Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Minit mesyuarat opkim 3

2,333 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Minit mesyuarat opkim 3

  1. 1. MINIT MESYUARAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM (OPKIM PAGOH) KALI KETIGA PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 14 November 2013 : 8.30 Malam : DK 3F 201 FSSK : 26 Orang AGENDA 1 KetuaPengarah, SaudariNorhidayahBintiRuhimemulakanmajlisdengan Al-Fatihah. KetuaPengarahmengingatkan tentang perjumpaan harus dilakukan antara ahli dalam sekretariat masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut tentang tindakan seterusnya yang perlu dibuat. AGENDA 2 Tugasan setiap pos. Pengarah program 1( keagamaan) :  Bajet bagi penginapan, makanan dan pengangkutan untuk penceramah adalah RM300.  Antara penceramah yang dicadangkan untuk slot ceramah ialah Imam Muda Syakir, Imam Muda Najdi, Ustaz Aiman, dan Ustaz Azamudin Bin Zainal.  Pemberian zakat untuk golongan asnaf. Pengarah program 2 (sukan dan pertandingan) :  Pengarah telah merancang beberapa sukaneka dan sukan rakyat untuk belia pada hari Ahad daripada pukul 3 hingga 7 petang.  Pengarah program juga perlu melantik juri untuk mengadili pertandingan tersebut.  Pengarah program juga perlu merujuk kepada Pengarah Logistik untuk memohon barang-barang dan kemudahan yang diperlukan ketika hari pertandingan. Pengarah program 4 (khidmat sosial) :  Pengarah program bercadang untuk membuat gotong-royong bersama dengan penduduk kampung.  Mereka juga perlu membuat surat jemputan untuk menjemputpenceramah bagi slot seminar kesihatan dan membuat pemeriksaan secara percuma untuk penduduk kampung.
  2. 2. Pengarah program (pendidikan) :  Program akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Gersik.  Pengarah perlu merancang program atau aktiviti untuk para pelajar tahap 2 (darjah 4, 5, dan 6) seperti ice-breaking, dan slot ceramah.  Pengarah juga boleh berhubung dengan Cikgu Tajuddin Sukuri untuk mendapatkan khidmat dan bantuan. Pengarah protocol :  Pengarah perlu menyediakan teks ucapan untuk pengerusi majlis dan beberapa orang usher ketika program dilaksanakan. Pengarah jamuan :  Pengarah perlu mencadangkan makanan ketika program berlangsung. Pengarah publisiti :  Mereka banner untuk diletakkan di tempat-tempat sekitar kampung tersebut. Pengarah cenderamata :  Pengarah memerlukan surat permohonan program.  Pengarah juga meminta senarai cenderamata yang diperlukan oleh setiap secretariat.  Alas dan dulang telah disediakan oleh pengarah program. Pengarah pemasaran(Mohd Ikmal) :  Pengarah telah mendapat senarai nama syarikat untuk mengumpul dana. AGENDA 3 Kata-kata aluan daripada Presiden PERMAJ, Saudara Shahrul Akmal Bin Johari. Presiden PERMAJ memberitahu tentang Bengkel Pemasaran yang akan diadakan pada Hari Selasa jam 8 malam di Auditorium Siswa. Presiden mengingatkan bahawa sekretariat pemasaran perlu lebih aktif dan efisyen dalam menjalankan tugas untuk mendapatkan dana dan mereka perlu membawa beberapa dokumen yang penting ketika melakukan pemasaran. Antaranya ialah Ringkasan eksekutif, Surat kelulusan, surat pengecualian cukai dan surat tajaan. Beliau juga memberitahu bahawa Bengkel untuk post protokol akan diadakan dalam tempoh 3 minggu akan datang pada Hari Sabtu dari jam 8 hingga 5 petang. Beliau juga mengingatkan bahawa Pengarah Program Pendidikan perlu menempah tarikh lebih awal kepada pihak sekolah untuk membuat program di tempat mereka. Beliau juga berharap agar semua pihak memberikan kerjasama kerana beliau menyatakan bahawa penduduk kampung di Pagoh sangat memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi.
  3. 3. AGENDA 4 Kata-kata penutup : Saudari Norhidayah menutup mesyuarat OPKIM 10 Penjuru (Pagoh) dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Disediakan oleh, Disahkan oleh, NUR AMANINA MOHD KHAIRUDDIN NORHIDAYAH BINTI RUHI Setiausaha, Operasi Khidmat Masyarakat, OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia . Ketua Pengarah, Operasi Khidmat Masyarakat, OPKIM 10 Penjuru (PAGOH), Persatuan Mahasiswa Anak Johor(PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia.

×