Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Minit mesyuarat opkim 4

286 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Minit mesyuarat opkim 4

  1. 1. MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM (OPKIM PAGOH) KALI KEEMPAT PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 22 November 2013 : 8.30 Malam : DK 3F 302 FSSK : 10 Orang AGENDA 1 Ketua Pengarah, Saudari Norhidayah Binti Ruhi memulakan majlis dengan Al-Fatihah. Ketua Pengarah mengingatkan tentang perkembangan gerak kerja setiap minggu haruslah lebih aktif. Setiap pos juga perlu mempunyai wakil untuk membentangkan perkembangan gerak kerja setiap sekretariat. Beliau juga mengingatkan tentang pembuktian gambar dan video yang perlu diambil pada setiap mesyuarat untuk dijadikan bahan bukti dalam sistem HP. AGENDA 2 Perkembangan setiap pos. Penyelaras program :  Penyelaras perlu menyediakan pelan penyelaras keseluruhan dan pergerakan gerak kerja untuk setiap pos. Pengarah program (pendidikan) :  Pengarah telah merancang beberapa slot dan program LDK untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Gerisik.  Pengarah memerlukan jumlah bilangan pelajar sekolah tersebut.  Pengarah juga boleh berhubung dengan Cikgu Tajuddin Sukuri untuk mendapatkan khidmat dan bantuan.  Pengarah juga perlu menghubungi dan berbincang dengan pihak sekolah untuk jamuan kerana dikhuatiri tidak mempunyai peruntukan. Pengarah publisiti :  Pengarah perlu mereka 5 poster untuk setiap program iaitu program kerohanian, motivasi pendidikan, khidmat sosial, kebudayaan dan program sukan.  Pengarah perlu membuat montaj keseluruhan program untuk acara penutup.
  2. 2. Pengarah cenderamata :  Pengarah dikendaki membuat senarai nama untuk mengetahui saiz baju setiap ahli. Pengarah pemasaran :  Pengarah telah menghubungi beberapa syarikat iaitu syarikat Munchy’s, syarikat air mineral dan lain-lain. AGENDA 3 Kata-kata aluan daripada Presiden PERMAJ, Saudara Shahrul Akmal Bin Johari. Presiden menegaskan supaya setiap sekretariat perlu mempunyai perubahan dalam gerak kerja setiap minggu memandangkan tarikh program semakin hampir. Presiden juga menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai alahan makanan perlu diberitahu kepada keluarga angkat supaya tiada masalah yang berlaku pada hari program. Presiden juga memberitahu tentang pengedaran baju program akan dilakukan seminggu sebelum hari program berlangsung. Beliau juga mengingatkan tentang setiap surat perlu mempunyai logo UKM, Permaj dan Johor. Surat yang memerlukan tanda tangan dan cop Presiden boleh diminta terus daripada Ketua Pengarah. AGENDA 4 Kata-kata penutup : Saudari Norhidayah menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Pagoh) dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Disediakan oleh, Disahkan oleh, NUR AMANINA MOHD KHAIRUDDIN NORHIDAYAH BINTI RUHI Setiausaha, Operasi Khidmat Masyarakat, OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia . Ketua Pengarah, Operasi Khidmat Masyarakat, OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia.

×