Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Jadual Berkala (2)

816 views

Published on

Jadual Berkala dalam Kimia

Published in: Science
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Jadual Berkala (2)

  1. 1. SKG 3033 Pengenalan Kimia Organik dan Tak Organik Tutorial Unit 8 Jadual Berkala (2) Nama: NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN SILA JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH 1. Terangkan maksud hubungan pepenjuru yang terdapat dalam jadual berkala. Sifat keelektronegatifan unsur bertambah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam dan berkurangan apabila menurun kumpulan jadual berkala. Sifat ini menyebabkan unsur di bawah yang pepenjuru dengannya mempunyai nilai keelektronegatifan yang sama dan seterusnya sifat kimia juga sama. Anak panah pada jadual berkala di atas menunjukkan pasangan unsur yang mempunyai hubungan pepenjuru ialah Li – Mg, Be – Al, B – Si dan C – P. 2. Terangkan perbezaan terhadap sifat pengoksidaan semakin berkurang pada kala 3 dari unsur Na hingga Ar. Di antara Mg dan Cl mana satu agen pengoksidaan yang lebih baik. Merentasi kala 3, terdapat perubahan sifat logam kepada bukan logam terdiri daripada Na hingga Ar. Sifat logam unsur mempunyai hubung kait dengan
  2. 2. kecenderungan unsur untuk mendermakan elektron dari kiri ke kanan Jadual Berkala. Unsur-unsur logam dalam kala 3 ialah Na, Mg dan Al. Manakala sifat bukan logam unsur pula menunjukkan kecenderungan untuk menerima elektron. Dalam kala 3, sifat ini dikaitkan dengan P, S dan Cl. Perubahan dari kecenderungan menderma eletron kepada menerima elektron dalam kala 3 menerangkan mengapa sifat pengoskidaan semakin berkurang dari unsur Na hingga Ar. Unsur akan mengalami pengoksidaan apabila menderma elektron manakala mengalami penurunan apabila menerima elektron. Agen penurunan ialah bahan yang boleh menderma elektron manakala agen pengoksidaan ialah bahan yang boleh menerima elektron. Di antara Mg dan Cl, Cl merupakan agen pengoksidaan yang lebih baik kerana Cl mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menerma elektron. 3. Takrifkan tenaga kekisi. Bagaimana trend tenaga kekisi dalam kumpulan dan kala. Takrifan Tenaga Kekisi ialah tenaga yang dibebaskan apabila dua ion yang berlawanan dalam keadaan gas bergabung bagi membentuk molekul pepejal. Oleh itu, tenaga kekisi berkadar songsang dengan saiz. Menuruni kumpulan; saiz atom semakin besar (terutamanya bagi unsur-unsur dalam kumpulan logam alkali dan alkali bumi), semakin senang untuk suatu unsur membebaskan elektron bagi membentuk ion positif namun semakin lemah interaksi dengan ion jiran (ikatan semakin lemah). Ini menyebabkan semakin sukar bagi ion bergabung untuk membentuk pepejal dan kesannya tenaga kekisi semakin rendah. Merentasi Kala; saiz atom semakin kecil menyebabkan semakin senang untuk atom yang lebih elektronegatif menarik elektron dari unsur logam (elektropositif). Interaksi antara ion yang berbeza cas semakin tinggi dan seterusnya tenaga kekisi yang dibebaskan juga semakin tinggi. 4. Terangkan maksud kumpulan halogen. Kenapa unsur pada kumpulan ini sangat mudah untuk wujud sebagai ion negatif satu, tetapi bukan negatif dua atau negatif tiga. Kumpulan halogen ialah sebahagian unsur-unsurnya daripada Kumpulan 17 yang mana terdiri daripada fluorin (F), klorin (CI), bromin (Br) dan iodin (I). Unsur-unsur dikenali sebagai nama halogen kerana kesemua unsur ini bertindak balas dengan logam alkali bagi menghasilkan garam yang banyak persamaan sifatnya di antara satu dengan lain.
  3. 3. Semua atom unsur halogen kekurangan satu elektron berbanding dengan konfigurasi gas lengai. Keadaan ini menyebabkan unsur pada kumpulan ini sangat mudah untuk wujud sebagai ion negatif satu, tetapi bukan negatif dua atau negatif tiga. Unsur- unsur halogen membentuk anion negatif, X ¯ apabila ia membentuk satu ikatan kovalen. 5. Terangkan maksud logam peralihan pertama. Berikan ciri logam-logam peralihan. Logam peralihan pertama atau dikenali juga sebagai logam peralihan biasa mempunyai ciri pengisian elektron dalam atomnya dibuat ke dalam orbital-orbital d. Logan peralihan pertama bermula dengan scandium dan berakhir dengan kuprum. Ciri bagi logam peralihan boleh diterangkan melalui sifat-sifat fiziknya. Unsur-unsur logam peralihan merupakan konduktor elektrik dan konduktor haba yang baik sekali kerana sifat logamnya. Walau bagaimanapun, tiga unsur iaitu kuprum, argentum dan aurum perlu ditekankan sebagai konduktor yang baik kerana nilai kekonduksiannya berlipat kali ganda lebih besar berbanding pengalir-pengalir lain. Unsur-unsur ini berbentuk hablur dengan bentuk padat rapat heksagon, padat rapat kiub, kiub berpusat jasad dan kiub berpusat muka. Ketumpatanunsur-unsur logam peralihan bertambah tinggi, dari kiri ke kanan jadual berkala, iaitu mengikut pertambahan nombor atom, dan ini disebabkan oleh pertambahan berat atom. Unsur-unsur logam peralihan mempunyai nilai takat lebur dan takat didih yang tinggi kerana atom-atom setiap unsur yang terikat kuat dalam bentuk hablur memerlukan tenaga haba yang banyak untuk dileburkan atau dididihkan.

×