Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Arah 120404073549-phpapp01

409 views

Published on

edu

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Arah 120404073549-phpapp01

  1. 1. ARAH MATA ANGIN DISEDIAKAN OLEH: NAJAH BINTI HASSAN
  2. 2. ARAH 1. Arah ialah kedudukan sesuatu tempat dari tempat yang lain. 2. Pada zaman dahulu, manusia menentukan arah dengan memerhatikan a) arah matahari terbit dan terbenam b) kedudukan bintang pada waktu malam 3. Arah mata angin dibahagikan kepada mata angin utama dan mata angin perantaraan 4. Terdapat empat arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B) 5. Empat arah mata angin perantaraan ialah timur laut (TL), tenggara (T). Barat daya (BD), dan barat laut (BL) yang terletak di antara arah mata angin utama 6. Setiap arah mata angin mempunyai nilai sudut tertentu 7. kelapan-lapan arah mata angin ini mempunyai perbezaan sudut sebanyak 45°
  3. 3. Rajah 1
  4. 4. Rajah 2
  5. 5. MENETUKAN ARAH BERPANDUKAN MATAHARI 1. Matahari dapat membantu anda menentukan arah sesuatu objek atau tempat 2. Matahari terbit disebelah timur dan terbenam di sebelah barat 3. langkah-langkah menentukan arah berpandukan matahari:
  6. 6. a) Berdiri tegak di kawasan lapang pada waktu pagi sewaktu matahari terbit b) Angkat tangan kanan menghala ke arah matahari terbit, iaitu menunjukkan arah timur c) Angkat tangan kiri menghala ke arah matahari terbenam, iaitu menunjukkan arah barat d) Oleh itu, arah hadapan kamu ialah utara dan belakang kamu pula ialah selatan e) Rajah 1 menerangkan arah berpandukan matahari
  7. 7. MENENTUKAN ARAH DENGAN MENGGUNAKAN KOMPAS 1. Kompas dapat menentukan arah dengan lebih tepat 2. Permukaan kompas menunjukkan lapan arah mata angin dan angka sudutnya yang disebut dalam unit darjah (°) 3. Jarum kompas magnetik bebas bergerak dan berpusing 4. Jarum kompas yang berhenti bergerak akan menunjukkan arah kutub utara magnet kerana daya tarikan magnet bumi 5. Kompas perlu diletakkan di permukaan rata dan stabil seperti di atas meja untuk mendapatkan bacaan yang tepat
  8. 8. 6. Kompas sensitif terhadap bahan-bahan yang diperbuat daripada besi seperti parang, pagar dan tiang 7. bahan-bahan besi dapat mempengaruhi arah jarum kompas kerana tarikan megnet 8. Sebelum kompas digunakan untuk menentukan sesuatu arah, kompas perlu diorientasikan 9. Kompas diorientasikan sehingga petunjuk jarum kompas menghala ke arah utara pada kompas 10. Kompas mudah dibawa dan digunakan kerana kecil dan ringan 11. Kompas penting dalam bidang pelayaran, penerbangan dan pengembaraan
  9. 9. KOMPAS Rajah 3
  10. 10. MENENTUKAN ARAH OBJEK DI KAWASAN SEKOLAH 1. Berdiri di kawasan lapang di tengah-tengah kawasan sekolah 2.Letakkan kompas di permukaan rata dan stabil seperti di atas meja 3. Biarkan jarum kompas berhenti bergeraka 4. Berdasarkan jarum kompas, kenal pasti arah objek dengan bermula dari arah utara diikuti arah-arah yang lain 5. Rajah 4 menunjukkan arah bangunan di Sekolah Menegah Mutiara Impian
  11. 11. ARAH KEDUDUKAN BANGUNAN DI SEKOLAH MENENGAH MUTIARA IMPIAN Rajah 4

×