Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

PUI & SPN21_PA1401_G1Wed0309

3,851 views

Published on

Published in: Education, Spiritual
  • Be the first to comment

PUI & SPN21_PA1401_G1Wed0309

  1. 1. ‫ﺏ ﺳْﻢِ ٱﻟّ ﻪِ ٱﻟ ّﺣْﻤَـٰﻦِ ٱﻟ ّﺣِﻴﻢ‬ َ‫ﺮ‬ َ‫ﻠَ ﺮ‬ ُ‫ٱﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِّ ﻪِ ﺭَ ّ ٱﻟْﻌَـٰﻠَﻤِﻴﻦ ٱﻟ ّﺣْﻤَـٰﻦِ ٱﻟ ّﺣِﻴﻢ ﻣَـٰﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ٱﻟ ّﻳﻦ ﺇِ ّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪ‬ َ‫ﺪِ ﻳ‬ َ‫ﺮ‬ َ‫ﺮ‬ ِ‫ﻠَ ﺏ‬ ْ‫ﻭَﺇِ ّﺎﻙَ ﻧَ ﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ٱﻫْﺪِﻧَﺎ ٱﻟ ّﺮَ ٰﻁ ٱﻟْﻤُ ﺴْﺘَ ﻘِﻴﻢَ ﺻِﺮَ ٰﻁَ ٱّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَ ﻠَﻴْ ﻬِﻢ‬ َ‫ﻟ‬ ِ‫ﺼ‬ َ‫ﻳ‬ َ‫ﻏَﻴْﺮِ ٱﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْ ﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ٱﻟ ّﺎّۤﻴﻦ‬ ِ‫ﻀَ ﻟ‬ “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”
  2. 2. Pengetahuan – 1. hal mengetahui sesuatu 2. Ilmu ~ segala yang diketahui dan akan diketahui berkenaan dengan sesuatu hal ; di sekolah diajarkan berbagai-bagai ilmu Pengetahuan. Ugama – Agama Islam – agama yang disampaikan, disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umat manusia.
  3. 3. Penyelarasan – Menurut Kamus Dewan,perihal (tindakan, kerja), penyesuaian :~kerja Menurut kamus pelajar baru edisi KBSM bermaksud penyesuaian,pemadanan. Pengajaran - 1. perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar ( seperti cara atau sistem mengajar, aspek-aspek yang dipentingkan dan lain-lain ) 2. segala sesuatu (cara perbuatan dan lain-lain ) yang diajarkan, ajaran
  4. 4. Mendekati – 1. pergi (datang) dekat atau kepada menghampiri ( sesuatu atau seseorang ), merapati, datang berdekatan dengan. 2. hampir mencapai 3. mengambil langkah dan sebagainya untuk melaksanakan tugas dan sebagainya atau masalah. Konsep – pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu. Rangka – rancangan yang disusun menjadi – cerita – dasar, acuan susunan, menurut – pembangunan yang telah dirancangkan
  5. 5. Pembangunan – 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. 2. Usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan Mengembangkan) Pendidikan – perihal mendidik Kebangsaan – 1. yang berkaitan dengan negara secara menyeluruh; nasional 2. Yang dijadikan sebagai lambang keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian dan sebagainya.
  6. 6. Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21(SPN 21) Satu sistem pendidikan baru negara yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Sudah dimulakan bagi peringkat Menengah 1 di seluruh Negara bermula Januari 2008. Perlaksanaan SPN 21 ini dihasratkan untuk menghasilkan generasi terpelajar dan pemikir SPN 21 akan dilaksanakan kepada Peringkat Sekolah Rendah, Peringkat Sekolah Menengah dan Peringkat Vokasional atau Pengajian Teknikal. Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 (SPN 21) ini mempunyai banyak perbezaannya dengan Sistem Pendidikan yang lama.
  7. 7. Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 atau singkatnya SPN 21 telah diluluskan perlaksanaannya oleh Kementerian Pendidikan SPN 21 akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Pertama ialah peringkat peralihan juga dikenali sebagai interim atau transition stage pada pelajar Tahun 7 atau menengah 1 (sistem pendidikan lama) iaitu kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007. Peringkat kedua ialah peringkat rendah bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 (Darjah 1 dan Darjah 4) pada tahun 2009. Peringkat terakhir iaitu pelaksanaan SPN 21 diseluruh peringkat rendah pada tahun 2011.
  8. 8. Walaubagaimanapun, persoalan masih timbul apakah SPN-21 sudah cukup memberikan penekanan kepada pendidikan ugama selaras dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sabagai sebuah 'Negara Zikir' di mana rakyat yang menghuninya sentiasa mengingat Allah dan berpegang kepada tali Allah dalam semua aspek kehidupan mereka?
  9. 9. • Disekolah-sekolah ia juga disebut dan lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Islamic Religious Knowledge (IRK) • Adalah penanaman akidah, penerapan nilai rohani, pembentukan manusia yang mantap akidah dan sempurna ibadahnya. • Matapelajaran ini bermula pada tahun 1963. • Selain itu, Pengetahuan Agama Islam(PAI) juga pernah dijalankan tetapi pada masa kini PAI telah ditiadakan kerana banyak yang tidak dapat membaca jawi kerana pengajaran PAI adalah dalam tulisan jawi manakala PUI dalam tulisan rumi.
  10. 10. Hajah Sinega Binti Haji Swadi Ketua Unit IRK (menengah,teknikal dan vokasional) Bahagian Institusi Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam
  11. 11. Dalam SPN21 PUI memfokuskan : •PUI menjurus kepada segi pendidikan islam. •Berteraskan penghayatan berugama dan menghayati Islam. •Mengkhususkan Amali. •Pembetulan Akhlak mengenai isu sosial pada masa kini. Dari konsep itu sudah ada menunjukkan bahawa pui itu merangkumi semua aspek sebagai seorang muslim yang menghayati cara hidup islam yang berlandaskan Al-qur’an dan Hadith.
  12. 12. Isi kandungan PUI SPN21 ini telah diubah dan dipadatkan dengan penghayatan berugama dan amali. Komponen-komponen di dalam PUI: Al quran – menghalusi surah2 pendek Hadith – menjurus kepada adat/akhlak,sosialdan pembentukan akhlak Tauhid – mentauhidkan Allah Sejarah – role model Khulafa Al-Rashidin dan sahabat nabi Fiqh – lebih enjurus kepada amali – solat, mandi wajib (fardhu Ain)
  13. 13. Kandungan kurikulum yang ada disediakan oleh JPI memfokuskan kepada penghayatan berugama dan amali. Disamping itu, ia juga dipadatkan dengan isu- isu sosial pada masa kini kerana menurut kaji selidik yang telah dijalankan oleh Jabatan Pengajian Islam, mereka telah mendapati banyak yang didapati kurang penghayatan berugama seperti tidak tahu mandi wajib, solat, berwudhu dani lemah dari segi bacaan.
  14. 14. Dari segi penilaian dalam pengajaran PUI, pelajar-pelajar bukan islam (non-muslims) tidak dinilai tetapi para pelajar yang beragama Islam dinilai sepenuhnya dari segi kesempurnaan pembelajaran menghayati ugama dan amali sepertimana yang disediakan dalam komponen-komponen pengajaran PUI.
  15. 15. Mencapai dan melahirkan pelajar-pelajar islam yang dapat menghayati Islam sebagai cara hidup mengikut Al-Quran dan Hadith Untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan sebuah Negara zikir. Objektif Jabatan Pengajian Islam terhadap PUI Agar dapat melahirkan remaja atau generasi yang akan datang yang berkonsepkan Islam yang taat kepada agama berlandaskan Al-Qur’an dan Hadith.
  16. 16. Di dalam SPN 21, matapelajaran PUI menjadi matapelajaran wajib bagi murid tahun satu hingga tahun 8 Namun setelah tamat tahun 8, murid akan dibahagikan kepada dua program di tahun 9 Program Pendidikan Program Pendidikan Menengah Applied Menengah General Matapelajaran PUI hanya menjadi matapelajaran Wajib bagi Program Pendidikan Menengah General
  17. 17. Menurut Jabatan Pengajian Islam, sebagaimana pelancaran SPN21 pada tahun 2008 iaitu pelancarannya bermula tahun 7 dan ia dilaratkan tahun 8 pada tahun ini. Peringkat masa ini adalah peringkat interim (percubaan) Pada tahun 2012,SPN ini akan dilaksanakan secara rasionalnya dibuat sehingga tahun seterusnya iaitu tingkatan 6 SPN ini memang satu sistem pendidikan yang telah diguna pakai oleh Brunei sehingga pada tahun ini dilaratkan kepada tahun 4 sehingga tahun 6.
  18. 18. Jadi, PUI mengikut SPN 21 ini memanglah melibatkan semua pihak tiada yang berkecuali termasuk sekolah rendah, sekolah arab, kerajaan dan swasta mengikut sistem pendidikan ini. Komiti Jabatan Pengajian Islam telah membuat satu skim kerja yang betul-betul mengikut sistem pendidikan Negara sehingga tingkatan 6 masa kini. Sebab itulah, SPN 21 sudah dibuat perlaksanaannya tahun ini dan persiapan sebenarnya telah dibuat pada tahun 2007. Sehingga tahun hadapan, ia dinilai sebagai Assesment Check Point iaitu Penilaian Kemajuan Pelajar ( PKP ) setakat mana tahap pelajar-pelajar boleh menjurus kepada 2 atau 3 tahun.
  19. 19. Malah, pihak kementerian sedang dalam perancangan untuk Mejadikan PUI sebagai subjek teras di sekolah-sekolah Menengah. Melalui kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Islam pada tahun 2007, di anggarkan sebanyak 560 orang pelajar yang keciciran penghayatan ugama dari 29,000 pelajar di sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, Jabatan Pengajian Islam dan pihak Kementerian masih dalam perlaksanaan untukmengukuhkan Lagi status PUI dalam pendidikan di negara ini.
  20. 20. JPI telah menjalankan beberapa kursus mengenai penghayatanberugama untuk murid-murid sekolah menengah . Antaranya ialah Program Shababul Islam dan Al Huda Hilal Jannah. Kedua-dua program ini dijalankan senegara dengan memilih murid yang kurang penghayatan berugama hasil dari kaji selidik. Program ini mendidik pelajar-pelajar dalam pembentukan akhlak dan penghayatan berugama. Kursus seperti ini akan sentiasa dijalankan untuk mengurangkan pelajar yang kurang penghayatan berugama.
  21. 21. Selain itu, matlamat,konsep dan isi kandungan PUI itu juga banyak memfokuskan kepada penghayatan berugama dan amali. Ini adalah satu usaha yang baik bagi JPI untuk memperbaharui sistem pendidikan melalui PUI disamping sama-sama membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan sebuah Negara zikir.
  22. 22. TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MENYAMBUT PERAYAAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 27HB SAFAR, 1430 23HB FEBRUARI, 2009 “Kita juga alhamdulillah, telah mempunyai beberapa institusi pendidikan tinggi, turut menikmati telekomunikasi termoden dan lain-lain lagi kemajuan. Namun untuk merangsang pertumbuhan selanjutnya, kita juga masih perlu untuk mempertingkat usaha bagi perubahan minda dan sikap serta memperkukuh asas-asas moral dan etika yang baik, kearah mencapai prestasi dan kecemerlangan bernegara.” “Dalam pada itu, Beta ingin mengingatkan, dasar dan sistem pendidikan kita, tidaklah boleh sama sekali membelakangi nilai-nilai kita yang murni iaitu ugama maha suci serta adat resam bangsa yang luhur.”
  23. 23. Komiti Jabatan Pengajian Islam dan Kementerian Pendidikan telah membuat perancangan dan masih dalam perlaksanaan Untuk menghasilkan satu cakera pada (cd) mengenai praktikal Amali seperti wudhu, solat, Jenazah, haji dan sebagainya. Cakera padat ini nanti akan diagih-agihkan ke sekolah-sekolah. Ada sebahagian sekolah telah menggunakan komputer dalam Pengajaran IRK malah komiti Jabatan Pengajian Islam sntiasa Berusaha dalam mengintegrasikan ICT dalam PUI Pada tahun 2007, di sekolah menengah menteri telah dibuat Satu projek mengenai topik-topik yang terkandung dalam PUI dan memasukkannya menggunakan komputer untuk di jadikan cakera padat.
  24. 24. Sebagaimana kertas kerja di kementerian pendidikan iaitu cadangan yang telah dibuat, pelajar-pelajar tahun 9,10 dan 11 adalah dikehandaki belajar tetapi disini tidak disyaratkan untuk mengambil peperiksaan. Jadinya kami mengikut prosedur-prosedur ini yang mana memanglah kami turut menyokong padu tentang sistem pendidikan ini. Walaubagaimanapun, bagi pihak kami lebih bersetuju sekiranya ia diperiksakan. Semua pelajar yang mengambil IRK diperiksakan sehingga mereka mendapat sijil pada tahap peringkat O-level ataupun yag seterusnya iaitu diperingkat A-level.
  25. 25. Sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pengetahuan Ugama Islam, seharusnya tidak hanya penuh ilmu luaran atau keduniaan malah mereka juga perlu ada ilmu mengenai aspek kerohanian yang menjurus kepada akhirat. Ini adalah kerana ilmu islam sahaja yang ada ilmu pendidikan rohani. Ini adalah kerana teori-teori pendidikan yang dihasilkan oleh para tokoh barat adalah tidak lengkap. Mereka hanya focus mengenai pendidikan duniawi tetapi jahil tentang pendidikan rohani. Di sinilah letak kekalahan teori barat apabila berhadapan dengan sistem pendidikn Islam
  26. 26. Oleh yang demikian,Dr Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dalam pembentangan kertas kerja beliau dalam seminar Antarabangsa Pengajian Tinggi Islam yang dianjurkan oleh UNISSA baru2 ini ada menyatakan bahawa terdapat beberapa Istilah pendidik dalam bahasa Arab yang di hubungkaitkan dengan konsep guru dalam Islam iaitu Muddaris, Mu’allim, Muaddib, Murabbi dan Mursyid Sejajar dengan itu, didalam SPN ini memang kita mengharapkan Murid yang berkemampuan dalam semua bidang walaubagaimanapun, ilmu mengenai duniawi sahaja tidak cukup tambahan lagi Negara Brunei Darussalam pada masa ini dalam erancangan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara zikir
  27. 27. Didalam SPN21 ini,Pengetahuan Ugama Islam sewajarnya menjadi matapelajaran teras sebanding dengan matapelajaran Bahasa Melayu, English, Matematik dan Sains. Sebagai sebuah Negara Islam dan bakal menjadi sebuah Negara zikir, Pengetahuan Tentang Islam ini harus diteruskan sehingga ke peringkat tertinggi. Ini adalah kerana, agar mahasiswi/a mempunyai latar belakang yang teguh sebagai seorang Islam. Disamping itu, kita tidak boleh hanya mengharap pada Universiti-unversiti Islam. Matapelajaran PUI ini dijadikan kursus yang teras sebanding dengan MIB di universiti,maktab dan sebagainya. Selain itu, pui juga boleh diselitkan dalam MIB atau dipadatkan dari segi komponen Islam iaitu penghayatan berugama.
  28. 28. Sistem SPN 21 perlu dinilai semula seperti yang dibincangkan di Froum Khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1430 Universiti Brunei Darussalam pada 9 Januari 2009 lalu. Di forum tersebut Dekan Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Haji Yahya Haji Apong menyarankan agar SPN 21 di nilai semula dengan mengambil kira penekanan keatas dasar pendidikkan ugama. Beliau berpendapat Pengetahuan Ugama Islam (IRK) perlu menjadi mata pelajaran teras dalam sesuatu sistem pendidikan bagi mencapai hasrat membentuk quot;Modal Insan Rabbaniquot;. quot;Namun dalam Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21), mata pelajaran itu hanya dijadikan mata pelajaran wajib di peringkat rendah tetapi menjadi mata pelajaran elektif di peringkat menengah (Tahun 7, 8 dan 9)quot;.
  29. 29. quot;Jika SPN 21 itu tidak dapat dinilai semula, ia boleh menjejaskan hasrat negara menjadikan ini sebagai Negara Zikir,quot; kata beliau. Walaubagaimanapun, Dari sesi temubual bersama Hajah Sinega Binti Haji Swadi iaitu pegawai pelajaran dari bahagian kenaziran Jabatan Pengajian Islam, beliau menjelaskan bahawa mata pelajaran PUI memang ada membuat perancangan untuk menjadikan ia sebagai salah satu matapelajaran teras tetapi ia masih dibincangkan. Selain itu, beliau juga menerangkan bahawa isi kandungan matapelajaran PUI akan sentiasa dikemaskinikan setiap tahun atau setiap Lima tahun kerana ia berfokuskan kepada isu-isu sosial masa kini akan tetapi jika ia masih bersesuaian ia tidak akan diubah dan masih lagi digunakan.
  30. 30. Seperti dalam Titah Kebawah DYMM Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena merasmikan Persidangan Belia Asia Tenggara dan Pasifik pada 18 Mac 1984). Baginda pernah bertitah, “adalah menjadi hasrat beta dan kerajaan beta untuk terus memelihara ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang sempurna dan segala peraturan kehidupan berasaskan ajaran- ajaran Islam”
  31. 31. Jika dilihat dari kandungan matapelajaran PUI dan dari segi penilaian PUI dalam pembelajaran murid ini sudah nampak bahawa penyelarasan pengajaran PUI memang mendekati konsep Spn21. Menurut Jabatan Pengajian Islam, isi kandungan pengajaran Pengetahuan Ugama Islam mudah-mudahan dapat mendekati konsep SPN 21. Dalam hal ini, skim kerja yang digunakan dapat Diselaraskan dalam pengajaran PUI kerana topik-topik dan isi Kandungan yang terdapat dalam pengajaran PUI sangat relevan Dengan isu pelajar masa kini. Dalam hal ini, Jabatan Pengajian Islam berharap penyelarasan Pengajaran PUI dapat mencapai matlamat untuk melahirkan para pelajar yang dapat menghayati Islam secara menyeluruh berlandaskan Al-Qur’an dan Hadith.
  32. 32. Dengan adanya matlamat dan konsep PUI dalam sistem SPN 21 ini, rakyat atau generasi akan datang akan dapat keseimbangan dari segi kemahiran dunia dan ahirat. Di dalam keseimbangan ini,kita ambil saja contoh ilmuwan terkemuka Islam iaitu Ibnu Sina yang juga seorang pakar perubatan, ahli faqih, ahli tasawuf, ahli falak, ahli fizik dan juga seorang hafiz kerana beliau memiliki ilmu yang pelbagai iaitu bukan hanya tertumpu pada keduniaan ataupun akhirat semata-mata bahkan kedua-duanya. Oleh itu,penyelarasan Pengajaran PUI ini sekaligus adalah untuk membantu hasrat kerajaan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah Negara zikir.
  33. 33. Ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena hari raya 'Aidiladha 1428 Hijrah yang lepas. Baginda antara lain bertitah menekankan: “Brunei, adalah negara yang selalu bersama-sama dengan ar- rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun, dengan Rahmat-Nya, memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan bencana, dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan. “Beta insya-Allah, akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebuah 'Negara Zikir' yang sntiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaan-Nya, sesuai dengan janji-Nya di dalam surah al- Baqarah ayat 152, tafsirnya: quot;Kamu ingati aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula.”
  34. 34. SEKIAN TERIMA KASIH Penghargaan kepada : Dyg Hjh Sinega binti Hj Swadi (pegawai pelajaran bahagian ) Ketua unit IRK (menengah , teknikal dan vokasional) Bahagian Institusi Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam

×