Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan
Pengajaran bermaksud satu lakuan (act) yang direka bentuk untuk
menghasilkan pembelajaran.
Pembelajaran bermaksud suatu gerakbalas kepada rangsangan-
rangsangan yang membawa kepada satu perubahan tingkah laku.
Strategi pengajaran ialah rancangan atau kaedah yang disediakan dengan
baik terlebih dahulu untuk menggalakkan pembelajaran di kalangan pelajar.
Pengajaran merupakan aktiviti yang memerlukan penguasaan beberapa
teknik kemahiran untuk mengajar secara berkesan dan bermakna. Untuk itu, guru
perlu memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar mereka.
Guru perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai teknik pengajaran.
Mereka perlu mengetahui teknik kemahiran membuat perancangan pengajaran dan
menentukan objektif kerana mereka perlu memastikan hala tuju pelajar pada hujung
tiap-tiap pelajaran.
Sebelum memperkenalkan pengajaran, guru hendaklah mengenali latar
belakang anak didik mereka terlebih dahulu. Untuk itu, guru patut mengetahui teknik
yang tertentu dalam soal ini. Guru juga perlu dapat mengaitkan pengajaran yang lalu
dengan yang hendak disampaikan itu. Mereka sewajarnya dapat menggunakan,
1
menilai dan membincangkan penggunaan kemahiran itu di kalangan mereka.
Lagipun, untuk menjadi guru yang baik mereka harus dapat bertutur dengan petah
di samping boleh menggunakan bahasa dengan berkesan.
Dalam mempersembahkan pengajaran, guru hendaklah dapat mengawal
gerak geri mereka. Selain itu, guru perlu dapat mengolah isi pelajaran dan berhujah,
memberi penerangan yang jelas dan contoh yang sesuai dalam menyampaikan
pelajaran kepada pelajar mereka. Guru hendaklah menguasai teknik kemahiran
menyoal, membuat peneguhan, analisis dan penilaian, mendapat maklum balas,
mengawal kelas dan menggunakan bahan bantu mengajar dengan betul untuk
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka . Mereka perlu
mewujudkan suasana yang sesuai dalam kegiatan pembelajaran. Dalam soal ini,
mereka boleh menggunakan teknik kemahiran bercerita disulami dengan jenaka dan
membuat saranan.
Pelajar juga harus diberi persediaan untuk menghadapi pengajaran guru.
Minat pelajar perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dengan mengubah strategi dan
menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Guru perlu membuat
rumusan dan penilaian terhadap pengajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah dapat
menguasai kemahiran asas dan membina tapak yang kukuh dalam pengajarannya.
Mereka hendaklah dapat memeriksa kemahiran-kemahiran itu dengan
memisahkannya antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan dapat mengkaji
secara berasingan tiap-tiap kemahiran itu dengan lebih jelas lagi
2
Dalam menyajikan pelajaran, guru hendaklah mempunyai keyakinan diri.
Mereka hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran itu untuk membina keyakinan
diri. Dengan peningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang
diperlukan akan wujud dalam diri mereka. Langkah ini akan menjadikan guru bersiap
sedia menghadapi segala masalah yang berlaku dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga akan dapat menyaksikan kekurangan yang ada pada diri
sendiri untuk ditangani dan mereka akan dapat menghadapi segala cabaran sebagai
seorang pendidik. Oleh itu mereka akan mengkaji, memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi kamahiran-kemahiran mereka.
KAK RAM GC
3