KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan                                    ...
KEPIMPINAN                                                                   Asas Pengurusan   •      Kepimpinan   adalah ...
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusan  ada bagi pengurus untuk menjadi pe...
KEPIMPINAN                                                                    Asas Pengurusan  Ia       membolehkan       ...
KEPIMPINAN                                                              Asas Pengurusan     Penekanan kepada usaha yang mi...
KEPIMPINAN                                                               Asas Pengurusan              dan ugutan juga digu...
KEPIMPINAN                                                             Asas Pengurusanc)   Teori Matlamat Laluana)        ...
KEPIMPINAN                                                                   Asas Pengurusan   Dengan bantuan ketiga-tiga ...
KEPIMPINAN                                                             Asas PengurusanKeupayaan subordinat meningkat dan s...
KEPIMPINAN                                                             Asas PengurusanPengurus yang berorientasikan tugas....
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

4 pengarahan

645 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
645
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
24
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

4 pengarahan

  1. 1. KEPIMPINAN Asas Pengurusan PENGARAHAN ( KEPIMPINAN )7.0 PengenalanKita telahpun mempelajari mengenai kuasa dan pengaruh yang terdapat pada seorangpengurus. Setakat mana pengurus dapat mempengaruhi pekerja maka ia dikatakanlebih berjaya dan dapat menjadi pemimpin bagi pekerja-pekerja dalam organisasitersebut. Ini adalah kerana pemimpin wujud bila adanya pengikut yang akanmelaksanakan kerja-kerja yang akan dilakukan dengan sukarela walaupun tanpa arahandaripada pengurus atau pemimpin.Kita juga biasa mendengar kehebatan seseorang pemimpin. Apakah yang menjadiseorang pemimpin tersebut begitu dikagumi oleh semua masyarakat? Adakah keranapersonaliti, sifatnya, penampilannya, gaya pengurusannya ataupun ideanya? Kita akandapat mengenalpasti faktor-faktor ini dalam tajuk–tajuk selepas ini.7.1 Definisi • Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.
  2. 2. KEPIMPINAN Asas Pengurusan • Kepimpinan adalah proses pengarahan tingkahlaku orang lain kearah penyempurnaan sesuatu objektif.7.2 Kemahiran pemimpin • Kemahiran bekerjasama. • Kemahiran memahami nilai. • Kemahiran menggunakan deria dalaman. • Kemahiran memahami diri sendiri. • Kemahiran melihat masa hadapan.7.3 Pendekatan Kepada KepimpinanBagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang berkesan atau bagaimana kita dapatmengenali seseorang pengurus itu pemimpin atau tidak? Pemimpin dikenaliberdasarkan kepada 3 pendekatan iaitu: i. Pendekatan sifat ii. Pendekatan tingkahlaku atau gelagat iii. Pendekatan kontigensi atau situasi 7.3.1 Pendekatan sifat. Biasakah anda dengar istilah “born to be a leader”?. Melalui pendekatan ini, penyelidik menyatakan seseorang pemimpin mempunyai sifat-sifat tertentu sejak dilahirkan dan mereka memang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Tetapi pandangan ini merupakan satu pandangan yang agak lama kerana sekarang kita tidak dapat mendefinisikan seseorang itu sebagai pemimpin hanya berdasarkan kepada sifat-sifat yang mereka ada, walaubagaimanapun sifat-sifat tertentu perlu
  3. 3. KEPIMPINAN Asas Pengurusan ada bagi pengurus untuk menjadi pemimpin kerana sifat–sifat ini sebagai aset pengurus tersebut. Senaraikan sifat-sifat yang anda rasakan harus ada pada seorang pengurus bagi menjadi seorang pemimpin? Siapakah pemimpin yang anda kagumi? Apakah sifat-sifat yang ada pada pemimpin? 7.3.2 Pendekatan tingkahlaku Selain daripada pendekatan sifat, tingkahlaku pemimpin juga boleh difahami bagi mengenali pemimpin. Ini dapat dilihat samada pemimpin tersebut memberi tumpuan kepada pekerja ataupun hanya memberi tumpuan kepada tugas yang akan dilakukan. Pendekatan ini mempercayai pemimpin boleh dibentuk. Terdapat banyak teori yang dilakukan oleh penyelidik bagi menghuraikan gaya kepimpinan pemimpin tetapi kita akan melihat 2 pendekatan yang popular iaitu: a) Teori Grid pengurusan b) Sistem 4 Likert a) Teori Grid pengurusan Grid Pengurusan (Managerial Grid) dibentuk oleh Robert Blake dan Jane Mouton. Ianya adalah satu matriks mengenai gaya kepimpinan yang mungkin wujud. Ia merupakan gaya pengurusan yang boleh digunakan oleh pengurus-pengurus. Grid pengurusan di bentuk dengan tujuan untuk membantu perkembangan pengurusan.
  4. 4. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Ia membolehkan pengurus mengenalpasti gaya pengurusan mereka dan menggalakkan mereka menggunakan gaya yang lebih berkesan. Ia berdasarkan dua dimensi utama: i)Tumpuan terhadap pekerja ii)Tumpuan terhadap pengeluaran. (1, 9) (9,9 ) T Pengurusan Selesa Pengurusan Kerja u Berpasukan m p u a (5, 5) n Pengurusan Jalan Tengah p e k ( 1, 1) (9,9 ) e Pengurusan Daif Pengurusan Tugas r j a Tumpuan Kepada Pengeluaran (1, 9 ) Pengurusan yang selesa ( Country Club) Perhatian sepenuhnya diberikan kepada keperluan pekerja supaya wujudnya perhubungan yang baik bagi menghasilkan suasana kerja yang selesa dan mesra. ( 1, 1 ) Pengurusan Daif ( Laissez Faire )
  5. 5. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Penekanan kepada usaha yang minimum agar kerja yang perlu dilakukan sekadar cukup untuk mengekalkan dirinya sebagai ahli organisasi. (5, 5 ) Pengurusan Jalan Tengah ( Middle Of The Road ) Pencapaian pekerja yang mencukupi diperolehi dengan mengekalkan moral pekerja pada tahap yang memuaskan /sederhana. (9,9) Pengurusan kerja berpasukan ( Team Work ) Pencapaian kerja berpunca dari kesungguhan pekerja yang saling bekerja sama, percaya mempercayai dan hormat menghormati. (9,1 ) Pengurusan Tugas ( Autokratik) Kecekapan dalam melaksanakan tugas diperolehi dengan tidak memberi tumpuan terhadap aspek kemanusiaan terhadap pekerja. Kecekapan ini terhasil dari penyusunan kerja yang rapi. Blake dan Mouton berpendapat bahawa gaya kepimpinan (9,9) adalah yang paling berkesan dan ia dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik, memberi kepuasan kepada pekerja serta dapat mengurangi kadar ketidakhadiran. b) Sistem Empat Likert Rensis Likert dalam bukunya “New Patterns Of Management” telah mengemukakan 4 jenis sistem pengurusan atau gaya pengurusan iaitu: i) Exploitative – Authoritative Kuasa dan arahan datang daripada pihak atasan. Ugutan dan hukuman digunakan dalam pengurusan. Komunikasi antara pengurus dan pekerja tidak baik. Tiada kerjasama dikalangan pengurus dan pekerja. Produktiviti yang sederhana. Masalah pekerja berlaku. ii) Benevolent – Authoritative Ciri-cirinya sama seperti di atas kecuali pada sistem ini wujudnya komunikasi dari bawah ke atas bagi tujuan rundingan. Ganjaran diberikan
  6. 6. KEPIMPINAN Asas Pengurusan dan ugutan juga digunakan. Daya pengeluaran adalah sederhana tetapi masih berlakunya masalah pekerja dan pemberhentian pekerja. iii) Consultative Matlamat ditetapkan dan arahan diberi setelah perbincangan dilakukan terlebih dahulu dengan pekerja. Berlakunya komunikasi dua hala dan kerjasama kumpulan digalakkan. Adakalanya penglibatan pekerja dijadikan faktor motivasi. Daya pengeluaran adalah baik dan masalah pekerja sederhana. iv) Participative Sistem yang paling ideal. Penglibatan pekerja menghasilkan komitment terhadap matlamat organisasi. Berlakunya komunikasi dua hala dan berbagai cara digunakan oleh pengurus bagi tujuan motivasi. Daya pengeluaran adalah paling baik dan masalah pekerja juga semakin berkurangan. Sistem I adalah lebih cenderung kepada tugas manakala Sistem IV berorientasikan kepada manusia.7.3.3 Pendekatan situasi atau kontigensi.Pendekatan kontigensi lahir hasil daripada pengalaman pengurus dan penyelidikmengenai corak kepimpinan pengurus. Mengikut pendekatan ini, gaya kepimpinanpengurus mestilah disesuaikan dengan situasi yang dihadapai. Bermakna gaya ataucorak kepimpinan pengurus mestilah sentiasa berubah berdasarkan situasi yang merekahadapi dan tidak tetap kepada satu gaya pengurusan sahaja bagi semua situasi ataukeadaan. Dalam pendekatan kontigensi kita akan melihat kepada 3 teori iaitu:a) Teori Luar Jangka Fiedlerb) Teori Kitaran Hayat
  7. 7. KEPIMPINAN Asas Pengurusanc) Teori Matlamat Laluana) Teori Luar Jangka FiedlerTeori Luar Jangka Fiedler yang dikemukakan oleh Fiedler telah memulakan erapenyelidikan dalam kepimpinan mengikut situasi. Teori ini menyatakan bahawa situasiyang berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza.Keberkesanan sesebuah kumpulan itu bergantung kepada penyesuaian di antara gayakepimpinan seseorang ketua dengan situasi tertentu. Menurut Fiedler, keberkesananseseorang pemimpin itu ditentukan oleh interaksi di antara pekerja dengan tigaangkubah yang lain iaitu: i) Hubungan Anggota-Ketua Hubungan ini ditentukan oleh sejauh manakah seseorang pemimpin itu diterima oleh sesebuah kumpulan, samada ia mempunyai hubungan yang baik dengan kumpulan atau di sebaliknya. Sekiranya wujud perselisihan faham di antara kumpulan dengan pemimpin, atau tiada kerjasama, ini menunjukkan hubungan ketua – anggota itu adalah rendah. ii) Struktur tugas Sejauhmanakah tugas-tugas kumpulan itu adalah rutin dan boleh diramal. iii) Kuasa Kedudukan Ketua Sejauhmana kuasa untuk memberi ganjaran, menghukum, mengambil dan memberhentikan kerja atau lain-lain kuasa itu diberikan oleh organisasi kepada pemimpin.
  8. 8. KEPIMPINAN Asas Pengurusan Dengan bantuan ketiga-tiga faktor situasi di atas, Fiedler mengenalpasti lapan jenis situasi dan menghubungkaitkan situasi ini dengan gaya kepimpinan yang paling berkesan.b) Teori Kitaran Hayat 3 2 4 1Teori Kitaran Hayat membahagikan situasi kepada empat fasa berdasarkan kedudukanpekerja dalam organisasi.Fasa 1Peringkat ini subordinat baru memasuki organisasi. Mereka perlu diperintah dalammenjalankan tugas. Jika pengurus tidak bersifat memerintah maka akan timbulkekeliruan pada subordinat. Hubungan antara pengurus dengan subordinat belumbegitu baik iaitu baru mengenali di antara satu sama lain.Fasa 2Gelagat tugasan perlu tinggi kerana subordinat belum mampu untuk menerima tugasan.Walaubagaimanapun keyakinan pengurus terhadap subordinat adalah semakinmeningkat. Galakan dan tunjuk ajar masih perlu diberikan lagi kepada pekerja.Fasa 3
  9. 9. KEPIMPINAN Asas PengurusanKeupayaan subordinat meningkat dan subordinat mula aktif dan akan mencari-caritanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak perlu menunjukkan sifat direktif yangtinggi. Walaubagaimanapun pengurus akan memberi bantuan dan galakan kepadasubordinat dalam mengukuhkan subordinat tersebut dalam organisasi. Perhubunganantara pengurus dan pekerja juga semakin baik.Fasa 4Semakin lama subordinat semakin yakin dan dapat melaksanakan tugas dengan sendiritanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus cuba untuk mengurangkan bantuan dangalakan. Dalam tingkat ini, hubungan tugasan dengan pengurus akan menurun.c) Teori matlamat laluan.Robert House dan Martin J Evans juga mengemukakan satu model mengenaipendekatan kontigensi iaitu Teori Matlamat Laluan. Teori ini menyatakan bahawapemimpin adalah sumber ganjaran. Ia cuba meramalkan bagaimana ganjaran yangberbeza serta gaya kepimpinan yang berbeza dapat mempengaruhi motivasi, prestasidan kepuasan subordinat. Di antara cara yang paling penting ialah keupayaannyamenawarkan ganjaran serta menjelaskan kepada subordinat tentang apakah yangseharusnya dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itupengurus menentukan kewujudan matlamat yang perlu dicapai dan menjelaskankepada subordinat laluan yang perlu diambil untuk mendapatkannya.Gaya kepimpinan pengurus samada bertumpukan pekerja atau tugas mempengaruhidorongan dan ganjaran yang akan didapati.Sebagai contoh:Pengurus yang bertumpukan pekerja.Pengurus akan menawarkan berbagai bentuk ganjaran kepada subordinat seperti gaji,kenaikan pangkat, sokongan, galakan, jaminan, penghormatan dan lain-lain. Pengurusjuga sensitif terhadap perbezaan individu dan menyesuaikan ganjaran dengankeperluan individu serta keinginan mereka.
  10. 10. KEPIMPINAN Asas PengurusanPengurus yang berorientasikan tugas.Ia tidak menawarkan bentuk-bentuk ganjaran yang pelbagai dan tidak sensitive terhadapkeperluan pekerja. Walaubagaimanpun, pengurus demikian biasanya lebihberkemampuan menghubungkan prestasi subordinat dengan ganjaran berbandingdengan seseorang pengurus yang bertumpukan pekerja.Para subordinat akan mengetahui dengan tepat apakah tingkat daya pengeluaran atauprestasi yang perlu mereka capai bagi membolehkan mereka memperolehi bonus,tambahan gaji atau kenaikan pangkat.

×