Sumber tenaga

16,013 views

Published on

4 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
16,013
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
10
Actions
Shares
0
Downloads
94
Comments
4
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sumber tenaga

  1. 1. KEPENTINGAN KITA PERLU MEMULIHARA TENAGA DAN CARA- CARA MENGGUNAKAN TENAGA SECARA CEKAP. Nama : Nur Syafika Bt Samsanir Umur : 13 Tahun BAB 6 : SUMBER TENAGA
  2. 2. Pengeluaran dan penggunaan sumber perlu diuruskan dengan bijaksana untuk menjamin bekalan yang berterusan. Manusia bertanggungjawab memelihara sumber dengan bijak supaya bekalan sumber terus wujud hingga ke generasi akan datang. Pada masa kini, keperluan tenaga semakin meningkat. Semua orang menggunakan tenaga setiap hari untuk pengangkutan, membuat kerja-kerja rumah, perindustrian dan sebagainya. Jika hal ini berterusan, dikhuatiri sumber tenaga akan kehabisan dan seterusnya memberi masalah kepada manusia. Justeru, adalah sangat penting untuk kita memulihara sumber tenaga yang sedia ada. Istilah pemuliharaan tenaga dan kecekapan tenaga adalah dua istilah yang berbeza tetapi berkait. Terdapat banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menggunakan tenaga dengan bijak. Pemuliharaan tenaga adalah sebarang tindakan yang mengurangkan penggunaan tenaga. Matikan lampu apabila meninggalkan bilik dan kitar semula tin minuman aluminium merupakan cara-cara pemuliharaan tenaga. Kecekapan tenaga ialah penggunaan teknologi yang memerlukan kurang tenaga untuk menjalankan fungsi yang sama. Menggunakan tenaga dengan bijak bermaksud menggunakan tenaga dengan cekap dan efisien. Dengan menggunakan tenaga secara bijak, kita boleh mengurangkan bahan pencemar di dalam udara dan air tetapi dapat menghasilkan alam sekitar yang lebih baik kepada semua. Pilihan hanya terletak di tangan kita bagaimana kita menggunakan tenaga secara cekap contohnya matikan mesin apabila tidak digunakan atau memilih untuk membeli peralatan yang efisien penggunaan tenaganya. Sebagai individu yang bertanggungjawab, langkah-langkah yang dapat diambil untuk menjimatkan penggunaan tenaga seharian antaranya adalah penggunaan mentol penjimatan tenaga, menggosok banyak pakaian dalam suatu masa, penggunaan periuk tekanan penjimat tenaga dan berkongsi kereta ke tempat kerja. Dengan penggunaan tenaga yang jimat membantu menyelamatkan
  3. 3. sumber-sumber tenaga semula jadi seperti gas asli, minyak dan air dan juga membantu mengurangkan bil utiliti. Sumber tenaga semakin berkurangan dan memerlukan pemuliharaan sumber tenaga. Pemuliharaan melibatkan penggunaan dan pengurusan sumber tenaga dengan cekap untuk mengelakkan kekurangan tenaga. Keadaan ini juga dikenali sebagai krisis tenaga. Satu sistem pengurusan sumber yang berkesan dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan yang berterusan. Pengurusan sumber yang penting bagi mengelakkan kepupusan keseimbangan ekosistem dan menjamin bekalan yang berterusan. Sumber yang tidak boleh diperbaharui perlu digunakan dengan bijak. Penggunaannya perlu jimat dan tenaga alternative perlu dicari sebagai ganti. Tenaga alternative yang dapat digunakan seperti tenaga hidroelektrik dapat mengurangkan kegunaan petroleum dalam perjalanan tenaga elektrik. Pada masa hadapan, bilangan penduduk akan bertambah dan menyebabkan permintaan bagi bekalan makanan dan keperluan manusia turut meningkat. Oleh itu, pengurusan sumber secara terkawal dapat menjamin bekalan sumber yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa hadapan.

×