Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

67,832 views

Published on

0 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
67,832
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
40
Actions
Shares
0
Downloads
262
Comments
0
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)

  1. 1. Kajian Geografi 2013 Tema : Pengangkutan dan Perhubungan Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Darat/Air/Udara terhadap alam sekitar
  2. 2. Objektif Kajian Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja kursus ini. (a) menyatakan sistem pengangkutan. (b) menerangkan tentang perkembangan sistem pengangkutan di Kajang. (c) mengkaji kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan di kawasan kajian. (d) menyenaraikan langkah-langkah mengatasi kesan perkembangan sistem pengangkutan.
  3. 3. Kaedah Kajian Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut : (a) Pemerhatian : Kami membuat pemerhatian terhadap sistem pengangkutan di Kajang (b) Temu bual : Saya mengumpulkan maklumat tentang kawasan Kajang daripada pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) serta mengumpulkan maklumat secara lisan dengan menemu bual beberapa orang penduduk tempatan. (c) Rujukan ke perpustakaan : Saya membuat rujukan di Pepustakaan Awam Kajang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan Kajang.
  4. 4. Hasil Kajian Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan pengangkutan melalui jalan udara. Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’.
  5. 5. Kajang kawasan sering dikunjungi oleh ramai penduduk Selangor kerana barang-barang di situ sudah hampir lengkap. Tambahan, Kajang kini sudah berkembang pesat. Banyak kemudahan awam seperti komuter, bas awam dan pelbagai lagi sudah berkembang mengikut prestasi ekonomi. Banyak perkembangan sistem pengangkutan di Kajang ini.Antaranya, pengangkutan awam seperti komuter. Di kala dulu, penduduk Kajang hanya menggunakan kereta api. Sekarang, mereka sudahpun menggunakan komuter. Komuter ini lebih bertahan untuk Contoh pengangkutan
  6. 6. destinasi yang lebih jauh dan boleh membawa penumpang yang ramai berbanding dengan kereta api. Komuter juga tiada masalah lalu lintas dan juga tiada kesesakan jalan. Selain itu, perkembangan pengangkutan dari segi kemudahan bas juga sudah berkembang.Bas Kajang sudah lebih canggih dan lebih cantik dipandang mata. Seterusnya, jumlah bas juga sudah meningkat dan ‘air cond’ juga sudah ditambah pada bas awam. Walau bagaimanapun, apabila penduduk bertambah ramai, kenderaan juga bertambah jumlahnya. Dengan ini, ia menambahkan kesesakan lalu lintas dan menyebabkan banyak kes kemalangan berlaku. Selain itu, alam sekitar juga terjejas kerana perkembangan ini. Antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pelbagai lagi. Bas Kajang Komuter Kajang
  7. 7. Kesan perkembangan sistem pengangkutan di kawasan Kajang banyak mempengaruhi alam sekitar dan juga ekonomi.Antara kesan positifnya ialah kemudahan jalan raya di Kajang boleh meningkatkan ekonomi penduduk. Selain itu, ia juga memudahkan untuk seseorang pergi ke destinasi yang lain. Seterusnya, kemudahan komuter boleh mengangkut penumpang ke destinasi yang jauh dengan lebih mudah. Ia juga akan mengurangkan pencemaran kerana komuter menggunakan kuasa elektrik. Peta jalan raya di Kajang
  8. 8. Peta komuter Kajang Lokasi komuter Kajang Selain daripada kesan positif terhadap perkembangan sistem pengangkutan di Kajang, terdapat juga kesan negatif. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti motorsikal dan kereta akan memberikan implikasi yang negatif dari segi penggunaan sumber tenaga, umpamanya fosil yang dibakar oleh enjin kenderaan boleh mendatangkan dan meningkatkan pencemaran udara dan seterusnya memberi impak negatif kepada persekitaran. Selain itu, masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh penduduk di bandar tidak seharusnya dibiarkan berterusan.Hal ini kerana kesesakan lalu lintas boleh memberi gangguan kepada persekitaran dan
  9. 9. psikologi manusia terutamanya pada waktu puncak iaitu waktu pergi dan pulang kerja. Pencemaran yang disebabkan oleh kegiatan penduduk di Kajang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan gas-gas beracun oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan, asap dari kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti yang berkaitan dengan pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung adalah kesan daripada kepesatan pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di negara kita. Akhir sekali, kesan perkembangan sistem pengangkutan di Kajang adalah pertambahan kenderaan di kawasan bandar Kajang menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu.Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan juga lebuh raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat.
  10. 10. Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah besar yang akan timbul kemudian hari. Jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, hal ini boleh memberi masalah kepada masyarakat dan hidupan lain. Oleh itu, langkah pencegahan dan pengawalan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjamin kualiti udara di Kajang. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dan melalui perundangan dan penguatkuasaan. Dalam usaha mengawal pencemaran, kerajaan telah membuat beberapa peraturan dan kaedah. Dalam konteks pencemaran udara yang Kesesakan lalu lintasPencemaran udara
  11. 11. disebabkan oleh kenderaan bermotor, peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh didapati dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling. Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar
  12. 12. daripada tercemar. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara. Akhir sekali, penggunaan petrol tanpa plumbum harus diwajibkan oleh pihak berkuasa.Kempen menggalakkan menggalakkan penggunaan ‘Catalytic converter’ wajar dijalankan.Alat ini dapat menukar gas karbon monoksida kepada gas dioksida. Tambahan juga, mencipta kereta menggunakan tenaga solar juga boleh membantu alam sekitar ini.
  13. 13. Rumusan Di kawasan kajian ini, iaitu Kajang banyak berlaku kesan-kesan akibat perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar. Tambahan lagi, Kajang kini sudah berkembang pesat. Banyak kenderaan dan pengangkutan sama ada persendirian atau pengangkutan awam. Jadi, orang ramai mudah untuk bergerak dari destinasi ke destinasi yang lain. Namun begitu, akibat banyak berlaku kesan-kesan daripada perkembangan tersebut terhadap alam sekitar. Kesannya ialah pencemaran udara, pencemaran udara, pemanasan global dan kesesakan lalu lintas. Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan berkongsi kenderaan, tidak menggunakan penghawa dingin dan menggunakan kenderaan berpetrol tanpa plumbum. Oleh itu, dengan usaha-usaha tersebut dapatlah kita mengekalkan alam sekitar yang nyaman dan bersih.
  14. 14. Rujukan Kamus Dewan dan Pustaka 2007 Buku teks http://bubblemerahjambu.blogspot.com/2012/01/perkembangan- dan-kepentingan.html

×