1.10 bagaimana menghasilkan sumber pembelajaran pengguna guru

37,420 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
37,420
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
32,135
Actions
Shares
0
Downloads
417
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

1.10 bagaimana menghasilkan sumber pembelajaran pengguna guru

  1. 1. 1.10 Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran (Pengguna: Guru) 1.10 How to Create a Classroom Resource (User: Staff)
  2. 2. transforming education through the Internet 75 Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran TUGASAN: Menghasilkan sumber pembelajaran. OBJEKTIF: Memberi kefahaman kepada pengguna tentang bagaimana Sites boleh digunakan untuk menghasilkan sumber pembelajaran. TEMPOH MASA: 30 minit ALATAN DIPERLUKAN: • Video 1.10 – Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran • Komputer • Papan putih • Pen Marker • Pen and buku nota • Projektor TATACARA: 1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan manfaat yang boleh diperolehi apabila menghasilkan sumber pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE. 2. VIDEO – Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran • Main video “Bagaimana Menghasilkan Sumber Pembelajaran“ dan hentikannya seketika apabila perlu. • Minta peserta mengikuti arahan di dalam video. 3. RUMUSAN Imbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
  3. 3. transforming education through the Internet 76 Panduan Pengguna Menghasilkan Laman Sumber Pembelajaran Dari Frog Bar klik ikon Quick Launch. Kemudian, klik ikon Sites. Setelah anda klik pada Sites, kawasan utama Sites akan terpapar pada Resource Manager. Di sebelah kiri, terdapat kategori laman Sites; My Sites, Subject, Co-curricular, Templates, Other Sites dan My Library. My Sites adalah semua laman yang anda telah hasilkan ataupun laman yang dikongsikan dengan anda.
  4. 4. transforming education through the Internet 77 Subject mengandungi semua laman mata pelajaran. Laman-laman ini diwakili dengan satu ikon mata pelajaran. Klik ikon untuk mengakses laman mata pelajaran tersebut. Nota: Ikon mata pelajaran akan terpapar setelah laman bagi mata pelajaran tersebut dihasilkan dan disimpan di dalam kategori yang betul. Co-curricular mengandungi laman kokurikulum yang anda telah hasilkan ataupun laman yang telah dikongsikan dengan anda. (Nota: Di ruangan ini mungkin tidak akan terdapat sebarang laman sehinggalah satu laman kokurikulum dihasilkan atau dikongsikan dengan anda.) Di ruangan Templates, anda dapat melihat laman yang telah ditag sebagai Template. Template adalah sama seperti laman-laman yang lain dan direka bagi membolehkan pengguna (yang diberi akses) memasukkan kandungan mereka. Untuk membuat templat laman, tag kategori mesti ditetapkan sebagai Template. Ia boleh dilakukan ketika laman dihasilkan, atau tag ditambah pada laman yang sedia ada. Templat laman dipaparkan dalam warna jingga. Other Sites mengandungi laman yang tidak ditandakan di dalam mana-mana kategori dan telah dikongsikan dengan anda.
  5. 5. 78 transforming education through the Internet Untuk mula membuat laman, klik butang biru New Site. Ia berada di sebelah kanan ruangan My Sites. Masukkan nama laman ke dalam kotak Give your site a name. Untuk contoh ini, taipkan Security Awareness. Taipkan deskripsi ringkas laman anda ke dalam kotak. Untuk contoh ini, kita akan taipkan: Your Guide to Safe Web Browsing. Klik butang Next untuk meneruskannya.
  6. 6. transforming education through the Internet 79 Pilih tema untuk laman anda bagi memberikannya gaya dan cita rasa. Kita akan gunakan tema ‘File’ sebagai latihan. Pilih satu ikon untuk laman anda. Ia akan dipaparkan di sebelah nama laman semasa dipaparkan dalam ruangan Sites. Kita akan gunakan ikon ‘Question Mark’ sebagai latihan. Klik butang Next untuk meneruskannya. Sekarang anda boleh meletakkan tag pada laman tersebut. Tag akan membolehkan anda mencari laman dengan mudah dan pantas menerusi Resource Manager. Ini adalah halaman ‘Add tags’. Terdapat 3 langkah yang perlu diselesaikan; Category (1), Form Group (2) dan Keywords (3).
  7. 7. transforming education through the Internet 80 Dalam menu ke bawah Category terdapat 2 pilihan disediakan: Subject dan Co-curricular. Pilih salah satu daripadanya dan klik butang Add. Kategori yang dipilih akan muncul di bawah menu. Dalam menu ke bawah Subjects pula, pilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan laman anda dari dalam senarai. Sebagai latihan, pilih Literasi Komputer. Klik butang Add untuk menambah mata pelajaran di laman anda. Kategori yang dipilih akan muncul di bawah menu. Pilih Form Group untuk laman anda. Sebagai latihan, pilih D1.
  8. 8. transforming education through the Internet 81 Klik butang Add dan kelas (darjah/tingkatan) itu akan muncul di bawah menu. Seterusnya, anda diberi pilihan jika ingin menambah kata kunci yang berkaitan dengan laman anda melalui pilihan Keywords. Kata kunci ini dapat membantu seseorang yang sedang mencari laman tertentu, tetapi tidak mengingati nama laman tersebut. Masukkanlah perkataan yang releven kepada carian pengguna. Misalnya untuk laman Sains, anda boleh taipkan perkataan seperti ‘liquid’ ‘gas’ ‘solid’ ‘melt’ ‘freeze’ ‘ice’ ‘molecules’ ‘evaporate’. Apabila pengguna menaipkan perkataan ini di dalam kotak carian, laman ini akan dipaparkan di dalam hasil carian. Masukkan kata kunci anda ke dalam kotak. Sebagai latihan, taipkan security, online dan safety. Kemudian, klik butang Add. Seterusnya, klik butang hijau Create Site. Tahniah! Anda telah berjaya membuat satu laman baru. Nota: Reka bentuk laman anda mungkin berbeza dengan paparan, ia bergantung kepada tema yang dipilih.
  9. 9. transforming education through the Internet Menukar Susun Atur Laman Sumber Pembelajaran Anda Untuk menukar susun atur laman, klik butang Edit di sebelah kiri skrin. Content Panel akan dipaparkan. Content Panel mengandungi tiga tab pilihan iaitu Layout,Widgets dan Settings. Klik tab Settings. Dalam Settings, anda boleh menukar Name of site, Theme, Category, Subjects, Form Group dan Keywords laman anda sekiranya perlu. 82
  10. 10. transforming education through the Internet 83 Klik pada tab Layout. Layout membolehkan anda menukar bilangan dan kedudukan kotak di laman anda. Klik butang 3 dan pilih susun atur seperti yang ditunjukkan di sebelah. Halaman anda akan kelihatan seperti berikut:
  11. 11. transforming education through the Internet 84 Klik pada tab Widgets. Widgets – boleh diseret masuk ke dalam lajur di laman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video and imej. Di sini anda dapat melihat kesemua pilihan widget yang disediakan. Setiap widget mempunyai nama dan ikonnya yang tersendiri. Menambah Widget Media ke dalam Laman Sumber Pembelajaran Sebagai latihan, kita akan menggunakan widget Media dan Text untuk menghasilkan kandungan sumber pelajaran. Pilih widget Media dan seret ia ke dalam kotak kandungan pada laman. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut. Anda kini dapat melihat widget Media berada di dalam kotak kandungan tersebut. Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget Media tersebut.
  12. 12. transforming education through the Internet Widget Media digunakan untuk memaparkan imej ataupun video. Sekiranya anda ingin memasukkan fail dari komputer atau USB anda, klik butang Upload pada bahagian Choose Media untuk membuka File Uploader. Sekarang, klik pula butang Choose Files untuk mengakses fail-fail dari komputer anda. Pilih fail imej untuk dimuat naik. Pilih imej dan klik butang Open. Setelah imej selesai dimuat naik, klik butang Done. 85
  13. 13. transforming education through the Internet 86 Sekarang, terdapat satu imej pada laman anda. Anda boleh memilih saiz imej di tetapan media. Tiga pilihan yang disediakan ialah Small, Medium dan Large. Untuk contoh ini, pilih Large. Klik Save Changes untuk menyimpan laman anda. Menambah Widget Teks ke dalam Laman Anda Widget Text digunakan untuk memaparkan teks di dalam laman. Jumlah teks yang besar boleh disalin dan ditampal ke dalam kotak teks, dari mana-mana sumber, seperti dokumen atau laman web. Pilih Widget Text dan seret ia ke dalam kotak kandungan di bawah imej. Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
  14. 14. transforming education through the Internet 87 Klik kotak teks yang menganduni perkataan ‘sample text’ untuk membuka tetapan widget tersebut. Taipkan ke dalamnya teks yang anda ingin masukkan. Untuk menukar format tulisan, pilih teks dan kemudian klik ikon yang terdapat di sebelah kiri untuk mengubahnya mengikut format yang dikehendaki. Sebagai contoh, terangkan teks dan kemudian klik pada ikon B untuk menebalkan teks. Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.
  15. 15. transforming education through the Internet 88 Menamakan Halaman Sumber Pembelajaran Secara lalai, tab untuk halaman ini dinamakan sebagai New Tab. Untuk menukarnya, anda perlu berada dalam mod edit terlebih dahulu. Klik New Tab. Apabila warna teks bertukar menjadi putih dengan latar biru, ia sudah boleh diedit. Taipkan nama halaman tersebut. Sebagai latihan, kita akan taipkan ‘Introduction’. Tab tersebut akan bertukar menjadi ‘Introduction’. Menambah halaman Sumber Pembelajaran Sekarang kita akan menambah halaman untuk laman pengajaran dan pembelajaran anda. Laman sumber boleh mengandungi beberapa halaman, dengan halaman-halaman kecil. Untuk menambah halaman ke dalam laman anda, klik tanda + di sebelah kanan tab ‘Introduction’. Klik pada teks New Tab dan taipkan nama untuk halaman tersebut. Untuk contoh ini, sila taipkan ‘Security Tips’. Sekarang sudah terdapat dua halaman untuk laman ini. Klik tab halaman untuk membuka halaman yang anda mahu paparkan.
  16. 16. transforming education through the Internet 89 Menambah Widget Video ke dalam halaman kecil Sekarang kita akan memasukkan video ke dalam halaman Security Tips yang baru. Klik pada tab Security Tips. Halaman tersebut tidak mempunyai sebarang kandungan. Klik widget Media dan seret widget tersebut ke dalam kotak kandungan pada halaman tersebut. Pastikan kotak kandungan bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget. Klik kotak kandungan dan tetapan widget akan dipaparkan.
  17. 17. transforming education through the Internet 90 Taip ‘Cyber Security Tips’ ke dalam bar carian. Klik butang Pin-Point untuk mencari video dan imej yang terkandung di dalamnya. Terma dan syarat Pin-Point akan dipaparkan untuk anda mengesahkannya. Setelah anda bersetuju, video dan imej akan dicari dalam beberapa saat. Pilih video YouTube berikut dari Pin-Point. Klik butang hijau Use untuk memasukkannya ke dalam halaman anda.
  18. 18. 91 transforming education through the Internet Video yang dipilih akan dimasukkan ke dalam halaman, tetapi ia tidak boleh dilihat sehinggalah anda menutup Content Panel . Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan. Klik butang x untuk memaparkan laman anda secara penuh. Sekarang, video anda akan dipaparkan. Laman anda juga kini sedia untuk dikongsikan.

×