Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

cth soalan n jwpn p.perniagaan..

7,827 views

Published on

  • Be the first to comment

cth soalan n jwpn p.perniagaan..

  1. 1. PENGAJIAN PERNIAGAAN 2UJIAN BULAN MAC 2013NAMA______________________________________1 (a) Terangkan tiga sebab mengapa seseorang pengurus perlu membuat perancangan dalamperniagaan. [6]Tiga sebab pengurus perlu merancang perniagaan1. Menyediakan hala tuju/menentukan matlamat/fokus –organisasi perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahan untukmenentukan matlamat.2. Menyelaras sumber –mengenalpasti, mengagih dan menggunakan sumber secara cekap dan berkesan antarajabatan/unit perniagaan – kurangkan pembaziran; mengadakan sumber berganda.3. Ukuran prestasi /pencapaian –Dalam rancangan ada matlamat dan gol yang ingin dicapai. Gol ini akan menjadi garispenamat.4. Tindakan pembaikan –Hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan gol. Kekurangan akan ditambah baik.5. Panduan membuat keputusan –Dalam rancangan ada garispanduan tentang apa matlamat dan bagaimana mencapainya. Dangarispanduan ini akan menjadi panduan kepada membuat keputusan khususnya berkaitanpengagihan sumber.6. memahami persekitaran perniagaan –membentuk strategi perniagaan.7. sebagai alat kawalan – supaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan(b) Jelaskan ciri-ciri penjabatan sesebuah organisasi perniagaan mengikut fungsi. [4]Ciri-ciri penjabatanan organisasi mengikut fungsi:1. Pengumpulan aktiviti/ tugas/ pekerja mengikut kesamaan kemahiran/ kepakaran/ aktivitikerja dan sumber yang digunakan2. Pengasingan jabatan dilakukan bagi mencapai ekonomi berskala berdasarkanpengkhususan kerja .3. Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran danaktiviti kerja.4. Contoh: struktur mengikut Jabatan Pemasaran, Jabatan Pengeluaran dan Jabatan Kewangan(c) Jelaskan kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasiperniagaan. [6]Kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi perniagaan ialah:1. Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah, yakni bagi mencapai matlamatorganisasi2. Mengekal pekerja,terutama pekerja mahir dalam organissi3. Mengurangkan kadar ponteng kerja4. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi5. Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja6. Meningkatkan moral pekerja7. Meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli organisasi.
  2. 2. (d) Jelaskan tahap stres bagi individu yang kurang kompetitif yang bekerja dengan pemimpinjenis autokratik, demokratik dan laissez-faire. [6]1.Bekerja dengan pemimpin autokratik -Cepat stres/Stres tahap Tinggi Jika individu tersebut bekerja di bawah pengurusan atasan yang menggunakan gayakepimpinan autokratik kerana individu jenis ini tidak suka membuat kerja dan lembabdalam menyiapkan sesuatu tugasan.2.Bekerja dengan pemimpin demokratik-Stres tahap sederhana Jika individu tersebut bekerja di bawah pengurusan yang gaya pengurusannya adalahdemokratik kerana individu tersebut berasa tidak perlu menyumbang kepada keputusanbersama atau berasa tidak ada masalah jika tiada penyertaan dalam keputusan kerjaserta berasa tidak terlalu ditekan oleh pihak atasan.3.Bekerja dengan pemimpin laissez-faire-Sukar stres/Stres tahap rendah Jika indivdu tersebut bekerja di bawah pengurusan yang mengamalkan gaya pengurusanLaissez-faire/bebas kerana individu tersebut berasa kurang diberi tanggungjawab,tidak dikawal dan tiada tekanan dari pihak atasan.(e) Jelaskan empat kepentingan kemahiran kemanusiaan kepada pengurus peringkatpertengahan. [4]Kepentingan kemahiran kemanusiaan kepada pengurus peringkat pertengahan ialah:1. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk bekerja dengan oranglain [1] seperti bekerja dengan staf bawahan dan staf jabatan lain termasukpengguna/pelanggan.2. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk memahami tingkahlakupengguna/pekerja/pihak berkaitan dengan aspek jabatan mereka. [1]3. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk Memotivasi/Berupayameransang individu supaya rajin bekerja[1] seperti memotivasikan orang bawahan/jurujual/ promoter/agen pemasaran4. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi denganberkesan [1] iaitu boleh memberi arahan jelas/maklumat produk/pengaruhi pengguna/stafkepada pihak berkaitan5. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus laindi semua peringkat dalam organisasi [1] seperti pengurus/staf jabatan lain dalam organisasisama.6. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan memahami sikap dan perasaanorang lain[1] seperti staf dalaman/pihak pengguna/pelanggan-peka dan prihatin terhadapmasalah berkaitan dengan aspek pemasaan produk.[mana-mana 4 pertama x 1m](f) “Pemimpin adalah juga seorang pengurus, tetapi pengurus tidak semestinya seorangpemimpin.” Bincangkan penyataan ini. [6]Pemimpin adalah seorang pengurus kerana pemimpin:1. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain khususnya pekerja untuk tujuanmempengaruhi mereka.[1]2. Berkebolehan menangani perubahan dengan membentuk visi tertentu3. Aktif dari aspek kemanusiaan berfungsi untuk mempengaruhi ahli atau diikuti olehorang lain4. Mempunyai motivasi yang tinggi5. Berupaya memberi arahan dan subordinat akur dengannya6. Mempunyai ciri-ciri istimewa tertentu yang tiada pada orang lain dari segi7. Berkeupayaan mempengaruhi orang lainPengurus tidak semestinya seorang pemimpin kerana:
  3. 3. 1. Jawatannya adalah secara fomal dalam organisasi.[1]2. Tidak bersifat interaksi peribadi, kelayakan akademik melayakkan beliau3. memegang jawatan.4. Lebih mementingkan pencapaian matlamat yang ditetapkan oleh organisasi5. Menangani kerumitan dan masalah dalam organisasi.6. Memastikan organisasi berada pada landasan yang betul.[Mana-mana 3 ciri pemimpin x 1m=3m][Mana-mana 3 ciri pengurus x 1m=3m](g) Huraikan tiga elemen penting tawaran di dalam Akta Kontrak. [6]Tiga elemen penting tawaran ialah:1. Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad [1] Tawaran mestilah jelas tentang terma-termanya dan kepada siapa tawaran itu ditujukan.[1] Tawaran yang kabur dan tergantung maksudnya tidak akan menjadikan tawaran itumengikat di sisi undang-undang. @[1]2. Penerima tawaran harus ditentukan Tawaran yang dibuat kepada orang tertentu merupakan satu tawaran kepada individuyang dipilih oleh pembuat tawaran. Orang selain dari mereka tidak boleh menerima tawaran tersebut. Sekiranya pihak lainmenerimanya, maka penerimaan tersebut adalah tidak sah. Sementara itu, tawaran kepada sekumpulan orang adalah satu tawaran yang berbentukumum. Ini bermakna penerimaan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang mengetahuitentang tawaran tersebut.3. Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran Pelawaan tawaran pula merupakan langkah pertama dalam rundingan yang mungkinakan berakhir dengan tawaran sesuatu pihak. Ia merupakan satu pernyataan bahawa seseorang itu berkehendak untuk melakukanperundingan tetapi tidak berkehendak untuk terikat di sisi undang-undang.[3 jawapan pertama sahaja][Fakta 1m, Huraian 1 x 1m]Jumlah=6m(h) Terangkan dua pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah untuk memasukisesuatu kontrak. [4]Pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah memasuki sesuatu kontrakialah:1. Kontrak untuk keperluan hidup [1] Contoh kontrak untuk keperluan hidup seperti makanan, minuman, pelajaran danlain-lain yang perlu dan munasabah kepada kesenangan remaja.[1]2. Kontrak biasiswa Kontrak biasiswa ialah kontrak yang melibatkan kontrak biasiswa kanak-kanakdengan badan kerajaan sahaja.3. Kontrak insurans Kontrak insurans dikecualikan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis bapaatau penjaga.4. Kontrak perkahwinan
  4. 4.  Kontrak perkahwinan merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawakanak-kanak tidak boleh membuat kontrak. Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa boleh membuat kontrak untukberkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat dikuatkuasakan di mahkamah.[Mana-mana 2 jawapan pertama][Fakta =1m, Huraian=1m]Jumlah=4m(i) Jelaskan keadaan yang yang membolehkan pelawaan tawaran berlaku menurut AktaKontrak 1950. [4]Pelawaan tawaran boleh berlaku dalam keadaan berikut:1.Pameran barang di kedai layan diriPekedai yang memperagakan barangan di dalam kedai hanya membuat pelawaan.Sesiapa yang mengambil barang tersebut dan membawa ke kaunter untuk membayar adalahpihak yang membuat tawaran untuk membeli.2. LelonganPelelong adalah pihak yang membuat pelawaan. Mana-mana orang yang hadir di majlislelongan, meletak harga untuk membeli barang lelongan adalah orang yang membuat tawaran.3. PengiklananIklan juga merupakan pelawaan. Contohnya, iklan jawatan kosong dalam akhbar,mana-mana orang yang memohon untuk mengisi jawatan tersebut ialah orang yang membuattawaran dan terpulanglah kepada syarikat yang ingin mengambil pekerja untuk membuatpenerimaan.(j) Berikan definisi barang-barang menurut Akta Jualan Barang-Barang 1957. [4]Barang ialah setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk stok dansaham, tanaman, rumput dan barang yang tercantum kepada tanah atau menjadi sebahagiannyayang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah kontrak jualan.2(a) (ii) Kes En. Zari lawan En. Zaru Dalam kes ini, En.Zari telah memohon perintah mahkamah untuk mengistiharkan perjanjianjualan kereta beliau kepada En.Zaru sebanyak RM1000 adalah batal dengan alasan balasantidak mencukupi. En.Zari tidak boleh meminta mahkamah meniistiharkan perjanjian jualan kereta tersebut bataldisebabkan balasan tidak mencukupi kerana;Merujuk kepada elemen penting balasan, iaitu ;1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik Sesuatu balasan mestilah ada unsur timbal balik iaitu pembuat tawaran mesti adabalasan yang ingin diberi kepada penerima dan begitu juga sebaliknya. Pembuattawaran mestilah mempunyai balasan masing-masing terhadap setiap tawaran yangdiberikan olehnya kepada sesiapa. En.Zari telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh En.Zaru untuk membelikereta beliau dengan balasan harga RM1000 tanpa wujud unsur paksaan2. Sesuatu balasan itu tidak semestinya berpadanan
  5. 5.  ‘Berpadanan’ bermaksud sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidaksemestinya berharga dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yangdiberikan oleh pembuat janji. En.Zari perlu mengetahui bahawa sesuatu balasan yang diterima akibat penjualankereta tersebut tidak semestinya setimpal dengan nilai sebenar kereta tersebut. Kesimpulannya Kontrak jualan antara En.Zari dan En.Zaru terhadap jual beli kereta Volvotahun 1992 hak milik En.Zari dengan harga RM1000 adalah sah, dan tidak terbatal akibatbalasan yang tidak setimpal.(b) Keputusan kes (i): Raja lawan DahliaRaja berhak mendapat balik wangnya daripada Dahlia walaupun dia telah menggunakan kereta ituselama 4 bulan kerana:Alasan:1. Dahlia tidak mempunyai hak milik sah terhadap kereta tersebut, sedangkan syarat termaklumdalam Seksyen 14(a) Akta Jualan Barangan 1957 menyatakani. Penjual mempunyai hak milik sah terhadap barangan yang dijual. Syarat termaklumdalam kontrak untuk menjual barangan:ii. Penjual akan memperolehi hak milik sah terhadap barangan pada ketika ia diserahkankepada pembeli.2. Tujuan hak milik sah ialah:i. Memastikan penjual benar-benar mempunyai hak yang sah terhadap barangan.ii. Memastikan penjual benar-benar dapat memindah hak milik yang sah kepada pembeli.

×