleks dan saling berkaitan, yang jauh lebih kompleks daripada sebuah bandar besar. Struktur kompleks seperti ini hanya dapat berfungsi apabila masing-masing bahagian penyusunnya muncul secara serentak dan dalam keadaan sudah berfungsi sepenuhnya. Jika tidak, struktur tersebut tidak akan berguna, dan semakin lama akan rosak dan musnah. Tidak mungkin semua bahagian penyusun sel itu berkembang secara kebetulan dalam jutaan tahun, seperti pernyataan teori evolusi. Sebenarnya telah dibuktikan bahawa adalah mustahil apabila sel hidup yang pertama atau bahkan satu saja daripada berjuta-juta molekul protein dalam sel itu boleh muncul atas faktor kebetulan. Ini bukan sahaja ditunjukkan melalui pelbagai percubaan dan pengamatan, melainkan juga melalui pengiraan kebarangkalian secara matematik. Dengan kata lain, evolusi gugur di langkah pertama: iaitu dalam menjelaskan kemunculan sel hidup yang pertama. Sel, unit terkecil makhluk hidup, tidak mungkin muncul secara kebetulan di dalam keadaan primitif tanpa kawalan di saat Bumi masih muda seperti yang dipaksakan oleh evolusionis kepada kita agar mempercayainya. Jangankan dalam keadaan demikian, dalam makmal tercanggih di abad ini sekali pun, hal itu mustahil berlaku. Asid-asid amino, iaitu unit pembentuk pelbagai protein penyusun sel hidup, tidak mampu dengan sendirinya membentuk organ-organ di dalam sel seperti mitokondrion, ribosom, membran sel, ataupun retikulum endoplasma. Apa lagi membentuk sebuah sel yang utuh. Oleh sebab itu, kenyataan bahawa sel pertama terbentuk secara kebetulan melalui proses evolusi, hanyalah hasil rekaan yang sepenuhnya berdasarkan pada daya khayal yang melampau. Sel hidup, yang hingga kini masih mengandung banyak rahsia yang belum dapat dibongkarkan secara saintifik, adalah merupakan satu di antara banyak kesulitan utama yang dihadapi teori evolusi ini. Kepincangan membimbangkan yang lain (dari sudut pandang evolusi) adalah molekul DNA yang terdapat di dalam nukleus sel hidup, sebuah sistem kod yang terdiri daripada 3.5 bilion unit mengandungi semua butiran makhluk hidup. DNA pertama kali ditemui melalui kristalografi sinar-X pada akhir tahun 1940-an dan awal 1950-an, dan merupakan sebuah molekul gergasi dengan rancangan yang luar biasa. Selama bertahun-tahun, Sir Francis Crick, pemenang hadiah Nobel, meyakini molekul teori evolusi. Namun pada akhirnya, ia sendiri pun harus mengakui bahawa molekul yang begitu rumit tidak mungkin muncul dengan sendirinya secara tiba-tiba kerana kebetulan, sebagai hasil dari sebuah proses evolusi:
  • 6. Seseorang yang jujur, dengan pemahaman keilmuan yang ada sekarang, saat ini hanya boleh menyatakan bahawa asal mula kehidupan nampak bagaikan sebuah keajaiban.1 Evolusionis berbangsa Turki, Profesor Ali Demirsoy, terpaksa memberikan pengakuan sebagai berikut: Sebenarnya, kemungkinan terbentuknya sebuah protein dan asid nuklid (DNA-RNA) adalah di luar batas perhitungan. Lebih jauh lagi, peluang munculnya suatu rantai protein adalah sedemikian kecilnya sehingga boleh disebut astronomi (tidak mungkin). 2 Homer Jacobson, Profesor Emeritus di bidang Ilmu Kimia, menyatakan pengakuan tentang kemustahilan munculnya kehidupan akibat faktor kebetulan, sebagai berikut: Petunjuk untuk pembiakan rencana, untuk tenaga dan untuk turun bahagian-bahagian dari lingkungan sekitar, untuk urutan pertumbuhan, dan untuk mekanisme efektoryang menterjemahkan arahan menjadi pertumbuhan - semua itu harus berlaku secara serentak pada saat tersebut [saat awal munculnya kehidupan]. Kemungkinan kombinasi semua peristiwa itu secara kebetulan kelihatan sungguh luar biasa... 3 Oleh sebab itulah, rancangan yang begitu kompleks dari sebuah sel saja, sudah jelas menunjukkan bahawa kejadian sesuatu struktur sel hidup yang indah dan kompleks itu datangnya dari Pencipta yang MAHA BERKUASA dan MAHA BIJAKSANA dan yang MAHA ESA iaitu Allah Subahanawataalla yang menciptakan segala makhluk hidup dan sekelianAlam Semesta. Akan tetapi, para pembela falsafah materialis (Pendukung Teori Evolusi Darwinisme) tidak bersedia menerima fakta penciptaan Tuhan yang Maha Esa kerana pelbagai alasan ideologi. Hal ini disebabkan kemunculan dan perkembangan masyarakat yang hidup dengan berpandukan akidah suci yang diajarkan agama yang sejati kepada umat manusia melalui perintah dan larangan Tuhan bukanlah menjadi harapan kaum materialis ini. Masyarakat yang hidup tanpa nilai murni dan spiritual lebih disukai golongan ini sebab, mereka dapat memanipulasi masyarakat yang demikian demi keuntungan duniawi mereka sendiri. Itulah sebabnya, kaum materialis mencuba terus memaksa teori evolusi yang mengandungi fitnah dan tipu daya ini diterima oleh masyarakat dunia yang menyatakan bahawa manusia tidak diciptakan, tetapi
  • 7. muncul atas faktor kebetulan dan berevolusi dari jenis binatang yang dikenali kera serta, dengan segala usaha dan cara mempertahankan teori evolusi ciptaan Darwin agar tetap reliven disepanjang zaman. Kaum materialis yang merupakan pendukung setia idealogi Darwin ini sanggup mengetepikan pemikiran akal yang sihat dengan terus menerus mempertahankan idealogi Teori Revolusi Darwin ini di setiap sudut, walaupun bukti saintifik dengan jelas telah menghancurkan teori evolusi dan menegaskan fakta penciptaan yang MAHA ESA. Menurut pendapat saya yang agak terbatas ini, jika benarlah Teori Revolusi Darwin ini berlaku pada kewujudan asal manusia mahupun benda hidup yang lain di muka bumi ini. Seharusnya sesuaturevolusi itu berlaku secara berterusan dan menghasilkan sesuatu yang lebih hebat lagi, bukannya terhenti dengan begitu sahaja seperti yang kita lihat sekarang, mungkin keadaan manusia dan hidupan lain turut berevolusi membentuk generasi yang baru dimana perbezaannya sangat ketara . Namun, kita menyedari tiada satu pun proses evolusi berlaku dari mana-mana bangsa manusia mahupun hidupan didunia ini. Manusia dan hidupan yang ada sekarang tetap dalam keadaan asal walaupun generasinya telah berpuluh ribu tahun mendiami bumi. Di situ kita boleh melihat kesesatandan kekalahan Teori Revolusi Darwin mengenai kewujudan manusia hanyalah imaginasi sesat dan jahiliah dimana nafsu mengatasi akal yang telah dijajah Iblis laknatullah dalam membuat keputusan yang disangka ilmiah oleh kerana menolak wahyu dari Ilahi yang Maha Esa. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan moden mendedahkan fakta yang tidak mungkin disangkal kerana “Kemunculan makhluk hidup bukanlah akibat faktor kebetulan yang buta, tetapi hasil ciptaan Tuhan yang Maha Esa dan Maha Berkuasa”. B) Sudut Kepercayaan Manusia 1. Agama Kristian Dalam konteks sudut kepercayaan manusia, debat mengenai benar atau tidaknya teori ini memang sangat berkait dengan keyakinan agama bahawa Tuhan adalah pencipta semua makhluk hidup di dunia ini, sementara teori evolusi menafikan berlakunya fenomena kejadian tersebut dan menggantikannya dengan suatu konsep evolusi. Perdebatan antara Bishop Wilberforce dengan Thomas Huxley (yang menamakan dirinya sebagai "bulldog" nya Darwin) tahun 1860 di Oxford merupakan perdebatan sengit yang pertama mengenai teori ini.
  • 8. Tahun 1860 terjadi perdebatan antara Louis Agassiz (saintis yang dianggap banyak berjasa dalam membangun ilmu pengetahuan Amerika) yang menentang kesahihan dari hujah Darwin dengan Asa Gray yang cuba mencari perdamaian antara Darwinisme dengan ajaran agama Kristian. Agassiz meyakini bahawa makhluk hidup (spesies) dicipta oleh Tuhan dan tidak berubah menjadi spesies lain. Menurutnya teori Darwin hanya merupakan suatu conjecture atau hipotesis, tanpa sokongan fakta, dan adanya tingkatan kemajuan bentuk hidup dari pengamatan fosil dari suatu peringkat ke peringkat berikutnya menunjukkan adanya perancangan dalam penciptaan makhluk hidup dan bukan merupakan perubahan alami akibat adanya tekanan dari persekitaran. Sementara itu Asa Gray berpandangan bahawa teori seleksi alam yang diajukan Darwin merupakan instrumen Tuhan dalam penciptaan. Pandangan Gray ini sendiri sebenarnya bertentangan dengan pandangan Darwin yang tidak mempercayai adanya peranan Tuhan dalam pembentukan makhluk hidup. Pandangan cabaran terakhir untuk membicarakan teori evolusi dari sudut pandangan agama muncul kerana pernyataan Paus Yohannes Paulus II baru-baru ini menyatakan bahawa gereja Katolik dapat menerima dan membenarkan teori evolusi yang telah dirintis oleh Charles Darwin. Pernyataan Paus itu serentak mengejutkan dan melegakan. Mengejutkan, kerana selama ini gereja Katolik dikenal menentang teori evolusi kerana dipandang tidak sejalan dengan ajaran Alkitab. Melegakan, kerana impak dari pernyataan itu tentu membebaskan banyak ilmuwan dari stigma sebagai anti agama, padahal banyak dari mereka yang cukup soleh. Di Amerika Syarikat, misalnya, mungkin impak positif bagi para ilmuwan itu lebih-lebih lagi terasa, kerana kaum ilmuwan “evolusionis” sekarang punya “amunisi” menghadapi kaum agamawan “kreasionis”. Konon di dunia Kristian Barat ada empat buku yang dinilai paling banyak menggoncangkan iman. Selain buku Charles Darwin, The Origin of Species and the Survival of the Fittest by Means of Natural Selection, tiga lainnya ialah, berturut-turut buku Adams Smith, The Wealth of Nations, buku Karel Marx, Das Kapital, dan buku Sigmund Freud. Adams Smith dikatakan telah mendorong umat manusia menuju kapitalisme yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Karel Marx melahirkan komunisme yang anti Tuhan. Sigmund Freud merendahkan martabat manusia sehingga menjadi tidak lebih daripada binatang yang dikuasai hawa nafsu. Dan Charles Darwin menafikan peranan Tuhan selaku Pencipta manusia (sebagaimana dituturkan dalam Kitab Kejadian). Kesemuanya itu, di mata Julian Huxley (seorang humanis sekular), merupakan pendukung bagi idea tentang “agama tanpa wahyu” seperti ia cuba dikembangkan.
  • 9. Bagi mereka yang mendukung, teori evolusi adalah suatu jenis ilmu pengetahuan yang “objektif” dan “bebas nilai”. Tapi bagi mereka yang menentang, teori itu adalah ideologi yang subjektif dan tertutup, paling-paling hanyalah sebuah “ilmu palsu” (pseudo science, ersatz science). Kerana itu penolakan mereka juga bersifat tertutup, dengan pelaknatannya sebagai anti agama. Tapi dengan adanya pernyataan Paus tersebut, maka kini menjadi jelas bahawa teori evolusi bagi gereja Katolik adalah ilmu pengetahuan. Oleh kerana itu teori evolusi dapat bermanfaat untuk iman, sama dengan cabang-cabang ilmu pengetahuan lainnya yang sekarang sudah dianggap biasa-biasa saja. Meskipun kenyataannya teori evolusi itu memang ilmu pengetahuan yang relatif saja kebenarannya, namun sejarah mencatat adanya perlawanan kaum agamawan kepadanya, sama dengan catatan sejarah tentang perlawanan agama kepada jenis- jenis ilmu pengetahuan yang lain. Tapi sebenarnya tidak semua agama menentang ilmu pengetahuan. Menurut Karen Armstrong, sebenarnya ilmu pengetahuan dipandang mengganggu iman hanya di kalangan tertentu Kristian Barat saja. Ini tentu mengesankan keanehan, kerana ilmu pengetahuan moden berkembang pesat di sana, kemudian menyebar ke seluruh dunia. Mereka sering merasa terancam oleh ilmu pengetahuan, kerana mereka punya kecenderungan kuat untuk menafsirkan kitab suci secara harfiah. Tapi sebagian besar kaum Kristian juga mampu menyesuaikan diri dengan ilmu pengetahuan dan memberi tindak balas yang baik. Di kalangan Kristian Timur (Ortodoks Yunani), Yahudi dan Islam, yang kesemuanya tidak mentafsirkan bunyi kitab suci mereka secara harfiah melainkan memberi tafsiran metaforis atau alegoris, ilmu pengetahuan dan falsafah lebih dapat diakomodasi, sekalipun akhirnya banyak yang ditinggalkan juga. Kerana itu di kalangan mereka ilmu pengetahuan sedikit saja dipandang sebagai ancaman terhadap iman. Kata Armstrong, ilmu pengetahuan telah dirasakan mengancam hanya oleh mereka dari kalangan kaum Kristian Barat yang telah terbiasa membaca kitab suci secara harfiah dan menafsirkan doktrin-doktrin seolah-olah semuanya itu merupakan fakta objektif. Para ilmuwan dan ahli falsafah yang tidak menemukan ruang untuk Tuhan dalam sistem mereka biasanya merujuk kepada idea tentang Tuhan sebagai Penyebab Pertama, suatu faham yang nantinya ditinggalkan oleh kaum Yahudi, Muslim dan Kristian Ortodoks Yunani di waktu Abad Tengah. Walaupun begitu, ada sejumlah penting orang-orang Kristian yang segera melihat bahawa penemuan teori Darwin sama sekali tidak logik kepada idea tentang Tuhan. Pada dasarnya, agama Kristian telah mampu menyesuaikan diri kepada teori evolusi dan kaum Yahudi dan Muslim tidak pernah secara serius terganggu oleh temuan-temuan ilmiah tentang asal usul
  • 10. kehidupan. Doktrin penciptaan dari tiada (“ex nihilo”) sudah lama mengandung masalah dan masuk ke dalam agama Yahudi dan Kristian agak baru dalam Islam penciptaan alam semesta oleh Allah dianggap benar tetapi tidak ada pembahasan terperinci mengenai bagaimana hal itu terjadi dan berlangsung. 2) Agama Islam Bagaimana asal usul manusia terbentuk memang menjadi permasalahan sampai saat ini. Apakah, seperti teori evolusi manusia oleh Charles Darwin, yang menyebutkan bahawa kera adalah nenek moyang manusia, atau boleh dikatakan bahawa manusia adalah hasil evolusi dari kera. Atau mungkin manusia itu bukan dari evolusi makhluk apapun, tetapi memang manusia itu diciptakan oleh Allah sebagai makhluk tersendiri dan Nabi Adam a.s. lah yang menjadi manusia pertama. Itu memang masih menjadi pertanyaan besar di berbagai kalangan manusia sampai saat ini. Akan tetapi menurut pemahaman saya yang terbatas ini, berlandaskan kepercayaan Tauhid dan wahyu Ilahi dari Al-Quran yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang teragung dimana telah banyak ilmu sains telah berjaya ditemui dari Al –Quran. Seperti contoh tentang proses kejadian manusia didalam rahim wanita telah dijelaskan secara terperinci semenjak 1400 tahun lalu. Seperti yang kita sedia maklum Nabi Muhammad adalah seorang yang tidak tahu membaca malah tidak mempunyai latar belakang pendidikan asas untuk membolehkan baginda membuat sesuatu kajian ilmiah ataupun menghasilkan sesuatu karya ilmiah. Baginda hanya memperolehi sesuatu ilmu itu apabila diwahyukan oleh Allah S.W.T. Maka sudah terbukti, Al-Quran itu adalah ciptaan dari wahyu Ilahi dan bukannya hasil karya Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu saya amat menyakini dengan sebenar - benarnya bahawa manusia itu diciptakan oleh Allah sebagai makhluk ciptaan yang teragung atau sebaik – baik kejadian untuk menjadi khalifah dimuka bumi dan yang mendapat predikat manusia pertama adalah Nabi Adam a.s. Alasannya bukan hanya kerana saya seorang muslim, tetapi ada beberapa perkara yang “ganjil” atau aneh yang tidak logik akal pada teori evolusi manusia mahupun hidupan oleh ciptaan Charles Darwin yang telah saya kemukakan pada awal Dasar Penolakan saya tentang aspek “Penemuan Para Intelektual Sains” disamping keyakinan yang tinggi akan Kitab Suci Al – Quran yang merupakan Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yg diturunkan Allah S.W.T melalui Malaikat Jibrial yang nyata membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang terkandung didalamnya, dimana segala ilmu pengetahuan atau maklumatnya sesuai mengikut zaman dan mendahului masa merangkumi sama ada dalam bidang sains, matematik, sejarah ,masa depan dan lain - lain.
  • 11. Di segi kepercayaan penganut ISLAM yang berpegang teguh kepada dua sumber utamanya iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.W.T. Allah S.W.T telah memperjelaskan secara terperinci bahawa manusia itu diciptakan dari saripati tanah yang dibentuk dan diberi roh. Hal ini dapat kita fahami dari firman Allah berikut yang telah diabadikan dalam Al – Qur’an Surah AL – HIJR ayat 26 – 30, yang berbunyi sebagai berikut : Ertinya : “Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk, Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah Para Malaikat itu semuanya bersama-sama, kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu.” (Q.S. Al- Hijr ayat 26-31) Jadi sudah cukup jelas bahawa Manusia itu diciptakan oleh Allah dari tanah yang diambil dari bumi kemudian dibentuk dan diberi roh. Maka terciptalah manusia pertama iaitu Adam a.s, kemudian Allah menciptakan manusia kedua sebagai teman Adam iaitu Hawa. Pada awalnya mereka berdua hidup di syurga, akan tetapi kerana melanggar perintah Allah iaitu berupa larangan memakan Buah Khuldi yang berada di Syurga, akibat terpedaya dengan godaan Iblis yang sebelum itu Azazil (Penghulu Malaikat) maka Adam dan Hawa dihukum oleh Allah dengan dijatuhkan Adam dan Hawa ke Bumi. Dari peristiwa itu, maka terbentuknya generasi manusia sehingga hari ini yang ada di muka Bumi. Berikut merupakan beberapa dalil Al – Quran
  • 12. yang menjadi inspirasi saya tentang “Dasar Penolakkan tentang Teori Evolusi khususnya asal usul kejadian manusia”: Dalil – dalil yang membuktikan penciptaan manusia menurut Al- Quran a) Penciptaan makhluk hidup sebagai sebuah mu’jizat (miracle) Penciptaan makhluk hidup oleh Tuhan (sebagai Al-Khaliq), dalam pandangan pada umumnya umat Islam, merupakan suatu mukjizat (miracle), kerana proses yang terjadi merupakan suatu yang luar biasa, sesuatu yang mustahil dilakukan oleh manusia, makhluk yang dikurnia akal, dalam zaman moden dan kemajuan sains dan teknologi tercanggih sekalipun, apa lagi oleh makhluk lainnya atau oleh alam yang relatif “tidak berakal”. Selain itu, disebut sebuah keajaiban kerana ketika menciptakan berbagai hal, termasuk makhluk hidup, Allah S.W.T hanya cukup berfirman “Kun fa yakun”, jadi maka jadilah. Pengertian “fa” memang oleh beberapa pandangan di ertikan sebagai melalui suatu proses yang boleh jadi memakan waktu panjang, ertinya tidak mesti terjadi seketika. Tetapi, kalaupun itu sesuatu yang terjadi dengan langsung, bukankah Allah maha Kuasa atas segala sesuatu ? Tidak terbatas atau dibatasi oleh ruang dan waktu. Fenomena kehidupan itu sendiri merupakan suatu mu’jizat, mengingat begitu kompleksnya fenomena kehidupan bahkan yang terjadi dalam satu sel sekalipun. Alam, manusia adalah makhluk yang tidak memiliki kemampuan untuk menciptakan sesuatu dari tidak ada menjadi ada. b) Hak mencipta hanya pada Allah yang Maha Esa Hak menciptakan sesuatu dari tidak ada menjadi ada, hak menghidupkan dan mematikan sesungguhnya hanya pada Allah S.W.T. “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam” (Q.S.7:54). Manusia tidak memiliki hak untuk menciptakan itu, kecuali atas izin Allah S.W.T. Mu’jizat yang pernah diberikan Allah S.W.T kepada Nabi Musa as untuk membuat atau menciptakan seekor burung dari tanah liat (3:49, 5:110) hanyalah boleh terjadi atas izin dan kehendak Allah S.W.T. Tidak ada satu makhlukpun dimuka bumi ini, termasuk manuisa dan sesembahannya selain Allah, yang mampu menciptakan senipis kulit ari sekalipun atau seekor lalat. Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan
  • 13. siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nya lah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa- apa walaupun setipis kulit ari. (Q.S.35:13). Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah (Q.S.22:73). Katakanlah: “Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang dapat memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali?” katakanlah: “Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan (kepada menyembah yang selain Allah)?” (Q.S.10:34). Ketika seorang mengatakan bahawa makhluk hidup terbentuk secara alamiah melalui mekanisme evolusi, sebenarnya hal tersebut, saya khuatirkan boleh jatuh ke dalam domain menjadikan alam memiliki kuasa, mempunyai kemampuan untuk membentuk, menyusun, mereka bentuk, membangunkan dengan suatu darjat kecanggihan yang luar biasa. Bagi sains, alam nampaknya menjadi semacam Tuhan yang mampu mengatur segalanya melalui mekanisme seleksi alam, kehendak alam, hukum alam, ketentuan alam dan sebagainya. c) Manusia diciptakan dalam beberapa tingkat kejadian Ayat-ayat yang kerap diinterpretasikan sebagai menyokong faham adanya pentahapan dalam penciptaan makhluk hidup adalah ayat-ayat berikut yang menunjukkan adanya "tingkatan" dalam penciptaan. Mufassir pada umumnya mengertikan kata "tingkatan" sebagai sebagai peringkat dari dalam rahim hingga dilahirkan, dan dari peringkat bayi hingga dewasa / tua. Sebahagian lagi mentafsirkan ayat-ayat ini untuk menunjukkan tahap yang panjang (evolusi) dalam penciptaan manusia dan makhluk hidup pada umumnya, untuk menunjukkan bahawa Al-Quran sesua dengan sains moden. 71:14. Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. 84:19. sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan) 22:5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu
  • 14. yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. 23:14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. 5:11. Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). d) Manusia dibentuk dalam rahim Proses pembentukan manusia (growth and development) berlangsung dalam rahim, dari semula zigot lalu mengalami proses embryogenesis hingga menjadi bayi dengan sel-sel dan jaringan yang terdiferensiasi dengan fungsi-fungsi yang tertentu. Sebahagian mengertikan ayat-ayat ini sebagai menjelaskan adanya perubahan bentuk morfologi manusia dalam perjalanan masa yang panjang secara evolusi, dari bentukan yang primitif hingga terbentuk wujud yang "sempurna" (ahsani taqwiem) seperti saat ini. 3:6. Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 13:8. Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. 23:13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). 75:37. Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), 77:21. Kemudian Kami letakkan dia dalam tempat yang kukuh (rahim), 20:64. Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. 59:24. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 64:3. Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia membentuk rupa kamu, dan dibaguskan-
  • 15. Nya rupamu itu, dan hanya kepada-Nya-lah kembali (mu). 77:23. lalu Kami tentukan (bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan. 7:23. lalu Kami tentukan (bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan. 82:8. dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuh-mu. 95:4. sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. 39:6. Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? e) Menciptakan manusia dan makhluk hidup lainnya adalah hal yang mudah bagi Allah. Manusia, sebagaimana juga makhluk lainnya, mempunyai morfologi, struktur, anatomi, fisiologi, genetik yang sangat mengagumkan. Walaupun demikian bagi Allah penciptaan manusia dan makhluk hiudp yang lain adalah suatu hal yang mudah. Allah yang menciptakan manusia pada kali pertama, akan menciptakan manusia, membangkitkan manusia dari kuburnya pada hari kiamat nanti dengan sangat mudahnya, tanpa perlu sebuah peristiwa evolusi yang rumit dan panjang. 29:19. Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 29:20. Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 32:7. Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik- baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia dari tanah. Bila dibandingkan dengan penciptaan langit dan bumi, kerumitan penciptaan manusia jauh lebih sederhana. Allah SWT sendiri yang menegaskan hal tersebut dalam firman-Nya: 40:57. Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Kerana itu dapat difahami bahawa penciptaan langit dan bumi memerlukan masa yang sangat panjang, berperingkat, yang membina jika mahu disebut demikian, tetapi penciptaan manusia dan makhluk hidup lainnya (organik) yang menghuni planet bumi ini adalah hal yang jauh lebih mudah bagi Allah, dan kerana itu sepatutnya tidak memerlukan proses pentahapan yang panjang (umur geologi). Dalam konteks ini dapat difahami apabila teori evolusi itu lebih sesuai untuk digunapakai kepada proses pembentukan langit dan bumi, tetapi tidak perlu bagi
  • 16. proses penciptaan manusia dan makhluk hidup lainnya. Proses pentahapan dalam penciptaan manusia, saya lebih cenderung mengertikannya sebagai proses embriologi dan dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan (growth and development) secara biologi bukannya evolusi. Faham bahawa ontogeny mengulang filogeni lebih merupakan sebuah anggaran yang tidak disokong oleh bukti-bukti yang kuat. f) Penciptaan dan pembentukan Adam as. Antara firman Allah dalam Al-Quran yang menceritakan kisah penciptaan dan pembentukan Adam as iaitu : 7:11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. 15:26. Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. 15:28. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. 15:33. Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk“. 3:59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. 6:2. Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu- ragu (tentang berbangkit itu). 7:11. Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. 7:12. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. Penciptaan Isterinya Adam Siti Hawa, demikian disebut namanya dalam beberapa riwayat (hadits) adalah pasangan (jauzah) Adam as yang secara ringkas disebut dalam AlQur’an sebagai berasal dari (bagian tubuh) Adam. Sebuah hadis sahih menyebutnya sebagai berasal dari tulang rusuk Adam. Dari satu-satunya isterinya inilah kemudian Adam
  • 17. memiliki beberapa pasang anak yang selanjutnya menurut riwayat, terjadi perkawinan diantara anak-anak Adam itu dengan anak-keturunannya semua manusia yang ada di muka bumi hingga saat ini dan sampai akhir zaman. 4:1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. 7:189. Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur”. g) Penciptaan Isa Fenomena penciptaan nabi Isa as yang tidak memiliki bapa biologi jelas merupakan fenomena yang diluar kebiasaan, dan itu merupakan bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T yang telah menciptakan Adam tanpa bapa dan ibu biologi, akan sangat mudah bagi-Nya untuk menciptakan manusia lain tanpa bapa biologi saja. 3:47. Maryam berkata: “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, sedangkan aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun.” Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: “Jadilah”, lalu jadilah dia. 3:59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. 3:47. Maryam berkata: “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, sedangkan aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun.” Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: “Jadilah”, lalu jadilah dia. 3:59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia.
  • 18. 3) Pemikiran Penulis Cendiakawan Gerakan Harun Yahya Harun Yahya Ensiklopedia beliau berjaya menghuraikan kewujudan makhluk di dunia dengan Al- Quran serta bukti arkeologi yang menunjukkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah mengalami evolusi kerana tiada fosil haiwan yang mengalami evolusi pertengahan dijumpai, sebagai contoh fosil ikan naik hidup didarat tidak pernah dijumpai. Contoh bukti lain seperti dibawah. Pokok Gingko yang tidak berubah selama 65 juta tahun Rangka badak sumbu yang tidak berubah sejak 33 juta tahun
  • 19. Rangka kelawar yang tidak berubah sejak 54 juta tahun Dan pernah ada persoalan dari golongan pendukung Teori Drawin berkata "kenapa tengkorak manusia zaman dahulu lain dari yang sekarang?" Harun Yahya berkata tengkorak manusia berbeza kerana keturunan dan kaum manusia yang berbeza dan juga dipengaruhi oleh cara hidup dan keadaan geografi tempat tinggal manusia itu sendiri seperti ikan yang mempunyai pelbagai spesis namun masih dipanggil ikan. Bentuk tengkorak manusia zaman sekarang yang berbeza kerana kaum, keturunan, cara hidup serta keadaan geografi tempat tinggal Beliau juga menolak yang rupa tengkorak manusia yang lebih menyerupai monyet atau homo erectus sebagai tidak maju atau primitif berbanding tengkorak manusia yang lebih
  • 20. moden. Ia seperti membandingkan rangka manusia rakyat Amerika yang setinggi 1.9 meter dengan rangka rakyat Jepun yang setinggi 1.6 meter dan mengharapkan rangka lebih tinggi adalah lebih maju dan hebat. Kajian ahli sains juga membuktikan rangka-rangka manusia zaman dahulu oleh Darwin serta penyokong teori Darwin menggabungkan rangka manusia dengan beruk untuk membuktikan hujah manusia merasal dari kera. Namun ianya ditentang oleh Harun Yahya berdasarkan hasil penelitian kajian fosil secara saintifik yang pernah dilakukan oleh beberapa pakar arkeologi diseluruh dunia dimana beliau telah membuat suatu kesimpulan menyatakan “Dari seluruh fosil yang telah ditemui selama ini, tiada satu pun bentuk antara (bentuk peralihan) yang dijumpai, yang seharusnya ada jika makhluk hidup berevolusi tahap demi tahap dari spesies yang sederhana menjadi spesies yang lebih kompleks, seperti yang dinyatakan oleh teori evolusi. Jika makhluk seperti itu ada, seharusnya jumlahnya sangat banyak, berjuta-juta, bahkan berbilion. Lebih dari itu, sisa dan kerangka makhluk seperti itu haruslah ada dalam rekod-rekod fosil. Jika bentuk-bentuk antara ini benar - benar wujud, jumlahnya akan melebihi jumlah spesies binatang yang kita kenal di masa kini. Dan sekali lagi Harun Yahya memperkuatkan dalilnya dengan mengetengahkan ayat suci dalam Al-Quran dengan meneliti maksud ayat Al-Quran tersebut: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Malaikat berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. Al Baqarah, 2: 30) Menurut pemahaman saya yang terbatas ini, “Khalifah” merujuk pemimpin yang secara tersiratnya mestilah sejenis makhluk yang mempunyai akal yang cerdas serta tubuh badan yang sempurna dalam erti kata lain kuat dan cantik. Oleh itu, sewajarnya ada hidupan lain yang dipimpin olehnya (Adam as). Hidupan yang dipimpin ini adalah haiwan, tumbuhan atau mahupun makhluk homo erectus yang dikatakan oleh Darwin sebagai moyang manusia dari susur galur haiwan iaitu kera.Ini menunjukkan bahawa telah ada ciptaan makhluk lain dimuka bumi sebelum Nabi Adam as diturunkan dari syurga, namun oleh kerana makhluk homo erectus itu tidak mempunyai akal yang sempurna seperti Nabi Adam as yang sememangnya telah diperakui Allah S.W.T seperti mana terkandung dalam Al-Quran adalah sebaik – baik ciptaan atau kejadian, dengan
  • 21. kelemahan yang dimiliki makhluk homo erectus itu menyebabkan makhluk tersebut mengalami kepupusan mutlak. Penolakan terhadap teori evolusi dari kalangan muslim mencapai tahap yang cukup luar biasa hari ini dengan tidak berhenti-henti terbitan karya-karya Harun Yahya (Adnan Oktar) yang berasal dari Turki. Lewati ini berbagai buku-buku dan cakra padat (VCD) yang bersifat sains popular, diantaranya “Evolution deceit” yang diterjemahkan ”Keruntuhan teori evolusi” (2001), Harun Yahya menyuarakan penolakan terhadap teori evolusi Darwin yang dipandangnya menyokong fahaman materialisme, sekularisme dan atheisme. Harun Yahya menggunakan data- data sains mutakhir untuk menunjukkan bahawa sesungguhnya secara ilmiah dengan temuan sains moden, teori evolusi sudah berlaku penolakan. Teori evolusi nampaknya sudah menjadi seperti kepercayaan, bahkan “agama” bagi kalangan ilmuwan kerana dianggap satu-satunya teori yang memberi penjelasan mengapa begitu banyak dan begitu bervariasi makhluk hidup di dunia ini sejak zaman dahulu hingga sekarang, sehingga fakta-fakta ilmiah apapun yang muncul bagi mereka tidak akan menggoncangkan keyakinan mereka akan teori evolusi. Ketika ini sudah meresap kedalam domain keyakinan dan dogma, rasanya sulit untuk bersifat objektif. Kritikan kerap dilontarkan terhadap Harun Yahya terutama berkaitan dengan metodologinya. Harun Yahya memang bukan seorang Biologi atau ahli Paleontologi, dan karya-karyanya memang bukan karya ilmiah untuk pengambilan jurnal ilmiah atau buku teks di perguruan tinggi. Harun Yahya hanya mengemukakan berbagai fakta penemuan sains moden saat ini dan mengemasnya dalam perspektif non-evolusionis dan mengaitkan keyakinan beliau kepada wahyu Ilahi (Al- Quran) yang memang telah terbukti banyak menyumbang kepada pengetahuan ilmu sains didalam hidup manusia. Dua orang ahli Paleontologi Amerika, Stephen Jay Gould (Professor Harvard University) dan Niles Eldredge membuat suatu model atau teori punctuated equilibrium. Model ini menolak gagasan evolusi secara kumulatif dan sedikit demi sedikit, sebaliknya menawarkan konsep yang diskontinu dan tiba-tiba. Penolakan lebih lanjut di masyarakat. Di dalam masyarakat Amerika sendiri sejak awal abad ke-20 terjadi perlawanan sengit terhadap pengajaran evolusi di sekolah- sekolah. Tahun 1924 Suruhanjaya pendidikan Carolina utara mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan buku-buku pelajaran Biologi yang bertentangan dengan Genesis. Di Tennessee tahun 1925 legislatif, atas usaha para ibu bapa murid, melarang diajarkannya teori yang menolak penciptaan makhluk hidup oleh Tuhan sebagaimana yang diajarkan oleh Bible. Di Oklahoma juga telah dibuat peraturan mengenai buku teks (text book bill) yang melarang setiap 'konsep materialistik dari sejarah, iaitu teori evolusi Darwin'. Tahun 1981 Gabenor Arkansas
  • 22. menandatangani Akta 590 yang membolehkan pengajaran 'creation science' sebagai alternatif dari evolusi, namun Akta tersebut digugat oleh "The American Civil Liberties Union" yang menganggap bahawa 'creation science' bukan sains, tetapi agama. Tuntutan tersebut dikabulkan dalam persidangan. Saya menaruh harapan tinggi bahawa penyampaian mengenai teori evolusi dalam kurikulum di sekolah dari sekolah dasar hingga pengajian tinggi berkenaan dengan pengajaran mengenai teori evolusi perlu dikaji semula. Hal ini tidak bererti bahawa teori evolusi Darwin itu dihapuskan sama sekali, akan tetapi pengajarannya tidak boleh dogmatik bahawa itu sebagai sesuatu yang dianggap benar. Perlu dijanakan sikap kritis pelajar dalam membincangkan asal- usul makhluk hidup. Pandangan alternatif yang memberi penjelasan tentang hal tersebut yakni kreasionisme atau adanya "Supreme" atau "Creative Designer" untuk menjelaskan fenomena beraneka ragamnya makhluk hidup di dunia ini mestilah juga disampaikan. kepada pelajar secara profesional. Kesudahan barangkali tidak akan pernah ada penjelasan ”ilmiah” secara jelas dan memuaskan tentang bagaimana Tuhan menciptakan beraneka macam makhluk hidup di dunia ini dari zaman dahulu hingga yang akan datang. Manusia memiliki keterbatasan dalam mengkaji informasi masa lalu ketika tidak ada dari kita satupun yang menjadi saksi. Penemuan-penemuan fosil yang dianggap sebagai bukti paling konkrit dari proses evolusi juga masing begitu banyak kekurangannya. Apa yang telah didemonstrasikan oleh Tuhan ketika memberikan mu’jizat kepada nabi Isa as dan Musa as pun tidak boleh digeneralisasi bahawa mungkin begitulah semua makhluk hidup diciptakan Tuhan. Demikian juga dengan perubahan dari wujud manusia menjadi wujud kera yang terjadi pada sekelompok kaum Bani Israel mungkin tidak boleh digeneralisasi bahawa perubahan makhluk hidup dari satu spesies ke spesies lainnya terjadi seperti itu di alam. Begitu banyak misteri kehidupan di alam ini yang belum terungkap, mungkin sebagian besar tidak akan pernah terungkap. Apa yang telah diberitakan Allah S.W.T dalam Al Qur’an menunjukkan kemahakuasaan Allah S.W.T. Satu atau sekelompok makhluk dapat tercipta langsung dari tanah yang merupakan benda mati, jika itu dikehendaki-Nya, sementara sekelompok makhluk lainnya mungkin berasal dari makhluk sebelumnya. Proses evolusi ataupun proses non-evolusi mungkin saja terjadi jika Allah menghendaki, dan hal itu merupakan sesuatu yang mudah bagi Allah, jauh lebih mudah terjadinya dibandingkan proses penciptaan langit dan bumi yang memerlukan tahapan panjang. Kekhuatiran pada umat Islam muncul ketika teori evolusi ini dirasuki faham ideologi dan
  • 23. paradiagma ateistik yang menegasikan kehadiran Zat Yang Maha Pencipta. Selain itu sains Biologi khususnya juga nampaknya secara berlebihan menjadikan teori evolusi semacam perkara yang tidak dibantahkan, padahal begitu banyak hal-hal yang masih merupakan misteri untuk menyatakan bahawa proses evolusi adalah sebuah realiti. Begitu banyak juga penemuan modern mutakhir yang menunjukkan senario evolusi Darwinisme merupakan sebuah penyederhanaan atas fenomena kehidupan yang begitu kompleks. Dunia memerlukan kejujuran para ilmuwan yang dapat berbicara secara objektif tentang fakta fenomena alam. Sayangnya berbagai peristiwa dalam perkembangan teori evolusi menunjukkan begitu banyak interpretasi subjektif, dugaan- dugaan bahkan kebohongan mewarnai dunia ”ilmiah” tersebut. Tradisi Islam menekankan pentingnya imaginasi: failasuf Sufi yang besar Muhy al-Dîn al-‘Arabî (w. 1240) bicara tentang imaginasi sebagai kemampuan anugerah Tuhan untuk mewujudkan penyingkapan Ketuhanan secara peribadi, atau manifestasi dari Tuhan, dalam dunia sekeliling kita. Kemampuan manusia yang luar biasa ini membuat orang mampu bertahan terhadap kejutan dan tragedi yang jasmani rawan kepadanya. Tetapi Al-Quran tidak menuntut kaum Muslim untuk meninggalkan akal mereka. Pertanda (ayat) adalah “untuk orang yang memiliki pengertian”, “untuk orang yang tahu”: kaum Muslim didorong untuk “menelaah” pertanda-pertanda dalam dunia alam dan menelitinya dengan penuh perhatian. Sikap ini juga membantu menumbuhkan kebiasaan rasa ingin tahu yang cerdas yang membuat kaum Muslim mampu mengembangkan tradisi yang cemerlang dalam ilmu alam dan matematik. Tidak ada penentangan antara penyelidikan ilmiah dan agama dalam tradisi Islam, seperti halnya menjadi ketara dalam abad kesembilan belas ketika kaum Kristian berasa bahawa penemuan Lyell dan Darwin telah menyongsang iman tanpa dapat dinafikan. Wallahualam bissawab.