Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 1
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
PENGENALAN
Pada 4 Ogos 2010, satu Program Kawad Kebakaran ...
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 2
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
Setelah selesai Latihan Kawad Kebakaran, guru Penolong Kan...
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 3
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
PENUTUP
Latihan Kawad Kebakaran ini berlansung seperti yan...
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 4
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
ATUCARA PROGRAM
9.30 pagi : Loceng Kecemasan berbunyi
9.45...
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 5
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
PELAN KEBAKARAN
TINGKAT BAWAH
TEMPAT BERKUMPUL
(PADANG SEK...
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 6
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
LAMPIRAN
LATIHAN KAWAD KAKI SMKTK 2010
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 7
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
LAMPIRAN
Guru dan pelajar bergerak menuju ke kawasan terbu...
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 8
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
Pegawai Bomba dan Penyelamat membuat demonstrasi memadamka...
KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 9
4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI
Wakil dari pelajar lelaki membuat latihan memadamkan kebak...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

Related Books

Free with a 30 day trial from Scribd

See all
  • Be the first to comment

85129950 laporan-kawad-kebakaran-skj2-2011

  1. 1. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 1 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI PENGENALAN Pada 4 Ogos 2010, satu Program Kawad Kebakaran (fire-drill) telah dibuat dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari dan Jabatan Bomba Kulim. Program ini telah dirancang awal di luar pengetahuan guru-guru dan pelajar untuk menilai tahap kecekapan dan sensitiviti warga sekolah terhadap situasi kecemasan seperti kebakaran. Penggerak utama latihan kawad kebakaran ini ialah Tuan Haji Zainal Abidin bin Ahmad Turki. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Jabatan Bomba Kulim iaitu Encik Saad bin Hassan dan Encik Khairul Rijal bin Affendi bagi menjayakan program latihan kawad kaki ini. PERJALANAN PROGRAM KAWAD KEBAKARAN Latihan Kawad Kebakaran bermula pada pukul 9.30 pagi apabila loceng kecemasan (deringan panjang tanpa henti) dibunyikan. Sehubungan itu semua murid telah mengikut arahan yang telah diarahkan oleh guru untuk ke kawasan selamat iaitu di padang sekolah setelah masing-masing dapat mengenalpasti loceng kecemasan tersebut. Ketua-ketua tingkatan membantu dan mengenalpasti bilangan pelajar mencukupi, manakala guru tingkatan memeriksa kedatangan pelajar. Setelah diteliti, semua pelajar dan guru berjaya dan selamat berkumpul di kawasan padang sekolah. Catatan masa yang diambil oleh pelajar untuk berkumpul adalah sekitar 5 minit. Piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah tiga minit. Pegawai Bomba dan Penyelamat yang hadir untuk memantau latihan yang diadakan pada hari ini, berpuas hati dengan catatan masa yang dicatatkan oleh murid-murid walaupun tidak mencapai standard yang telah ditetapkan. Pegawai tersebut menyarankan pihak sekolah perlu lebih kerap mengadakan latihan ini bagi mencapai standard masa yang ditetapkan.
  2. 2. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 2 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI Setelah selesai Latihan Kawad Kebakaran, guru Penolong Kanan HEM, Encik Ramani memberi sedikit penerangan tentang tujuan latihan kawad kebakaran diadakan iaitu untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang langkah-langkah awal bagi menghadapi kejadian kebakaran yang boleh berlaku pada bila-bila masa di bangunan sekolah. Kemudian pihak Bomba dan Penyelamat Kulim telah mengadakan demonstrasi memadam kebakaran yang berpunca daripada sumber petrol dengan menggunakan alat pemadam kebakaran yang bersesuaian iaitu debu kering (dry powder). Pihak bomba juga telah memberi penerangan tentang penggunaan alat pemadam kebakaran jenis Karbon Dioksida (CO2) yg sesuai untuk kebakaran di kawasan tertutup contohnya di makmal computer. Alat pemadam kebakaran jenis ini boleh mengelakkan bahan atau peralatan elektrik dari rosak. Setelah selesai membuat demonstrasi memadam kebakaran, pelajar dan guru juga diberi peluang untuk menggunakan alat pemadam kebakaran bagi memadamkan api yang berpunca daripada sumber petrol. Seramai 3 orang pelajar dan 2 orang guru tampil sebagai sukarela untuk mencuba memadamkan api kebakaran tersebut. Kelima-lima sukarela tersebut berjaya memadamkan api dengan kaedah yang betul dan masa yg singkat. Program ini berakhir pada jam 10.20 pagi. Pelajar dibenarkan bersurai dan digerakkan secara teratur ke kantin untuk rehat, manakala guru mengiringi Pegawai Bomba dan Penyelamat untuk jamuan makan. Pegawai Bomba dan Penyelamat, En Khairul Rijal bin Affendi dan Encik Saad bin Hassan telah berterima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi kerjasama dan menunjukkan sikap yang baik sepanjang latihan kawad kebakaran sedang berjalan.
  3. 3. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 3 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI PENUTUP Latihan Kawad Kebakaran ini berlansung seperti yang dirancang. Namun begitu wakil pelajar lelaki yang telah membuat demonstrasi memadam api kebakaran telah mengalami kepedihan ringan pada kulit muka apabila terlalu terdedah dengan bahang kebakaran semasa memadamkan api, namun demikian keadaan itu dapat ditangani dengan baik setelah guru membawanya ke bilik air dan mukanya dibasahkan dengan air mengalir seperti yang dinasihatkan pegawai bomba. Sehubungan itu latihan ini telah mewujudkan nilai kerjasama, bantu-membantu, keprihatinan, sensitiviti, seluruh warga sekolah. Disediakan oleh, Disemak oleh, (Nur Hamizah binti Hamidon) (En. Ramani A/L Nathianathan)
  4. 4. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 4 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI ATUCARA PROGRAM 9.30 pagi : Loceng Kecemasan berbunyi 9.45 pagi : Guru mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas masing-masing 10.00 pagi : Pegawai bomba memberi penerangan tentang latihan kawad kebakaran, jenis2 pemadam api dan langkah menggunakan alat pemadam api 10.00 pagi : Pegawai bomba membuat tunjuk cara/demonstrasi memadamkan api menggunakan alat pemadam api jenis debu kering (dry powder) dan karbon dioksida (CO2 ). Latihan memadamkan kebakaran dari pelajar – Nur Izzati (5K3), Mohd Lokman (2 Iltizam). Latihan memadamkan kebakaran dari guru perempuan – Puan Hamidah Latihan memadamkan kebakaran dari guru lelaki – En Nazmier 10.20 pagi : Latihan selesai. Pelajar bergerak ke kantin untuk rehat. Guru mengiring pegawai-pegawai bomba dan penyelamat ke bilik jamuan.
  5. 5. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 5 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI PELAN KEBAKARAN TINGKAT BAWAH TEMPAT BERKUMPUL (PADANG SEKOLAH)
  6. 6. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 6 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI LAMPIRAN LATIHAN KAWAD KAKI SMKTK 2010
  7. 7. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 7 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI LAMPIRAN Guru dan pelajar bergerak menuju ke kawasan terbuka dan selamat iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM, Encik Ramani memberi sedikit penerangan tentang Latihan Kawad Kebakaran.
  8. 8. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 8 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI Pegawai Bomba dan Penyelamat membuat demonstrasi memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran. Pegawai Bomba dan Penyelamat membuat persiapan Demonstrasi memadamkan kebakaran.
  9. 9. KAWAD KEBAKARAN SMKTK 2010 9 4 O G O S 2 0 1 0 SMK TAMAN KENARI Wakil dari pelajar lelaki membuat latihan memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran jenis debu kering. Puan Hamidah tampil sebagai sukarela membuat latihan memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran jenis debu kering.

    Be the first to comment

    Login to see the comments

  • jenwil2009

    Apr. 27, 2016

Views

Total views

5,920

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

6

Actions

Downloads

286

Shares

0

Comments

0

Likes

1

×