Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Wayang kulit [recovered] (2)

898 views

Published on

wayang kulit slides

Published in: Art & Photos
  • Hey guys! Who wants to chat with me? More photos with me here 👉 http://www.bit.ly/katekoxx
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Wayang kulit [recovered] (2)

  1. 1. Group MU1102B  Mohamad Nazeer Bin Azmi  Muhammad Rafil Irwan Bin Ahmad  Shaik Muhammad Haiqal Bin Shaik  Muhammad Nakimi Bin Mohd Zaki  NurNadia Binti Azmi
  2. 2. PENGENALAN • Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang kuno di Malaysia. • Ia menggunakan prinsip cahaya dan bayang. • Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. • Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh  satu kumpulan muzik paluan atau gamelan  alat tiupan (serunai)  alat bertali (rebab).
  3. 3. WAYANG KULIT DI MALAYSIA 1. Wayang Kelantan – disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan & berasaskan kepada pengaruh Patani – Kelantan 2. Wayang Melayu (Wayang Jawa) – disampaikan melalu B.Melayu berpengaruh Jawa – Negeri pantai Timur 3. Wayang Kulit Jawa (Wayang Purwo) – disampaikan dalam B.Jawa & diselit dengan B.Melayu tempatan – Selatan Pantai Barat Semenanjung (Johor) 4. Wayang Gedek – disampaikan dalam B.Thai & B.Melayu loghat tempatan – negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung.
  4. 4. WAYANG KELANTAN Pendahuluan • Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. • Ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. • Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. • Bahasa Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.
  5. 5. Isi cerita • Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. • Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.  Sumber gambar dari: http://mimbarkata.blogspot.my/2015/04/wayang- kulit.html Raja Seri Rama dan Tuan Puteri Siti Dewi merupakan watak-watak utama dalam wayang kulit Kelantan.
  6. 6.  Sumber Gambar : https://www.researchgate.net/publication/269396337_The_Use_of_CGI_to_Capt ure_the_Visual_Styles_of_Wayang_Kulit_Kelantan CONTOH PATUNG WAYANG KELANTAN
  7. 7. Patung • Patung Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani. • Diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. • Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain. Alat Muzik • alat muzik wayang Kelantan terdiri daripada: – 2 tetawak – 2 canang – 2 kesi – 2 gedumbak – 2 gendang – 2 geduk – 2 serunai
  8. 8. SUSUNAN WAYANG KULIT KELANTAN  A - Tok Dalang  B & C - Penunjuk Patung  1 - Serunai  2 - Gendang Ibu  3 - Gendang Anak  4 - Gedombak Ibu  5 - Gedombak Anak  6 - Kesi  7 - Geduk Ibu  8 - Geduk Anak  9 - Canang  10 - Pemain Gong  SUMBER GAMBAR : http://assets- a1.kompasiana.com/statics/crawl/555e249d0423bdb0108b4567.jpeg?t=o&v=1200
  9. 9. WAYANG MELAYU Pengenalan • Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. • Bilangannya amat terhad. Isi Cerita • Cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. • Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji. Bahasa • Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek Melayu tempatan.
  10. 10. Patung • Patung Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan Wayang Kulit Purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan patung. • Patung wayang ini senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. • Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta elok. • Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas.
  11. 11. CONTOH PATUNG WAYANG MELAYU SUMBER GAMBAR : http://wayangkulitsmm.blogspot.my/2013/09/jenis-jenis-wayang- kulit.html
  12. 12. Alat Muzik • Alat muziknya: – sebatang rebab – enam biji canang – dua biji gong besar – satu biji gong – dua biji gendang – sepasang kesi.
  13. 13. WAYANG GEDEK • Pengenalan Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis. • Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan. • Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknya mahupun corak paluannya mirip Siam. • Bahasa yang kebiasaanya digunakan adalah sama ada dalam loghat Siam mahupun dialek Melayu Kedah.
  14. 14. Isi cerita • wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. • Berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. • Contohnya,Cerita Wayang Gedek banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.
  15. 15. Patung • Patung Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. • Patung-patung wayang ini diukir mengadap ke hadapan.  Sumber gambar : http://foreverbuddyz9.blogspot.my/201 3/09/warisan-kesenian_22.html
  16. 16. Alat Muzik • Alat muzik wayang ini terdiri daripada : – sepasang gedombak – sepasang gong – sepasang kerincing – sebiji geduk – sebatang serunai.  Sumber gambar :http://memori- kedah.com/gallerynext.php?id=169& idtextartikel=395&mtopic=1&totalRo ws_Recordset1=26&pageNum_Recor dset1=2
  17. 17. WAYANG PURWO • Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa. Isi Cerita • Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji. Bahasa • Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga diselitkan dalam dialog cerita.
  18. 18. Patung • Patung Secara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. • Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung – mata Jaitan untuk watak pahlawan – mata pepelangan untuk watak jahat – mata prebes untuk watak pertapa.  Sumber gambar : http://www.pitoyo.com/duniaway ang/galery/data/media/49/mripat an.jpg Contoh jenis mata bagi wayang Purwo
  19. 19. Alat Muzik • Alat Muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri dari – sebiji gong besar (agong) – sebiji gong suwukan – satu set gambang – lima biji kempul – lima biji kenong – dua set gonder – satu slentem – satu set saron – satu set peking (saron penerus) – satu set ketok/kompang – satu batang rebab dan satu biji gendang. • Oleh itu, nada yang mengiringi persembahan wayang ini juga berlainan
  20. 20. CONTOH KEDUDUKAN ALAT MUZIK WAYANG PURWO  SUMBER GAMBAR : http://assets- a1.kompasiana.com/statics/crawl/555e249d0423bdb0108b4567.jpeg?t=o&v=1200
  21. 21. PERBEZAAN WAYANG KULIT BENTUK PATUNG • Wayang Kulit Jawa – mempunyai kedua sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung – Dalam kedudukan mengiring • Wayang Kulit Kelantan – hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. – selalunya dikemukakan di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya. • Wayang Kulit Gedek – berkedudukan berhadapan. • Hampir semua patung-patung wayang kulit Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian, tudung kepala dan peralatan-peralatan. • Sebagai contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko (wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu).
  22. 22. PERBEZAAN WAYANG KULIT MUZIK WAYANG KULIT • Wayang Kulit Kelantan & Wayang Kulit Gedek – diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang serunai. • Wayang Kulit Melayu – diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab • Wayang Kulit Jawa – diiringi oleh satu kumpulan gamelan.
  23. 23. PERBEZAAN WAYANG KULIT DALANG • Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam Wayang Kulit Gedek.
  24. 24. PROSES MEMBUAT WAYANG KULIT 1. Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan. • Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari . • Kemudian dijemur menggunakan pacang di penjurunya. • Setelah kulit tersebut telah benar- benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga bersih.  Sumber gambar : http://wayangsonorejo.blogspo t.my/2013/07/membuat- wayang.html
  25. 25. 2. Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas. • Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. • Dari sinilah kreativiti seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit mengikut watak yang ingin dipersembahkan. • Setiap lorekan dan garis lubang yang ditebuk mempunyai fungsinya tertentu dan watak- watak yang dihasilkan mempunyai identiti yang tersendiri.  Sumber gambar : http://wayangsonorejo.blogspo t.my/2013/07/membuat- wayang.html
  26. 26. 3. Buluh, tali dan pewarna buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada kulit yang telah siap ditebuk. • Tali - untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung tersebut. • Tali ini akan diikat apabila patung tersebut setelah diwarnakan mengikut watak yang digambarkan . • Warna yang biasa digunakan ialah ― bahan dye fabrik – cat air. • Memerlukan kreativiti, bakat dan kesabaran yang tinggi .  Sumber gambar : http://wayangsonorejo.blogspo t.my/2013/07/membuat- wayang.html
  27. 27. CIRI-CIRI ALAT MUZIK WAYANG KULIT
  28. 28. TETAWAK • Gong gangsa yang berbusutdan mempunyai dinding yang tebal dan rim yang besar. • Garis pusat gong berukuran kira-kira 40-60 sentimeter. • Digantung dari rak kayu dan dipukul pada tengah busut. • Pemukul kayunya berbalutkan getah dan kain di hujungnya. • Apabila dipukul pada besutnya, dua bunyi pic akan dikeluarkan • Gong paling besar(tawak ibu) – pic paling rendah • Gong paling kecil (tawak anak) – pic paling tinggi  SUMBER GAMBAR : http://depoorteacher.blogspot.my/2013/12/siri- mengenal-alat-muzik-tradisional.html
  29. 29. CANANG • Alat canang terdiri daripada dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan mendatar di atas rak atau kotak kayu. • Dikenali sebagai gong-chime • Mempunyai dinding yang nipis, rim yang sempit, serta garis-garis pusat yang berukur 15-20 sentimeter. • Dahulunya diperbuat daripada gangsa, sekarang diperbuat daripada besi atau logam. • Dipukul dengan pemukul batang kayu yang berbalut dengan getah pada satu hujung. • 2 pic dihasilkan iaitu satu tinggi dan satu rendah yang masing-masing dinamakan ‘ibu dan anak’. • Kedua-dua pic canang tidak terlaras.  SUMBER GAMBAR : http://www.rickshriver.net/idiofons.htm
  30. 30. KESI • Alat kesi (simbal) diperbuat daripada gangsa atau besi. • Terdiri daripada 2 pasang simbal( 4 buah) • Garis-pusat setiap setiap piring ialah kira-kira 10 sentimeter, berbentuk piring kecildengan pusat yang ditonjol. • 2 pasang piring kecil dipasang dengan tali tebal, dan 1/2 pasang piring dipasang pada atas sekeping papan kecil. • Pemain memegang kedua-dua piring yang dipasangkan dengan tali tebal itu dan pring-piring itu dipukul di atas piring yang dipasang di atas papan tadi. • 2 jenis bunyi dikeluarkan oleh kesi ini iaitu bunyi berdering serta nyaring dan bunyi tidak meredam. • Kebanyakkan lagu wayang kulit Kelantan, bunyi-bunyi itu dimainkan secara serentak dengan dua pic canang nyaring dengan pic canang ‘anak’ dan bunyi kesi yang meredam dengan pic canang ‘ibu’.  Sumber gambar : http://www.ricksh river.net/idiofons. htm
  31. 31. GEDUMBAK • Buluh gedumbak diperbuat daripada kayu nangka yang berbentuk seperti piala dengan mempunyai kaki yang panjang. • Belulung kambing diletakkan di atas muka (atau kepala) gedumbak itu dan kulitnya ditegangkan dengan menggunakan siritan tali rotan. • Tepi kulit kambing itu dijahit dengan benang dan tali rotan dipasang pada kuit melalu benang tadi. • Daripada kulit kambing tersebut,tali rotan dipasang pada cincin tebal yang diperbuat daripada logam. • Cinicin itu diletakkan di atas kaki gedumbak. • Baji kayu kacil dimasukkan di antara cincin logam dan buluh gedumbak – untuk menegangkan tali rotan dan kulit supaya dram dapat ditiun. • Gedumbak diletakkan secara mendatar di atas riba pemain dan muka kulitnya dipukul dengan sebelah tangan, sambil tangan yang lain pula menutup dan membuka hujung kaki gedumbak – untuk menghasilkan timbre (tone warna) tertentu.  Sumber gambar : http://depoorteacher.blogspot. my/2013/12/siri-mengenal-alat- muzik-tradisional.html
  32. 32. • Sistem nimonik merangkumi sekurang-kurangnya 4 timbre yang disuarakan oleh pemain gedumbak iaitu ‘dong’, ‘duh’, ‘cap’, dan ‘ting’. • ‘dong’ – dimainkan apabila satu tapak tangan memukul muka gedumbak pada bahagian tengah dengan hujung kakinya terbuka. • ‘cap’- dimainkan jika hujung kaki ditutup dengan menggunakan satu tangan dan muka kulit dipukul bahagian tengah dengan sebelah tangan. • ‘ting’ – dimainkan apabila hujung kaki ditutup dan muka kulit gedumbak dipukul pada bahagian tepi dengan menggunakan jari. • ‘duh’- dimainkan apabila kaki dibuka dan muka kulit dipukul pada bahagian tengah dengan sebelah tangan yang masih memegang belulang.
  33. 33. GENDANG • Merupakan drum 2 muka kulit serta baluh yang berbentuk tong panjang. • Buluh yang berbentuk cembung itu diperbuat daripada kayu nangka. • Terdiri daripada dua saiz iaitu ‘anak’ dan ‘ibu’ muka kulitnya berbeza- beza. • Gendang anak kedua-dua muka kulitnya diperbuat daripada kambing. • Muka kulit kecil gendang ibu diperbuat daripada kambing tetapi muka kulit besarnya pula diperbuat daripada lembu. • Belulang-belulang ini diikat dengan tali rotan. • Sekarang tali rotan diganti dengan tali nilon tebal. • Kedua-duanya ditiunkan dengan menegangkan tali rotan itu. • Timbre ( sukukata nimonik) bagi gendang anak adalah ‘cak’ dan ‘ting’,gendang ibu pula adalah ‘pak’ dan ‘duh’.  Sumber gambar : http://www.sendenghaj ihamid.com/2014/07/ge ndang-silat.html Gendang ibu Gendang anak
  34. 34. GEDUK • Merupakan dram dengan buluh yang berbentuk tong pendek. • Diperbuat dari kayu nangka. • Kedua-dua muka geduk diprbuat dari kulit lembu yang ditegangkan dan dipasang pada buluh dengan gunakan pelkat dan pancang-pancang kayu. • ‘Kaki geduk’- dua batang buluh yang dipasang pada buluh • Muka geduk diketuk dengan dua batang pemukul. • Rentak geduk selalu mengiring dengan pergerakkan patung dalam episod gagah dan kuat.  Sumber gambar : http://www.Sendenghajiha mid.Com/2014/07/gendang -silat.Html
  35. 35. SERUNAI • Sejenis alat erofon • Terdapat sepasanag alat dalam dua saiz(dinamakan ‘ibu’ dan ‘anak’) yang panjang berukuran 40-50 sentimeter • Diklasifikasikan sebagai paip yang berpipit(berlidah). • Rid terdiri daripada 4 lapisan daun nipis. • Pokok lontar kebiasaanya digunakan sebagai rid atau lidah bagi serunai. • Badan serunai diperbuat daripada batang kayu panjang yang berbentuk seperti kon. • Bahagian hujung serunai yang berbentuk seperti loceng dikenali sebagai “kecopong”. (Ia boleh diasingkan dari batang). • Bahagian batang mempunyai 6/7 lubang jari di hadapan dan 1 lubang di belakang. • Rid 4 lapis itu dipasangkan pada tiub logam yang dimasukkan pada bahagian atas badan serunai.  Sumber gambar : http://gemalakasturie.blogspot.my
  36. 36. • Pada masa alat ini ditiup, rid dimasukkan sepenuhnya ke dalam mulut pemain. • Bibir pemain akan diletakkan pada sebelah piring kecil di bawah rid itu. • Rid yang tidak dikawal oleh bibir pemain dan rid itu dekenali sebagai rid yang bergetar secara bebas. (‘free-breeding reed’) • Pemain serunai menggunakan cara bernafasa secara berterusan (bernafas secara pusingan) • ‘Bernafas secara pusingan’ – udara ditiup dengan mulut pemain dan dalam masa yang sama udara tambahan disedut ke dalam paru- paru melalui hidungnya. • Jadi, melodi serunai tidak akan berhenti sehingga selesai lagu itu dimainkan.  Sumber gambar: http://gemalakasturie.blogspot.my/2008/07 /gambar2-pemain-serunai-di-internet.html CONTOH CARA MENIUP SERUNAI
  37. 37. PERSEMBAHAN WAYANG KULIT • Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerak geri. • Biasanya semasa patung-patung bercakap semua iringan muzik terhenti. • Semasa patung-patung bercakap hanya sedikit pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap. • Sekirannya apabila patung-patung itu digerakkan samada dalam perjalanan, 13 peperangan atau lain- lain maka iringan muzik segera membantu membina suasana pergerakan itu.
  38. 38. PERSEMBAHAN WAYANG KULIT • Persembahan wayang kulit dilakukan di pelbagai tempat mengikut kemahuan dan keperluan masyarakatnya. Selalunya pertunjukan untuk : i) Acara menyembah guru ii) Mengubat orang sakit iii) Upacara memuja semangat iv) Semasa Pesta Menuai atau Pesta Kampung v) Kepada perayaan Harijadi Raja-raja vi) Sebagai hiburan semata-mata
  39. 39. KESIMPULAN • Seni wayang kulit merupakan satu kesenian melayu yang tidak ternilai harganya, keindahan yang tersembunyi didalam kesenian ini sewajarnya dihargai oleh masyarakat melayu kini. • Malahan mereka seharusnya berusaha untuk mengkaji dan memelihara kesenian ini agar tidak pupus ditelan zaman. • Seni wayang kulit seharusnya terus menjadi sumber hiburan masa kini kerana nilai murni yang tinggi yang diserapkan dalan seni ini dan mengandungi unsur kebudayaan yang mampu membina jati dari masyarakat yang mencintai agama dan bangsa. • Selain itu, dapat melahirkan perasaan cinta akan tanah air. • Seni wayang kulit ini juga seharusnya diangkat dan dipopularkan ke peringkat yang lebih tinggi .
  40. 40. RUJUKAN • http://www.kkmm.gov.my/pdf/buku/wayang_ kulit.pdf • MUZIK MALAYSIA : TRADISI KLASIK,RAKYAT DAN SINKRETIK ; PATRICIA MATUSKY, TAN SOOI BENG; 1997

×