Kaunseling oku

7,388 views

Published on

0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,388
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
72
Actions
Shares
0
Downloads
235
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kaunseling oku

  1. 1. KAUNSELING SILANG BUDAYA PERSOALAN DAN SARANAN DALAM MENGKAUNSEL ORANG KURANG UPAYAPensyarah : Prof.Emeritus Dato’ Dr. Halim bin Othman Prof. Dr. Md Shuaib bin Che DinDisediakan : Ridzuan bin Hj. Mahmud (M1110299M05) Sadina bt. Md Din ( M1111286M05)
  2. 2. PENGENALANSoal penekanan terhadap hak dan masa depan OrangKelainan Upaya (OKU) adalah antara isu yang kini mula mendapat perhatian di mata dunia. Kebebasan dankelantangan bersuara individu serta badan-badanbukan kerajaan atau NGO (Non GovernmentalOrganizations) .Dalam mengetengahkan pendapat dan masalahmengenai OKU di negara-negara maju terutamanya,menyebabkan nasib golongan ini kian terbela.
  3. 3. Sejarah Perkembangan Di Malaysia3.Program pembangunan OKU di peringkat Kebangsaan, secara aktif bermula dengan pengistiharan Tahun Antarabangsa Orang KurangUpaya 1980 dan pelancaran The World Programme of Action ConcerningDisabled Persons 1982.2. Mewujudkan Dasar Kebajikan Negara (DKN) pada tahun 1990.3. Pada 16 Mei 1994, Malaysia telah menandatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi OKU di rantau Asia dan Pasifik.4. Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan kuota 1% jawatan di sektor awam untuk OKU. Pada tahun 2001 pula, kerajaan telah melancarkan Kod Amalan Pengajian OKU di sektor swasta melalui kod amalan ini.5. Pada bulan November 2007, Akta Orang Kurang Upaya 2007 yang memberi hak perundangan kepada golongan OKU telah diluluskan di Parlimen.
  4. 4. Definisi Orang Kurang UpayaMengikut buku bertajuk Handbook of Care and Training forDevelopmental Disabilities, Orang Kurang Upaya (OKU)dinyatakan sebagai seseorang yang memerlukan perkhidmatankhas bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti(Heward, 2000).Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO (World HealthOrganization) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNO(United Nations Organization), OKU pula bermakna:Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagimemperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluanbiasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakatsepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripadasegi fizikal ataupun mental, dan sama ada ia berlaku semenjaklahir ataupun kemudiannya.
  5. 5. Definisi Orang Kurang UpayaOKU ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi merujukkepada jenis kecacatannya, sama ada fizikal (anggota) mahupunmental (ringan, sederhana, dan berat), penglihatan, danpendengaran (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009).Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkansebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang itucacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan).Kategori Orang Kurang UpayaIndividu kurang upaya atau OKU boleh dikategorikan empatkategori iaitu: Cacat penglihatan Cacat akal Cacat pendengaran Cacat anggota
  6. 6. Kategori Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2008) mengkategorikan OKU seperti berikut:O Kurang Upaya Pendengaran.d Kurang Upaya Penglihatan.g Kurang Upaya Fizikal.i Kurang Upaya Pertuturan.t Masalah Pembelajaran.a Kurang Upaya Mental.t Kurang Upaya Pelbagai atau Multiple Disabilities.
  7. 7. Kategori Orang Kurang Upaya Kecacatan penglihatanOrang yang tidak boleh melihat dengan terang ataujelas seperti orang biasa walaupun dibantu denganpenggunaan cermin mata . Kecacatan akal Kecacatan yang menyebabkan kecerdasan akalseseorang terhad pertumbuhannya serta menghadkankebolehan untuk belajar menggunakan kebolehandengan baik. Seseorang yang mengalami kecacatan akal ini tidakselaras dengan usia mereka dan mereka juga dikenalidengan penyakit seperti syndrome down.
  8. 8. Kecacatan pendengaran Ialah individu yang pekak ataupun bisu. Salah satu kecacatan yang dikategorikan kurang upaya dari segi fizikalKecacatan anggotaKecacatan badan sama ada kehilangansalah satu anggota atau kecacatan padamana-mana bahagian badan.Termasuklah mereka yang mengalamipenyakit polio, kudung, lumpuh separuh atausebelah badan dan spastik.
  9. 9. Isu – Isu Berkaitan Orang Kurang Upaya Ciri-ciri perkembangan orang kurang upayaSikap terhadap orang kurang upaya peluang pekerjaan untuk orang kurang upaya
  10. 10. Peluang Pekerjaan Untuk Orang Kurang UpayaMereka merasakan peluang untuk mendapatkan pekerjaan amattipis kerana majikan belum bersedia untuk menerima danmemberi peluang pekerjaan kepada mereka. Keenggananmajikan, disebabkan oleh andaian bahawa orang kurang upayaini akan kerap mengambil cuti dan memerlukan kadar insuransyang tinggi disamping memerlukan keselamatan dan kemudahanpasarana yang menyukarkan pihak majikan.
  11. 11. Sikap Terhadap Orang Kurang Upaya Menurut Write (1983), French (1996), dan Zunker (2002) berpendapat bahawa individu yang mengalami kecacatanfizikal selalunya diberi status rendah dalam masyarakat dantidak dilayan seadilnya,mengakibatkan berlaku pengasingandiri dan perasaan rendah diri di kalangan orang kurangupaya.Mereka tidak dapat menyesuaikan diri bila berhadapandengan pelbagai golongan, khususnya apabila adaperjumpaan sosial di kalangan masyarakat.Mereka lebih senang dan selesa berada di alam sendiri danbersama orang yang memahami mereka.
  12. 12. Ciri – Ciri Perkembangan Orang Kelainan UpayaKebiasaannya golongan oku dibesarkan dalam suasana terlalu dilindungi oleh ibu bapa dan masyarakat.Kongkongan dan sikap ibu bapa serta keluarga yang terlalu berhati-hati dan tidak sanggup membiarkan anak mereka bersendirian mengharungi liku – liku kehidupan menyebabkan mereka terpaksa mengharapkan bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Mereka juga tidak berupaya untuk membuat keputusan. Menurut pakar psikologi Alfred Adler, orang-orang yang cacat fizikal mampu berjaya dengan memampaskan kecacatan mereka dengan kejayaan-kejayaan dalam berbagai bidang. Kini masih ramai orang kurang upaya tidak dapat menunjukkan kepandaian dan kejayaan mereka
  13. 13. Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)Kebanyakan teori perkembangan kerjaya gagal dalam melihatsecara spesifik perkembangan kerjaya Orang Kurang Upaya(OKU).Model perkembangan kerjaya yang dicadangkan oleh R.M. Roth,D.B. Hershenson dan T. Hilliard (1970) merupakan antara modulyang boleh digunakan dalam kaunseling kerjaya untuk OKU.Modul ini berasaskan penilaian latar belakang fizikal dan sosialindividu, personaliti kerja yang dimiliki, motivasi, imej kendirivokasional, kecekapan kerja, tingkahlaku, kemahiran, hubunganinterpersonal, serta pilihan dan penyesuaian pekerjaan (Roth,Hershenson & Hilliard eds., 1970).
  14. 14. Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)Dari segi teori kaunseling kerjaya, OKU adalah sama dengan orangbiasa namun daripada segi praktiknya berlainan. Ini disebabkanoleh kerana OKU menghadapi isu-isu dan masalah yang unik danmungkin tidak difahami oleh orang biasa. Pendekatan kaunselingyang sedia ada perlu dibentuk berdasarkan keperluan OKU,kerana pendekatan itu lebih sesuai untuk orang biasa.Kaunselor juga perlu menyedari pelbagai jenis ketidakupayaanyang dimiliki oleh OKU, kerana ia mempunyai kesan yang berbezaberkaitan perkembangan kerjaya individu. Kesedaran kaunselor inipenting bagi mewujudkan hubungan kaunseling yang berkesandengan klien.
  15. 15. Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)Menurut kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat dan guru kaunselorsekolah pendidikan khas, masalah utama yang sering dihadapisemasa mengkaunsel oku ialah komunikasi . Kesannya• Proses kaunseling mengambil masa yang lama.• Maklumat tidak diperolehi dengan tepat.• Proses menolong kurang berkesan.• Kerahsiaan tidak dapat di kawal.• Klien yang pekak dan bisu, memerlukan seorang juru bahasa sebagai pengantaraan perhubungan.Klien tidak dapat menyatakan sepenuhnya permasalahan kerana adanya pihak ketiga .• Pertemuan perlu dilakukan berulang kali bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.• Kaunselor perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.
  16. 16. Permasalahan Mengkausel Orang kelainan Upaya (OKU)• Kaunselor perlu mengulangi soalan yang ditanya berulang kali bagi mendapatkan jawapan dari klien.• Klien tidak mahu memberikan kerjasama. Biasanya kes rujukan.• Kaunselor perlu menghubungi ibubapa atau penjaga , bagi mendapat maklumat tentang klien.• Klien tidak menjawab dengan betul soalan yang dikemukan oleh kaunselor. contoh: Kaunselor : Wan ada berapa beradik? Klien : Empat beradik.. Kaunselor : Wan anak ke berapa? Klien : Enam…• Kaunselor perlu melayani klien bagi mendapat hubungan yang baik (rapport).
  17. 17. Contoh : Mengkaunsel orang kelainan upaya.Kes: Berguling dan tidur di atas padang.Latar belakang klien:Pelajar tingkatan 2.Umur : 15 tahunMasalah : Pembelajaran ,mempunyai fikiran seperti keanak –anakandan hiperaktif – banyak cakap dan suka ganggu kawan.Pekerjaan Bapa : Jurutera Sesi kaunseling 1 Sesi kaunseling 2
  18. 18. Cadangan Proses Kaunseling OKUFasa I : Mengenal pasti matlamat atau masalah klien. Kaunselor mengenal pasti matlamat atau masalah klien, perasaan serta fikiran klien . Adalah penting bagi kaunselor untuk cuba membentuk satu hubungan kerja yang berkesan dengan klien kurang upaya. Kaunselor perlu mengenal pasti dengan jelas serta memberi penjelasan tentang tanggungjawab kaunselor serta klien dalam proses ini. Daripada tahap awal lagi, klien harus diberikan galakan supaya melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam proses kaunseling. Dua elemen penting yang perlu bagi klien ialah : i. Bertanggungjawab atas tindakan dan akibat tindakan itu. ii.Bertanggungjawab di atas pembuatan keputusan. Seterusnya elemen penting bagi kaunselor dalam hubungan kaunseling ialah : Kaunselor perlu tahu dan bersedia memberitahu klien segala limitasi yang ada padanya berhubung pengetahuannya tentang keadaan kecacatan tertentu. Kaunselor mesti menunjukkan sikap penerimaan tanpa syarat atau anggapan positif terhadap klien.
  19. 19. Mengumpul data Setelah hubungan antara kaunselor dengan klien terbentuk, kaunselor teruskan dengan proses pengumpulan data. Beberapa soalan boleh dikemukakan kepada klien termasuklah soalan berkaitan dirinya dan persekitaran. Contoh: Kenapa Alid selalu datang lewat ? Boss marah tak ? Soalan-soalan seperti ini merupakan titik permulaan kepada proses eksplorasi . Satu lagi soalan yang boleh dikemukakan ialah soalan yang berkaitan secara langsung dengan masalah-masalah orang kurang upaya iaitu soalan tentang halangan-halangan peribadi dan persekitaran yang dialami oleh klien dalam kehidupannya. Contoh: Alid kata, Alid telefon awek . Boleh tak kalau tak telefon dia? Seterusnya dicadangkan juga kaunselor mengemukakan soalan tentang gaya pembuatan keputusan klien. Contoh : Habis tu, Alid nak buat macam mana?
  20. 20. Memahami dan membentuk hipotesis tentangtingkah laku klien. Setelah maklumat tentang klien seperti halangan-halangan peribadi dan persekitaraan serta pola pembuatan keputusan klien diperolehi, kaunselor dan juga klien sudah bersedia untuk membentuk hipotesis bagaimana maklumat-maklumat yang diperolehi itu dapat dikaitkan dengan proses perubahan tingkah laku. Pada tahap ini, disarankan kaunselor menggunakan segala asas teori kaunseling dan psikoterapi yang dipunyai serta maklumat-maklumat yang dia peroleh tentang individu kurang upaya sebagai panduan dalam memahami dan menginterpretasi tingkah laku dan maklumat klien.
  21. 21. Proses Kaunseling : Fasa II Mengambil tindakan Di tahap ini kaunselor dan klien mengambil tindakan untuk kemajuan diri yang positif. Di sini proses kaunseling menggunakan asas teori dan prosedur penilaian yang komprehensif, realistik dan berfokuskan kepada keperluan, kehendak, kemahiran dan kelemahan-kelemahan yang ada pada klien. Prosedur penilaian juga perlu mengambil kira kekuatan yang ada pada klien dalam proses pembentukan matlamat. Memandangkan bahawa kecacatan klien mungkin memberi kesan kepada orang terdekat seperti keluarga, ahli-ahli keluarga yang dikenalpasti oleh klien boleh dijemput turut sama di tahap ini.
  22. 22. Menilai keberkesanan kaunseling dan menamatkanhubungan Bagi kebanyakan proses kaunseling, penglibatan klien yang aktif dan sepenuhnya merupakan elemen penting yang akan menyumbang kepada kejayaan kaunseling. Untuk menjayakan proses perkembangan diri orang kelainan upaya, khidmat susulan adalah diperlukan. Oleh itu, apabila menamatkan hubungan kaunseling, kaunselor dan klien perlu menentukan satu cara bagi memastikan pencapaian segala perancangan yang diadakan. Walaupun susulan itu perlu dilakukan oleh kaunselor, kejayaan dan pencapaian klien bergantung kepada diri mereka sendiri dan keupayaan mereka untuk merealisasikan apa yang telah dirancangkan.
  23. 23. SARANAN MENGKAUSEL OKU M.J. Leahy dan E.M. Szymanski (1993) menyarankan beberapacadangan yang berguna dalam menjalankan kaunseling untukOKU.e.Berkomunikasi dengan jelas.f.Menggunakan ayat yang pendek, jelas dan dan ringkas.g.Kaunselot perlu bersedia bagi OKU yang tiada sokongankeluarga.J.F. Kosciulek (2003) mencadangkan dua fasa;x.melibatkan proses mengenal pasti masalah ataupun matlamatklien, mengumpul data dan memahami, serta membentuk hipotesisberkaitan tingkah-laku klien.xii. Tindakan klien membentuk matlamat, merancang tindakan dan menilai keberkesanan kaunseling serta menamatkan sesi kaunseling.
  24. 24. SARANAN MENGKAUSEL OKU R.M. Roth, D.B. Hershenson dan T. Hilliard (1970) mengatakanbahawa tidak ada kaunselor yang dapat memberikan kaunselingyang berkesan kepada orang cacat, terutamanya orang cacatpenglihatan, melainkan dia benar-benar memahami permasalahantertentu yang dialami oleh golongan ini. Kaunselor tersebut harusmemahami sejauh mana ketidakupayaan seseorang itumempengaruhi tahap sosial,emosi,kemampuan vokasionalmereka.Menurut R.M. Roth, D.B. Hershenson dan T. Hilliard (1970) lagi,kaunselor juga perlu menyedari bahawa mereka sedang berurusandengan Orang Kelainan Upaya (OKU). Oleh itu, segala keputusanatau alternatif yang dipilih hendaklah selaras dengan keupayaanatau kemampuan golongan ini. Walau bagaimanapun, kaunselortidak perlulah terlalu terikat dengan kekangan - kekangan tertentuseperti perasaan simpati yang melebihi perasaan empati sehinggamenjejaskan kelancaran proses kaunseling.
  25. 25. SARANAN MENGKAUSEL OKU3.Menggunakan bahasa yang mudah.4.Menggunakan teknik yang bersesuaian.5.Menghormati nilai dan kepercayaan klien.6.Memberi penekanan kepada kekuatan klien.7.Perlu ada unsur humor bagi menarik minat dan pengekalansesi.8.Perlu mengelakkan isu sensitif yang membolehkan emosiklien berubah.9.Kaunselor perlu bertindak secara realistik.10.Memerlukan sokongan ahli keluarga terutama dalamproses membuat keputusan.9. Kaunselor perlu kreatif dan terbuka dalam perkembangan populasi OKU yang heterogeus.10. Tugasan yang diberikan mestilah mudah dan ringkas.11. Khidmat susulan amat diperlukan.
  26. 26. Peranan Kaunselor bagi OKU Kaunselor Kaunselor sebagai sebagai orang tengah penyelaras Kaunselor Kaunselor sebagai role –modelsebagai perunding
  27. 27. Kaunselor sebagai penyelaras  Kaunselor bagi golongan orang kurang upaya perlu memainkan peranan sebagai penyelaras dan bekerjasama dengan guru, pentadbir, ibu bapa serta badan-badan kerajaan dan swasta bagi memastikan program yang dibentuk dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.  Kaunselor sekolah juga adalah ahli kepada pasukan yang bekerjasama dengan personalia sekolah dan kementerian pendidikan, guru pendidikan khas, doktor perubatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain dalam usaha membantu individu kurang upaya. Kaunselor sebagai perunding  Kaunselor juga berperanan sebagai perunding yang berkesan disamping menjadi orang yang akan menyuarakan keperluan dan kehendak orang kurang upaya.  Oleh kerana diandaikan kaunselor adalah orang yang berpengetahuan tentang orang kurang upaya, maka dialah yang akan dapat menyampaikan maklumat yang diperlukan kepada majikan yang terlibat dalam program-program penempatan orang
  28. 28. Kaunselor sebagai orang tengahi Sebagai seorang kaunselor kerjaya, salah satu peranan yang perlu dimainkan ialah membentuk jaringan kerja dengan badan-badan kerajaan, industri dan organisasi perniagaan.j Hasil daripada jaringan kerja ini kaunselor dapat mengetahui majikan mana yang bersedia memberi peluang pekerjaan untuk orang kurang upaya.n Di samping itu, kaunselor dapat juga cuba mempengaruhi majikan-majikan untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya sambil membantu majikan memahami keperluan orang kurang upaya.k Kaunselor kerjaya boleh mengadakan pertemuan dengan majikan-majikan yang mempunyai keraguan dan takut untuk mengambil pekerja kurang upaya serta memberi pengetahuan tentang tentang jenis-jenis kecacatan dan apa yang mereka perlu tahu.u Bagi Lombana (1992, dalam Zunker, 2002) pengetahuan dan kefahaman tentang orang kurang upaya adalah satu cara yang berkesan dalam menghapuskan sikap negatif dan membentuk sikap positif terhadap orang kurang upaya.
  29. 29. Kaunselor sebagai role - model Kaunselor perlu menunjukkan sikap yang positif, memahami dan bersimpati terhadap orang kurang upaya. Sikap dan sifat kaunselor itu akan menjadi contoh kepada orang lain dalam masyarakat terutama sekali majikan yang bakal mengambil orang kurang upaya untuk bekerja dengan mereka.
  30. 30. Kecekapan yang perlu ada sebagai kaunselor oku. ai puny n Mem ahua et ia peng orang Bersed i ng tenta upaya menjad g dan kuran terbuka ikhlas yai Me mpun iran k emah a has berba t isyara Menjadi kreatif dan proaktif
  31. 31. Rumusan Kaunseling yang efektif perlu dilaksanakan bagi membantu golongan ini mencapai kejayaan dalam semua bidang termasuk kerjaya dan seterusnya mampu menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Namun, tanpa komitmen dan sokongan yang padu daripada semua pihak, usaha murni ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya, malah kebajikan golongan OKU juga tidak akan terbela dan tiada jalan penyelesaiannya sampai bila-bila.
  32. 32. Terima kasih

×