Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

60 rosnaini mahmud

2,156 views

Published on

  • Be the first to comment

60 rosnaini mahmud

  1. 1. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Pembangunan dan Penilaian Perisian Kursus Multimedia Interaktif "Analisis Kualitatif Garam" dalam Subjek Kimia Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd Ghazali Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia *SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan AbstrakTujuan kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran dan pembelajaranmultimedia interaktif yang bertajuk Analisis Kualitatif Garam bagi membantu meningkatkan minat danmotivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia. Perisian ini mengaplikasikan teori-teori pembelajarankognitif, konstruktivime, behaviorisme dan kepelbagaian kecerdasan dengan menggunakan strategipembelajaran aktif, strategi pembelajaran anjal dan pendekatan inkuiri. Model ADDIE digunakan sebagaipendekatan pedagogi dengan gabungan tutorial, simulasi dan latih tubi dengan konsep hipermedia danstruktur sesawang. Micromedia Flash MX dijadikan pelantar utama. Penilaian sumatif dijalankanmenggunakan kaedah tinjauan ke atas sampel kajian yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan yang dipilih secara rawak berdasarkan gred kimiapeperiksaan akhir tahun. Instrumen pengukuran dibuat dengan menggunakan borang soal selidik skalaLikert dengan kebolehpercayaan Alpha-Cronbach iaitu 0.9116. Hasil dapatan daripada penilaian sumatifdianalisa menggunakan perisian SPSS Versi 11 untuk mendapatkan nilai min, frekuensi dan sisihanpiawai. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesemua responden bersetuju bahawa denganpenggunaan perisian PPBK ini boleh meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalampembelajaran kimia. Rumusan ini dibuat berdasarkan purata min keseluruhan untuk kesemua itempelajar iaitu 1.42. Interpretasi nilai min ini menunjukkan perisian ini berada ditahap yang sangat baik.Kesemua hipotesis nol juga diterima.PendahuluanLedakan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi era globalisasi kini memberi nafas barukepada senario dunia pendidikan di Malaysia. Malah perkembangan bidang teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam pendidikan telah dikenal pasti dapat menjadikanilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukankomputer secara bestari perlu diimplementasikan oleh para guru dalam memupuk minat dankesungguhan pelajar terutama dalam bidang sains dan matematik. Kajian-kajian ilmiah antaranya yangtelah dijalankan oleh Kulik et al. (1983, 1984, 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lainpenggunaan perisian kursus pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajarandan pembelajaran. Sementara itu, kajian perbandingan menunjukkan bahawa pelajar yang menerimaPPBK berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripadapelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring et al. 1988).Begitu juga dalam subjek kimia seperti yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)(2001) di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kimia, penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaranseperti simulasi dan animasi berkomputer yang dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus, ataulaman web atau perbincangan melalui telesidang dijalankan sebagai salah satu kaedah untuk mengajarkonsep sains yang mujarab dan sukar serta amat membantu dalam meningkatkan minat murid belajarsains. Manakala, strategi penggunaan PPBK amat sesuai sebagai salah satu strategi pengajaran danpembelajaran dalam kurikulum kimia yang mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaranberfikrah adalah suatu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yangdapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap optimum. Pendekatan pengajaran danpembelajaran berfikrah boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaranantaranya kaedah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan denganpenggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi seperti simulasi dan animasiberkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran.Pernyataan MasalahBelajar kimia memerlukan pelajar untuk menghubungkaitkan antara persamaan kimia dan simbol-simbolyang berkait dengan atom dan molekul dan juga pemerhatian makroskopik di dalam makmal dan juga
  2. 2. 2nd International Malaysian Educational Technology Conventionmendapatkan data. Ia memerlukan pelajar menghubungkaitkan antara pemerhatian makroskopik, tafsiranmikroskopik dan simbol-simbol. Belajar untuk menghubungkait antara keiga-tiga dunia ini agak sukar bagipelajar yang baru belajar kimia. Malah kebanyakan proses kimia sukar ditafsirkan secara berkesankerana ia melibatkan konsep di mana setiap individu perlu membuat visualisasi terhadap pergerakanmolekul, ion dan elektron (Beal et al. 1994; Brooks & Brooks 1996). Malah Heron (1975) menjelaskandunia kimia ibarat mengendalikan tiga dunia iaitu dunia makroskopik yang melibatkan bahan kimia yangdigunakan dalam kehidupan, dunia mikroskopik yang melibatkan atom dan molekul dan dunia simbolikyang melibatkan formula dan persamaan kimia. Ward dan Herron (1980) pula menyatakan kimiamerupakan subjek yang sukar kerana ia memerlukan pelajar membuat gambaran mental denganpelbagai bahan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti atom, ion dan molekul. Interaksiantara zarah-zarah ini tidak dapat dirasa atau dialami sendiri oleh pelajar.Malah daripada hasil temu bual dan soal selidik kajian permulaan dalam fasa analisis pengguna yangdijalankan, perisian kursus untuk tajuk garam amat perlu dibangunkan berdasarkan dapatan di mana96.7% pelajar menyatakan tidak mendapat markah yang tinggi dalam tajuk Analisis Kualitatif Garamapabila diuji dan 73.3% menyatakan tajuk ini sukar dikuasai. Sebanyak 86.7% pelajar menyatakanbahawa tajuk ini amat sukar diingat kerana terlalu banyak fakta yang perlu dihafal terutamanya tentangwarna garam, keterlarutan garam, ujian pengesahan kation dan anion serta banyak eksperimen yangperlu dihurai langkahnya terutama untuk soalan berbentuk esei. Faktor-faktor ini mengurangkan minatpelajar untuk mepelajari tajuk garam. Oleh kerana kurang minat untuk mempelajari dan mengingat faktayang telah dinyatakan, pelajar mengalami kesukaran untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalamujian atau peperiksaan terutama soalan yang melibatkan carta aliran eksperimen untuk mengesahkankehadiran kation atau anion dalam suatu garam yang tidak diketahui. Menurut kajian Bosco (1986),punca utama terhadap kelemahan pelajar dalam pelajaran adalah disebabkan pelajar mudah lupaataupun gagal mengingat apa yang telah mereka pelajari. Oleh itu selain daripada penerangan jelas yangperlu diberikan oleh guru semasa P&P, teknologi komputer multimedia mampu membantu mengurangkandan menangani kesukaran-kesukaran yang dinyatakan dengan mempersembahkan grafik dan animasibagi interaksi zarah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta carta dan peta konsep yang dapatmenunjukkan perkaitan yang lebih jelas antara konsep-konsep kimia, seterusnya akan meningkatkanminat pelajar menguasai tajuk ini.Faktor-faktor yang telah dinyatakan itu memberi dorongan penyelidik untuk menjalankan kajian terhadappembangunan dan penilaian perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif bertajuk„Analisis Kualitatif Garam‟ yang diajar kepada pelajar tingkatan 4. Pelajar akan dapat mengalami sendiridan melihat keputusan eksperimen yang dijalankan dengan lebih jelas terutamanya dari segi perubahanwarna garam yang dihasilkan semasa proses simulasi. Perisian kursus yang dibangunkan diharapmampu mengatasi kelemahan ini dan mampu meningkatkan minat dan motivasi pelajar tentang topik inimelalui mod tutorial yang mengandungi paparan audio, visual, animasi, grafik, video dan teks yangmudah dilihat dengan jelas, mod simulasi eksperimen yang memerlukan penglibatan aktif daripadapelajar dan mod latih tubi bersama maklum balas positif serta selitan tips mengingat di dalampersembahannya. Malah dengan ciri-ciri interaktif dan suasana pembelajaran aktif, minat dan motivasipelajar serta daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam akanmeningkat selepas menggunakan perisian ini sebagaimana kajian daripada Dale Edgar pada tahun 1969di dalam bukunya “Audio-Visual Methods in Teaching” telah membuat kesimpulan bahawa pelajar hanyamampu mengingat 10% daripada apa yang dibaca dan 20% apa yang didengar. Walau bagaimanapun,mereka mampu mempertahankan 90% apa yang dipelajari melalui pembelajaran aktif (Bell 1998). Dalamkajian Norhashim et al. (1996) pula, menyatakan bahawa minat pelajar untuk terus belajar dapatdipertingkatkan dengan adanya faktor motivasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalamperisian kursus.Malah daripada dapatan kajian Rusnida (2004) membuktikan bahawa dengan pembangunan makmalkimia maya (MaKim) mampu membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap perkara-perkarayang tidak dapat dilihat secara realiti sekaligus mencipta satu persekitaran pembelajaran yang menarikuntuk pelajar. Selain itu, Osberg (1997) menyatakan dengan menggunakan perhubungan anggota badan,penglihatan serta pendengaran melalui aktiviti virtual, suatu persekitaran belajar interaktif dan menarikdapat disediakan yang seterusnya akan menarik minat pelajar dan menguatkan serta meningkatkankefahaman mereka terhadap konsep pembelajaran. Oleh itu adalah diharapkan dengan pembangunanperisian kursus ini, objektif pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai seterusnya menambahminat dan membantu mengatasi kesukaran pelajar dalam mengingat, memahami dan menguasai tajukAnalisis Kualitatif Garam dalam subjek kimia di peringkat sekolah menengah. 528
  3. 3. 2nd International Malaysian Educational Technology ConventionTujuan KajianTujuan kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran dan pembelajaranmultimedia interaktif yang bertajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ bagi membantu meningkatkan minat danmotivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia.Persoalan Kajiani. Bagaimanakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam?ii. Adakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam?iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam mengikut jantina?viii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam mengikut tahap pencapaian kimia?Hipotesis KajianHipotesis nol 1 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajukanalisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yangdibangunkan mengikut jantina.Hipotesis nol 2 : Tidak perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisiskualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkanmengikut tahap pencapaian kimia.Kerangka KonseptualRajah 1 di bawah menunjukkan kerangka konseptual kajian di mana pembangunan perisian kursusmultimedia interaktif pengajaran dan pembelajaran kimia dilaksanakan berdasarkan model reka bentukinstruksi bersistem iaitu Model ADDIE (Rosset 1987) yang terbahagi kepada lima fasa iaitu fasa analisis,reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Daripada analisis pengguna dan persekitaranpembelajaran kimia, maka pemasalahan dan tujuan kajian telah dikenal pasti. Seterusnya gabungan teoripembelajaran iaitu teori pembelajaran konstruktivisme, kognitivisme, behaviorisme dan kepelbagaiankecerdasan, diikuti dengan strategi pembelajaran inkuiri, aktif dan anjal serta penerapan kemahiranproses sains, kemahiran berfikir juga penerapan sikap saintifik dan nilai murni, maka struktur kandunganhierarki dan sesawang serta pendekatan pedagogi dalam mod tutorial, simulasi dan latih tubi telahdirangka dengan ciri-ciri multimedia interaktif di dalam fasa reka bentuk dan pembangunan perisiankursus bertajuk Analisis Kualitatif Garam. 529
  4. 4. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 1: Kerangka konseptual kajianSetelah perisian kursus Analisis Kualitatif Garam dibangunkan, maka perisian yang terhasil disemak olehguru kimia dan pakar IT melalui suatu borang senarai semak yang disediakan. Proses baik pulih perisianakan dilaksanakan daripada hasil penilaian formatif tersebut. Selepas dibaik pulih, maka perisian kursusyang telah siap dibangunkan akan dibentangkan kepada para responden pelajar dengan kaedahlapangan. Akhirnya para responden akan menilai perisian tersebut melalui kaedah tinjauan denganmenggunakan borang soal selidik. Hasil daripada penggunaan perisian kursus multimedia interaktifAnalisis Kualitatif Garam ini, adalah diharapkan dapat menarik minat dan motivasi pelajar untukmempelajari subjek kimia.Kaedah KajianKaedah kajian ini merupakan kaedah penyelidikan penilaian ke atas perisian kursus multimedia interaktifAnalisis Kualitatif Garam yang telah dibangunkan. Menurut Mohd Najib (1999), penyelidikan penilaianmerujuk kepada set soalan atau sokongan program (komputer atau perisian kursus) berdasarkan kriteriayang ditetapkan oleh penyelidik iaitu kajian membangunkan sesuatu program dan menilai reka bentukprogram tersebut. Kajian ini lebih berbentuk teknikal dan mempunyai ciri-ciri praktikal untuk kegunaanmanusia. Proses pembangunan perisian adalah proses di mana perisian dibangunkan berpandukanmodel-model reka bentuk instruksi bersistem (Jamaluddin et al. 2001). Untuk kajian ini, Model ADDIEtelah digunakan. Model ini mengandungi lima fasa iaitu fasa pertama ialah fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian (Rossett 1987). 530
  5. 5. 2nd International Malaysian Educational Technology ConventionInstrumen Penilaian, Populasi dan Sampel KajianPembangunan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ melibatkan pelbagai instrumen dan respondenuntuk tujuan taksiran masalah, analisis keperluan pengguna, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasaperlaksanaan dan fasa penilaian. Instrumen kajian adalah dalam bentuk skrin templat dan papan cerita,soal selidik, protokol temubual dan senarai semak. Borang soal selidik bagi penilaian sumatif pelajardibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Soalan Bahagian I melibatkanlatar belakang responden iaitu jantina dan gred kimia peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. ManakalaBahagian II pula terdiri daripada soalan berkaitan minat dan motivasi pelajar selepas meneroka perisiankursus. Kesemua item dalam Bahagian II bagi penilaian pelajar diukur menggunakan skalapemeringkatan sumatif iaitu Skala Likert dalam bentuk ordinal iaitu 1-sangat setuju (SS) , 2-setuju (S), 3-kurang setuju (KS), 4-tidak setuju (TS) dan 5-sangat tidak setuju (STS). Fasa penilaian sumatifmelibatkan populasi kajian yang terdiri daripada pelajar kimia tingkatan 4 di sekolah menengah daerahKuantan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kimia tingkatan 4 yang dipilih secara rawakberstrata berdasarkan gred kimia peperiksaan akhir tahun yang dikategorikan sebagai pelajar cemerlangyang mendapat gred 1A dan 2A, pelajar kategori sederhana dengan gred kimia 3B, 4B, 5C dan 6Cseterusnya kategori lemah dengan gred kimia 7D, 8E dan 9G. Secara keseluruhannya, instrumen danresponden yang terlibat dalam pembangunan dan penilaian perisian kursus Analisis Kualitatif Garam iniadalah seperti ditunjukkan di dalam jadual 1.Nilai pekali alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik yang diperolehi adalah tinggi iaitu 0.9116.Menurut Mohd Najib (1999), nilai pekali keboleh percayaan yang digunakan harus melebihi 0.80. Oleh ituitem-item yang telah dibina mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan berupaya mengukurpembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini. Jadual 1: Instrumen dan responden kajian FASA INSTRUMEN RESPONDEN FASA ANALISA i. Protokol Temubual i. 5 orang guru kimia (termasuk guru pakar KEPERLUAN Guru kimia) ii.Soal selidik i. 30 orang pelajar tingkatan 4 FASA REKA BENTUK i. Skrin Templat i. Pembangun perisian FASA PEMBANGUNAN i. Perisian Kursus i. Pembangun perisian FASA PELAKSANAAN i. Senarai semak i. 2 orang guru kimia ii. 1 orang Pegawai Teknologi Pendidikan iii.Pembangun perisian FASA PENILAIAN i. Soal selidik pelajar i. 30 orang pelajar tingkatan 4Tatacara Penganalisaan DataHasil dapatan daripada penilaian sumatif, dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS Versi 11 untukmendapatkan analisa data dalam bentuk deskriptif. Item dalam Bahagian I akan dianalisa menggunakanstatistik deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus. Sementara item Bahagian II yang menggunakanskala Likert 5 mata dianalisa menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus, min dansisihan piawai. Skor yang diberi kepada setiap item ialah 1-sangat setuju (SS), 2-setuju (S), 3-kurangsetuju (KS), 4-tidak setuju (TS) dan 5-sangat tidak setuju (STS). Untuk tujuan interpretasi minat danmotivasi pelajar, skor item dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan min iaitu seperti jadual 2. Jadual 2: Interpretasi skor min bagi penilaian perisian kursus analisis kualitatif garam Min Interpretasi 1.00 - 1.99 Sangat baik 2.00 - 2.99 Baik 3.00 - 3.99 Sederhana 4.00 - 5.00 LemahBagi tujuan menguji hipotesis untuk menentukan hubungan antara pembolehubah tidak bersandar danpembolehubah bersandar, statistik inferensi menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala(Ujian F) digunakan untuk mengenal pasti perbandingan antara jantina dan tahap pencapaian pelajardengan minat dan motivasi pelajar selepas menggunakan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟. 531
  6. 6. 2nd International Malaysian Educational Technology ConventionDapatan KajianKajian ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar kimia tingkatan 4 yang terdiri daripada 15 orang (50.0%)pelajar perempuan dan 15 orang (50.0%) pelajar lelaki. Daripada jumlah tersebut seramai 10 orang(33.3%) pelajar mempunyai tahap pencapaian cemerlang (1A dan 2A), 13 orang (43.3%) pelajarsederhana dan 7 orang (23.3%) pelajar di dalam kategori pencapaian lemah di dalam peperiksaan akhirtahun tingkatan 4.Dapatan persoalan kajian 1 dapat ditunjukkan melalui contoh skrin persembahan seperti ditunjukkandalam Rajah 2-5. Perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ yang dibangunkan dengan ciri-ciri multimediainteraktif serta dengan struktur kandungan dan pedagogi yang terancang dapat menarik minat danmotivasi pelajar. Antaranya ialah melalui set induksi yang disediakan dalam bentuk kartun iaitu videodialog antara ibu dan anak dalam kehidupan harian sebagai langkah permulaan untuk menarik perhatianpelajar untuk meneruskan penerokaan terhadap perisian kursus yang dibangunkan seperti ditunjukkan didalam Rajah 2. Rajah 2: Video kartun set induksi untuk menarik perhatian pelajarContoh skrin persembahan lain yang dibangunkan yang dapat menarik minat pelajar adalah melaluimaklum balas yang diberikan di dalam perisian ini seperti di dalam persembahan uji minda, latihan,penilaian, eksperimen dan simulasi yang memerlukan interaksi antara pengguna dan komputer. Ia dapatditunjukkan melalui Rajah 3 di bawah.Markah prestasi keseluruhan dan komen yang membina bagi soalan penilaian kertas 1 yang disediakanjuga dapat menjadi salah satu elemen yang dapat menarik minat dan motivasi pelajar seperti yangditunjukan di dalam rajah 4 dan 5, kerana ia dapat memberikan maklum balas serta merta setelah pelajarmenjawab soalan yang dikemukakan. Maklum balas yang diberikan berbeza mengikut markah dan gredpelajar. Pelajar juga akan lebih bermotivasi apabila nama beliau yang dimasukkan pada permulaan skrinpenilaian dinyatakan semula sebelum paparan keputusan markah dan gred. Melalui skrin maklum balasbetul atau salah dan juga markah prestasi yang diberikan dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajardi mana kata-kata penghargaan dan motivasi diberikan apabila pelajar menjawab soalan atau tugasanyang diberikan. Rajah 3: Maklum balas positif uji minda untuk menarik minat dan motivasi pelajar 532
  7. 7. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 4: Skrin paparan markah dan komen prestasi pelajar A Rajah 5: Skrin paparan markah dan komen prestasi pelajar BReka bentuk skrin seperti rajah 3-5 di atas, bersesuaian dengan prinsip utama teori behaviorisme iaituiaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Proses pembelajaran akan lebih berkesan apabilawujudnya tindak balas pelajar berdasarkan rangsangan yang diberikan kepada mereka. Menurut Pavlov,setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas dan rangsangan yang diterima boleh dikaitkan denganrangsangan yang lain seperti suara, gerakan untuk mewujudkan pembelajaran. Sebagaimana yangdinyatakan oleh Pavlov iaitu dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku dan penghapusanjuga boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan (Ee 2002). Begitu juga menurut pandangan Hartleydan Davies (1978), iaitu proses belajar dapat berlaku dengan baik apabila pelajar dapat mengikutipembelajaran dengan aktif, tiap-tiap tindak balas harus diberi maklum balas secara langsung supayapelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya benar dan setiap kali pelajar memberikanrespon yang benar maka ia perlu diberi peneguhan positif seperti „tahniah‟, „syabas, teruskan usahaanda‟ atau „ada peningkatan dalam jawapan anda‟ yang akan menyebabkan pengguna terus melakukanyang terbaik dan berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian. Pujian atau ganjaran dalampeneguhan positif yang diperkenalkan oleh B.F. Skinner dalam teori pelaziman operan bolehdiaplikasikan dalam perisian PPBK melalui maklum balas apabila pelajar menjawab soalan latihan yangdikemukakan.Selain itu, skrin persembahan perisian yang mempunyai pelbagai warna terutama bagi menunjukkanwarna garam bagi pemerhatian ujian pengesahan kation dan anion ditambah pula dengan butang-butangnavigasi yang interaktif yang disediakan di dalam perisian ini, juga antara faktor yang dapatmeningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk meneruskan penerokaan dan memahami tajuk AnalisisKualitatif Garam seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6 di bawah. Melalui butang-butang navigasi yangdisediakan di dalam perisian ini yang bersifat interaktif dan boleh diulang-ulang, soalan-soalan uji minda,latihan dan penilaian yang disediakan bagi membolehkan pelajar melazimi hasil pembelajaran. Contohlain bagaimana perisian kursus yang dibangunkan dapat menarik minat dan motivasi pelajar adalahmelalui reka bentuk simulasi eksperimen yang disediakan seperti rajah 7 dan 8. Ia merupakan suatupendekatan yang sesuai untuk meningkatkan motivasi pelajar di mana pelajar mengambil bahagiansecara aktif, berlaku pemindahan pembelajaran iaitu daripada kemahiran atau ilmu yang telah dipelajari 533
  8. 8. 2nd International Malaysian Educational Technology Conventiondigabungkan dengan situasi baru yang disediakan. Pendekatan simulasi komputer juga lebih fleksibelkerana ia dapat mengambil tempat sebagai tutorial di mana ia memberikan bimbingan kepada penggunauntuk menjalankan simulasi, ia juga boleh dijadikan sebagai latih tubi apabila pengguna menjalankansimulasi secara berulang-ulang dan ia juga boleh digunakan sebagai ujian untuk menguji penguasaanpelajar dalam tajuk analisis kualitatif garam. Ia juga dianggap fleksibel kerana reka bentuk perisiansimulasi boleh didasarkan kepada pelbagai falsafah dan teori pendidikan sama ada teori tingkah laku,kognitif, konstruktif atau instruktif atau menggabungkan beberapa teori dan boleh dijalankan secaraindividu atau pembelajaran koperatif di dalam kumpulan (Alessi & Trollip 2001). Maka pendekatansimulasi ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran menggunakan perisian ini,sebagaimana menurut Keller (1987) di dalam model reka bentuk pegajaran ARCS, faktor perhatian(attention), kesesuaian (relevant), keyakinan (confident) dan kepuasan (satisfaction) merupakan elemenyang perlu diterapkan di dalam aktiviti P&P untuk menarik minat pelajar serta merangsang keinginanbelajar. Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini, pembangunan perisian kursus Analisis Kualitatif Garammelalui aktiviti yang mempunyai ciri multimedia interaktif di dalam persembahan tutorial, latih tubi dansimulasi merupakan faktor yang akan menggerakkan pelajar untuk meneroka perisian ini seterusnyamenarik sifat ingin tahu pelajar dan semangat yang kuat untuk menerus dan menguasai pembelajaran. Rajah 6: Skrin tutorial dengan persembahan berwarna dan butang navigasi yang interaktif Rajah 7: Skrin Persembahan Kandungan Simulasi 534
  9. 9. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 8: Skrin kesimpulan simulasi Sementara dapatan daripada jadual 3 di bawah adalah untuk menjawab persoalan kajian 2 di mana ia menunjukkan peratus kekerapan, min dan sisihan piawai terhadap minat dan motivasi pelajar. Jadual 3 : Peratus kekerapan, min dan sisihan piawai terhadap minat dan motivasi pelajar % Kekerapan Skor SisihanBIL ITEM N Min SS S KS TS STS PiawaiS1 Reka bentuk skrin Perisian Kursus Analisis 56.7 40.0 3.3 0 0 30 1.47 0.571 Kualitatif Garam menarik dan bersesuaian.S2 Gabungan teks, imej, warna dan suara menambah 50.0 43.3 6.7 0 0 30 1.57 0.626 minat dan membantu proses pembelajaran saya.S3 Penggunaan video dan animasi menyeronokkan lagi proses pembelajaran dan penerokaan 70.0 30.0 0 0 0 30 1.30 0.466 maklumat saya.S4 Penggunaan muzik latar memberikan rangsangan 53.3 40.0 6.7 0 0 30 1.53 0.629 untuk saya belajar.S5 Butang-butang navigasi yang disediakan untuk capaian maklumat memudahkan saya meneroka 76.7 23.3 0 0 0 30 1.23 0.430 dan mendapatkan maklumat serta menambahkan lagi minat untuk belajar.S6 Saya semakin berminat meneroka perisian ini kerana dapat berinteraksi dengan perisian Analisis 63.3 33.3 3.3 0 0 30 1.40 0.563 Kualitatif Garam ini dengan baik.S7 Perjalanan persembahan maklumat dalam perisian 76.7 20.0 3.3 0 0 30 1.27 0.521 mudah diikutiS8 Maklumat atau kemahiran yang dipersembahkan 56.7 40.0 3.3 0 0 30 1.47 0.571 dalam tutorial adalah padat dan menarikS9 Kepelbagaian persembahan maklumat seperti eksperimen, simulasi dan latih tubi yang disediakan 66.7 33.3 0 0 0 30 1.33 0.479 menambahkan minat untuk saya belajar tajuk garamS10 Pembelajaran semakin menyeronokkan kerana saya dapat menjalankan eksperimen dan simulasi 80.0 20.0 0 0 0 30 1.20 0.407 eksperimen sendiri.S11 Paparan maklumat atau soalan-soalan uji minda sebelum memulakan setiap sub topik menarik 70.0 26.7 3.3 0 0 30 1.33 0.547 minat saya untuk memulakan pelajaran.S12 Saya berasa seronok belajar melalui perisian ini kerana terdapat skrin-skrin Ulang kaji, Tips Belajar 73.3 23.3 3.3 0 0 30 1.30 0.535 dan Informasi Tahukah Anda yang dapat membantu saya menambahkan maklumat.S13 Kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap jawapan yang betul meningkatkan semangat 43.3 53.3 3.3 0 0 30 1.60 0.563 saya untuk meneruskan penerokaan maklumatS14 Kata-kata peneguhan yang diberikan jika jawapan saya salah menambahkan lagi semangat saya 36.7 56.7 6.7 0 0 30 1.70 0.596 untuk terus mencuba dan membuat ulang kaji. 535
  10. 10. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention % Kekerapan Skor SisihanBIL ITEM N Min SS S KS TS STS PiawaiS15 Saya berasa seronok kerana boleh belajar mengikut kemampuan dan kadar sendiri dengan 56.7 43.3 0 0 0 30 1.43 0.504 menggunakan perisian ini.S16 Saya berasa seronok meneroka perisian ini kerana dapat mengawal pembelajaran mengikut 66.7 33.3 0 0 0 30 1.33 0.479 kemampuan dan keperluan saya.S17 Perisian ini menjadikan pengajaran guru lebih 73.3 13.3 13.3 0 0 30 1.40 0.724 menarik.S18 Secara keseluruhannya saya berasa seronok menggunakan perisian kursus Analisis Kualitatif 66.7 26.7 6.7 0 0 30 1.40 0.621 Garam ini.S19 Minat dan motivasi belajar saya terhadap subjek kimia semakin bertambah setelah menggunakan 66.7 26.7 6.7 0 0 30 1.40 0.621 perisian ini. PURATA KESELURUHAN MINAT DAN MOTIVASI 63.3 33.0 3.7 0 0 30 1.42 0.343 Dapatan menunjukkan min keseluruhan yang sangat baik bagi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ selepas menggunakan perisian kursus yang dibangunkan iaitu 1.42. Min ini diperolehi hasil maklumbalas yang sangat baik daripada responden terhadap soalan-soalan di dalam item yang dikemukakan di mana keseluruhannya min bagi semua item yang ditanya adalah antara 1 (sangat setuju) dan 2 (setuju) sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual 3 di bawah.Daripada item 18 dan 19, secara keseluruhannya 93.4% pelajar sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka berasa seronok menggunakan perisian kursus Analisis Kualitatif Garam dan minat serta motivasi belajar terhadap subjek kimia semakin bertambah setelah menggunakan perisian ini dengan min 1.40 berbanding hanya 6.7% sahaja yang kurang bersetuju. Begitu juga bagi item 1, 2, 4, 6, 7, 8, 11, 12, 13, 14 dan 17 lebih 90.0% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju bahawa reka bentuk skrin perisian menarik dan bersesuaian, gabungan teks, imej, warna dan suara menambah minat dan membantu proses pembelajaran, penggunaan muzik latar memberikan rangsangan untuk belajar, interaksi yang baik meningkatkan minat untuk meneroka perisian, persembahan yang mudah diikuti, maklumat yang dipersembahkan adalah padat dan menarik, soalan uji minda sebelum memulakan topik menarik minat untuk memulakan pembelajaran, skrin-skrin ulang kaji, tips belajar dan informasi tahukah anda menambahkan keseronokan belajar, kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap jawapan yang betul dan salah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan penerokaan maklumat dan membuat ulang kaji dan pengajaran guru menjadi lebih menarik dengan menggunakan perisian ini. Bagi item 3, 5, 9, 10, 15 dan 16 dalam jadual 4.15 di atas, 100% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju terhadap penggunaan video dan animasi menyeronokkan lagi proses pembelajaran dan penerokaan maklumat, butang-butang navigasi yang disediakan untuk capaian maklumat memudahkan meneroka dan mendapatkan maklumat serta menambahkan lagi minat untuk belajar, kepelbagaian persembahan maklumat seperti eksperimen, simulasi dan latih tubi yang disediakan menambahkan minat untuk belajar „Analisis Kualitatif Garam‟, pembelajaran semakin menyeronokkan kerana dapat menjalankan eksperimen dan simulasi eksperimen sendiri, berasa seronok kerana boleh belajar mengikut kemampuan dan kadar sendiri dengan menggunakan perisian ini dan berasa seronok meneroka perisian ini kerana dapat mengawal pembelajaran mengikut kemampuan dan keperluan diri. Pengujian Hipotesis Merujuk kepada Jadual 4, min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas penggunaan perisian kursus bagi kedua-dua kumpulan jantina adalah sama iaitu 1.42 dan menghampiri skor 1 sangat setuju. Sisihan piawai bagi pelajar lelaki ialah 0.334 dan pelajar perempuan 0.363. Jadual 4: Min bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi Jantina N Min Sisihan piawai MINAT & lelaki 15 1.42 0.334 MOTIVASI perempuan 15 1.42 0.363 Jadual 5 pula menunjukkan dapatan analisis ujian-t. Daripada ujian t yang dijalankan, di dapati nilai t=0.536 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai t > 0.05/2, maka hipotesis nol 1 536
  11. 11. 2nd International Malaysian Educational Technology Conventionadalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspekminat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursusmultimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut jantina. Jadual 5: Ujian t bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi Ujian Levenes Sig. (2- Sig. Nilai t Df F arah) MINAT & Equal variances assumed 0.392 0.536 -0.055 28 0.956 MOTIVASI Equal variances not assumed -0.055 27.816 0.956Jadual 6 pula menunjukkan min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepaspenggunaan perisian kursus bagi tiga kumpulan tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia bagipelajar cemerlang ialah 1.42, pelajar sederhana 1.50 dan pelajar lemah ialah 1.27. Kesemua tahappelajar memberikan maklumbalas yang amat baik di mana skor yang diberikan adalah menghampiri skor1 sangat setuju.Sementara jadual 7 pula menunjukkan dapatan analisis ANOVA sehala yang dijalankan. Daripada jadual4.22, dapatan ujian F yang dijalankan memberikan nilai F=0.367 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2arah. Oleh kerana nilai F > 0.05/2, maka hipotesis nol 2 adalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulanbahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisiskualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkanmengikut tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia. Jadual 6: Min bagi tahap pencapaian bagi aspek minat dan motivasi Tahap pencapaian N Min Sisihan piawai cemerlang 10 1.42 0.257 MINAT & sederhana 13 1.50 0.441 MOTIVASI lemah 7 1.27 0.198 Total 30 1.42 0.343 Jadual 7: Ujian F (ANOVA sehala) bagi sampel tidak bersandar (tahap pencapaian) bagi aspek minat dan motivasi df F Sig. Antara kumpulan 2 MINAT & Di dalam kumpulan 27 1.039 .367 MOTIVASI Total 29PerbincanganDaripada dapatan kajian yang telah diperolehi, di dapati bahawa secara keseluruhannya maklum balasterhadap persepsi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas menerokaperisian kursus yang dibangunkan adalah sangat baik iaitu 1.42 iaitu hampir kepada skor 1 iaitu sangatsetuju. Menurut Zoraini (1993), ciri penting perisian yang perlu diambil perhatian ialah interaktiviti bagimenarik minat pengguna untuk terus berinteraksi terhadap perisian tersebut. Semua respon yangdiberikan bersifat positif, bersesuaian dan berkaitan dengan input yang diberikan oleh pengguna. Ciri-ciriinteraktif dalam perisian yang dibangunkan diakui sendiri oleh pelajar dan guru sebagaimana yang didapati daripada hasil kajian soal selidik pelajar item 5 dan 6 di mana 100% (S5) dan 96.6% (S6) pelajarbersetuju dan sangat bersetuju bahawa melalui butang navigasi yang dan interaksi dua hala denganperisian dapat menambahkan minat untuk belajar tajuk ini. Ditambah pula 96.7% pelajar sangatbersetuju dan bersetuju dengan reka bentuk skrin persembahan yang menarik (item 1) dan 93.3% sangatbersetuju dan bersetuju bahawa ciri-ciri multimedia (item 2 dan 4) yang disediakan di dalam perisian inimengukuhkan lagi minat mereka untuk meneruskan penerokaan ilmu di dalam tajuk „Analisis KualitatifGaram‟. Begitu juga dengan pandangan pelajar terhadap item 3, 9 dan 10 di mana 100% bersetuju dansangat bersetuju bahawa selitan video, animasi, eksperimen maya dan simulasi eksperimen di dalamperisian ini menyeronokkan proses pembelajaran mereka. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan96.6% pelajar mengakui bahawa dengan adanya kata-kata motivasi (item 13) dan 93.4% mengakui kata-kata peneguhan (item 14) pada setiap jawapan betul atau salah meningkatkan lagi semangat untukmeneruskan penerokaan. Dapatan ini bersesuaian dengan pandangan Norhashim et al. (1996) di mana 537
  12. 12. 2nd International Malaysian Educational Technology Conventionbeliau menyatakan bahawa minat pelajar untuk terus belajar dapat dipertingkatkan dengan adanya faktormotivasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam perisian kursus.Pelajar mengakui 100% sangat bersetuju dan bersetuju (item 15 dan 16) bahawa mereka seronok belajardengan menggunakan perisian yang dibangunkan kerana dapat mengawal kadar pembelajaran mengikutkemampuan dan akses kendiri mereka. Menurut teori Thorndike mengemukakan tiga hukum iaitu hukumkesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersediabertindak. Ini bersesuaian dengan konsep PPBK iaitu pembelajaran kendiri dan anjal di mana pelajarboleh belajar secara akses kendiri mengikut kadar kendiri pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.Hukum latihan pula menyatakan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jikalatihan diadakan berulang-ulang. Sementara hukum kesan pula menyatakan pertalian antara rangsangandengan gerakbalas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnyagerak balas. Kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid ke arahpencapaian yang lebih baik (Wilhelmsen et al. 1998). Menurut teoari Pavlov pula, motivasi memainkanperanan penting dalam pembelajaran. Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan danpengalaman. Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku dan penghapusan juga bolehberlaku jika peneguhan tidak diberikan (Ee 2002). Teori tingkah laku inilah antaranya telah diaplikasikanke dalam perisian kursus yang dibangunkan melalui ciri-ciri multimedia interaktif serta latihan dansimulasi yang dipersembahkan untuk mengekalkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar seterusnyamemberikan kesan pembelajaran yang baik dan mendorong pencapaian yang lebih baik.Dalam persoalan kajian ketiga dan keempat pula, pengkaji mengutarakan dua hipotesis nol berkaitanaspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk garam selepas menggunakan perisian denganmemanipulasikan faktor jantina dan tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia. Daripada kedua-duadapatan hipotesis nol ini, dapatlah dibuat rumusan bahawa faktor jantina dan tahap pencapaian pelajartidak mempengaruhi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam. Semua jantinapelajar, lelaki dan perempuan menunjukkan minat yang setara terhadap perisian yang dibangunkan. Inimenunjukkan bahawa perisian kimia ini mampu menarik minat kedua-dua jantina untuk mempelajari tajukgaram selepas menggunakan perisian. Begitu juga dengan faktor tahap pencapaian pelajar dalam subjekkimia menunjukkan tiada perbezaan ketara antara kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemahterhadap persepsi minat dan motivasi terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas menggunakanperisian yang dibangunkan. Secara keseluruhannya, samada pelajar lelaki atau perempuan, pelajarcemerlang, sederhana atau lemah, semuanya menunjukkan minat dan motivasi yang sangat baikterhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas meneroka dan menggunakan perisian yangdibangunkan. Dapatan ini disokong oleh Rosafri (2004) iaitu daripada kajiannya beliau mendapatiperbezaan jantina dan kemahiran tidak mempengaruhi pelajar dalam peningkatan motivasi dan gayapembelajaran sejarah. Ini menunjukkan bahawa walaupun berbeza jantina dan tahap pencapaian pelajar,minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ meningkat setelah menggunakanperisian ini.Implikasi Dapatan KajianImplikasi keseluruhan daripada reka bentuk instruksi bersistem yang diaplikasikan di dalampembangunan perisian kursus ini, iaitu menurut Model ADDIE (Rosset 1987), dapat dilihat menerusipembangunan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif bertajuk „AnalisisKualitatif Garam‟ bagi subjek kimia tingkatan 4 yang mempunyai isi kandungan tersusun dan berstrukturdengan penerapan dan aplikasi teori dan strategi pembelajaran, persembahan perisian yang mempunyaiciri-ciri multimedia interaktif, penglibatan aktif pelajar melalui butang-butang navigasi, aktiviti yangdisediakan, eksperimen, simulasi eksperimen, latih tubi, soalan penilaian serta maklumbalas peneguhandan pengukuhan yang disediakan di dalam perisian ini. Oleh itu, implikasi penggunaan reka bentukinstruksi bersistem ini dapat digunakan untuk membangunkan sebuah perisian kursus pengajaran danpembelajaran yang lebih baik dan bermutu tinggi bagi manfaat pelajar dan guru khususnya untukmencapai matlamat pendidikan seperti yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.Seterusnya, implikasi yang diharapkan ialah ia akan dapat melahirkan guru kimia yang mempunyaikesungguhan untuk memastikan hasil dan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta berusahamempebaharui ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagi menyediakandiri dengan perkembangan arus ICT dan globalisasi terkini serta bagi meningkatkan profesionalisme danmartabat guru di mata masyarakat. Justeru, dapatan kajian ini juga akan memberikan implikasi kepadapihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar lebih menyedari betapa pentingnya guru-gurumenguasai perisian pengarangan untuk membina sendiri perisian kursus bagi subjek masing-masing.Bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau pihak pentadbir danpengurusan sekolah pula, implikasi pembangunan dan penggunaan perisian kursus di dalam P&P akan 538
  13. 13. 2nd International Malaysian Educational Technology Conventionmendorong mereka memperbanyakkan aktiviti-aktiviti penggubalan modul dan bengkel pembinaanperisian kursus di kalangan guru-guru subjek dan guru pakar. Oleh itu, pengumpulan bahan bantumengajar berasaskan perisian kursus yang dibina oleh guru secara terancang akan dapat dilaksanakandan diagihkan secara bersama kepada semua sekolah di bawah pentadbirannya, seterusnya akanmenggalakkan proses P&P yang lebih menarik dan bermakna.Implikasi yang amat penting daripada dapatan kajian ini, adalah kesannya terhadap minat dan motivasipelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran kimia. Ini jelas melalui dapatan kajian menunjukkan minatdan motivasi pelajar bertambah selepas menggunakan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ yangdibangunkan. Implikasi ke atas minat dan motivasi terhadap pembelajaran kimia amat penting keranamata pelajaran kimia merupakan program dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima sekolahmenengah atas. Maka, jika minat dan motivasi pelajar juga pemahaman dan penguasaan pelajarterhadap subjek ini tidak dipupuk dari awal, maka akan lahirlah pelajar yang hanya mengikutipembelajaran tetapi tidak belajar daripada apa yang dialaminya. Justeru, pembelajaran berkesan tidakakan berlaku kerana menurut Ausubel pembelajaran haruslah bermakna (Ee 2002), maka denganbantuan teknologi multimedia yang canggih dan interaktif ini, minat dan motivasi serta pemahaman dandaya ingatan pelajar diransang bagi menguasai pembelajaran seterusnya pembelajaran yang dialaminyaakan memberikan makna bagi pelajar tersebut. Oleh itu, diharapkan agar implikasi bagi dapatan kajian inijuga akan memberikan peluang sama rata untuk pelajar mengakses maklumat dan mengalami sendiripembelajaran terutama dalam kaedah eksperimen samada secara simulasi atau demonstrasi.Seterusnya perisian kursus dalam bentuk cakera digital ini dapat digunakan oleh pelajar secarapendekatan masteri melalui pengggunaan perisian secara berulang seberapa kerap yang diingini danlebih fleksibel di mana pelajar dapat menjalankannya di luar waktu persekolahan mengikut perancangandan kesesuaian sendiri sesuai dengan konsep pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, kadar kendiridan penilaian kendiri yang dicadangkan oleh pihak KPM. Menurut KPM (1997), pembelajaran ini memberiruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri. Implikasi ini sesuai dengan kehendakkurikulum pendidikan kimia di mana ia dirancang untuk membolehkan murid memahami bidang kimiadengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian.Dapatan kajian ini juga dapat memberikan implikasi ke atas bidang sumber dan teknologi maklumatterutama di dalam bidang pendidikan kimia di mana ia merupakan bidang pendidikan yang menekankanpenguasaan ilmu dan kemahiran serta perkembangan sumber pendidikan terkini meliputi komponenteknologi pendidikan, pendidikan komputer, teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pendidikan,penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber dengan berkesan.Maka dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai salah satu sumber bagi memperkayakanmaklumat dalam bidang sumber dan teknologi maklumat khususnya di dalam bidang pendidikan kimiaseterusnya dapat diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan menggalakkan penggunaan ICTdi dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikanimplikasi ke atas kajian-kajian seterusnya dengan dijadikan panduan kepada para penyelidik danpengkaji di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi bagi memperbaiki dan meningkatkankualiti perisian kursus dan reka bentuk pengajaran dalam kajian yang seterusnya. Ia juga boleh memberiimplikasi kepada kajian lanjutan dalam bidang ini, khususnya bagi mengkaji pula keberkesananpenggunaan perisian semasa P&P serta kajian tentang pendekatan terbaik yang boleh digunakan olehpara guru bagi pengaplikasian perisian kursus semasa P&P sesuai dengan peruntukan masa dankehendak silibus di sekolah dalam masa yang sama bagi menjamin minat dan penguasaan pelajarterhadap pembelajaran akan meningkat.RumusanSecara keseluruhannya, kajian pembangunan dan penilaian perisian kursus pengajaran danpembelajaran multimedia interaktif „Analisis Kualitatif Garam‟ bagi subjek Kimia Tingkatan 4 ini telahberjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalam prosespembangunan perisian ini, namun kekuatan dan kelebihan yang ada melalui dapatan kajian ini lebihwajar dititik beratkan kerana secara keseluruhannya ia dapat dilihat daripada maklum balas respondendaripada para guru dan pelajar yang berpuas hati setelah meneroka perisian kursus ini serta daripadadapatan persoalan kajian yang menunjukkan perisian kursus ini adalah di tahap yang sangat baik.Adalah diharapkan agar perisian kursus yang telah dibangunkan dengan mengaplikasikan reka bentukpengajaran bersistem diintegrasikan dengan teori dan strategi pembelajaran serta penerapan kemahiranberfikir kritis dan kreatif, kemahiran proses sains dan sikap saintifik dan nilai murni, akan dapatmeningkatkan minat dan motivasi serta meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadappembelajaran kimia serta menjadikan pembelajaran suatu proses yang menyeronokkan seterusnya akanmelahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sesuai denganFalsafah Pendidikan Negara. Justeru itu, para guru kimia wajar meningkatkan usaha dalam menguasai 539
  14. 14. 2nd International Malaysian Educational Technology Conventionkemahiran teknologi komputer dan memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Natijahnya sudah pasti keuntungannya akan diraih bersama oleh para generasi pelajar yangakan mewarisi kepimpinan dan mencorakkan tamadun negara akan datang.Kajian-kajian lepas yang dijalankan daripada dalam dan luar negara telah banyak menunjukkan bahawapenggunaan komputer dan perisian kursus dapat membantu guru untuk meningkatkan dan memperbaikikualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keupayaan komputer yang pelbagai boleh digunakanuntuk mengurangkan pelbagai kelemahan di dalam pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.Malahan pembelajaran menggunakan multimedia boleh diaplikasikan secara meluas memandangkanpelajar-pelajar kini kebanyakannya telah pun didedahkan dengan peralatan canggih komputer dan duniatanpa sempadan melalui internet. Sudah pasti pelajar generasi net ini lebih meminati kaedah ini. Oleh itu,adalah diharapkan agar semua pihak daripada pihak KPM, JPN, PPD, pentadbir sekolah dan terutamasekali para guru lebih bersedia dengan kaedah dan strategi terkini untuk mengimplementasikan prosesP&P secara konvensional kepada pembelajaran berasaskan teknologi multimedia dan ICT. Pepatahmelayu ada mengatakan “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Begitulah dengansikap, kesediaan dan persiapan guru serta pelajar untuk bersama-sama berusaha mengatasi halangandan cabaran yang ada supaya dapat memanfaatkan semaksimum mungkin kebaikan teknologi canggihini. Malah usaha-usaha penyediaan kelengkapan pengkomputeran yang sempurna oleh pihak KPM danpentadbiran sekolah juga perlu digiatkan lagi agar intipati dan kebaikan teknologi ini dapat dimanfaatkanoleh semua pihak.Rujukan rdAlessi, S.M. & Trollip, R.S. 2001. Multimedia for learning : Methods and development. 3 Ed. New Jersey: Prentice Hall.Beal, H., Trimbur, J. & Weineger, S.J. 1994. Mastery, insight and the teaching of chemistry. Journal of Science Education and Technology 3(2): pp. 99-105.Bell, J.T. & Fogler, H.S. 1998. Virtual Reality in the chemical engineering classroom. Computer Application in Engineering Education 4(4): pp. 15-17.Bosco, J. 1986. An Analysis of evaluation of interactive video. Educational Technology 25: pp. 7-16.Brooks, H.B. & Brooks, D.W. 1996. The emerging role of CD-ROMs in teaching chemistry. Journal of Science Education and Technology 5(3): pp. 203-205.Ee Ah Meng. 2002. Psikologi pendidikan III. Edisi 3. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Hartley, J. and Davies, I. 1978. “Note Taking: A Critical Review,” Programmed Learning and Educational Technology 15(3): pp. 207–224.Hasselbring, T.S., Goin, L.I., & Bransford, J.D., 1988. Developing math automaticity in learning handicapped children : The role of computerized drill and practice. Focus onHerron, J.D. 1975. Piaget for Chemists. Journal of Chemical Education 52(3): pp. 145-150.Jamaluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan perisian multimedia : satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.Keller, J. M. 1987. Development and use of the ARCS model of motivational design. Journal of Instructional Development 10(3): pp. 2-10.Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. 1983. Effects of computer based teaching on secondary students. Journal of Educational Psychology 75(1): pp. 19-26.Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. 1984. Effects of computer based education in elementery schools. Computer in Human Behavior 1(1): pp. 59-74.Kulik, C.C. & Kulik, J.A. 1986 Effects of computer based education in Colleges. AEDS Journal 19(2): pp. 81-108.Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Smart School Flagship Application: The Malaysian Smart School. Kuala Lumpur: Gov. of Malaysia.Mohd Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti.Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. 1996. Pengajaran bantuan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Osberg, K.M. 1997. Constructivism in practice: The case for meaning making in the virtual world. (atas talian) http://www.man.ac.uk/MVC//Osb/virtech/title.html (31 Disember 2007).Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Huraian Sukatan Pelajaran Kimia KBSM Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Roblyer, M.D. 1988. The effectiveness of microcomputer in education. A review of research from 1980- 87. T.H.E. Journal 16(2): pp. 85-89.Rossafri Bin Mohamad. 2004. Tahap keberkesanan perisian kursus modul TMK sejarah Tingkatan satu dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. 540
  15. 15. 2nd International Malaysian Educational Technology ConventionRossett, A. 1987. Training needs assessment. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.Rusnida Romli. 2004. Makmal Kimia Maya : Aplikasi Pembelajaran Kimia Menggunakan Teknologi Realiti Maya. Kertas kerja yang dibentangkan di dalam Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat : Ke arah pembangunan yang bersepadu. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 10-11 Disember.Ward, C.R. & Herron J.D. 1980. Helping students understand formal chemical concepts. Journal of Research in Science Teaching 17: pp. 387-400.Wilhelmsen, S. , Asmul, S.I. & Meistad, O. 1998. A collaborative term paper project in pedagogical information science graduate level (atas talian) http://www.uib.no/People/sinia/CSCL/web_ struktur-832.htm (28 November 2003).Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 541

×