Taj 1 BMM3107

1,474 views

Published on

2 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
1,474
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
100
Comments
2
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Taj 1 BMM3107

  1. 1. SEJARAHPERKEMBANGANILMU LINGUISTIK TENGKU FEZZYAZLI BIN TENGKU AB. GHANI SITI NURULHASIKIN BINTI HANAFI
  2. 2. SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK PERINGKAT AWAL PERINGKAT PERKEMBANGAN PERINGKAT PEMODENAN
  3. 3. PERINGKAT AWALZAMAN INDIA ZAMAN YUNANIZAMAN PERTENGAHAN ZAMAN ROMAWIZAMAN PEMBAHARUAN
  4. 4. PERINGKAT PERKEMBANGAN Abad ke-18 Abad ke-19: E.B. Condillac, J. G. Herder, F. V. Schlegel dan A. W. Schlegel, W. V. Humbold, R. K. Rask, F. Bopp, J. Grimm, A. Schleicher Golongan 80-an dan sesudahnya PERINGKAT PEMODENAN  FERDINAND DE SAUSSURE  L. BLOOMFIELD  KENNETH L. PIKE  NOAM CHOMSKY  CHARLES FILLMORE
  5. 5. ZAMAN INDIA Piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua. Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda. Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf, dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris. Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA. Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda.
  6. 6. ZAMAN YUNANI Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM. Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi, dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah menimbulkan persoalan: Mengapa bahasa manusia tidak sama? Bagaimana wujudnya bahasa? Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan? Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini?
  7. 7. ZAMAN YUNANI Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi, regular dan logik. Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam dengan pelbagai kelainan. Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya.
  8. 8. ZAMAN YUNANI Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. Logos terbahagi dua, iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja). Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung). Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala, di samping memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional.
  9. 9. ZAMAN YUNANI Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. Mereka membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang). Kemudian kaum Alexandrian memperluaskan kelas kata kepada lapan, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung). Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno.
  10. 10. ZAMAN ROMAWI Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan Donatus. Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan numeralia (kata bilangan).
  11. 11. ZAMAN ROMAWI Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu: > Senainon: tanda dan simbol > Semainomenon atau lekton: makna > Pragma atau tungchanon: hal luaran, situasi. M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin. Melalui bukunya yang terkenal, iaitu De Lingua Latina, beliau telah merumuskan: > Bahasa itu seragam secara semula jadi. > Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna. > Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi.
  12. 12. ZAMAN ROMAWI Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio. Karyanya ini dianggap baku hinggi kini, dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif. Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis.
  13. 13. ZAMAN PERTENGAHAN Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa. Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu. Petanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara, diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Waktu pagi pengajaran, waktu petang perdebatan.
  14. 14. ZAMAN PERTENGAHAN Diskusi bahasa dipelopori oleh golongan Medistae, dan golongan Spekulatif. Golongan Medistae mengagungkan semantik. Mereka menganggap kunci analisis bahasa ialah peralihan fikiran ke dalam bunyi melalui kata dan ujaran. Golongan Spekulatif menganggap bahawa kata tidak mewakili rujukan secara langsung. Kata hanya mewakili benda dalam cara dan aksi. Tatabahasa semua bahasa dianggap sama walaupun dapat berobah secara kebetulan.
  15. 15. ZAMAN PEMBAHARUAN Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan. Cendekiawan zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah. Dua hal terpenting zaman ini ialah: > Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Latin dan Ibrani. > Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah.
  16. 16. ZAMAN PEMBAHARUAN Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah Yunani, Jerman, Romawi dan Slavia. Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa di India dan bahasa di Nusantara.
  17. 17. LINGUISTIK PERBANDINGAN Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa- bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan- perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang di dokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
  18. 18.  Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Walaupun bahasa-bahasa proto yang dibina semula melalui kaedah-kaedah perbandingan adalah andaian, pembinaan semula ini mungkin mempunyai daya peramalan. Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem- sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. Setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan- perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
  19. 19.  Walaupun bahasa-bahasa proto yang dibina semula melalui kaedah-kaedah perbandingan adalah andaian, pembinaan semula ini mungkin mempunyai daya peramalan. Kaedah-kaedah yang mendasarkan perbendaharaan kata ini hanya boleh menentukan tahap-tahap perkaitan dan tidak boleh digunakan untuk memperoleh ciri-ciri sebuah bahasa proto, selain daripada butir-butir yang sama dalam perbendaharaan kata yang dibandingkan. Pendekatan-pendekatan ini telah dicabar kerana masalah- masalah metodologinya — tanpa pembinaan semula atau sekurang-kurangnya satu senarai padanan fonologi yang terperinci, tidak terdapatlah pembuktian bahawa dua patah perkataan daripada bahasa-bahasa yang berbeza adalah berseketurunan.
  20. 20.  Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. Tujuan utamanya ialah untuk memahami ciri kesejagatan bahasa yang menguasai sesuatu bahasa, serta jenis-jenis bahasa yang didapati di dunia dari segi mana-mana ciri yang tertentu (umpamanya, urutan perkataan atau sistem vokal).
  21. 21.  Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Sebarang kajian empirik tentang kata-kata pinjaman adalah, menurut takrif, bersifat sejarah dalam tumpuannya dan oleh itu, merupakan sebahagian linguistik sejarah. Linguistik bezaan membandingkan bahasa-bahasa biasanya untuk tujuan membantu pembelajaran bahasa dengan mengenal pasti perbezaan-perbezaan yang penting antara bahasa asli dengan bahasa sasaran pelajar. Linguistik bezaan hanya terlibat dalam bahasa-bahasa kini.
  22. 22.  Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Khususnya, percubaan untuk menghubungkan dua bahasa proto yang dibina semula melalui kaedah perbandingan secara amnya tidak menghasilkan keputusan yang telah diterima secara meluas.
  23. 23. LINGUISTIK KONTEKSTUAL Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. linguistik am teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik kontekstual mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
  24. 24. PERBEZAAN ANTARA LINGUISTIK GUNAAN DAN LINGUISTIK PERBANDINGAN
  25. 25. Linguistik Gunaan / ASPEK Linguistik terapan perbandinganMengkaji kaedah kajian satu cabang linguistikmengajar bahasa, sejarah yangmenguji kelahiran berkenaan denganbahasa, berbentuk pembandingan bahasa-bahan, mengajar dan bahasa supaya dapatsebagainya menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.Kaedah mengajar Kaedah kaedah perbandinganbahasa : kaedah terus, yang bertujuan untukkaedah pandang sebut. membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem- sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
  26. 26. Bidang linguistik Faktor - faktor dapat memastikanbergabung dengan perbezaan yangilmu pendidikan dan nyata antara bentuk-psikologi bentuk yang diakui dengan bentuk- bentuk yang dibina semulaFries dan Robert Lado Tokoh FERDINAND DE SAUSSUREbahasa sebagai objek Prinsip Linguistikyang diajarkan, iaitu perbandingansebagai media memandang bahasa sebagai bahasa.Mula berkembang masa Awal abad ke20akhir abad ke-19
  27. 27.  Orang Arab turut mengkaji bahasa terutama digunakan dalam al-quran dan hadis. Tujuan adalah untuk menjaga keaslian dari segi sebutan, makna mahupun teks tulisan al-quran itu sendiri.  Baca ayat al-quran mengikut sebutan asal adalah wajib hukumnya (al-quran, 73:4)  Mendapat makna yang tepat supaya dapat menjalankan dan dihayati segala “al-Amr” dan menjauhi segala “al-Nahyi”.
  28. 28.  Terdapat pecahan-pecahan ilmu Bahasa Arab seperti lughah, ilmu bayan, balaghah, istiiqaq, nahu badi‟, „aruz, qafiyah dan lain-lain. Bagi mendapat makna yang tepat dalam al- quran, timbul „Ulum al-quran‟ yang banyak pecahannya.

×