peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

3,365 views

Published on

peranan guru sebagai pembimbing

Published in: Education, Spiritual
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,365
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
112
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment

  1. 1. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH BAB 1 PENGENALAN Pendahuluan Golongan pendidik merupakan golongan yang bertanggungjawab melahirkan murid yang menepati keperluan negara serta seiring dengan falsafah pendidikan negara. Para guru khususnya Guru Pendidikan Islam memegang amanah yang berat dapat merealisasikan falsafah pendidikan negara. Tugas guru bukanlah sekadar mendidik tetapi guru juga berperanan sebagai pembimbing para pelajar. Untuk merealisasikan peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah, para guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap pengajaran mata pelajaran pendidikan islam. Semangat dan komitmen yang tinggi guru pendidikan islam merupakan kayu ukur untuk meyakinkan para pelajar tentang keupayaan dan kepakaran guru pendidikan islam terhadap bidang di ajar. Guru pendidikan islam juga hendaklah sentiasa menjaga kualiti penyampaian pengajaran di dalam kelas. Peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing pelajar tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan kerjasama dari pelajar, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Guru pendidikan islam boleh melaksanakan peranan sebagai pembimbing dengan menggunakan beberapa kaedah berikut iaitu : a) Guru pendidikan islam perlu berusaha merapatkan jurang diantara guru dengan pelajar dengan membina hubungan silaturrahim yang lebih erat. Guru disarankan agar mengambil berat latar belakang keluarga pelajar agar guru dapat mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah atau sebaliknya. b) Guru pendidikan islam menjaga teknik komunikasi ketika berhadapan dengan pelajar. Kata-kata guru mestilah sopan, teratur, tidak mengguriskan hati pelajar serta tidak menyebabkan pelajar hilang keyakinan untuk berkomunikasi dengan guru kerana sikap guru yang sombong dan tutur kata yang tidak sopan. c) Guru pendidikan islam hendaklah berusaha menjawab persoalan pelajar dengan penuh hikmah dan bersifat ilmiah walaupun soalan itu telah ditanya berulang kali 1
  2. 2. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH oleh pelajar yang lain. d) Selain itu, guru pendidikan islam perlu memberi perhatian kepada pelajar dengan berusaha mengingati nama-nama pelajar dan memanggil nama pelajar dengan penuh hikmah. e) Apabila pelajar dapat menjawab soalan dan dapat melontarkan pandangan juga idea, guru perlu menunjukkan minat dan kesungguhan serta mengucapkan ucapan terima kasih. Pernyataan Masalah Kajian Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan satu usaha membangunkan generasi muda sekarang supaya menjadi rakyat yang berkualiti dan bermutu tinggi yang akan menjadi aset kepada negara di masa hadapan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima (Ross dan Wu, 1996). Tugas yang amat berat ini dipikul oleh golongan pendidik bagi mencorakkan bakal pemimpin negara di masa akan datang. Selain meyampaikan ilmu, segala tingkah laku serta tutur kata guru akan dicontohi oleh murid. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Berdasarkan rekod kementerian, pada tahun 2010, menunjukkan seramai 111,484 murid terbabit dalam pelbagai masalah disiplin, dan untuk kes ponteng sekolah adalah sebanyak 19,545 kes. Adakah golongan pendidik atau guru di Malaysia ini sudah bersedia fizikal dan mental bagi membimbing anak bangsa? Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iatu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilainilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Becker, 2003). Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Tujuannya adalah untuk membantu murid melalui daya usahanya mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak 2
  3. 3. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH masyarakat. Di samping mampu menolong murid memahami diri dan dunia mereka yang berasal dari pelbagai latar belakang, yang mempunyai bermacam kebolehan. Pendekatan setiap individu adalah berlainan bagi memastikan perjalanan sistem pendidikan berjalan lancar. Oleh itu, seorang guru wajarlah mempunyai kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik yang boleh diteladani oleh anak didiknya. Peranan guru sebagai pembimbing yang berkesan haruslah diambil berat oleh setiap warga pendidik di Malaysia. Pendekatan setiap individu adalah berlainan bagi memastikan perjalanan sistem pendidikan berjalan lancar. Oleh itu, seorang guru wajarlah mempunyai kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik yang boleh diteladani oleh anak didiknya. Peranan guru sebagai pembimbing yang berkesan haruslah diambil berat oleh setiap warga pendidik di Malaysia. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut : 1. Mengetahui tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di sekolah. 2. Mengetahui bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah. 3. Mengetahui ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah. Soalan Kajian 1. Sejauhmana tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di sekolah ? 2. Apakah bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah ? 3. Apakah ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah? Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan kerana pengkaji merasakan peranan guru pendidikan islam khususnya bukan sahaja sebagai pendidik bahkan lebih daripada itu. Guru pendidikan islam juga berperanan sebagai pembimbing di sekolah terutamanya pembimbing kepada pelajar. Hasil 3
  4. 4. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH dapatan kajian diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar, golongan pendidik, pihak pengurusan, ibu bapa dan masyarakat. Kepentingan kepada pelajar Kajian ini diharap dapat membuka minda pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah agar memahami peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah. Mereka boleh merujuk kepada guru pendidikan islam apabila terdapat persoalan agama, akademik, masalah kekeluargaan dan lain-lain. Pelajar memebri kepercayaan kepada guru pendidikan islam untuk membantu menyelesaikan masalah mereka hadapi. Lantaran itu, secara tidak langsung hubungan guru pendidikan islam dengan pelajar dapat dieratkan. Kepentingan kepada golongan pendidik Pengkaji berharap hasil dapatan dari kajian ini dapat membantu golongan pendidik khususnya kepada guru Pendidikan Islam agar menjadikan dirinya lebih bersedia untuk menjadi pembimbing kepada pelajar malah pembimbing kepada rakan sekerja. Di harapkan juga guru pendidikan islam dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada pelajar dan menjadi role model kepada pelajar dalam meneruskan kehidupan seharian Selain itu, di harapkan juga melalui kajian ini dapat mendorong pendidik sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan, sentiasa bermuhasabah diri dengan menyedari setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan, serta berusaha menimba ilmu pengetahuan dengan memperbanyakkan aktiviti membaca, menelaah, menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, bijak menguruskan masa, emosi dan tekanan kerja. Kajian ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada guru pendidikan islam dalam membina keyakinan diri dengan mempercayai kebolehan dan kelebihan diri. Guru perlu sentiasa berfikiran positif, memberi perhatian kepada pelajar, menghormati pandangan atau idea yang diberikan oleh pelajar dan memberikan bimbingan dan bantuan kepada pelajar yang memerlukan. Kepentingan kepada pihak pengurusan Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan sekolah dalam 4
  5. 5. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH menyedari tugas dan peranan seorang guru khususnya guru pendidikan islam sebagai seorang pembimbing adalah sangat berat dalam merealisasikan pembentukan akhlak mulia dalam kalangan pelajar sekolah serta dalam membina dan menjaga hubungan sesama guru serta kakitangan sekolah. Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu memberi idea bernas kepada pihak pengurusan sekolah agar dapat meneydiakan kelas bimbingan bagi pelajar yang bermasalah akhlak, akidah, ibadah atau lain-lain hal berkaitan agama islam. Ia dapat memudahkan guru pendidikan islam menjalankan peranan mereka sebagai pembimbing. Kepentingan kepada ibu bapa Pengkaji berharap hasil dapatan kajian ini dapat membuka minda dan mengubah persepsi negatif ibu bapa terhadap para guru khususnya guru pendidikan islam yang segelintir ibu bapa menyalahkan guru apabila anak-anak mereka gagal mendapatkan keputusan yang baik atau anak-anak mereka terjebak ke dalam gejala sosial. Ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan kepada guru pendidikan islam agar mereka dapat memberi bimbingan dan dorongan kepada pembentukan akhlak mulia dan pemantapan akidah para pelajar ke arah jalan hidup yang diredhai Allah serta mendapat kejayaan dalam bidang akademik. Ibu bapa adalah disaran agar dapat bekerjasama dengan para guru dalam merealisasikan para pelajar yang mantap pembentukan sahsiahnya. Kepentingan kepada masyarakat Pengkaji juga berharap hasil dapatan kajian ini dapat membantu mengubah cara berfikir masyarakat terhadap tugas dan peranan guru yang semakin mencabar di era perkembangan teknonolgi komunikasi dan era globalisasi ini. Masyarakat perlu memahami peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik disamping akidah dan pegangan agama yang kuat. Masyarakat seharusnya menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah. Tidak seharusnya masyarakat bertindak menuding jari kepada guru pendidikan islam apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap golongan pelajar. Kepekaan masyarakat terhadap peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing dapat membantu memudahkan guru menjalankan 5
  6. 6. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH tanggungjawab mereka. Limitasi Kajian a) Batasan tajuk Kajian ini membincangkan kepada peranan guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah. Peranan guru sebagai pembimbing sangat luas dan pengkaji telah memfokuskan kepada tiga aspek sahaja untuk kajian ini iaitu pembimbing ke arah pembentukan sahsiah murid, pembimbing ke arah pembentukan emosi yang stabil dan pembimbing ke arah cintakan agama. Aspek-aspek bimbingan yang lainnya tidak diambil kira. b) Batasan lokasi kajian Kajian ini hanya melibatkan sekolah-sekolah rendah yang berada dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Klang sahaja. Kajian ini juga hanya melibatkan empat buah sekolah sahaja. Empat sekolah yang dipilih itu adalah bagi mewakili kawasan luar bandar dan bandar dalam daerah Klang. Maka dapatan kajian ini boleh digeneralisasikan untuk mendapat gambaran sebenar populasi di daerah Klang. Manakala sekolah-sekolah rendah yang dimaksudkan juga hanya melibatkan sekolah kebangsaan dan tidak termasuk dalam kajian ini mana-mana sekolah jenis kebangsaan sama ada sekolah jenis kebangsaan cina atau tamil. Definisi Operasional Peranan. Peranan merujuk kepada pelaku kepada sesuatu situasi atau tugas (Kamus Dewan, 1996). Abdul Rauf Dalip (1985), menyenaraikan empat peranan guru agama seperti berikut : a) Menyedari bahawa mereka sebagai ikutan dan teladan kepada pelajar dalam segala hal. b) Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah dalam hati para pelajar. c) Mendedahkan kepada pelajar kepada pelbagai bentuk ibadat yang wajib dikerjakan 6
  7. 7. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH dan cara melakukannya. d) Menimbulkan semangat dan minat pelajar untuk mempraktikkan ajaran agama. Guru Pendidikan Islam. Guru membawa maksud orang yang mengajar, mendidik dan membimbing (Kamus Dewan, 1996). Guru pendidkan Islam dalam kajian ini membawa maksud guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Abdul Halim el-Muhammadi (1991), menyatakan guru Pendidikan Islam perlulah mempunyai sifat-sifat berikut : a) Zuhud (mencari ilmu kerana mencari keredhaan Allah). b) Bersih jiwa. c) Menjaga kehebatan dan kehormatan diri. d) Memahami tabiat murid. e) Mengasihi dan memahami murid sebagai seorang ibu / bapa. Faktor peribadi guru, keilmuan dan kemahirannya menarik minat murid amat penting untuk merealisasikan matlamat pendidikan dalam membentuk generasi baru yang berwibawa. Abdullah Kipli (1994) menyenaraikan antara kriteria yang harus dimiliki oleh seorang guru yang baik adalah : a) Bersemangat dan berkeyakinan Ia melibatkan gerak geri yang menarik perhatian murid kepada sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada semua muridnya sama ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran formal atau tidak formal melibatkan tingkah laku, emosi dan sebagainya. b) Bersifat cemerlang Guru perlu sentiasa cemerlang dalam semua aspek supaya ia dapat menjadi contoh ikutan kepada semua murid. Guru perlulah cemerlang dalam ilmu pengetahuan, kemahiran teknologi, pengajaran, penampilan keagamaan. 7 diri, akhlak, pertuturan dan
  8. 8. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH c) Berkeupayaan memimpin/membimbing Kepimpinan ialah sifat yang dinamis dalam diri seorang individu yang sentiasa mahukan perubahan dan kemajuan. Kepimpinan amat penting kepada para guru. Seorang guru perlu menunjukkan kebolehan dan kemampuannya sebagai pemimpin dan pembimbing untuk mengawal sesuatu situasi. Ini termasuklah kebolehan untuk membimbing murid dengan penuh sabar dan tabah. d) Peka Guru juga perlu sentiasa peka terhadap semua murid. Guru yang peka ialah guru yang memahami dan menghayati keseluruhan proses pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Pembimbing Pembimbing merupakan orang yang membimbing atau memimpin (Kamus Dewan, 1996). Pembimbing dirujuk sebagai pelaksana kepada proses membantu seseorang individu membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Rumusan Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan beberapa perkara yang memberi pengenalan awal bagi tajuk yang dikaji iaitu mengetahui peranan Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah. Jika dilihat, tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Guru Pendidikan Islam adalah sama dengan guru-guru lain termasuklah guru bimbingan dan kaunseling iaitu bertujuan untuk memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada murid-murid. Pengkaji menjalankan kajian ini berlandaskan tiga objektif utama iaitu mengetahui adakah Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing, mengetahui bentuk-bentuk bimbingan dan juga ciri-ciri mereka sebagai pembimbing di sekolah. Ketiga-tiga objektif ini dirasakan paling bersesuaian untuk dikaji bagi mengetahui peranan Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah. 8
  9. 9. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Kesimpulannya, hasil daripada bab 1 ini adalah pengkaji ingin mengupas peranan yang dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah sama ada mereka bertindak sebagai pembimbing atau tidak sepanjang menjalankan tanggungjawab mendidik dan mengajar murid-murid di sekolah. 9
  10. 10. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH BAB 2 TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera (Preston dan Elo, 1996). Tunjang kepada pendidikan berkualiti adalah guru yang berkualiti yang mampu membimbing anak didiknya berjaya. Personaliti guru yang peramah dan mudah mesra akan menzahirkan pandangan pertama yang baik sebagai seorang pembimbing yang berkesan. Manakala anak didiknya pula mempunyai seribu macam ragam yang perlu difahami. Bimbingan yang berterusan boleh mendatangkan hasil yang diidamkan. Bentuk bimbingan yang perlu diterapkan perlulah bersesuaian dengan murid itu sendiri. Setiap murid memerlukan pendekatan berbeza yang harus difikirkan oleh para pembimbing yang bijak. Seorang pembimbing atau guru itu sendiri perlu memastikan muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya murid tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru, guru haruslah berperanan sebagai pembimbing kepada murid dalam pembelajaran mereka dan masalah kehidupan harian yang dihadapi. Pendidikan Islam di Malaysia Pendidikan islam di malaysia dapat dijelaskan kepada beberapa aspek iaitu definisi pendidikan islam, matlamat pendidikan islam dan bidang pendidikan islam. Definisi Pendidikan Islam. Pendidikan Islam mengikut takrifan Abdul Halim El- Muhammady (1993) adalah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, 10
  11. 11. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH al-quran dan as-sunnah, pengalaman salaf al-salih serta ilmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh serta mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah seperti mana yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah supaya manusia mengimarahkan alam ini demi kebahagiaan hidupnya di dunia mahupun di akhirat. Pandangan Abd Halim Mat Diah 1989 pula menyatakan pendidikan islam adalah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk membentuk manusia muslim berdasarkan ajaran agama Islam. Pendidikan Islam juga adalah bertujuan untuk mendidik murid agar berakhlak mulia, mendidik roh (jiwa) manusia supaya sempurna, mengasuh murid dan membiasakan murid dengan adab-adab yang mulia, menjaga kebersihan, kesucian, keihklasan serta mengamalkan amalan mulia. Matlamat Pendidikan Islam. Pendidikan Islam mempunyai dua matlamat utama, pertamanya adalah untuk membentuk serta memperkembangkan insan agar dapat menjadi muslim yang mempunyai ilmu, beriman, beramal soleh serta berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa. Matlamat yang kedua pula adalah melahirkan insan yang taat kepada Allah, hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredhaan dan kesejahteraan di akhirat. Bidang Pendidikan Islam Pendidikan Islam terbahagi kepada beberapa bidang yang meliputi aspek serta memenuhi segala keperluan hidup manusia. Bahagian tersebut adalah pendidikan al-Quran, pendidikan akidah, pendidikan fekah, pendidikan sirah, pendidikan tasawwur islam dan pendidikan akhlak. Pendidikan al-Quran menerapkan kemahiran serta nilai membaca ayat al-Quran dengan betul dan fasih. Selain itu, mempelajari memahami terjemahan al-quran serta dapat mengambil pengajaran atau iktibar dari peristiwa-peristiwa yang telah diceritakan di dalam al-Quran. Pendidikan akidah pula menanamkan mengenai perkara iman, islam dan ihsan serta 11
  12. 12. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH menghubungkaitkannya dengan realiti keperluan hidup manusia yang memerlukan asas akidah yang mantap, agar manusia muslim dapat mengharungi cabaran sekularisme yang semakin meluas. Pendidikan fekah pula menyentuh kepada persoalan ibadat iaitu ibadat khusus serta ibadat umum yang menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk menunaikannya. Lebih mudah lagi dikategorikan kepada ibadah fardhu ain dan ibadah fardhu kifayah. Pendidikan tasawwur islam pula menjelaskan tentang konsep agama islam itu sendiri, keistimewaan agama islam, islam sebagai cara hidup individu muslim (ad-din), seta dasar-dasar asas cara hidup muslim. Pendidikan akhlak pula menerangkan perkara berkaitan konsep akhlak seperti pengertian akhlak, akhalk kepada agama, kepentingan akhlak, unsur-unsur akhlak islam serta matlamat pengaplikasian akhlak dalam kehidupan. Sejarah Pendidikan Islam di Malaysia. Sebelum kemerdekaan. Sejarah awal pendidikan islam di Malaysia yang dahulunya dikenali dengan Tanah Melayu bermula semenjak terdirinya kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 masihi. Pada ketika ini tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru agama yang merupakan golongan pedagang, pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera yang berketurunan sayid dan syeikh. Mereka ini ada yang berasal dari Mesir, China, India, Jawa dan Parsi. Ilmu yang dipelajari adalah berkaitan ilmu fiqh dan ilmu pengajaran al-Quran. Penyebaran agama islam ke Tanah Melayu mendorong kepada perkembangan pendidikan islam, ianya bermula dari istana, para sultan atau raja belajar dengan syeikhsyeikh seterusnya berkembang kepada golongan pembesar-pembesar istana dan seterusnya kepada orang awam. Pada zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah tidak teratur dan tidak bersifat kebangsaan. Terdapat pelbagai jenis sistem persekolahan antaranya sekolah Inggeris yang menggunakan pendekatan sistem gramar di England. Corak persekolahan pada zaman penjajahan tidak ada integrasi malah saling berpecah 12
  13. 13. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH belah antara pendidikan missionary dengan sekolah agama termasuklah sekolah pondok. Lebih dari itu wujud pula sistem persekolahan bangsa iaitu cina dan tamil. British telah menggunakan dasar “pecah dan perintah” dan telah berjaya mengasingkan proses pendidikan mengikut kaum. Penjajahan dari Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun telah member kesan kepada corak pendidikan islam di Tanah Melayu. Penang Free School telah ditubuhkan pada 1816, Raffle Institution pada 1823, Malaka Free School 1878 telah memberi kesan dan persaingan kepada perkembangan institusi pendidikan islam di Tanah Melayu. Pihak penjajajah juga telah memperkembangkan sistem pendidikan aliran mereka dengan memberikan bantuan seperti menyediakan infrastruktur, pentadbiran dan bantuan buku-buku. Pada ketika itu, perkembangan dan bantuan kepada sekolah agama diserahkan kepada rakyat. Malah, lulusan dari sekolah agama tidak akan diiktiraf oleh penjajah. Selepas kemerdekaan. Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, sistem persekolahan di Tanah Melayu di bina semula agar sistem lebih tersusun. Revolusi pendidikan berlaku dengan terbentuknya satu pendidikan kebangsaan. Berdasarkan sistem ini semua pelajar tanpa mengira kaum, akan mempelajari dan akan menggunakan kurikulum serta bahasa yang sama. Sistem pendidikan kebangsaan ini bertujuan untuk membentuk rakyat yang setia dan bersatu padu. Kesan dari sistem pendidikan kebangsaan ini telah mendorong kepada terbentuknya pelbagai laporan, penyata, ordinan, akta serta jawatankuasa pelajaran untuk melahirkan rakyat yang setia dan bersatu padu. Sistem pendidikan di Tanah Melayu boleh dilihat berdasarkan kronologi pada era di pendidikan Malaysia pada zaman selepas kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 1988. Antaranya ialah Jawatankuasa Barnes dan Fenn Wu, Penyata Razak pada tahun 1956, di susuli dengan Ordinan Pelajaran pada tahun 1957, Penyata Rahman Talib pada tahun 1960, Akta pelajaran pada tahun 1961, penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1980 dan dilaksanakan pada tahun 1982 dan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Laporan Penyata Razak pada tahun 1956 adalah merupakan asas kepada sistem 13
  14. 14. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH dan dasar pendidikan yang telah mencadangkan agar sistem pendidikan di Tanah Melayu haruslah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ia bertujuan untuk mewujudkan penyatuan pendidikan di Tanah Melayu. Berdasarkan Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957 dan Penyata Rahman Talib 1960 telah meletakkan pendidikan islam ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Seterusnya di dalam Akta Pelajaran 1961 telah menjadikan pendidikan islam sebagai mata pelajaran yang dimasukkan ke dalam jadual waktu serta diperuntukkan masa belajar sebanyalk 120 minit seminggu. Pada penghujung tahun 1970 an dan awal tahun 1980 an telah tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) pada tahun 1979, manakala pada tahun yang sama juga telah tertubuhnya Fakulti Pengajian Islam di UKM dan Maktab Perguruan Islam telah ditubuhkan pada tahun 1975. Guru Pendidikan Islam di Malaysia Pada masa kini para guru khususnya guru Pendidikan Islam menghadapi cabaran yang hebat kesan daripada kepesatan dan pembangunan negara serta perkembangan era globalisasi. Hal ini telah memberi impak kepada sistem pendidikan khususnya mata pelajaran pendidikan islam. Tugas sebagai seorang pendidik yang mencorak generasi muda yang akan menerajui masa depan negara semakin mencabar. Cabaran inilah yang akan mementukan kematangan dan kebijaksanaan para guru khususnya guru pendidikan islam dalam menyampaikan ilmu dengan teknik dan kaedah yang sesuai dengan perkembangan zaman. Guru-guru pendidikan islam mestilah mempunyai beberapa ciri dalam meningkatkan kemahiran serta menjadikan guru sebagai pendidik yang cemerlang. Ciri utama ialah seorang guru hendaklah mempunyai pegangan agama yang kuat. Mohammad Shatar (2006) pendidik yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa memastikan setiap tugasnya serta segala tanggungjawabnya yang diamanahkan keatasnya dilakukan dengan penuh komitmen dan tanpa ada perasaan menyesal, mengeluh dan membebankan. Selain itu, guru pendidikan islam perlu bersikap pemurah dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Perkongsian ilmu diantara guru dan pelajar dapat meningkatkan 14
  15. 15. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH kemahiran berfikir pelajar serta menambah ilmu pengetahuan sedia ada pelajar. Guru juga berperanan untuk merangsang daya pemikiran pelajar agar pelajar dapat mengeluarkan idea serta mengubah gaya berfikir pelajar melalui pendekatan pemikiran di luar kotak. Guru pendidikan islam haruslah menjaga penampilan dirinya seperti sentiasa berpakaian kemas, sentiasa menjaga kebersihan diri, sentiasa melemparkan senyuman kepada pelajar, mencerminkan sahsiah yang baik serta menjadi contoh tauladan kepada pelajar. Dengan menjaga penampilan diri bukan sahaja memberi keselesaan kepada guru sendiri bahkan ia boleh menjadi galakkan dan dorongan kepada pelajar disamping menarik minat pelajar ketika berada di dalam kelas. Guru pendidikan islam perlu menghargai masa serta menepati masa yang telah diperuntukkan kepadanya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara formal atau tidak formal. Mereka perlu bijak didalam menguruskan masa yang amat mengharga dengan merancang dan mengatur masa dengan bijak mengikut keutamaan dan kepentingan. Mohammad Shatar (2006) antara tips yang boleh diaplikasikan oleh pendidik dalam menguruskan masa ialah : a) Mendisiplinkan pelajar tentang kepentingan menjaga, menghargai dan menepati masa. b) Tiba lebih awal dari masa yang telah dijadualkan. c) Membuat jadual kerja yang lebih efektif. d) Menggunakan masa dengan baik. e) Jangan bersikap bertangguh kerja. f) Menyusun perkara mengikut keutamaan. Guru pendidikan islam perlu lebih kreatif dalam usaha mempelbagaikan teknik penyampaian dan proses perpindahan maklumat supaya pelajar lebih bersedia menerima sesuatu maklumat. Lantaran itu, para guru umumnya perlu bijak merancang pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh pihak berwajib agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamat dan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Selain itu, guru pendidikan islam juga berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar. Mereka perlu sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada pelajarpelajar yang memerlukan khidmat atau bantuan darinya serta sentiasa berasa simpati dan 15
  16. 16. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH belas kasihan kepada pelajar yang memerlukan dan pelajar yang kurang bernasib baik. Penguasaan guru pendidikan islam terhadap ilmu yang berkaitan psikologi, personaliti, motivasi, komunikasi dapat membantu guru pendidikan islam menjalankan peranannya sebagai pembimbing di sekolah. Guru pendidikan islam juga berperanan sebagai pembimbing di dalam pembentukan akhlak dan sahsiah diri pelajar. Oleh itu, guru hendaklah memastikan dirinya memahami dan dapat menguasai teknik asas kaunseling dan sentiasa bersabar dengan karenah pelajar. Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya konflik diantara sesama guru antaranya ialah komunikasi, penampilan diri dan emosi. Zanariah (2009) dapatan kajiannya menunjukkan dengan min 3.03 bahawa faktor komunikasi merupakan salah satu dari penyebab berlakunya konflik diantara guru-guru pendidikan islam. Peranan Guru Menurut Perspektif Islam Dalam konteks pendidikan, istilah guru juga dikenali sebagai istilah pendidik. Pendidik bertugas sebagaimana tugas yang dilaksanakan oleh guru. Guru sebagai model teladan bagi anak didiknya di sekolah sehingga mereka menjadikan guru sebagai cerminan yang harus ditiru dan dicontohi segala sikap dan perilakunya. Sedangkan pendidik adalah orang dewasa yang bertanggung jawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didiknya dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah, khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan sebagai individu yang sanggup berdiri sendiri (Nur Ubiyati, 1997). Justeru, pendidik merupakan stilah lain yang digunakan untuk mengambarkan makna guru. Dalam konteks pendidikan Islam, banyak istilah yang digunakan untuk menunjukkan makna guru. Terdapat enam istilah dalam Islam yang mempunyai makna yang sama dengan guru. Muhaimin (2003) menyatakan enam istilah tersebut adalah : 1. Ustadz Ustadz adalah kata pinjaman daripada bahasa Arab yang mempunyai maksud di dalam bahasa Melayu sebagai tuan atau guru agama ( lelaki ). Dalam masyarakat Melayu, ustadz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya. 2. Mu’allim 16
  17. 17. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Mu’allim menurut bahasa berasal dari allama yang mempunyai makna ja’alahu ya’lamuha ( Louis Ma’luf, 1986 ). Istilah ini berasal dari allama merupakan fi’il mazid dari alima yang bermakna arafahu au tayaqqona ( mengetahui dan meyakininya ). Maka mu’allim bererti orang yang mengajarkan. Muallim juga dikenali sebagai ahli agama, atau guru agama, juga diertikan sebagai penunjuk jalan. Dua makna tersebut apabila digabungkan mengandungi makna bahwa mu’allim adalah seorang ahli agama, guru agama yang berfungsi menunjukkan jalan kehidupan duniawi ini. 3. Murabbi Murabbi berasal daripada kalimah raba’ nasya’a yang bermaksud tumbuh atau berkembang ( Louis Ma’luf, 1986 ). Istilah ini berasal dari rabbai merupakan fi’il mazid dari raba yang bererti tumbuh, berkembang. Maka murabbi bermaksud orang yang menumbuhkan atau mengembangkan. 4. Mursyid Mursyid juga merupakan salah satu istilah yang digunakan untuk menggelarkan guru dalam pendidikan Islam. Istilah ini lebih banyak digunakan dalam dunia thariqat. Mursyid merupakan isim fa’il dari arsyada yang mempunyai makna memberi petunjuk ( Louis Ma’luf, 1986 ). Arsyada merupakan fi’il mazid dari rasyada dengan tambahan hamzah di depan yang bererti memberi petunjuk, nasihat. Maka mursyid adalah orang yang memberikan petunjuk atau nasihat. 5. Mudarris Mudarris berasal dari kata darasa. Bermaksud pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid. 6. Mu’addib. Mu’addib berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi 17
  18. 18. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang. Guru dalam konteks pendidikan Islam sebenarnya adalah seseorang yang bertanggunggjawab terhadap perkembangan anak didiknya, sebagaimana pendidikan pada umumnya. Dalam Islam orang yang paling bertanggungjawab terhadap perkembangan anak didiknya adalah orang tua iaitu ibu dan bapa. Nabi Muhammad saw pernah bersabda dalam haditnya tentang pentingnya pendidikan terhadap anak sebagaimana berikut : Mafhumnya: “ Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi atau nasroni atau majusi ” (al Hadis). Terdapat tiga peranan penting guru yang profesional menurut perspektif Islam yang tidak dapat diabaikan. Pertama, sebagai pendidik, secara implisit guru telah mengorbankan dirinya menerima dan memikul sebahagian tanggungjawab pendidikan yang dipikul oleh orang tua. Dengan penuh kepercayaan, orang tua menyerahkan anaknya kepada guru untuk menjalani proses pendidikan. Oleh karena itu tentunya seorang guru memiliki syaratsyarat tertentu yang melayakkannya menjadi seorang pendidik. Guru yang layak sebagai pendidik mestilah bertaqwa, berilmu, dan berakhlak mulia. Di samping itu, tentunya dapat menjadi suri teladan (model) dan pembimbing yang sabar dalam menghadapi karenah anak murid sepanjang proses pembelajaan. Kedua, guru sebagai psikolog. Dalam pendidikan Islam, aspek rohani tidak dapat diabaikan. Oleh itu, hubungan guru dengan anak murid tidak sekadar hubungan antara pengajar dengan yang diajar, tetapi menjalinkan hubungan kasih sayang, sehingga terjalinnya jambatan hati antara guru dengan murid. Ketiga, sebagai da’i. Dalam dunia pendidikan moden telah banyak melahirkan murid yang cerdas inteklektual tetapi tidak memiliki kecerdasan spritual. Padahal, untuk mewujudkan pendidikan yang berkualiti, perlu ada kecerdasan spiritual, emosional, dan sosial. Ada murid yang pintar dalam ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi gagal dalam spiritual, emosional dan sosial. Oleh itu, peranan guru sebagai da’i dapat menumbuhkan kekuatan dalaman pada diri murid secara terus menerus sesuai dengan perkembangan kognitifnya. 18
  19. 19. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Konsep pembimbing di sekolah Terdapat beberapa pandangan berkaitan istilah bimbingan. Menurut Year Book of Education (1955) menyatakan bahawa “guidance is a process of helping individual through their own ffort to discover d develop their potentialisties both for personal happiness and social usefulness. Definisi yang diungkapkan oleh Miller dalam Jones ( 1987 ) pula mengatakan bahawa bimbingan adalah proses bantuan terhadap individu untuk mencapai pemahan diri dan pengarahan diri yang diperlukankan untuk melakukan penyesuaian diri secara maksimum kepada sekolah, keluarga, serta masyarakat. Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa sebenarnya bimbingan itu adalah : a) Bantuan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukannya. Perkataan membantu bererti dalam bimbingan tidak ada paksaan, tetapi lebih menekankan kepada pemberian peranan individu kearah tujuan yang sesuai dengan potensinya. Jadi dalam hal ini, pembimbing sama sekali tidak berhak menentukan pilihan atau keputusan dari orang yang dibimbingnya. Yang menentukan pilihan atau keputusan adalah individu itu sendiri. b) Bantuan ( bimbingan ) tersebut diberikan kepada setiap orang, namun keutamaan diberikan kepada individu-individu yang memerlukan atau benar-benar harus dibantu. Pada hakikatnya bantuan itu adalah untuk semua orang. c) Bimbingan atau bantuan diberikan agar individu dapat mengembangkan dirinya semaksima mungkin. Bimbingan diberikan agar individu dapat lebih mengenal dirinya sendiri ( kekuatan dan kelemahannya ), menerima keadaan dirinya dan dapat mengarahkan dirinya sesuai dengan kemampuannya. d) Bimbingan diberikan agar individu dapat menyesuaikan diri secara harmonis dengan lingkungannya, baik lingkungan keluarga, sekolah dan masyarakat. Ciri-ciri pembimbing yang berkesan Menurut Holland (1997), personaliti dapat mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Terdapat enam jenis personaliti, iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konvensional. Antara keenam-enam jenis personaliti tersebut, terdapat dua jenis personaliti yang paling berkait rapat dengan guru sebagai pembimbing. Yang pertama adalah sosial. Pembimbing yang berkesan perlu mempunyai minat mendalam bagi mendorong murid dan membantu dalam bentuk kebajikan. Sifat-sifat ini ditonjolkan melalui kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid dan mereka yang terlibat disekitarnya. Manakala sifat yang 19
  20. 20. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH kedua adalah artistik, yang mana memerlukan daya kereativiti yang tinggi terutama dalam memahami masalah murid yang kompleks. Ciri-ciri kreatif ini perlu dalam mengaplikasi kemahiran mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat beberapa lagi ciri-ciri yang perlu ada sebagai pembimbing. 1. Komunikasi Kemahiran berkomunikasi ini terbahagi kepada dua iaitu komunikasi lisan dan bukan lisan. Komunikasi lisan adalah dengan menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh orang yang dibimbing. Maklumat yang disampaikan perlulah jelas dan tepat. Manakala komunikasi bukan lisan memerlukan penggunaan kontak mata yang sesuai serta menggambarkan perhatian terhadap orang yang dibimbing. Gerak geri badan harus menunjukkan bahawa anda ikhlas dalam memberikan pertolongan. 2. Kemahiran mendengar Seseorang pembimbing perlu menunjukkan kesungguhan dalam memahami perasaan, pandangan atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh orang yang dibimbing sama ada secara lisan atau bukan lisan. Murid yang meluahkan perasaannya akan rasa dihargai apabila guru mendengarnya dengan penuh minat. 3. Kebolehan menyimpan rahsia Kerahsiaan merupakan aspek yang amat penting dan memerlukan perhatian yang serius. Kepercayaan yang diberikan oleh orang lain tidak seharusnya disia-siakan. Guru haruslah amanah dalam menyimpan rahsia-rahsia peribadi murid yang telah diketahuinya. 4. Empati Empati bermaksud seseorang itu benar benar memahami situasi yang dialami oleh orang yang dibimbing seolah-olah dia sendiri yang mengalami perkara tersebut. Ia juga bermaksud seseorang itu cuba meletakkan dirinya pada permasalahan yang dihadapi oleh orang yang dibimbing. 5. Berfikiran terbuka Berfikiran terbuka bererti dapat menerima orang lain tanpa sebarang syarat walaupun perkara yang akan diperkatakan adalah diluar jangkaan. 20
  21. 21. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH 6. Yakin dan bersedia Sifat yakin menyebabkan orang lain akan lebih menghormati diri kita. Sentiasa bersedia untuk memberikan pertolongan terhadap orang lain tanpa mengira bangsa dan agama. 7. Ikhlas dan jujur Sebagai seorang pembimbing kita hendaklah sentiasa ikhlas dalam memberi bimbingan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sentiasa jujur dalam memberikan pertolongan tanpa ada niat lain disebalik pertolongan yang diberikan. 8. Non-judgemental Tidak mudah membuat tanggapan terhadap seseorang terutama pada pertemuan yang pertama. Contohnya, murid yang miskin janganlah dinilai lemah fikirannya. Mungkin dengan bimbingan dari guru dia juga berpotensi untuk menyerlah. 9. Humor Sifat semula jadi pembimbing yang sentiasa mesra dan boleh menimbulkan suasana ceria dapat membantu meningkatkan hubungan yang berkualiti. 10. Bertanggungjawab Memberikan bimbingan dan pertolongan kepada orang lain adalah satu amanah yang harus dipikul dengan penuh kesungguhan dan rasa tanggugjawab. Kaedah bimbingan Crow dan crow (1983), menyatakan bimbingan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan oleh murid untuk membantunya menyelesaikan masalah. Shertzer dan Stine (1971,) menjelaskan bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Prosesnya pula bukan sahaja menjadi tanggungjawab guru, malah ibu bapa turut berperanan dalam membimbing anak mereka. Perkara pertama yang perlu dalam melaksana proses bimbingan ini adalah melakukan kajian terhadap perbezaan individu. Melalui perbezaan individu inilah guru boleh memahami perlakuan murid, minat mereka serta mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dengan menggunakan cara penyelesaian yang sesuai. Ramalah jantan dan Mahami Razali (2002) telah membahagi aspek –aspek perbezaan individu kepada sebelas aspek, iaitu fizikal. Emosi, kecerdasan, sosial, budaya, personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain. 21
  22. 22. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Maka, sebagai guru kita perlulah memberi perhatian kepada perbezaan-perbezaan di atas yang akan mempengaruhi corak bimbingan kita terhadap murid yang akan dikendalikan. Menurut Abraham Maslow (1970), seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder. Beliau menyusun keperluan manusia dalam lima peringkat di dalam hierarki di bawah. Rajah 2.1 : Teori Keperluan Maslow Keperluan asas, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri murid hendaklah dipenuhi sebelum pergi ke kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Sebagai guru pembimbing yang bijak kita seharusnya medekati dan menyelami murid kita berdasarkan hierarki seperti yang telah disebutkan barulah murid terasa disayangi dan mampu dipupuk nilai yang baik ke dalam diri mereka. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Murid yang liar perlu dijinakkan dahulu, agar senang dia menerima teguran dan nasihat daripada guru. Kaedah seterusnya adalah melalui komunikasi dan hubungan intrapersonal. Hubungan interpersonal bermaksud hubungan antara perseorangan. Di dalam proses interaksi sosial, hubungan interpersonal biasanya dijalin melalui komunikasi. Tujuan utama komunikasi antara orang ialah menyampai khabar, berita pendapat kepada pendengar. Oleh itu, sebagai guru perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu bertutur dengan jelas, tepat serta menunjukkan simpati kepada keadaan yang memerlukan. 22
  23. 23. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Komunikasi secara lisan iaitu melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu kepada seorang individu atau berkumpulan. Manakala komunikasi secara bukan lisan ialah melalui penyampaian mesej melalui gerak isyarat seperti gerak kepala, mendiamkan diri, mengangguk kepala, menggeleng kepala dan lain-lain. Sebagai contohnya; mengangguk kepala boleh diertikan sebagai tanda persetujuan dan menggeleng kepala boleh diertikan sebagai tidak mahu menerima. Kemahiran penyelesaian masalah murid amat penting untuk seorang guru. Dengan penguasaan kemahiran ini guru akan dapat mengenal pasti punca masalah setelah murid meluahkan atau menceritakan sesuatu. Kemudian, guru akan membantu murid mencari alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Jadi dari situ, kita dapat nampak kemahiran komunikasi amat penting untuk seorang guru. Teori yang boleh diguna pakai juga adalah teori kecerdasan emosi. Teori ini amat penting untuk guru membantu murid menyelesaikan masalah mereka. Emosi seseorang akan berlaku dalam 3 faktor iaitu situasi persekitaran, keadaan fisiologikan dan proses kognitif. Menurut S. Schacter&J. Singer ( 1962 )emosi dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu: a) Sitimuli – timbul perubahan kognitif dan fisiologikal seseorang individu b) Pentafsiran individu – perubahan perasaan diri Melalui pemahaman teori ini maka sebagai guru bimbingan atau guru kaunselling ia dapat membantu dalam aspek memahami emosi murid-murid, kebolehan mengurus emosi, kebolehan memotivasi, mengurus perhubungan dan lain-lain. Kesemua ini amat berguna untuk seorang guru. Dalam pengalaman harian terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi seperti, peperiksaan,pencapaian, keluaraga yang porak keranda dan lain-lain maka kesemu cabaran dan tekanan ini akan menyebabkan seseorang berasa kekecewaan, konflik, tekanan, kesedihan dan lain-lain. Jadi sebagai seorang guru, untuk membantu murid dalam mengurus emosi diri dia harus berbuat demikian iaitu;  Mengelolakan aktiviti kumpulan  Menggunakan percakapan yg sesuai  Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik  sikap penyayang 23
  24. 24. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH  galakan & motivasi pembelajaran Peranan guru sebagai pembimbing Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya murid tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada murid, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan peranan guru sebagai pembimbing dalam aspek berikut : a) Pembimbing ke arah pembentukan sahsiah murid Menurut Dr. Halim el-Muhammady (1993), guru adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan. Sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai sekiranya ejen yang menyampaikannya tidak berkesan. Dalam dunia pendidikan kini, guru lebih dilihat sebagai pemudahcara atau fasilitator yang fungsi utamanya bagi menyalurkan maklumat dan kemahiran kepada pelajar. Kejayaan seseorang guru itu lebih diukur berdasarkan pencapaian muridnya dalam bidang akademik. Penekanan ini tidaklah salah sama sekali, tetapi tentulah agak kurang tepat terutamanya dalam konteks pendidikan sebagai satu proses membina manusia ke arah insan yang sempurna. Jika fungsi guru hanya berfokuskan kepada usaha menyalurkan maklumat dan kemahiran, bagaimana pula dengan peranan mereka sebagai pembentuk sahsiah? Peranan yang pertama mungkin membantu guru membangunkan aspek intelektual dan jasmani murid, tetapi persoalan yang timbul ialah tentang peranan untuk membimbing ke arah pembentukan sahsiah murid. Sebagai golongan yang hampir dan berpengaruh 24
  25. 25. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH dalam kehidupan murid, apa juga bentuk perlakuan, pertuturan, penampilan mereka akan mudah diikuti dan ditiru. Islam sejak awal lagi telah menekankan guru sebagai pembentuk sahsiah melalui teladan atau role model ini. Metodologi Islam dalam aspek pembentukan akhlah dan sahsiah ini adalah berinspirasikan sifat peribadi atau pekerti mulia yang terdapat pada Rasulullah s.a.w yang telah disebut dalam sebuah hadis, “Bahawasanya aku diutuskan Allah untuk menyempurnakan keluhuran akhlak (budi pekerti).” (Riwayat Muslim) Dalam aspek pendidikan, Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu atau dikenali sebagai mu’allim, bahkan Baginda Rasulullah s.a.w. juga berperanan sebagai murabbi atau pembimbing yang menggunakan pendekatan modeling sebagai metod dalam mentarbiyyah jiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa Arab jahiliyyah ketika zaman itu khususnya ('Abd al-Fattah Abu Ghuddah 2001; Kamarul Aazmi 2010). Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah s.w.t. dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyakbanyak (dalam masa susah dan senang). Surah al-Ahzab (33: 21) Peranan guru amat berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan Islam yang bersifat bersepadu dan seimbang. Jika matlamat pendidikan Islam adalah bagi membentuk kesempurnaan pembinaan insan, maka tentulah peranan guru juga bersifat bersepadu. Di samping berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan, mereka juga mesti memiliki akhlak terpuji bagi menjadi contoh teladan kepada murid dalam usaha membentuk sahsiah diri murid. Selain itu, Islam menganggap guru memikul amanah Allah s..w.t kerana tugas mendidik generasi adalah tugas para nabi. Menurut Ibn Khaldun dalam Ghazali Daruslam (2001), guru hendaklah menjadi teladan utama dan contoh yang baik. Ini kerana kanak-kanak suka meniru ibu bapanya, meneladani guru dan orang yang lebih tua, baik disedari atau tidak. Oleh itu, guru hendaklah 25
  26. 26. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH menjadi teladan yang baik dan contoh utama dalam segala aspek. Golongan guru hendaklah terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah mulia untuk dicontohi oleh murid. Para guru perlu sedar, faktor pendidikan itu besar pengaruhnya terhadap keperibadian seseorang murid. Menurut Prof.H.Mukhtar Yahaya, seorang anak yang mewarisi sifat-sifat yang baik belum tentu menjadi seoarang yang baik tanpa mendapat pendidikan yang baik. Ibarat biji tanaman yang baik, jika ditanam di tanah yang subur akan tumbuh dengan subur dan berbuah, tetapi kalau ditanam di tanah yang tandus, maka matilah ia dan tidak mengeluarkan buah yang baik. Demikian juga sebaliknya, jika anak mewarisi sifat tidak baik, maka tidak mustahil akan menjadi baik apabila dididik untuk menjadi baik. Rozana Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa masalah sosial yang berleluasa pada masa kini menunjukkan keruntuhan akhlak dalam diri anak-anak. Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. Akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup, sebaliknya akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia. Menurut Rozana juga, sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang menjadi kebanggaan serta identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin terhakis. Ungkapan daripada YAB Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi (2005), “first class infrastructure, but third class mentality” begitu bertepatan dalam menggambarkan keadaan masyarakat pada masa kini. Oleh itu, setiap guru wajib menyiapkan diri dengan sebaiknya bagi memastikan murid-muridnya mendapat pendidikan yang sebaiknya, terutamanya terhadap pembelajaran tidak langsung seperti pembentukan sahsiah sebagai kurikulum tersembunyi agar dapat melahirkan pelajar sebagai individu yang baik, seterusnya melahirkan warganegara yang beriman, berakhlak mulia dan beramal soleh. b) Pembimbing ke arah pembentukan emosi yang stabil Emosi merupakan faktor utama dalam perkembangan psikologi seseorang manusia. Dalam proses perkembangan manusia, pasti akan berlaku pergelokan emosi dalam diri manusia. Kegagalan mengawal emosi tersebut pasti akan mengundang sesuatu perkara yang tidak baik seperti berlakunya pergaduhan sehingga membawa kepada pembunuhan. 26
  27. 27. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Perkembangan sosio emosi adalah sesuatu perkembangan yang perlu mendapat perhatian dalam pendidikan sekolah rendah lagi. Ini kerana pada tahap ini murid mula membina perhubungan sosial yang lebih luas. Sebelum memasuki alam persekolahan perhubungan sosial mereka hanya terbatas kepada ahli keluarga dan jiran tetangga. Namun di peringkat sekolah, perhubungan sosial mereka diperluaskan dengan warga sekolah termasuk guru, staf sekolah dan rakan sebaya. Kecerdasan emosi yang baik akan menjadikan murid seorang individu yang dapat bergaul mesra dengan semua warga sekolah, dapat mengawal emosi dalam semua keadaan, menghargai pendapat orang lain dan dapat menerima perbezaan yang wujud. Dalam kajian Hamidah Sulaiman, Zawawi Ismail & Rorlinda Yusof (2013) mendapati remaja perempuan dilihat lebih bijak mengurus emosi berbanding remaja lelaki, manakala dari sudut lokasi tempat tinggal remaja di kawasan luar bandar dilihat lebih baik dalam mengurus emosi berbanding remaja di kawasan bandar. Malah banyak kajian membuktikan sesorang murid yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan lebih berjaya berbanding murid yang mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi. Ini membuktikan betapa pentingnya membentuk emosi yang stabil dan membina kecerdasan emosi yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Kecerdasan sosio emosi sangat berkait rapat dengan kesabaran. Murid yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan dapat bersabar dalam menangani sesuatu masalah atau situasi. Guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing untuk melatih murid membina emosi yang stabil. Antara cara yang paling efektif untuk membentuk emosi yang stabil adalah dengan melatih murid mengekspresikan perasaan mereka dengan baik dan guru cuba memahami perasaan yang ditunjukkan itu. Oleh itu, murid akan sentiasa rasa dihargai dan diberi perhatian. Dengan itu, murid akan berasa selesa dan ceria seterusnya dapat memberi kerjasama yang baik kepada guru dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. c) Pembimbing ke arah cintakan agama Dari segi pengajaran dan pembelajaran, peranan guru-guru bukan setakat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan (Ahmad Mohd Salleh, 2011) tetapi harus berperanan untuk membimbing murid ke arah cintakan agama. Ini bagi menjamin murid untuk mengamalkan agama dalam kehidupan seharian mereka seterusnya menjadi seorang 27
  28. 28. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Islam yang kamil dari semua aspek iaitu dari segi ketakwaan, pemikiran, sikap, akhlak, cara hidup dan perhubungan sesama manusia dan makhluk Ilahi yang lainnya. Dengan perasaan cintakan agama, murid-murid akan mengamalkan semua tuntutan agama dengan ikhlas dan rela hati bukan dengan paksaan. Ini dapat menghindarkan segala perilaku yang tidak baik kerana tiada satu agama pun di atas muka bumi ini yang menyuruh penganutnya melakukan kemungkaran, kerosakan dan kemusnahan dalam perhubungan sesama manusia dan makhluk lainnya. Wan Bakar Wan Dagang (1991), telah menyenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu guru laksanakan dalam membimbing murid ke arah cintakan agama. Antara tanggungjawab tersebut ialah : 1) Menanamkan asas yang kukuh dalam diri murid. 2) Menanamkan minat beragama dan sensitif kepada agama. 3) Menggerakkan emosi murid supaya kasihkan agama. 4) Melahirkan jailul Quran (generasi cintakan al-Quran) dalam kalangan murid. 5) Meningkatkan cara hidup Islam dalam kalangan murid. 6) Membentuk iklim sekolah dengan nilai-nilai Islam. Demi memenuhi hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang berfikiran kelas pertama memerlukan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, strategi tertentu dan penambahan pengisian kerohania perlu dipergiatkan bagi meningkatkan kerohanian dan nilai keagamaan murid sekolah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab bersama kepada guru-guru dan pihak pentadbir sekolah meningkatkan kerohanian murid adar seimbang dengan jasmani, emosi dan intelek. Gandingan ibu bapa dan pihak sekolah juga akan melahirkan remaja yang teguh imannya, manis tutur kata, elok tingkah laku dan akhlaknya (Hamidah Sulaiman, Zawawi Ismail & Rorlinda Yusof, 2013). Soroton kajian lepas Guru pendidikan islam memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada pelajar, mereka perlu menerapkan eleman amalan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dapatan kajian Fathiyah (2013) menyatakan guru-guru perlu menerapkan elemen amalan dengan penekanan kepada aspek teori dan praktikal melalui teknik tunjuk cara, pembiasan amalan, pengawasan dan teguran serta menumpukan kepada aspek 28
  29. 29. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH kekhusyukkan di dalam melaksanakan ibadah solat. Guru pendidikan islam hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu untuk memainkan peranannya sebagai pembimbing di sekolah seperti komited, jujur dan bertanggungjawab memikul segala amanah. Hal ini disokong dengan dapatan kajain Azhar Muhammad (2010) secara keseluruhan dapatan kajiannya bahawa guru pendidikan islam sentiasa memberi komitmen terhadap profesion dengan sifat dedikasi, bekerjasama, tanggungjawab, jujur, berdisiplin, daya inovasi, cintakan ilmu serta berkasih sayang. Syed Najmuddin (2009) kajiannya terhadap pandangan pelajar terhadap guru pendidikan islam MRSM, hasil dapatannya adalah pelajar berpuashati dengan keprihatinan guru pendidikan islam MRSM dengan jumlah skor imej guru pendidikan islam (4.3068). Hal ini menyokong bahawa guru pendidikan islam wajar menjaga menampilan, imej dan menunjukkan keprihatinan kepada pelajar selaku pembimbing di sekolah. Nazri (2000) mendapati persepsi terhadap pengajaran guru pendidikan islam mempengaruhi sikap pelajar terhadap matapelajaran pendidikan islam itu sendiri, dan hanya 5.0% responden yang menyatakan mata pelajaran pendidikan islam adalah mata pelajarn yang paling diminati manakala 95% responden lagi menyatakan sebaliknya. Menurut hasil dapatan kajian Noor Ruziana (2004), beliau mendapati pendekatan pengajaran guru memberi kesan kepada pelajar kerana 84.6% responden bersetuju bahawa kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran adalah seronok dan berkesan. Selain itu, kajiannya juga menemui keprihatinan guru pendidikan islam terhadap pelajar mendorong kepada masalah disiplin, dengan 81% responden bersetuju guru pendidikan islam tidak bersikap prihatin kepada masalah mereka. Amalan dan teknik kepimpinan guru adalah berperanan di dalam menangani masalah disiplin dan sebagai pendorong kepada kepimpinan peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah. Rosnita (2009) mendapati amalan kepimpinan guru di dalam bilik darjah mempengaruhi tahap disiplin murid di dalam bilik darjah. Ia juga disokong dengan kajian Rafizah (2011) yang mendapati beberapa item yang perlu ada di dalam aspek penyampaian isi pelajaran oleh guru pendidikan islam adalah meliputi memberikan contoh yang banyak, pandai menjaga masa, penyampaian menarik, menggunakan Bahan Bantu Mengajar, memiliki ilmu serta bersikap berdikari. Maka, amalan kepimpinan guru khususnya guru pendidikan islam yang baik akan mendorong kepada pembentukan sahsiah murid. 29
  30. 30. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Kerangka Konseptual Kajian Bagi memperlihatkan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dan seterusnya memperlihatkan bagaimana kajian ini akan dijalankan, pengkaji telah menetapkan kerangka konseptual berikut : PdP PENDIDIKAN ISLAM PEMBENTUKAN SAHSIAH PROSES BIMBINGAN GURU GPI PEMBENTUKAN EMOSI STABIL MURID PEMBENTUKAN CINTAKAN AGAMA Rajah 2.2 : Kerangka Konseptual Guru Pendidikan Islam Sebagai Pembimbing Kerangka konseptual di atas menjelaskan bahawa berlakunya proses bimbingan yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam terhadap murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Proses bimbingan yang diberikan oleh guru Pendidikan Islam berupaya mempengaruhi perubahan pembentukan sahsiah, pembentukan emosi stabil dan pembentukan cintakan agama murid. Rumusan Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. Penyelidikan yang berterusan terhadap isu ini telah menjadi agenda penting sebagai salah satu cabang tugas guru di sekolah. 30
  31. 31. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH BAB 3 METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian yang digunakan bagi memperolehi data. Bab ini juga menjelaskan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, persampelan, lokasi kajian dan instrumen kajian. Di samping itu, bab ini turut menghuraikan pentadbiran instrumen yang merangkumi kebolehpercayaan dan kesahan instrumen, kajian rintis, prosedur pengumpulan data serta prosedur penganalisisan data. Reka bentuk Kajian Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan bertujuan untuk meninjau sejauhmana personaliti Guru Pendidikan Islam (GPI), bentuk bimbingan dan kaedah penyelesaian masalah oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam peranannya sebagai pembimbing disekolah rendah. Pengkaji telah menggunakan instrumen kajian berupa satu set soalan soal selidik. Soal selidik telah dibina oleh pengkaji dengan menggunakan skala likert. Skala likert yang menggunakan adalah seperti berikut iaitu skala 1 hingga skala 5. Skala-skala ini mewakili 1 : sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 kurang setuju, 4 setuju dan 5 sangat setuju. Soal selidik tersebut telah dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A merupakan latar belakang responden kajian dan bahagian B pula merangkumi aspek penilaian personaliti Guru Pendidikan Islam, bentuk bimbingan dan kaedah penyelesaian masalah oleh Guru Pendidikan Islam. Instrumen soal selidik ini mengandungi 40 item soalan soalan dalam meninjau aspek penilaian personaliti Guru Pendidikan Islam, bentuk bimbingan dan kaedah penyelesaian masalah oleh Guru Pendidikan Islam. Populasi Kajian Menurut Majid Konting (1998), mengenal pasti sesebuah populasi kajian dalam sesuatu kajian adalah amat penting untuk menentukan sejauh mana dan sebanyak mana maklumat yang perlu dikumpul dan dianalisis bagi menjawab persoalan kajian. 31
  32. 32. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Dalam kajian ini, pengkaji memilih guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah di daerah Klang sebagai populasi kajian. Sampel kajian yang diambil daripada populasi melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan di kawasan luar bandar dan bandar dalam daerah Klang. Menurut Cohen (1977), penentuan bilangan sampel adalah berdasarkan aras kesignifikan p<0.05 dan ralat persampelan. Memilih satu sampel yang mewakili populasi adalah lebih baik daripada memilih satu sampel besar tetapi ‘bias’ kerana akan menjurus kepada mendapat keputusan yang tidak benar. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan Islam yang diambil daripada populasi kajian dalam daerah Klang, Selangor. Empat buah sekolah telah dipilih dalam daerah tersebut. Rasional pemilihan sekolah tersebut adalah kerana ia dapat mewakili kawasan bandar dan luar bandar. Persampelan Persampelan merupakan proses memilih sebahagian subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan responden kajian (Azizi Yahaya et al., 2006). Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan gabungan prosedur persampelan rawak berlapis (stratified random sampling) dan persampelan rawak mudah (random sampling) dalam pelaksanaan kajian. Rasional pemilihan prosedur persampelan rawak berlapis adalah kerana rangka persampelan dalam kajian ini adalah heterogen iaitu mempunyai sub sampel berbeza. Ini bagi memastikan setiap sub sampel dalam kajian ini mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian (Chua Yan Piaw, 2006). Melalui prosedur persampelan rawak berlapis, guru-guru pendidikan Islam dilapiskan mengikut lokasi sekolah agar dapat mewakili bilangan yang seimbang dari segi lokasi sekolah bandar dan luar bandar. Seterusnya pemilihan sampel dalam lokasi sekolah berkenaan dijalankan mengikut persampelan rawak mudah. Rajah 3.1 menerangkan kaedah persampelan yang dijalankan oleh pengkaji. 32
  33. 33. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH 58 buah sekolah dalam daerah Klang Persampelan Berlapis (Mengikut Lokasi Sekolah) Lokasi Luar Bandar Lokasi Bandar 16 buah sekolah 42 buah sekolah SK 1 SK 1 SK 2 Persampelan Rawak Mudah Persampelan Rawak Mudah 7 orang GPI 8 orang GPI Rajah 3.1 Sumber SK 2 8 orang GPI : Prosedur Persampelan Kelompok Rawak : Creswell, 2008, hal.154; Chua Yan Piaw, 2006, hal.194 33 7 orang GPI
  34. 34. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Instrumen Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik yang bertujuan untuk mengumpul data secara formal dan sistematik. Soal selidik merupakan satu cara paling mudah untuk memperolehi maklumat (Van Ddelen, 1993 dalam Nor Fadila, 2010). Pemilihan instrumen ini bertepatan dengan pandangan Colombo Plan, (1984) dalam Nor Fadila (2010), yang mengatakan bahawa borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh pengkaji dalam kajian deskriptif. Penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Set soal selidik yang digunakan ini mengandungi dua bahagian iaitu, bahagian A adalah berkaitan dengan demografi responden seperti jantina, umur, kelayakan akademik, kelayakan perguruan/pendidikan, pengalaman mengajar Pendidikan Islam, kategori sekolah, tahun paling banyak mengajar Pendidikan Islam dan pencapaian murid kelas Pendidikan Islam. Responden hanya perlu menandakan (√) dan mengisi pada ruang yang disediakan. Dalam bahagian B, terdapat 39 item soalan yang telah disediakan di dalam soal selidik tersebut. Kesemua soalan adalah berbentuk soalan tertutup yang mana pilihan jawapan telah diberikan untuk dipilih sendiri oleh responden berdasarkan pandangan peribadi mereka. Item-item ini dibahagikan kepada tiga konstruk iaitu personaliti guru, bentuk bimbingan dan juga ciri guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing. Soal selidik yang disediakan ini menggunakan skala pengukuran berbentuk skala likert. Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Pengkaji memilih untuk menggunakan bentuk asal skala ini yang mempunyai 5 tahap iaitu : 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 4 Kurang Setuju Setuju 5 Sangat Setuju Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatannya. 34
  35. 35. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Instrumen yang digunakan untuk mengumpulakan data kajian ialah satu set soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji secara berkumpulan. Selain itu, set soal selidik tersebut telah diuji kesahannya oleh beberapa orang pakar dan diuji kebolehpercayaannya oleh pengkaji di dalam kajian rintis. Kesahan adalah berkaitan dengan soal ketepatan sesuatu deskripsi, kesimpulan, penerangan, interpretasi atau lain-lain bentuk pernyataan atau kaporan (Maxwell 1996). Manakala menurut Hammersley (1987) kesahan adalah pernyataan atau penjelasan yang sah atau benar sekiranya ia mewakili secara tepat terhadap ciri-ciri fenomena yang cuba dijelaskan atau diteorikan. Kriteria kesahan mengikut Anderson dan Herr (2005) ada lima iaitu penjanaan pengetahuan baru, pencapaian hasil berasaskan tindakan, pendidikan kedua-dua penyelidik dan responden, hasil yang relevan kepada latar setempat dan metodologi penyelidikan yang baik dan sesuai. Item soal selidik yang dibina dapat mengukur dan menjawab persoalan kajian iaitu sejauhmana tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di sekolah, bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah dan ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah. Selain itu jumlah item soal selidik adalah bersesuai, menggunakan bahasa yang mudah difahami tanpa soalan yang mengelirukan responden kajian. Kajian Rintis Pengkaji telah menjalankan kajian rintis untuk mendapatkan maklumbalas awal tentang kesesuaian instrumen kajian iaitu satu set soal selidik yang akan digunakan di dalam kajian ini. Jika terdapat item soalan yang tidak bersesuaian atau item soalan yang boleh mengelirukan responden kajian maka proses pemurnian item dan pengubahsuaian item akan dilakukan. Satu kajian rintis telah dilakukan oleh pengkaji di sebuah sekolah di daerah Petaling, Selangor untuk menguji tahap kesesuaian item soalan yang dibina, menguji kefahaman responden dalam menjawab item soalan serta menguji kebolehpercayaan item soalan yang 35
  36. 36. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH dibina. Bilangan responden kajian yang digunakan di dalam kajian rintis tersebut adalah seramai 32 orang guru pendidikan islam. Hasil dapatan daripada kajian rintis tersebut kesemua responden yang terlibat dapat memahami arahan yang diberikan dan item-item di dalam soal selidik sangat bersesuaian dan mudah difahami oleh responden serta item soalan bersesuaian dengan maklumat yang hendak dicari bagi menjawab persoalan kajian dan objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Prosedur Kajian Kajian ini telah dijalankan pada 25 Oktober, 01 November, 08 November 2013 dan 15 November 2013. Langkah pertama yang dijalankan adalah meminta kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Daerah Klang melalui penyelia unit agama untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Selepas mendapat kebenaran tersebut, pengkaji memulakan proses mengumpul data. Sebelum pengkaji menyerahkan borang selidik kepada guru pendidikan Islam, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada guru besar di setiap sekolah yang terlibat. Pengkaji memberi sedikit penerangan mengenai kajian yang sedang dilaksanakan. Pihak sekolah telah memberikan kebenaran dan reaksi positif terhadap pengkaji. Selepas mendapat kebenaran tersebut, pengkaji telah berjumpa dengan ketua panitia Pendidikan Islam seterusnya mengadakan pertemuan ringkas dengan semua guru Pendidikan Islam, membuat sedikit penerangan dan mengedarkan borang soal selidik. Pengkaji melakukan perkara di semua sekolah yang terlibat. Setelah semua data dikumpul, pengkaji memulakan proses penganalisisan data sebelum membuat laporan kajian. Data Analisis Data yang diperolehi daripada responden melalui borang soal selidik, akan dianalisa dengan menggunakan perisian komputer “The Statistical Package For Social Scienc” (SPSS) versi 18.0. Pengkaji menggunakan analisa statistik deskriptif untuk menganalisa data-data 36
  37. 37. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH tersebut. Statistik yang digunakan adalah relevan dengan objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan. Aras signifikan yang ditetapkan adalah .05. Menurut Azizi Yahya et al., (2007), statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan atau membuat ringkasan dat dari populasi atau sampel. Ia mengandungi carta, graf, jadual dan sebagainya untuk meringkaskan kuantiti data yang besar supaya lebih mudah difahami. Statistik deskriptif digunakan untuk menyusun data dalam bentuk yang lebih mudah difahami seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi maklumat yang diperolehi melalui item yang dibina. Rumusan Metodologi kajian seperti yang telah dibincangkan di dalam bab ini merupakan proses yang dilakukan oleh pengkaji untuk mencapai matlamat kajian. Ia juga menunjukkan kaedah yang telah digunakan dalam proses menganalisis data yang dilakukan dalam bab 4. Data-data yang akan diperolehi akan digunakan untuk dianalisis bagi mendapatkan dapatan kajian. Seterusnya data ini akan ditunjukkan dalam bentuk jadual serta keterangan yang mudah difahami. 37
  38. 38. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH BAB 4 ANALISIS DATA Pendahuluan Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang guru Pendidikan Islam dari empat buah sekolah terpilih mewakili kawasan luar bandar dan bandar dalam daerah Klang. Soal selidik yang dilakukan berkisar kepada kajian terhadap peranan Guru Pendididkan Islam (GPI) sebagai pembimbing. Jumlah item yang diselidiki adalah 39 bagi menjawab persoalan kajian yang diutarakan. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science ( SPSS ) Version 18.0 dan hasilnya ditunjukkan dalam bentuk kekerapan, peratus serta min. Dapatan analisis menggambarkan kajian yang dilakukan. Ianya dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis latar belakang responden dan analisis mengenai soal selidik yang bertujuan menjawab persoalan kajian seterusnya memenuhi kehendak objektif kajian. Didapati instrumen soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha cronbach 0.863 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.1 di bawah. Jadual 4.1 : Reliability Statistics Cronbach's Alpha N of Items .863 39 Bahagian A : Analisis Deskriptif Latar belakang Responden Jantina Latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus responden berdasarkan jantina iaitu lebih ramai golongan guru Pendidikan Islam perempuan berbanding guru lelaki yang menjawab soal selidik yang diberikan. 38
  39. 39. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Jadual 4.2 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina Jantina Kekerapan (f) Peratus (%) Lelaki 10 33.3 Perempuan 20 66.7 Jumlah 30 100.0 Umur Manakala peringkat umur respondan yang mendominasi kajian ini adalah dalam lingkungan 20-29 tahun yang mewakili 60% dari keseluruhannya. Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Umur Umur Kekerapan (f) Peratus (%) 20-29 tahun 18 60.0 30-39 tahun 10 33.3 40-49 tahun 2 6.7 Jumlah 30 100.0 Kelayakan akademik dan Perguruan Kesemua responden yang terlibat mempunyai kelayakan akademik yang setara, iaitu Sarjana Muda melainkan ikhtisas perguruan mereka yang berlainan. Lebih dari separuh Guru Pendidikan Islam di dalam kajian ini mendapatkan Diploma Perguruan untuk mengajar dan hanya 12 orang sahaja yang mewakili 40% dari jumlah keseluruhan yang mempunyai Sarjana Muda dalam bidang Perguruan. Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Kelayakan Akademik Kelayakan Akademik Kekerapan (f) Peratus (%) Sarjana Muda 30 100.0 Jumlah 30 100.0 39
  40. 40. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Kelayakan Perguruan Kelayakan Perguruan Kekerapan (f) Peratus (%) Diploma 18 60.0 Sarjana Muda 12 40.0 Jumlah 30 100.0 Pengalaman Mengajar Berdasarkan jadual, responden adalah golongan yang baru menceburkan diri dalam bidang perguruan. Terdapat 16 orang GPI dari 30 orang kesemunya yang berpengalaman mengajar sekitar satu ke tiga tahun dan hanya 2 orang sahaja yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari sepuluh tahun. Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman Mengajar Pengalaman Mengajar Kekerapan (f) Peratus (%) 1-3 tahun 16 53.3 4-6 tahun 8 26.7 7-9 tahun 4 13.3 10 tahun ke atas 2 6.7 Jumlah 30 100.0 Kategori Sekolah Respondan sedang berkhidmat di dua kategori sekolah iaitu bandar dan luar bandar. Kekerapan menunjukkan jumlah yang seimbang iaitu 15 orang responden adalah dari sekolah kategori bandar dan 15 orang dari kategori sekolah luar bandar. Peratusnya mencatatkan jumlah sama di antara kedua-dua kategori sekolah yang dibincangkan. Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Kategori Sekolah Kategori Sekolah Kekerapan (f) Peratus (%) Bandar 15 50.0 Luar Bandar 15 50.0 Jumlah 30 100.0 40
  41. 41. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Tahun mengajar Item yang seterusnya adalah melihat di kelas tahun berapa respondan mengajar dan analisis memperlihatkan mereka memperuntukkan masa yang hampir sama di antara semua tahun 2 hingga tahun 6. Tahun 1 merupakan tahun yang paling kurang dibimbing oleh respondan. Keterangannya adalah seperti jadual di bawah. Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Tahun Mengajar Tahun Mengajar Kekerapan (f) Peratus (%) Tahun 1 2 6.7 Tahun 2 6 20.0 Tahun 3 6 20.0 Tahun 4 8 26.7 Tahun 5 4 13.3 Tahun 6 4 13.3 Jumlah 30 100.0 Tahap pencapaian Tahap pencapaian murid berdasarkan intelektual adalah 66.7 % ditahap yang sederhana. Ia telah mendominasi keseluruhan tahap pencapaian. Jadual 4.9 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman Mengajar Pengalaman Mengajar Kekerapan (f) Peratus (%) Cemerlang 4 13.3 Sederhana 20 66.7 Kurang Baik 2 6.7 Pelbagai 4 13.3 Jumlah 30 100.0 41
  42. 42. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Bahagian B : Peranan, Bentuk Bimbingan dan Ciri Guru Pendidikan Islam Sebagai Pembimbing 1. Peranan Guru Pendidikan Islam GPI sebagai pembimbing Data yang dianalisis di dalam bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu sejauhmana peranan guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah. Data dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min (purata). Jadual 4.10 : Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Peranan GPI Sebagai Pembimbing Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus 1 1 2 3 Min 12 (60%) (40%) 22 peramah dan mudah 5 18 Saya seorang yang 4 8 4.40 didekati 2 Menggunakan tutur kata yang baik ketika 4.27 (73.3%) (26.7%) berkomunikasi 3 Keterampilan menutup 2 aurat, sopan, kemas (6.7%) 8 20 4.60 (26.7%) (66.7%) dan bersih 4 Kehadiran saya 6 18 6 (20%) (60%) (20%) Seorang yang mudah 4 18 8 mesra dengan semua (13.3%) menimbulkan suasana 4.00 ceria 5 4.13 (60.0%) (26.7%) orang 7 4 18 8 seperti anak sendiri (13.3%) (60%) (26.7%) Bertanggungjawab 18 12 membimbing murid 8 Menyayangi murid (60%) (40%) yang memerlukan pertolongan n = 30 42 4.13 4.40
  43. 43. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Merujuk kepada Jadual 4.10, terdapat tujuh pernyataan yang diklasifikasi sebagai item yang menjawab persoalan kajian yang pertama. Ia menjelaskan bahawa Guru Pendidikan Islam (GPI) berperanan sebagai pembimbing. 100% respondan berpendapat mereka berperanan sebagai pembimbing berdasarkan pernyataan di PI, P2 dan P8. Manakala hampir semua respondan bersetuju dengan pernyataan di P3, P4, P5 dan P7. Pernyataan di P1 mencatat nilai min 4.40, iaitu sebuah nilai skor min yang tinggi. Ia disokong oleh enam lagi pernyataan yang masing-masing mencatatkan skor min lebih dari 4.0. Ini membawa makna kesemua bilangan respondan bersetuju mereka berperanan sebagai pembimbing kepada murid di sekolah. Jadual di bawah adalah interpretasi kepada skor min. Jadual 4.11 : Skor Min Skor Min Interpretasi 4.01 – 5.00 Tinggi 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi 2.01 – 3.00 Sederhana Rendah 1.01 – 2.00 Rendah Sumber : Norasmah, (2002) dan Azhar, (2005) Pada pernyataan P1 personaliti GPI sebagai pembimbing terlihat dalam sifat peramah dan sifat yang mudah didekati. Murid akan senang berurusan dengan GPI dalam proses bimbingan. Kesemua respondan bersetuju bahawa mereka seorang yang peramah dan mudah didekati. Ia telah mencatat peratusan 60% adalah bersetuju dan 40% adalah sangat bersetuju. Item yang dilabel sebagai P2 telah menunjukkan bimbingan dari GPI secara tidak langsung. 100% respondan bersetuju dengan kaedah bimbingan melalui penggunaan tutur kata yang baik kepada murid. Dari jumlah itu 40% sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Apabila GPI berkomunikasi dengan murid menggunakan tutur kata yang baik, secara tidak langsung murid akan terdorong meneladani cara GPI berkomunikasi. Mereka akan turut bergaul dan bertutur dengan perkataan yang baik bersama rakan dan ibu bapa. Ini adalah satu bentuk bimbingan yang tidak formal, yang boleh diamalkan oleh para pendidik. Melalui pernyataan di P3 pula bimbingan merujuk kepada cara penampilan. 20 orang respondan sangat bersetuju bahawa penampilan mereka adalah menutup aurat, 43
  44. 44. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH sopan, kemas dan bersih. Secara tidak langsung murid belajar sesuatu dari GPI mengenai cara penampilan yang seharusnya dipertontonkan di khalayak ramai. 8 orang respondan masih bersetuju dan 2 orang kurang bersetuju. Mungkin 2 respondan tersebut merasakan penampilan bukan segalanya seperti pepatah Inggeris mengatakan, “don’t judge a book by its cover. Pernyataan kehadiran saya menimbulkan suasana ceria mengundang undian dari 24 orang respondan yang bersetuju, dengan 6 orang daripadanya adalah sangat bersetuju. Manakala 6 lagi kurang bersetuju. Personaliti GPI dapat dilihat dalam pernyataan di P5, iaitu mudah mesra dengan semua orang dan 86.7% bersetuju bahawa mereka mempunyai sifat yang sedemikian. Manakala bakinya kurang bersetuju. Bimbingan secara langsung pula dapat dilihat pada pernyataan di P7 iaitu GPI menyayangi murid seperti anak sendiri. Bayangkan apabila kita membimbing anak sendiri, seharusnya kita mahu yang terbaik buat si anak. Begitu juga apabila respondan yang telah mencatatkan peratusan sebanyak 86.7% sebagai bersetuju manakala 13.3 kurang bersetuju dengan pernyataan di P7. “Saya bertanggungjawab membimbing murid yang memerlukan pertolongan”. Pernyataan tersebut merupakan pernyataan di P8 dimana kesemua 30 respondan bersetuju dengannya dengan catatan peratusnya 100%. Ini menunjukkan mereka sentiasa berperanan sebagai pembimbing di sekolah masing-masing. 2. Bentuk Bimbingan Yang Diberikan Oleh Guru Pendidikan Islam Seterusnya analisis dapatan data bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Ia merangkumi bentuk bimbingan dari aspek bacaan al-Quran, bacaan di dalam solat, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), pemberian nasihat serta galakan. 44
  45. 45. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Jadual 4.12 : Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Bentuk Bimbingan Yang Diberikan Oleh Guru Pendidikan Islam Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus 1 9 2 3 Min membimbing murid 5 16 Saya berusaha 4 14 4.47 (53.3%) (46.7%) yang membaca iqra’ agar mampu membaca al-Quran. 10 Saya menunjukan 14 kesungguhan dalam 16 4.53 (46.7%) (53.3%) membimbing murid membaca al-Quran. 11 membimbing murid 4 lemah secara individu 12 (13.3%) mewujudkan kelas mengaji al-Quran 2 (6.7) 4 (13.3%) 20 6 4.07 (66.7%) (20.0%) 8 8 3.53 (26.7%) (26.7%) dirumah 14 sering meminta murid 18 12 menghafaz bacaan di (60%) (40%) 14 10 4.40 dalam solat 15 menggunakan pendekatan didik hibur 2 4 (6.7%) (13.3%) ketika membimbing murid menghafaz bacaan di dalam solat. 45 (46.7%) (33.3%) 4.07
  46. 46. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus 1 Min 3 4 5 4 4 18 4 (13.3%) (13.3%) (60%) (13.3%) 6 4 16 4 (20%) (13.3%) (53.3%) (13.3%) 22 8 (73.3%) (26.7%) 2 18 10 (6.7%) (60%) (33.3%) Saya mengambil berat 16 14 akan tingkah laku dan 16 2 (53.3%) (46.7%) 20 10 (66.7%) (33.3%) 4 menggunakan alat permainan yang 3.73 disediakan bagi membantu murid menguasai pelajaran jawi 17 mengambil peluang ketika sesi tazkirah pagi 3.60 di sekolah bagi memberi peringatan kepada murid 18 mewujudkan persaingan sihat dalam 4.27 kalangan murid bagi meminati mata pelajaran Pendidikan Islam. 19 Penyediaan hadiah kepada murid adalah 4.27 sebagai galakan buat mereka. 33 4.47 akhlak murid 34 Saya sering menasihati murid agar 4.33 menghormati guru dan orang yang lebih tua 37 Saya menggunakan 2 24 teknik yang berbeza (6.7%) (80%) kepada kelompok murid yang berbeza n = 30 46 (13.3) 4.07
  47. 47. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Berdasarkan jadual 4.12, skor min yang direkodkan adalah tinggi dan hanya tiga pernyataan sahaja yang mencatatkan nilai skor min di tahap yang sederhana tinggi. Bentuk bimbingan yang diberikan oleh GPI menepati peranan mereka sebagai pembimbing di sekolah. Boleh dirumuskan bahawa pendekatan atau bentuk bimbingan yang digunakan oleh GPI adalah berbeza-beza. Ia boleh dilihat dari taburan jawapan respondan mengikut skala yang diberikan namun ia masih berada di landasan yang benar, iaitu memainkan peranan mereka sebagai pembimbing. Nilai skor yang boleh didapati di Jadual 4.12 merekodkan bacaan 4.0 dan keatas bagi kesemua pernyataan kecuali di P12, P16 dan P17. Namun, catatannya masih boleh digunapakai sebagai nilai skor min yang sederhana tinggi dengan bacaan 3.53, 3.73 dan 3.60. Berikut adalah data kekerapan dan peratus bagi setiap pernyataan bentuk bimbingan dari tiga aspek yang telah dinyatakan. Merujuk kepada P9, P10 dan P14 respondan bersetuju 100% bahawa mereka membimbing murid dalam aspek bacaan al-Quran dan bacaan di dalam solat. Perkara ini adalah keutamaan bagi Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam memastikan murid menguasai al-Quran. Kaedah bimbingan ini mendapat undian di tiga skala, iaitu kurang bersetuju dengan 13.3% dan 88.7% bersetuju dengan 20% adalah sangat bersetuju. Ini menunjukkan 6 orang GPI memberi bimbingan eksklusif kepada murid mereka. Pernyataan di atas mengundang undian di kesemua skala. Catatan peratus yang paling rendah adalah 6.7%. Ini membawa maksud 2 orang respondan tidak melaksanakan kelas mengaji di rumah mereka. Guru Pendidikan Islam juga turut berperanan sebagai pembimbing di dalam kelas. Respondan menunjukkan pendekatan yang berbeza-beza. Ia jelas kelihatan apabila dalam pernyataan di P15 dan P16 respondan mengundi di empat jenis skala. Hanya terdapat 2 orang respondan menyatakan tidak setuju di P15 dan 4 orang di P16. Mungkin mereka menggunakan alternatif lain bagi memastikan murid menguasai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pernyataan di P18 sebulat suara disepakati oleh respondan dengan mencatatkan jumlah peratusan 100% bersetuju dengan 26.7% daripadanya adalah sangat bersetuju.Ini bermakna kesemua guru Pendidikan Islam akan mewujudkan persaingan yang sihat ketika melaksanakan sesi pengajaan dan pembelajaran. 47
  48. 48. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH Merujuk kepada pernyataan di P19 dan P37, masing-masing mencatatkan jumlah respondan yang kurang bersetuju seramai 2 orang. Ini menunjukkan tidak semestinya galakan untuk belajar perlukan hadiah dan dengan teknik yang sama murid masih boleh memahami sesi pdp dengan baik. Semuanya harus bergantung kepada usaha dan daya kreativiti GPI dalam mengemudi kelasnya Bimbingan dan nasihat guru turut diberikan penekanan oleh guru ketika membimbing murid. 4 orang GPI sering memberi tazkirah di sekolah mereka. Ia mewakili 13.3% dari peratusan respondan yang sangat bersetuju pada pernyataan di P17. Manakala 20% yang tidak bersetuju mungkin tidak menggunakan sesi tazkirah di perhimpunan sebagai medium memberi peringatan, sebaliknya memberi peringatan di kelas dan sebagainya. Walaupun begitu, 100% guru bersetuju bahawa mereka sering mengambil berat tingkah laku murid mereka disamping sering memberikan nasihat. Perkara ini dibuktikan dengan dapatan item P33 dan P34. 3. Ciri-Ciri Guru Pendidikan Islam Sebagai Pembimbing Persoalan kajian yang ketiga telah terjawab berpandukan nilai skor min di Jadual 13. Nilai skor min yang dicatatkan adalah tinggi dengan bacaan 4.0 dan ke atas di semua pernyataan di P20, P24, P26, P27 dan P28. Ia berkenaan dengan ciri-ciri GPI sebagai pembimbing. Tiga ciri digariskan dalam instrumen soal selidik iaitu mempunyai komunikasi yang baik, tidak membuat tanggapan yang salah (non-judgemental), dan berfikiran terbuka. Jadual 4.13 : Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Ciri-Ciri Guru Pendidikan Islam Sebagai Pembimbing Item Perkara Skor/Kekerapan dan Peratus 1 20 2 Min murid mendorong murid belajar 48 5 16 40 (6.7%) tanggungjawab sebagai 4 2 Penerangan tentang 3 (53.3%) (40%) 4.33
  49. 49. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH 24 Saya menjelaskan 4 kepada murid alasan (13.3%) 16 10 4.20 (53.3%) (33.3%) saya menghukum mereka 26 Saya memberi peluang 18 12 (60%) (40.0%) 2 10 18 (6.7%) (33.3%) (60%) sering meminta murid 4 20 6 menghafaz bacaan di (13.3%) (66.7%) (20%) kepada murid untuk 4.40 berubah 27 Murid bermasalah perlukan pertolongan 4.53 dan bimbingan 28 4.07 dalam solat n = 30 Berdasarkan pernyataan di atas, tiga ciri guru Pendidikan Islam yang paling dominan telah dikenalpasti iaitu komunikasi yang baik, tidak membuat tanggapan yang salah (nonjudgemental), dan berfikiran terbuka. Ciri komunikasi yang baik ini dibuktikan dengan dapatan item P20 yang menunjukkan 93.3% respondan bersetuju, GPI yang mempunyai komunikasi yang baik dapat membimbing murid memahami tanggungjawab mereka untuk belajar. Bayangkan guru yang memberi penerangan tanpa ada komunikasi dua hala dengan murid, penerangan tersebut pasti gagal difahami oleh murid. Oleh itu, komunikasi yang baik dituntut dalam memastikan GPI mampu membimbing murid-murid seperti di pernyataan P24. 86.6% respondan bersetuju bahawa mereka perlu menjelaskan kepada murid alasan mereka menghukum murid. Guru juga tidak seharusnya membuat tanggapan yang salah terhadap murid. Ciri non-judgemental ini perlu ada pada seorang pembimbing yang baik dan ianya dipersetujui oleh respondan apabila 26 daripada 30 orang bersetuju dengan pernyataan ini. Jumlah itu mewakili peratusan sebanyak 86.7%. Ciri yang ketiga ini dapat diperhalusi menerusi pernyataan di P26 dan P27 iaitu berfikiran terbuka. Respondan bersetuju 100% menyatakan murid harus diberi peluang untuk berubah. Sememangya semua respondan adalah mereka yang berfikiran terbuka. Terdapat 2 orang respondan kurang bersetuju dengan pernyataan di P27. Namun, ia masih 49
  50. 50. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH belum mampu menggugat peratusan di tahap yang bersetuju iaitu sebanyak 93.3%. Rumusan Kesimpulannya, dapatan yang diperolehi telah menjawab persoalan kajian. Hasilnya menunjukkan Guru Pendidikan Islam (GPI) berperanan sebagai pembimbing berdasarkan bentuk bimbingan dan ciri-ciri yang telah dinyatakan. Walaupun begitu, terdapat cabaran dalam menangani dan mengaplikasi bentuk bimbingan yang disepakati. Cabaran tersebutlah yang akan menjadikan GPI sebagai pembimbing yang mampu membimbing murid di sekolah rendah dengan sabar. Kualiti pembimbing yang baik telah ditonjolkan oleh GPI bagi mengenal pasti peranan mereka di sekolah. Penambahbaikan boleh dilaksanakan bagi memurnikan tanggungjawab membimbing anak bangsa. Insyaallah. 50
  51. 51. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN PENGENALAN Bab ini mengandungi lima bahagian iaitu rumusan keseluruhan kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi kajian, cadangan lanjutan dan kesimpulan. RUMUSAN KESELURUHAN KAJIAN Kajian ini telah meninjau peranan Guru Pendididkan Islam (GPI) sebagai pembimbing. Kajian yang dijalankan di daerah Klang, Selangor ini telah meninjau guru-guru pendidikan Islam di kawasan bandar dan luar bandar dalam daerah ini berperanan sebagai pembimbing di sekolah, mengetahui bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah dan mengetahui ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tiga persoalan kajian berikut : 1. Sejauhmana tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di sekolah ? 2. Apakah bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah ? 3. Apakah ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah? PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Perbincangan hasil dapatan kajian ini akan dibincangkan dengan mengikut objektif kajian serta menjawab persoalan kajian iaitu (i) tahap Guru Pendidikan Islam berperanan sebagai pembimbing di sekolah, (ii) bentuk bimbingan yang diberikan oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah dan (iii) ciri-ciri Guru Pendidikan Islam yang berperanan sebagai pembimbing di sekolah. 51
  52. 52. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH (i) Guru Pendidikan Islam sebagai pembimbing di sekolah. Dapatan kajian terhadap aspek personaliti Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai pembimbing terlihat dalam sifat peramah dan sifat yang mudah didekati. Murid akan mudah berurusan dengan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam proses bimbingan. Kesemua responden (100%) bersetuju bahawa mereka seorang yang peramah dan mudah didekati. Ia telah mencatat peratusan 60% adalah bersetuju dan 40% adalah sangat bersetuju. Manakala aspek personaliti Guru Pendidikan Islam (GPI) iaitu mudah mesra dengan semua orang dan 86.7% bersetuju bahawa mereka mempunyai sifat yang sedemikian. Manakala bakinya kurang bersetuju. Hal ini membuktikan bahawa setiap guru pendidikan islam dapat memahami pentingnya sikap peramah dan sifat mudah didekati terhadap peranan mereka sebagai pembimbing di sekolah. Secara tidak langsung sikap peramah dan mudah didekati dapat membuka ruang berkasih sayang diantara guru dan pelajar serta ia akan memudahkan guru memainkan perannannya sebagai seorang pembimbing di sekolah. Namun, sikap ini perlu diterapkan di dalam diri setiap guru dan diamalkan setiap hari dan sepanjang masa sama ada semasa berada di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dapatan kajian ini disokong dengan dapatan kajian Azhar Muhammad (2010) bahawa guru pendidikan islam sentiasa memberi komitmen terhadap profesion dengan sifat dedikasi, bekerjasama, tanggungjawab, jujur, berdisiplin, daya inovasi, cintakan ilmu serta berkasih sayang. Jelaslah sikap peramah dan mudah didekati sangat penting di dalam merealisasikan peranan guru sebagai pembimbing murid di sekolah. Dapatan juga menunjukkan bimbingan dari Guru Pendidikan Islam (GPI) secara tidak langsung. 100% respondan bersetuju dengan kaedah bimbingan melalui penggunaan tutur kata yang baik kepada murid. Dari jumlah itu 40% sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan ini menjelaskan bahawa setiap Guru Pendidikan Islam (GPI) berkomunikasi dengan murid menggunakan tutur kata yang baik, secara tidak langsung murid akan terdorong meneladani cara guru berkomunikasi. Mereka akan turut bergaul dan bertutur dengan perkataan yang baik bersama rakan dan ibu bapa. Hal ini adalah satu bentuk bimbingan yang tidak formal, yang boleh diamalkan oleh para pendidik. Dapatan kajian ini disokong dengan dapatan kajian Syed Najmuddin (2009) di dalam kajiannya terhadap pandangan pelajar terhadap guru pendidikan islam MRSM, hasil 52
  53. 53. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH dapatannya adalah pelajar berpuashati dengan keprihatinan guru pendidikan islam MRSM dengan jumlah skor imej guru pendidikan islam (4.3068). Hal ini menyokong bahawa guru pendidikan islam wajar menjaga menampilan, imej dan menunjukkan keprihatinan kepada pelajar selaku pembimbing di sekolah. Selain itu, bimbingan juga merujuk kepada cara penampilan. dapatan kajian seramai 20 orang respondan sangat bersetuju bahawa penampilan mereka adalah menutup aurat, sopan, kemas dan bersih. Secara tidak langsung murid belajar sesuatu dari Guru Pendidikan Islam (GPI) mengenai cara penampilan yang seharusnya dipertontonkan di khalayak ramai. Kehadiran Guru Pendidikan Islam (GPI) dapat menimbulkan suasana ceria mengundang undian dari 24 orang respondan yang bersetuju, dengan 6 orang daripadanya adalah sangat bersetuju. Manakala 6 lagi kurang bersetuju. Guru yang mampu menceriakan suasana bilik darjah akan mendorong murid meminati matapelajaran pendidikan islam. Dengan kehadiran guru yang ceria, mudah mesra, peramah, menjaga penampilan akan membawa kepada persepsi positif murid terhadap guru pendidikan islam tersebut. Persepsi murid terbentuk berdasarkan apa yang mereka lihat dan alami sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Persepsi murid yang akan menentukan mereka meminati matapelajaran pendidikan islam atau sebaliknya. Sikap guru juga mempengaruhi persepsi murid terhadap mereka. Kebiasaannya murid lebih mudah mempercayai guru yang dapat memahami diri mereka. Dapatan daripada kajian Nazri (2000), mendapati persepsi terhadap pengajaran guru pendidikan islam mempengaruhi sikap pelajar terhadap matapelajaran pendidikan islam itu sendiri, dan hanya 5.0% responden yang menyatakan mata pelajaran pendidikan islam adalah mata pelajaran yang paling diminati manakala 95% responden lagi menyatakan sebaliknya. Oleh itu, guru pendidikan islam mestilah bijak di dalam membina persepsi positif murid terhadap matapelajaran pendidikan islam dengan sikap guru itu sendiri yang peramah dan mudah didekati. Dapatan kajian juga menjelaskan bimbingan secara langsung dengan menyayangi murid seperti anak sendiri mencatatkan peratusan sebanyak 86.7% sebagai bersetuju manakala 13.3 kurang bersetuju. Manakala resposden juga menyatakan mereka bertanggungjawab membimbing murid yang memerlukan pertolongan dari mereka dengannya dengan catatan peratusnya 100%. Ini menunjukkan mereka sentiasa berperanan sebagai pembimbing di sekolah masing-masing. Dapatan ini menjelaskan guru 53
  54. 54. GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PEMBIMBING DI SEKOLAH RENDAH telah mempunyai kesedaran bahawa mereka perlu memberikan pertolongan kepada murid yang memerlukan. (ii) Bentuk Bimbingan Guru Pendidikan Islam Di Sekolah. Seterusnya analisis dapatan data bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Ia merangkumi bentuk bimbingan dari aspek bacaan al-Quran, bacaan di dalam solat, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pemberian nasihat serta galakan. Skor min yang direkodkan adalah tinggi dan hanya tiga pernyataan sahaja yang mencatatkan nilai skor min di tahap yang sederhana tinggi. Bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru pendidikan Islam menepati peranan mereka sebagai pembimbing di sekolah. Boleh dirumuskan bahawa pendekatan atau bentuk bimbingan yang digunakan oleh guru pendidikan islam adalah berbeza-beza. Respondan bersetuju 100% bahawa mereka membimbing murid dalam aspek bacaan al-Quran dan bacaan di dalam solat. Perkara ini adalah keutamaan bagi Guru Pendidikan Islam dalam memastikan murid menguasai al-Quran. Kaedah bimbingan ini mendapat undian kurang bersetuju dengan 13.3% dan 88.7% bersetuju dengan 20% adalah sangat bersetuju. Ini menunjukkan 6 orang GPI memberi bimbingan eksklusif kepada murid mereka. Catatan peratus yang paling rendah adalah 6.7%. Ini membawa maksud 2 orang respondan tidak melaksanakan kelas mengaji di rumah mereka. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa guru pendidikan Islam memainkan peranan penting sebagai pembimbing kepada murid, oleh itu mereka perlu menerapkan amalanamalan tingkahlaku di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini selari dengan dapatan kajian Fathiyah (2013), menyatakan guru-guru perlu menerapkan elemen amalan dengan penekanan kepada aspek teori dan praktikal melalui teknik tunjuk cara, pembiasan amalan, pengawasan dan teguran serta menumpukan kepada aspek kekhusyukkan di dalam melaksanakan ibadah solat. Maka, kaedah bimbingan yang digunakan oleh guru pendidikan Islam mestilah tepat dan bersesuaian dengan murid. Guru Pendidikan Islam juga turut berperanan sebagai pembimbing di dalam kelas. Respondan menunjukkan pendekatan yang berbeza-beza. Ia jelas kelihatan apabila dalam pernyataan di P15 dan P16. Hanya terdapat 2 orang respondan menyatakan tidak setuju di P15 dan 4 orang di P16. Mungkin mereka menggunakan alternatif lain bagi memastikan murid menguasai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Respondan telah 54

×