Perkembangan bahasa n kognitif

22,730 views

Published on

Perkembangan Bahasa dan Kognitif

Published in: Education
5 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
22,730
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
15
Actions
Shares
0
Downloads
1,611
Comments
5
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Perkembangan bahasa n kognitif

1. 1. KAQ 1043 (A) BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK Nama Ahli Kumpulan 2 : FATIN IDAYU BINTI MOHAMAD IDRIS E20102001276 NORZAKIAH BINTI ASAHAR E20102001295 SITI SUMAIYAH BINTI KHALID E20102001292 UMI KALSOM BINTI OTHMAN E20102001255 NORAINI BINTI ISMAIL E20102001268   Pensyarah Penilai : Cik Khairul Nada bt. A. Bakar
2. 3. PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula.

Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain.

Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan.

3. 4. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. Umumnya, perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun meningkat daripada 1,000 hingga 10,000 patah perkataan.  Aktiviti bercerita membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti bercerita. Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku mengikut urutan yang sama tanpa mengira bangsa dan jantina
4. 6. 1. FONOLOGI Unit asas bunyi di dalam suatu bahasa ialah satu fonem, iaitu unit bunyi yang terkecil yang boleh memberi kesan pada makna. MAKSUD : Kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Corak perkembangan fonologi umumnya sama bagi semua kanak-kanak tidak kira bahasa apa yang dituturkan.
5. 7. UMUR PERKEMBANGAN BAHASA Lahir – 2 bulan

Menangis dan senyum

Lebih suka kepada suara

2 – 4 bulan -Mendekut ( bermain dengan bunyi vokal seperti “aa-aa-aa-aa-aa-aa” ataupun “oo-oo-oo-oo-oo-oo” 6 – 9 bulan -Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan suku kata seperti “ma-ma-ma-ma-ma” ataupun “ba-ba-ba-ba-ba” -Mula menunjukkan gerak tangan 9 – 12 bulan -Mencantum suku kata dan menghasilkan perkataan pertama 1 – 1 ½ tahun -Menyebut perkataan (mengenal nama benda ataupun orang) 1 ½ - 2 tahun Menyebut gabungan 2 perkataan (ayat mudah) melalui bahasa telegrafi (perkataan yang penting sahaja dan fonem, seperti “ ti kar” untuk “mak, saya nak roti bakar”) 2 – 4 tahun -Menyebut gabungan 3 perkataan -Menggunakan strategi sebutan untuk perkaitan rumit (seperti “didi” untuk “tv”; ataupun “alan” untuk “jalan”) 4 – 6 tahun -Menghasilkan gabungan 4 – 5 perkataan -Sebutan bertambah baik -Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu
6. 8. 2. MORFOLOGI

Unit-unit makna yang terlibat dalam pembentukan perkataan.

Suatu morfem ialah suatu unit makna yang minimal, iaitu suatu perkataan atau sebahagian daripada suatu perkataan yang tidak dapat dipisahkan ke dalam bahagian-bahagian yang kecil secara bermakna.

Contoh perkataan 1 morfem : Help

Contoh perkataan 2 morfem : Help + er = Helper

7. 9. 3. SINTAKTIS Terlibat dengan cara bagaimana perkataan-perkataan dicantum untuk membentuk frasa-frasa ayat yang boleh diterima. Satu peraturan yang mengurus susunan kata dalam frasa dan ayat.
8. 10. 4. SEMANTIK Kebolehan memahami percakapan yang didengari. Merujuk kepada makna perkataan dan ayat. Setiap perkataan mempunyai satu set ciri2 semantik.
9. 11. UMUR KEBOLEHAN SEMANTIK 6 – 12 bulan -Dapat memahami perkataan serta menunjuk objek yang dinamakan 1 – 1 ½ tahun -Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun -Perbendaharaan kata terdiri daripada orang (mama, abah) dan benda maujud (bola, kasut, buku) -Memahami arahan mudah seperti “tepuk tangan” 1 ½ - 2 tahun -Perbendaharaan kata bertambah 10 – 20 perkataan seminggu -Perbendaharaan kata terdiri merangkumi perbuatan (bye-bye), tempat (mana, sana) dan keadaan (habis) 2 – 3 tahun -Perkembangan perbendaharaan kata diiringai dengan menyifatkan objek. -Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan (marah) atau sifat nama (comel) -Lebih banyak perbendaharaan kata (1000) -Dapat menamakan objek ataupun kejadian dan mengkategorikan
10. 12. UMUR KEBOLEHAN SEMANTIK 4 – 6 tahun -Berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10,000 p.p pada hujung peringkat prasekolah. -Memahami lawak jenaka -Memahami cerita lisan ataupun yang dibaca dalam buku -Memahami dan menghafal seni kata lagu ataupun puisi.
11. 13. 5. PRAGMATIK Perkembangan di mana kanak-kanak perlu mempelajari mengikut peraturan budaya ketika berkomunikasi Contohnya : Mereka hendaklah belajar mengambil giliran untuk bercakap, memahami bahasa badan ataupun isyarat, memberi respon kepada teman perbualan dan tahu topik yang diperbualkan, Penggunaan bahasa dalam konteks yang berbeza-beza.
12. 14. UMUR KEBOLEHAN PRAGMATIK 1 – 2 tahun

Mula mengambil giliran dalam perbualan

Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti “bye-bye” ataupun “terima kasih”

3 – 4 tahun -Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain ataupun aktiviti kelas -Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian -Dapat menggunakan daftar bahasa seperti “selamat pagi” 5 – 6 tahun -Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan besar -Dapat menggunakan daftar bahasa seperti “apa khabar”
13. 15. PERKEMBANGAN TATABAHASA Penggunaan lebih daripada satu perkataan dalam satu ungkapan. UMUR PERKEMBANGAN TATABAHASA 1 – 2 tahun -Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataan seperti “sedap roti” untuk “sedapnya roti ini” 2 – 3 tahun -Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti “adik nak ikut” untuk “adik nak ikut mak jalan-jalan” -Berupaya menggunakan sifat nama, kata bilangan dan kata tempat dalam membentuk ayat. 4 – 6 tahun

-Menghasilkan ayat gabungan 3 – 6 perkataan seperti “kucing putih itu kesayangan adik”

-Menggunakan :

Kata sambung (kerana, sambil)

Ayat berlapis (baju saya cantik dan berwarna hijau)

Soalan bertag (aiskri ini sedap, betul tak?)

Ayat pasif (bola ditendang oleh Ahmas)

-Menghasilkan cerita pendek

14. 17.

proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual.

kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami dan menganalisa.

membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.

salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.

PERKEMBANGAN KOGNITIF
15. 18. KOGNITIF

Kemahiran kognitif merupakan :-

kebolehan individu untuk berfikir,

memberi pendapat,

memahami,

mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
16. 19.

Kemahiran kognitif melibatkan aktiviti mental seperti;

ingatan

mengkategori

merancang

menaakul

menyelesaikan masalah

mencipta

berimaginasi

17. 20. TEORI KOGNITIF Teori Kognitif JEAN PIAGET Teori Kognitif LEV VYGOTSKY
18. 21. TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:

Kematangan Biologi : Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik.

Interaksi Individu dengan Persekitaran : Salah satu proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku.

Pengalaman Sosial : Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang2 di sekelilingnya.

Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami.

19. 22. KONSEP SKEMA ASIMILASI Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
20. 23. AKOMODASI

proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.

ADAPTASI Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran
21. 24. TAHAP MENGIKUT PERINGKAT UMUR

Tahap Sensorimotor @ deria motor

(dari lahir hingga 2 tahun)

Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)

Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

22. 25. TAHAP SENSORIMOTOR

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan.

Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.

Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

23. 26.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular.

Bayi mula faham tentang bahagian badannya yang tertentu.

Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama.

Tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru.

Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi..

24. 27.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran.

Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya.

Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya.

Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut.

25. 28.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain.

Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.

Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

26. 29.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Di tahap ini, bayi menunjukkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek.

Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

27. 30.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.

Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan.

Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

28. 31. TAHAP PRA-OPERASI

Proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.

Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

29. 32. Operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu Pengamatan, Ingatan dan Bayangan. PENGAMATAN merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. INGATAN pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. BAYANGAN merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental
30. 33. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : Tahap Pra-konseptual ( 2-4 tahun ) Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza.

Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu ' egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan ' pembentukan identiti diri'. .

31. 34. Tiada prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak juga menggunakan symbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
32. 35. TEORI KOGNITIF LEV VYGOTSKY

Lev Vygotsky (1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa.

33. 36.

Pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya.

Kanak-kanak belajar dari apa yang dipraktikkan. kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya.

Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang .

34. 37. Zon Perkembangan Proksimal

Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam komsep Zon Perkembangan Proksimal.

Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal.

Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak .

35. 39. SCAFFOLDING Vygotsky menggambarkan scaffolding sebagai bantuan, bimbingan atau petunjuk daripada orang yang lebih berpengetahuan dalam menguasai ilmu kemahiran. Bantuan dalam proses pembelajaran kanak-kanak patut dikurangkan apabila kanak-kanak sudah mahir atau sudah boleh melakukan kerjanya sendiri dan akhirnya mereka boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada individu yang lebih berpengalaman. Perkara yang paling penting semasa proses scaffolding ialah perbualan dan interaksi. Perbualan akan membantu kanak-kanak menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir, contohnya ibu bapa dan guru.
36. 40. RUJUKAN http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/perkembangan-bahasa-kanak-kanak.html http://syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-kognitif-jean-piaget.html Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah . Bentong : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Ain (2007). Pertumbuhan Dan Perkembangan Kognitif Manusia Daripada Perspektif Teori Piaget. Diperoleh pada Mac 13, 20 11 daripada http://teoripiaget.blogspot.com/ Asmawati Desa (2004).  Psikologi Untuk Gol ongan Professional.  Kuala Lumpur: McGraw-Hill http://www.scribd.com/syazayasminismail/d/4853456-PBK-perkembangan-bahasa-kk Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.