Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Taklimat Mengenai Pelaksanaan
Aktiviti Kesiapsiagaan Menghadapi
Jangkitan Middle East Respiratory
Syndrome Coronavirus (ME...
AGENDA
TAKLIMAT MENGENAI PELAKSANAAN AKTIVITI KESIAPSIAGAAN
MENGHADAPI JANGKITAN MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME
CORONAVI...
Pelaksanaan Aktiviti
Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi
Kejadian Jangkitan
Middle East Respiratory
Syndrome Coronavirus
(MERS-C...
MERS-CoV: Pengenalan
• MERS-CoV adalah salah satu ahli keluarga (strain) dari
kumpulan coronavirus
• Ia merupakan kumpulan...
MERS-CoV: Pengenalan (samb.)
Negara Bil. Kes (Kematian)
Perancis 2 (1)
Itali 3 (0)
Jordan 2 (2)
Qatar 2 (0)
Arab Saudi 62 ...
Source: Update: Severe Respiratory Illness Associated with Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) — World...
Source: Update: Severe Respiratory Illness Associated with Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) — World...
Jangkitan MERS-CoV
• Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV
merupakan jangkitan respiratori yang berlaku se...
Jangkitan MERS-CoV (samb.)
• Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode
of transmission) bagi jangkita...
Status Semasa:
Pelaksanaan Aktiviti
Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi
Kejadian Jangkitan
Middle East Respiratory
Syndrome Coro...
Pemakluman / Hebahan Maklumat Mengenai
MERS-CoV Oleh KKM
• Kepada anggota kesihatan di lapangan:
– Surat edaran Ketua Peng...
Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi MERS-CoV:
Jemaah Haji / Umrah
• Jemaah Umrah:
– Nasihat kesihatan (Health Advisory) kepada j...
Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi MERS-CoV:
Jemaah Haji / Umrah (2)
• Jemaah Haji (samb.):
– Penyediaan bekalan penutup mulut ...
Saringan
Di Pintu Masuk Antarabangsa
• Saringan suhu badan (bagi
mengesan gejala demam) di-
kalangan pelawat yang tiba dar...
Survelan Jangkitan Respiratori
• Lokasi sentinel meneruskan aktiviti survelan influenza-like
illness (ILI) & severe acute ...
Pengurusan Pesakit
Dengan Jangkitan Respiratori
• Pemeriksaan klinikal oleh
pengamal perubatan yang
merawat adalah kritika...
Pengurusan Sampel Klinikal
Bagi Kes Jangkitan Respiratori
• Kapasiti semasa: IMR & MKAK Sg. Buloh (dengan agihan
tertentu ...
Middle East Respiratory
Syndrome Coronavirus
(MERS-CoV):
Nasihat Kesihatan Khusus
Untuk Jemaah Haji / Umrah
Dan Pelawat
• Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti
kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun
atau ...
• Mereka yang pulang ke Malaysia dengan gejala jangkitan
respiratori (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah
dinasi...
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai
MERS-CoV, boleh berhubung dengan:
Perkara Butiran
Nama Pegawai:
No. Telefon:
E-mel:
Dr...
Sebarang Pertanyaan Lanjut Mengenai
MERS-CoV Semasa Krisis Boleh Berhubung Dengan:
Perkara Butiran
No. Telefon:
Faks:
E-me...
TERIMA KASIH
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar

3,593 views

Published on

Taklimat berkenaan MERS-COV (Middle East Respiratory Syndrome-Corona Virus) oleh Dr ChongCK bertarikh 5 Julai 2013 di IPK Bangsar.

Virus ini mula tersebar di Arab Saudi, dan perhatian lebih perlu diberikan kepada jemaah-jemaah yang baru pulang dari Umrah di Makkah & Madinah, Arab Saudi

Published in: Education
  • Be the first to comment

Dr ChongCK MERS-COV - taklimat PKP 5 julai 2013 @ IPK, bangsar

  1. 1. Taklimat Mengenai Pelaksanaan Aktiviti Kesiapsiagaan Menghadapi Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) Di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia 5 Julai 2013
  2. 2. AGENDA TAKLIMAT MENGENAI PELAKSANAAN AKTIVITI KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI JANGKITAN MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME CORONAVIRUS (MERS-CoV) DI MALAYSIA TARIKH: 5 JULAI 2013 (JUMAAT) MASA: 9:00 PAGI – 12:30 TENGAHARI LOKASI: AUDITORIUM MUTIARA INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN OFF JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR 1. Pelaksanaan Aktiviti Kesiapsiagaan Menghadapi Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) di Malaysia Oleh: YBrs. Dr. Chong Chee Kheong Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia 2. Pengurusan Kes Jangkitan MERS-CoV Oleh: Dr. Benedict Sim Pakar Perunding Perubatan (Penyakit Berjangkit) Hospital Sungai Buloh 3. Pengurusan Sampel Bagi Kes Jangkitan MERS-CoV Oleh: Dr. Ravindran Thayan Pegawai Penyelidik Kanan Unit Virologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) 4. Langkah-langkah Kesiapsiagaan di Hospital-hospital KKM Dalam Menghadapi Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) Oleh: YBhg. Dato’ Dr. Azmi Shapie Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia 5. Taklimat Kepada Pihak Media Oleh: YBrs. Dr. Chong Chee Kheong Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia 6. Sesi Soal Jawab
  3. 3. Pelaksanaan Aktiviti Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Kejadian Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia 5 Julai 2013
  4. 4. MERS-CoV: Pengenalan • MERS-CoV adalah salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus • Ia merupakan kumpulan keluarga virus yang besar dan terdiri dari pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan • SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003, merupakan salah satu dari strain coronavirus tersebut • Namun begitu, MERS-CoV dan SARS adalah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu dengan yang lain • Sehingga 26 Jun 2013, sejumlah 77 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi 40 kematian (case fatality rate: 51.9%)
  5. 5. MERS-CoV: Pengenalan (samb.) Negara Bil. Kes (Kematian) Perancis 2 (1) Itali 3 (0) Jordan 2 (2) Qatar 2 (0) Arab Saudi 62 (34) Tunisia 2 (0) United Kingdom (UK) 3 (2) Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1 (1) JUMLAH KESELURUHAN 77 (40) Bagi kes yang dilaporkan dari Tunisia dan negara-negara rantau Eropah, mereka samada mempunyai sejarah lawatan ke rantau Timur Tengah atau sejarah kontak dengan pelawat yang bergejala sejurus pulang dari lawatan ke Timur Tengah
  6. 6. Source: Update: Severe Respiratory Illness Associated with Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) — Worldwide, 2012–2013. CDC Atlanta MMWR (June 2013). Vol. 62: 1-4 Kes baru yang dilaporkan sepanjang Jun 2013 (sehingga 26 Jun 2013): 22 kes (termasuk 9 kematian)
  7. 7. Source: Update: Severe Respiratory Illness Associated with Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) — Worldwide, 2012–2013. CDC Atlanta MMWR (June 2013). Vol. 62: 1-4
  8. 8. Jangkitan MERS-CoV • Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV merupakan jangkitan respiratori yang berlaku secara akut dan serius, iaitu demam dan kesukaran untuk bernafas • Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan terdapat juga sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit birit • Bagi individu yang menghidapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan (immunocompromised), gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical)
  9. 9. Jangkitan MERS-CoV (samb.) • Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode of transmission) bagi jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti • Pihak WHO juga menegaskan bahawa tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini • Buat masa ini, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat • Saranan terkini dari WHO berkaitan pengurusan sampel klinikal MERS-CoV: “Stronger recommendations for lower respiratory specimens, rather than nasopharyngeal swabs, to be used to diagnose MERS-CoV infection”
  10. 10. Status Semasa: Pelaksanaan Aktiviti Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Kejadian Jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)
  11. 11. Pemakluman / Hebahan Maklumat Mengenai MERS-CoV Oleh KKM • Kepada anggota kesihatan di lapangan: – Surat edaran Ketua Pengarah Kesihatan ruj. (4) dlm. KKM- 171/BKP/12/56/0826 bertarikh 11 Oktober 2012 – Surat edaran Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) ruj. (6) dlm. KKM-171/12/56/0826 bertarikh 22 Mac 2013 – Surat edaran Ketua Pengarah Kesihatan ruj. (9) dlm. KKM- 171/BKP/12/56/0826 bertarikh 14 Jun 2013 • Kepada orang awam: – Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan (bertarikh 6 Jun 2013) • KKM akan terus memantau situasi kejadian MERS-CoV dan sebarang perkembangan terkini dari pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
  12. 12. Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi MERS-CoV: Jemaah Haji / Umrah • Jemaah Umrah: – Nasihat kesihatan (Health Advisory) kepada jemaah umrah sebagaimana terkandung dalam Kenyataan Akhbar KPK – Edaran Nasihat Kesihatan (Health Advisory) melalui kerjasama dengan pihak Persatuan Agensi-agensi Pelancongan & Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia; BUMITRA) • Jemaah Haji: – Bekerjasama dengan pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia (LTH) – Pemantauan MERS-CoV ke atas jemaah haji telah dilaksanakan semenjak musim haji 1433H/2012M – Pendidikan kesihatan kepada bakal jemaah haji musim haji 1434H/2013M melalui Kursus Haji Intensif & Kursus Haji Perdana yang dilaksanakan oleh pihak LTH
  13. 13. Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi MERS-CoV: Jemaah Haji / Umrah (2) • Jemaah Haji (samb.): – Penyediaan bekalan penutup mulut & hidung (mask) dan hand sanitizer dalam kuantiti tertentu untuk kegunaan jemaah haji – Menggalakkan bakal jemaah haji untuk turut membawa bekalan tambahan penutup mulut & hidung (mask) untuk kegunaan masing-masing – Menggalakkan bakal jemaah haji untuk mendapatkan vaksin influenza & pneumococcal – Pemakluman maklumat terkini mengenai MERS-CoV secara berkala kepada petugas rombongan haji (pasukan perubatan rombongan haji, operasi dll.) semasa di Malaysia dan di Tanah Suci – Nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak KKM akan dimuatnaik oleh pihak LTH dalam laman sesawang mereka – Maklumat berkaitan pengesanan kes MERS-CoV akan dimaklumkan oleh LTH kepada pihak KKM di Malaysia dari semasa ke semasa – Perkongsian maklumat status kesihatan semasa jemaah haji di Tanah Suci dengan memberikan Bahagian Kawalan Penyakit, KKM akses kepada Sistem PHIS (Pilgrim Health Information System) milik LTH – Pengurusan kes MERS-CoV dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci juga akan mengambilkira garispanduan ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan WHO
  14. 14. Saringan Di Pintu Masuk Antarabangsa • Saringan suhu badan (bagi mengesan gejala demam) di- kalangan pelawat yang tiba dari negara/kawasan dijangkiti di pintu-pintu masuk utama antarabangsa • Pelawat yang dikesan demam melalui saringan akan diperiksa semula oleh kakitangan kesihatan • Edaran kad amaran kesihatan (health alert card) • Rujukan kes bergejala (moderate atau severe) ke hospital
  15. 15. Survelan Jangkitan Respiratori • Lokasi sentinel meneruskan aktiviti survelan influenza-like illness (ILI) & severe acute respiratory infection (sARI) • Bagi aktiviti survelan virus MERS-CoV ianya dilaksanakan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sg. Buloh • Aktiviti survelan virus MERS-CoV telah bermula semenjak November 2012, sehingga kini tiada sampel positif yang dikesan dari aktiviti ini • Penyelaras keseluruhan bagi aktiviti survelan jangkitan respiratori di peringkat kebangsaan adalah Cawangan Survelan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
  16. 16. Pengurusan Pesakit Dengan Jangkitan Respiratori • Pemeriksaan klinikal oleh pengamal perubatan yang merawat adalah kritikal • Bagi kes dengan gejala ringan (mild), perlu dibekalkan dengan Tatacara Penilaian Kesihatan Kendiri (Home Assessment Tool) • Sebarang kes patient under investigation (PUI) atau positif MERS-CoV yang dikesan perlu dinotifikasikan melalui saluran yang telah dikenalpasti dengan kadar segera
  17. 17. Pengurusan Sampel Klinikal Bagi Kes Jangkitan Respiratori • Kapasiti semasa: IMR & MKAK Sg. Buloh (dengan agihan tertentu bagi penghantaran sampel dalam kalangan kesemua negeri) • Keupayaan makmal untuk menjalankan ujian pengesahan kes MERS-CoV akan diperluaskan menjelang Ogos 2013, melibatkan 12 buah makmal hospital & 1 Makmal Kesihatan Awam (MKA) yang telah mengikuti latihan sekitar penghujung Jun 2013 (yang diadakan oleh pihak IMR)
  18. 18. Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV): Nasihat Kesihatan Khusus Untuk Jemaah Haji / Umrah Dan Pelawat
  19. 19. • Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (medical mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari menjamah makanan mentah atau tidak dimasak dengan sepenuhnya, menjamah buah-buahan mahupun sayuran yang tidak dibasuh terlebih dahulu atau meminum minuman yang menggunakan bekalan air tidak terawat
  20. 20. • Mereka yang pulang ke Malaysia dengan gejala jangkitan respiratori (demam, batuk, selsema dan sakit tekak) adalah dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (medical mask) • Jika gejala yang dialami berterusan dan menjadi bertambah teruk, segera dapatkan rawatan perubatan serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat
  21. 21. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai MERS-CoV, boleh berhubung dengan: Perkara Butiran Nama Pegawai: No. Telefon: E-mel: Dr. Norhayati binti Rusli (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Survelan) 03-8883 4372 dr_norhayati@moh.gov.my Nama Pegawai: No. Telefon: E-mel: Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor (Ketua Sektor Survelan Penyakit) 03-8883 4119 drwnoraini@moh.gov.my Nama Pegawai: No. Telefon: E-mel: Dr. Husnina bt. Ibrahim (Ketua Sektor Pengurusan Wabak & Bencana) 03-8883 4125 husnina@moh.gov.my Cawangan Survelan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
  22. 22. Sebarang Pertanyaan Lanjut Mengenai MERS-CoV Semasa Krisis Boleh Berhubung Dengan: Perkara Butiran No. Telefon: Faks: E-mel: Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit 03-8883 4419 03-8888 0643 drchongck@moh.gov.my No. Telefon: Faks: E-mel: Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC) 03-8881 0600 / 0700 03-8881 0400 / 0500 cprc@moh.gov.my No. Telefon: E-mel: Ketua Sektor Pengurusan Wabak & Bencana 03-8883 4125 husnina@moh.gov.my Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
  23. 23. TERIMA KASIH

×