Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pembelajaran Regulasi Kendiri

6,433 views

Published on

Untuk pelajar IPGM

Subjek GKB 1053 , PPISMP Jun 2013 :)

Published in: Education
  • Be the first to comment

Pembelajaran Regulasi Kendiri

  1. 1. ANALISIS GAYA BELAJAR INDIVIDU
  2. 2. Dapatan kajian : VISUAL (113 / 200 ) X 100 % = 56.5 % AUDITORI ( 71/ 140 ) X 100 % = 51. 0 % KINESTATIK ( 94 / 170 ) X 100 % = 55.3 %
  3. 3. Berikut merupakan rajah hasil kajian tersebut : 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Visual Auditori Kinestatik
  4. 4. Maka, dapat disimpulkan bahawa senior A lebih cenderung belajar menggunakan gaya belajar secara visual berbanding gaya belajar secara auditori dan kinestatik.
  5. 5. Cadangan untuk mengoptimumkan gaya belajar senior A GAYA BELAJAR KINESTATIK Berehat seketika selepas belajar untuk jangka masa yang panjang Mendengar muzik yang ringan semasa belajar GAYA BELAJAR AUDITORI Membaca teks secara kuat Bentuk kumpulan perbincangan terdiri daripada beberapa orang GAYA BELAJAR VISUAL Belajar di tempat yang jauh dari kebisingan Gunakan warna untuk isi utama
  6. 6. GENERIK KEMAHIRAN BELAJAR GKB 1053 NUR NADIAH BINTI MOHAMAD NOOR PPISMP 1.01
  7. 7. Pembelajaran Regulasi Kendiri ( Self- regulated Learning) DEFINISI : Proses pembelajaran yang mana para pelajar menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing , memilih alat bantu belajar mereka sendiri dan menggunakannya dalam pembelajaran mereka, termasuklah mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu. “ self regulation is a self-directive process which learners transform their mental abilities into academic skill learning is viewed as an activity that students do for themselves in a proactive way rather “ - Zimmerman, 2002
  8. 8. 7 Elemen dalam Proses Pembelajaran Regulasi Sendiri ( menurut teori sosial dan kognitif )
  9. 9. Motivasi Kendiri Pelajar mempunyai keinginan untuk menyudahkan tugasan belajar dengan berkesan. Motivasi tersebut hendaklah datang dari dalam diri individu berbanding pengaruh luaran seperti ganjaran atau peneguhan. Pelajar akan bermotivasi kendiri hanya jika mereka mempunyai kualiti kendiri (self-efficacy)yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya.
  10. 10. Merancang Pelajar mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi tugas pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri merancang awal tugasan pembelajaran dan menggunakan masa mereka dengan berkesan untuk mencapai matlamat mereka
  11. 11. Pengawalan Tumpuan Memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri cuba memokuskan tumpuan mereka pada isi-isi pelajaran yang ada dan menghindarkan fikiran dan emosi mereka daripada tersasar atau tidak fokus
  12. 12. Aplikasi Strategi Pembelajaran Pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang dipelajari. Pelajar regulasi kendiri memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi; contohnya, cara mereka membaca artikel majalah berbeza mengikut keadaan iaitu membaca untuk hiburan atau untuk peperiksaan.
  13. 13. Menetapkan Matlamat Mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri tahu tentang yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca iaitu mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik, mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh atau hanya mendapatkan pengetahuan yang secukupnya untuk persediaan ujian di bilik darjah.
  14. 14. Pemantauan Kendiri Pemantauan kendiri dilakukan dari semasa ke semasa menyemak untuk melihat sama ada perkembangan berlaku untuk mencapai matlamat. Pelajar regulasi kendiri sentiasa memantau perkembangan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran atau memodifikasi matlamat mereka jika perlu.
  15. 15. Penilaian Kendiri Pelajar menilai hasil terakhir daripada usaha sendiri. Pelajar regulasi kendiri menentukan sama ada apa-apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang mereka sendiri telah tetapkan .
  16. 16. Manakala . Menurut Barry Zimmerman (1989), pembelajaran regulasi kendiri hanya melibatkan 3 aspek umum dalam akademik iaitu ;
  17. 17. Kawalan akhlak kendiri Kawalan motivasi kendiri Kawalan strategi kendiri
  18. 18. Kitaran Kemahiran Pembelajaran Regulasi Kendiri ( Zimmerman 2002,1998) Pertimbangan kendiri Kawalan kualiti hasil Refleksi kendiri
  19. 19. Pembelajaran Regulasi Kendiri ( SRL) boleh dipelajari dan diajar dengan cara ; PENGURUSAN DIRI Mengutamakan persembahan (performance) diri PENILAIAN DIRI Menilai hasil usaha sendiri MODIFIKASI SENDIRI Menentukan hala tuju diri , Monolog tentang hasil usaha , Ubah suasana untuk mengelakkan gangguan, Minta bantuan dari orang lain.
  20. 20. RUJUKAN • http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=46& Itemid=53 • http://eprints.utm.my/6553/4/LayAhNamMP052035d07TTTCHAP1.pdf • http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_02.pdf • http://ppkismkkl.blogspot.com/2012_03_01_archive.html • http://www.docstoc.com/docs/127850229/Self-Regulated-Learning • http://labspace.open.ac.uk/course/view.php?id=7898 • http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/metakognisi.html • Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon. Siri Kemahiran Generik : Kemahiran Belajar. Kedah. Penerbitan Multimedia

×