Empat kunci kebahagiaan

730 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
730
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
18
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Empat kunci kebahagiaan

  1. 1. EMPAT KUNCI KEBAHAGIAANHadis:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Empat perkara yang membawa kebahagiaanialah wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yangselesa..." (Riwayat Ibnu Hibban)Huraian: i. Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu: a) Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna. b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang. c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain. d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan. ii. Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat
  2. 2. ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. iii. Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza. GANJARAN MENAHAN MARAHHadith: Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yangmenahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnyamaka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”Huraian Hadith: i. Menahan marah adalah sifat yang baik dan terpuji. ii. Menahan marah dan memberi kemaafan yang dijanjikan dengan ganjaran yang besar di sisi Allah ialah yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mampu bertindak, kerana memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak balas tidak ada nilainya di sisi Allah. iii. Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri dan menahan marah. iv. Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah. v. Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah bidadari syurga.
  3. 3. HATI YANG SUDAH HITAM1. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s2. Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
  4. 4. 7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal- amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. 10. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. 6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKANAllah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allahmenciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat(ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu, Jibrail as memandangdirinya sendiri dan berkata:Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. TidakKemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dantiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka AllahSWT berfirman yang bermaksud. Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku denganibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembahkepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorangnabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umatyang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaatyang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
  5. 5. fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Makademi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukaidari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamumengerjakan solat bukan atas perintahKu.Kemudian Jibrail as berkata: Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepadamereka sebagai imbalan ibadat mereka?Lalu Allah berfirman yang bermaksud. Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Mawaasebagai tempat tinggal...Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Mawaa.SetelahJibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as denganmengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya diaboleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduhdi bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkatadalam sujud:Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. Wahai Jibrail, kalau kamu dapatterbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu sepertikekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan,nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yangtelah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yangmereka kerjakan.... .Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telahmenyembunyikan enam perkara iaitu : * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. 6. * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalamsemua hari.

×