Successfully reported this slideshow.

Prosedurpembinaantapak 120914024854-phpapp01 (1)

342 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Prosedurpembinaantapak 120914024854-phpapp01 (1)

  1. 1. BMM3105 20121.0 PENGENALANPenggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikatatau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran, hidupan dansebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saatsahaja. Terdapat pelbagai sumber yang boleh memberikan maklumat dan bahanpengajaran. Begitu juga dengan bahan daripada jalur lebar yang boleh kita gunakankemudahannya bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Oleh itu,pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga boleh menggunakan kemudahantersebut bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya sesipengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer.2.0 KONSEP LAMAN BLOGSPOTBlog adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Blog adalah singkatandaripada perkataan web log. Secara amnya web log @ weblog adalah buku catatansecara dalam talian (online).Oleh yang demikian, dalam blogspot kita boleh menyuarakan pendapat atau ideasecara terus ke alam maya, dengan cara ini juga kita mampu membentuk satukomuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsianidea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baikdaripada satu. Seseorang yang mempunyai blog dan rajin menukar maklumat dalamblognya dipanggil blogger. 1
  2. 2. BMM3105 2012Selain itu, dalam laman blogspot juga, pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Ada segelintirahli blogger yang menjadikan web log ini sebagai catatan atau diari harian, ada yangmenggunakannya sebagai pemasaran bagi pihak pengiklanan. Namun, kebanyakkanblog yang dikendalikan dalam kalangan remaja dan generasi terdahulu adalahbertujuan untuk berkongsi idea, pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorialdalam pelbagai bidangOleh itu, pelbagai faedah yang boleh diperoleh daripada membuat web ini, yangpenting isi atau maklumat yang dikongsi adalah bermanfaat kepada pembaca. Begitujuga dalam subjek BMM3105 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuBerbantukan Komputer menekankan pengendalian web log atau blog ini sebagaimedia untuk berkongsi ilmu disamping dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT dalamdiri setiap pelajar. Lama-kelamaan, tidak mustahil kemahiran yang diperoleh dapatdiaplikasikan dalam bidang yang lain.3.0 DEFINISI TAPAK PEMBELAJARANTapak pembelajaran ialah satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran inimenempatkan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputersepenuhnya. Tapak pembelajaran sering digunakan oleh guru dalam sesi pengajarandan pembelajaran. 2
  3. 3. BMM3105 20123.1 Kepentingan Membina Laman Web 3.1.1 Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain. 3.1.2 Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet. 3.1.3 Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama. 3.1.4 Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna.3.0 PROSEDUR PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYUTapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapakpembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakankomputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesipengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukankepada rancangan pengajaran harian. 3
  4. 4. BMM3105 2012Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu 4
  5. 5. BMM3105 2012 5
  6. 6. BMM3105 2012 6
  7. 7. BMM3105 2012Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan. Laman web inisememangnya membantu dalam proses Pengajaran danPembelajaran BahasaMelayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaantapak pembelajaran ini.4.1 Garis Panduan Pembinaan Tapak PembelajaranMenurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yangperlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduanyang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialahrekaan papan skrin, format gambar,grafik, format fail gambar, font atau mukataip,ikon,pautan hyperteks dan animasi. BIL PERKARA HURAIAN 1 Reka bentuk paparan skrin Haruslah yang menarik, mudah Susun atur paparan skrin: (i) Seimbang : kedudukan teks (ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam 2 Grafik keadaan kemas, bersih (iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan. Standard yang terdapat dalam semua 3 Font atau muka taip komputer ialah Arial dan Times New Roman. 7
  8. 8. BMM3105 2012 Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca. Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12. Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti: - Ketebalan - Italic - Bergaris - Warna dan saiz fon berlainan. - Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat. Reka bentuk yang sesuai dengan topik Ikon Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang) Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.Pautan hyperteks Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti: - JPEG (* .jpeg)Format gambar - GIF (* .gif) Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun. 8
  9. 9. BMM3105 2012 Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar. Tidak digalakkan menggunakan fail gambar Format fail gambar bersaiz lebih dari 100kb. Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan. Animasi Animasi multimedia lebih kompleks Hanya digunakan pada paparan yang sesuai Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIATarikh : 14 Ogos 2012Tahun : 5 BestariMasa : 8.40- 9.40Tema : Keselamatan Jalan RayaTajuk : Ingatlah Orang TersayangBIangan Murid : 27 orang 9
  10. 10. BMM3105 2012Fokus Utama :5.2.Aras 3(i) Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan dan intonasi yangbetul serta gaya yang sesuaiFokus Sampingan :8.6 Aras I ( ii ) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian denganformat.Objektif :Pada akhir pelajaran murid dapat : 1. Membaca berita dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. 2. Menulis karangan berita tentang kemalangan jalan raya yang lengkap.Kemahiran Berbahasa :Kemahiran lisanKemahiran membacaKemahiraqn MenulisSistem Bahasa :Tatabahasa : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 10
  11. 11. BMM3105 2012Kosa Kata : selekoh, lencongan, had laju, lintasan, terbabasPengisian Kurikulum :Ilmu - Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanNilai Murni - Berhati-hati, sabar dan berdisiplinKemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran Berfikir – membanding dan membeza, mentafsir 2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3. Kemahiran belajar cara Belajar 4. Pembelajaran KonstruktivismeBahan Bantu Mengajar :Rujukan URL : (slaid/powerpoint), LCD,Komputer,Lembaran kerja, petikan, peta grafikPengetahuan Sedia Ada :Murid mengetahui dan pernah melihat kejadian kemalangan jalan raya. Murid pernahmelihat sendiri atau menonton pada kaca televisyen serta membaca berita tentanginsiden kemalangan jalan raya. 11
  12. 12. BMM3105 2012 Isi Aktiviti Pengajaran dan Catatan Pelajaran PembelajaranSet Induksi Penayangan iklan Kemalangan KBT: Verbal( 5 minit) jalan raya Linguistik Guru Bersoal jawab dengan murid BBM tentang tayangan video tersebut. Rujukan URlLangkah 1 Guru memaparkan berita-berita ICT(15 minit) kemalangan jalanraya yang sering Rujukan URL terdapat di media cetak dan media elektronik. BBM Petikan berita Murid membaca teks petikan dari akhbar berita tentang kemalangan jalan Rujukan raya. URL Murid membaca petikan dengan Peta grafik sebutan dan intonasi yang betul. Murid mencatat isi-isi penting di dalam peta pengurusan grafik 12
  13. 13. BMM3105 2012 yang disediakan.Langkah 2 Guru menayangkan gambar- ICT(15 minit) gambar Berita Buletin Utama Interpersonal tentang kemalangan jalan raya. Verbal Linguistik Berdasarkan teks yang dibaca, murid diminta membuat simulasi BBM membaca berita- Berita Ringkas. Rujukan URLLangkah 3 Guru menayangkan gambar BBM(20 minit) kemalangan jalan raya. Rujukan URL Perbincangan berkumpulan Lembaran kerja tentang gambar yang telah dilihat. Murid diminta menulis karangan tentang berita kemalangan jalan raya.Penutup Guru menayangkan iklan tentang BBM(5 minit) kemalangan jalan raya “ Ingatlah Rujukan URL Orang Tersayang” Nilai : 13
  14. 14. BMM3105 2012 Guru membuat rumusan tentang: Bertimbangrasa Hormat 1. Kepentingan mematuhi Patuhi peraturan jalan raya. peraturan 2. Jangan amalkan sikap mementingkan diri sendiri 3. Bertimbangrasa di jalan raya.6.0 SELAYANG PANDANG DARIPADA BLOGSPOTDalam subjek BMM3105, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu BerbantukanKomputer mengkehendaki setiap pelajar membuat satu laman blogspot untukberkongsi ilmu dalam skop subjek ini. Oleh yang demikian, maklumat yang disalurkandalam laman blogspot yang berkisarkan mengenai subjek ini dapat memberi maklumatdan mengenalkan subjek ini kepada masyarakat lain. Ilmu-ilmu yang dikongsi dapatdikongsi dengan mudah tanpa mengira masa dan mengeluarkan wang ringgit. Namunbegitu, masalah yang sering timbul adalah jika individu tersebut tidak dapatmengakses internet. Hal ini disebabkan, untuk merujuk maklumat yang terdapat dalamblogspot, individu perlu mendapatkan talian laman sesawang.Maklumat yang dikehendaki dalam laman blogspot BMM3105 ini adalah nota-notasubjek PPG khususnya bagi semester 3. Sukatan pelajaran sekolah rendah KBSRdan KSSR juga turut dimuatkan bagi memudahkan kita sebagai warga pendidikmembuat rujukan atau rancangan mengajar. Di samping itu, Nota-nota lain yang 14
  15. 15. BMM3105 2012berkaitan seperti tatabahasa, lagu kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajanmurid juga turut dimuatkan untuk dijadikan panduan.Semasa proses membina blog ini, secara tidak langsung saya dapat belajar untukmembuat blog secara atas talian. Oleh yang demikian, saya juga dapat meningkatkankemahiran dalam ICT dengan meneroka pelbagai bidang yang ada dalam lamansesawang. Saya juga dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh dan bertukar-tukar ilmu serta pendapat dalam hal-hal pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu.Dalam pembelajaran ini juga, saya dapat mengembangkan kreativiti untuk membinasesuatu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan mengakses lamansesawang untuk mendapatkan pelbagai bahan-bahan seperti gambar, video, audiodan sebagainya. Oleh yang demikian, subjek Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu Berbantukan Komputer ini banyak mendatangkan faedah kepada bakal-bakalguru dalam zaman ICT serba canggih ini. 15
  16. 16. BMM3105 20127.0 RUMUSANSecara keseluruhannya, semasa proses melaksanakan tugasana ini, banyakmaklumat yang saya peroleh dalam bidang yang berkaitan Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer serta bahan bantu pengajaranyang boleh dibuat dengan menggunakan komputer. Kita sedar, pada zamanglobalisasi dan ICT ini, penggunaan komputer semakin meluas digunakan. Pengajaranmelalui komputer juga telah diberi penekanan kepada murid-murid sekolah rendahmahupun sekolah menengah. Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukankomputer ini sudah tentu sangat berkait rapat dengan penggunaan bahan-bahanelektronik. Hal yang demikian, guru dapat membina bahan pengajaran dengan lebihmudah kerana dapat mencari bahan pengajaran melalui laman sesawang. Daripadalaman sesawang ini, pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarikdapat dibuat dan guru dapat memilih bahan yang bersesuaian dengan topik yang akandiajar. Perancangan awal perlu diberi perhatian agar sesi pengajaran danpembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, dalam tugasan ini juga menekankan perancangan membuatrancangan pengajaran harian. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahappemahaman diri saya untuk menulis rancangan pengajaran harian yang baik darisemasa ke semasa. Dalam tugasan ini juga, saya telah diperkenalkan denganmembina laman blogspot. Laman blogspot ini dapat dijadikan rujukan dan media untukperkongsian ilmu. Sebagai seorang pendidik, laman blogspot ini boleh dikemas kinidengan memasukkan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yangmembolehkan murid merujuk untuk mendapatkan maklumat tambahan apa yang telahdipelajari. 16
  17. 17. BMM3105 20128.0 REFLEKSI Alhamdulillah bersyukur kehadirat Allah SWT kerana dengan izin-Nya sayadapat menyiapkan tugasan individu yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbingbagi subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer(BMM3105), iaitu En Muhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Ruang lingkup tugasanindividu ini adalah berkaitan Rancangan Pengajaran Harian untuk murid tahap 2. Pada mula mendapat tugasan ini adalah merasakan tugasan ini adalah satutugasan yang mudah dan dapat mencambahkan pemikiran saya ketika menyiapkantugasan ini. Walau bagaimanapun, ada juga kekangan masa yang saya hadapisemasa proses menyiapkan tugasan ini kerana saya perlu menyiapkan tugasan lainjuga dalam masa yang sama. Pada awalnya juga, agak sukar juga bagi saya untukmencari bahan yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar seperti video, keratanakhbar sebagainya. Saya juga menghadapi kesulitan semasa mambuat tapakpembelajaran. Oleh itu, saya bersama beberapa rakan telah membuat perbincanganuntuk menyiapkan tugasan ini dan mendapatkan maklumat seperti yang dikehendaki. Perbincangan juga dilakukan bersama pensyarah pembimbing yang tidak lokekuntuk berkongsi ilmu. Segala kekeliruan dapat diatasi apabila pensyarah pembimbingtelah menghuraikan sedikit sebanyak mengenai tapak pembelajaran serta cara yangbetul untuk membuat RPH yang baik. Semasa menjalankan tugasan ini, saya berasagembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar membuat laman websendiri. Hal ini disebabkan saya kurang mahir dalam menggunakan ICT. Tapakpembelajaran yang dibina ini amat membantu saya kelak untuk dijadikan panduansemasa mengajar murid-murid tahun lima di kelas saya. Saya sedar, dengan tugasansebegini dapat melatih diri saya untuk membuat RPH dengan baik di samping dapatmeluaskan pengetahuan dalam bidang ICT terutama sekali dalam penggunanaannya 17
  18. 18. BMM3105 2012untuk mencari bahan bantu mengajar agar pengajaran dapat dipelbagaikan dan lebihmenarik. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat memperkukuhkan lagi ilmumengenai penyediaan bahan bantu mengajar tanpa perlu bersusah payah membuat,membawa dan menyimpannya di tempat tertentu. Hanya di hujung jari sahaja semuamaklumat boleh disampaikan kepada pelajar. Di samping itu, saya dapatmeningkatkan daya kreativiti untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang baikdan menarik dengan menggunakan komputer. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadapensyarah pembimbing yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar darimula sehingga saya berjaya melaksanakan tugasan ini kepada saya EncikMuhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang banyakmembantu secara lansung dan tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhinggadiucapkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Oleh yangdemikian, saya berharap tugasan ini diterima dan akan memberi manfaat sertamemberi sebanyak mungkin kebaikan kepada saya dan rakan seperjuangan.Sekian, terima kasih. 18

×