Successfully reported this slideshow.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

5

Share

Upcoming SlideShare
ABSTRAK
ABSTRAK
Loading in …3
×
1 of 44
1 of 44

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

5

Share

Laporan ini merangkumi fokus kajian, dapatan data tinjauan awal, tindakan, peserta kajian, kaedah mengumpul data sebenar dan kaedah analisis data. Kajian tindakan ton warna ini dijalankan untuk murid tahun 2.

Laporan ini merangkumi fokus kajian, dapatan data tinjauan awal, tindakan, peserta kajian, kaedah mengumpul data sebenar dan kaedah analisis data. Kajian tindakan ton warna ini dijalankan untuk murid tahun 2.

More Related Content

Related Books

Free with a 14 day trial from Scribd

See all

Related Audiobooks

Free with a 14 day trial from Scribd

See all

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

  1. 1. 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1PENGENALAN Dalam kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011) menggariskan bahawa subjek Pendidikan Seni Visual telah diberi nama baharu menjadi Dunia Seni Visual di mana sekarang ini telah diselaraskan untuk semua tahun bermula dari tahun 1 hingga tahun 3, manakala Pendidikan Seni Visual dikhususkan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6. Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2 disediakan bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Oleh itu, dalam penyelidikan tindakan ini saya akan meningkatkan kemahiran ton warna panas murid terutama dalam bidang Menggambar. Bidang Menggambar ini merujuk kepada penghasilan lukisan landskap suasana matahari terbit atau matahari terbenam. Murid belajar meneroka kejadian alam sekeliling menggunakan deria dan respons emosi terhadap kumpulan warna panas yang dilihatnya. Menurut Bersoon (1982) dalam Prof Dr. Mansor Fadzil (2006), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respons emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni dalam meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. Dalam kajian ini murid menggunakan media pensel warna dan oil pastel sahaja kerana ia sesuai dengan tahap psikomotor murid tahun 2. Disokong oleh kajian yang telah dijalankan Rhonda Kellog (1967), menyatakan dalam kemahiran melukis khusus bagi kanak-kanak berumur 2-8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol tertentu. Pada tahap ini mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan pokok. Pengajaran kumpulan warna panas ditekankan dengan bantuan bahan bantu mengajar yang telah saya bina sebelum murid melakukan kaedah RISET ini. Keseluruhan kajian ini memfokuskan kepada peningkatan kemahiran ton warna murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. 1.2 KONTEKS Sebagai pengkaji yang telah berada di sekolah selama 3 bulan, saya melihat masalah kemahiran menggunakan ton warna dalam kalangan murid ini jelas sekali berlaku dan sering memberi impak terutama dalam pengajaran lukisan bidang menggambar. Kekurangan dalam penguasaan kemahiran ton warna ini menyebabkan
  2. 2. 2 segelintir murid merasakan subjek seni ini sesuatu yang sukar dan tidak seronok untuk diteroka. Malah, saya turut melihat bagaimana pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh guru seni di sekolah ketika menerangkan atau mengajar ton warna kepada murid terutama tahap 1. Hal ini kerana kemahiran ini perlu diberi pendedahan lebih awal supaya murid dapat menguasai kemahiran asas mewarnai menggunakan media kering. Jadi saya menjadikan masalah ini sebagai satu kajian saya untuk saya membantu murid ini dan memberi kemudahan kepada guru-guru seni di sekolah. Hal ini kerana dalam sukatan pelajaran seni tiada pengajaran yang khusus untuk mengajar ton warna sahaja. Saya telah membina satu kaedah yang saya beri nama RISET iaitu diambil daripada gabungan “sunrise” dan “sunset” sesuai dengan objektif utama lembaran ini digunakan bagi murid dapat mempelajari teknik ton warna dalam menghasilkan lukisan landskap matahari terbit atau matahari terbenam. Dua perkataan ini saya gabungkan menjadi satu akronim baru sebagai satu alat kaedah lembaran kerja saya. Jadi, peluang untuk saya memperkenalkan dan mengaplikasikan kaedah yang saya bina ini sebagai pemudah cara bukan hanya untuk murid tetapi juga untuk para guru seni sendiri (Rujuk Lampiran 1). Peserta kajian merupakan murid tahun 2 dan sebelum membuat pemilihan peserta kajian beberapa pengumpulan data awal telah dilakukan. Saya memilih murid tahun 2 kerana pada peringkat ini murid dalam proses untuk meningkatkan kemahiran kawalan psikomotor mereka. Dalam penulisan laporan Ernie Suliana binti Md.Shariff, menurut Huttenlocher (1990,1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak 1.3 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Saya telah menjalani praktikum Fasa II di Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1 selama 8 minggu iaitu selama dua bulan. Saya telah mengajar kelas Tahap 1 bermula tahun 1 hingga tahun 3. Setiap kelas yang saya mengajar pasti ada masalah kemahiran mewarna yang belum murid kuasai sepenuhnya dan ini menjadi salah satu punca pedagogi saya terganggu. Malah, murid saya sendiri mengalami masalah apabila tidak mahu melakukan aktiviti tersebut dan menyalahkan diri dan kawan sekeliling. Di sini,
  3. 3. 3 saya akan memperincikan masalah yang berlaku semasa pedagogi saya dijalankan terhadap murid Tahun 2 khusus bagi kajian ini. Berdasarkan pengajaran saya yang lepas, ketika saya mengajar kelas 2 Jaya untuk aktiviti membuat arca bunga stabail, murid saya diminta mewarnakan template bunga yang telah saya sediakan. Perkara pertama yang saya kenal pasti ialah murid tidak tahu apa itu ton warna. Buktinya melalui soal jawab saya bersama murid, antara situasinya apabila murid menyatakan “Cikgu, macam mana saya nak guna ton warna? Sebab saya tak pernah belajar sebelum ini”. “Cikgu saya tak suka guna banyak warna, boleh tak saya guna satu warna sahaja?”. “Cikgu saya tidak tahu bagaimana membuat ton warna”. Hal ini amat jelas menunjukkan pengetahuan murid masih berada pada tahap yang rendah dan tahap minat murid untuk mewarna sangat mengecewakan. Saya membuat beberapa andaian, mungkin murid sukar untuk mewarna gambar bunga mengikut teknik yang betul iaitu di mana bahagian gelap dan terang. Seterusnya dalam aktiviti menggambar iaitu mewarna kartun, saya terlebih dahulu memperkenalkan murid tentang satu istilah yang lebih mudah, iaitu konsep “kembar warna‟. Pada awalnya murid boleh ikuti dengan baik, tetapi yang menjadi masalah adalah murid tidak tahu teknik mencampur warna dengan betul. Konsep kembar warna ini merupakan kumpulan warna yang sama dan mempunyai kepekatan yang berbeza. Misalnya warna biru gelap dan biru cair, warna merah gelap dan merah cair, warna hijau gelap dan hijau cair. Merujuk Paidon (2001), ton warna merupakan nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Jadi konsep ini diperkenalkan supaya memudahkan murid untuk mengingat dan menghasilkan gabungan warna dalam aktiviti menggambar ini dengan betul. Namun, masih berlaku masalah apabila murid tidak tahu bagaimana mencampurkan dua warna ini dengan kemas. Dalam aktiviti ini murid menggunakan media pensel warna sahaja kerana ia merupakan media asas yang paling mudah untuk digunakan. Namun terdapat beberapa orang murid mengadu kepada saya, “Cikgu susah untuk saya menghasilkan ton warna menggunakan pensel warna”. “Cikgu bolehkah saya warna gelap ke terang hanya menggunakan satu warna sahaja?”
  4. 4. 4 Kebanyakan murid masih lagi mengalami masalah kekeliruan dalam memilih warna untuk melakukan ton warna. Malah, mereka lebih gemar mewarna secara pekat dan terang tanpa mengaplikasikan nilai warna secara tepat melalui ton warna. Jadi, melalui tinjauan awal ini saya dapat mengenal pasti masalah utama murid yang mempunyai kemahiran ton warna yang lemah. Seterusnya, pengajaran minggu yang berikutnya, saya menjalankan ujian mewarna kaedah empat petak. Kaedah ini diberikan nama empat petak kerana terdapat empat jenis warna iaitu warna merah, kuning, biru dan hijau. Setiap petak perlu diwarnakan mengikut kaedah kembar warna yang telah diperkenalkan. Kaedah empat petak ini bertujuan untuk melihat kemahiran murid dalam mencampur warna untuk menghasilkan ton warna yang betul dan membantu murid mengingat kumpulan warna panas dan sejuk. Pemilihan warna panas dan warna sejuk ini difokuskan kerana kebanyakan warna dalam kumpulan ini melibatkan kepada warna-warna landskap. Sebelum ujian ini dijalankan saya memberi penerangan awal mengenai kumpulan warna panas iaitu warna merah, kuning dan jingga manakala kumpulan warna sejuk biru dan hijau. Sesi soal jawab bersama murid turut dijalankan bagi melihat pengetahuan sedia ada murid mengenai kumpulan warna panas dan warna sejuk dalam kehidupan seharian mereka. Rajah 1. Murid sedang melakukan ujian mewarna kaedah empat petak. Sebagai contoh dalam petikan The New Encyclopedia of Watercolour Techniques yang ditulis oleh Diana Craig dan Hazel Harison (2004) menyatakan bahawa teknik warna air menggunakan Analogous Palette iaitu menggunakan warna-warna panas. Penulis menyatakan bahawa “….a painting done in a analogous scheme can encompass all cool colours for a sombre on night-time scene or warm colours for a lighter portrayal.” (2004:111).
  5. 5. 5 Menurut petikan di atas, penulis menerangkan kesan aplikasi warna panas dan warna sejuk. Murid hendaklah memahami konsep dan fungsi warna panas dan sejuk barulah boleh mengaplikasikan warna-warna tersebut dalam penghasilan karya terutamanya di dalam lukisan landskap. Saya turut melakukan langkah demonstrasi sebelum murid melakukan ujian ini. Namun, apa yang saya jangkakan berlaku seperti sebelumnya. Murid masih tidak tahu mencampur warna dengan baik dan murid masih lagi kelihatan teragak-agak ketika mewarna kerana tidak tahu melakukannya secara praktikal. Hal ini berikutan kerana murid tidak diberi latihan melakukan teknik ton warna tetapi hanya melihat dan mempelajarinya secara teori semata-mata. Pemerhatian terhadap murid turut diteruskan dengan melihat hasil kerja murid di mana kebanyakan murid masih belum cukup menguasai teknik ton warna dengan betul. Secara jujurnya saya sendiri kecewa dengan diri saya kerana murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Malah, kekecewaan ini berterusan apabila saya turut melihat bagaimana guru seni mengajar murid terutama tahun 2 yang memerlukan pendedahan awal mengenai perkara asas dalam mewarna, tapi malangnya guru hanya mengikut silibus dalam rancangan tahunan subjek dunia seni visual semata-mata. Menurut Fazlin bt Kamsan (2012), beliau menyatakan dalam kajian beliau mengenai kemahiran ton warna ini penting untuk murid tahu nilai warna dan dapat menghasilkan tona warna dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Jelas, berlaku banyak masalah jika guru hanya menerangkan ton warna tetapi tidak mengajar dengan lebih khusus apa itu tona warna. Malah, jika murid dari peringkat awal tidak diberi pendedahan mengenai kemahiran asas seperti ton warna ini, maka agak sukar untuk mereka meneroka dengan lebih lagi kemahiran yang lain dan mereka agak tersekat untuk meneroka sesuatu yang baru kerana tiada kemahiran awal seperti ini. Oleh itu, saya sendiri menyahut cabaran dengan memberanikan diri untuk mengambil masalah ini sebagai satu kajian awal untuk saya atasi. Kaedah yang relevan dan mempunyai ansur maju perlu dirancang untuk mengelakkan penggunaan teori semata-mata. Saya berpandangan bahawa satu kaedah perlu dirancang oleh saya bagi menyelesaikan masalah mewarna seperti ini. Sebagai seorang guru seni, saya perlu lebih kreatif dan kritis agar dapat menyumbang kepada pembelajaran yang bermanfaat untuk murid. Ini adalah kerana guru yang bijaksana adalah guru yang dapat menjadikan proses pengajaran sebagai sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Saya
  6. 6. 6 juga perlu keluar dari kepompong amalan guru seni biasa dengan cara menggunakan elemen yang lebih baharu dan selari dengan pembelajaran abad yang ke-21. 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN Fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid menggunakan kaedah lembaran kerja “RISET”. Kemahiran ton warna murid sering kali tidak dianggap penting kerana tiada sukatan khusus yang melibatkan pengajaran teknik ton warna sahaja. Murid mempelajari secara teori semata-mata dan praktikalnya tidak dijalankan bersama oleh guru yang mengajar subjek seni. Saya mengambil peluang ini dengan membina sendiri satu alat intervensi iaitu lembaran kerja “RISET”. Lembaran kerja RISET ini digunakan sepenuhnya oleh murid sewaktu pengajaran saya dengan bantuan bahan bantu mengajar yang telah saya sediakan. Ini merupakan satu kajian yang membawa perubahan dan peningkatan kepada murid tahun 2 dalam menguasai kemahiran ton warna untuk menghasilkan lukisan landskap. 2.1.1 Kebolehtadbiran Dari segi kebolehtadbiran, pelaksanaan RISET ini adalah mudah dan senang diuruskan. Saya mengikut kandungan yang telah dirancang dan memastikan murid dapat melakukan setiap edaran lembaran kerja yang diberikan. Malah, saya juga mampu untuk menguruskan pengajaran saya dan membuat pengumpulan data seperti temu bual dan pemerhatian terhadap murid kajian saya sebelum dan selepas kaedah ini dilakukan. Kesediaan sekolah dari segi tempat seperti bilik seni dan bilik media juga memudahkan saya untuk mengendalikan aktiviti yang pelbagai. Malah dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai seperti paparan video, paparan gambar, roda warna dan kad berwarna, ia mampu meningkatkan kefahaman dan kemahiran ton warna murid dengan lebih berkesan. Saya hanya perlu memastikan susunan aktiviti yang dijalankan mengikut langkah yang telah dirancang. Kaedah ini juga mampu dijalankan dan dipraktikkan di sekolah kerana ia bersifat fleksibel untuk guru opsyen selain seni menggunakannya. 2.1.2 Kebolehgunaan Kajian ini sangat relevan kepada semua peringkat sekolah termasuklah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah kerana penggunaan kaedah lembaran kerja
  7. 7. 7 “RISET” ini amat mudah dan senang untuk dipraktikkan dan digunakan oleh guru seni mahupun guru yang bukan berada dalam opsyen seni. Persembahan PowerPoint boleh dimasukkan dalam cakera padat (CD) dan diletakkan di perpustakaan misalnya ataupun di bilik seni untuk kegunaan guru-guru pada masa akan datang. Malah, segala alat bahan bantu mengajar saya berbentuk maujud dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja tanpa perlu bebanan yang berat. Sehubungan dengan itu, dari segi tahap pencapaian kajian ini saya dapat menganggarkan hampir 98% kerana dengan kaedah yang saya gunakan ini mampu meningkatkan tahap kemahiran ton warna murid. 2.1.3 Kawalan Kajian dilakukan dalam skop yang kecil iaitu meningkatkan kemahiran ton warna murid. Kaedah lembaran kerja “RISET” ini amat mudah digunakan kerana sesuai diaplikasikan oleh guru dan mengikut tahap serta kemampuan murid tahun 2. Malah dari segi kos kajian ini tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan lembaran kerja “RISET” ini. Kajian ini turut dijalankan sewaktu mata pelajaran seni dan tidak mengganggu masa pengajaran guru lain. Seterusnya kajian kaedah ini dijalankan di dalam bilik darjah tahun 2 itu sendiri atau di bilik seni dan sentiasa berada dalam kawalan saya sendiri. Kajian ini melalui dua kitaran dan ia mampu dijalankan dengan baik kerana tidak melibatkan penggunaan kos yang tinggi dan ruang yang maksima kerana alat kaedah ini sangat praktikal untuk digunakan. 2.1.4 Kerelevanan kepada sekolah Saya merasakan bahawa penggunaan kaedah lembaran kerja “RISET” ini amat relevan kepada murid di sekolah, malah kepada guru seni atau guru aliran lain juga. Setiap bahan bantu mengajar yang saya hasilkan juga boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pengajaran kepada murid. Kepelbagaian bahan yang digunakan dalam pengajaran bukan sahaja menarik minat murid untuk meneroka dengan lebih mendalam tetapi menjadikan setiap ilmu yang diperoleh bermakna. Sehubungan dengan itu, saya dapat menjangkakan jika masalah ini tidak diambil inisiatif segera dan berperingkat, masih ramai murid di negara Malaysia yang tidak tahu kemahiran asas mewarna berbanding dengan murid di negara luar. Jadi, fokus kajian ini untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid menggunakan media kering kumpulan warna panas dalam menghasilkan lukisan landskap perlu didedahkan dengan lebih meluas demi melahirkan murid yang lebih kreatif di masa hadapan
  8. 8. 8 2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL Semasa melakukan tinjauan awal, saya telah mengumpul data dengan menggunakan beberapa instrumen kajian antaranya termasukIah pemerhatian, analisis dokumen, ujian diagnostik dan (ujian mewarna). Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu masalah di samping membantu saya memahami masalah yang telah dikenal pasti dengan lebih mendalam. Sebelum merancang, saya perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. 2.2.1 PEMERHATIAN Saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas peserta kajian semasa subjek kajian mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati teknik ton warna murid dan perubahan tingkah laku murid dalam bilik darjah semasa pengajaran saya. Menurut Nordin Tahir (2012), data yang dipungut melalui pemerhatian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan secara teratur dalam situasi kajian yang sebenar. Saya membuat pemerhatian secara berstruktur dengan menyediakan satu borang pemerhatian yang mengandungi aspek pemerhatian yang ingin saya kaji iaitu borang berbentuk skala Likert mengenai kemahiran ton warna murid (Jadual 1). Jadual 1. Kemahiran ton warna murid Bi l Kriteria kemahiran ton warna murid Bilangan murid mengikut senarai nama M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 1. Cara memegang pensel 2. Warna mengikut garisan objek 3. Teknik mencampur dua warna 4. Arah sapuan warna 5. Postur duduk semasa mewarna
  9. 9. 9 Borang skala Likert ini telah dikaji supaya saya dapat mengesan kelemahan paling ketara pada kriteria yang telah ditetapkan. Skala Likert ini terdiri daripada lima tahap iaitu kurang baik (1), memuaskan (2), sederhana baik (3), baik (4) dan sangat baik (5). (Rujuk Lampiran 2). 2.2.2 ANALISIS DOKUMEN Analisis dokumen ini bertujuan untuk mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen-dokumen yang dikaji. Antara kutipan dokumen awal yang telah saya kumpulkan termasuklah markah pencapaian murid dan bahan dokumen bergambar semasa murid ini melakukan aktiviti mewarna (Rujuk Lampiran 3). Markah pencapaian dan gred murid dikategorikan mengikut tahap untuk dipilih menjadi peserta kajian saya. 2.2.3 UJIAN DIAGNOSTIK Bagi ujian diagnostik saya telah menjalankan ujian mewarna empat petak. Ujian mewarna ini melibatkan keseluruhan kelas 2 Jaya iaitu seramai 26 orang. Saya melakukan ujian mewarna ini bertujuan untuk melihat hasil sebenar murid tahun 2 ini dalam aktiviti mewarna ton warna. Ujian mewarna ini fokus untuk melihat kemahiran ton warna murid dengan lebih tepat lagi. Hasil ujian mewarna ini dikumpul dan dinilai (Rujuk Lampiran 4). Murid yang mendapat keputusan mewarna yang lemah dipilih menjadi peserta kajian saya. 2.3 ANALISIS PENGUMPULAN DATA AWAL Setelah melakukan tiga tinjauan awal terhadap keseluruhan murid tahun 2 Jaya iaitu seramai 26 orang, saya telah membuat analisis secara keseluruhan mengikut tinjauan awal yang dijalankan. Hal ini bertujuan bagi memilih peserta kajian saya mengikut permasalahan kajian saya bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian saya ini. 2.3.1 PEMERHATIAN Pemerhatian dilakukan secara berstruktur semasa aktiviti seni dijalankan dalam kelas. Pemerhatian ini dianalisis secara peratus untuk setiap kriteria yang telah diperhatikan. Kiraan skala likert setiap murid dikira secara keseluruhan dan dikira melalui kiraan peratus. X 130 x 100
  10. 10. 10 Rajah 2. Keputusan skala likert borang pemerhatian Jadual 2. Petunjuk kriteria Kriteria 1 Cara memegang pensel Kriteria 2 Warna mengikut garisan Kriteria 3 Teknik mencampurkan dua warna Kriteria 4 Arah sapuan warna Kriteria 5 Postur duduk semasa mewarna Keputusan jadual menunjukkan peratus murid untuk setiap kriteria pemerhatian mempunyai perbezaan yang ketara. Dalam kriteria 1 menunjukkan peratus murid paling tinggi berada dalam skala baik sahaja. Manakala kriteria 2 menunjukkan skala sederhana baik mempunyai peratus yang paling tinggi. Dalam kriteria 3 pula menunjukkan peratus paling tinggi pada skala memuaskan sahaja dan ini menunjukkan kebanyakan murid masih belum dapat menguasai kemahiran ton warna. Seterusnya dalam kriteria 4 menampakkan keseluruhan murid berada pada skala sederhana baik sahaja dan menunjukkan peratus yang paling tinggi berbanding bilangan peratus kriteria yang lain. Hal ini membuktikan murid tahun 2 Jaya ini mempunyai kelemahan 0 10 20 30 40 50 60 70 80 kriteria 1 kriteria 2 kriteria 3 kriteria 4 kriteria 5 peratus kriteria pemerhatian Keputusan skala likert pemerhatian kurang baik memuaskan sederhana baik baik sangat baik
  11. 11. 11 dari segi psikomotor mereka. Akhir sekali pada kriteria 5 iaitu postur duduk semasa mewarna menunjukkan peratus paling tinggi berada pada skala sederhana baik dan murid perlu diberi perhatian semasa melakukan aktiviti mewarna kerana turut mempengaruhi cara murid mewarna. Murid tahun 2 Jaya masih belum mencapai skala sangat baik dan perhatian perlu diberikan terutama kepada murid yang mempunyai tahap skala likert yang perlu diberi latihan. 2.3.2 ANALISIS DOKUMEN Terdapat dua analisis dokumen yang telah saya kumpul dan turut menganalisis peratus pencapaian murid dalam subjek Dunia Seni Visual secara keseluruhan dalam Rajah 3 dan dokumen bergambar seperti yang telah dilampirkan (Rujuk Lampiran 3). Rajah 3. Graf analisis peringkat pencapaian murid kelas 2 Jaya mengikut aktiviti seni. Data menunjukkan keseluruhan murid dalam kelas 2 Jaya ini mempunyai masalah dalam aktiviti bidang Menggambar. Bilangan murid yang mencapai peringkat yang amat cemerlang amat sedikit dalam aktiviti bidang Menggambar ini berbanding dengan bidang seni yang lain. Aktiviti bidang Menggambar termasuklah lukisan rumahku dan mewarna Hari Dadah. Ini menunjukkan terdapat beberapa orang murid yang mempunyai masalah kemahiran sama ada kemahiran melukis, kemahiran psikomotor atau kemahiran mewarna. Jadi, melalui analisis ini saya dapat mengenal 0 0 2 4 1 9 18 24 22 16 11 8 0 0 9 5 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 5 10 15 20 25 30 Lukisan rumahku Bunga stabail Topeng Tembikar Mewarna Hari Dadah Bilanganmurid Pencapaian murid mengikut aktiviti seni Amat cemerlang Cemerlang Kepujian Lulus Gagal
  12. 12. 12 pasti tahap keseluruhan murid 2 Jaya dan murid yang mempunyai pencapaian yang agak lemah terutama dalam bidang Menggambar ini. 2.3.3 UJIAN DIAGNOSTIK Melalui ujian diagnostik ini saya telah melakukan ujian mewarna kaedah empat petak untuk melihat dengan lebih dekat lagi kemahiran ton warna murid. Analisis dilakukan dengan peratus pencapaian markah murid secara keseluruhan kelas 2 Jaya. Rajah 4. Keputusan ujian diagnostik (ujian mewarna) Keputusan ujian mewarna menunjukkan hampir keseluruhan murid mencapai keputusan cemerlang iaitu pencapaian gred A dan A- dengan markah 75 hingga 89 markah. Manakala bilangan kedua tertinggi adalah pada peringkat kepujian yang mendapat pencapaian gred B+, B dan B- dengan markah dari 60 hingga 74 markah. Peringkat lulus pula merupakan ketiga tertinggi dengan pencapaian murid yang memperoleh gred C+ dan C dengan markah 50 hingga 59 markah. Jadi saya telah memilih peserta kajian yang berada dalam peringkat cemerlang, kepujian dan lulus untuk melihat peningkatan yang lebih baik melalui kaedah RISET yang telah saya bina. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 amat cemerlang cemerlang kepujian lulus gagal Keputusan ujian mewarna Bilangan murid
  13. 13. 13 2.4 TINDAKAN Kitaran kajian yang dipilih adalah berdasarkan Model Penyelidikan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1983), di mana model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Rasional model ini dipilih kerana model ini dapat dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya dan kemahiran dapat ditingkatkan. Oleh itu, fokus kajian saya, kaedah RISET ini perlu dilakukan secara berulang-ulang supaya peningkatan dalam kemahiran dan pemahaman ton warna panas menggunakan media kering dapat ditingkatkan mengikut tahap yang diinginkan. Rajah 5 . Model Kemmis dan McTaggart (1983). Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah RISET untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid tahun 2. Kaedah RISET ini adalah berbentuk lembaran kerja seperti latihan latih tubi. Kaedah latih tubi ini disokong oleh teori Behavioris yang menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Lembaran RISET ini mempunyai dua bahagian dan sesuai dijalankan untuk dua sesi sahaja. Setiap bahagian mempunyai arahan yang perlu diikuti dan ia bermula daripada peringkat yang konkrit ke abstrak. Murid akan mempelajari setiap langkah bermula daripada teknik mencampurkan warna, membuat lukisan mudah sehingga menghasilkan satu lukisan landskap menggunakan media kering yang dipilih sama ada pensel warna atau oil pastel. Refleksi Pemerhatian Perancangan Tindakan Penambahbaikan Perancangan Tindakan Pemerhatian Refleksi 1 1 2 3
  14. 14. 14 Rajah 6. Model Kemmis dan Mc Taggart yang diubah suai dalam kajian peningkatan kemahiran ton warna.
  15. 15. 15 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif ini bersifat eksplisit bagi mencapai setiap persoalan kajian dan isu yang dikaji. Kejayaan objektif ini diukur pada akhir kajian melalui tindakan kaedah RISET yang telah saya bina. OBJEKTIF UMUM : Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. OBJEKTIF KHUSUS : 1. Mengenal pasti masalah kemahiran murid yang tidak dapat dikuasai ketika menghasilkan lukisan landskap. 2. Mencari punca masalah kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. 3. Meningkatkan kemahiran ton warna panas murid menggunakan kaedah RISET. 3.1 SOALAN KAJIAN 1. Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid ketika menghasilkan lukisan landskap? 2. Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap? 3. Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan kaedah RISET? 4.0 PESERTA KAJIAN Kajian ini dijalankan ke atas lima orang murid tahun 2 SK Puteri Pandan 1 yang mengalami masalah dalam kemahiran ton warna. Tahap kemahiran setiap murid ini berbeza dari peringkat sederhana hingga lemah. Walaupun semua peserta kajian mempunyai jantina yang sama, tetapi mereka mempunyai kemahiran dan cara yang berbeza. Seramai tiga orang murid adalah sederhana dan dua orang lemah dalam pencapaian subjek Dunia Seni Visual dan hanya seorang yang memegang jawatan sebagai ketua kelas. Peserta kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian, analisis dokumen dan ujian diagnostik yang telah dijalankan selama dua bulan. Dalam analisis dokumen, saya memilih murid berpandukan beberapa kriteria seperti melihat hasil karya pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasil karya murid dalam ujian mewarna dilihat sebagai satu kayu ukur untuk menjadikan murid tersebut sebagai peserta kajian saya. Kriteria
  16. 16. 16 berikutnya adalah maklumat demografi murid yang merangkumi jantina, umur, bangsa, jawatan, pencapaian dalam subjek DSV dan ciri-ciri unik murid tersebut. Kesemua maklumat ini diringkaskan dan dirumuskan dalam jadual data demografi peserta kajian saya. Jadual 3 . Data demografi peserta kajian Murid Jantina Umur Bangsa Nama kelas / jawatan Pencapaian subjek DSV Ciri-ciri unik Murid A Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / Ketua kelas Kepujian Suka mengadun warna Murid B Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Kepujian Mencipta corak Murid C Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Lulus Susun bina binaan Murid D Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Cemerlang Lukisan imaginatif Murid E Perempuan 8 tahun Melayu Kelas 2 Jaya / murid biasa Lulus Mereka bentuk peniruan Jadual 4. Petunjuk gred pencapaian dalam DSV Peringkat Markah Gred Amat cemerlang 90 – 100 A+ Cemerlang 75 – 89 A, A- Kepujian 60 – 74 B+, B, B- Lulus 50 – 59 C+, C Gagal 0 – 49 C-, D+, D, F
  17. 17. 17 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Tindakan yang saya gunakan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa sebelum dan semasa intervensi dijalankan. Berikut adalah rajah fasa pelaksanaan. Rajah 7. Fasa-fasa tindakan Ketika fasa-fasa sebelum tindakan, saya menganalisis dokumen untuk melihat masalah atau isu kajian secara umum seperti hasil campuran warna murid, pengetahuan tentang warna dan ton warna. Dapatan analisis tersebut disahkan melalui ujian diagnostik (ujian mewarna), pemerhatian dan analisis dokumen murid yang telah dibuat untuk mengesahkan masalah yang dihadapi peserta kajian. Ujian pra turut dijalankan sebelum RISET diberikan bagi melihat peningkatan murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Fasa 1 sebelum tindakan ini dijalankan memakan masa selama dua bulan semasa berada di praktikum II. Pada tiga bulan yang berikutnya semasa saya menjalani praktikum III, fasa kedua dijalankan iaitu kaedah RISET ini digunakan. Dalam fasa 2 ini saya telah membahagikan kepada dua peringkat iaitu kitaran 1 dan kitaran 2. Setiap kitaran ini murid menggunakan media yang berbeza. Pada kitaran 1 murid menggunakan pensel warna sahaja. Kaedah demonstrasi tambahan turut digunakan dengan menunjuk cara Fasa-fasa tindakan Fasa 1 : sebelum intervensi (2 bulan) Mengenal pasti masalah murid melalui analisis karya dan pemerhatian Mengesahkan masalah murid melalui ujian diagnostik Fasa 2 : semasa intervensi (3 bulan) Kitaran 1 : melaksanakan tindakan RISET menggunakan pensel warna Kitaran 2 : Melakukan semula kaedah RISET menggunakan oil pastel
  18. 18. 18 bagaimana mencampurkan warna dan tayangan gambar suasana matahari terbit dan matahari terbenam. Kaedah RISET ini dijalankan menggunakan media pensel warna sahaja. Kitaran 2 pula saya memberi penambahan untuk menggunakan media oil pastel untuk kaedah RISET ini. Setiap kitaran ini murid akan melalui dua sesi. Hal ini berikutan kerana setiap satu sesi mengambil masa sejam dan murid memerlukan dua jam bagi menyiapkan satu lembaran RISET ini. Setiap kitaran dijalankan berpandukan tindakan model yang telah dipilih dan diubahsuai selari dengan kajian yang saya jalankan ini (Rujuk Rajah 7). Jadual 5. Pelaksanaan tindakan Bil. Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal Januari 2016 2. Menulis kertas cadangan kajian Februari 2016 3. Merancang tindakan Februari 2016 4. Melaksanakan tindakan Mac 2016 5. Mengumpul data April 2016 6. Menganalisis data Mei 2016 7. Refleksi kajian Jun 2016 8. Menulis laporan kajian Ogos 2016 9. Pembentangan dapatan kajian dalam seminar Oktober 2016 10. Penulisan artikel kajian dalam prosiding Oktober 2016 11. Penjilidan laporan kajian Oktober 2016
  19. 19. 19 5.2 KAEDAH MENGUMPUL DATA Saya telah memilih empat cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil daripada data yang diperoleh ini, saya memilih kaedah yang paling sesuai untuk menganalisisnya. Analisis data ini berdasarkan kepada empat aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh saya iaitu ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. 5.2.1 UJIAN PRA DAN PASCA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ujian bermaksud pemeriksaan untuk mengetahui kebijaksanaan atau kecerdikan seseorang. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai peperiksaan yang terdiri daripada bentuk lisan dan bertulis. Oleh itu, pengkaji telah jalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Pada peringkat pertama sebelum pengajaran menggunakan kaedah RISET, saya telah mengendalikan ujian pra terhadap empat orang murid yang dipilih berasaskan kepada gred pemarkahan ujian seni mereka. Ujian pra telah diberikan sebelum intervensi dibuat, manakala aktiviti kitaran pertama dan kedua dilaksanakan semasa intenvensi. Ujian pra dijalankan untuk memastikan murid-murid yang bermasalah dalam ujian tindakan ini. Ujian pra ini dijalankan sebelum menggunakan lembaran kerja RISET yang dibina untuk meningkatkan kemahiran ton warna murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Saya menjalankan ujian pra ini pada 12 Julai 2016 selama satu jam tanpa menggunakan kaedah RISET (Rujuk Lampiran 5). Keputusan menunjukkan murid masih belum berada pada tahap yang baik dari segi kemahiran ton warna tetapi dari segi pengetahuan sedia ada murid menunjukkan tahap yang memuaskan. Latihan dan tunjuk cara perlu diberi penekanan supaya pengetahuan sedia ada murid dapat ditambah baik dan diberikan peningkatan ke tahap yang lebih cemerlang. Seterusnya diadakan ujian pasca iaitu selepas menggunakan lembaran kerja RISET. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan maklum balas murid sama ada kemahiran mereka berjaya ditingkatkan atau sebaliknya. Ujian pasca ini dijalankan sebanyak dua kitaran dan setiap kitaran mempunyai dua sesi kaedah RISET. Keputusan menunjukkan peningkatan kemahiran ton warna murid mencapai tahap yang lebih baik pada kitaran 2. Hal ini menunjukkan murid faham dan berjaya mengaplikasikan latihan RISET yang diberikan. Malah objektif utama saya berjaya dicapai dengan baik (Rujuk
  20. 20. 20 Lampiran 6). Skor direkodkan berdasarkan kepada rubrik pemarkahan analitik yang telah saya disediakan. 5.2.2 PEMERHATIAN Saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid semasa murid mengikuti sesi pada kitaran pertama dan kedua. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati tahap peningkatan kemahiran ton warna murid dalam bilik darjah semasa kaedah lembaran kerja RISET diaplikasikan. Instrumen yang digunakan bagi melaksanakan pemerhatian saya ialah borang senarai semak. Menurut Sharifah Zaleha (2001), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Seorang pemerhati akan berada di tempat peristiwa berlaku untuk melihat tingkah laku sebagaimana ia benar-benar berlaku dan mencatatkan ciri menonjol bagi tingkah laku subjek (Mohd. Majid, 2000). Untuk memastikan ketekalan pemerhatian, senarai semak digunakan bagi setiap sesi RISET yang dijalankan. Hasil dapatan daripada borang senarai semak telah dikaji dan dianalisis supaya saya dapat mengesan kelemahan paling ketara pada item-item yang telah ditetapkan. Saya telah menggunakan borang senarai semak berbentuk Ya/Tidak dalam kajian ini. Dalam senarai semak ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kefahaman murid, tingkah laku dan kemahiran ton warna. Dalam setiap bahagian ini mempunyai item-item yang ingin diperhatikan (Rujuk Lampiran 7). Borang senarai semak ini digunakan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan digunakan untuk dua kitaran. 5.2.3 ANALISIS DOKUMEN Analisis dokumen dibuat berdasarkan kepada hasil karya murid semasa ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan pasca boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk mengenalpasti masalah dan hasilnya boleh dirujuk sebagai sumber . Analisis dokumen ini bertujuan untuk mengutip data atau maklumat berguna daripada dokumen-dokumen yang dikaji (Pasukan penyelidik, 2015). Dalam analisis dokumen ini saya menggunakan instrumen rubrik pemarkahan yang saya bina (Rujuk Lampiran 8). 5.2.4 SOAL SELIDIK Soal selidik merupakan cara untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan saya mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan
  21. 21. 21 pembelajaran. Soal selidik ini saya bina menepati objektif atau masalah yang saya kaji dan mudah untuk murid saya menjawab serta mendapatkan maklumat setepat yang mungkin. Soal selidik ini saya lakukan dalam bentuk soalan tertutup bertujuan untuk murid hanya perlu memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena yang berkaitan. Kaedah ini turut disokong oleh Gillham (2000) yang menyatakan soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Jadi saya memilih soalan tertutup dichotomous untuk murid saya kerana skala ini mempunyai dua pilihan jawapan seperti Ya/Tidak (Rujuk Lampiran 9).
  22. 22. 22 5.3 KAEDAH ANALISIS DATA Saya telah memilih empat cara dan instrumen pengumpulan data. Analisis data ini dilaksanakan berdasarkan empat aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian, ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan soal selidik. Semua kaedah yang digunakan dianalisis menggunakan analisis kuantitatif yang melibatkan bilangan kekerapan dan peratusan. Jadual 6. Cara menganalisis data. Bil Instrumen Cara menganalisis data 1 Pemerhatian Bilangan kekerapan 2 Ujian pra dan pasca Peratus 3 Soal selidik Peratus 4 Analisis dokumen Peratus 5.3.1 PEMERHATIAN Data bagi pemerhatian dianalisis dengan cara menyemak semua maklumat dengan terperinci, membaca semua catatan, pemerhatian dan kemudian menganalisis dapatan melalui senarai semak yang disediakan. Menurut Meriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal „first hand encounter‟ tentang guru dan murid yang hendak dikaji. Pemerhatian terhadap murid dilakukan semasa murid sedang melakukan ujian pasca. Jadual 7. Analisis borang senarai semak pemerhatian terhadap murid semasa intervensi. Item Pernyataan Kitaran 1 Kitaran 2 Sesi 1 Sesi 2 Sesi 1 Sesi 2 Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Kefahaman murid 1 Kefahaman tentang ton warna 4 1 5 0 5 0 5 0 2 Kefahaman tentang lukisan landskap 0 5 1 4 5 0 5 0 3 Kefahaman tentang 2 3 3 2 5 0 5 0
  23. 23. 23 matahari terbit dan terbenam Tingkah laku 4 Kekerapan bertanya dengan guru 4 1 4 1 2 3 1 4 5 Melihat / bercakap dengan rakan 3 2 4 1 3 2 1 4 6 Fokus ketika membuat tugasan 2 3 1 4 4 1 3 2 Kemahiran ton warna 7 Aplikasikan tiga warna panas 5 0 5 0 5 0 5 0 8 Murid tahu gabungkan warna panas 1 4 2 3 4 1 5 0 9 Mewarna dengan kemas 1 4 2 3 10 Menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan 3 2 5 0 11 Dapat melukis subjek asas lukisan landskap 2 3 4 1 12 Menghasilkan lukisan landskap dengan kemas 0 5 3 2 * Penyataan yang tidak digunakan. Berdasarkan senarai semak ini, saya dapat mengkategorikan kriteria murid semasa melakukan kaedah RISET ini dalam meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan media kering. Saya juga dapat mengetahui perubahan tingkah laku dan maklum balas peserta kajian berdasarkan senarai semak ini. Senarai semak ini digunakan setiap kali sesi RISET dijalankan bagi melihat lebih secara spesifik peningkatan murid dalam kemahiran ton warna.
  24. 24. 24 5.3.2 UJIAN PRA DAN PASCA Analisis data bagi ujian pra dan ujian pasca menggunakan kaedah kuantitatif dan analisis deskriptif. Statistik deskriptif berfungsi untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah dan digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Menurut Chua (2006), huraian umum ini biasanya dapat menggambarkan ciri-ciri data yang diperolehi. Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca, tahap peningkatan murid dikelaskan mengikut lima tahap iaitu amat cemerlang, cemerlang, kepujian, lulus dan gagal seperti Jadual 9 berdasarkan skala buku panduan pelaksanaan kerja kursus Institut Pendidikan Guru (IPG) (2015). Jadual 8 . Analisa perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca Murid Ujian pra (sebelum RISET) Ujian pasca (selepas RISET) A 67 ( B ) 91 ( A+ ) B 44 ( D+ ) 73 ( B+ ) C 55 ( C ) 83 ( A ) D 63 ( B- ) 70 ( B+ ) E 54 ( C ) 71 ( B+ ) Jadual 9. Petunjuk gred pentaksiran Peringkat Markah Gred Amat cemerlang 90 – 100 A+ Cemerlang 75 – 89 A, A- Kepujian 60 – 74 B+, B, B- Lulus 50 – 59 C+, C Gagal 0 – 49 C-, D+, D, F Sumber : Buku panduan pelaksanaan kerja kursus IPG (2015). Perbandingan antara pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca dianalisis dengan sokongan daripada hasil analisis dokumen iaitu hasil karya murid menggunakan rubrik pemarkahan yang telah dibina. Perbezaan hasil pencapaian murid ini menunjukkan murid dapat mencapai peningkatan selepas melakukan kaedah
  25. 25. 25 RISET. Jelas sekali amalan teori Behavioris dalam hukum latihan banyak memberi peningkatan dalam kajian ini. 5.3.3 SOAL SELIDIK Bagi menganalisis borang soal selidik, saya telah menggunakan jadual kekerapan dengan merujuk kepada jawapan Ya/Tidak daripada murid. Setelah menganalisis instrumen ini, saya dapat mengetahui sejauh mana tahap perubahan peningkatan murid sebelum dan selepas tindakan kaedah RISET digunakan. Saya telah membuat perbandingan antara dua senarai borang soal selidik sebelum dan selepas kaedah RISET dijalankan. Jadual 10. Analisis kekerapan dan peratus sebelum soal selidik Bil. Penyataan Sebelum tindakan Pengetahuan diri Ya (%) Tidak (%) 1. Saya tahu/sudah tahu ton warna 4 (80%) 1 (20%) 2. Saya tahu/sudah tahu lukisan landskap 2 (40%) 3 (60%) 3. Saya tahu/sudah tahu warna panas 4 (80%) 1 (20%) 4. Saya tahu/sudah tahu warna sejuk 4 (80%) 1 (20%) 5. Saya pernah melihat matahari terbit 0 (0%) 5 (100%) 6. Saya pernah melihat matahari terbenam 1 (20%) 4 (80%) Pengajaran guru 7. Guru pernah mengajar mengenai ton warna 0 (0%) 5 (100%) 8. Saya suka melakukan aktiviti berkumpulan ketika subjek seni 3 (60%) 2 (40%) 9. Pengajaran guru seni sangat menarik dan seronok/mudah diikuti 4 (80%) 1 (20%) Kemahiran seni 10. Saya selalu mewarna ketika masa lapang di rumah 4 (80%) 1 (20%) 11. Saya pernah mengikuti pertandingan mewarna di luar sekolah 3 (60%) 2 (40%) 12. Saya pernah mengikuti kelas/bengkel seni di luar 0 (0%) 5 (100%)
  26. 26. 26 Jadual 11. Analisis kekerapan dan peratus selepas soal selidik. Bil. Penyataan Selepas tindakan Pengetahuan diri Ya (%) Tidak (%) 1. Saya tahu/sudah tahu ton warna 5 (100%) 0 (0%) 2. Saya tahu/sudah tahu lukisan landskap 3 (60%) 2 (40%) 3. Saya tahu/sudah tahu warna panas 5 (100%) 0 (0%) 4. Saya tahu/sudah tahu warna sejuk 5 (100%) 0 (0%) 5. Saya sudah tahu bezakan matahari terbit dan terbenam 5 (100%) 0 (0%) 6. Saya sudah tahu teknik campurkan warna 5 (100%) 0 (0%) Pengajaran guru 7. Pengajaran guru seni sangat menarik dan seronok / mudah diikuti 5 (100%) 0 (0%) 8. Saya sudah faham pengajaran guru mengenai ton warna 5 (100%) 0 (0%) 9. Saya suka melakukan aktiviti lembaran RISET yang digunakan 5 (100%) 0 (0%) Kemahiran seni 10. Saya dapat mengaplikasikan teknik ton warna semasa menghasilkan lukisan landskap 5 (100%) 0 (0%) 11. Saya berjaya menggunakan media kering (pensel warna/oil pastel) ketika mewarna 5 (100%) 0 (0%) 12. Saya dapat melukis subjek asas lukisan landskap dengan mudah 5 (100%) 0 (0%) 5.3.4 ANALISIS DOKUMEN Analisis dokumen ini dianalisis berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang telah saya bina. Kemahiran dan pengetahuan murid akan dianalisis secara individu untuk melihat tahap kekuatan dan kelemahan murid (Rujuk Lampiran 8). Dalam analisis dokumen ini saya gunakan selepas murid melakukan ujian pra dan ujian pasca. Perincian mengenai setiap kemahiran murid dapat dianalisis dengan lebih dekat dan mendalam lagi.
  27. 27. 27 Rajah 8. Analisis rubrik pemarkahan setiap murid semasa ujian pra Jadual 12. Petunjuk setiap kriteria Kriteria 1 Pengetahuan kumpulan warna panas Kriteria 2 Kefahaman suasana matahari terbit dan terbenam Kriteria 2 Aplikasi teknik ton warna panas Kriteria 3 Penggunaan pensel warna/ oil pastel Kriteria 4 Kemahiran melukis subjek asas Kriteria 5 Kekemasan Analisis menunjukkan murid B (44 markah) mempunyai jumlah markah yang paling rendah diikuti dengan murid E (47 markah), murid C (55 markah), murid D (63 markah) dan murid A (67 markah). Berdasarkan kepada kriteria yang dinilai kriteria 3 iaitu aplikasi teknik ton warna panas mempunyai jumlah keseluruhan markah yang paling tinggi iaitu 30 markah. Murid B mencapai markah yang paling rendah iaitu 10 markah dan menunjukkan murid B mempunyai kemahiran ton warna yang paling lemah. Namun, secara keseluruhan setiap murid masih belum dapat mencapai tahap yang cemerlang. Kemudian, saya menganalisis rubrik pemarkahan murid selepas menjalankan ujian pasca. 8 8 20 14 10 7 4 4 10 12 9 5 7 5 15 10 13 5 8 7 20 12 10 6 5 5 12 10 10 5 0 5 10 15 20 25 kriteria 1 (10m) kriteria 2 (10m) kriteria 3 (30m) kriteria 4 (20m) kriteria 5 (20m) kriteria 6 (10m) markah kriteria yang dinilai Rubrik pemarkahan setiap murid (ujian pra) murid A murid B murid C murid D murid E
  28. 28. 28 Rajah 9. Analisis rubrik pemarkahan setiap murid semasa ujian pasca Perbandingan dapat dilihat apabila ujian pasca dijalankan selepas murid menjalani dua kitaran kaedah RISET. Pada kriteria 1 iaitu pengetahuan kumpulan warna panas menunjukkan kelima-lima orang murid berjaya mencapai markah penuh 10 markah. Manakala peningkatan murid B turut bertambah untuk semua kriteria terutama sekali kemahiran murid dalam teknik ton warna panas pada kriteria 3. Pada kriteria 5 iaitu kemahiran melukis subjek asas mendapati hanya murid B sahaja mendapat markah yang paling rendah iaitu 9 markah berbanding dengan murid lain. Semua murid menunjukkan tahap peningkatan yang baik berbanding dengan keputusan pada ujian pra sebelum ini. Murid A mencapai markah sebanyak 91 markah iaitu peringkat amat cemerlang, murid B pula mendapat jumlah markah 73 berada di peringkat kepujian, murid C mendapat 83 markah iaitu di peringkat cemerlang, murid D mencapat 70 markah iaitu di peringkat kepujian dan murid E mencapai 71 markah yang berada di peringkat kepujian. 10 9 28 19 17 8 10 8 25 14 9 7 10 9 28 18 10 8 10 8 20 10 16 6 10 7 20 12 15 7 0 5 10 15 20 25 30 kriteria 1 (10m) kriteria 2 (10m) kriteria 3 (30 m) kriteria 4 (20m) kriteria 5 (20m) kriteria 6 (10m) markah kriteria yang dinilai Rubrik pemarkahan setiap murid (ujian pasca) murid A murid B murid C murid D murid E
  29. 29. 29 5.4 KAEDAH SEMAKAN DATA Triangulasi adalah proses menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data dan dilakukan untuk meningkatkan kesahan data. Triangulasi juga dikenali sebagai pemeriksaan silang atau kesahan silang (Kartini et al., 2012). Menurut Fatimah & Lim (2010) dalam buku Menguasai Penyelidikan Tindakan (2012), maklumat yang didapati data satu sumber boleh disahkan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain. Dalam kajian ini, saya menggunakan triangulasi data di mana mendapatkan maklumat dan data dari pelbagai sumber. Manakala menurut Ghazali (2012) dalam petikan buku Pasukan penyelidik (2015), kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecatatan. Rajah 10 menunjukkan kaedah triangulasi data yang digunakan bagi mencapai kesahan data kajian ini. Rajah 10. Triangulasi data. Melalui kaedah ujian pra saya jalankan sebelum kaedah RISET digunakan untuk melihat perubahan dan peningkatan murid selepas ujian pasca dijalankan menggunakan kaedah RISET. Dalam ujian pasca ini saya menggunakan dua kitaran untuk mendapatkan hasil kesahan dan kebolehpercayaan data yang tepat. Semasa ujian pasca ini dijalankan, pemerhatian berstruktur turut dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar murid semasa melakukan aktiviti RISET ini. Dalam kaedah pemerhatian, saya menggunakan rakaman video untuk merekodkan segala perbualan dan bunyi serta segala pergerakan dirakam melalui kamera video itu. Bahan rakaman ini sangat berguna untuk melihat dan mengkaji semula sesuatu situasi yang telah Ujian pra dan ujian pasca Pemerhatian : Senarai semak, hasil kerja murid Soal selidik : Soalan tertutup
  30. 30. 30 dirakamkan. Saya turut menggunakan borang senarai semak untuk melihat tahap kefahaman murid, tingkah laku dan kemahiran ton warna murid. Setelah itu, saya membuat analisis dengan menggunakan kiraan kekerapan murid mengikut setiap sesi yang telah dijalankan. Saya juga dapat membuat penilaian dan perbandingan setiap tindakan yang saya guna bagi mengetahui sejauh mana peningkatan kemahiran ton warna murid melalui dua kitaran ini. Kaedah soal selidik pula dijalankan sebelum dan selepas PdP dijalankan. Hal ini bertujuan untuk melihat tahap peningkatan murid sebelum dan selepas menerima pengajaran menggunakan kaedah “RISET” ini. Soal selidik ini merupakan tinjauan yang paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan saya mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu PdP murid. Bentuk soalan soal selidik saya adalah soalan tertutup dan hanya memerlukan murid menjawab „Ya‟ atau „Tidak‟ sahaja. Dapatan soal selidik ini dianalisis menggunakan kiraan kekerapan dalam bentuk peratusan.
  31. 31. 31 6.0 DAPATAN KAJIAN Kajian ini adalah berkenaan dengan meningkatkan kemahiran ton warna panas bagi murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. Dalam dapatan kajian ini akan dipersembahkan keputusan data berdasarkan pada setiap persoalan kajian yang telah dibina untuk melihat sama ada dapatan kajian sesuai dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Malah turut disertakan dengan sokongan bukti dari pelbagai sumber data yang relevan bagi menjawab segala persoalan kajian ini. Setiap objektif kajian, persoalan kajian dan bagaimana data diperoleh mempunyai hubung kait dan saling sokong-menyokong antara satu sama lain serta memenuhi syarat mencapai kebolehpercayaan dan kesahan data (Rujuk Jadual 13). Jadual 13. Hubungkait persoalan kajian dan data yang diperoleh. Objektif kajian Persoalan kajian Cara kumpul data Instrumen Mengenal pasti masalah kemahiran murid yang tidak dapat dikuasai ketika menghasilkan lukisan landskap. Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid ketika menghasilkan lukisan landskap? Ujian pra dan ujian pasca, soal selidik Ujian mewarna, borang soal selidik Mencari punca masalah kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap? Pemerhatian, soal selidik, analisis dokumen Borang senarai semak, borang soal selidik, rubrik pemarkahan Meningkatkan kemahiran ton warna panas murid tahun 2 menggunakan kaedah RISET. Bagimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan kaedah RISET? Ujian pasca, pemerhatian Borang pemarkahan, borang senarai semak Persoalan pertama : Apakah masalah kemahiran yang tidak dapat dikuasai murid ketika menghasilkan lukisan landskap?
  32. 32. 32 Bagi menjawab persoalan ini, ujian pra dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Berdasarkan kepada dapatan ujian pra dan ujian pasca yang dibandingkan, peningkatan ketara terhadap pengetahuan dan kemahiran murid dalam menghasilkan ton warna lukisan landskap sebelum dan selepas RISET digunakan. Ujian pra dilakukan sebagai ujian mewarna yakni murid menghasilkan lukisan landskap tanpa bantuan daripada guru. Melalui ujian mewarna ini, saya dapat menilai masalah kemahiran yang berlaku ketika murid mewarna dan pengetahuan sedia ada mereka mengenai landskap. Ujian pra ini bertujuan bagi memberi gambaran masalah awal yang berlaku terhadap murid terutama dalam menghasilkan lukisan landskap dalam bidang Menggambar ini. Keputusan ujian pra ini diperoleh melalui borang pemarkahan yang telah disediakan. Kiraan peratus terhadap setiap murid dipersembahkan dalam bentuk graf bagi tujuan melihat peningkatan perbandingan semasa ujian pasca. Rajah 11 . Dapatan Ujian Pra sebelum kaedah RISET digunakan. Selaras dengan itu juga, dalam dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET dijalankan, peratus murid menunjukkan perbezaan peningkatan yang tinggi melalui 12 item soal selidik yang diberikan kepada murid. Hasil dapatan soal selidik sebelum RISET digunakan dapat menjawab persoalan pertama mengenai masalah kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Item yang menunjukkan 67 44 55 63 54 0 10 20 30 40 50 60 70 80 murid A murid B murid C murid D murid E Dapatan Ujian Pra Markah
  33. 33. 33 peratus yang tinggi bilangan „Tidak‟ menjadi punca masalah kemahiran ton warna ini berlaku dalam kalangan murid. Rajah 12. Graf dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET digunakan. Persoalan kedua : Kenapakah murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap? Bagi menjawab persoalan kedua, data daripada senarai semak pemerhatian mendapati peningkatan jumlah murid yang berjaya menunjukkan tahap kefahaman, tingkah laku dan kemahiran ton warna yang lebih baik semasa kitaran 1 dijalankan sehingga kitaran 2. Setiap kitaran mempunyai dua sesi iaitu sesi 1 dan sesi 2. Pada awalnya melalui aspek kemahiran ton warna saya mendapati hanya seorang sahaja murid yang tahu menggabungkan warna, kemudian meningkat kepada dua orang pada sesi 2 kitaran 1. Manakala dalam kitaran 2 pula, pada sesi 1 bilangan murid meningkat pada empat orang dan seterusnya pada sesi 2 dalam kitaran 2, keseluruhan murid telah berjaya mencapai 100% dalam item tersebut (Rujuk Rajah 13). 0 20 40 60 80 100 120 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item 10 Item 11 Item 12 Peratus Item soal selidik Dapatan soal selidik sebelum kaedah RISET digunakan Ya Tidak
  34. 34. 34 Rajah 13. Dapatan senarai semak aspek kemahiran ton warna item 8 Dapatan ini disokong melalui hasil jawapan soal selidik murid sebelum RISET diberikan. Dapatan sebelum soal selidik menunjukkan murid mengalami beberapa masalah dalam menguasai kemahiran ton warna antara peratus kekerapan „Tidak‟ yang paling tinggi ialah guru pernah mengajar kemahiran ton warna. Hal ini menunjukkan tiada pengajaran ton warna yang khusus kepada murid menyebabkan murid tiada kemahiran ton warna yang baik. Malah pengetahuan murid mengenai ton warna pula tidak mencapai bilangan peratus yang memuaskan dan ini menyebabkan murid mengalami masalah dalam menghasilkan ton warna yang baik dalam lukisan landskap (Rujuk Rajah 6). Selain itu turut disokong oleh dapatan daripada analisis dokumen yang dinilai dengan lebih terperinci mengenai masalah kemahiran murid dalam menghasilkan ton warna lukisan landskap. Dapatan dalam bentuk pemarkahan untuk setiap kriteria diukur mengikut rubrik pemarkahan dengan lebih terperinci melalui hasil karya murid sebelum (ujian pra) dan selepas (ujian pasca) kaedah RISET diberikan. Dalam persoalan ini yang menjadi punca murid tidak dapat menguasai kemahiran ton warna berdasarkan dapatan kriteria yang dinilai dalam borang penilaian hasil kerja murid mengikut rubric pemarkahan yang telah saya bina (Rujuk Rajah 8 dan 9). 0 1 2 3 4 5 6 Sesi 1 : K1 Sesi 2 : K1 Sesi 1 : K2 Sesi 2 : K2 Dapatan senarai semak aspek kemahiran ton warna item 8 Bilangan murid
  35. 35. 35 Rajah 14. Kriteria 1 Pengetahuan kumpulan warna panas (10 markah) dalam borang penilaian hasil kerja murid. Ini adalah salah satu kriteria yang dinilai dalam hasil kerja murid. Perubahan capaian graf dapat dilihat dengan lebih jelas. Kriteria ini jelas menjadi salah satu punca kenapa murid masih belum menguasai kemahiran ton warna panas ketika menghasilkan lukisan landskap kerana murid tiada pengetahuan mengenai kumpulan warna yang terdapat dalam roda warna. Rajah 15. Kriteria 4 Penggunaan pensel warna/oil pastel (20 markah) dalam borang penillaian hasil kerja murid Kriteria 4 ini turut menjawab kepada persoalan kedua ini dimana kemahiran psikomotor murid ketika menggunakan media kering ini. Pensel warna dan oil pastel merupakan 0 2 4 6 8 10 12 murid A murid B murid C murid D murid E markah Pengetahuan kumpulan warna panas (10 markah) ujian pra ujian pasca 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 murid A murid B murid C murid D murid E markah Penggunaan pensel warna/oil pastel (20 markah) ujian pra ujian pasca
  36. 36. 36 kumpulan media kering yang sama tetapi ciri dan sifatnya berlainan. Kesan kepada lukisan turut memberikan hasil yang berbeza. Murid D menunjukkan penurunan graf antara dua ujian ini. Hal ini berikutan kerana sifat media oil pastel yang lebih licin dan murid sukar untuk mengawal dan memberi kesan kepada hasil tona warna yang dilakukan. Ini disokong oleh seorang pengkarya En. Abdul Rahman Yusuf (2009) menyatakan media oil pastel ini merupakan media yang mudah dan cepat untuk menghasilkan sesebuah lukisan tetapi kanak-kanak perlu mencuba dan berani menggunakannya dan pasti akan merasa seronok melihat hasilnya. Beliau turut mengatakan bahawa media oil pastel ini telah diajar semasa kanak-kanak di sekolah tadika lagi supaya diberi pendedahan awal mengenai keseronokan menggunakannya. Persoalan ketiga : Bagaimanakah murid dapat meningkatkan kemahiran ton warna panas menggunakan kaedah RISET? Persoalan ketiga pula terjawab dengan data daripada ujian pasca yang dijalankan selepas melalui dua kitaran. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlaku peningkatan yang ketara dalam pengaplikasian RISET berulang kali dalam menghasilkan ton warna panas lukisan landskap. Menurut Thorndike (1949) dalam laman web Pengantar Psikologi Sosial menyatakan memperkenalkan hukum latihan di mana prinsip yang utama dalam belajar adalah ulangan. Semakin sering diulangi, kemahiran pembelajaran itu akan semakin dikuasai. Pada awalnya, pemisahan ton warna dihasilkan dengan agak ketara, namun selepas kaedah RISET digunakan, ton warna dapat dibuat dengan lebih kemas, menarik tiada ruang perbezaan nilai ton yang bersebelahan dan campuran warna juga bersesuaian dan tepat mengikut arah cahaya suasana matahari terbit dan terbenam yang dipilih. Hasil dapatan murid sebelum dan selepas menjalankan RISET terbukti menunjukkan tahap peningkatan yang baik (Rujuk Rajah 16).
  37. 37. 37 Rajah 16. Perbandingan pencapaian murid semasa ujian pra dan ujian pasca. Seterusnya, dapatan melalui hasil soal selidik selepas menjalankan kaedah RISET turut membuktikan bahawa penggunaan kaedah RISET ini berjaya meningkatkan kemahiran ton warna panas murid dalam menghasilkan lukisan landskap. Peratus bilangan tidak berkurang dan kesemua murid menunjukkan keputusan yang baik dalam memberi respon terhadap soal selidik yang telah dijalankan selepas mengikuti dua kitaran kaedah RISET. Dapatan ini berjaya menjawab persoalan ketiga ini. Rajah 17. Graf dapatan soal selidik selepas penggunaan kaedah RISET 0 20 40 60 80 100 120 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item 10 Item 11 Item 12 Peratus Item soal selidik Dapatan soal selidik selepas penggunaan kaedah RISET Ya Tidak 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Peratus Peserta kajian Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca ujian pra ujian pasca
  38. 38. 38 7.0 REFLEKSI Setelah kajian dibuat, didapati tindakan menggunakan kaedah RISET mendatangkan kesan positif terutama dalam meningkatkan kemahiran ton warna panas murid menggunakan media kering iaitu pensel warna dan oil pastel. Berbanding dengan amalan pengkaji lama yang hanya menunjukkan contoh karya dan tunjuk cara di hadapan kelas tanpa melakukan aktiviti berpusatkan murid. Hal ini menyebabkan kurang membantu dari segi teknik dan langkah-langkah penghasilan ton warna. Cara pengumpulan data yang dibuat sebelum tindakan dijalankan adalah dengan menggunakan ujian diagnostik, pemerhatian, analisis dokumen dan ujian pra. Data semasa tindakan dijalankan adalah menggunakan senarai semak pemerhatian dan lembaran RISET yang diberikan kepada peserta kajian. Kaedah pengumpulan data selepas RISET ini pula dilakukan melalui ujian pasca, borang soal selidik dan analisis dokumen. Kesemua data diperlukan bagi menjawab ketiga-tiga objektif persoalan kajian yang dibuat sebelum kajian dijalankan. Antara kekuatan kajian ini ialah peserta kajian dapat mempertingkatkan kemahiran ton warna mereka terutama menggunakan media oil pastel. Mereka juga dapat mengenali ton warna panas dan warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan landskap suasana matahari terbit dan matahari terbenam apabila ilmu diterapkan dengan soal jawab, sesi tunjuk cara dan input yang diberikan sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007) menyatakan semakin banyak pancaindera digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Hal ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Murid bukan sahaja didedahkan dengan aktiviti psikomotor tetapi turut melibatkan deria pancaindera untuk melihat perbezaan suasana matahari terbit dan terbenam semasa sesi interaksi dengan guru. Kekuatan kaedah RISET ini dapat menggalakkan murid membina kemahiran baru dalam melukis dan murid dapat membina konstruktivisme dalam kemahiran mewarna. Hal ini dibuktikan dengan sesi latih tubi secara berulang menggunakan dua kitaran berpandukan Model Kemmis dan Mc Taggart. Selain itu, dapat membina keyakinan murid mencuba sendiri lembaran RISET ini tanpa bantuan daripada guru. Mereka dapat membina pengalaman sendiri dan menambahbaikkan kemahiran sedia ada yang terdapat dalam diri mereka. Tambahan pula, kaedah RISET ini membantu
  39. 39. 39 untuk menajamkan lagi kemahiran psikomotor murid dengan lebih berkesan. Pendedahan latihan awal kepada murid dalam peringkat umur sebegini dapat membina psikomotor halus yang baik bukan sahaja dalam aktiviti mewarna tetapi aktiviti rutin harian yang lain. Sejajar dengan itu juga, kaedah RISET ini memberi ilmu baru kepada murid dengan gabungan subjek lain iaitu matapelajaran sains di mana melibatkan proses berlakunya suasana matahari terbit dan matahari terbenam. Murid dapat melihat sendiri melalui rakaman video yang ditunjukkan oleh guru mengenai perbezaan antara dua suasana ini. Kesan arah cahaya sangat memainkan peranan penting untuk murid menghasilkan ton warna yang betul berdasarkan pemilihan suasana landskap yang dipilih. Walaupun telah disenaraikan beberapa kekuatan kajian ini terutama kaedah yang digunakan namun, terdapat kekangan yang dihadapi sewaktu sesi tindakan iaitu murid mempunyai kecerdasan yang berbeza (multiple intelligence). Oleh itu, keupayaan untuk mengikuti kaedah RISET adalah berbeza-beza kerana ada sesetengah murid yang agak lambat dalam mewarna. Namun kekangan ini diadaptasi dengan pemahaman teori oleh seorang psikologi Barat iaitu Howard Gardner dalam buku David Lazear (2006) berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan yang dipetik dari bukunya Gardner, Frames of Mind di mana lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antropologi dan sosiologi. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Justeru melalui beberapa sesi kaedah RISET dibuat ditambah dengan bahan bantu mengajar dan sesi tunjuk cara menunjukkan peningkatan hasil dapat yang sangat baik. Kekangan kedua pula merupakan nilai warna ton yang berbeza daripada semua murid. Hal ini kerana, murid menggunakan media pensel warna dan oil pastel. Perbezaan dari segi kualiti dan nilai ton warna sangat berbeza ditambah pula dengan teknik tekanan pada kertas berbeza kekuatan menghasilkan kesan yang berbeza. Semua peserta kajian lebih suka menggunakan oil pastel kerana hasilnya yang lebih terang dan penggunaan yang lebih cepat serta senang untuk mencampurkan warna. Apa yang perlu ditambah baik adalah dari segi kekemasan menggunakan oil pastel kerana sifatnya yang lembut dan licin. Namun ini bukan menjadi satu masalah besar kerana fokus utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas
  40. 40. 40 murid menggunakan media kering ketika menghasilkan lukisan landskap. Oleh itu, keputusan dan hasil yang pelbagai masih relevan selagi peningkatan dapat dilihat pada setiap peserta kajian. Kelemahan yang seterusnya ialah dari segi peruntukan masa yang digunakan untuk kaedah RISET ini digunakan. Sebelum murid melakukan lembaran RISET ini, saya perlu memberikan sedikit penerangan dan melakukan demonstrasi berulang kali kerana tidak semua murid mengingati apa yang diajar mahupun ditunjukkan dalam satu masa yang sama. Jadi, ada berlaku pertembungan masa terutama apabila tidak dapat mengikut seperti yang telah dirancang. Inisiatif dengan bersiap sedia dengan perancangan kedua amat penting supaya saya dapat melihat proses setiap murid melakukan lembaran RISET tersebut dari awal hingga akhir. Jadi sebab itu saya mengambil masa dua sesi untuk setiap kitaran. 1 sesi mengambil masa sejam dan jumlah untuk satu kitaran adalah sebanyak 2 jam. Ini menunjukkan peruntukan masa untuk murid amat perlu diberikan tumpuan dan bukan hanya boleh dianggap remeh. Menurut Korweit (1989) dalam kajian tindakan Muhammad Syahir bin Mansor (2013) turut menyatakan pengurusan masa guru adalah pengurusan masa dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau juga menyatakan jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam pengajaran, subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian murid. Kesimpulannya, melalui refleksi ke atas keseluruhan kajian yang telah dijalankan, saya sebagai pengkaji dapat melihat hasil kajian saya terhadap setiap peserta kajian saya dan kaedah RISET yang telah saya bina. Kemahiran murid dalam mengaplikasikan ton warna menggunakan pensel warna dan oil pastel menghasilkan lukisan landskap dapat dipertingkatkan. Malah, mereka bukan sahaja dapat mempelajari teknik ton warna tetapi turut didedahkan dengan cara melukis subjek asas selain dapat menggunakan media kering ini untuk aktiviti stensilan, poster dan gosokan. Manakala kemahiran ton warna ini dapat diaplikasikan menggunakan media basah untuk kegiatan catan.
  41. 41. 41 8.0 CADANGAN KAJIAN SUSULAN Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran ton warna panas murid tahun 2 dalam menghasilkan lukisan landskap menggunakan kaedah RISET. Cadangan yang seterusnya adalah dari pendedahan aspek kumpulan warna yang lebih banyak. Guru memperkenalkan lebih banyak kumpulan roda warna yang pelbagai dan memberi peluang untuk murid memilih dan menggabungkan sendiri warna menjadi satu tona warna yang menarik. Guru boleh menggunakan lembaran RISET yang sama cuma ditambah baik dengan lembaran kerja baru yang lebih mencabar sesuai dengan peringkat murid. Murid akan lebih seronok untuk meneroka pelbagai warna ketika menghasilkan lukisan landskap. Bagi membuat kajian dengan lebih baik, saya turut mencadangkan kaedah RISET ini digabungkan dengan kaedah demonstrasi. Setiap sesi RISET dibuat, murid akan melihat demonstrasi yang berlainan secara berperingkat dengan elemen bahan bantuk mengajar yang lebih pelbagai dan merentas kurikulum. Misalnya, guru boleh melakukan eksperimen terhadap perubahan warna menggunakan bahan seperti tisu untuk murid melihat sendiri hasil campuran dua warna yang berbeza. Hal ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi memberi pendedahan ilmu subjek lain. melalui cara ini, murid akan mempunyai ingatan yang lebih kuat dalam mengingati setiap langkah teknik untuk menghasilkan ton warna. Murid juga dapat bereksperimentasi dengan pelbagai jenis warna yang menarik yang dikategorikan dalam nilai warna yang sama. Cadangan yang seterusnya ialah menukar media yang digunakan kepada jenis media yang lain sama ada soft pastel ataupun menggunakan media basah seperti warna poster dalam penghasilan ton warna. Hal ini dapat membantu murid mengadaptasi kemahiran ton warna menggunakan media pensel warna dan oil pastel ke dalam penggunaan media lain. Oleh itu, murid bukan sahaja berkemahiran dalam ton warna malah mampu menggunakan pelbagai jenis media dalam menghasilkan pelbagai karya Bidang Menggambar serta dalam bidang-bidang lain dalam Dunia Seni Visual. Cadangan yang berikutnya adalah penggunaan alat bahan bantu mengajar (BBM) menggunakan “Roda Warna”. Penggunaan roda warna ini bertujuan untuk murid menyusun suai padan kad warna yang terdapat pada roda warna untuk menjadi satu
  42. 42. 42 ton warna yang baik. Kefahaman murid dapat dilihat melalui pemilihan dan penyusunan kad warna murid pada roda warna tersebut. Murid akan melalui proses pembelajaran “fun learning” dengan menggabunjalin aktiviti permainan menggunakan alat roda warna ini. Penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai mampu menarik dan mewujudkan tahap kefahaman murid tentang sesuatu kemahiran. Murid bukan sahaja belajar berdasarkan teori ton warna sahaj tetapi turut mempraktikkan dengan memilih warna dan menggabungkan warna menjadi satu kumpulan ton warna yang menarik. Akhir sekali adalah cadangan untuk menggunakan lembaran RISET ini untuk bidang lain seperti bidang membuat corak dan rekaan. Murid bukan sahaja menyusun susunan motif corak tetapi bagaimana menghasilkan ton warna yang menarik mengikut susunan motif corak tersebut. Aktivit ton warna ini tidak semestinya digunakan dalam bidang Menggambar sahaja tetapi turut dilakukan dalam bidang seni yang lain dan murid akan dapat melihat tahap potensi diri dan kebolehan diri dalam bidang yang dilakukannya. Kreativiti murid akan lebih terserlah dengan pendedahan yang luas dalam bidang lain tentang bagaimana mengaplikasikan kemahiran ton warna ini dalam aktiviti bidang seni yang lain.
  43. 43. 43 9.0 RUJUKAN _______.(2015). Kajian Kemahiran Motor Halus Dalam Menggunting. Dilayari dari laman web http://cikamal.com/full-tesis-kajian-penuh-kemahiran-motor- halus.html _______. (2012). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Dilayari dari laman web http://myguru3.upsi.edu.my Carl E. Heilman II, Greta Heilman-Cornell. (2010). Contemporary landscape photography : profesional techniques for capturing spectacular settings. New York : The Ilex Press Limited. David Lloyd. (2007). The Colour Book. Ramsbury, Marlborough : The Crowood Press Ltd Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Diana Craig dan Hazel Harrison (2011). The New Encyclopedia of Watercolour Techniques. Search Press, Limited Fazlin bt Kamsan. (2012). Meningkatkan Kemahiran Ton Warna Menggunakan Media Oil Pastel Dalam Bidang Menggambar Bagi Murid Tahun 5 Utarid Melalui Kaedah Demonstrasi. Kuala Lumpur : Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Hideaki Chijiwa. (1987). Color harmony : A guide to creative color combinations. United States : Rockport Publishers . Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat . Badrul Hisham Alang Osman (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan. Perak : Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Muhammad Iqbal bin Awang Damit. (2009). Kajian Tindakan Warna. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Mara. Muhammad Syahir bin Mansor (2011). Kajian Tindakan Pengurusan Masa dalam Kalangan Guru. Alor Setar : Kolej Sultan Abdul Hamid. Nordin Tahir. (2012). Pengumpulan Data Kajian Tindakan. Dilayari dari laman web www.amaljaya.com Pasukan Penyelidik. (2015). Penyelidikan tindakan : Panduan penulisan laporan.
  44. 44. 44 Selangor : Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Ruziathul Amira binti Mazlan. (2012). Menu warna panas dan warna sejuk. (Tesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, Malaysia. Suziana binti Tukiran. (2012). Kertas cadangan penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Tom Mackie. (2005). Tom Mackie's landscape photography secrets. North America : F+W Publications, Inc. Open University Malaysia. (2006). HBAE1103 Pengenalan pendidikan seni visual. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

×