Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

4,059 views

Published on

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Published in: Education

Asas Dan Prinsip Kejayaan Temuduga oleh Neal Izham

  1. 1. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga 1
  2. 2. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga NOTIS & HAK Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku di dunia internet kini. Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e- book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan diambil perhatian. Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan. Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal kewangan. Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam membuat bacaan. 2
  3. 3. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga BIODATA PENULIS Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba). Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada peringkat PMR dan SPM seterusnya menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah- buahan. Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok- belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik. 3
  4. 4. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga MITOS-MITOS DAN ANGGAPAN SALAH MENGENAI TEMUDUGA Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga. Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga. 4
  5. 5. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga MITOS NO. 1: CALON YANG PALING LAYAK AKAN DAPAT TAWARAN KERJA Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan). Ini termasuk :-  Penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima.  Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.  Penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.  Calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.  Tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.  Kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah. 5
  6. 6. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya. Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah :  Jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama.  Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.  Jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. 6
  7. 7. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga  Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa menghadapi temuduga. MITOS NO. 2: TEMUDUGA ADALAH SEPERTI MENGAMBIL PEPERIKSAAN DI SEKOLAH – LEBIH BANYAK ANDA BERKATA, LEBIH BAIK PRESTASI ANDA Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga. Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin. MITOS NO. 3: PENEMUDUGA TAHU APA YANG MEREKA BUAT Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). 7
  8. 8. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.Sebahagian dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-  Mereka sahaja yang banyak bercakap  Mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit pertama temuduga dijalankan  Mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit  Telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa sesi temuduga  Mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut pada anda Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-  Mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur  Mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya  Mereka membiarkan anda yang banyak bercakap  Mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali  Mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa  Mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan suka pada sikap anda 8
  9. 9. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga MITOS NO.4: JANGAN SANGKA SEMUANYA MENGENAI KERJA Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja. Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan pendapat mereka. MITOS NO. 5: ORANG YANG BERKETERAMPILAN MENDAPAT KERJA Saya jangkakan sekiranya jawatan tersebut adalah untuk mereka-mereka yang anggun bergaya habis seperti di dalam layar perak, jadi mereka yang berketerampilan begitu amat membantu, tetapi bagi kebanyakan jawatan lain keterampilan anda tidaklah memberi kesan. Seperti yang telah dibincangkan, memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan adalah bijak memilih. Anggapan yang mereka yang berketerampilan atau anggun lebih mudah mendapat kerja dari mereka yang biasa-biasa adalah satu anggapan yang salah – bahawa majikan 9
  10. 10. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga menggemari keterampilan seseorang melebihi mata pencarian mereka. Semua pengalaman saya telah mengajar saya sebaliknya. Kebanyakan perniagaan berada dalam suasana persaingan yang hebat dan majikan amat prihatin bahawa kesilapan dalam memilih pekerja adalah amat mahal. Ini tidak bermakna bahawa keterampilan dan kebijaksanaan seseorang adalah tidak mustahak. Adalah amat penting anda berpakaian yang segak atau bersesuaian dan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan semua kualiti mesra anda. Penampilan yang baik memanglah dipandang hebat di dalam temuduga, tetapi bukannya penampilan yang bersesuaian dan mesra. MITOS NO. 6: KALAU JAWAPAN ANDA ADALAH LEBIH BAIK DARI YANG LAIN, ANDA AKAN DITAWARKAN KERJA Kebolehan untuk menjawab dengan terang dan jelas semasa ditemuduga amatlah mustahak, dan kegagalan untuk berbuat demikian bermakna anda tidak akan berjaya mendapat tawaran kerja. Walaubagaimanapun, temuduga – seperti yang telah kita lihat – adalah lebih dari hanya menjawab dengan betul dan tepat. Ia juga berkisar tentang meyakinkan penemuduga yang anda adalah seorang yang mesra untuk bekerja. Dengan lain perkataan, ia tidak memberi apa-apa faedah berapa baik jawapan anda secara teknikalnya, seandainya penemuduga tidak menggemari anda, anda tidak akan berpeluang mendapat tawaran pekerjaan (kecuali bakat anda adalah hebat, amat sukar di temui ataupun penemuduga itu adalah tersepit). Jadi elaklah daripada berfikiran bahawa temuduga adalah dengan memberi jawapan yang betul. Temuduga juga adalah tentang menzahirkan hubungan silatulrahim yang baik dan kepercayaan, dan di samping tiada cara yang selamat di dalam hal ini, terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan (dan perkara-perkara yang tidak 10
  11. 11. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga sepatutnya dilakukan) yang boleh membawa anda lebih jauh untuk memperbaiki kemahiran anda di dalam semua aspek temuduga. MITOS NO. 7: ANDA MESTI MENCUBA MENJAWAB DENGAN TEPAT Saya ada terdengar ada orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik. Ataupun mereka memikirkan mereka dapat memberi jawapan yang tepat. Sesetengah orang terlalu obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan mereka mencuba tanpa henti sehingga pada pandangan mereka telah mendapat maklumbalas yang terbaik dari penemuduga. Tetapi kita tidak akan dapat memastikan apa sebenarnya yang ingin didengari oleh penemuduga, kebanyakan kita terus bercakap dengan harapan dapat melitupi setiap ruang yang ada. Masalahnya dengan cara yang sebegitu, kita akhirnya telah bercakap terlalu banyak, di mana mungkin mengakibatkan penemuduga hilang tumpuan dan oleh sedemikian, di situ mungkin berakhirnya temuduga anda. Sebenarnya dalam kebanyakan kes tidak pernah ada jawapan yang tepat. Pengajarannya di sini ialah: ada banyak faktor yang membawa kepada jawapan yang baik, iaitu kita hendaklah memberi jawapan yang terus kepada tajuk yang dibincangkan dan tidak berlegar-legar tanpa tujuan untuk mencari jawapan yang tepat. 11
  12. 12. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga MITOS NO. 8: ANDA PERLULAH BERTANYAKAN SOALAN UNTUK MENUNJUKKAN MINAT DAN KEBIJAKSANAAN ANDA Ramai antara calon temuduga menyangka bahawa mereka hanya boleh bertanya di akhir sesi temuduga. Terdapat kepercayaan umum di antara calon temuduga bahawa cara itu menampakkan kebijaksanaan mereka dan juga minat yang mendalam kepada kerja tersebut. Ini adalah salah. Bertanya soalan semata-mata untuk bertanya tidak akan menambahkan peluang anda untuk mendapat kerja. Ia boleh juga disalah anggap yang anda adalah seorang yang lembab – lebih-lebih lagi seandainya soalan anda merupakan perkara yang telah dibancangkan semasa sesi temuduga sebelumnya. Bertanyalah sekiranya anda mempunyai soalan yang tulen. Soalan yang boleh diterima termasuklah mempunyai hubungan yang telus dengan jawatan yang anda pohon, termasuklah kondisi kerja dan polisi syarikat berkenaan gaji, cuti dan sebagainya. Penemuduga tidak akan berkeberatan untuk menjawab soalan-soalan sedemikian tetapi akan berkeberatan untuk menjawab soalan-soalan yang dianggap tidak mempunyai kaitan. Sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa soalan, ucaplah sesuatu seperti “Terima kasih, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa soalan. Tuan telah cukup teliti sepanjang temuduga ini dan telah berbincang begitu menyeluruh tentang jawatan ini”. Tiada salahnya anda sedikit memuji penemuduga anda tentang ketelitian dan sifat professional mereka – dengan syarat anda tidak melampaui had atau berbunyi seperti terlampau merendah diri. Ada dua lagi perkara penting yang anda mesti tahu tentang bertanya kepada penemuduga. Pertama, elak daripada terlalu banyak bertanya. Pada keseluruhannya, penemuduga tidak gemar peranan yang terbalik. Kedua, jangan bertanya soalan yang berkemungkinan mengaibkan. Ini termasuklah:  soalan yang bersangkut paut dengan insiden yang negatif 12
  13. 13. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga  sesuatu yang tidak sepatutnya berada di dalam domain umum  soalan yang payah yang mungkin akan membingungkan penemuduga Sebagai panduan, sekiranya anda fikir yang soalan anda akan menyebabkan penemuduga anda berasa malu, elakkan dari melakukannya. MITOS NO. 9: RELAKS DAN JADILAH DIRI ANDA SENDIRI Adalah penting untuk relaks dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan adalah tidak diterima. Ringkasnya, menjadi diri sendiri mungkin akan membawa malapetaka (satu perkataan yang bercanggah). Misalnya, menjadi diri sendiri bermaksud menyandar pada kerusi, berpakaian compang-camping dan berkelakar, anda akan menyedari bahawa anda menghadiri beberapa temuduga. Sementara penemuduga suka mereka yang relaks, mereka juga mempunyai anggapan yang dijangkakan tentang kelakuan yang bersesuaian untuk menghadiri sesuatu temuduga – dan anda menyalahgunakan anggapan tersebut untuk membahayakan anda! MITOS NO. 10: PENEMUDUGA MENCARI KECELAAN Mitos yang berbahaya ini akan membawa para penemuduga untuk mengamalkan sikap mempertahankan diri, mungkin juga kecurigaan semasa menemuduga. Sekiranya anda percaya yang penemuduga anda sedang tekun mencari kecelaan anda, besar kemungkinannya akan melemahkan percubaan anda untuk membentuk hubungan erat dan kepercayaan yang penting. ia juga boleh menghalang anda untuk terbuka dan memberi jawapan yang baik. 13
  14. 14. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga Percayalah bahawa kebanyakan tidak menyediakan soalan-soalan dengan harapan untuk mencari kecelaan anda. Soalan-soalannya selalunya sudah disiapkan dengan harapan untuk memberi gambaran keseluruhan secara mendalam tentang apa yang si penemuduga boleh menyumbang kepada syarikat. Seorang penemuduga yang baik akan dapat menyingkap kelemahan anda tetapi ianya amatlah jauh berbeza dengan apa yang anda fikir bahawa penemuduga hanya mencari jawapan yang menampakkan kecelaan anda. Ia amatlah mustahak untuk menganggap tiap-tiap soalan itu adalah satu peluang untuk menyerlahkan diri anda daripada bersifat untuk melindungi yang tidak perlu. Ia hanyalah untuk menjawab soalan-soalan untuk menunjukkan betapa bagusnya anda. Menganggap yang soalan-soalan tersebut adalah objek syak-wasangka tidak akan masuk akal langsung. Memahami mitos di persekitaran temuduga akan memberi permulaan yang baik. Ingatlah, temuduga adalah sama dengan usaha dalam hidup: memahaminya secara mendalam adalah baik untuk membantu anda mencapai kejayaan. Pemahaman secara mendalam tentang mitos di dalam temuduga akan memberi anda satu senjata dengan informasi yang anda perlukan untuk mengelak diri anda daripada terjerumus ke dalam perangkap yang mengecewakan. Sama pentingnya, satu gambaran yang jelas tentang temuduga akan membuat anda lebih bersedia dan dapat menyumbangkan keyakinan dan persembahan anda. 14
  15. 15. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga HINDARI 11 PERKARA YANG AKAN MENGGAGALKAN TEMUDUGA Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda : 1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan 2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga 3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga 4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda 5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal 6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. 15
  16. 16. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga DOA-DOA BERKAITAN SEBELUM DAN SELEPAS TEMUDUGA 16
  17. 17. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga 17
  18. 18. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA KERAJAAN 1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang? 2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang? 3. Cerita sedikit tentang diri anda. 4. Apakah yang dapat memotivasikan anda? 5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda? 6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan? 7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami? 8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya. 9. Apakah kelemahan-kelemahan anda? 10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar? 11. Mengapakah patut kami memilih anda? 12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda. 13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda. 14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya? 15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan. 16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda. 17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa? 18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda? 19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure) 20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya. 21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu? 18
  19. 19. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga 22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda? 23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda? 24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya? 25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa? 26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa? 27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum? 28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa? 29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda? 30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda. 19
  20. 20. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga Tawaran Istimewa Dapatkan khidmat nasihat Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda seorang yang serius untuk menambah ilmu. Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan membaca ebook ini. Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com. Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar. Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham” Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya. 20
  21. 21. Asas dan Prinsip Kejayaaan Temuduga http://www.BlogMudah.info http://www.Affiliate-Malaysia.info http://www.MLM-Malaysia.com 21

×