Proses kejadian manusia

8,439 views

Published on

bab 4 : Ensiklopedik

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,439
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
152
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Proses kejadian manusia

  1. 1. Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 EnsiklopedikProses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :PERINGKAT PERTAMA :NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianyabermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud :” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampuryang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan diamendengar dan melihat “ Sperma Sperma menembusi ovumMenurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yangterdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataanamsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami(Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yangberbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunyasaraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dandaging.PERINGKAT KEDUA :‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim(qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yangbermaksud : ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
  2. 2. Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 Ensiklopedik” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuatberasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputioleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darahPeringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.PERINGKAT KETIGA :MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataanmudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggotayang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untukperkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagimembekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistempernafasan bayi mula berfungsi sendiri.PERINGKAT KEEMPAT :IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkatpembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telahdibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkanIzam dengan daging” ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
  3. 3. Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 Ensiklopedik Janin berusia 12 mingguKemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perutdan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistempernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan.Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing danlain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu jugamata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurnadan lengkap.PERINGKAT KELIMA :NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapaperubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk keperingkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanyaKuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkapmenyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semuaanggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanyapada ukuran bayi sahaja. ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
  4. 4. Penghayatan Islam (ISL 1012)Bab 4 Ensiklopedik Janin mendapatkan makanan melalui uriPERINGKAT KEENAM :NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah rohditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakanpeniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuhtermasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksiansebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan inientiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insandisisi Allah SWT.Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadianmanusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semuamenjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kitajuga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.Wallahu A’lam…Rujukan : http://lailizah.tripod.com/ ©kpmsi/isl1012/jan-jun12

×