SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
940910015819
1
1.0 SINOPSIS
Kajian yang bertajuk kadar populariti Restoran Selera Mara di bangunan kompleks
MARA di Simpang Renggam ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah Restoran Selera
Mara dan mengkaji kesan perniagaan Restoran Selera Mara kepada pelangan berbangsa
melayu dan cina. Seramai 30 orang pelangan dipilih sebagai responden. Kajian ini
menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai
persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap Restoran
Selera Mara di bangunan kompleks MARA. Terdapat tiga persoalan kajian yang
diutarakan dalam kajian ini iaitu ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan. Data yang
diperolehi dianalisis dengan mengunakan perisian komputer Microsoft Excel untuk
mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
persepsi responden dari aspek ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan adalah
sederhana. Kajian mendapati bahawa responden berbangsa melayu lebih gemar memilih
Restoran Selera Mara sebagai tempat menjamu selera berbanding responden berbangsa
cina kerana faktor persekitaran yang terdapat di kawasan restoran tersebut. Beberapa
cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian ini dimasa yang
akan datang turut dicadangkan.
940910015819
2
2.0 ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
Penghargaan 3
Pengenalan 4-5
Objektif Kajian 6
Lokasi Kajian 7-12
Kaedah Kajian 13-15
Dapatan Kajian 16-24
Kesimpulan 25
Rujukan 26
Lampiran 27-29
940910015819
3
3.0 PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat rasa,
nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini pada tempoh yang telah ditetapkan dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang
masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Pengajian
Am, Pn Siti Fatimah Binti Pazaer kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
kerana memberi pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah member saya
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya 3erjaya
menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Tidak lupa juga kepada pemilik
Restoran Selera Mara kerana telah membantu saya menjawab setiap pertanyaan yang
saya tujukan kepada dia.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini. Terima Kasih.
940910015819
4
4.0 PENGENALAN
Bagi memenuhi sukatan pelajaran dan keperluan peperiksaan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia(STPM) untuk mata pelajaran Pengajian Am. Pelajar-pelajar di
khendaki menjalankan kkerja projek.Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberikan
dua pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus STPM 2013. Saya telah memilih
tugasan ekonomi perniagaan iaitu Cabaran Kedai Makan di bangunan Mara Simpang
Rengam.
Perniagaan adalah suatu kegiatan usaha individu yang terorganisasi untuk
menghasilkan dan menjual barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan
dalam memenuhi keperluan masyarakat. Secara umum kegiatan ini ada dalam masyarakat
dan industri.
Kegiatan perniagaan merangkumi seluruh kegiatan membuat dan menyalurkan
barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh masyarakat. Oleh kerana itu, perniagaan
boleh dikatakan sebagai suatu lembaga yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan manusia.Mengikut teori Maslow dalam kehidupan seharian
manusia,makanan adalah keperluan utama .Masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai
makanan,tidak kira pelbagai bangsa dan budaya pasti menyelerakan.
Makanan boleh mempengaruhi individu , masyarakat ,dan kaum .Di Malaysia
pelbagai makanan yang boleh di kongsi dan boleh juga di nikmati bersama,Cara begini
boleh menaikan lagi nama Malaysia yang penuh dengan keunikan dan kaya dengan
makanan pelbagai bangsa.Bagi rakyat tempatan majoritinya bekerja bagi menyara diri
,hal ini yang demikian gerai- gerai makanan atau warung mengambil kesempatan untuk
berniaga di kawasan perindustrian,perkilangan ataupun berdekatan dengan syarikat
swasta dan awam,kerana mereka tidak akan balik dan memasak dirumah malah mereka
lebih gemar makan diwarung atau gerai yang lebih cepat dan pelbagai menu yang boleh
mengikut khendak sendiri,tidak kira waktu rehat ataupun waktu balik mereka pasti akan
singgah
940910015819
5
Di kawasan Simpang Renggam terdapat puluhan gerai-gerai makanan,warung-
warung ,dan restoran yang berhampiran dengan kemudahan awam seperti perhentian bas,
hospital dan pelbagai lagi.Saingan di kawasan tersebut agak sengit,kerana mereka
mengeluarkan menu yang sama.Sudah pasti pelanggan akan berasa jemu,Cuma yang
memberi kelebihan kepada warung yang mempunyai tukang masak yang handal dan
mengunakan 5lternative yang lain.Kawasan yang penuh tumpuan pastinya di kawasan
kompleks kerana di situlah terumpunya pelbagai barangn yang di perlukan atau
dikhendaki oleh pelanggan dan jika gerai makanan dibuka maka ada kelebihan di
kawasan tersebut.
Tetapi Restoran Selera Mara di dalam kompleks MARA kurang mendapat
sambutan daripada pelanggan,dilihat secara mata kasar kawasan tersebut agak sunyi dan
tidak ramai. Peniaga juga tidak dapat meneruskan perniagaan mereka dengan jangka
masa yang lama.Mengikut sejarah pembukaan kompleks MARA ramai peniaga berebut
bagi mendapatkan lot kawasan perniagaan.Oleh disebabkan itulah saya ingin membuat
kajian tentang gerai makanan di kompleks MARA Simpang Renggam dan melakukan
tugasan yang di beri oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
940910015819
6
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.
1. Mengenalpasti masalah Restoran Selera Mara di Bangunan MARA
Simpang Renggam.
2. Mengkaji kesan perniagaan Restoran Selera Mara di Bangunan MARA
Simpang Renggam kepada pelangan berbangsa melayu dan cina.
940910015819
7
6.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.Kawasan
kajian ini terletak di tengah-tengah kawasan pekan Simpang Renggam.Kawasan kajian
tersebut amat strategik kerana berada di tepi jalan besar.Simpang Renggam adalah daerah
yang berada di tengah-tengah maka jarak antara daerah-daerah lain lebih kurang sama
jaraknya.Jarak di antara Batu Pahat dan Simpang Renggam ialah empat puluh kilometer
dan masa yang masa untuk sampai lebih kurang lima puluh minit.Manakala dari Bandar
kluang jarak yang diambil 40 kilometer.mengambil masa 35 minit.Seterusnya dari Ayer
Hitam dengan jarak 18 kilometer,masa diambil untuk sampai ke tempat kajian 20 minit.
6.1 NEGERI JOHOR
Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud
“Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab
telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal
pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu”
oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan
oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan
Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah
meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah
ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja
Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya
membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan
pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841
memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan.
Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas
membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan
Johor”.
Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah
sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia
940910015819
8
Peta Negeri Johor
6.2 SEJARAH DAERAH KLUANG
Peta Daerah Kluang
Mengikut maklumat dari orang-orang tua yang merupakan penduduk asal Kluang, nama
Kluang sebenarnya berasal dari sebuah kampung yang di beri nama KLUANG
KAMPUNG yang terletak di Kuala Sungai Mengkibol. Wujudnya nama Kluang
Kampung mungkin berkaitan dengan terdapat banyaknya unggas besar yang dikenali
dengan nama 'Burung Keluang' Walaupun Burung Keluang di anggap sebagai makhluk
perosak, namun ia juga sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada alam sejagat dengan
menabur benih-benih pokok melalui sebaran secara perkumuhan. Sejarah Daerah Kluang
dari tahun ke tahun mengalami perubahan di mana Kluang merupakan sebuah daerah
daripada 8 buah daerah di negeri Johor. Mempunyai keluasan 2,851.59 km persegi dan
terkenal sebagai daerah kedua terluas selepas Johor Bahru. Kedudukan Kluang yang
940910015819
9
begitu strategik dengan kemudahan infrastruktur faktor melayakkan menjadi sebuah
bandaraya dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat membangun selepas Johor Bahru
pada tahun 2020. Tanggal 8 Mei 2001 Daerah Kluang telah mencipta nama Perbandaran
Kluang yang pesat dengan pembangunan infrastrukturnya, menghubungkan kepada 4
buah daerah yang lain seperti Batu Pahat, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi.
Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama
sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang
ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis
kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali
jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum
bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di
sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum
tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin
disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan
kereta api dan juga penempatan di Kluang.
stesen-stesen kereta api kecil telah didirikan sepanjang perjalanan dari utara ke selatan.
ini termasuklah stesen-stesen Batu Anam, Segamat, Labis, Paloh, Chamek, Niyor,
Mengkibol, Rengam, Layang-layang, Kulai, Tebrau dan terminal utamanya di Johor
Bahru.
Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah
puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510m dan juga salah satu
gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia.
Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh
semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer
persegi. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis seluas 126.57 kilometer persegi. Kluang
mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan
keretapi.
Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat
pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga
perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain
telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an
dengan daerah pengeluar getah paling utama.
Majlis Perbandaran Kluang diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan
fungsi dan tanggungjawabnya. Sejarah penubuhannya sebagai penguasa tempatan
940910015819
10
bermula pada tahun 1920 apabila Lembaga Bandaran Kluang dibuka. Lembaga Bandaran
Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957, Majlis
Daerah Kluang Utara pada 1977 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran
Kluang pada 8 Mei 2001.m pembinaan di sekitar daerah Kluang.k-produk berkualiti.
6.3 Simpang Renggam
Simpang Renggam ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kluang, Johor. Sekarang
Simpang Renggam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. Majlis
Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana
pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001.
Peta Simpang Renggam
940910015819
11
6.4 Majlis Daerah Simpang Renggam
Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan dan
pengisytiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini
adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf
beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.
Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam
tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam
menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996,
pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat
pentadbiran utama.
Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam,
Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula
oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan
yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang
keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan
anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.
Terdiri daripada 5 buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai
Sayong dan Layang-Layang dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik.
Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta
swasta.
Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah
menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an.
Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris
yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan
sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.
940910015819
12
6.5 BANGUNAN KOMPLEKS MARA SIMPANG RENGGAM
Bangunan kompleks MARA Simpang Renggam beralamat Jalan Besar,Smpang
Renggam,86200,Kluang,Johor.Bangunan MARA ini berdekatan dengan Majis Daerah
Simpang Renggam,Klinik,Balai Polis,dan Pasaraya.Aktiviti perniagaan yang terdapat
didalam bangunan MARA terdapat premis yang berniaga jenis perkhidmatan.Contohnya
pengambilan lessen memandu,kelas menjahit,dan pusat belajar komputer.Selain
itu,terdapat gerai yang membuka perniagaan kesihatan dan pakaian wanita.
940910015819
13
7.0 kaedah kajian
Saya telah melaksanakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan beberapa
maklumat. Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian atau kaedah kajian adalah
untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Antara kaedah kajian yang
telah saya aplikasikan dalam kerja projek ini ialah
7.1 Kaedah soal selidik
Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ia berhubung terus
dengan kumpulan sasaran, peggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka
bentuk soalan yang bersesuaian.
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang
mewakili pelanggan. Tujuannya adalah untuk memudahkan saya untuk mengkaji data
yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya.Tiada masalah yang dialami sepanjang
sesi soal selidik dijalankan kerana semua responden memberi kerjasama yang baik
kepada saya.
Terdapat 3 perkara yang saya ajukan iaitu ekonomi, faktor persekitaran dan
perniagaan. Perkara yang terdapat dalam ekonomi ialah menyediakan peluang pekerjaan
di Restoran Selera Mara, peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti, bahan
mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara dan sebagainya. Dalam skop
faktor persekitaran pula seperti kawasan restoran yang strategik untuk dikunjungi, dapat
menarik perhatian pelanggan, berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk dan
sebagainya. Dari segi perniagaan, seperti kadar kebersihan restoran yang tinggi, citarasa
makanan mengikut selera pelangan, layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap
pelangan dan lain-lain lagi.
940910015819
14
7.2 kaedah pemerhatian
Melalui kaedah pemerhatian ,selain memerhati saya juga telah menggunakan
kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti menunjukkan Susana dan persekitaran
Restoran selera Mara di bangunan MARA.Disebabkan itu,kaedah ini telah digunakan
bagi mendapatkan reaksidaripada pelanggan digerai makan tersebut.Selain itu,kaedah ini
juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang disediakan oleh gerai makan
tersebut.Melalui kaedah pemerhatian selama tiga hari berturut-turut,saya mendapati
bahawa gerai makan mempunyai pelanggan yang ramai dikalangan warga
emas,pekerja,dan pelajar sekolah.kebanyakkan pelajr sekolah yang membeli makanan di
gerai tersebut.
Pada hari pertama pemerhatian saya,saya mendapati di kawasan gerai makanan
tersebut kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Pada waktu tengahari,pelanggan
kurang memuaskan sekadar membungkus makanan sahaja.Pada waktu petang pula agak
ramai pelanggan yang datang di kuasai oleh pelajar sekolah.yang pulang dari sekolah.
Pada hari kedua pemerhatian saya,saya mendapati bahawa kawasan gerai tidak
diuruskan dengan sempurna,seperti sampah dilantai dan diatas meja tidak di
bersihkan.selain itu,meja belum lagi di lap,seterusnya habuk rokok yang penuh tidak
dibuang.Perkara sebegini perlu di ambil kira oleh pengurus atau pekerja kedai makan.
Pada hari terakhir pemerhatian saya,saya mendapati bahawa perkhidmatan
terhadap pelanggan kurang memuaskan.pengambilan pesanan yang lambat,penhantaran
makanan dan minuman yang lambat serta tiada snyuman yang ditunjukkan.Ini boleh
merasakan ketidakpuashatian daripada pelanggan.Melalui pemerhatian selama tiga hari
ini juga,saya dapat menilai tahap kebersihan dan perkhidmatan gerai makan tersebut.
940910015819
15
7.3 Kaedah Rujukan
Data sekunder diperoleh dari perpustakaan dan majlis perbandaran Simpang
Renggam.Data-data penting termasuklah buku-buku,majalah,keratan akhbar,jurnal-
jurnal,dan bahan ilmiah yang lain.selain itu gambar rajah dan peta di peroleh daripada
laman web majlis perbandaran Simpang renggam. Saya telah memilih kaedah ini kerana
kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan data tambahan yang diperlukan
untuk dimuatkan ke dalam kajian saya.
7.4 Kaedah Temu Bual
Kaedah ini melibatkan temu bual secara tidak formal,iaitu melibatkan individu dalam
kalangan pelanggan dan pekerja di pasaraya atau masyarakat setempat.Temu bual ini
menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan kadar populariti Restoran Selera
Mara di bangunan MARA Simpang Renggam mengikut bangsa. Saya menjalankan
kaedah temubual ini dengan menggunakan alat perakam gambar atau suara untuk
merakam perbualan .Kemudianya, maklumat ini digunakan untuk menganalisis temubual
tersebut.
Dalam proses temu bual saya telah menujukkan beberapa soalan berkaitan dengan
restoran. Beberapa orang pelanggan dan pekerja telah di temu bual bagi mendapatkan
maklumat berkenaan kajian ini.Dengan menggunakan kaedah kajian ini,Saya dapat
memahami situasi yang berlaku direstoran tersebut.Responden yang di temu bual telah
memberikan kerjasama yang baik.Oleh itu,Kajian dapat dijalankan dengan lancar.
940910015819
16
8.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan mempamerkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden.Data yang
dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan,taburan
kekerapan dan purata.
8.1 Demografi Responden
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal
selidik.Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek umur, jantina, bangsa,
pekerjaan, status, tangga gaji, agama, bilangan ahli keluarga, taraf pendidikan dan
perbelanjaan bulanan untuk makanan(dalam peratusan) dipersembahkan dalam bentuk
rajah.
8.1.1 UMUR
Rajah 1 umur responden
Sumber: kajian lapangan 2013
Berdasarkan hasil kajian,daripada 30 orang responden yang di temubual, seramai 3(10%)
orang adalah terdiri daripada umur antara 50 tahun ke atas.Manakala responden 40-49
tahun adalah 9(27%) orang. Seterusnya, antara umur 30-39 tahun mengutip jumlah
sebanyak 8(23%) orang. Bagi responden 20-29 mengutip jumlah paling banyak iaitu
10(33%) orang. Selebihnya adalah responden 19 tahun ke bawah iaitu 3(7%). Responden
yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang berbeza.
10%
27%
23%
33%
7%
umur
50 tahun keatas
40-49 tahun
30-39 tahun
20-29 tahun
19 tahun ke bawah
940910015819
17
8.1.2 JANTINA
Rajah 2 jantina responden
Sumber: kajian lapangan 2013
Dapatan hasil kajian menunjukkan 30 orang responden, seramai 20 orang(67%) adalah
terdiri daripada lelaki.Selebihnya iaitu 10 orang responden adalah perempuan(33%). Ini
bermakna jantina di monopoli oleh lelaki, disini terdapat jurang yang sangat besar antara
lelaki dan perempuan.
67%
33%
jantina
Lelaki
Perempuan
940910015819
18
8.1.3 BANGSA
Rajah 3 bangsa renponden
Sumber: kajian lapangan 2013
Berdasarkan objektif kajian, kajian telah membuat dua bangsa sahaja. Kebanyakkan
responden di peloppori oleh kaum melayu seramai 21 orang iaitu 70%. Manakala jumlah
kaum cina yang menjamu selera di Restoran Selera Mara sebanyak 9 orang dengan
peratusan 30%. Jelaslah bahawa kaum melayu lebih gemar makan di restoran tersebut.
70%
30%
bangsa
Melayu
Cina
940910015819
19
9.0 Dapatan Kajian
Kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap Restoran Selera Mara di bangunan
kompleks MARA Simpang Renggam.
Jadual 1: Ekonomi
Berdasarkan jadual 1, perkara ekonomi menjadikan soalan soal selidik yang pertama
untuk dianalisis. Berdasarkan objektif yang telah dibuat iaitu mengenalpasti masalah
perniagaan Restoran Selera Mara di bangunan MARA Simpang Renggam. Objektif telah
dicapai, melalui analisis yang dibuat. Soalan 1, menyediakan peluang pekerjaan di
Restoran Selera Mara adalah bagi peratusan cemerlang mencatatkan keputusan yang
paling rendah iaitu 0%(0 orang), manakala peratusan bagi baik ialah 36%(11
orang).Sederhana pula mencatatkan peratusan 17%(5 orang) dan bagi kurang memuaskan
ialah 36%(11 orang). Seterusnya peratusan bagi lemah pula ialah 10%(3 orang).
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, Restoran Selera Mara tidak menjamin kepada
peluang pekerjaan.
Bil Perkara
Cemerlang
%
(bil)
Baik
%
(bil)
Sederhana
%
(bil)
Kurang
Memuaskan
% (bil)
Lemah
%
(bil)
1. Menyediakan peluang
pekerjaan di Restoran
Selera Mara.
0
(0)
36
(11)
17
(5)
37
(11)
10
(3)
2. Peningkatan taraf hidup
yang ditanggung oleh
komuniti.
0
(0)
20
(6)
53
(16)
17
(5)
10
(3)
3. Bahan mentah yang segar
diperolehi oleh Restoran
Selera Mara.
7
(2)
17
(5)
46
(14)
20
(6)
10
(3)
4. Meningkatan pendapatan
individu.
3
(1)
27
(8)
20
(6)
30
(9)
20
(6)
5. Persaingan Restoran
Selera Mara dengan
restoran sekitarnya.
10
(3)
27
(8)
27
(8)
30
(9)
6
(2)
6. Turun naik harga
makanan di Restoran
Selera Mara mengikut
kadar ekonomi semasa.
7
(2)
31
(9)
17
(5)
28
(8)
17
(5)
940910015819
20
Seterusnya, soalan 2 peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh kawasan sekitar
Simpang Renggam dengan peratusan cemerlang 0%(0orang),seterusnya baik
mencatatkan peratusan 20%(6orang). Bagi peratusan sederhana pula mencatatkan nilai
yang paling tinggi iaitu 53%(16orang). Kurang memuaskan menunjukkan peratusan
sebanyak 17%(5orang) dan lemah 10%(3orang). Ini menunjukkan bahawa masalah
peningkatan taraf hidup di sekitar Simpang Renggam tidaklah terlalu ketara.
Selain itu,masalah bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara,
peratusan yang dikumpul bagi cemerlang 7%(2orang) dan bagi peratusan baik pula ialah
17%(5orang). Manakala peratusan sederhana 46%(14orang), kurang memuaskan
20%(6orang) dan lemah 10%(3orang). Kesimpulan yang dilihat bahawa sederhana telah
menguasai cadangan ini.
Bagi peratusan, meningkatkan pendapatan individu ialah bagi cemerlang 3%(1orang),
baik 27%(8orang), sederhana 20%(6orang), kurang memuaskan 30%(9orang) dan lemah
20%(6orang). Di dalam cadangan ini, secara keseluruhannya bahawa Restoran Selera
Mara kurang membantu dalam meningkatkan pendapatan individu.
Seterusnya, persaingan Restoran selera Mara dengan restoran sekitarnya, peratusan yang
diperolehi ialah cemerlang 10%(3orang),manakala baik dan sederhana mencatat
peratusan yang sama iaitu 27%(8orang), kurang memuaskan pula ialah 30%(9orang) dan
peratusan bagi lemah pula ialah 6%(2orang). Di dalam keseluhuran peratusan
menunjukkan bahawa Restoran Selera Mara kurang memberikan persaingan dengan
restoran sekitarnya.
Untuk turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara mengikut kadar ekonomi
semasa dan peratusannya pula ialah cemerlang 7%(2orang), baik 31%(9orang), sederhana
17% (5orang), kurang memuaskan 28%(8orang) dan lemah 17% (5orang). Maka,
peratusan sederhana menunjukkan nilai yang paling tinggi dan keseluruhannya
menerangkan bahawa naik harga makanan di Restoran Selera Mara tidaklah terlalu
keterlaluan tetapi kurang sesuai dengan harga makanan kawasan Simpang Renggam.
Keseluruhan yang telah dianalisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang
dihadapi di Restoran Selera Mara.
940910015819
21
Jadual 2: Faktor Persekitaran
Berdasarkan jadual 2, didapati bahawa faktor persekitaran juga membawa serba sedikit
masalah kepada Restoran Selera Mara di bangunan MARA Simpang Renggam. Perkara
pertama ialah terdapat kemudahan asas yang lengkap seperti tandas awam,surau dll. Bagi
peratusan cemerlang 63%(19orang), baik 30%(9orang), sederhana 7%(2orang). Manakala
peratusan kurang memuaskan dan lemah ialah 0%(0orang).Di dalam peratusan ini
menunjukkan bahawa bangunan MARA menyediakan kemudahan asas kepada
pengunjung Restoran Selera Mara tetapi tidak 100% lengkap.Ini bermakna responden
berpendapat bahawa kemudahan asas di bangunan MARA sangat baik.
Selain itu, perkara yang kedua ialah kawasan restoran yang 21ystem21ic untuk
dikunjungi. Berdasarkan kajian yang telah dibuat bahawa peratusan bagi cemerlang
40%(12orang) dan peratusan baik mencatatkan nilai sebanyak 37%(11orang),seterusnya
peratusan bagi sederhana ialah 13%(4orang) manakala kurang memuaskan 10%(3 orang)
dan lemah 0% (0orang). Kajian mendapati kawasan kedai makan strtegik daripada
pendapat responden.
Bil Perkara
Cemerlang
%
(bil)
Baik
%
(bil)
Sederhana
%
(bil)
Kurang
Memuaskan
% (bil)
Lemah
%
(bil)
1. Terdapat kemudahan
asas yang lengkap
(seperti tandas awam,
surau dll).
63
(19)
30
(9)
7
(2)
0
(0)
0
(0)
2. Kawasan restoran yang
21ystem21ic untuk
dikunjungi.
40
(12)
37
(11)
13
(4)
10
(3)
0
(0)
3. Dapat menarik perhatian
pelanggan.
3
(1)
13
(4)
27
(8)
44
(13)
13
(4)
4. Berdekatan dengan
kawasan petempatan
penduduk.
20
(6)
47
(14)
20
(6)
13
(4)
0
(0)
5. Kemudahan
perkhidmatan awam
mudah didapati
(seperti bas awam, teksi
dll).
17
(5)
36
(11)
40
(12)
7
(2)
0
(0)
6. Persaingan perniagaan
yang sengit dengan
perniagaan lain.
3
(1)
17
(5)
30
(9)
33
(10)
17
(5)
940910015819
22
Seterusnya, faktor daya tarikan pelangan menjadi masalah kepada Restoran Selera Mara
di bangunan MARA. Responden telah memberi respon bagi cemerlang ialah 3% (1orang)
dan peratusan bagi baik sebanyak 13% (4orang). Seterusnya sederhana menunjukkan
nilai sebanyak 27% (8orang),manakala bagi kurang memuaskan pula mendapat peratusan
yang paling tinggi daripada responden iaitu 44%(13orang) dan lemah 13%(4orang).
Keseluruhan Responden berpendapat bahawa daya tarikan di Restoran Selera Mara ialah
dengan peratusan yang paling tinggi adalah kurang memuaskan.
Tambahan lagi, faktor persekitaran yang lain ialah berdekatan dengan kawasan
petempatan penduduk. Respon yang telah diberikan terhadap faktor persekitaran ini ialah
bagi cemerlang 17% (5orang),manakala peratusan bagi baik mencatatkan peratusan yang
paling tinggi iaitu 47%(14orang). Sederhana pula mencatatkan nilai peratusan sebanyak
20%(6orang) dan peratusan bagi kurang memuaskan ialah 13% (4orang). Peratusan bagi
lemah mencatatkan nilai yang paling rendah iaitu 0% (0orang). Oleh yang sedemikian,
kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian berada tidak jauh dengan penempatan.
Bagi Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati seperti bas awam, teksi dan
sebagainya pula hasil daripada kajian menunjukkan bahawa cemerlang 17% (5orang),
manakala baik pula ialah 36%(11orang).Sederhana mencatatkan peratusan yang paling
tinggi bagi perkara ini iaitu 40%(12orang).Bagi kurang memuaskan dan lemah pula
masing-masing mendapat peratusan 7%(2orang) dan 0%(0orang). Responden telah
memberikan peratusan yang agak baik untuk kemudahan perkhidmatan awam yang
berada di 22yste Simpang Renggam ini.
Akhir sekali, kawsan perniagaan yang sengit juga mempengaruhi masalah yang dihadapi
oleh Restoran Selera Mara.Bagi perkara ini responden telah memberikan peratusan bagi
cemerlang ialah 3%(1orang) iaitu peratusan bagi perkara ini memcatatkan nilai yang
paling rendah sekali, manakala peratusan bagi baik 17%(5 orang),bagi sederhana pula
ialah 30%(9orang).Manakala bagi kurang memuaskan dalam perkara ini mencatatkan
peratusan yang paling tinggi iaitu 33%(10orang) dan bagi lemah pula ialah 17% (5orang).
940910015819
23
Jadual 3: Perniagaan
Berdasarkan jadual 3,kajian mendapati bahawa faktor tempat perniagaan juga
mempengaruhi cabaran kepada Restoran Selera Mara di bangunan Mara. Perkara yang
pertama ialah kadar kebersihan restoran yang tinggi. Bagi peratusan cemerlang ialah
37%(11orang) dan bagi peratusan baik ialah 53%(16orang).Manakala bagi peratusan
sederhana pula ialah 7%(2orang),seterusnya bagi kurang memuaskan ialah memcatatkan
peratusan 3%(1orang) dan pula mencatat peratusan yang paling rendah iaitu
0%(0orang).Ini bermakna kadar kebersihan di Restoran Selera Mara adalah baik.
Selain itu, perkara yang kedua pula ialah citarasa makanan mengikut selera pelangan.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat bahawa peratusan bagi cemerlang ialah
20%(6orang) dan baik pula ialah 13%(4orang). Manakala bagi sederhana pula ialah
33%(10orang) dan kurang memuaskan pula mencatatkan peratusan sebanyak
27%(8orang) dan lemah pula ialah 7%(2orang). Mengikut respon menu yang di sediakan
kemungkinan agak banyak pilihan.
Bil Perkara
Cemerlang
%
(bil)
Baik
%
(bil)
Sederhana
%
(bil)
Kurang
Memuaskan
% (bil)
Lemah
%
(bil)
1. Kadar kebersihan
restoran yang tinggi.
37
(11)
53
(16)
7
(2)
3
(1)
0
(0)
2. Citarasa makanan
mengikut selera
pelangan.
20
(6)
13
(4)
33
(10)
27
(8)
7
(2)
3. Layanan pekerja
Restoran Selera Mara
terhadap pelangan.
3
(1)
13
(4)
34
(10)
20
(6)
30
(9)
4. Tahap keselamatan
Restoran Selera Mara
yang terjamin.
23
(7)
37
(11)
40
(12)
0
(0)
0
(0)
5. Tahap keselesaan
pelangan ketika
menjamu selera.
37
(11)
40
(12)
20
(6)
3
(1)
0
(0)
6. Sistem penyelenggaraan
yang sempurna
(seperti kerusi, meja dll).
13
(4)
23
(7)
44
(13)
20
(6)
0
(0)
7. Restoran Selera Mara
mempunyai keunikan
gerai yang tersendiri.
0
(0)
10
(3)
27
(8)
43
(13)
20
(6)
940910015819
24
Seterusnya, layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan yang datang telah
pu dikaji bagi mengenal pasti masalah restoran tersebut.Bagi peratusan cemerlang ialah
3%(1orang) dan baik pula ialah 13(4orang).Manakala bagi peratusan sederhana
mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 34%(10orang) dan kurang memuaskan
peratusannya ialah 20%(6orang). Bagi peratusan lemah telah mencatatkan sebanyak
30%(9orang). Berdasarkan peratusan, layanan yang diberikan oleh pekerja restoran tidak
memberi kepuasan kepada pelangan.
Tambahan lagi, faktor yang membawa sesuatu perniagaan itu tidak maju kerana tahap
keselamatan yang berada di sekeliling Restoran Selera Mara.Perkara ini telahpun di
analisis, peratusan bagi cemerlang ialah 23%(7orang) dan baik mencatatkan peratusan
37%(11orang). Manakala peratusan bagi sederhana pula mencatatkan peratusan yang
paling tinggi iaitu 40%(12orang). Bagi peratusan kurang memuaskan dan lemah
mencatatkan peratusan yang sama dan paling rendah iaitu 0%(0orang). Ini bermakna
tahap keselamatan Restoran Selera Mara adalah terjamin.
Faktor yang lain pula ialah tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera. Peratusan
cemerlang ialah 37%(11orang) dan peratusan bagi baik ialah 40%(12orang). Manakala
bagi peratusan sederhana mencatatkan sebanyak 20%(6orang). Peratusan kurang
memuaskan pula ialah 3%(1orang) dan lemah mencatatkan peratusan yang paling rendah
iaitu 0%(0orang).Tahap keselesaan yang diberikan dikuasai oleh peratusan baik.
Seterusnya, Sistem penyelenggaraan yang sempurna seperti kerusi, meja dll.
Penyelenggaraan kedai yang tidak teratur berkemungkinan punca permasalahan yang
dihadapi. Peratusan bagi cemerlang ialah 13%(4orang) dan peratusan baik mencatatkan
23%(7orang). Manakala bagi peratusan sederhana ialah 44%(13orang) dan kurang
memuaskan ialah 20%(6orang). Seterusnya peratusan bagi lemah pula ialah 0%(0orang).
Berdasarkan peratusan yang telah dibuat, 24ystem penyelenggaraan di Restoran Selera
Mara adalah sederhana.
Perkara yang terakhir sekali ialah keunikan gerai yang terdapat di Restoran Selera Mara.
Keunikan gerai juga mempengaruhi sesuatu perniagaan itu maju. Peratusan bagi
cemerlang mencatatkan peratusan yang paling sedikit iaitu 0%(0orang) dan bagi
peratusan baik ialah 10%(3orang). Manakala bagi sederhana mencatatkan peratusan
sebanyak 27%(8orang) kurang memuaskan adalah peratusan yang paling tinggi iaitu
43%(13orang).Seterusnya bagi peratusan lemah mencatatkan 20%(6orang). Ini
bermakna kawasan kajian kurang keunikan bagi menarik pelanggan yang datang.
940910015819
25
10.0 KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelangan tentang kadar populariti
mengenai tahap kepuasan Restoran Selera Mara Simpang Renggam. Soal selidik telah
digunakan sebagai instrument kajian ini. Dalam kajian ini, tiga faktor diambil kira dalam
mendapatkan dapatan kajian. Faktor tersebut adalah ekonomi, faktor persekitaran dan
perniagaan.
Penyelidikan telah menjalankan kajian ke atas 30 orang pelangan yang menjamu
selera di Restoran Selera Mara. Data mentah yang diperolehi daripada kajian ini telah
dianalisi dengan menggunakan perisian komputer Microsoft Excel. Analisi data kajian
dilakukan secara diskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan.
Keseluruhan kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelangan tentang kadar
populariti mengenai tahap kepuasan Restoran Selera Mara Simpang Renggam. Pelangan
hendaklah berani memperjuangkan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna seperti
hak untuk mendapatkan hak keperluan asas, hak untuk membuat pilihan, hak
mementingkan kesihatan dan keselamatan dan sebagainya. Oleh itu,pelangan perlulah
memainkan peranan sebagai pengguna yang rasional demi kesihatan tubuh badan.
940910015819
26
11.0 RUJUKAN
Beberapa rujukan yang telah membantu pihak pengkaji dalam menjalankan kajian ini
antaranya ialah :
1. Kamus dewan edisi ke-4.
2. Laman web rasmi tentang R&D.
3. Laman web rasmi dewan bahasa dan pustaka.
4. Majlis perbandaran Simpang Renggam.
5. Perpustakaan SMK Dato Haji Hassan Yunos.
940910015819
27
12.0 LAMPIRAN
940910015819
28
BORANG SOAL SELIDIK
Bahagian A: Latar Belakang Responden
Tandakan (/) pada ruang disediakan.
1. Umur:
50 tahun ke atas ( )
40 - 49 tahun ( )
30 - 39 tahun ( )
20 - 29 tahun ( )
19 tahun ke bawah ( )
2. Jantina:
Lelaki ( )
Perempuan ( )
3.BANGSA:
Melayu ( )
Cina ( )
4. Pekerjaan:
Sendiri ( )
Kerajaan ( )
Swasta ( )
Pencen ( )
Tidak bekerja ( )
Lain - lain:_______________
5. Status:
Berkahwin ( )
Bujang ( )
Janda/Duda ( )
6. Tangga Gaji:
RM 3501 ke atas ( )
RM 2501 - 3500 ( )
RM 1001 - 2500 ( )
RM 1000 ke bawah ( )
7. Agama:
Islam ( )
Budha ( )
Kristian ( )
Lain - lain:_______________
8. Bilangan Ahli Keluarga:
7 orang ke atas ( )
5 orang ( )
4 orang ( )
3 orang ke bawah ( )
9. Taraf Pendidikan:
PMR ( )
SPM ( )
STPM/setaraf ( )
Diploma/Ijazah/PHD ( )
Lain - lain:_______________
10. Perbelanjaan bulanan untuk
makanan (dalam peratusan):
Kurang 20% ( )
20 - 29% ( )
30 - 39% ( )
40 - 49% ( )
Lebih 50% ( )
940910015819
29
BAHAGIAN B: RESPONDEN MASYARAKAT
Berdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda tentang kadar populariti mengenai
tahap kepuasan terhadap restoran x di bangunan kompleks MARA Simpang Renggam
dengan menandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan.
PERKAR
A
CEMERLAN
G
BAI
K
SEDERHAN
A
KURANG
MEMUASKA
N
LEMA
H
SKOR 5 4 3 2 1
BIL PERKARA 5 4 3 2 1
EKONOMI
1. Menyediakan peluang pekerjaan di Restoran Selera Mara.
2. Peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti.
3. Bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera
Mara.
4. Meningkatan pendapatan individu.
5. Persaingan Restoran Selera Mara dengan restoran
sekitarnya.
6. Turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara
mengikut kadar ekonomi semasa.
FAKTOR PERSEKITARAN
1. Terdapat kemudahan asas yang lengkap
(seperti tandas awam, surau dll).
2. Kawasan restoran yang strategik untuk dikunjungi.
3. Dapat menarik perhatian pelanggan.
4. Berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk.
5. Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati
(seperti bas awam, teksi dll).
6. Persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain.
PERNIAGAAN
1. Kadar kebersihan restoran yang tinggi.
2. Citarasa makanan mengikut selera pelangan.
3. Layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan.
4. Tahap keselamatan Restoran Selera Mara yang terjamin.
5. Tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera.
6. Sistem penyelenggaraan yang sempurna
(seperti kerusi, meja dll).
7. Restoran Selera Mara mempunyai keunikan gerai yang
tersendiri.

More Related Content

What's hot

kertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafekertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafeRosedi Ibrahim
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaanLam Pui Yee
 
rancangan perniagaaan koperasi
rancangan perniagaaan koperasirancangan perniagaaan koperasi
rancangan perniagaaan koperasiAbu eL IQram
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...Park Hae Ra
 
Hasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi DiriHasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi Dirifarahinyaziz
 
Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010
Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010
Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010Azizi Ahmad
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasiNu Rul
 
rancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RPrancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RPmkazree
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANcyberns_
 
Rancangan perniagaan seni reka fesyen
Rancangan perniagaan seni reka fesyenRancangan perniagaan seni reka fesyen
Rancangan perniagaan seni reka fesyenshazwani95
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penKedai Kami
 

What's hot (19)

Bakeri
BakeriBakeri
Bakeri
 
Contoh rp
Contoh rpContoh rp
Contoh rp
 
kertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafekertas kerja budget cafe
kertas kerja budget cafe
 
Telekomunikasi
TelekomunikasiTelekomunikasi
Telekomunikasi
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
rancangan perniagaaan koperasi
rancangan perniagaaan koperasirancangan perniagaaan koperasi
rancangan perniagaaan koperasi
 
Koperasi
KoperasiKoperasi
Koperasi
 
Restoran
RestoranRestoran
Restoran
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
 
Bantuan kewangan
Bantuan kewanganBantuan kewangan
Bantuan kewangan
 
Hasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi DiriHasil kerja dan Refleksi Diri
Hasil kerja dan Refleksi Diri
 
Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010
Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010
Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010
 
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
37127698 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-koperasi
 
rancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RPrancangan perniagaan - contoh RP
rancangan perniagaan - contoh RP
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAAN
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014
Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014
Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014
 
Rancangan perniagaan seni reka fesyen
Rancangan perniagaan seni reka fesyenRancangan perniagaan seni reka fesyen
Rancangan perniagaan seni reka fesyen
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan pen
 

Similar to Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

A160994 tugasan 2
A160994 tugasan 2A160994 tugasan 2
A160994 tugasan 2Shu Sian
 
Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan
Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan
Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan MUHAMMADAIRUL1
 
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafahKertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafahmrsm tawau,sabah.
 
Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)
Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)
Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)Ct Atiqah Abu Noh
 
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologiAshraf Azim
 

Similar to Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz (6)

A160994 tugasan 2
A160994 tugasan 2A160994 tugasan 2
A160994 tugasan 2
 
Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan
Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan
Lmcp1532 pembangunan-bandar-mapan
 
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafahKertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
Kertas cadangan tesis peringkat doktor falsafah
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)
Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)
Amalan Terbaik - Tugasan 4 (powerpoint)
 
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
^Keseluruhan pbs pa 2014 ekologi
 

Pbs PENGAJIAN AM penggal 1 fa-iz

  • 1. 940910015819 1 1.0 SINOPSIS Kajian yang bertajuk kadar populariti Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA di Simpang Renggam ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah Restoran Selera Mara dan mengkaji kesan perniagaan Restoran Selera Mara kepada pelangan berbangsa melayu dan cina. Seramai 30 orang pelangan dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA. Terdapat tiga persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengunakan perisian komputer Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan adalah sederhana. Kajian mendapati bahawa responden berbangsa melayu lebih gemar memilih Restoran Selera Mara sebagai tempat menjamu selera berbanding responden berbangsa cina kerana faktor persekitaran yang terdapat di kawasan restoran tersebut. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian ini dimasa yang akan datang turut dicadangkan.
  • 2. 940910015819 2 2.0 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Penghargaan 3 Pengenalan 4-5 Objektif Kajian 6 Lokasi Kajian 7-12 Kaedah Kajian 13-15 Dapatan Kajian 16-24 Kesimpulan 25 Rujukan 26 Lampiran 27-29
  • 3. 940910015819 3 3.0 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat rasa, nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang telah ditetapkan dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Pengajian Am, Pn Siti Fatimah Binti Pazaer kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya kerana memberi pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah member saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya 3erjaya menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Tidak lupa juga kepada pemilik Restoran Selera Mara kerana telah membantu saya menjawab setiap pertanyaan yang saya tujukan kepada dia. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini. Terima Kasih.
  • 4. 940910015819 4 4.0 PENGENALAN Bagi memenuhi sukatan pelajaran dan keperluan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) untuk mata pelajaran Pengajian Am. Pelajar-pelajar di khendaki menjalankan kkerja projek.Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberikan dua pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus STPM 2013. Saya telah memilih tugasan ekonomi perniagaan iaitu Cabaran Kedai Makan di bangunan Mara Simpang Rengam. Perniagaan adalah suatu kegiatan usaha individu yang terorganisasi untuk menghasilkan dan menjual barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan dalam memenuhi keperluan masyarakat. Secara umum kegiatan ini ada dalam masyarakat dan industri. Kegiatan perniagaan merangkumi seluruh kegiatan membuat dan menyalurkan barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh masyarakat. Oleh kerana itu, perniagaan boleh dikatakan sebagai suatu lembaga yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan manusia.Mengikut teori Maslow dalam kehidupan seharian manusia,makanan adalah keperluan utama .Masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai makanan,tidak kira pelbagai bangsa dan budaya pasti menyelerakan. Makanan boleh mempengaruhi individu , masyarakat ,dan kaum .Di Malaysia pelbagai makanan yang boleh di kongsi dan boleh juga di nikmati bersama,Cara begini boleh menaikan lagi nama Malaysia yang penuh dengan keunikan dan kaya dengan makanan pelbagai bangsa.Bagi rakyat tempatan majoritinya bekerja bagi menyara diri ,hal ini yang demikian gerai- gerai makanan atau warung mengambil kesempatan untuk berniaga di kawasan perindustrian,perkilangan ataupun berdekatan dengan syarikat swasta dan awam,kerana mereka tidak akan balik dan memasak dirumah malah mereka lebih gemar makan diwarung atau gerai yang lebih cepat dan pelbagai menu yang boleh mengikut khendak sendiri,tidak kira waktu rehat ataupun waktu balik mereka pasti akan singgah
  • 5. 940910015819 5 Di kawasan Simpang Renggam terdapat puluhan gerai-gerai makanan,warung- warung ,dan restoran yang berhampiran dengan kemudahan awam seperti perhentian bas, hospital dan pelbagai lagi.Saingan di kawasan tersebut agak sengit,kerana mereka mengeluarkan menu yang sama.Sudah pasti pelanggan akan berasa jemu,Cuma yang memberi kelebihan kepada warung yang mempunyai tukang masak yang handal dan mengunakan 5lternative yang lain.Kawasan yang penuh tumpuan pastinya di kawasan kompleks kerana di situlah terumpunya pelbagai barangn yang di perlukan atau dikhendaki oleh pelanggan dan jika gerai makanan dibuka maka ada kelebihan di kawasan tersebut. Tetapi Restoran Selera Mara di dalam kompleks MARA kurang mendapat sambutan daripada pelanggan,dilihat secara mata kasar kawasan tersebut agak sunyi dan tidak ramai. Peniaga juga tidak dapat meneruskan perniagaan mereka dengan jangka masa yang lama.Mengikut sejarah pembukaan kompleks MARA ramai peniaga berebut bagi mendapatkan lot kawasan perniagaan.Oleh disebabkan itulah saya ingin membuat kajian tentang gerai makanan di kompleks MARA Simpang Renggam dan melakukan tugasan yang di beri oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
  • 6. 940910015819 6 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun. 1. Mengenalpasti masalah Restoran Selera Mara di Bangunan MARA Simpang Renggam. 2. Mengkaji kesan perniagaan Restoran Selera Mara di Bangunan MARA Simpang Renggam kepada pelangan berbangsa melayu dan cina.
  • 7. 940910015819 7 6.0 LOKASI KAJIAN Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.Kawasan kajian ini terletak di tengah-tengah kawasan pekan Simpang Renggam.Kawasan kajian tersebut amat strategik kerana berada di tepi jalan besar.Simpang Renggam adalah daerah yang berada di tengah-tengah maka jarak antara daerah-daerah lain lebih kurang sama jaraknya.Jarak di antara Batu Pahat dan Simpang Renggam ialah empat puluh kilometer dan masa yang masa untuk sampai lebih kurang lima puluh minit.Manakala dari Bandar kluang jarak yang diambil 40 kilometer.mengambil masa 35 minit.Seterusnya dari Ayer Hitam dengan jarak 18 kilometer,masa diambil untuk sampai ke tempat kajian 20 minit. 6.1 NEGERI JOHOR Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”. Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau. Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”. Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia
  • 8. 940910015819 8 Peta Negeri Johor 6.2 SEJARAH DAERAH KLUANG Peta Daerah Kluang Mengikut maklumat dari orang-orang tua yang merupakan penduduk asal Kluang, nama Kluang sebenarnya berasal dari sebuah kampung yang di beri nama KLUANG KAMPUNG yang terletak di Kuala Sungai Mengkibol. Wujudnya nama Kluang Kampung mungkin berkaitan dengan terdapat banyaknya unggas besar yang dikenali dengan nama 'Burung Keluang' Walaupun Burung Keluang di anggap sebagai makhluk perosak, namun ia juga sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada alam sejagat dengan menabur benih-benih pokok melalui sebaran secara perkumuhan. Sejarah Daerah Kluang dari tahun ke tahun mengalami perubahan di mana Kluang merupakan sebuah daerah daripada 8 buah daerah di negeri Johor. Mempunyai keluasan 2,851.59 km persegi dan terkenal sebagai daerah kedua terluas selepas Johor Bahru. Kedudukan Kluang yang
  • 9. 940910015819 9 begitu strategik dengan kemudahan infrastruktur faktor melayakkan menjadi sebuah bandaraya dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat membangun selepas Johor Bahru pada tahun 2020. Tanggal 8 Mei 2001 Daerah Kluang telah mencipta nama Perbandaran Kluang yang pesat dengan pembangunan infrastrukturnya, menghubungkan kepada 4 buah daerah yang lain seperti Batu Pahat, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi. Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang. stesen-stesen kereta api kecil telah didirikan sepanjang perjalanan dari utara ke selatan. ini termasuklah stesen-stesen Batu Anam, Segamat, Labis, Paloh, Chamek, Niyor, Mengkibol, Rengam, Layang-layang, Kulai, Tebrau dan terminal utamanya di Johor Bahru. Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510m dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia. Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis seluas 126.57 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan keretapi. Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama. Majlis Perbandaran Kluang diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Sejarah penubuhannya sebagai penguasa tempatan
  • 10. 940910015819 10 bermula pada tahun 1920 apabila Lembaga Bandaran Kluang dibuka. Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957, Majlis Daerah Kluang Utara pada 1977 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kluang pada 8 Mei 2001.m pembinaan di sekitar daerah Kluang.k-produk berkualiti. 6.3 Simpang Renggam Simpang Renggam ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kluang, Johor. Sekarang Simpang Renggam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Peta Simpang Renggam
  • 11. 940910015819 11 6.4 Majlis Daerah Simpang Renggam Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan dan pengisytiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor. Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama. Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum. Terdiri daripada 5 buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai Sayong dan Layang-Layang dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik. Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta swasta. Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.
  • 12. 940910015819 12 6.5 BANGUNAN KOMPLEKS MARA SIMPANG RENGGAM Bangunan kompleks MARA Simpang Renggam beralamat Jalan Besar,Smpang Renggam,86200,Kluang,Johor.Bangunan MARA ini berdekatan dengan Majis Daerah Simpang Renggam,Klinik,Balai Polis,dan Pasaraya.Aktiviti perniagaan yang terdapat didalam bangunan MARA terdapat premis yang berniaga jenis perkhidmatan.Contohnya pengambilan lessen memandu,kelas menjahit,dan pusat belajar komputer.Selain itu,terdapat gerai yang membuka perniagaan kesihatan dan pakaian wanita.
  • 13. 940910015819 13 7.0 kaedah kajian Saya telah melaksanakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan beberapa maklumat. Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian atau kaedah kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Antara kaedah kajian yang telah saya aplikasikan dalam kerja projek ini ialah 7.1 Kaedah soal selidik Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ia berhubung terus dengan kumpulan sasaran, peggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka bentuk soalan yang bersesuaian. Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang mewakili pelanggan. Tujuannya adalah untuk memudahkan saya untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya.Tiada masalah yang dialami sepanjang sesi soal selidik dijalankan kerana semua responden memberi kerjasama yang baik kepada saya. Terdapat 3 perkara yang saya ajukan iaitu ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan. Perkara yang terdapat dalam ekonomi ialah menyediakan peluang pekerjaan di Restoran Selera Mara, peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti, bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara dan sebagainya. Dalam skop faktor persekitaran pula seperti kawasan restoran yang strategik untuk dikunjungi, dapat menarik perhatian pelanggan, berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk dan sebagainya. Dari segi perniagaan, seperti kadar kebersihan restoran yang tinggi, citarasa makanan mengikut selera pelangan, layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan dan lain-lain lagi.
  • 14. 940910015819 14 7.2 kaedah pemerhatian Melalui kaedah pemerhatian ,selain memerhati saya juga telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti menunjukkan Susana dan persekitaran Restoran selera Mara di bangunan MARA.Disebabkan itu,kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksidaripada pelanggan digerai makan tersebut.Selain itu,kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang disediakan oleh gerai makan tersebut.Melalui kaedah pemerhatian selama tiga hari berturut-turut,saya mendapati bahawa gerai makan mempunyai pelanggan yang ramai dikalangan warga emas,pekerja,dan pelajar sekolah.kebanyakkan pelajr sekolah yang membeli makanan di gerai tersebut. Pada hari pertama pemerhatian saya,saya mendapati di kawasan gerai makanan tersebut kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Pada waktu tengahari,pelanggan kurang memuaskan sekadar membungkus makanan sahaja.Pada waktu petang pula agak ramai pelanggan yang datang di kuasai oleh pelajar sekolah.yang pulang dari sekolah. Pada hari kedua pemerhatian saya,saya mendapati bahawa kawasan gerai tidak diuruskan dengan sempurna,seperti sampah dilantai dan diatas meja tidak di bersihkan.selain itu,meja belum lagi di lap,seterusnya habuk rokok yang penuh tidak dibuang.Perkara sebegini perlu di ambil kira oleh pengurus atau pekerja kedai makan. Pada hari terakhir pemerhatian saya,saya mendapati bahawa perkhidmatan terhadap pelanggan kurang memuaskan.pengambilan pesanan yang lambat,penhantaran makanan dan minuman yang lambat serta tiada snyuman yang ditunjukkan.Ini boleh merasakan ketidakpuashatian daripada pelanggan.Melalui pemerhatian selama tiga hari ini juga,saya dapat menilai tahap kebersihan dan perkhidmatan gerai makan tersebut.
  • 15. 940910015819 15 7.3 Kaedah Rujukan Data sekunder diperoleh dari perpustakaan dan majlis perbandaran Simpang Renggam.Data-data penting termasuklah buku-buku,majalah,keratan akhbar,jurnal- jurnal,dan bahan ilmiah yang lain.selain itu gambar rajah dan peta di peroleh daripada laman web majlis perbandaran Simpang renggam. Saya telah memilih kaedah ini kerana kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan data tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian saya. 7.4 Kaedah Temu Bual Kaedah ini melibatkan temu bual secara tidak formal,iaitu melibatkan individu dalam kalangan pelanggan dan pekerja di pasaraya atau masyarakat setempat.Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan kadar populariti Restoran Selera Mara di bangunan MARA Simpang Renggam mengikut bangsa. Saya menjalankan kaedah temubual ini dengan menggunakan alat perakam gambar atau suara untuk merakam perbualan .Kemudianya, maklumat ini digunakan untuk menganalisis temubual tersebut. Dalam proses temu bual saya telah menujukkan beberapa soalan berkaitan dengan restoran. Beberapa orang pelanggan dan pekerja telah di temu bual bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini.Dengan menggunakan kaedah kajian ini,Saya dapat memahami situasi yang berlaku direstoran tersebut.Responden yang di temu bual telah memberikan kerjasama yang baik.Oleh itu,Kajian dapat dijalankan dengan lancar.
  • 16. 940910015819 16 8.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini membincangkan analisis data dan mempamerkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden.Data yang dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan,taburan kekerapan dan purata. 8.1 Demografi Responden Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal selidik.Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek umur, jantina, bangsa, pekerjaan, status, tangga gaji, agama, bilangan ahli keluarga, taraf pendidikan dan perbelanjaan bulanan untuk makanan(dalam peratusan) dipersembahkan dalam bentuk rajah. 8.1.1 UMUR Rajah 1 umur responden Sumber: kajian lapangan 2013 Berdasarkan hasil kajian,daripada 30 orang responden yang di temubual, seramai 3(10%) orang adalah terdiri daripada umur antara 50 tahun ke atas.Manakala responden 40-49 tahun adalah 9(27%) orang. Seterusnya, antara umur 30-39 tahun mengutip jumlah sebanyak 8(23%) orang. Bagi responden 20-29 mengutip jumlah paling banyak iaitu 10(33%) orang. Selebihnya adalah responden 19 tahun ke bawah iaitu 3(7%). Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan yang berbeza. 10% 27% 23% 33% 7% umur 50 tahun keatas 40-49 tahun 30-39 tahun 20-29 tahun 19 tahun ke bawah
  • 17. 940910015819 17 8.1.2 JANTINA Rajah 2 jantina responden Sumber: kajian lapangan 2013 Dapatan hasil kajian menunjukkan 30 orang responden, seramai 20 orang(67%) adalah terdiri daripada lelaki.Selebihnya iaitu 10 orang responden adalah perempuan(33%). Ini bermakna jantina di monopoli oleh lelaki, disini terdapat jurang yang sangat besar antara lelaki dan perempuan. 67% 33% jantina Lelaki Perempuan
  • 18. 940910015819 18 8.1.3 BANGSA Rajah 3 bangsa renponden Sumber: kajian lapangan 2013 Berdasarkan objektif kajian, kajian telah membuat dua bangsa sahaja. Kebanyakkan responden di peloppori oleh kaum melayu seramai 21 orang iaitu 70%. Manakala jumlah kaum cina yang menjamu selera di Restoran Selera Mara sebanyak 9 orang dengan peratusan 30%. Jelaslah bahawa kaum melayu lebih gemar makan di restoran tersebut. 70% 30% bangsa Melayu Cina
  • 19. 940910015819 19 9.0 Dapatan Kajian Kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap Restoran Selera Mara di bangunan kompleks MARA Simpang Renggam. Jadual 1: Ekonomi Berdasarkan jadual 1, perkara ekonomi menjadikan soalan soal selidik yang pertama untuk dianalisis. Berdasarkan objektif yang telah dibuat iaitu mengenalpasti masalah perniagaan Restoran Selera Mara di bangunan MARA Simpang Renggam. Objektif telah dicapai, melalui analisis yang dibuat. Soalan 1, menyediakan peluang pekerjaan di Restoran Selera Mara adalah bagi peratusan cemerlang mencatatkan keputusan yang paling rendah iaitu 0%(0 orang), manakala peratusan bagi baik ialah 36%(11 orang).Sederhana pula mencatatkan peratusan 17%(5 orang) dan bagi kurang memuaskan ialah 36%(11 orang). Seterusnya peratusan bagi lemah pula ialah 10%(3 orang). Berdasarkan analisis yang telah dibuat, Restoran Selera Mara tidak menjamin kepada peluang pekerjaan. Bil Perkara Cemerlang % (bil) Baik % (bil) Sederhana % (bil) Kurang Memuaskan % (bil) Lemah % (bil) 1. Menyediakan peluang pekerjaan di Restoran Selera Mara. 0 (0) 36 (11) 17 (5) 37 (11) 10 (3) 2. Peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti. 0 (0) 20 (6) 53 (16) 17 (5) 10 (3) 3. Bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara. 7 (2) 17 (5) 46 (14) 20 (6) 10 (3) 4. Meningkatan pendapatan individu. 3 (1) 27 (8) 20 (6) 30 (9) 20 (6) 5. Persaingan Restoran Selera Mara dengan restoran sekitarnya. 10 (3) 27 (8) 27 (8) 30 (9) 6 (2) 6. Turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara mengikut kadar ekonomi semasa. 7 (2) 31 (9) 17 (5) 28 (8) 17 (5)
  • 20. 940910015819 20 Seterusnya, soalan 2 peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh kawasan sekitar Simpang Renggam dengan peratusan cemerlang 0%(0orang),seterusnya baik mencatatkan peratusan 20%(6orang). Bagi peratusan sederhana pula mencatatkan nilai yang paling tinggi iaitu 53%(16orang). Kurang memuaskan menunjukkan peratusan sebanyak 17%(5orang) dan lemah 10%(3orang). Ini menunjukkan bahawa masalah peningkatan taraf hidup di sekitar Simpang Renggam tidaklah terlalu ketara. Selain itu,masalah bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara, peratusan yang dikumpul bagi cemerlang 7%(2orang) dan bagi peratusan baik pula ialah 17%(5orang). Manakala peratusan sederhana 46%(14orang), kurang memuaskan 20%(6orang) dan lemah 10%(3orang). Kesimpulan yang dilihat bahawa sederhana telah menguasai cadangan ini. Bagi peratusan, meningkatkan pendapatan individu ialah bagi cemerlang 3%(1orang), baik 27%(8orang), sederhana 20%(6orang), kurang memuaskan 30%(9orang) dan lemah 20%(6orang). Di dalam cadangan ini, secara keseluruhannya bahawa Restoran Selera Mara kurang membantu dalam meningkatkan pendapatan individu. Seterusnya, persaingan Restoran selera Mara dengan restoran sekitarnya, peratusan yang diperolehi ialah cemerlang 10%(3orang),manakala baik dan sederhana mencatat peratusan yang sama iaitu 27%(8orang), kurang memuaskan pula ialah 30%(9orang) dan peratusan bagi lemah pula ialah 6%(2orang). Di dalam keseluhuran peratusan menunjukkan bahawa Restoran Selera Mara kurang memberikan persaingan dengan restoran sekitarnya. Untuk turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara mengikut kadar ekonomi semasa dan peratusannya pula ialah cemerlang 7%(2orang), baik 31%(9orang), sederhana 17% (5orang), kurang memuaskan 28%(8orang) dan lemah 17% (5orang). Maka, peratusan sederhana menunjukkan nilai yang paling tinggi dan keseluruhannya menerangkan bahawa naik harga makanan di Restoran Selera Mara tidaklah terlalu keterlaluan tetapi kurang sesuai dengan harga makanan kawasan Simpang Renggam. Keseluruhan yang telah dianalisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi di Restoran Selera Mara.
  • 21. 940910015819 21 Jadual 2: Faktor Persekitaran Berdasarkan jadual 2, didapati bahawa faktor persekitaran juga membawa serba sedikit masalah kepada Restoran Selera Mara di bangunan MARA Simpang Renggam. Perkara pertama ialah terdapat kemudahan asas yang lengkap seperti tandas awam,surau dll. Bagi peratusan cemerlang 63%(19orang), baik 30%(9orang), sederhana 7%(2orang). Manakala peratusan kurang memuaskan dan lemah ialah 0%(0orang).Di dalam peratusan ini menunjukkan bahawa bangunan MARA menyediakan kemudahan asas kepada pengunjung Restoran Selera Mara tetapi tidak 100% lengkap.Ini bermakna responden berpendapat bahawa kemudahan asas di bangunan MARA sangat baik. Selain itu, perkara yang kedua ialah kawasan restoran yang 21ystem21ic untuk dikunjungi. Berdasarkan kajian yang telah dibuat bahawa peratusan bagi cemerlang 40%(12orang) dan peratusan baik mencatatkan nilai sebanyak 37%(11orang),seterusnya peratusan bagi sederhana ialah 13%(4orang) manakala kurang memuaskan 10%(3 orang) dan lemah 0% (0orang). Kajian mendapati kawasan kedai makan strtegik daripada pendapat responden. Bil Perkara Cemerlang % (bil) Baik % (bil) Sederhana % (bil) Kurang Memuaskan % (bil) Lemah % (bil) 1. Terdapat kemudahan asas yang lengkap (seperti tandas awam, surau dll). 63 (19) 30 (9) 7 (2) 0 (0) 0 (0) 2. Kawasan restoran yang 21ystem21ic untuk dikunjungi. 40 (12) 37 (11) 13 (4) 10 (3) 0 (0) 3. Dapat menarik perhatian pelanggan. 3 (1) 13 (4) 27 (8) 44 (13) 13 (4) 4. Berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk. 20 (6) 47 (14) 20 (6) 13 (4) 0 (0) 5. Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati (seperti bas awam, teksi dll). 17 (5) 36 (11) 40 (12) 7 (2) 0 (0) 6. Persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain. 3 (1) 17 (5) 30 (9) 33 (10) 17 (5)
  • 22. 940910015819 22 Seterusnya, faktor daya tarikan pelangan menjadi masalah kepada Restoran Selera Mara di bangunan MARA. Responden telah memberi respon bagi cemerlang ialah 3% (1orang) dan peratusan bagi baik sebanyak 13% (4orang). Seterusnya sederhana menunjukkan nilai sebanyak 27% (8orang),manakala bagi kurang memuaskan pula mendapat peratusan yang paling tinggi daripada responden iaitu 44%(13orang) dan lemah 13%(4orang). Keseluruhan Responden berpendapat bahawa daya tarikan di Restoran Selera Mara ialah dengan peratusan yang paling tinggi adalah kurang memuaskan. Tambahan lagi, faktor persekitaran yang lain ialah berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk. Respon yang telah diberikan terhadap faktor persekitaran ini ialah bagi cemerlang 17% (5orang),manakala peratusan bagi baik mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 47%(14orang). Sederhana pula mencatatkan nilai peratusan sebanyak 20%(6orang) dan peratusan bagi kurang memuaskan ialah 13% (4orang). Peratusan bagi lemah mencatatkan nilai yang paling rendah iaitu 0% (0orang). Oleh yang sedemikian, kajian menunjukkan bahawa kawasan kajian berada tidak jauh dengan penempatan. Bagi Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati seperti bas awam, teksi dan sebagainya pula hasil daripada kajian menunjukkan bahawa cemerlang 17% (5orang), manakala baik pula ialah 36%(11orang).Sederhana mencatatkan peratusan yang paling tinggi bagi perkara ini iaitu 40%(12orang).Bagi kurang memuaskan dan lemah pula masing-masing mendapat peratusan 7%(2orang) dan 0%(0orang). Responden telah memberikan peratusan yang agak baik untuk kemudahan perkhidmatan awam yang berada di 22yste Simpang Renggam ini. Akhir sekali, kawsan perniagaan yang sengit juga mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh Restoran Selera Mara.Bagi perkara ini responden telah memberikan peratusan bagi cemerlang ialah 3%(1orang) iaitu peratusan bagi perkara ini memcatatkan nilai yang paling rendah sekali, manakala peratusan bagi baik 17%(5 orang),bagi sederhana pula ialah 30%(9orang).Manakala bagi kurang memuaskan dalam perkara ini mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 33%(10orang) dan bagi lemah pula ialah 17% (5orang).
  • 23. 940910015819 23 Jadual 3: Perniagaan Berdasarkan jadual 3,kajian mendapati bahawa faktor tempat perniagaan juga mempengaruhi cabaran kepada Restoran Selera Mara di bangunan Mara. Perkara yang pertama ialah kadar kebersihan restoran yang tinggi. Bagi peratusan cemerlang ialah 37%(11orang) dan bagi peratusan baik ialah 53%(16orang).Manakala bagi peratusan sederhana pula ialah 7%(2orang),seterusnya bagi kurang memuaskan ialah memcatatkan peratusan 3%(1orang) dan pula mencatat peratusan yang paling rendah iaitu 0%(0orang).Ini bermakna kadar kebersihan di Restoran Selera Mara adalah baik. Selain itu, perkara yang kedua pula ialah citarasa makanan mengikut selera pelangan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat bahawa peratusan bagi cemerlang ialah 20%(6orang) dan baik pula ialah 13%(4orang). Manakala bagi sederhana pula ialah 33%(10orang) dan kurang memuaskan pula mencatatkan peratusan sebanyak 27%(8orang) dan lemah pula ialah 7%(2orang). Mengikut respon menu yang di sediakan kemungkinan agak banyak pilihan. Bil Perkara Cemerlang % (bil) Baik % (bil) Sederhana % (bil) Kurang Memuaskan % (bil) Lemah % (bil) 1. Kadar kebersihan restoran yang tinggi. 37 (11) 53 (16) 7 (2) 3 (1) 0 (0) 2. Citarasa makanan mengikut selera pelangan. 20 (6) 13 (4) 33 (10) 27 (8) 7 (2) 3. Layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan. 3 (1) 13 (4) 34 (10) 20 (6) 30 (9) 4. Tahap keselamatan Restoran Selera Mara yang terjamin. 23 (7) 37 (11) 40 (12) 0 (0) 0 (0) 5. Tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera. 37 (11) 40 (12) 20 (6) 3 (1) 0 (0) 6. Sistem penyelenggaraan yang sempurna (seperti kerusi, meja dll). 13 (4) 23 (7) 44 (13) 20 (6) 0 (0) 7. Restoran Selera Mara mempunyai keunikan gerai yang tersendiri. 0 (0) 10 (3) 27 (8) 43 (13) 20 (6)
  • 24. 940910015819 24 Seterusnya, layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan yang datang telah pu dikaji bagi mengenal pasti masalah restoran tersebut.Bagi peratusan cemerlang ialah 3%(1orang) dan baik pula ialah 13(4orang).Manakala bagi peratusan sederhana mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 34%(10orang) dan kurang memuaskan peratusannya ialah 20%(6orang). Bagi peratusan lemah telah mencatatkan sebanyak 30%(9orang). Berdasarkan peratusan, layanan yang diberikan oleh pekerja restoran tidak memberi kepuasan kepada pelangan. Tambahan lagi, faktor yang membawa sesuatu perniagaan itu tidak maju kerana tahap keselamatan yang berada di sekeliling Restoran Selera Mara.Perkara ini telahpun di analisis, peratusan bagi cemerlang ialah 23%(7orang) dan baik mencatatkan peratusan 37%(11orang). Manakala peratusan bagi sederhana pula mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu 40%(12orang). Bagi peratusan kurang memuaskan dan lemah mencatatkan peratusan yang sama dan paling rendah iaitu 0%(0orang). Ini bermakna tahap keselamatan Restoran Selera Mara adalah terjamin. Faktor yang lain pula ialah tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera. Peratusan cemerlang ialah 37%(11orang) dan peratusan bagi baik ialah 40%(12orang). Manakala bagi peratusan sederhana mencatatkan sebanyak 20%(6orang). Peratusan kurang memuaskan pula ialah 3%(1orang) dan lemah mencatatkan peratusan yang paling rendah iaitu 0%(0orang).Tahap keselesaan yang diberikan dikuasai oleh peratusan baik. Seterusnya, Sistem penyelenggaraan yang sempurna seperti kerusi, meja dll. Penyelenggaraan kedai yang tidak teratur berkemungkinan punca permasalahan yang dihadapi. Peratusan bagi cemerlang ialah 13%(4orang) dan peratusan baik mencatatkan 23%(7orang). Manakala bagi peratusan sederhana ialah 44%(13orang) dan kurang memuaskan ialah 20%(6orang). Seterusnya peratusan bagi lemah pula ialah 0%(0orang). Berdasarkan peratusan yang telah dibuat, 24ystem penyelenggaraan di Restoran Selera Mara adalah sederhana. Perkara yang terakhir sekali ialah keunikan gerai yang terdapat di Restoran Selera Mara. Keunikan gerai juga mempengaruhi sesuatu perniagaan itu maju. Peratusan bagi cemerlang mencatatkan peratusan yang paling sedikit iaitu 0%(0orang) dan bagi peratusan baik ialah 10%(3orang). Manakala bagi sederhana mencatatkan peratusan sebanyak 27%(8orang) kurang memuaskan adalah peratusan yang paling tinggi iaitu 43%(13orang).Seterusnya bagi peratusan lemah mencatatkan 20%(6orang). Ini bermakna kawasan kajian kurang keunikan bagi menarik pelanggan yang datang.
  • 25. 940910015819 25 10.0 KESIMPULAN Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan Restoran Selera Mara Simpang Renggam. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian ini. Dalam kajian ini, tiga faktor diambil kira dalam mendapatkan dapatan kajian. Faktor tersebut adalah ekonomi, faktor persekitaran dan perniagaan. Penyelidikan telah menjalankan kajian ke atas 30 orang pelangan yang menjamu selera di Restoran Selera Mara. Data mentah yang diperolehi daripada kajian ini telah dianalisi dengan menggunakan perisian komputer Microsoft Excel. Analisi data kajian dilakukan secara diskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan. Keseluruhan kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelangan tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan Restoran Selera Mara Simpang Renggam. Pelangan hendaklah berani memperjuangkan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna seperti hak untuk mendapatkan hak keperluan asas, hak untuk membuat pilihan, hak mementingkan kesihatan dan keselamatan dan sebagainya. Oleh itu,pelangan perlulah memainkan peranan sebagai pengguna yang rasional demi kesihatan tubuh badan.
  • 26. 940910015819 26 11.0 RUJUKAN Beberapa rujukan yang telah membantu pihak pengkaji dalam menjalankan kajian ini antaranya ialah : 1. Kamus dewan edisi ke-4. 2. Laman web rasmi tentang R&D. 3. Laman web rasmi dewan bahasa dan pustaka. 4. Majlis perbandaran Simpang Renggam. 5. Perpustakaan SMK Dato Haji Hassan Yunos.
  • 28. 940910015819 28 BORANG SOAL SELIDIK Bahagian A: Latar Belakang Responden Tandakan (/) pada ruang disediakan. 1. Umur: 50 tahun ke atas ( ) 40 - 49 tahun ( ) 30 - 39 tahun ( ) 20 - 29 tahun ( ) 19 tahun ke bawah ( ) 2. Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( ) 3.BANGSA: Melayu ( ) Cina ( ) 4. Pekerjaan: Sendiri ( ) Kerajaan ( ) Swasta ( ) Pencen ( ) Tidak bekerja ( ) Lain - lain:_______________ 5. Status: Berkahwin ( ) Bujang ( ) Janda/Duda ( ) 6. Tangga Gaji: RM 3501 ke atas ( ) RM 2501 - 3500 ( ) RM 1001 - 2500 ( ) RM 1000 ke bawah ( ) 7. Agama: Islam ( ) Budha ( ) Kristian ( ) Lain - lain:_______________ 8. Bilangan Ahli Keluarga: 7 orang ke atas ( ) 5 orang ( ) 4 orang ( ) 3 orang ke bawah ( ) 9. Taraf Pendidikan: PMR ( ) SPM ( ) STPM/setaraf ( ) Diploma/Ijazah/PHD ( ) Lain - lain:_______________ 10. Perbelanjaan bulanan untuk makanan (dalam peratusan): Kurang 20% ( ) 20 - 29% ( ) 30 - 39% ( ) 40 - 49% ( ) Lebih 50% ( )
  • 29. 940910015819 29 BAHAGIAN B: RESPONDEN MASYARAKAT Berdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda tentang kadar populariti mengenai tahap kepuasan terhadap restoran x di bangunan kompleks MARA Simpang Renggam dengan menandakan ( / ) dalam ruang yang disediakan. PERKAR A CEMERLAN G BAI K SEDERHAN A KURANG MEMUASKA N LEMA H SKOR 5 4 3 2 1 BIL PERKARA 5 4 3 2 1 EKONOMI 1. Menyediakan peluang pekerjaan di Restoran Selera Mara. 2. Peningkatan taraf hidup yang ditanggung oleh komuniti. 3. Bahan mentah yang segar diperolehi oleh Restoran Selera Mara. 4. Meningkatan pendapatan individu. 5. Persaingan Restoran Selera Mara dengan restoran sekitarnya. 6. Turun naik harga makanan di Restoran Selera Mara mengikut kadar ekonomi semasa. FAKTOR PERSEKITARAN 1. Terdapat kemudahan asas yang lengkap (seperti tandas awam, surau dll). 2. Kawasan restoran yang strategik untuk dikunjungi. 3. Dapat menarik perhatian pelanggan. 4. Berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk. 5. Kemudahan perkhidmatan awam mudah didapati (seperti bas awam, teksi dll). 6. Persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain. PERNIAGAAN 1. Kadar kebersihan restoran yang tinggi. 2. Citarasa makanan mengikut selera pelangan. 3. Layanan pekerja Restoran Selera Mara terhadap pelangan. 4. Tahap keselamatan Restoran Selera Mara yang terjamin. 5. Tahap keselesaan pelangan ketika menjamu selera. 6. Sistem penyelenggaraan yang sempurna (seperti kerusi, meja dll). 7. Restoran Selera Mara mempunyai keunikan gerai yang tersendiri.