Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

pengkebumian perahu

841 views

Published on

protosejarah dan prasejarah

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

pengkebumian perahu

  1. 1. Pengkebumian Perahu Pengkebumian Perahu
  2. 2. Selain daripada digunakan sebagai alat pengangkutan, perahu turut digunakan sebagai tempat pengkebumian. Pengkebumian mayat di dalam perahu (bot burial) adalah suatu bentuk pengkebumian mayat yang telah diamalkan oleh masyarakat Zaman Prasejarah di negara ini.
  3. 3. Tradisi ini dikatakan terus berlanjutan sehingga ke Zaman Protosejarah iaitu di antara 1,800 tahun hingga 3,000 tahun yang lampau. Terdapat andaian bahawa perahu adalah sejenis alat pengangkutan yang digunakan untuk perjalanan ke alam yang lain.
  4. 4. Fenomena ini juga menunjukkan bahawa teknologi pembuatan perahu dan juga peranan sungai sebagai alat pengangkutan utama yang menghubungkan masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman dengan masyarakat pesisir pantai. Keadaan ini menjadikan perahu amat penting dalam kehidupan seharian masyarakat terutama dalam bentuk spiritual kerana ianya dianggap sebagai pengangkutan suci yang menghubungkan masyarakat dengan dunia nyata dan dunia akhirat.
  5. 5. Ciri-ciri • Terdapat beberapa ciri kebudayan pengkebumian di dalam perahu, di antaranya ialah; mayat orang yang meninggal dunia diletakkan di dalam perahu
  6. 6. terdapat beberapa jenis objek atau peralatan yang digunakan sebagai objek iringan dan diletakkan bersama dengan mayat seperti tembikar, alat perhiasan diri dan sebagainya pola petempatan masyarakat yang mengamalkan kebudayaan ini adalah dipercayai di kawasan pesisiran sungai atau pantai
  7. 7. Jumpaan Amalan pengkebumian ini juga telah diamalkan oleh masyarakat pedalaman di kawasan Gua Niah, Sarawak sejak 3,000 tahun silam. Penemuan di Kuala Selinsing mendapati bahawa mayat diletakkan di dalam perahu bersama-sama periuk-periuk tembikar dan bahan-bahan perhiasan diri seperti manik-manik kaca dan batu.
  8. 8. Manakala di Gua Niah pula, mayat hanya diletakkan di dalam perahu bersama alat perhiasan diri sebelum disorok di dalam gua-gua batu kapur. Apa yang menarik, persekitaran perkuburan perahu di Gua Niah dihiasi dengan lukisan-lukisan dinding dari bahan hematite berwarna merah dengan sebahagian besar lukisan yang dihasilkan menggambarkan pengembaraan roh-roh bersama para pengiringnya menuju ke dunia akhirat.
  9. 9. Pada tahun 1988 hasil ekaskavasi yang dijalankan di Kuala Selinsing, Pulau Kalumpang, Perak Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman bersama pasukan penyelidik dari UKM telah berjaya menemui rangka manusia Zaman Prasejarah yang mengamalkan tradisi pengkebumian dalam perahu.
  10. 10. Hasil penyelidikan yang dijalankan itu mendapati masyarakat Zaman Prasejarah di kawasan tersebut pernah mengamalkan tradisi pengkebumian mayat di dalam perahu. Orang yang telah meninggal dunia akan dikuburkan dalam keadaan memanjang dan diletakkan di dalam sampan atau perahu.
  11. 11. Selain rangka manusia, terdapat beberapa penemuan lain seperti periuk, alat-alat yang diperbuat daripada tulang-tulang haiwan dan kulit- kulit siput, lesung kayu, manik pelbagai corak dan bentuk. Turut ditemui ialah alat-alat perhiasan diri yang diperbuat dari emas di mana salah satu daripadanya adalah sebentuk cincin emas yang berukir Dewa Vishnu di atas seekor garuda dan juga sebuah cop mohor yang dikenali mohor pallava.
  12. 12. Di samping itu, berdasarkan penemuan beberapa jenis artifak yang lain menunjukkan bahawa tapak Pulau Kalumpang pernah menjadi lokasi penempatan manusia dan juga kehadiran pengaruh asing. Selain Pulau Kalumpang (Perak), pengkebumian dalam perahu turut ditemui di beberapa tapak lagi seperti di Gua Kain Hitam, Gua Niah (Sarawak).
  13. 13. Dalam tahun 1954, pihak Muzium Sarawak yang diketuai oleh Tom Harrisson telah membuat perjelajahan ke Guah Niah, Sarawak. Beliau telah membuat ekskavasi di tapak ini dan pada kedalaman 90 inci, salah satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia telah dijumpai di mana ia dikelilingi oleh lapisan arang yang dipercayai berusia 40,000 tahun yang lalu.
  14. 14.  Jumpaan rangka manusia tersebut merupakan antara penemuan terawal dan merupakan homo sapien pertama yang dijumpai di Asia Tengggara. Jauh di bahagian dalam gua tersebut adalah tempat pengebumian masyarakat Mesolitik dan Neolitik yang menempatkan sebanyak 16  Dua daripada kubur tersebut mengandungi perkakas yang diperbuat daripada logam. Kajian dengan menggunakan Pentarikhan Karbon menunjukkan arang yang dijumpai bersama-sama dengan rangka manusia tersebut berusia kira-kira 1,000 tahun (100±39,600 Bp).
  15. 15. Sementara itu hasil penyelidikan mendapati bahawa tengkorak tersebut berusia pada tahap 96±39,000 tahun. Sementara itu beberapa penemuan lain turut dijumpai di antaranya adalah seperti ukiran pada batu-batu dan bekas-bekas makanan. Pada bahagian lain di gua batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah dijumpai.
  16. 16. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan imej atau motif manusia yang sedang menari. Sebahagian besar lukisan yang dipaparkan menggunakan hematite berwarna merah dengansebahagian besar lukisan yang dihasilkan adalah menggambarkan pengembaraan roh-roh bersama pengiringnya ke alam akhirat.
  17. 17. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca. Hasil penyelidikan yang dilakukan di tapak ini menunjukkan bahawa Sarawak telah dihuni oleh manusia sejak 40,000 tahun dahulu dan Gua Niah pula telah dihuni sejak 10,000 tahun dahulu.
  18. 18. Rumusan Berdasarkan pentarikhan radiokarbon C14 yang dilakukan ke atas beberapa sampel kulit kerang adalah jelas menunjukkan bahawa kewujudannya adalah sekitar 200 SM.
  19. 19. Sekian, terima kasih

×