Final tugasan 1 ulasan

3,543 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,543
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
642
Actions
Shares
0
Downloads
99
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Final tugasan 1 ulasan

  1. 1. TUGASAN 1 : ULASAN JURNAL ROSLINA BINTI DAUD [M20111000754] Sarjana Pendidikan Khas Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak Pendahuluan Tugasan ini lebih memfokuskan kepada aliran kajian terkini berhubung dengan aspek kajian bidang reka bentuk instruktional dan teknologi. Pengkaji akan membuat ulasan analisa kajian berkisar kepada aspek e-pembelajaran dari sumber jurnal yang berkaitan dengan pendidikan teknologi instruktional. Berikut merupakan bahan artikel dan jurnal yang telah dikenalpasti. TAJUK JURNAL Pembangunan dan Penilaian Perisisan Kursus Multimedia Interaktif “Analisis Kualiti Garam” dalam Subjek Kimia nd 2 International Malaysian Educational Technology Convention Oleh: Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd Ghazali Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia *SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan Rumusan Jurnal 1 : Metodologi Pembangunan dan Kaedah Kesimpulan penyelididkan Penilaian Perisian Kursus Terdapat kesan yang signifikan (Model ADDIE) Multimedia Interaktif terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam “Analisis Kualiti Garam” mempersiapkan diri Instrumen Soal Selidik (skala dalam Subjek Kimia mendalami dunia ICT dalam Likert 5 mata), trend pembelajaran masa kini berbentuk skrintemplat dan papan cerita, temubual Dapatan dan senarai semak Sampel Min skor yang dicatat oleh pelajar 30 orang pelajar Analisa Data berada pada tahap yang sangat baik tingkatan 4 yang dipilih SPSS v11 (min, dan bersetuju dengan penggunaan secara rawak dari frekuansi, sisihan perisian PPBK dapat meningkat kategori cemerlang, piawai, kekerapan) persepsi minat dan motivasi pelajar sederhana dan lemah dengan terhadap pembelajaran kimia. kebolehpercayaan 0.9116
  2. 2. PendahuluanPerkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaankomputer dalam pendidikan telah dikenal pasti dapat menjadikan ilmu lebih mudah diakses,disebar dan disimpan. Konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer secarabestari perlu diimplementasikan oleh para guru dalam memupuk minat dan kesungguhanpelajar terutama dalam bidang sains dan matematik. Kenyataan ini boleh dibuktikan melaluikajian yang diperolehi oleh pengkaji yang mana berdasarkan kepada kajian perbandinganmenunjukkan bahawa pelajar yang menerima PPBK berkombinasikan pengajaran guruboleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar gurusahaja (Hasselbring et al. 1988). Strategi penggunaan PPBK amat sesuai sebagai salahsatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum kimia yang mengutamakanpembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah suatu proses pemerolehan danpenguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan mindaseseorang murid ke tahap optimum. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfikrahboleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran antaranyakaedah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan denganpenggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi seperti simulasi dananimasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran.Pernyataan MasalahBerdasarkan penghuraian oleh pengkaji didapati masalah berhubung kurang minat untukmempelajari dan mengingat fakta antara punca kepada pelajar menghadapi kesukaranuntuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam ujian atau peperiksaan terutama bagisoalan yang melibatkan carta aliran berbentuk eksperimen di dalam proses pembelajaran.Tujuan AnalisisTujuan pengkaji kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajarandan pembelajaran multimedia interaktif yang bertajuk ‘Analisis Kualitatif Garam’ bagimembantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia.Persoalan KajianTerdapat beberapa persoalan kajian yang telah dibentuk oleh pengkaji berhubung denganpermasalahan yang telah dikenalpasti. Antaranya :i. Bagaimanakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam?
  3. 3. ii. Adakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam?iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam mengikut jantina?viii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam mengikut tahap pencapaian kimia?Hipotesis KajianHipotesis nol 1Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajukanalisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimiayang dibangunkan mengikut jantina.Hipotesis nol 2Tidak perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisiskualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yangdibangunkan mengikut tahap pencapaian kimia.Kaedah KajianPengkaji menggunakan pendekatan kaedah penyelidikan dalam menjawab persolan danmengenalpasti kesahihan hipotesis yang telah dibentuk.Model ADDIE telah dipilih olehpengkaji untuk menjadi panduan dalam membangunkan perisian ini yang manamengandungi lima fasa iaitu fasa pertama ialah fasa analisis, fasa reka bentuk, fasapembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian.Instrumen PenilaianPengkaji telah melibatkan pelbagai instrumen dan responden bagi kajian ini. Instrumenkajian adalah dalam bentuk skrin templat dan papan cerita, soal selidik, protokol temubualdan senarai semak. Nilai pekali alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik yang diperolehiadalah tinggi iaitu 0.9116. Borang soal selidik bagi penilaian sumatif pelajar dibahagikankepada 2 bahagian utama iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Soalan Bahagian I melibatkanlatar belakang responden iaitu jantina dan gred kimia peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.Manakala Bahagian II pula terdiri daripada soalan berkaitan minat dan motivasi pelajarselepas meneroka perisian kursus.
  4. 4. Populasi dan Sampel KajianSecara keseluruhannya, pengkaji telah melibatkan beberapa kategori dalam pelaksanaankajian ini seperti jadual di bawah. Jadual 1: Instrumen dan responden kajian FASA INSTRUMEN RESPONDEN FASA ANALISA i. Protokol Temubual i. 5 orang guru kimia (termasuk guru pakar KEPERLUAN Guru kimia) ii.Soal selidik i. 30 orang pelajar tingkatan 4 FASA REKA BENTUK i. Skrin Templat i. Pembangun perisian FASA PEMBANGUNAN i. Perisian Kursus i. Pembangun perisian FASA PELAKSANAAN i. Senarai semak i. 2 orang guru kimia ii. 1 orang Pegawai Teknologi Pendidikan iii.Pembangun perisian FASA PENILAIAN i. Soal selidik pelajar i. 30 orang pelajar tingkatan 4Dapatan kajianPersoalan kajian 1Reka bentuk skrin perisian menarik dan bersesuaian, gabungan teks, imej, warna dan suaramenambah minat dan membantu proses pembelajaran, penggunaan muzik latarmemberikan rangsangan untuk belajar, interaksi yang baik meningkatkan minat untukmeneroka perisian, persembahan yang mudah diikuti, maklumat yang dipersembahkanadalah padat dan menarik, soalan uji minda sebelum memulakan topik menarik minat untukmemulakan pembelajaran, skrin-skrin ulang kaji, tips belajar dan informasi tahukah andamenambahkan keseronokan belajar, kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiapjawapan yang betul dan salah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan penerokaanmaklumat dan membuat ulang kaji antara elemen yang diberi penekanan untukmeningkatkan persepsi pelajar dan motivasi pelajar.Persoalan kajian 2Ciri-ciri interaktif dalam perisian yang dibangunkan diakui sendiri oleh pelajar dan gurubahawa melalui butang navigasi yang disediakan dan interaksi dua hala dengan perisiandapat menambahkan minat untuk belajar tajuk ini.Persoalan kajian 3 dan 4Berdasarkan keputusan hipotesis nol yang menilai aspek minat dan motivasi jelasmenunjukkan bahawa faktor jantina dan tahap pencapaian pelajar tidak mempengaruhiminat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam. Semua jantina pelajar,lelaki dan perempuan menunjukkan minat yang setara terhadap perisian yang dibangunkan.
  5. 5. Ini menunjukkan bahawa perisian kimia ini mampu menarik minat kedua-dua jantina untukmempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian. Begitu juga dengan faktor tahappencapaian pelajar dalam subjek kimia menunjukkan tiada perbezaan ketara antarakumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah terhadap persepsi minat dan motivasiterhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas menggunakan perisian yang dibangunkan.Secara keseluruhannya, samada pelajar lelaki atau perempuan, pelajar cemerlang,sederhana atau lemah, semuanya menunjukkan minat dan motivasi yang sangat baikterhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas meneroka dan menggunakan perisian yangdibangunkan.Hipotesis 1Kedua-dua kumpulan jantina adalah sama iaitu 1.42 dan menghampiri skor 1 sangat setuju.Sisihan piawai bagi pelajar lelaki ialah 0.334 dan pelajar perempuan 0.363. Oleh itu dapatdibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat danmotivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisiankursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut jantina.Hipotesis 2Berdasarkan dapatan pengkaji, ujian F yang dijalankan memberikan nilai F=0.367 denganaras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai F > 0.05/2, maka hipotesis nol 2adalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaansignifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garamselepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkanmengikut tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia.PerbincanganSecara kesluruhannya, dapat disimpulkan bahawa maklum balas terhadap minat danmotivasi pelajar terhadap kajian ini adalah sangat baik. Implikasi penggunaan reka bentukinstruksi bersistem ini dapat digunakan untuk membangunkan sebuah perisian kursuspengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan bermutu tinggi bagi manfaat pelajar danguru khususnya untuk mencapai matlamat pendidikan. Implikasi ke atas minat dan motivasiterhadap pembelajaran kimia amat penting kerana mata pelajaran kimia merupakanprogram dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas.Perbincangan Ulasan JurnalSecara keseluruhannya saya berpendapat bahawa implikasi dari penyelidikan ini dapatmemberi persediaan kepada guru-guru mengenalpasti keperluan pembelajaran melalaui E-
  6. 6. learning dalam membantu memotivasikan murid ke arah yang lebih kreatif dan mampumempertingkatkan tahap kelemahan diri dalam mengikuti proses pengajaran danpembelajaran. Di samping itu, melalui pembelajaran berkonsep E-learning juga dapatmembantu pengurusan berhubung data dan rekod pembelajaran murid dengan baik danbersistematik.dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan danbersistematik bagi rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator. Menurut Resernberg (2001),menyatakan bahawa pembelajaran elektronik sebagai penggunaan teknologi internet terkinidalam menyampaikan satu pameran umum berhubung penyelesaian yang dapatmeningkatkan pengetahuan dan prestasi seseorang. Selain itu, penggunaaan sumber ICTyang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yangmempunyai ciri-ciri yang berikut: i. Pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya ii. Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya iii. Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuan iv. Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.Secara keseluruhannya, melalui ciri-ciri menarik yang terdapat pada ‘E-learning’ sekaligusdapat menarik minat pelajar terhadap fungsi- fungsi komponen pada perisian di dalampembelajaran secara maya dan peningkatan percambahan dan kreativiti pelajar dapatdibentuk dengan lebih meluas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran secara efektif danefisien.

×