Sejarah f1 bab 6 kemerosotan melaka

6,906 views

Published on

Kemerosotan Melaka

2 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
6,906
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
13
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
2
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sejarah f1 bab 6 kemerosotan melaka

  1. 1. SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 6
  2. 2. Kelemahan pemimpin
  3. 3. Masalah Perpaduan • Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim. • Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran. Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim). • Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan. • Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa. • Akibat dari peristiwa itu: a) Rakyat Melaka berpecah belah, b) Perdagangan Melaka merosot, c) Keutuhan kerajaan terjejas.
  4. 4.    Kelemahan askar Melaka • Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti : a) keris, tombak b) panah c) perisai d) sumpit beracun. • Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam. • Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi. • Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap • Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan. • Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India. • Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka
  5. 5. Kedatangan Portugis • Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik). • Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur. • Portugis menemui jalan laut ke Timur. • Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika. • Vasco da Gama  sampai di India • Lopez de Squeira  tiba di Melaka. • Portugis ingin meneruskan Perang Salib. • Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam. • Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur • Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam. • Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah. • Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan. •  Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk : a)     mengawet makanan b) menyedapkan makanan seperti daging c) memanaskan badan.
  6. 6. Portugis menguasai Melaka • Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk memulakan hubungan • Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. • Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka. • Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam. • Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir. • Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka Ruy de Araujo. • Beberapa orang Portugis yang ditangkap mati dibunuh. • Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa. • Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka. • Alfonso menuntut beberapa tuntutan keatas sulatan melaka. • Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso • Alfonso bertindak menyerang Melaka. • Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai. • Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis. • Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar Portugis terpaksa berundur. • Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. • Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka. • Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar. • Kemudiannya berundur ke Pahang • Seterusnya ke Bentan. • Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan anaknya Sultan Ahmad Shah.
  7. 7. RUMUSAN • 1.Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat Melaka harus disanjung. • 2.Kita harus mengambil iktibar daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit tidak akan berulang lagi.

×