Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Miskonsepsi Isipadu Cecair Tahun 1

5,032 views

Published on

Published in: Education

Miskonsepsi Isipadu Cecair Tahun 1

  1. 1. TAJUK: ISIPADU CECAIRKesukaran: Menganggar isipadu cecair dalam unit mililiter dan liter di kalangan murid tahun 2.Contoh soalan: Warnakan anggaran isipadu cecair yang sesuai bagi gambar yang diberi. 750ml 250mlKesalahan yang biasa dilakukan oleh murid: Terdapat ramai juga murid yang tidak dapat menganggar isipadu minuman yang boleh diisi di dalam cawan yang biasa digunakan di rumah. Mereka memilih jawapan 750ml bagi isipadu cawan tersebut.Penyelesaian yang sepatutnya: 750ml 250mlNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
  2. 2. Langkah penyelesaian:1. Murid diberikan aktiviti meneroka isipadu pelbagai bekas yang biasa terdapat di rumah. Murid diminta mencari dan menyenaraikan bekas dan isipadunya bagi pelbagai barang yang terdapat di rumah mereka dan melaporkannya pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Bekas-bekas yang biasa terdapat di rumah dan telah dilabel dengan isipadunya ialah: botol kicap botol minyak masak botol minuman kultur botol syampu kotak susu botol air mineral tin susu balang kaca madu2. Bagi bekas-bekas yang tidak mempunyai label isipadu seperti cawan, gelas, mangkuk dan sebagainya, beri murid peluang menyukat isipadu cecair yang boleh diisi dalam bekas-bekas tersebut.3. Murid dihahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan cawan, gelas, mangkuk, sudu, jag dan bikar. Murid mengisi air ke dalam cawan hingga penuh dan menuangnya ke dalam bikar yang sesuai. Murid mencatatkan isipadu air bagi cawan itu (Rujuk Lampiran 5). Murid mengulanginya untuk bekas-bekas lain.4. Murid ditunjukkan beberapa bekas lain yang tidak disukat isipadunya. Murid diminta membandingkannya dengan isipadu bekas-bekas yang telah disukat dalam langkah sebelum ini dan menganggarkan isipadu bekas yang baru ditunjukkan ini (Rujuk Lampiran 6) dengan memilih kad jawapan yang betul.4. Murid ditegaskan bahawa bekas kecil mempunyai isipadu yang kecil dan sebaliknya. Murid juga ditegaskan bahawa unit mililiter digunakan untuk sukatan isipadu yang sedikit manakala unit liter digunakan untuk sukatan isipadu yang banyak.Setelah murid mengetahui isipadu sesuatu bekas, barulah murid dapat menganggar isipadubagi bekas-bekas lain yang hampir sama saiz dengan bekas pernah mereka sukat.NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
  3. 3. LAMPIRAN 5 Sukat dan catatkan isipadu cecair yang dapat memenuhi bekas-bekas berikut.BIL BEKAS ISIPADU 1 2 3 4 5NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
  4. 4. LAMPIRAN 6 Anggarkan isipadu bekas tersebut dengan memili kad jawapan yang betul. 2l 8l 350ml 750ml 500ml 1l 60ml 200mlNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

×