Kepimpinan pengajaran

556 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
556
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
22
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepimpinan pengajaran

  1. 1. KEPEMIMPINAN GURU BESAR BERKESAN KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL 22 SEPTEMBER 2004 7 Syaaban 1425
  2. 2. Kepemimpinan Kepemimpinan merupakan satu proses menolong dan membimbing kumpulan mencapai matlamat yang bertepatan dan bersesuian dengan hasrat kumpulan. Tead (1953) ….merupakan satu usaha melalui penggunaan prosedur-prosedur dan struktur-struktur tertentu ke arah penyempurnaan objektif dan matlamat organisasi Limpham & Hoeh (1974)
  3. 3. Kepemimpinan adalah kebolehan untuk mendorong manusia berusaha dengan penuh kegairahan bagi mencapai matlamat yang telah dikenal pasti. Wan Zahid, 1993
  4. 4. Guru Besar Ketua eksekutif (ketua yang mengurus atau mentadbir sekolah) dan pada masa yang sama pemimpin utama sekolah. Dilantik oleh secara rasmi oleh KPM.
  5. 5. The Select Committee on Equal Education Opportunity of the United States’s Senate, 1979, mengatakan guru besar  Ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah.  Orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah.  Kepemimpinannya menetap nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjat keperihatinan terhadap masa depan para pelajar. * Adalah penghubung utama antara sekolah dengan komuniti dan cara dia menjalankan tugas dalam konteks ini menentukan sikap para ibu bapa dan pelajar terhadap sekolah.  Seseorang akan mengatakan kepemimpinan guru besarlah yang menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, tempat tumpuan para pelajar, terkenal kerana kecemerlanganb dalam pembelajaran, dan terdapat pelajar yang gigih mengikuti kebolehan masing-masing. Dalam Hussin Mahmood, 1993. m.s : 5.
  6. 6. Mengikut Buku Panduan Umum (1982) Sebagai Pemimpin Profesional, Guru Besar harus  Memahami dasar pendidikan, sistem dan matlamat pendidikan rendah serta menyampaikan falsafah, matlamat dan strategi KBSR kepada guru, pelajar dan ibu bapa.  Merancang pelaksanaan KBSR dengan guru.  Menggalakkan dan memberangsangkan guru dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran.  Melaksanakan penilaian secara berterusan.  Memberi sokongan (kewangan dan kebendaan).  Menyebarkan maklumat.  Mengadakan aktiviti perkembangan staf.  Membina perhubungan baik antara sekolah dengan masyarakat.  Membina suasana dalam sekolah yang dapat menerima, memupuk dan menyokong perubahan yang datang dari luar sekolah.
  7. 7. Tugas-Tugas Guru Besar (Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982) JP Wilayah Persekutuan). Mengurus perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru. Mengendalikan kewangan dan akaun sekolah. Mengurus kegiatan kurikulum dan kokurikulum. Pengurusan jadual waktu sekolah. Mengurus kemasukan dan pertukaran murid. Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. Mengurus perjalanan ujian. Mengurus aktiviti berbentuk agama Islam. Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang diberikan oleh KPM dan JPN  Bertanggungjawab tentang disiplin murid.         
  8. 8. Peranan Guru Besar dalam Pengajaran Menyelia pengajaran guru. Momotivasikan guru dalam pengajaran. Pakar rujuk kepada guru. Pembimbing kepada guru dalam pengajaran, kurikulum, ABM dan pengurusan bilik darjah. Pencapaian matlamat dan misi sekolah. ( Hussein Mahmood, 1993)
  9. 9. Berkesan – menimbulkan hasil yang diharapkan. - membawa kepada sesuatu perubahan. Kamus Dewan, 1993 Guru besar berkesan – pemimpin yang menjadikan institusi yang dipimpinnya iaitu sekolah mencapai matlamat penubuhannya atau memenuhi tujuan pendidikan.
  10. 10. Tujuan Pendidikan Untuk mengembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh bagi membolehkan mereka menjadi warganegara yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan mencapai kebahagiaan diri serta memberi sumbangan positif terhadap pembangunan dan kemakmuran negara demi mewujudkan masyarakat yang taat setia, berdisiplin dan bersatu padu selaras dengan prinsip Rukun Negara - FPK
  11. 11. Ciri-Ciri Umum Guru Besar Berkesan (Persidangan Pengurusan Pendidikan Sekolah, JPN Kedah, 1998) Mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi iaitu dari segi pengetahuan, kepakaran, ketelitian dan kewaspadaan. Sentiasa bercita-cita tinggi ke arah kecemerlangan pendidikan. Memiliki karisma, kemahiran komunikasi, dan berbudaya ilmu
  12. 12. Ciri-Ciri Umum Guru Besar Berkesan Mempunyai persepsi yang luas, berfikiran terbuka, dan berfikir aras tinggi. Mempunyai keperibadian yang terpuji, sabar, tenang, dan boleh menghadapi sebarang isu atau masalah dengan cara yang meyakinkan, dan menyelesaikannya dengan berkesan. Memahami, menghayati, dan mampu melaksanakan program-program atau aktivitiaktiviti yang menjurus ke arah FPK dan Wawasan 2020
  13. 13. Ciri-Ciri Umum Guru Besar Berkesan Bersedia menguasai dan mengamalkan perkembangan teknologi terkini. Memiliki sahsiah dan sifat sebagai pemimpin yang menjadi tempat rujukan, boleh dicontohi dan diteladani. Sentiasa kelihatan dalam keadaan kemas, ceria, cergas, mudah didekati dan memiliki sahsiah yang menarik serta meyakinkan.
  14. 14. Kajian Belew-Nyquist-Deborah-Lynn (1997). Elementary Teachers’ Perception of Effective School Leadership The five most admired characteristics: Supportive (membantu) Honest (jujur) Competent (berkebolehan; cekap menjalankan tugas) Caring (perhatian @ pemikiran serious) Dependable (boleh dipercayai)
  15. 15. Teachers also believed leaders must also have A sense of humor (jenaka) A high level of personal understanding, A well defined set of values Respect for all constituents and their contributions The ability to organize and operate the school Providing instructional leadership Recognizing achievement
  16. 16. Sebelas Petunjuk Kepimpinan Sekolah Berkesan. A set of objectives it hopes to obtain. The principal is responsible to and supportive of the needs of teachers. The principal establishes effective relationships with education department, community, parents, teachers, and students. The principal allocates resources to meet school needs.
  17. 17. The principal enables the sharing of duties and resources to occur in the most efficient way. The principal is aware of and involved with what is going in classroom. The principal encourages staff involvement in professional development programs and make use of skills teachers acquire in these programs. High commitment and loyalty to school goals and values by the principal, teacher and students.
  18. 18. The principal in concerned about his/her own professional development. The principal sees that a continued review of the programs occurs and that progress towards goals is evaluated. A value system which includes students’ respect for them selves, others and the property of others. ( H. L. Gray, Management & Consultancy in Schools, h. 42 )
  19. 19. Kualiti Kepemimpinan Guru Besar Berkesan  Mempunyai kemahiran yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran (Little & Bird, 1987).  Pintar dan berinisiatif tinggi (Blumberg & Greenfield, 1986).  Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran (Blumberg & Greenfield, 1986).  Bekerja keras dan menjadi contoh kepada yang baik kepada staf lain (Ubben & Hughes, 1987).  Memberi peluang kepada guru menonjol kepemimpinan mereka (Ubben & Hughes, 1987).  Mengetahui batas kepimpinan formal dan tidak formal. Berkemahiran interpersonal, ramah dan baik hati (Blumberg & Greenfield, 1986: Ubben & Hughes, 1987).  Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tugas (Bennis, 1985; Blumberg & Greenfield, 1986)
  20. 20. Kepimpinan Kurikulum  Menjadi pemimpin pengajaran dan mewujudkan suasana yang kondusif (menghasilkan yang baik) untuk pembelajaran (Greenfield, 1987; Manasse, 1985).  Mengiktiraf dan menghargai keunikan setiap guru dari segi gaya, sikap, kemahiran dan orientasi mereka. Menyokong berbagai-bagai kaedah pengajaran yang diamalkanoleh guru. Mengamalkan pengupayaan dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulkum (Buttram & Kruse, 1988; McClure, 1988)  Mengamalkan fleksibiliti dalam pelaksanaan tugas guru (Gipps, 1992; Sammons et al., 1994.  Mewujudkan kesatuan/budaya sepasukan kesejawatan dan perkongsiaan nilai dan matlamat (Good & Brophy, 1985; Cohen, 1983; Odden, 1988)
  21. 21. Kajian Zulkifli, Rahimah & Shahril, 1999 Kajian-kajian tentang sekolah berkesan di Malaysia mendapati guru besar/pengetua memberi penekanan kepada misi dan visi sekolah. Misi dan visi ini dijelaskan kepada semua staf sekolah. Merancangkan pelbagai program ke arah merealisasikan misi dan visi
  22. 22. Komitmen terhadap tugas adalah tinggi. Gaya kepemimpinan demokratik. Mengamalkan empowerment – pengupayaan. Memberi penekanan kepada P & P dan pencapaian akademik pelajar. Mempunyai polisi yang jelas dari segi pemantauan dan penilaian murid.
  23. 23. Setujukah anda bahawa Sekolah Berkesan adalah Hasil daripada Guru Besar Berkesan Guru besar di sekolah berkesan: a. Memberi kepemimpinan pengajaran kepada guru (Hussain, 1993). b. Dapat memahami peranan yang dimainkan dalam program pengajaran di sekolah dan Bercita-cita tinggi terhadap pencapaian akademik murid-murid (Rutter, et al. (1979). c. Mempunyai kemahiran sebagai pemimpin pengajaran
  24. 24. Kepemimpinan Pengajaran  Pengenalan.  Satu idea atau gambaran dalam fikiran yang telah dipertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah-sekolah sepanjang tahun 1980 an dan awal tahun 1990.  ( Leihwood, Kenneth, 1992).  Tugas utama guru besar yang berkesan (Leithwood, Kenneth A, 1992; Abbas (IAB), 2004.
  25. 25. Konsep (a) Tindakan-tindakan yang diambil oleh guru besar, atau menugaskan kepada kakitangannya bermatlamatkan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran murid (Bevoise, 1984). (b) Beberapa tugas bersepadu seperti penyeliaan pengajaran, aktiviti perkembangan staf dan perkembangan kurikulum ( Smith dan Andrew, 1989)
  26. 26. Konsep Kepemimpinan Pengajaran (c) Pemerhatian pengajaran dan fokas secara khusus kepada bantuan, bimbingan dan menggalakkan pengajaran secara reflektif (pemikiran yang serious dan considaration)
  27. 27. Konsep Refleksi * Ialah suatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pengajaran yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuai untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
  28. 28. Cara buat refleksi Mengenalpasti masalah. Mengapa masalah itu berlaku. Cadangan untuk meyelesaikan masalah
  29. 29. Konsep kepemimpinan pengajaran (d) Kepelbagaian kerjasama dan kajian kritikal (membuat huraian atau ulasan) berkaitan dengan interaksi di bilik darjah untuk mencapai matlamat P dan P yang berkesan ( Smyth, 1997).
  30. 30. Kesimpulan Kepemimpinan pengajaran guru besar ialah apa saja yang dilakukan oleh guru besar untuk kemajuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  31. 31. Tanggungjawab PP Mengadakan falsafah sekolah, matlamat dan objektif sekolah (misi, visi). Membimbing guru supaya mempunyai kecekapan dalam kurikulum dan kokurikulum. Mengadakan program perkembangan staf. Menyelaras segala aktiviti pendidikan. (Duke, 1982, Bevoise, 1984)
  32. 32. Tingkah laku pemimpin pengajaran Percaya bahawa pengajaran itu mustahak, kalau tidak dia akan menumpukan perhatian kepada kerjakerja lain. Mereka menilai sendiri penglibatan mereka dalam perancangan pengajaran, sejauhmana kelemahan dan berkesannya hal-hal pengajaran sentiasa dibincangakan dan ditimbulkan dalam agenda mesyuarat guru.
  33. 33. Sentiasa tekun, mempunyai tujuan yang luas, tetap dalam tugas walau dalam apa keadaan sekalipun. Mempunyai idea, teknik dan rancangan yang sesuai dengan keboleh guru-guru yang berbeza.  (Novetney, 1979).
  34. 34. Nasional Association of Secondary School Principal-Ciri-Ciri PP Efektif.  Berkeyakinan dan menaruh sepenuh kepercayaan serta pengharapan yang tinggi terhadap semua staf.  Menghabiskan sebahagian besar waktu kerja bersama guru-guru, berbincang, membantu dan mendorong mereka bagi memajukan perogram P @ P.  Berusaha mengesan dan mengenal pasti masalahmasalah dalam proses P @ P.  Terlibat secara langsung bagi mempastikan iklim serta budaya sekolah dapat mempengaruhi guru ke arah mencapai matlmat sekolah yang ditetapkan
  35. 35. Instrumen “Principal Instructional Management Rating Scale” Oleh Halinger dan Murphy, 1987. Menetapkan Matlamat Sekolah Menjelaskan Matlamat Sekolah Menyelia dan Menilai Pengajaran Guru Menyelaras Kurikulum Memantau Kemajuan Murid Mengawal Serta Melindungi Waktu Pengajaran Selalu Kelihatan di Kawasan Sekolah Memberi insentif kepada guru Memaju dan Menggalakkan Perkembangan Staf Menyediakan Ganjaran Untuk Pelajar.
  36. 36. Tuan/Puan sila jawab soalan-soalan yang terdapat dalam instrumen.

×