MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P

36,123 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
9 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
36,123
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
1,603
Comments
1
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P

  1. 1. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012PENGHARGAANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA kumpulan kami dapatmenyiapkan tugasan subjek KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah iaitu “MediaPengajaran Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran”. Walaupun kumpulan kamimenghadapi sedikit kesukaran serta kerumitan dalam proses menyiapkan tugasan ini namunAlhamdulillah berkat pertolongan semua pihak kumpulan kami akhirnya dapat juga menyiapkantugasan yang diamanahkan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekuliah kami yang banyak membantu danmemberi tunjuk ajar serta melayan kerenah kami. Untuk keluarga kami terutama suami sertaanak-anak ucapan jutaan terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk kami danmemahami tugas kami sebagai pelajar. Kepada ahli kumpulan kami iaitu Rosmina Binti MatZaib, Che Hafsah Binti Che Hassan, Farah Yusniza Binti Mohamed, Norliza Binti Ab. Ghani danMaznah Binti Mohamed Tamjid kerana bersama-sama bertungkus lumus dan mengorbankansegala tenaga, masa dan perbelanjaan bagi menyiapkan tugasan ini, Ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan terhutang budi dan terhutang ilmudaripada pensyarah subjek KPF4023 Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah iaitu Encik Zaini BinAbdullah kerana beliau tanpa rasa jemu membimbing kami dan memberi tunjuk ajar danberkongsi maklumat serta idea untuk kami menyempurnakan tugasan ini. Hanya ALLAH S.W.Tsahaja yang membalas budi pihak-pihak yang membantu kami secara langsung dan tidaklangsung sehingga terhasilnya tugasan ini. “Berkejar-kejar ombak di laut Menyentuh pantai berpasir putih Budi tuan puan disebut-sebut Kerja selesai dan terima kasih”KPF 4023 Page 1
  2. 2. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012ISI KANDUNGAN:PENGHARGAANDEFINISI MEDIA PENGAJARAN 3MEDIA DALAM BILIK DARJAH 4–7KON MEDIA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE 8 – 11PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA 12 – 15SUMBANGAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR 16 – 20PENGURUSAN MEDIA YANG EFEKTIF 21 – 23PENUTUP 24RUJUKANLAMPIRANKPF 4023 Page 2
  3. 3. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012DEFINISI MEDIA PENGAJARANPerkataan media pengajaran terdiri dari kata “media” dan “pengajaran”. Media atau mediumberasal dari kata Latin “Medius” yang bererti “Tengah”. Dengan demikian dapat diketahuibahawa media adalah sesuatu yang menjadi perantara dengan yang lainnya. Dalam bahasaArab media bererti perantara (Washaail) atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerimapesan. Gerlach menyebutkan bahawa media jika difahami dalam garis besar adalah manusia,materi atau kejadian yang membangun kondisi yang membuat siswa mampu memperolehpengetahuan, keterampilan atau sikap (Arsyad (2002). Terkadang istilah media pendidikan sering diertikan bergantian dengan istilah alatbantu atau media komunikasi. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne dan Briggs bahawasecara implisit media pengajaran meliputi alat yang berupa fisik yang digunakan untukmenyampaikan isi materi pengajaran yang terdiri dari antara lain buku, tape recorder, kaset,video camera, grafi, televisyen, film, slide foto, gambar, dan komputer (Arsyad, 2002). Dari beberapa pengertian dan batasan tentang media pedidikan dan pengajarantersebut diatas dapat diketahui bahawa salah satu hal yang mempengaruhi efektifitas prosesbelajar mengajar baik di dalam kelas mahupun di luar kelas adalah penggunaan mediapengajaran baik visual mahupun audio visual.KPF 4023 Page 3
  4. 4. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012MEDIA DALAM BILIK DARJAHBilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranandan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugassekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yangpaling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakansebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai kemahiran sebagaijuara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusifagar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkansebagai pendidik berketerampilan cemerlang. Bilik darjah adalah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran danpembelajaran dalam interaksi antara guru dan murid-murid. Dalam pendidikan zaman ini,sekolah cemerlang lahir daripada bilik darjah yang dinamik. Perkataan dinamik pula membawamaksud bertenaga atau daya fizikal yang mampu menggerakkan sesuatu. Oleh itu sebuah bilikdarjah yang dinamik boleh ditakrifkan sebagai bilik darjah yang bertenaga dan mampumenggerakkan organisasinya untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)secara formal dengan penuh minat, memberangsangkan, aktif dan mencapai objektif.Interaksi pula merupakan satu proses yang saling bertindak antara individu dengan pihak atauindividu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi dalam bilik darjahboleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Terdapat empat jenis interaksi dalam bilik darjahyang akan saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:-1. Interaksi sehala/interaksi tradisional2. Interaksi dua hala antara guru dan murid3. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid4. Interaksi berkomputer. Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan gurudan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (GilbertKPF 4023 Page 4
  5. 5. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secarabersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu; Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supayamenjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjahsupaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya.Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosiyang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagimeningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian(RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran disamping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakanbahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isikandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruangkepada murid untuk berinteraksi. Dan, yang paling penting dalam tugas seorang guru adalahpenyediaan bahan/media terutama dalam menjalankan set induksi. Set induksi bolehdisediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti tayangan sedutan filem,sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab,mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang kontroversial, klip video tentangsesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku, atau menyediakan satu bahan atausatu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi yang hendak disediakan hendaklahyang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran, yang mendorong minat muridterhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia bagimemulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hinggalima minit. Kemahiran set induksi merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai olehseorang guru dalam menarik minat serta merangsang pelajar supaya menumpukan perhatianKPF 4023 Page 5
  6. 6. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan. Set induksi yang dijalankan ini perlulahmenarik, dengan pemilihan bahan media yang menarik, berkesan dan bersesuaian dengantahap pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran serta pengetahuan sedia ada pelajar.Kesannya, pelajar akan bersedia, aktif dan seronok dalam meneruskan aktiviti pembelajaranmereka. Berkaitan dengan kepentingan set induksi, kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar(BBM) atau media merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh seorang guru.BBM yang digunakan ini mestilah mampu memberikan rangsangan dan minat kepada pelajar disamping mencetuskan idea pelajar berkenaan topik yang diajar oleh guru pelatih. Ia jugamestilah bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan pelajaran, digunakan pada waktu yangsesuai dan maklumat yang ingin disampaikan melalui BBM tersebut mestilah jelas, ringkas,padat dan jitu. Kemahiran menerang merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat,konsep ataupun isi kandungan kepada pelajar dan kemahiran ini biasanya digunakan padaperingkat perkembangan proses pengajaran. Prinsip bagi kemahiran ini ialah penerangan yangdiberikan perlulah sesuai, menggunakan bahasa yang sesuai, menggunakan BBM yangdiuruskan secara berkesan dan berdasarkan pengetahuan pelajar. Apakah itu media?. Media diertikan sebagai apa sahaja alat yang digunakan untukmenyalurkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran dari satu sumber maklumat kepadapenerima. Heinich (1985) media. Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terusdengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran.Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edarankomunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyenatau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit darigolongan bahan-bahan mendidik." Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiaruntuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataugabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun caramekanik". Fungsi Media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan media yangbersistematik dalam mempelbagaikan teknik dan idea dapat menjana dan menghasilkan objektifpengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepentingan media pengajaran dalam prosespengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:KPF 4023 Page 6
  7. 7. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaranKPF 4023 Page 7
  8. 8. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012KON MEDIA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALEProses pembelajaran yang baik tidak hanya menumpukan pada satu aspek semata-mata,malahan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran merupakan faktor utama dalam menarikminat para pelajar untuk mendalami sebarang ilmu. Proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) adakalanya membosankan para pelajar sekiranya topik atau tajuk yang dibincangkanmemainkan peranan penting dalam usaha untuk menarik minat pelajar di sampingmengaplikasikan segala kemahiran yang ada untuk kembali memancing supaya pelajar dapatmemahami dengan tepat mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Dale (1946) telahmengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang disebut sebagai „Cone ofExperience‟ (Kon Pengalaman). Dalam teori ini Dale memperjelaskan kesan media yangberbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajardaripada sukar kepada yang lebih mudah. Menurut Edgar Dale, 1969 (dalam Noriati A. Rashid,2009) pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan mediasimbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumatabstrak berkenaan. Menurutnya, pengunaan teknologi moden dalam pengajaranmemaksimakan penguasaan pelajar. Selain itu, kon pengalaman Edgar Dale, 1969 (dalamMustafa Abdul Sami‟, 2004) yang menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliausepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, Kon Pengalaman Pembelajaran Dale merupakan garis panduan yang bolehdigunakan oleh guru dalam proses P&P supaya pelajar dapat memahami dengan mendalammengenai apa yang cuba disampaikan. Dalam Kon ini, Dale menegaskan mengklasifikasikanbahawa mengenai media dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran danpembelajaran untuk proses pembelajaran berkesan.KPF 4023 Page 8
  9. 9. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 KON PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALE (1964) Rajah di atas merupakan kon pengalaman pembelajaran yang diasaskan oleh Daleyang boleh digunakan oleh para-para guru untuk menyesuaikannya dalam bidang pengajarandan pembelajaran. Terdapat 3 tahap dalam kon pengalaman pembelajaran Dale iaitupersimbolan, pemerhatian dan juga penglibatan. Di bawah tahap persimbolan, konpembelajaran Dale memecahkannya kepada dua bahagian iaitu simbol lisan dan juga simbolpenglihatan. Pada tahap kedua pula, Dale telah memecahkannya kepada 4 bahagian iaiturakaman radio dan gambar, televisyen, pameran, serta demontrasi atau tunjuk cara, manakalapada aras terakhir iaitu penglibatan, Dale memecahkannya kepada 3 peringkat iaitu mainperanan, penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3 dimensi serta pengalamanlangsung. Ketiga-tiga aras pengalaman belajar yang diutarakan oleh Dale mempunyai peranandan fungsi yang tersendiri. Begitu juga dengan kaedah mengajar. Guru perlu bijak dan pandaiuntuk menyesuaikan setiap aras dengan bentuk P&P yang akan disampaikan kepada pelajar.KPF 4023 Page 9
  10. 10. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012Kon ini bermula dari konkrit ke abstrak. Peringkat penglibatan misalnya, bentuk dan mencipta.Sebagai contoh, jika guru sejarah mahu menceritakan mengenai faktor-faktor dalam pembinaannegara bangsa. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akandiberikan kertas untuk menulis factor-faktor tersebut dan kemudiannya mereka akan mengkritikatau menilai jawapan daripada kumpulan lain sama ada ianya betul ataupun salah. Hal inimelibatkan proses analisis di mana murid secara tidak langsung telah memainkan peranannyadengan melakukan kajian atau analisis terhadap jawapan yang telah diberikan oleh kumpulanlain dan menilai sama lakonan/Dale telah menggunakan 3 teknik iaitu teknik menganalisa,penilaian, mereka ada jawapan itu betul atau salah. Penilaian mereka adalah berdasarkankepada jawapan yang telah diberikan. Secara tidak langsung murid tersebut akan mengetahuisama ada jawapan yang diberikan mereka itu betul atau salah. Guru kemudiannya akanmelakukan proses pengukuhan melalui proses pemerhatian murid melalui tayangan video ataugambar mengenai proses-proses pembinaan Negara Bangsa. Pada peringkat ini, murid akanmengetahui jawapan yang betul serta salah. Peringkat seterusnya ialah persimbolan dimanaguru akan meminta murid untuk menyenaraikan semula faktor-faktor pembinaan NegaraBangsa. Daripada huraian di atas, dapat dibuktikan bahawa berpandukan Kon PengalamanPembelajaran Dale, aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukandengan lebih sistematik dan tidak membosankan. Kon Pengalaman Pembelajaran Dale boleh diklasifikasikan sebagai mentor kepada gurudalam memilih langkah atau aras yang sesuai untuk diaplikasikan dalam Proses pengajarandan pengajaran. Sebagai contoh, dalam aras kedua iaitu pemerhatian, guru bolehmenggunakan teknik ini untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu topik. Aras pemerhatiansecara ringkasnya merupakan satu aras yang melibatkan penggunaan mata di mana muridakan melihat sesuatu perkara di sekeliling dan cuba mengaitkannya dengan proses pengajarandan pembelajaran. Misalnya dalam bidang pendidikan sejarah, untuk memudahkan muridbentuk rumah yang terdapat di malaysia,lawatan ke muzium merupakan satu langkah dalamaras digunakan. Hal ini disebabkan, kerana, murid terlibat secara tidak langsung merekamelihat, menilai dan mengingat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan yang telahdikeluarkan oleh Dale di mana beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan mengingat 10%daripada apa yang mereka baca, 20% daripada apa yang mereka dengar, 30% daripada apayang mereka lihat, 50% daripada apa yang mereka dengar dan lihat, 70% dari apa yangmereka katakan dan tulis, dan 90% dari apa yang mereka katakan seperti yang merekaKPF 4023 Page 10
  11. 11. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012lakukan. Untuk itu, setiap aras sememangnya memainkan peranan dan fungsinya yangtersendiri dalam menarik minat pelajar. Edgar Dale juga membuat klasifikasi pengalamanmenurut tingkat, dari yang paling konkrit iaitu asas kepada aras yang tertinggi iaitu abstrak.Maksudnya di sini, semakin konkrit pengalaman belajar itu, semakin besar manfaatnya yangakan diterima oleh pelajar.KPF 4023 Page 11
  12. 12. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIABahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran danpembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isipelajaran yakni dalam sesi pembelajaran.Media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, pembelajaran dan latihanterbahagi kepada lapan iaitu:a. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)b. Media tayang gerak (video, filem, cakera)c. Grafik (lukisan, poster, kartun)d. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad)e. Media pameran (model, boneka, diorama)f. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)g. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat)h. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah) Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang kebanyakannyamelibatkan kemahiran lisan: mendengar dan bertutur tidak kira dalam pelajaran Bahasa Melayu,Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain. Dalam pembelajaran Bahasa Melayukhususnya, kemahiran ini sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaanhendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khususkemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: Kesesuaian dengan Penjelasan perkaraObjektif dan matlamat (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapatpengajaran membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan KerajaanKPF 4023 Page 12
  13. 13. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.Pendekatan, kaedah (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannyadan teknik pengajaran ditentu lebih terdahulu.Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid- murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;Suasana pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid- murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnyaMinat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepadaperkara-perkara berikut: Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikirandan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya,bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabarminda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsipberkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii)bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv)bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahanmasa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepadabahan yang bersifat ukhrawi.KPF 4023 Page 13
  14. 14. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan denganbahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensiuntuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinyajuga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian,ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latarbelakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyaihubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta pentingdan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahanberbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahanberkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itudijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas; Bahan yang jimat dan murahPerkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah); Bahan yang praktikalDari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat jugadalam P & P mata pelajaran lainnya; Bahan yang bersifat luwes - Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antaramata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengaradalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiranbertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaranlebih berkesan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan bantuanbelajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan, bahanKPF 4023 Page 14
  15. 15. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah danmempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaranhendaklah yang lebih relevan dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran. Sumber itudapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertaioleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudahdifahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakalmelahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan untukkebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan insan keranahati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga lahirnyapertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan upaya lahirnyahati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan kepada al-Quran danas-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal melahirkan modal insan yangberkualiti.KPF 4023 Page 15
  16. 16. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012SUMBANGAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR Rajah diatas menunjukkan hubungan media dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan media pembelajaran dalam pembelajaran dapat membangkitkan keinginan danminat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan belajar, dan bahkanmembawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap pelajar. Penggunaan media pembelajaranpada tahap orientasi pengajaran akan dapat membantu keaktifan proses pembelajaran danpenyampaian pesan dan pembelajaran pada saat itu. Selain membangkitkan motivasi danminat, media pembelajaran juga dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman,menyajikan data dengan menarik dan terpercaya, memudahkan penafsiran data, danmemadatkan informasi. Seseorang akan mencapai hasil belajar 10 % dari apa yang dibaca, 20% dari apa yang di dengar, 30 % dari apa yang dilihat, 50 % dari apa yang dilihat dilihat dan didengar, 70 % dari apa yang dikatakan, dan 90 % dari apa yang dikatakan dan dilakukan.KPF 4023 Page 16
  17. 17. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan. Caramengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru perlumempelbagaikan sumber pengajaran. Media pengajaran membantu guru dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkanpengalaman sedia ada pelajar denngan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dantujuan media pengajaran kepada pelajar ialah: Kemahiran berfikir Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat,banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat danlain-lain lagi semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid untukmenajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajran. Ini keranaterdapat sumber pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuatanalisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiranberfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa danmengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disampaikandalam pembelajaran. Keseronokan dalam pembelajaran Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatianmurid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Denganmengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagiproses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri.Selain dari itu pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihatfilem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkanrasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronokmelihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebihKPF 4023 Page 17
  18. 18. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku. Contohnya juga dapat dilihat melaluipenggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan denganpengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahanmemberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahantersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar muridmelihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarahseperti kota a famosa. Ini akan menambahkan keseronokan pelajar. Meningkatkan daya ingatan murid Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat barumelalui penggunaan sumber/bahan/media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatanmereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong olehVon Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan ilmu pengetahuan terbinahasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sediaada. Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid denganmerasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan disimpan dalam stor ingatan jangka panjangberikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut. Menarik dan mengekal minat serta tumpuan melalui pelbagai media Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami apa yang diajar oleh gurumereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah dengan memberi merekapengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannyamenghasilkan soalan untuk dikaji. Pengguanaan pelbagai sumber media seperti tayanganvideo,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan muriddan meransang pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat muridyang kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk.Oleh yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan jugakawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatanpelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepdapelajar.KPF 4023 Page 18
  19. 19. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 Peningkatan kreativiti Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untukmemberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guruboleh menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Dayakreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisanmereka. Selain dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahapyang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. Murid-muridboleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui caraini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti murid-murid dalam mencarisumber maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Memberi peluang untuk main peranan dan simulasi Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akanberpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnyamaklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi dan main perananakan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandurapembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruanakan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnyamemainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak. Pengajaran lebih bersifat individu Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapandengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untukmenyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satucara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatanpelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guruuntuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.KPF 4023 Page 19
  20. 20. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012 Membuat pengajaran lebih tersusun Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukanpengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran guruperlu dirancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun.Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudiandibaiki mengikut keperluan pelajar dan objektif pembelajaran. Memberi maklumat Berbagai media yang didapati dari segi pembelajaran memang member maklumat seperti tvpendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya. Pembelajaran menjadi lebih dekat Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi diluar bilik darjah boleh dirakamkan melaluigambar foto, video atau ditulis ceritanya didalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah.Perkara-perkara diluar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkaratersebut boleh dipindahkan didalam media dan dibawa masuk ke kelas. Memperkaya pengalaman Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidakpernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akanmenambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran tersebut.KPF 4023 Page 20
  21. 21. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012PENGURUSAN MEDIA YANG EFEKTIFProfesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satudaripada menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran danpembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luarNegara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Denganpenggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktifdan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu muridmemahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaansemasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deriamasing-masing. Fungsi utama media pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajarmemahami isi pengajaran dan mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yangberkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yangdigunakan bahan elektronik atau bukan elektronik, dan mengaplikasikan kaedah pengajaranyang terbaik. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh manakah alat berkenaandapat memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan penggunaanmedia semasa mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknikpenggunaannya dalam situasi bilik darjah. Penggunaan media yang efektif juga haruslahmemberi kesan yang baik kepada para pelajar sehinggan perubahan dari segi kognitif dantingkah laku berlaku. Penggunaaan media yang efektif juga secara tidak langsung dapatmengatasi masalah disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajarterhadap pengajaran guru. Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahudikalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran danpembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga penggunaan media secara efektif juga dapatmeningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapatmembuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajarandan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaanKPF 4023 Page 21
  22. 22. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012Dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secaraberkesan. Melalui penggunaan caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajarandengan alat media sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaranakan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash,video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengangambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidakakan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajarankerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan media. Disamping itu kesan penggunaan media yang efektif di dalam kelas juga dapat menjadikanproses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yangmenyeronokkan. Dengan adanya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran jugaguru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpukepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran denganmenggunakan pelbagai kemudahan media secara efektif maka guru dapat menerangkankepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnyapenggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenaidunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajarmendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpaperlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan media dalam prosespengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepadasemua pelajar yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajarmempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Justeru itumelalui penggunaan media yang berkesan murid-murid dapat memahami apa yang di ajardengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik sertaberkesan hasil daripada penggunaan alat-alat media tersebut. Contohnya melalui pengunaanKPF 4023 Page 22
  23. 23. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebihmemahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan danpersembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran danpembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapatsegera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadapsistem yang di ajar menggunakan ICT.KPF 4023 Page 23
  24. 24. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012PENUTUP Media adalah alat perantaraan interaksi antara guru dan murid dalam bilik darjah yangmenjadikan penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkesan. Sebagaimana yangdigariskan oleh Edgar Dale (1969) dalam kon pembelajaran dale, peranan media dalam sesipengajaran dan pembelajaran diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu persimbolan,pemerhatian dan penglibatan. Dan dapat kita simpulkan bahawa peranan media pada bahagianpenglibatan iaitu pengalaman sebenar, penglibatan dalam aktiviti dan penglibatan dalamlakonan memberi kesan positif yang lebih banyak kepada pencapaian murid. Namun demikian,guru harus bijak memilih media pengajaran yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran danpembelajaran yang ingin dilaksanakan. Pemilihan media yang sesuai dan selari denganmatlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat mearik minat pelajar dan sekaligusdapat melahirkan modal insane yang kreatif dan inovatif. Pemilihan dan penggunaan media yang tepat dan bersesuaian dapat menarik minatpelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan terhadapsesuatu matapelajaran yang diajar oleh guru. Penggunaan media secara efisien di dalamproses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan faktor penting dalam usahapeningkatan kualiti pembelajaran. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis alat media yang dapatdigunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulahmemilih media yang tepat untuk mencapai tujuan pembelajaran yang berkesan. Terdapatbeberapa kriteria dan langkah yang perlu diperhatikan oleh guru dalam pemilihan media.Kriteria yang dimaksudkan seperti guru mestilah tahu tujuan pembelajaran, keefektifan,karakteristik pelajar, ketersediaan pelajar di dalam kelas,fleksibiliti,kemampuan guru yangmenggunakannya dan waktu yang tersedia.KPF 4023 Page 24
  25. 25. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012RUJUKANAkhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012), Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku, KualaLumpur:Freemind Horizons.Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum books.http://id.scribd.com/doc/6578946/ciriciri-video-pembelajaran-yang-berkesan-dan-peranannya-dalam-pendidikanhttp://www.docstoc.com/docs/41104099/MEDIA-PEMBELAJARAN-DAN-PENGAJARAN-MATEMATIKAhttp://www.oocities.org/hashimasman/Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi Asas Pendidikan.Selangor: KayazanoEnterprise.Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor:Oxford Fajar.www.deriakacamata.blogspot.com/2008/10/mengapa-guru-perlu-menggunakan-media.htmwww.massofa.wordpress.com/2008/11/05/peranan-media—pembelajaran-dan-pemilihannya-dalam-pembelajaran/.KPF 4023 Page 25
  26. 26. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012KPF 4023 Page 26
  27. 27. KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 2012KPF 4023 Page 27

×