Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Penggolongan kata kata kerja

2,710 views

Published on

bahasa melayu

Published in: Education
  • Login to see the comments

Penggolongan kata kata kerja

  1. 1. 1http://dermagabmk1.blogspot.com PENGGOLONGAN KATA : KATA KERJA A. KONSEP KATA KERJA 1. PENGERTIAN: Kata kerja merujuk kepada perkataan yang menunjukkan perbuatan atau sesuatu yang dilakukan. Kata kerja menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. 2. KATEGORI: Kata kerja perbuatan = yang menunjukkan adanya gerak perbuatan dilakukan pada diri sendiri, terhadap orang atau benda lain sengaja atau tidak sengaja minum berlari membaling tertendang tumbuk- menumbuk Kata kerja keadaan = yang tidak menampakkan ada gerak perbuatan lazimnya merujuk kepada kognisi, peristiwa, kepunyaan, pemerian, dan sebagainya. lahir habis hidup hilang mati menjadi 3. CIRI-CIRI: (i) Boleh didahului oleh kata bantu: belum pergi baru sampai akan bertanding pernah bersahabat sedang memberitahu... (ii) Dapat dijadikan perintah dalam ayat minimal: Pergi! Pecahkan! Pungut! (iii) Tidak boleh digandingkan dengan kata penguat: *amat melompat *sungguh berdoa terguling benar tembak sangat (iv) Dapat dinafikan dengan kata “tidak”: tidak bangun tidak berjaya tidak tiba 4. FUNGSI: (i) Inti bagi binaan frasa kerja: berjalan cepat sudah datang tadi masih tersenyum (ii) Unsur utama predikat ayat: Emak berniaga. Harga ayam sudah turun. Adik menangis teresak-esak. (iii) Penerang bagi frasa nama (FN) aktiviti berbasikal tabiat merokok perbuatan memburuk- burukkan negara (iv) FN subjek = asalnya penerang bagi FN dalam subjek, menjadi subjek apabila KN digugurkan (Aktiviti) Berbasikal menyihatkan badan. (Tabiat) Merokok tidak baik untuk kesihatan. (Perbuatan) Memburuk- burukkan negara perlu dielakkan.
  2. 2. 2http://dermagabmk1.blogspot.com 1.1 Pengertian: = kata kerja yang digunakan dalam ayat aktif dalam konstituen predikat Lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi penanda aktif: meN-, ter-, ber-, memper-, meN-...-kan, meN-...-i, memper-...-kan, memper-...-i 1.2 Jenis Kata Kerja: 1.2.1 Kata Kerja (KK) Aktif Transitif (a) Konsep: Kata kerja ini memerlukan objek selepasnya. Objek terdiri daripada kata nama (KN), frasa nama (FN), atau klausa nama KK aktif transitif boleh ditukarkan menjadi bentuk kata kerja pasif: ...membeli buku...  buku dibeli... ...menyemarakkan suasana...  suasana disemarakkan... ...memperoleh keuntungan...  keuntungan diperoleh... Lazimnya ditandai dengan penggunaan imbuhan: Penggunaan imbuhan Kata kerja aktif transitif + objek meN- membawa bekal (objek = KN) mencari rakan (objek = KN) mengecat dinding melawat emak saudara (objek = FN) menghantar pesanan baharu (objek = FN) ter- tersepak kayu (objek = KN) terpijak kaki adik (objek = FN) tertangkap ular besar (objek = FN) KATA KERJA Aktif Pasif Transitif Tak Transitif Tanpa Pelengkap Berpelengkap Berpenerang B. PENGGOLONGAN KATA KERJA 1. Kata Kerja Aktif
  3. 3. 3http://dermagabmk1.blogspot.com memper- memperlebar jalan (objek = KN) memperelok tulisan (objek = KN) memperindah halaman rumah (objek = FN) meN-...-kan menceriakan keadaan (objek = KN) menghidangkan air (objek = KN) membisikkan rahsia diri (objek = FN) mengesahkan kejadian sebenar (objek = FN) menjelaskan bahawa dia (objek = klausa nama) meN-...-i menemani kakak (objek = KN) membekali suami (objek = KN) menghadiri majlis kesyukuran (objek = FN) mendendami perbuatan saudaranya (objek = FN) mengetahui bahawa hal itu (objek = klausa nama) memper-...-kan mempersembahkan lagu (objek = KN) memperjudikan masa hadapan (objek = FN) mempertemukan dua saudara (objek = FN) memper-...-i mempersenjatai diri (objek = KN) memperingati jasa pahlawan (objek = FN) (b) Jenis KK aktif transitif: Dengan satu objek = KK yang diikuti terus oleh satu objek sahaja Subjek KK Aktif Transitif Objek 1. Ayam 2. Mereka 3. Kumpulan itu sedang mematuk mahu menyelesaikan akan mempersembahkan beras. masalah itu. drama. Dengan dua objek = KK yang diikuti dua objek secara berturut-turut Objek pertama (mengikuti KK) ialah objek tepat Objek kedua (yang mengikuti objek pertama) ialah objek sipi Subjek KK Aktif Transitif Objek Tepat Objek Sipi 1. Bahari 2. Rosnani 3. Nenek itu mencarikan mengambilkan membelikan isterinya ayahnya Mardiah sebiji nangka. air masak basikal baharu. (c) Kekecualian: Terdapat KK aktif tak transitif yang tidak disertai objek, kerana terjadinya pengguguran, dan ketiadaannya tidak menjejaskan kesempurnaan makna ayat.1 Mereka sedang makan. Pemuda itu suka membaca. Biarkan dia menunggu di sini. Dia masih mengarang. Cerita itu amat menyeramkan. 1 Tatabahasa Asas (2012:123)
  4. 4. 4http://dermagabmk1.blogspot.com 1.2.2 Kata Kerja Aktif Tak Transitif (a) Konsep: Kata kerja ini tidak memerlukan objek atau penyambut Kata kerja jenis ini tidak dapat dipasifkan Boleh terdiri daripada kata tunggal dan kata berimbuhan ber-, ter-, dan meN- duduk bersembang menari (b) Jenis KK tak transitif: Tanpa pelengkap = yang dapat berdiri sendiri dalam binaan ayat, tetapi boleh diberikan keterangan selepasnya. Mereka duduk (di beranda). Kedua-duanya bersembang (hingga tengah malam). Budak itu enggan menari (di hadapan orang lain). Berpelengkap = yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepasnya untuk melengkap maksudnya. Pelengkap boleh terdiri daripada: kata nama/frasa nama Saudaranya bertemankan gadis kota. Budak itu tidak mahu berjabat tangan. Sudah lama saya ingin menjadi guru. kata adjektif/frasa adjektif Kesihatan mentuanya bertambah tenat. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik. Keadaan di negara itu menjadi kucar-kacir. frasa sendi nama Keluarganya akan bermastautin di Eropah. Lori itu baru membelok ke arah sungai. Semua orang tua itu tinggal dalam keadaan daif. Berpenerang2 = kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti oleh kata nama sebagai penerang. Kata nama itu boleh digugurkan. Dia berkereta Proton Iswara. Padi Wan Empuk berbuah emas. Pengunjung perlu berjalan kaki. 2 Tatabahasa Asas (2012:121)
  5. 5. 5http://dermagabmk1.blogspot.com 2.1 Pengertian: Kata kerja pasif terhasil daripada kata kerja aktif transitif Lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi pasif: Penggunaan imbuhan Kata kerja pasif di- (+ oleh) dibawa dicari dicat dilawat dihantar ber- (+ oleh) berbasuh bertebas berbalas ter- + oleh tersepak oleh... terpijak oleh... tertangkap oleh... diper- (+ oleh) diperlebar dipermudah diperoleh di-...-kan (+ oleh) dibisikkan dijelaskan disahkan dikelaskan disatukan di-...-i (+ oleh) diingati diserapi diterangi ditemui disenangi diper-...-kan (+ oleh) dipersembahkan dipertemukan diperlakukan ter-...-kan + oleh tergambarkan oleh... terlaksanakan oleh... terfikirkan oleh... ter-...-i + oleh terpenuhi oleh... terhalusi oleh... 1. Kata Kerja Tunggal (a) Pengertian = Kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan dan bentuk kata lain. Biasanya terdiri daripada kata kerja tak transitif (b) Akronim = terbentuk daripada cantuman huruf, suku kata, dan bahagian lain daripada serangkaian perkataan berdikari = berdiri di atas kaki sendiri hakis = habis kikis pulihara = pulih dan pelihara ubahsuai = ubah sesuai jatuh lompat lulus kirim terjun hentak 2. Kata Kerja Pasif C. BENTUK KATA KERJA
  6. 6. 6http://dermagabmk1.blogspot.com 2. Kata Kerja Terbitan (a) Pengertian = bentuk kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan = proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar (b) Jenis imbuhan kata kerja Terdiri daripada awalan, akhiran, apitan, dan sisipan Terdapat imbuhan asli sahaja bagi kata kerja Awalan Akhiran Apitan Sisipan me- mem- men- meng- menge- meny-3 memper- be- bel- ber- ter- diper- -kan -i me-...-kan mem-...-kan men-...-kan meng-...-kan menge-...-kan meny-...-kan4 me-...-i mem-...-i men-...-i meng-...-i menge-...-i meny-...-i memper-...-kan memper-...-i ber-...-kan ber-...-an di-...-kan di-...-i diper-...-kan diper-...-i ter-...-kan ter-...-i ke-...-an -el- 3. Kata Kerja Ganda (a) Pengertian = bentuk kata kerja yang terhasil daripada proses penggandaan = proses mengulang kata dasar (b) Jenis gandaan kata kerja: (i) Gandaan penuh = seluruh kata kerja dasar diulang, sama ada kata tunggal atau kata terbitan Kata dasar tunggal Kata dasar terbitan5 pujuk-pujuk senyum-senyum tolak-tolak ditonjol-tonjolkan mengulang-ulangi berbohong-bohongan (ii) Gandaan separa = sebahagian kata dasar diulang, melibatkan kata berawalan dan berakhiran Berawalan Berakhiran terlari-lari dirisik-risik mencari-cari tarik-menarik doa-doakan amat-amati 3 Tatabahasa Asas (2012:21), seperti di dalam Abdullah Hassan: Morfologi (PTS Profesional, 2006:124) 4 Tatabahasa Asas (2012:24) 5 Tatabahasa Asas (2012:164), tetapi bentuk seperti ini dianggap gandaan separa berapitan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:78, 220-221)
  7. 7. 7http://dermagabmk1.blogspot.com (iii) Gandaan berentak = pengulangan atau persamaan bunyi vokal dan konsonan, dan berentak bebas Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Berentak bebas cerai-berai gotong-royong bolak-balik huyung-hayang mundar-mandir hempas-pulas ulang-alik (c) Makna Gandaan Kata Nama = Rujuk nota Proses Pembentukan Kata: Penggandaan, hlm. 3: (b) Makna Penggandaan Kata Kerja 4. Kata Kerja Majmuk (a) Pengertian = bentuk kata kerja yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu Wujud perkataan baharu yang membawa makna yang berbeza daripada makna asal kata dasar yang digunakan (b) Ejaan kata kerja majmuk = lazimnya terpisah kenal pasti terima kasih tolak ansur angkat kaki curi tulang tumbuk rusuk (c) Jenis Kata Kerja Majmuk (i) Rangkai kata bebas = digunakan secara umum dalam pelbagai bidang ambil alih campur aduk tunjuk ajar kemas kini lipat ganda (ii) Kiasan = terdiri daripada peribahasa gulung tikar makan angin tikam belakang tunjuk belang

×