Tugasan 2

274 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
274
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
3
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 2

  1. 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB TUGASAN 2 RINGKASAN BLOG mohdfaizalirwan.wordpress.com SEMESTER 1 2013/2014 SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) DISEDIAKAN OLEH : MOHD FAIZAL IRWAN BIN ZAKARIA M20121000557 PENSYARAH : PROF MADYA DATUK DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
  2. 2. 1.0 PENGENALAN Laman blog yang telah dibangunkan menggunakan alamat mohdfaizalirwan.wordpress.com dan dibangunkan menggunakan WordPress iaitu satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atau blog. Pada asalnya, tujuan Wordpress adalah sebagai satu cara mudah untuk membina blog. WordPress merupakan pilihan paling lazim bagi pengguna blog kerana ciri-ciri berikut: i. Mudah dan versatil (serba boleh) - WordPress sesuai untuk sesiapa sahaja iaitu daripada pengguna novis (yang baru belajar) hinggalah kepada pengatur cara yang mahir. ii. Antara muka dengan pelbagai ciri di mana WordPress mempunyai pelbagai editor teks dengan sokongan multimedia yang canggih; iii. Boleh berkembang iaitu Komuniti Wordpress mengedarkan banyak modul untuk hampir semua ciri laman web yang popular; iv. Sumber Terbuka iaitu Wordpress adalah percuma untuk dipasang dan digunakan pada laman web anda. 2.0 PENERANGAN ANTARAMUKA PENGGUNA BERGRAFIK (GUI) Antaramuka pengguna bergrafik merupakan satu elemen penting yang menentukan sama ada laman web yang dibangunkan dapat menarik minat orang ramai untuk melawatinya. Antaramuka yang baik tidak seharusnya menyebabkan pengguna menjadi keliru dan “sesat” apabila melawati sesuatu laman web. Rekabentuk antaramuka pengguna yang baik adalah kritikal bagi kejayaan sesuatu laman web atau laman blog kerana pengguna umumnya menilai sesuatu laman web itu mengikut antaramukanya berbanding dengan kefungsiannya. Masalah yang timbul dari rekabentuk yang tidak baik termasuklah mengurangkan kadar produktiviti pengguna, meningkatkan kadar masa mempelajari sesuatu laman web dan blog dan meningkatkan kadar berlakunya ralat. Kesemua masalah di atas akan menyebabkan kepada „user frustration‟ dan „user rejection‟ bagi laman web dan blog yang telah dibangunkan. Untuk laman blog yang telah saya bangunkan, saya mengambilberat tentang antaramuka supaya laman blog tidak menjadi terlalu berserabut dan menyebabkan pengunjung menjadi “sesat” apabila melawati laman blog saya. 2
  3. 3. 3.0 HALAMAN - HALAMAN Halaman – halaman yang telah saya masukkan di dalam laman blog saya adalah seperti berikut : 3.1 Home Menu “Home” adalah menu utama di dalam laman blog saya. Di dalam menu ini, terdapat video alu – aluan daripada saya yang di ambil dari laman Youtube saya. Di sebelah kiri terdapat menu carian dan di bawahnya terdapat pautan ke laman Instagram saya. Setiap kali saya mengemaskini akaun Instagram saya, gambar di dalam blog saya juga akan dikemaskini. Di samping itu terdapat widget kalendar dan muzik kegemaran saya. 3
  4. 4. 3.2 About Me Menu ”About Me” pula adalah menu di mana saya meletakkan biodata diri saya dan gambar – gambar saya. Disamping itu saya juga telah meletakkan pautan ke akaun Facebook, Instagram dan Slideshare saya. Pengguna yang menekan pautan ini akan dibawa terus ke akaun – akaun laman sosial saya. Di sebelah kiri pula masih mengekalkan widget yang sama bagi setiap halaman iaitu menu carian, pautan ke akaun Instagram, kalendar dan muzik kegemaran. 4
  5. 5. 3.3 Gallery Menu ”Gallery” pula adalah halaman di mana saya memuat naik gambar – gambar anak saya, keluarga saya dan sekolah saya. Gambar – gambar ini akan bertukar secara automatik kerana ia telah ditetapkan sebagai ”Slideshow”. Pengguna juga boleh memberikan komen terhadap gambar – gambar yang dimuat naik di halaman ini. Di sebelah kiri pula masih mengekalkan widget yang sama bagi setiap halaman iaitu menu carian, pautan ke akaun Instagram, kalendar dan muzik kegemaran. 5
  6. 6. 3.4 KPT 6044 Menu ”KPT 6044” pula adalah halaman bagi setiap tugasan di dalam subjek Pembelajaran Berasaskan Teknologi dan Web. Pengguna boleh memuat turun setiap fail tugasan ke komputer masing – masing. Di samping itu terdapat pautan ke persembahan slaid powerpoint di akaun Slideshare saya. Pengguna juga boleh berkongsi tugasan – tugasan ini di akaun Twitter, Facebook dan Google. Di sebelah kiri pula masih mengekalkan widget yang sama bagi setiap halaman iaitu menu carian, pautan ke akaun Instagram, kalendar dan muzik kegemaran. 6
  7. 7. 3.5 Lesson 1 Menu “Lesson 1” pula adalah halaman untuk e – pembelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris tahun 1. Topik yang diajar adalah Months of the year dan Days of the week. Pengguna boleh menonton video yang dipaut dari laman web Youtube.com. Pengguna juga boleh berkongsi halaman ini di akaun Twitter, Facebook dan Google. Di sebelah kiri pula masih mengekalkan widget yang sama bagi setiap halaman iaitu menu carian, pautan ke akaun Instagram, kalendar dan muzik kegemaran. 7
  8. 8. 3.6 Lesson 2 Menu “Lesson 2” pula adalah laman e – pembelajaran bagi subjek Pendidikan Seni. Topik yang diajar adalah menghasilkan binaan mudah daripada bahan terbuang. Di halaman ini diletakkan video yang dipautkan ke halaman Youtube.com. Pengguna boleh menonton video untuk mengetahui bagaimana menghasilkan binaan mudah daripada bahan terbuang. Pengguna juga boleh berkongsi halaman ini di akaun Twitter, Facebook dan Google. Di sebelah kiri pula masih mengekalkan widget yang sama bagi setiap halaman iaitu menu carian, pautan ke akaun Instagram, kalendar dan muzik kegemaran. 8
  9. 9. 3.7 MoE Links Menu “Moe Links” pula adalah halaman di mana saya meletakkan pautan ke halaman web seperti laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, Portal Unit Pendidikan Khas dan sebagainya. Di samping itu saya telah meletakkan pautan ke sistem – sistem yang sering dibuka oleh guru seperti Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, e-operasi dan sebagainya. Pengguna boleh menekan mana – mana pautan dan ia akan terus membuka halaman tersebut di tetingkap yang baharu. Pengguna juga boleh berkongsi halaman ini di akaun Twitter, Facebook dan Google. Di sebelah kiri pula masih mengekalkan widget yang sama bagi setiap halaman iaitu menu carian, pautan ke akaun Instagram, kalendar dan muzik kegemaran. 9
  10. 10. 3.8 Special Education Menu “Special Education” pula adalah halaman di mana saya meletakkan video yang dipaut dari laman Youtube.com berkaitan dengan pendidikan khas. Pengguna boleh menonton video yang terdapat di halaman ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pendidikan khas. Terdapat 3 buah video di halaman ini dan pengguna boleh memberikan komen terhadap video – video tersebut. Pengguna juga boleh berkongsi halaman ini di akaun Twitter, Facebook dan Google. Di sebelah kiri pula masih mengekalkan widget yang sama bagi setiap halaman iaitu menu carian, pautan ke akaun Instagram, kalendar dan muzik kegemaran. 4.0 PENUTUP Diharap dengan penghasilan laman blog ini saya dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang diri saya dan bahan – bahan yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengguna boleh mengetahui tentang diri saya dan diharap dapat memperluaskan dan mengeratkan lagi hubungan antara saya dan rakan lama dan baharu. 10

×