Baba dan nyonya

22,514 views

Published on

0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
22,514
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
485
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Baba dan nyonya

  1. 1. SEJARAH PEMBENTUKKAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DAN KEUNIKAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYANAMA : RAGU BATHI KANNANSUBJECT : MALAYSIAN STUDIESID : SC-KL-00032870
  2. 2. Negeri Melaka sememangnya terkenal dengan masyarakat berketurunan Baba danNyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikatakan berasal dari Tanah Besar China yangberhijrah ke Melaka sejak 600 tahun dahulu. Pada awalnya, masyarakat ini hanya terdapat diMelaka sahaja. Namun begitu, setelah Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang,masyarakat Baba dan Nyonya mula berhijrah kedua-dua negeri ini. Menurut sejarah,perkembangan masyarakat ini di Melaka bermula sewaktu berkembangnya zaman kesultananMelayu Melaka lagi. Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telahberjaya menarik ramai pedagang dari luar negara temasuk dari negara China untuk berdagangdi Melaka. Pedagang-pedagang dari negara China ini telah berkahwin dengan wanitatempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenalisebagai Baba Nyonya. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China.Masyarakat berketurunan Baba dan Nyonya sememangnya berbangsa Cina. . Pada mulanyamereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin denganwanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.
  3. 3. Oleh hal yang demikian kaum Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan kaumMelayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakan masyarakat ini masihmengamalkan agama anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan terdapat jugasesetengah daripada mereka yang telah menukar agama ke agama Islam dan juga Kristian. Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakatMelayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yangmenjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.Dalam meniti kehidupan seharian mereka, amalan memakai sanggul masih lagi diamalkanbagi kaum wanita. Menurut sejarah, amalan ini merupakan satu simbolik atau lambangpengabdian dan juga boleh dikatakan sebagai keunikkan mereka kepada kerajaan Manchu(zaman sebelum penghijrahan ke Tanah Melayu). Selain itu, banyak pantang larang dankepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Babadan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonyamempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Dari segi makanan pula, tiadabezanya dengan kaum Melayu. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakantradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakanmasyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadikegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacanmenjadi kegermaran seharian. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orangMelayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamahhidangan seperti masyarakat Melayu. Bukan sahaja masakan kaum Melayu, malah kaum BabaNyonya juga turut terpengaruh dengan cara penghidangan makanan yang disertakan denganulam. Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedasdan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan denganmasakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapaipulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina danMelayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Masakan Nyonya pula lebih kepadadaging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili.Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satuidentiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayamkunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili. Di antara masakan Nyonya yang menerimapengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai.Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging
  4. 4. itik dimasak dengan sayur masin). Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakanistimewa bagi masyarakat Baba. Pakaian kaum Baba dan Nyonya telah menjadi tarikan utama bagi etnik tersebut.Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyangmereka. Manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyakpersamaan dengan keturunan Cina. Masyarakat ini masih mengenakan pakaian tradisi merekaiaitu berkebaya pendek atau lebih dikenali sebagai kebaya nyonya dan bagi kaum lelaki pula,mereka akan mengenakan kain sarung. Selain itu, Baba dan Nyonya juga turut memakaipakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasutmanik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaranyang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yangdijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bungaEropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkantumit. Dari aspek bahasa yang digunakan oleh kaum unik tersebut, masyarakat baba Nyonyadi Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyaipertalian darah dengan keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasaMelayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga bolehbertutur bahasa Hokkien. Sebagaimana kaum-kaum lain mempunyai pantang dan larangan masing-masing,kaum Baba Nyonya juga mempunyai pantang dan larangan mereka yang tersendiri yang amatunik. Antaranya, Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang danbomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasamenangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampukdengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untukmeminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada menggangguanak mereka. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebutdikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yangmengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa jugakeluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranyapisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya
  5. 5. akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demamcampak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomohuntuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Begitulahtentang keunikkan kaum ini mengenai penyembahan mereka. Tambahan pula, kaum Baba Nyonya juga mempunyai keunikkan yang agak ketara darisegi muzik dan tarian mereka. Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba danNyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya DondangSayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan.Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonyaakan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera dan Dondang SayangBaba Nyonya. Bagi generasi kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun ataukeroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kinitelah berkurangan. Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saatyang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancangterlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi beginibukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyaiadat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonyamerupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masihlagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adatperkahwinan mereka. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan sepertimasyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau. Upacara cheo thau dimulakan di rumahpengantin perempuan terlebih dahulu di mana Sam Kai ( colok ) akan dinaikkan menghadappintu utama ruang tamu. Seterusnya, ibu bapa pengantin akan menyalakan lilin merah di atasmeja yang di sediakan. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami danisteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akanberkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluargamereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktumalam. Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan denganmelawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yangbersampul merah dan di hantar oleh Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan
  6. 6. saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacaraperkahwinan. Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yanglabuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi kueh ih yang terletak elok didalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dandimasukan bersama-sama dengan air gula yang telah dimasak. ‘Kuih ih’ ini juga digunakanoleh pasangan pengantin pada upacara seterusnya. Untuk hari kueh ih ia juga di panggil sangih yang bermaksud untuk memperkenalkan. Kuih ih pula adalah symbol bagi benda yangbaik untuk perkahwinan. Selain dari sang ih, tanglung, kain merah atau chye kee akandiletakkan di pintu utama. Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja Sam Kai dikenali sebagai Tok Wee. KainTok Wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan abadi danjuga hiasan yang mewakili perlanjutan, kemewahan, dan pengajaran. Diatas kain Sam Kaiterdapat dua batang lilin merah. Lilin ini dicorakkan dengan lapan potongan. Manakala padabahagian belakangnya pula terdapat mangkuk-mangkuk kecil yang diisikan dengan ‘kuih ih’yang berwarna-warni. Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kayadengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan denganStangee iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga denganpotpouri yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenalisebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya, hari Khuih Thiah iaitu haripembukaan untuk perayaan. Ia juga dikenali sebagai hari kupas bawang. Hari tersebut jugaturut di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagaipersiapan. Hari ini disusuli oleh hari menyambal. Kebiasaannya mereka membuat sambalsebanyak 20 jenis, antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersamadengan nasi lemak pada hari kedua belas upacara perkahwinan. Dua hari sebelum perkahwinan, hari tumbuk tepung dan Sang Jit di uruskan dahulu.Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng daripisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah pututekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. Sang Jit ialah haribertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang seringdi tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
  7. 7. ‘Chia N Lang Kheh’ merupakan jamuan makan malam di rumah pengantinperempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan serunee atau serunai akanmenghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh SangKheh Umm atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuanberjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh PakChindek iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan. ‘ChiuThau’ merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan.Tempat pemujaan khasnya di panggil Sam Kai atau Sang kuan tai Tay yang mewakilisyurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebihdahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalaniadat atau upacara Chim Pang. Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantinperempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan,mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.Upacara Choon Tok ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suamiisteri. Pada hari sah jit (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembahhormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka. Upacara ‘Cha n Sia’ ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihakpengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kainsarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.Pada hari ini juga nyanyian Dondang Sayang akan dinyanyikan dan diselang-selikan denganlawak jenaka, pujian dan ransangan. Hari ke-dua belas merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasilemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini dikukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasaknasi lemak di panggil Bibi Nasi Lemak. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambilmenikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih. ‘Chia n Ching, Che Umm’ merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga simertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan diantara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungankekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan
  8. 8. semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalammasyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkandaripada terjadinya sesuatu yang tidak baik. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonyaini nampaknya merumitkan, namun adat ini terutamanya yang meperlihatkan betapaistimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun adabeberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya iniialah sesuatu yang menarik dan unik. Seterusnya, adat perayaan Baba Nyonya. Tahun Baru Cina merupakan perayaanterpenting orang Cina dan juga Baba Nyoya bagi menyambut tahun baru dalam kalendarqamari Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dankehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembaliberkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar merekatidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengahmalam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasibmalang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga danpokok limau. Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalamkalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapahelai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayaihidup di kubur.Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertasemas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telahmati terutama nenek-moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba juga akan mengadakanpersembahan lauk ketika bersembahyang, iaitu persembahan yang menggunakan peralatanBaba seperti dulang, pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkankegembiraan roh dalam kubur. Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, air arakdan makanan lain. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada rohnenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat kejayaandi dunia. Kesenian masyarakat Baba kebanyakkannya mempunyai motif yang berasal darinegara China, namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atauIslam. Perhiasan kaum Baba kebiasaannya diukir dengan hasil ukiran yang halus dan
  9. 9. ukirannya timbul. Misalnya seperti kerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul.Selainitu, peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik pada porselin. Porselinini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Porselin inimerupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yangdiperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong dinegara China, oleh itu peralatan ini tidak akandieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burungpheonix, bunga dahlia,bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bungabotan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba, inikerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua,hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakanuntuk menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamel warna-warniyang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan, dan biasanya akan digunakanketika minum teh pada hari perkahwinan. Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagaitujuan, khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuatdaripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi denganpelbagai juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corakhiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemiliknya. Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yangunik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikanbudaya mereka tidak akan semakin dipingggirkan. Identiti masyarakat Baba adalah hasildaripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu,hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur katadan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasiinilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik.Kewujudanmasyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasikebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuahnegara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Dapatdiringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asmilasi duakelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latarbelakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba. Masyarakat Babadan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayanguntuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankanbudaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina
  10. 10. dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalammasyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupanbermasyarakat.

×