DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
MATEMATIK
TINGKA...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usah...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Matematik Kur...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
4
TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHU Murid tahu perkara a...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
7
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK
Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
8
6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7.Men...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
9
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Tahu pengetahuan asas matematik.
2 Tahu dan ...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1
Tahu pengetahuan...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1
Tahu pengetahuan...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
12
C
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
faham
B2
Tahu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
13
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
faham
B2
Tahu d...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
faham
B2
Tahu d...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
16
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
17
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
18
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
19
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
20
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
21
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
22
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
23
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
24
PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
buat de...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
25
B4D2
PENYELESAIAN MASALAH KUASA
DAN PUNCA KUASA
B4D2E1
Mengemuka dan m...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
26
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
27
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
28
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
29
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
30
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
31
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
32
B5D5
PENYELESAIAN MASALAH TEOREM
PYTHAGORAS
B5D5E1
Menentukan panjang ...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
33
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
34
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham
dan boleh
bu...
DRAF
DSP Matematik Tingkatan 2
28 September 2012
35
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, faham
dan boleh
bu...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

16 matematik dsp

793 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
793
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
12
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

16 matematik dsp

  1. 1. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK TINGKATAN 2
  2. 2. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
  3. 3. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 3 PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Matematik Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  4. 4. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 4 TAFSIRAN o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. o Evidens : Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
  5. 5. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 5 KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
  6. 6. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 6 TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. 2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
  7. 7. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 7 MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid: 1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. 2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. 3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: • Membuat anggaran dan penghampiran • Mengukur dan membina • Memungut dan mengendali data • Mewakilkan dan mentafsir data • Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik • Menggunakan algoritma dan perkaitan • Menyelesaikan masalah • Membuat keputusan 4. Berkomunikasi secara matematik. 5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  8. 8. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 8 6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain. 7.Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik. 8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab. 9. Bersikap yang positif terhadap matematik. 10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
  9. 9. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 9 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Tahu pengetahuan asas matematik. 2 Tahu dan faham konsep dalam matematik. 3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik. 4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. 5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah. 6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.
  10. 10. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 10 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Tahu pengetahuan asas matematik. B1D1 PENGENALAN KUASA DAN PUNCA KUASA B1D1E1 Menyatakan suatu nombor yang didarab dengan nombor yang sama sebagai kuasa dua nombor tersebut dan sebaliknya. B1D1E2 Menyatakan suatu nombor yang didarab dua kali dengan nombor yang sama sebagai kuasa tiga nombor tersebut dan sebaliknya. B1D2 UNGKAPAN ALGEBRA II B1D2E1 Mengenal pasti pembolehubah dalam sebutan algebra. B1D2E2 a. Mengenal ungkapan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah. b. Menentukan bilangan sebutan bagi ungkapan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah yang diberi. B1D3 PENGENALAN PERSAMAAN LINEAR B1D3E1 Mengenal pasti : a. sebutan algebra linear. b. ungkapan algebra linear. B1D4 PENGENALAN TEOREM PYTHAGORAS B1D4E1 Mengenal pasti hipotenus segitiga bersudut tegak. B1D5 PENGENALAN KOORDINAT B1D5E1 Mengenal pasti paksi-x, paksi-y dan asalan pada satah Cartes.
  11. 11. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 11 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Tahu pengetahuan asas matematik B1D6 PENGENALAN BULATAN B1D6E1 Mengenal pasti bulatan sebagai satu set titik yang sama jarak dari satu titik tetap. B1D7 PENGENALAN PENJELMAAN B1D7E1 Mengenal pasti penjelmaan sebagai padanan satu- dengan-satu antara titik pada satah. 2 Tahu dan faham B2 Tahu dan faham konsep dalam matematik B2D1 NOMBOR BERARAH B2D1E1 Membanding dan menyusun perpuluhan. B2D2 KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA B2D2E1 Menentukan kuasa dua suatu nombor dengan menggunakan kalkulator. B2D2E2 Menyatakan punca kuasa dua suatu nombor positif sebagai suatu nombor yang didarab dengan nombor yang sama menghasilkan nombor positif tersebut. B2D2E3 Menentukan punca kuasa dua nombor menggunakan kalkulator. B2D3 KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA TIGA B2D3E1 Menentukan kuasa tiga suatu nombor menggunakan kalkulator. B2D3E2 Menyatakan punca kuasa tiga suatu nombor sebagai suatu nombor yang didarab dengan nombor yang sama dua kali menghasilkan nombor tersebut. B2D3E3 Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor menggunakan kalkulator.
  12. 12. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 12 C BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan faham B2 Tahu dan faham konsep dalam matematik B2D4 UNGKAPAN ALGEBRA II B2D4E1 a. Mengenal pasti : i. sebutan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah sebagai hasil darab pembolehubah tersebut dengan suatu nombor. ii. pekali dalam sebutan algebra yang diberi. iii. sebutan algebra serupa dan sebutan algebra tak serupa. b. Menyatakan sebutan serupa bagi suatu sebutan algebra yang diberi. B2D4E2 Menulis ungkapan algebra bagi situasi yang diberi menggunakan simbol huruf. B2D5 PERSAMAAN LINEAR B2D5E1 Menyatakan hubungan antara dua kuantiti menggunakan simbol ‘ = ’ atau ‘ ≠ ’. B2D5E2 Menentukan sama ada persamaan yang diberi adalah: a. persamaan linear. b. persamaan linear dalam satu pembolehubah. B2D6 NISBAH, KADAR DAN KADARAN B2D6E1 Membandingkan : a. dua kuantiti dalam bentuk a : b atau b a . b. tiga kuantiti dalam bentuk a : b : c.
  13. 13. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 13 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan faham B2 Tahu dan faham konsep dalam matematik B2D7 TEOREM PYTHAGORAS B2D7E1 Menentukan hubungan antara panjang sisi segitiga bersudut tegak. B2D8 KOORDINAT B2D8E1 Menanda nilai pada kedua-dua paksi dengan melanjutkan urutan nilai yang diberi. B2D8E2 Mengenal pasti titik tengah suatu garis lurus yang menyambung dua titik. B2D9 BULATAN B2D9E1 Mengenal pasti bahagian bulatan : a. pusat. b. lilitan. c. jejari. d. diameter. e. perentas. f. lengkok. g. sektor. h. tembereng.
  14. 14. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 14 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan faham B2 Tahu dan faham konsep dalam matematik B2D10 JENIS-JENIS PENJELMAAN B2D10E1 Mengenal pasti objek dan imej bagi suatu penjelmaan. B2D10E2 Mengenal pasti : a. translasi. b. pantulan. c. putaran. B2D10E3 a. Mengenal pasti suatu isometri. b. Menentukan sama ada penjelmaan yang diberi adalah isometri. B2D10E4 Mengenal pasti sama ada dua rajah adalah kongruen. B2D11 CIRI-CIRI PEPEJAL GEOMETRI II B2D11E1 Menyatakan ciri geometri bagi prisma, piramid, silinder, kon dan sfera. B2D11E2 Menyatakan luas permukaan bagi prisma, piramid, silinder dan kon. B2D12 STATISTIK B2D12E1 Mengkelaskan data berpandukan data yang boleh dikumpul secara: a. mengira. b. mengukur.
  15. 15. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 15 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D1 OPERASI NOMBOR BERARAH B3D1E1 a. Mendarab integer. b. Membahagi integer. B3D1E2 Membanding dan menyusun pecahan. B3D1E3 a. Melaksanakan penambahan, penolakan, pendaraban atau pembahagian terhadap i. pecahan. ii. perpuluhan. b. Melaksanakan penambahan, penolakan, pendaraban atau pembahagian yang melibatkan dua nombor berarah. B3D2 KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA B3D2E1 a. Menentukan kuasa dua suatu nombor tanpa menggunakan kalkulator. b. Menganggar kuasa dua suatu nombor. B3D2E2 a. Menyenaraikan kuasa dua sempurna. b. Menentukan sama ada suatu nombor adalah kuasa dua sempurna. B3D2E3 a. Menentukan punca kuasa dua bagi kuasa dua sempurna tanpa menggunakan kalkulator. b. Menentukan punca kuasa dua nombor tanpa menggunakan kalkulator. c. Menganggar punca kuasa suatu dua nombor.
  16. 16. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 16 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D3 KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA TIGA B3D2E4 Mendarab dua punca kuasa dua. B3D3E1 a. Menentukan kuasa tiga suatu nombor tanpa menggunakan kalkulator. b. Menganggar kuasa tiga suatu nombor. B3D3E2 a. Menentukan punca kuasa tiga suatu integer tanpa menggunakan kalkulator. b. Menentukan punca kuasa tiga suatu nombor tanpa menggunakan kalkulator. c. Menganggar punca kuasa tiga suatu nombor. B3D4 OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA II B3D4E1 Menentukan : a. hasil darab dua sebutan algebra. b. hasil bahagi dua sebutan algebra. B3D4E2 Mempermudahkan ungkapan algebra dengan mengumpulkan sebutan serupa. B3D4E3 Menentukan nilai ungkapan dengan menggantikan huruf dengan nombor. B3D4E4 a. Mendarab dan membahagi ungkapan algebra dengan suatu nombor. b. Melaksanakan : i. penambahan ii. penolakan yang melibatkan dua ungkapan algebra.
  17. 17. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 17 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D5 PERSAMAAN LINEAR B3D5E1 Menulis persamaan linear dalam satu pembolehubah bagi pernyataan yang diberi dan sebaliknya. B3D5E2 Menentukan : a. sama ada suatu nilai berangka adalah penyelesaian bagi persamaan linear dalam satu pembolehubah yang diberi. b. penyelesaian persamaan linear dalam satu pembolehubah menggunakan kaedah cuba- jaya. B3D5E3 Menyelesaikan persamaan dalam bentuk : a. x + a = b b. x – a = b c. ax = b d. b= a x apabila a, b, c ialah integer dan x ialah pembolehubah. B3D6 NISBAH, KADAR DAN KADARAN B3D6E1 Menentukan sama ada nisbah yang diberi adalah nisbah setara. B3D6E2 Mempermudahkan suatu nisbah kepada sebutan terendah. B3D6E3 Menyatakan nisbah yang berkaitan dengan suatu nisbah yang diberi.
  18. 18. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 18 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D6 NISBAH, KADAR DAN KADARAN B3D6E4 Menyatakan sama ada dua pasangan kuantiti ialah suatu kadaran. B3D6E5 Menentukan sama ada suatu kuantiti berkadar dengan kuantiti yang lain apabila diberi dua nilai bagi setiap kuantiti tersebut. B3D6E6 Menentukan sama ada nisbah yang diberi adalah nisbah setara. B3D6E7 Mempermudahkan nisbah tiga kuantiti kepada sebutan terendah. B3D6E8 Menyatakan nisbah bagi mana-mana dua kuantiti apabila nisbah tiga kuantiti diberi. B3D7 TEOREM PYTHAGORAS B3D7E1 Menentukan sama ada suatu segitiga ialah segitiga bersudut tegak. B3D8 ASAS PEMBINAAN GEOMETRI B3D8E1 Membina suatu tembereng garis apabila panjang diberi.
  19. 19. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 19 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D9 KOORDINAT B3D9E1 Memplot dan menyatakan : a. koordinat titik apabila jarak dari paksi-x dan paksi-y diberi. b. jarak titik dari paksi-x dan paksi-y, apabila koordinat diberi. B3D9E2 Menyatakan koordinat titik pada satah Cartes. B3D9E3 Menyatakan skala yang digunakan pada kedua-dua paksi koordinat yang diberi apabila : a. skala adalah sama. b. skala adalah berbeza. B3D9E4 Menanda nilai pada kedua-dua paksi dengan merujuk kepada skala yang diberi. B3D9E5 Menyatakan koordinat suatu titik dengan merujuk kepada skala yang diberi. B3D9E6 Menentukan jarak di antara dua titik yang mempunyai : a. koordinat-y yang sama. b. koordinat-x yang sama. B3D9E7 Menentukan koordinat titik tengah suatu garis lurus yang menyambung dua titik pada : a. koordinat-y yang sama. b. koordinat-x yang sama.
  20. 20. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 20 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D10 LOKUS DALAM DUA DIMENSI B3D10E1 Menerangkan dan melakar lokus bagi suatu objek yang bergerak. B3D10E2 Menentukan lokus bagi suatu titik yang : a. berjarak tetap dari satu titik tetap. b. berjarak sama dari dua titik tetap. c. berjarak tetap dari satu garis lurus. d. berjarak sama dari dua garis lurus yang bersilang. B3D11 BULATAN B3D11E1 Melukis : a. bulatan apabila jejari dan pusat bulatan diberi. b. diameter yang melalui suatu titik tertentu dalam suatu bulatan dengan pusat bulatan diberi. c. perentas yang melalui satu titik pada lilitan apabila ukuran panjang diberi. d. sektor apabila saiz sudut pada pusat dan jejari bulatan diberi. B3D11E2 Menganggarkan nilai π. B3D11E3 a. Menerbitkan rumus lilitan bulatan. b. Menentukan lilitan bulatan apabila diberi : i. diameter. ii. jejari.
  21. 21. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 21 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D11 BULATAN B3D11E4 a. Menerbitkan rumus panjang lengkok. b. Menentukan panjang lengkok apabila sudut pada pusat dan jejari diberi. B3D11E5 a. Menerbitkan rumus luas bulatan. b. Menentukan luas bulatan apabila diberi : i. jejari. ii. diameter. B3D11E6 a. Menerbitkan rumus luas sektor. b. Menentukan luas sektor apabila jejari dan sudut pada pusat bulatan diberi. B3D12 CIRI-CIRI PENJELMAAN B3D12E1 Menentukan : a. imej suatu objek di bawah translasi yang diberi. b. ciri suatu translasi. B3D12E2 a. Menentukan : i. imej suatu objek di bawah suatu pantulan pada garis yang diberi. ii. ciri suatu pantulan. b. Menentukan : i. imej suatu objek apabila paksi pantulan diberi. ii. paksi pantulan apabila objek dan imej diberi.
  22. 22. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 22 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D12 CIRI-CIRI PENJELMAAN B3D12E3 Menentukan : a. imej suatu objek di bawah suatu putaran apabila pusat, sudut dan arah putaran diberi. b. ciri suatu putaran. c. i. imej suatu objek apabila pusat, sudut dan arah putaran diberi. ii. pusat, sudut dan arah putaran, apabila objek dan imej diberi. B3D12E4 Membina pola menggunakan isometri. B3D12E5 Mengenal pasti kekongruenan antara dua rajah sebagai satu ciri isometri. B3D12E6 Menentukan ciri sisi empat menggunakan pantulan dan putaran.
  23. 23. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 23 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, faham dan boleh buat B3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik B3D13 PEPEJAL GEOMETRI II B3D13E1 Menyatakan jenis pepejal apabila suatu bentangan diberi. B3D13E2 Menentukan luas permukaan bagi prisma, piramid, silinder dan kon. B3D13E3 Menentukan luas permukaan bagi sfera menggunakan rumus piawai. B3D14 STATISTIK B3D14E1 Mengumpul dan merekod data secara sistematik. B3D14E2 Menentukan kekerapan dalam suatu data. B3D14E3 Menentukan : a. data yang mempunyai kekerapan tertinggi. b. data yang mempunyai kekerapan terendah. c. kekerapan bagi suatu nilai tertentu. B3D14E4 Memperoleh maklumat daripada : a. jadual kekerapan. b. piktograf. c. carta palang. d. graf garis.
  24. 24. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 24 PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. B4D1 OPERASI NOMBOR BERARAH B4D1E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. pendaraban integer. b. pembahagian integer. B4D1E2 Melaksanakan masalah yang melibatkan operasi bergabung bagi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian integer. B4D1E3 Melaksanakan pengiraan yang melibatkan gabungan dua atau lebih operasi terhadap nombor berarah termasuk penggunaan tanda kurung.
  25. 25. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 25 B4D2 PENYELESAIAN MASALAH KUASA DAN PUNCA KUASA B4D2E1 Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. kuasa dua nombor. b. kuasa dua dan punca kuasa dua. B4D2E2 Mengemuka dan menyelesai masalah melibatkan : a. kuasa tiga nombor. b. kuasa tiga dan punca kuasa tiga. B4D3 OPERASI UNGKAPAN ALGEBRA II B4D3E1 Melaksanakan pendaraban dan pembahagian yang melibatkan sebutan algebra. B4D3E2 Mempermudahkan ungkapan algebra.
  26. 26. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 26 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. B4D4 PENYELESAIAN PERSAMAAN LINEAR B4D4E1 Menyelesaikan persamaan dalam bentuk ax + b = c, apabila a, b, c ialah integer dan x ialah pembolehubah. B4D4E2 Menyelesaikan persamaan linear dalam satu pembolehubah. B4D5 OPERASI NISBAH, KADAR DAN KADARAN B4D5E1 Menentukan nilai satu daripada dua kuantiti apabila nisbah : a. dua kuantiti tersebut dan nilai kuantiti yang satu lagi diberi. b. hasil tambah dua kuantiti tersebut diberi. B4D5E2 Menentukan hasil tambah dua kuantiti apabila nisbah dan beza antara dua kuantiti tersebut diberi. B4D5E3 Menentukan nisbah bagi a : b : c apabila nisbah a : b dan b : c diberi. B4D5E4 Menentukan nilai dua daripada tiga kuantiti apabila diberi nisbah tiga kuantiti tersebut dan nilai kuantiti yang satu lagi.
  27. 27. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 27 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. B4D6 APLIKASI TEOREM PYTHAGORAS B4D6E1 Menghitung panjang sisi segitiga bersudut tegak menggunakan Teorem Pythagoras. B4D7 PEMBINAAN GEOMETRI B4D7E1 Membina suatu segitiga apabila panjang setiap sisi diberi. B4D7E2 Membina: (a) pembahagi dua sama serenjang bagi suatu tembereng garis yang diberi. (b) garis yang berserenjang dengan suatu garis dan melalui suatu titik pada garis tersebut. (c) garis yang berserenjang dengan suatu garis dan melalui suatu titik yang bukan pada garis tersebut. B4D7E3 Membina : a. sudut 60o b. sudut 120o . c. pembahagi dua sama sudut.
  28. 28. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 28 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. B4D8 KOORDINAT B4D8E1 Memplot titik dengan merujuk kepada koordinat dan skala yang diberi. B4D8E2 Menentukan jarak di antara dua titik menggunakan Teorem Pythagoras. B4D8E3 Menentukan koordinat titik tengah suatu garisan yang menyambung dua titik. B4D9 PEMBINAAN LOKUS DALAM DUA DIMENSI B4D9E1 Membina lokus bagi suatu titik yang memenuhi syarat berikut : a. berjarak tetap dari suatu titik tetap. b. berjarak sama dari dua titik tetap. c. berjarak tetap dari satu garis lurus. d. berjarak sama dari dua garis bersilang. B4D10 APLIKASI RUMUS BULATAN B4D10E1 Menentukan : a. pusat b. jejari bagi bulatan yang diberi menggunakan pembinaan.
  29. 29. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 29 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. B4D10 APLIKASI RUMUS BULATAN B4D10E2 Menentukan : a. diameter dan jejari apabila lilitan bulatan diberi. b. sudut pada pusat apabila panjang lengkok dan jejari diberi. c. jejari apabila panjang lengkok dan sudut pada pusat diberi. d. jejari dan diameter apabila luas bulatan diberi. e. sudut pada pusat bulatan apabila jejari dan luas sektor diberi. f. jejari apabila luas sektor dan sudut pada pusat bulatan diberi. 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. B4D11 PENJELMAAN B4D11E1 a. Menghuraikan translasi : i. dengan menyatakan arah dan jarak pergerakan. ii. dalam bentuk       b a b. Menentukan koordinat bagi : i. imej apabila koordinat objek diberi. ii. objek apabila koordinat imej diberi di bawah suatu translasi. B4D11E2 a. Menentukan koordinat bagi : i. imej apabila koordinat objek diberi. ii. objek apabila koordinat imej diberi di bawah suatu pantulan. b. Menghuraikan pantulan apabila objek dan imej diberi.
  30. 30. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 30 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab B4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik. B4D11 PENJELMAAN B4D11E3 a. Menentukan koordinat bagi : i. imej apabila koordinat objek diberi ii. objek apabila koordinat imej diberi di bawah suatu putaran. b. Menerangkan suatu putaran apabila objek dan imej diberi. B4D11E4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kekongruenan. B4D12 APLIKASI RUMUS PEPEJAL GEOMETRI II B4D12E1 Melukis bentangan bagi prisma, piramid, silinder dan kon. B4D12E2 Membina model pepejal apabila suatu bentangan diberi. B4D13 PERWAKILAN DATA STATISTIK B4D13E1 Mengurus data dengan membina : a. jadual gundalan b. jadual kekerapan B4D13E2 a. Membina : i. piktograf ii. carta palang untuk mewakilkan data. b. Mewakilkan data menggunakan graf garis
  31. 31. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 31 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji B5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah B5D1 PENYELESAIAN MASALAH NOMBOR BERARAH B5D1E1 a. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bergabung bagi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian integer termasuk penggunaan tanda kurung. b. Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor berarah. B5D2 GABUNGAN OPERASI KUASA DAN PUNCA KUASA B5D2E1 Melaksanakan pengiraan yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian dan operasi bercampur terhadap kuasa dua, punca kuasa dua, kuasa tiga dan punca kuasa tiga. B5D3 PENYELESAIAN MASALAH PERSAMAAN LINEAR B5D3E1 Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan linear dalam satu pembolehubah. B5D4 PENYELESAIAN MASALAH NISBAH, KADAR DAN KADARAN B5D4E1 Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah dan kadaran. B5D4E2 a. Menentukan nilai bagi setiap daripada tiga kuantiti apabila diberi : i. nisbah dan hasil tambah tiga kuantiti tersebut. ii. nisbah dan beza antara dua daripada tiga kuantiti tersebut. b. Menentukan hasil tambah tiga kuantiti apabila nisbah dan beza antara dua daripada tiga kuantiti tersebut diberi. c. Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah tiga kuantiti.
  32. 32. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 32 B5D5 PENYELESAIAN MASALAH TEOREM PYTHAGORAS B5D5E1 Menentukan panjang sisi bentuk geometri menggunakan Teorem Pythagoras B5D5E2 a. Menyelesaikan masalah yang melibatkan akas Teorem Pythagoras. b. Menyelesaikan masalah menggunakan Teorem Pythagoras.
  33. 33. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 33 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji B5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah B5D6 PEMBINAAN GEOMETRI B5D6E1 Membina segitiga apabila diberi : a. panjang satu sisi dan saiz dua sudut. b. panjang dua sisi dan saiz satu sudut. B5D6E2 Membina: a. garis selari. b. segiempat selari apabila panjang setiap sisi dan saiz satu sudut diberi. B5D7 PENYELESAIAN MASALAH KOORDINAT B5D7E1 Mengemuka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. koordinat. b. jarak di antara dua titik. c. titik tengah. B5D8 PERSILANGAN LOKUS DALAM DUA DIMENSI B5D8E1 Menentukan persilangan dua lokus dengan melukis lokus yang memenuhi syarat kedua-dua lokus. B5D9 PENYELESAIAN MASALAH BULATAN B5D9E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. lilitan bulatan. b. lengkok bulatan. c. luas bulatan. d. luas sektor. B5D9E2 Menentukan luas bulatan apabila diberi lilitan dan sebaliknya.
  34. 34. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 34 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji B5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah B5D10 PENYELESAIAN MASALAH PENJELMAAN B5D10E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan : a. translasi. b. pantulan. c. putaran. B5D11 PENYELESAIAN MASALAH PEPEJAL GEOMETRI B5D11E1 a. Menentukan : i. panjang sisi ii. tinggi iii. tinggi sendeng iv. jejari v. diameter bagi suatu pepejal apabila luas permukaan dan maklumat lain yang berkaitan diberi. b. Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas permukaan. B5D12 PENYELESAIAN MASALAH STATISTIK B5D12E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan: a. piktograf. b. carta palang. c. graf garis.
  35. 35. DRAF DSP Matematik Tingkatan 2 28 September 2012 35 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali B6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan. B6D1 Penyelesaian masalah matematik dalam suatu situasi secara kreatif dan inovatif B6D1E1 Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik Atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan , projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif.

×