Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

20,787 views

Published on

Published in: Entertainment & Humor
1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
  • terima kasih atas maklumat yang diberi!!!maklumat ini telah membantu saya dalam pt3 2015!!!
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
20,787
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
108
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

  1. 1. • MUHAMMAD ARIF AIMRAN • MUHAMMAD LUQMAN HAKIM • MOHAMMAD ISHRAUF ILYAS • MUHAMMAD IZZAT ABD RAHMAN • MUHAMMAD FAKHRULLAH • MUHAMMAD HILMIE • NADIA HANAFIAH • KHAIRUNIZA BAKRI • NOR AIN AZMAN • NUR ZAKIAH HANIM
  2. 2. DEFINISI KESELAMATAN NEGARA  Keselamatan negara merujuk kepada tujuan dan cara bagaimana sesebuah negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya mengekalkan nilai teras negara tersebut.  Walter Lipmann menganggap “ a nation is secure to the extent to which it is not in danger of having to sacrifice core values if it wishes to avoid war, and is able if challenged to maintain them by victory in such a war”
  3. 3.  Arnold Wolfers pula menyatakan bahawa “ security rises and falls with the ability of a nation to deter an attack.” Argumentasi seperti ini menunjukkan aliran pemikiran Realist yang tertumpu.
  4. 4. OBJEKTIF KAJIAN  Menerapkan sifat kerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keselamatan negara.  Memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap individu betapa pentingnya menjaga keselamatan negara.  Mewujudkan masyarakat yang peka dengan isu- isu semasa dan masalah dalam negara.  Menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah negara.
  5. 5. PENGENALAN  Tanggungjawab memelihara keamanan, keselamatan dan mengisi kemerdekaan bukan sahaja menjadi tanggungjawab pemimpin tetapi kerjasama seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.  Keselamatan negara ini amat besar nilai dan ertinya. Kita harus berusaha untuk memastikan bahawa masa depan Malaysia hanya akan dicorak dan diwarnakan oleh setiap individu warganya dan bukan orang lain.
  6. 6.  Peranan rakyat dalam erti mempertahankan kedaulatan negara amat penting kerana ia akan membawa implikasi terhadap memperkasa soal ketaatan yang tak berbelah demi menjamin keselamatan terhadap negara.  Peranan ini penting dalam usaha membawa konsep perpaduan yang lebih jitu ke arah pembentukan sebuah negarabangsa yang benar- benar utuh.
  7. 7. KEPENTINGAN MENGETAHUI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Mengenal Diri Dan Mencintai Warisan Bangsa  Kita mestilah mempunyai jati dii yang kuat, tahu asal usul dan sentiasa mengekalkan identiti diri walau di mana kita berada.  Individu yang mempunyai jati diri yang kukuh akan sentiasa menyanjung tinggi warisan tanah air. Oleh itu warisan tanah air perlu dijaga dan dipelihara supaya generasi akan datang kenal dan tahu pembinaan sejarah bangsa dan menghormati warisan yang ditinggalkan untuk mereka.
  8. 8. Mempunyai Perasaan Cinta / Bangga Terhadap Bangsa Dan Negara  Seorang individu warganegara bukan sahaja bertanggungjawab kepada diri dan keluarganya malah mereka turut bertanggungjawab terhadap negara.  Hal ini termasuklah perasaan untuk memajukan negara, mempertahankan dan membela kedaulatan negara dalam apa jua keadaan.
  9. 9. Bersemangat Kekitaan, Berdisiplin dan Hidup Bermasyarakat Secara Harmonis.  Setiap warganegara mestilah mempunyai sikap prihatin, tolak ansur serta bekerjasama di antara satu sama lain  Masyarakat juga mestilah menerima dan menghormati perbezaan budaya dan kehidupan yang merupakan teras kepada pembentukan integrasi nasional.
  10. 10. PERANAN ORANG AWAM DALAM MENJAGA KESELAMATAN NEGARA  Mewujudkan Rukun Tetangga di kawasan- kawasan perumahan untuk menjaga keselamatan dan keamanan sekitar perumahan.
  11. 11.  Mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.
  12. 12.  Janganlah terjebak dan terikut-ikut dengan mereka yang tidak menyedari asal usul serta tidak memahami adat istiadat latar belakang penduduk dan agama di negara ini dan mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu demi kepentingan peribadi dan politik mereka.
  13. 13.  Masyarakat haruslah bersatu-padu dan bekerjasama dalam mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.
  14. 14.  Generasi muda haruslah menanam sifat cintakan negara. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
  15. 15.  Berkongsi maklumat tentang keselamatan di laman sosial.
  16. 16. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MAHASISWA DALAM MENJAGA KESELAMATAN NEGARA Memupuk sikap dan nilai dalam diri.  Memupuk sikap dan nilai dalam diri untuk menjadi warganegara dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanah air. Semangat cintakan negara dan rasa taat setia perlu disemai dalam diri setiap individu kerana ia akan mewujudkan rakyat yang bukan sahaja bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara malah bertanggungjawab demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.
  17. 17. Menghormati perbezaan keturunan, kebudayaan dan agama.  Setiap individu mestilah bertolak ansur antara satu sama lain, serta menghormati cara hidup, pegangan, adat resam, budaya serta keturunan kumpulan etnik. Soal perbezaan, perasaan prasangka dan perkauman antara kaum hendaklah diketepikan bagi menjamin suasana yang harmoni.  Semangat persefahaman dan toleransi akan kekal sekiranya perkara-perkara sensitif tidak diungkit atau dibahaskan. Setiap warganegara yang berlainan kaum perlu menerima dan mengakui kepentingan kaum lain dalam menjalani kehidupan seharian. Sistem nilai yang positif harus diamalkan tidak mengira kaum.
  18. 18. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu  Tanpa perpaduan yang mantap, kesejahteraan tidak akan dapat dicapai walaupun negara mencapai status negara maju.  Perpaduan yang hendak dicapai mestilah melalui cara hidup demokratik akan menjadi tunjang kepada jaminan keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan bersama.
  19. 19. PERANAN WARGANERAGARA DALAM KONTEKS AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR.  Islam mewajibkan umatnya memelihara hubungan sesama insan dan juga hubungan dengan Allah.  Islam juga menitik beratkan soal keselamatan, keamanan dan kedamaian.  Setiap insan mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran yang berlaku.
  20. 20.  Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akan hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama.  Begitu juga dengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah, menghasut dan memburuk-burukkan keburukan orang lain. Semua ini, boleh membawa kepada permusuhan dan menganggu keharmonian dalam masyarakat.
  21. 21.  Masyarakat hendaklah sama-sama membantu pihak berkuasa melalui berbagai kaedah seperti dengan menyalurkan maklumat menerusi talian rakan COP, laman web PDRM, talian 999 menghubungi pusat-pusat kawalan PDRM di daerah dan negeri masing-masing atau menghubungi balai-balai polis berhampiran.
  22. 22. CABARAN DAN HALANGAN Ancaman komunis.  Ancaman pengganas komunis semasa darurat dan kemunculan beberapa kumpulan militan seperti kumpulan tentera sabilillah, kumpulan Nasir Ismail, al-Maunah dan lain lain lagi yang kesemuanya menuntut berlakunya peperangan dan pertumpahan darah serta nyawa.
  23. 23. Peristiwa 13 Mei 1969  Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.  Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.  Statistik tidak rasmi jumlah kematian:  Melayu : 86 orang  Cina : 342 orang  Lain-lain : 3 orang
  24. 24. Perhimpunan bersih  Perhimpunan Bersih 2012 atau Bersih 3.0 (juga dipanggil Duduk Bantah) ialah suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur. Himpunan ini merupakan lanjutan kepada Perhimpunan Bersih 2007 dan Perhimpunan Bersih 2011. Ia dianjurkan NGO BERSIH dengan sokongan Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu disertai 84 buah NGO dan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.
  25. 25. Lahad Datu, Sabah  Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak- pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.
  26. 26. Statistik Nahas Jumlah Korban Tarikh Lokasi Pengikut Kesultanan Sulu Pihak berkuasa Malaysia Orang awam Jumlah 1 Mac Lahad Datu 12 2 1 15 3 Mac Semporna 7 6 0 13 6–7 Mac Kampung Tanjung Batu 31 0 0 31 Kampung Tanduo 1 0 0 1 12 Mac Sungai Nyamuk 2 1 0 1 Jumlah 53 9 1 63
  27. 27. PENYELESAIAN CABARAN DAN HALANGAN Penubuhan Majlis Keselamatan Negara  Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan.
  28. 28. Akta Keselamatan Dalam Negeri Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act, merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia, melibatkan beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad. Namun pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang- undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.
  29. 29. RUMUSAN  Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan rasai sekarang adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan pejuang tanahair yang mempunyai semangat patriotik yagn tinggi dan kental. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap isi warganegara untuk bersama-bersama mengekalkan keamanan,kesejahteraan,keharmonian dan keselamatan negara.
  30. 30.  Setiap masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjwab yang perlu dilaksanakan dalam menjaga keselamatan negara. Walau apa jua bidang yang diceburi, laksanakanlah tugas sebagai rakyat Malaysia dengan penuh tanggungjawab,jujur dan saling bekerjasama.  Persefahaman antara setiap individu tanpa mengira agama,kaum dan bangsa adalah penting demi membentuk negara yang aman dan makmur.

×