Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Adab adab menuntut ilmu

6,816 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Adab adab menuntut ilmu

  1. 1. ADAB-ADAB MNUNTUT ILMU10 adab dalam menuntut ilmu - panduan dari Imam al-GhazaliDalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu.Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asaspedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diripara pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau diperingkat pengajian tinggi.Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yangmurni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwayang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkanpelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itubersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifatkotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkanmanusia.Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaanyang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatiansepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidakdapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkanfikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allahdalam al-Quran yang bermaksud:
  2. 2. “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemenyang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu.Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secarasebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliaumemberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidakberkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserapoleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampaike ladang.Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadapgolongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untukmenyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guruseperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntutbersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkanperkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombongdengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya denganalasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademikyang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yangada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutangbudi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlumengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat dikalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secararasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang barudipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yangmendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplinilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaanpendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatuperkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmuyang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin.Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluanguntuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jikafaktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan makaseseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainyaberdasarkan kemampuannya.Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secarasekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itumengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang adapada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagaifaktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentalitiseseorang.
  3. 3. Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmusebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Inikerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Olehyang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dantersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahamanmanusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabangilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun danterancang.Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatudisiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmudan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalamkehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yangdipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepadaumat manusia.Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu.Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifatriak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwayang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntutmenguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidakboleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasiini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakatIslam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasaioleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu inimenyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orangyang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yangkamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajaribertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmuyang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkanpemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utamauntuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan diantara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazalidalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yangberfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkanoleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelarpelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besarkepada umat sejagat.Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/01/10-adab-dalam-menuntut-ilmu-panduan.html#ixzz2JwCR9cNp
  4. 4. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 5) Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah Adab-Adab Menuntut Ilmu AgamaAlhamdulillah, ramai yang bertanya kepada saya apakah adab-adabuntuk menuntut ilmu agama. Ini adalah pertanyaan, atau lebih tepat,perkembangan yang baik di kalangan umat Islam. Untuk menjawabpersoalan ini, saya menyusun dua risalah yang ringkas, yang pertamamenyentuh adab-adab menuntut ilmu manakala yang kedua adalahunsur-unsur yang dapat merosakkan ilmu.Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalahkeikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat pentingsehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: “Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukankerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
  5. 5. [Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu‟aib al-Arna‟uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama‟, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayailagi sahih, demikian terang Syu‟aib al-Arna‟uth dalam semakannya keatas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niatdan tujuannya. Hendaklah dia melakukannya kerana: 1. Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai merealisasikan bahagian pertama syahdah: “La ilaha illallah”. 2. Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai merealisasikan bahagian kedua syahdah: “Wa anna Muhammad Rasulullah”. 3. Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan tuntutan amar ma‟ruf dan nahi mungkar yang merupakan salah satu tuntutan asas agama. 4. Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya seperti para orientalis dan para pencipta bid‟ah.
  6. 6. Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas,dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnahyang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Inikerana: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [Maksud surah Muhammad, ayat 7]Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untukmencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yangingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawasesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allahakan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, sepertidipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada bukudaripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orangyang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib
  7. 7. kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabilaberinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-raguatau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilahbahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas danbersungguh-sungguh.Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam,maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara sertamerta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiapsedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa,kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnyamemerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah.Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapayang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu‟ad Abd al-Baqi),hadis no: 2699].Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk kekelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihandengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanankewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak bolehditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu
  8. 8. mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atauperpustakaan peribadi yang tersendiri.Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalahpengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakananperlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atautidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-siaseperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menontontelevisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepadabersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadarmencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyenkepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikannasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yangdapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akanmengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah.Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin danmuslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata“Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”.Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmuagama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
  9. 9. Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yangbermaksud: Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batasmaksimum, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambahdan bertambah.Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agamasetidak-tidaknya memiliki kepentingan dari dua sudut:Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng,setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah WalJamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainyaseseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yangmenyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji danmenganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebutkepada ajaran yang benar.Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melaluibeberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepadatahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, diaakan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinyasebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalamdirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akanmengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub),memandang rendah para ulama‟ dan mudah menghukum orang yang
  10. 10. tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang sayamaksudkan.Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasamengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahapkebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akanmengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawailmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para „ulamaberdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yangmereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan matayang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.Adab # 5: Mengamalkan ilmu.Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class roomdiscussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalanadalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yangbermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff, ayat 2-3]Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi kerassehingga tidak dapat lagi menerima apa-apa manfaat daripada ilmu.Firman Allah:
  11. 11. “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yangberiman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak diantaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” [Maksud surah al- Hadid, ayat 16]Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi olehAllah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusahamemahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itusendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan.Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya,sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayahyang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambahhidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka(dorongan) untuk mereka bertaqwa.” [Muhammad, ayat 17] “Dan
  12. 12. Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkanketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanyaal-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar danbatil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannyacahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan duafirman Allah berikut yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, sertamengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al- Hadid, ayat 28]
  13. 13. Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung denganilmu.Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yangbesar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernahmengingatkan, maksudnya: “Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinyakepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya(minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi samaada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (baubesi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islamhendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yangperhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orangyang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur‟an dan al-Sunnah yangsahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalanpara ulama‟ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaanumat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.Di antara mereka ialah para alim ulama‟ dan guru-guru, makahendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka danmengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah,hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak
  14. 14. secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara merekaadalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, makahendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalumeluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan salingmenasihati.Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahamiagama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoakepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allahdan Rasul-Nya. Antaranya:“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7] “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]
  15. 15. “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” [al-Kahf, ayat 10]“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kamisesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlahkepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” [Ali Imran, ayat 8]
  16. 16. “Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.” [Shahih Muslim, hadis no: 77]. Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.Adab Menuntut IlmuRab, 02 Mac 2011 20:55 | Salman AL Farisi | Nor Adrenaline
  17. 17. Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunyaadab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata IbnulMubarak dalam sebuah kitab beliau:"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluhtahun. Dan adalah mereka (ulama) mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah alAdab al Islamiah : 15]Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti adunan untukmembuat roti. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam.Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslahsekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah,memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmuberbanding adab yang sedikit.Dalil Menuntut IlmuDalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang(berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. FirmanAllah SWT yang bermaksud:"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang).Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dansupaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembalikepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)."[At Taubah 9 : 122]Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT inginmemberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalamagama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yangdijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
  18. 18. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akanmemberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]Adab Menuntut Ilmu01.Niat yang ikhlasMenuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untukdikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT.Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntutilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripadaneraka." [HR Tarmizi]Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akandinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT,kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.02.Beradab dengan orang yang memberi ilmuImam Syafie pernah bekata:"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan,menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlakuadil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, SyarahMazhab, jilid 1, m/s 31]Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang.Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikanmengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yangguru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlasdalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimanahormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswadengan pensyarah.03.Bersabar dalam menuntut ilmuImam Syafie pernah berkata:
  19. 19. "Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib alIlmi, Husin Yacob, m/s: 23704. Tulis setiap yang dipelajariSahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik darimereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?Abu Hurairah berkata:"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkanhadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidakmenulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]05.Rendah diriImam Ahmad bin Hambal berkata:"Kami diperintahkan supaya tawadhu (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmudaripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Yacob, m/s 274]06.Menjahui dari kenyang yang berlebihanIbn Jamaah berkata:"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasajemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa AdabTalabihi, m/s 222]07.Tidur yang sedikitFirman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air,mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelumitu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malamdan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
  20. 20. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yangbaik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]PENUTUP:Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adabmereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabiin)kemudian setelahnya (tabi tabiin).Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama,seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebutseharusnya jangan terlalu fanatik sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari merekayang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran?Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran,as Sunnah dan sunnah Khulafa al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akanmelihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguhdengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglaherat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adabdalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Sayamemohon dari para alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apayang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as SunnahRasulullah SAW.- Artikel iLuvislam.comBiodata PenulisMuhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad merupakan pelajar Sekolah Menengah Islam AlIrsyad, Kuantan. Kini, beliau sedang menyambung pelajarannya di Maahad Buuth Islami,Kaherah, Mesir.http://cintanota.blogspot.com/
  21. 21. ADAB-ADAB MENUNTUT ILMUPosted by saidi on Saturday, April 21, 2012Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk menuntut ilmu agar ilmuyang dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia mahupun di akhirat. Di antara adab-adab yangperlu dimiliki oleh seorang penuntut ialah seperti berikut:- Niat yang ikhlas kepada Allah swt . Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan satu kefardhuan daripadaAllah. Mencari ilmu bukan bertujuan untuk mendapat habuan dunia semata-mata atau untuk berdebatdengan orang jahil. Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan selain daripada kerana Allah swtmaka telah siap untuknya neraka Allah swt.- Tekun dan bertawakkal hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sangat suka kepada orangyang melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya. kita hendaklah bertawakkal hanyakepada Allah swt. sahaja dalam segenap hal, lebih-lebih lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini keranakita sebagai hamba hanya mampu berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.- Menjauhi segala maksiat. Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca seseorang pelajar itususah untuk menerima, memahami dan mengamalkan sesuatu ilmu. Seorang pelajar perlulah berusahasemampu yang boleh untuk mengelakkan dirinya daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukanmaksiat secara tidak sedar maka segeralah bertaubat kepada Allah swt. Orang yang sempurna bukanorang yang tidak pernah melakukan maksiat tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila iamelakukan maksiat ia terus bertaubat kepada Allah swt dengan segera.
  22. 22. - Memilih kawan yang soleh. Kawan memainkan peranan penting bagi orang yang hendak menuntutilmu. Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak kawan, sekiranya kita memilih kawan yang solehmudah-mudahan kita akan menjadi insan yang soleh juga.- Banyakkan zikir atau mengingati Allah swt. Kita tidak akan melakukan sesuatu maksiat di saat kitamengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi ketenangan kepada jiwa kita. Apabila jiwa kita tenangmaka segalah masalah akan dapat diselesaikan dengan baik.- Menghormati diri sendiri dan orang lain. Ramai orang yang boleh menghormati orang lain tetapi tidakramai orang yang mampu menghormati diri sendiri seperti tidak melakukan perkara-perkara yang bolehmerosakkan badan,roh dan akal.- Doa daripada ibubapa. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang pelajar.Doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada tiga golongan iaitu doa orang yang dizalimi,doa ibubapadan doa orang musafir.- Menghormati guru. Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk mendapat keberkatan dalamhidupnya. Gurulah yang berkorban untuk menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan sehinggadapat memasuki menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang baik.- Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Allah amat murka kepada mereka yang mempunyai ilmu tetapitidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah.MUTIARA KATA UNTUK PELAJAR-PELAJARPESANAN LOKMAN Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari danmengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah sepertiseorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampuuntuk mengangkatnya.

×